Anda di halaman 1dari 59

Topik 2:TAMADUN ISLAM

1
ISI KANDUNGAN

PENGENALAN

1. PANDANGAN
2. KONSEP, SUMBER
SEMESTA TAMADUN
DAN ASAS
ISLAM

3. KELAHIRAN, 4. PRINSIP DAN CIRI-


PERKEMBANGAN DAN CIRI
KEMERSOTAN

5. SUMBANGAN
TAMADUN ISLAM DAN
2
JIHAT
KONSEP
KONSEP
KEKUASAA
KEIMANAN
N

PANDANGAN
SEMESTA
TAMADUN
ISLAM

KONSEP
KEMANUSIAA
N 7
i. PANDANGAN SEMESTA
TAMADUN ISLAM
Pandangan semesta tamadun Islam
terkandung dalam ajaran al-Quran
dan Sunnah
Oleh itu ia tertegak dan berkembang
di atas asas yang kukuh, tidak seperti
tamadun lain yang bersandarkan
falsafah materialis.
Ia tidak terbatas kepada sesuatu
bangsa suku, kaum, warna kulit dan
sebagainya, tetapi meliputi semua
aspek kehidupan manusia dan alam.
8
KONSEP KEIMANAN
Beriman kepada Tuhan Yang Esa iaitu
Allah S.W.T merupakan asas kepada
pembinaan tamadun Islam.
Konsep ini berdiri tegak atas dasar-dasar
yang terdapat dalam Al-Quran dan
memenuhi setiap ruang, kaedah dan
kehidupan orang Islam.
Konsep kepercayaan, ketundukan dan
kepatuhan kepada Allah S.W.T adalah
dalam lingkungan menurut segala
perintah-Nya dan meninggalkan segala
larangan-Nya.
9
KONSEP KEMANUSIAN
Kedudukan manusia lebih tinggi
dari makhluk lain kerana telah
diberi tanggungjawab dan
amanah yang perlu dilaksanakan.
Manusia berasal dari keturunan
yang sama iaitu Adam dan Hawa
dan yang membezakan adalah
ketakwaan kepada Allah bukan
kulit, bangsa, budaya, pangkat,
keturunan. KEMBALI KE ISI
KANDUNGAN
11
ii. KONSEP, SUMBER DAN ASAS TAMADUN
ISLAM

KONSEP TAMADUN ISLAM

SUMBER TAMADUN
ISLAM

ASAS TAMADUN ISLAM

12
KONSEP TAMADUN ISLAM
Tamadun Islam dibina atas kerangka Islam
itu sendiri sebagai ad-din
Akidah sebagai asas diikat bersama
syariah, akhlak dan semua prinsip Islam
yang lain.
Ini membezakan tamadun ini berbeza
dengan tamadun lain yang hanya
mengukur pencapaian manusia dari aspek
kebendaan. Tamadun Islam berbeza dari
aspek kehidupan, pendidikan, falsafah,
kebudayaan dan sebagainaya

13
Fahaman kebendaan menguasai
pemikir tamadun barat seperti
JK Fiebleman
Oswald Spengler
Arnold Toynbee
Mereke ini menyentuh aspek
kebendaan dalam menghuraikan
kemajuan sesuatu tamadun

14
Istilah dari Ibn Khaldun
Ibn Khaldun antara tokoh awal yang
membicarakan tentang tamadun dan
tamadun Islam
Istilah yang digunakan untuk
menerangkan makna tamadun ialah
umran dan hadharah
Umran diterjemahkan sebagai
perbandaran dan tamadun
hadharah digunakan dalam abad ke 20
membawa terjemahan yang sama
dengan Umran
15
Syeikh Muhammad Abduh dan
Muhammad Farid Wajdi
Memperkenalkan istilah
Madaniyyah yang membawa
makna sesuatu yang berkaitan
dengan bandar atau kehidupan
bandar.
Istilah ini hanya digunakan pada
sekitar awal abad ke 20

16
Jurji Zaydan
Seorang sarjan Arab Moden dan bukunya
bertajuk Tarikh al-tamadun al-Islami.
Beliau mengariskan beberapa perkara
yang perlu ada dalam konsep tamadun
Islam iaitu
Negara Islam dan pemerintahan
Banda-bandar Islam
Stratifikasi sosial
Sain dan pengajaran bahasa arab
Bangunan Islam serta seni bina serta kesenian
Islam.

17
Abu Hasan Ali al-Nadawi
Dalam bukunya bertajuk Western
Civilisation, Islam dan Muslim,
Isitilah hadharah dan
madaniyyah lebih menepati
konsep tamadun Islam dan
berpusat kepada wahyu
Hadharah mengandungi
prinsip-prinsip serta nilai-nilai
yang menjadi aspek aspek
akidah, syarak, akhlak, falsafah,
kebudayaan dan juga peradaban. 18
Penggunaan al-hadharah al-
Islamiyyah lebih tepat dan
khusus untuk masyarakat Islam.
Istilah madaniyyah bersifat
menjurus kepada aspek
kebendaan dalam kehidupan dan
bersifat umum kepada umat
manusia
Dalam konteks tamadun Islam
kedua-dua istilah ini amat rapat
dan tidak boleh dipisahkan.
19
Ibn khaldun menyediakan satu
mekanisma penting untuk
menjadi pengukur kepada
sesebuah tamadun, iaitu
Pencapian hanya akan dianggap
sebagai tamadun apabila perkara-
perkara yang berkaitan dengan asas
(daruriyah) dan keperluan (hijiyyah)
telah disempurnakan
Tamadun ialah satu peringkat
penyempurnaan (tahsiniyayah) yang
melengkap segala peringkat yang
diperlukan oleh manusia 20
SUMBER TAMADUN ISLAM
Sumber tamadun Islam bersifat multak
iaitu tidak berubah,sesuai dengan
sepanjang masa dan keadaan.

1. Al-Quran
a. Merupakan sumber utama tamadun yang
diturunkan oleh Allah S.W.T kepada Rasullah
S.A.W.
b. Mengandungi prinsip-prinsip asas agama
Islam dan ilmu pengetahuan untuk
kegunaan manusia bagi membangunkan
tamadun.
21
c. Meliputi ilmu kerohanian dan
kebendaan yang menjadi asas
kepada kelahiran sesebuah
tamadun seperti akidah, syariah,
akhlak, bahasa persejarahan n,
pemikiran dan intelektual, ekonomi,
politik sosial dan, budaya dan
sebagainya

22
2. Hadis/Sunnah
a. Prinsip asas kehidupan beragama dan
pendekatan ilmu pengetahuan yang
bersifat umum yang terkandung di dalam
Al-Quran kemudian dihuraikan dan
diperincikan oleh Hadis/Sunnah
Rasullulllah S.A.W
b. Kewibawaan Hadis/Sunnah sebagai
sumber kedua tidak boleh dinafikan kerana
apa yang disampaikan dan diamalkan oleh
Rasulullah juga merupakan sebahagian
daripada wahyu Allah
c. Tamadun Islam tidak boleh sama sekali
bertentangan dengan kedua-dua sumber
iaitu Al-Quran dan Sunnah

23
3. Ijtihad
a. Dalam tamadun manusia banyak
perkembangan baru berlaku yang
sebahagian daripada pembaharuan
itu tidak jelas dari segi hukumnya.
b. Untuk mengatasi permasalahan yang
timbul peranan ulama atau
cendekiawan Islam melakukan usaha
secara maksimum dengan seluruh
daya rohaniah untuk mengolah
hukum terhadap perkara-perkara baru
berdasarkan keilmuan yang mereka
miliki dengan merujuk kepada sumber
al-Quran dan Sunah
24
4. Tamadun dan Budaya Lain
a. Dalam membina tamadun, Islam
bersifat terbuka dalam menerima
nilai-nilai dan idea-idea daripada
tamadun lain asalkan tidak
bercanggah dengan ajaran Islam.
b. Nilai dan idea dari tamadun lain
diasimilasikan dengan tamadun
Islam melalui proses interaksi yang
sihat.
c. Proses ini dilakukan dengan penuh
waspada agar prinsip-prinsip dalam
tamadun Islam tidak tercemar
25
d. Contoh 1 : Sistem Kementerian yang
yang diperkenalkan oleh Khalifah Umar
al-Khattab semasa pemerintahannya
adalah mencontohi sistem yang
pernah dipraktikkan oleh Kerajaan
Romawi tetapi digarap semula untuk
disesuaikan dengan roh ajaran Islam.
e. Contoh 2 : Dalam bidan g falsafah dan
ilmu, tamadun Islam menerima
sumbangan daripada tamadun Yunani,
manakala dari tamadun India pula
diambil ilmu matematik dan astronomi.

26
f. Kesediaan menerima ilmu asing secara
tidak langsung membantu
memperkayakan lagi bidang keilmuan
Islam.
g. Pada dasarnya tamadun Islam banyak
dipengaruhi oleh Tamadun Arab dalam
perkembangan kebudayaannya.
h. Tamadun Arab dipanggil tamadun Islam
apabila berjaya menyatukan orang Arab,
Parsi, Turki dan suku-suku bangsa lain.
i. Agama Islam yang dibawa oleh
Rasulullah S.A.W telah mengubah sistem
politik, ekonomi dan sosial masyarakat
Tanah Arab.

27
Asas Tamadun Islam
Tamadun Islam terbina atas
dasar akidah dan diikat dengan
syariah dan akhlak.
Ketiga-tiga asas ini amat penting
dan tidak boleh diabaikan sema
sekali. Pengabaian terhadap
aspek ini menjadikan tamadun
yang dibina itu jauh menyimpang
daripada konsep tamadun Islam
yang sebenarnya
28
1. Akidah
a. Akidah dalam Islam merupakan
kepercayaan atau keimanan kepada
hakikat dan nilai-nilai mutlak, tetap dan
kukuh dalam jiwa setiap orang Islam.
b. Akidah amat berbeza dengan ideologi
ciptaan manusia seperti sekularisme,
kapitalisme, marxisme, liberalisme,
fasisme dan pelbagai pecahannya.
c. Semua ini gagal membawa
kententeraman dan menyelesaikan
krisis dalam kehidupan manusa.

29
d. Akidah adalah hal-hal yang
berhubung dengan kepercayaan
dan keyakinan di dalam hati
sehingga hati dan jiwa itu
menjadi tenteram, tidak ragu-
ragu dan bimbang, bersih dan
murni daripada segala syak
wasangka.

30
Aspek Kepercayaan
Merupakan perkara asas yang wajib
diimani dan diyakini oleh setiap individu
Muslim.
Terdapat enam aspek kepercayaan seperti
dijelaskan oleh Al-Quran dan Sunah iaitu:
1. Beriman kepada Allah S.W.T
2. Beriman kepada Malaikat
3. Beriman kepada Rasul
4. Beriman kepada Kitab
5. Beriman kepada hari Akhirat
6. Beriman kepada Qadak dan Qadar Allah

31
Beriman kepada Allah
S.W.T
Merupakan asas atau inti pati kepercayaan
dalam ajran Islam.
Beriman kepada Allah S.W.T membawa
maksud bahawa sesungguhnya Allah S.W.T
adalah Tuhan yang selayaknya disembah
dan lagi Maha Esa.
Allah S.W.T sebagai pencipta, pemilik dan
pentadbir seluruh alam
Wajib mempercayai bahawa Allah itu bukan
makhluk dan bersifat dengan sifat yang
sempurna, Maha hebat dan Maha
menentukan segala-galanya.
32
Beriman kepada Malaikat
Percaya akan wujudnya ciptaan Allah S.W.T
yang tidak pernah menyalahi sesuatu
perintah Allah S.W.T dan melaksanakan apa
yang diperintah kepada mereka.
Mereka ditugaskan untuk melaksanakan
perintah Allah S.W.T ke atas manusia dan
alam.
Ada di antara mereka yang tidak pernah
berpisah daripada manusia kerana
memberikan kesaksian atas segala gerak-
geri manusia sama ada baik ataupun
sebaliknya.

33
Beriman kepada Rasul
Mempercayai akan wujudnya
daripada kalangan manusia ini
yang diangkat oleh Allah sebagai
utusan-Nya.
Mereka ini diberi tugas untuk
menyampaikan dan menjelaskan
kepada manusia apa yang
diperintah dan dilarang oleh Allah
S.W.T dalam segala aspek
kehidupan bagi tujuan
mendapatkan kebaikan di dunia 34
Beriman kepada Kitab
Mempercayai bahawa Al-Quran
adalah kitab yang diturunkan
oleh Allah S.W.T untuk menjadi
panduan kepada kehidupan
manusia
Ia mengandungi peraturan, ilmu
pengetahuan dan sebagainya
yang lengkap lagi sempurna serta
sesuai sepanjang zaman.

35
Beriman kepada hari
Akhirat
Meyakini kehidupan di dunia
bersifat sementara akan musnah
bila berlakunya kiamat.
Oleh itu manusia tidak boleh lalai
daripada melaksanakan
tanggungjawab mereka di dunia
ini kerana mereka akan
dipersoalkan kelak.

36
Beriman kepada Qadak dan
Qadar
Mempercayai bahawa apa yang
berlaku ke atas diri makhluk
sama ada baik atau buruk adalah
ketentuan Allah S. W.T . Walau
bagaimanapun manusia diberi
keupayaan untuk membuat
pilihan ke atas tindak-tanduknya
ketika hidup di dunia. .

37
2. Aspek Kaedah
Merujuk kepada pelaksanaan akidah
itu sendiri dan bagaimana ia dapat
bertapak serta memainkan peranan
bagi membentuk dan
membangunkan tamadun Islam
Terdapat tiga prinsip yang menjadi
kriteria asas akidah iaitu
Aspek kesatuan
Aspek rasional
Aspek toleransi
38
2.1 Aspek Kesatuan
a. Akidah merupakan asas pegangan yang
penting kepada kehidupan manusia.
b. Melalui pegangan akidah, manusia yang
secara fizikalnya diciptakan dengan
pelbagai perbezaan fizikal rupa paras,
keturunan, bangsa dan pangkat atau
darjat disatukan tapa sebarang halangan.
c. Ini adalah kerana akidah meletakkan
kepercayaan hanya kepada Allah S.W.T
sahaja dan bersandarkan kepada sumber
iaitu al-Quran dan Sunnah

39
2.2 Aspek Kesatuan
a. Melalui akidah juga kesatuan
fikiran manusia dan semua
aspek kehidupan dapat dibentuk
kerana masing-masing
mempunyai matlamat
kehidupan yang sama iaitu
mencari keredaan Allah S.W.T

40
2.3 Aspek Rasional
a. Akidah menjadi asas Islam tidak hanya
didasarkan kepada kepercayaan yang
bersifat dogmatik semata-mata, tetapi
juga penggunaan akal fikiran logika yang
rasional.
b. Ini bertujuan untuk membuktikan
kebenaran dan kesahihan akidah Islam itu
sendiri.
c. Al-Quran menganjurkan agar manusia
sentiasa menyelidik, mengkaji dan
memahami kejadian alam ini yang
menjadi bukti keagungan Allah S.W.T
41
Dalam hal ini terdapat beberapa
aspek rasional yang boleh
dijelaskan bagi mencapai tahap
kebenaran tersebut.
1. Menolak semua yang tidak
bersesuaian dengan realiti
2. Menolak pertentangan antara akal
dengan wahyu
3. Bersifat terbuka kepada penemuan
baru.

42
Aspek Toleransi
a. Islam menuntut umat agar
memiliki sifat toleransi.
Bagaimanapun sifat toleransi itu
hendaklah berlandaskan prinsip-
prinsip akidah dan syariah

43
2. Syariah
Syariah membawa maksud undang-
undang, aturan-aturan dan ketetapan-
ketatapan Allah S.W.T
Ia diperuntukkan kepada manusia bagi
mengatur hubungan manusia dengan
Penciptanya, hubungan manusia
sesama manusia dan hubungan dengan
alam untuk mencapai kesejahteraan,
keamanan dan kedamaian di dunia bagi
menjamin kebahagian kehidupan yang
abadi di akhirat kelak.
44
Tujuan Syariah
1. Memelihara Agama
2. Memelihara Nyawa
3. Memelihara Akal
4. Memelihara Kehormatan dan
Keturunan
5. Menjaga Harta Benda

45
3. Akhlak
Akhlak dalam Islam bukan suatu teori,
kerana konsepnya tidak sama dengan
konsep etika yang dibawa oleh Barat.
Akhlak dalam Islam ialah sikap rohaniah
yang memuliakan tingkah laku manusia
terhadap Allah S.W.T terhadap diri sendiri
dan makhluk lain, sesuai dengan suruhan
dan larangan serta petunjuk universal,
terperinci dan tidak boleh diubahsuai
bagi memenuhi kehendak manusia yang
sentiasa berubah dan tidak sempurna
KEMBALI KE ISI
KANDUNGAN
46
iii. KELAHIRAN,
PERKEMBANGAN DAN
KEMEROSOTAN

47
Kelahiran Tamadun Islam agak
berbeza dengan tamadun-tamadun
lain.
Tamadun Islam lahir di padang pasir
yang kontang, tamadun lain pula
bermula di kawasan lembangan
sungai.
Pengaruh tamadun Islam sebahagian
besar daripada semenanjung Arab
pada masa kewafatan Rasulullah
S.A.W Tahun 632 M dan di sambung
semua para sahabat nabi.

48
Kerjaaan Abasiyah
Merupakan zaman kemuncak
kegemilangan Islam pada tahun
750M
Kegiatan Intelektual pada zaman
ini berkembang pesat antara
dalam bidang
Perubatan
Astronomi
Matematik
Kimia
49
Tokoh ilmuwan
Hunayn bin Ishaq (m.873M) tokoh ilmuan
Abu Nasr al-Farabi (m.950M) tokoh
ilmuan
Yahya bin Adi (m.974M) tokoh ilmuan.
Ibn Sina (m.1037M) tokoh falsafah, sains
dan perubatan
Ibn al-Haihman (m.1038M) tokoh fizik
dan matematik
Al-Ghazali (m.1111M) tokoh falsafah dan
tasawuf.

50
Pada zaman Kerajaan Abbasiyah kegiatan
intelektual ilmu pengetahuan berkembang
pesat
Aktiviti-aktiviti penterjemahan dan
komentar ilmu pengetahuan asing
khususnya Greek telah dilakasanakan
secara berperingkat-peringkat.
Pertembungan berlaku antara tamadun
Islam dengan tamadun asing pada tahap
ini jelas menunjukkan bahawa tamadun
Islam masih mampu mempertahankan
keasliannya
Sumbangan tokoh-tokoh imluan menjadi
faktor kepada penyebaran tamadun Islam
ke Eropah
51
Andalusia
Di Andalusia, tamadun Islam
berkembang selama lapan abad.
Di bawah pemerintahan khalifah
Abdul Rahman Al-Ausat
(m.788M), beliau melibatkan diri
dalam bidang keilmuan.
Di bawah pemerintahannya,
banyak pusat pengajian dan
universiti telah didirikan
antaranya di Seville, Granada,
52
Kerajaan Uthmaniyyah
Turki
Diasaskan secara rasmi sekitar tahun
1300M dan mencapai kemuncak apabila
Sultan Muhammad al-Fathih berjaya
menguasai Constantinople pada tahun
1453M.
Melebarkan empayarnya dan pengaruh
tamadun Islam hingga ke Eropah Timur.
Di akhir abad ke 18, kerajaan ini mula
menjadi lemah dan sedikit demi sedikit
wilayahnya di Eropah Timur dan Utara
Afrika terlepas kepada Kuasa Eropah.

53
Kerajaan Uthmaniyyah berdiri selam
637 tahun akhirnya runtuh apabila
Sultan Abdul Hamid II telah
digulingkan oleh The Young Turks
pimpinan Mustaffa Kamal yang
kemudian dilantik menjadi Presiden
Turki seumur hidup.
Masyarakat Islam yang dijajah gagal
mempertahankan tamadun dan
mula menerima ideologi sekular
Barat yang membawa kepada
kemerosotan tamadun Islam .
KEMBALI KE ISI
KANDUNGAN
54
iv. Prinsip dan Ciri-ciri
Tamadun Islam dibina
berdasarkan prinsip-prinsip yang
jelas.
Penekanan kepada
pembangunan hidup manusia di
dunia dan kesejahteraan hidup
diakhirat.
Pada umumnya prinsip tamadun
Islam merangkumi : -
55
Pengabadian diri kepada Allah
S.W.T dalam seluruh kegiatan
hidup
Asas akidah
Keluhuran nilai kemanusian
Nilai kesucian dan keharmonian
hidup
Tugas khalifah di bumi Allah
S.W.T
56
Dalam konteks pembinaan
tamadun, Islam menekankan
aspek hubungan manusia seperti
berikut
1. Hubungan manusia dengan Allah
S.W.T
2. Hubungan manusia dengan
manusia
3. Hubungan manusia dengan alam

57
Ciri-ciri Keistimewaan Tamadun
Islam
1. Bersifat rabbani
2. Sesuai dengan fitrah dan akal
manusia
3. Tidak membebankan
4. Sempurna dan menyeluruh
5. Keseimbangan antara rohani
dan jasmani
6. Sesuai sepanjang zaman
7. Terbuka dan toleransi KEMBALI KE ISI
KANDUNGAN
8. Kesatuan dalam kepelbagian 58
v. SUMBANGAN TAMADUN
ISLAM DAN JIHAD
1. Akidah tauhid
1. Islam telah membebaskan manusia
daripada sebarang bentuk
perhambaan dan penyembahan
sesama makhluk kepada
pengabdian dan penyembahan
kepada Allah S.W.T
2. Sosial
1. Tamadun Islam telah
memperkenalkan prinsip sosial
berteraskan keadilan, persamaan,
59
SUMBANGAN TAMADUN ISLAM
3. Ekonomi
1. Tamadun Islam telah memperkenalkan sistem
ekonomi berteraskan keadilan, haramkan riba dan
segala bentuk penindasan
4. Politik
1. Tamadun Islam telah memperkenalkan sistem
pemerintahan yang menentang kezaliman dan
menegakkan keadilan.
2. Kuasa dan kepimpinan adalah amanah. Setiap
pemimpin dipertanggungjawabkan di hadapan
Allah S.W.T
3. Tanggungjawab rakyat mentaati pemimpin selama
mana pemimpin mentaati Allah S.W.T dan Rasul
S.A.W

60
SUMBANGAN TAMADUN ISLAM
5. Ilmu pengetahuan
1. Ayat Al-Quran yang pertama diturunkan
membawa perintah menuntut ilmu.
2. Islam menganjurkan umat Islam
menggunakan ilmu untuk mengkaji,
menyelidiki rahsia-rahsia alam untuk
membangunkan tamadun dan
mendekatkan diri kepada pencipta.
3. Sumber kepada ilmu dalam tamadun
Islam adalah Al-Quran dan Sunah
Rasulullah S.A.W

61
SUMBANGAN TAMADUN ISLAM
6. Kesenian
1. Al-Quran membawa pengaruh yang
besar dalam perkembangan seni.
Ini termasuklah seni bahasa dan
tulisan, kesusasteraan, seni bina
dan seni ukir, seni muzik dan lagu.

62
JIHAD DALAM ISLAM
JIHAD secara umumnya,
bermaksud setiap usaha yang
memerlukan pengorbanan
tenaga, pemikiran dan segala
keupayaan untuk menegakkan
kebenaran dan memartabatkan
Islam
JIHAD meliputi semua aspek
dalam kehidupan manusia seperti
jihad nafsu, jidah ilmu, jihad
mempertahankan kesucian Islam,63
KESIMPULAN
Tamadun Islam bersifat sejagat, untuk semua umat
manusia.
Tamadun Islam membawa perubahan kepada tamadun
manusia dengan bertunjangkan akidah, berpaksikan
syariat dan dihiasi dengan nilai-nilai akhlak yang mulia.
Kemunculan tamadun Islam membentuk tamadun
besar dunia dan memberi sumbangan kepada
kebangkitan Eropah dan dunia keseluruhannya.
Tamadun Islam bermula pada zaman Rasullullah S.A.W
sehingga sekarang mempunyai dua matlamat.
Menjana tamadun kemanusian dan membangunkan
tamadun fizikal.
Perlakuan manusia mesti berteraskan Al-Quran dan Al-
Sunah .

64

Anda mungkin juga menyukai