Anda di halaman 1dari 262

NORAZIT SELAT

P#JH#JNti
dahulu dan sekarang
Perpu~bkaan Awam Pahang
Koleksi N egeri Pahang
. ft001.~.......... .
No. i'cro Ie han ................... .
Tarikb: ... ...~.~.. ~.~:. !?.~~- ................... .
Ed 1..:: :
NORAZJT SELAT

Perpustakaan a ang
Koleksi egeri P.ahAng
No P ebao : ... Q .'.\ ?:~. · · ··· ··· ·· ... .
; ikh: ... ~~./~.{~F.-............. ..........

Diterbitkan oleh
Persatuan Muzium Malaysia
d/a Jabatan Muzium dan Antikuiti
Jalan Damansara
50566 Kuala Lumpur
PIJHIJN(i
dahulu dan sekarang
Rec : Q:j f'i'OC \C:'M

!:11, \' IY p.,,/ •

~
YAYASAN
PAHANG
~sf,ttki..t&ibi

Penerbitan nwnograf ini ditaja sepenuhnya


oleh
YAYASAN PAHANG
Editor Penyelaras : Jazamuddin Baharuddin
Rekabentuk : Shahnan Abdullah
Atur Huruf : Shida Shahnan

Cetakan Pertama 1996


© Hakcipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar mana-mana
bahagian karya ini dalam apa juga bentuk tanpa mendapat keizinan
bertulis daripada pengarangnya atau Persatuan Muzium Malaysia.

Dicetak oleh:
United Selangor Press Sdn. Bhd.
55100 Kuala Lumpur
KANDUNGAN

Perutusan Menteri Besar Pahang XI

Sepatah Kata Xl11

Prakata xv
Dato' Bahaman: Orang Kaya Setia Perkasa
Pahlawan Semantan
oleh Noriah Sulong 1
Wan Muhammad bin Wan Idris: Datuk Orang Kaya
Indra Maharaj a Purba Jelai yang Keen am dan
Peranannya dalam Perang Saudara Pahang
oleh Zakaria Bin Md. Dom 37
Tun Haji Abdul Razak Datuk Hussein:
Manifestasi Warisan Politik Gemilang Melayu Pahang
oleh Hussain Mohamed 67
Ishak Haji Muhammad Sebagai Penulis
oleh Abdullah Tahir 92
Pendidikan Di Pahang 1926 Hingga 1949:
Satu Kajian Pengurusan Pendidikan Berdasarkan
Buku Perharian Sekolah Melayu Serandu, Pekan
oleh Yaakub Bin Isa 110
Amalan Animisme di Kalangan Petani Padi Melayu
di Pahang Tua
oleh Abu Bakar Mohamed Yusof 138
Nelayan Kampung Tanjung Lumpur, Kuantan, Pahang
oleh Mazlina Zulkifli 155
"Kutu": Satu Penelitian Tentang Operasi dan
Tujuannya di Kampung Relong, Kuala Lipis
oleh Shaharin Bin Abdullah 168
Perkembangan dan Dasar Perumahan Negeri Pahang
oleh Kamaruzaman Abdullah dan Mohd. Razali Agus 182
Upacara Serah
Singkapan Sejarah Hubungan Orang Semai
Dengan Kerajaan Melayu Lama Pahang
oleh Juli Edo 197
Berlaga Buah Keras: Satu Permainan Tradisional
oleh Mohamed Moktar Abu Bakar 208
Tarian Labi-Labi: Satu Tarian Tradisional Pahang
oleh Zuraidar Badaruddin 218
Kajian Semula Penyelidikan Arkeologi
B.A.V. Peacock di Kota Tongkat, Jefantut
oleh Ahmad Hakimi Khairuddin 238

X
PERUTUSAN
MENTERI BESAR PAHANG
Artikel yang diterbitkan dalam Pahang: dahulu dan sekarang ini bukan
sahaja meliputi zaman dahulu dan kini tetapi tidak kurang pentingnya
merupakan hasil kajian oleh pengkaji-pengkaji tempatan, berdasarkan
sumber dan pengalaman first hand mereka. Bidang yang disentuh melalui
tulisan dalam buku ini amat menyeluruh, iaitu dari aspek sejarah, politik.
pendidikan, budaya dan aspek sosio-ekonomi.
Jelas sekali bahawa Pahang .sebagai salah sebuah regeri yang
mempunyai sistem dan struktur pemerintahan beraja yang awal di Tanah
Melayu ini mempunyai sejarah silamnya yang gemilang . Pahang
mempunyai pemimpin tradisional yang amat patriotik. Bagi pengkaji
luar mereka memang merasakan ada kelainan dalam sosio-budaya
masyarakat Pahang. Institusi kepimpinan yang berwibawa dan semangat
nasionalisme yang amat gigih berbaur dengan wujudnya perpaduan di
kalangan rakyat dengan pemimpin merupakan ciri utama pembangunan
Pahang. Ciri-ciri ini terus dipupuk hingga ke hari ini.
Sejarah kebangkitan nasionalisme Melayu tidak dapat diasingkan
dengan Pahang. Sumbangan anak-anak Pahang dalam pembangunan
negara secara keseluruhannya tidak dapat dipersoalkan oleh sesiapapun.
Hari ini kita mengkaji dan seterusnya menghargai apa yang telah
disumbang oleh pemimpin-pemimpin silam untuk pembangunan negeri
ini. Dan, dalam bentuk dan acuan yang sama, kepimpinan yang ada pada
masa kini akan dikaji pula oleh anak cucu kita pada masa yang akan
datang. Maka, wajar sangatlah kita menyedari dan menghayati hakikat
ini dalam usaha kita membina jatidiri kita sendiri bagi membina Pahang
yang lebih makmur untuk dinikmati oleh seluruh rakyatnya.
Kajian yang terdapat dalam buku ini amat bermakna. Usaha ini

xi
patut diperhebatkan demi untuk menyedarkan masyarakat zaman ini
tentang kejayaan pemimpin masa lampau clan memberikan sokongan
pula kepada apa yang sedang dilaksanakan oleh pemimpin sezaman.

----,(2-~
l________.
TAN SRI MOHD KHALIL BIN YAAKOB
SSAP, SIMP, PSM, DSAP, JSM, SMP
Menteri Besar Pahang.

xii
SEPATAH KATA
Penerbitan Pahang dahulu dan sekarang adalah merupakan satu usaha
akadernik yang penting dan amat bermakna. Artikel di dalamnya yang
menyeluruh dan original merupakan satu-satunya kajian yang mampu
mewujudkan kesinambungan kepimpinan zaman Iampau dan zaman kini.
Ciri-ciri inilah yang menjadikan Yayasan Pahang merasa terpanggil untuk
memberikan bantuan kepada penerbitan ini.
Saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan terima kasih
kepada YAB Menteri Besar yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang
Amanah Yayasan Pahang di atas keprihatinan beliau terhadap usaha
Persatuan Muzium Malaysia menerbitkan buku ini. Hal ini tidak lain
daripada manifestasi yang jelas bahawa kepimpinan YAB Menteri Besar
kita bukan sahaja sangat berwibawa tetapi juga peka terhadap isu-isu
sosio-budaya sezaman.
Yayasan Pahang merasa berbahagia kerana turut memberikan
sumbangan kepada penerbitan ini.

HAJJ ABDUL HALIM BIN HAJJ MANSOR AAP, PJK


Pemangku Pengurus Besar
Yayasan Pahang.

xiii
PRAKATA
Negeri Pahang terkenal sejak dahulu lagi kerana ia mempunyai sejarah
dan kebudayan yang amat menarik. Di dalam sejarah Malaysia amnya
dan sejarah Melaka khususnya, tiada siapa yang tidak tahu tentang Tun
Teja. Kecantikannya tersohor hingga ke Melaka sehinggakan Sultan
Melaka tergila-gilakannya. Akhirnya Hang Tuah telah dititahkan untuk
menculik Tun Teja ke Melaka. Pahang juga terkenal dengan !agenda
naga Tasik Cini dan keindahan Gunung Tahannya. Di samping itu
kehijauan negeri Pahang juga tidak dapat disangkal sehingga P. Ramlee
telah memasyhurkannya di dalam Jirik lagu Joget Pahang. Lirik tersebut,
yang juga merupakan pembayang pantun, berbunyi:

Negeri Pahang aman sentosa


Kaya dengan tumbuh-tumbuhan
Hajat di hati hendak membuat jasa
Mudah-mudahan Tuhan kabulkan

Pada masa dahulu kehijauan atau hutan luas yang dimilik oleh Pahang
ini dianggap sebagai simbol kemunduran. Negeri Pahang dikatakan miskin
kerana tidak mempunyai aset bijih timah seperti negeri-negeri sebelah
barat Semenanjung Tanah Melayu. Pihak British menakluk dan
mengenalkan sistem Residen di Pahang bukan kerana kekayaan negeri
itu tetapi kerana dipaksa oleh keadaan. Maka itu sebabnya Pahang
digabungkan di bawah panji Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dengan
harapan negeri-negeri ahli yang lain, iaitu Perak, Selangor dan Negeri
Sembilan dapat memberi bantuan kewangan kepada sistem pentadbiran
negeri Pahang. Waiau bagaimanapun keadaan itu telah berubah pada
masa ini. Rutan yang dikaitkan dengan kemunduran pada sedikit masa
dahulu telah pada hari ini dianggap sebagai membawa rahmat. Rutan-

xv
hutan ini telah menghasilkan kayu balak yang tinggi nilainya di pasaran-
pasaran tempatan dan dunia.
Pahang juga mempunyai sejarah yang unik. Tokoh-tokoh sejarahnya
juga amat menonjol dalam sejarah Malaysia. Pahang telah banyak
melahirkan pemimpin-pemimpin yang radikal, bukan sahaja dari segi
aktiviti tetapi juga dari segi idealogi. Di kalangan mereka lahir Dato'
Bahaman dan Mat Kilau yang telah menentang penjajahan British habis-
habisan. Nama pejuang-pejuang ini disebut-sebut hingga ke hari ini.
Pada akhir abad kesembilanbelas dan awal abad kedua puluh lahir ramai
lagi pemimpin-pemimpin lain seperti Ishak Haji Muhammad dan Ibrahim
Yaakub yang rata-rata tidak suka penjajahan British, apatah lagi hendak
bekerjasama dengan mereka. Golongan anti-British ini telah dicap sebagai
golongan sayap kiri oleh pihak British. Maka dengan itu tidak hairanlah
sekiranya orang-orang Melayu Pahang juga ramai yang mengikuti
perjuangan komunisme menentang British pada sedikit masa dahulu.
Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang kedua juga adalah
orang Pahang. Beliau merupakan hapa pembangunan luar bandar Malay-
sia amnya dan masyarakat Melayu khususnya. Sumbangan beliau kepada
bangsa dan negara tidak dapat dilupakan. Beliaulah pengasas dasar
pelajaran Malaysia yang menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa
Kebangsaan negara ini . Kemuncak perjuangan bahasa beliau ialah
penubuhan Universiti Kehangsaan Malaysia pada tahun 1970 di mana
Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar kuliah-kuliahnya.
Apabila negara menghadapi krisis selepas tercetusnya tragedi 13 Mei
1969, beliau tel ah dilantik untuk mengepalai Majlis Gerakan Negara atau
MAGERAN dan seterusnya merangka satu masterplan untuk cuba
menyelesaikan masalah-masalah yang telah dan yang mungkin akan
melanda Malaysia yang mempunyai masyarakat pelbagai kaum itu .
Pentadbiran Tun Razak jugalah yang telah mengilhamkan Dasar Ekonomi
Baru dan Rukunegara yang telah dijadikan teras kepada pembangunan
ekonomi negara ini .
Pahang juga kaya dengan adat resam dan keseniannya dan beberapa
daripadanya ada dimuatkan dalam buku ini. Waiau bagaimanapun apa
yang dipaparkan adalah satu jumlah yang kecil. Banyak lagi penyelidikan
harus dilakukan. Sebagai contoh, lagu-lagu Indung yang dinyanyikan
dan ditarikan oleh orang Hulu Tembeling masih belum mendapat perhatian
yang sewajarnya daripada pengkaji-pengkaji kebudayaan Melayu
khususnya. Begitu juga masih terdapat kekurangan kajian di bidang
perubatan tradisional, baik dari segi perbomohan mahupun dari segi ubat-

xvi
ubatan yang dihasilkan daripada akar kayu.
Adalah menjadi harapan Persatuan Muzium Malaysia supaya pada
masa-masa akan datang lebih banyak lagi penyelidikan akan dilaksanakan
di negeri Pahang. Masih banyak aspek-aspek kehidupan masyarakat
Melayu Pahang yang masih belum didokumentasikan lagi. Tugas ini
perlu pengembelingan tenaga daripada semua pihak, termasuk kerajaan
negeri Pahang sendiri. Orang Pahang khususnya mereka yang berminat
dengan kebudayaan mestilah berasa megah terhadap warisan budayanya
sendiri.

PROF. MADYA DR. NORAZIT SELAT


Jabatan Sosio-Budaya Melayu
Aka.demi Pengajian Melayu
Universiti Malaya

xvii
Dato' Rahaman: Orang Kaya Setla Perkasa
Pablawan Semantan
NORIAH SULONG*

Asal-Usul dan Keluarga Orang Kaya Bahaman


Salasilah di sebelah ayahanda Orang Kaya Bahaman adalah seperti berikut:

Abdul Rahman

Adam Tuanku Imam Noh*

Salasilah di sebelah bonda Orang Kaya Bahaman

Tok Monjok

Abdul Rahman Panglima Besar Pilu Tok Muda Abd. Jalil

Abdul Rahman

Tok Omar Katib Usul Imam Kassim Rokiah* Maimunah

Tok Omar

Tok Muda Sulaiman Katib Senai Puan Chu Taibah

Saudara Kandung Orang Kaya Bahaman

Tuanku Imam Noh / Rokiah

Tok Muda Ishak Bahaman Mariah Bah Chile Yah 1 J


* Lulusan Fakulti Sastera & Sains Sosial, Universiti Malaya 1974n5 .
I .Wawancara dengan cucu Orang Kaya Bahaman yang tidak mahu namanya ditulis.
Tetapi mengikut Abdul Talib dalam bukunya, Bahaman, Orang
Kaya Semantan, susunan saudara kandung Bahaman adalah seperti
berikut pula. 2

Yang sulung Tok Muda Ishak


Yang tengah Tok Muda Usoh
Yang pandak Dato' Bahaman
Yang anjang Mah
Yang uda Sa'yah
Yang bongsu Juriah

Dalam tahun 1837, Tuanku Imam Noh, Orang Besar Bengkinang,


Kampar Kanan, Sumatera telah meninggalkan negerinya kerana berkonflik
dengan Orang Besar di situ akibat tekanan pemerintahan Belanda di
Indonesia. Beliau telah berhijrah ke Pahang melalui Linggi, Pedas
(Rembau), Kuala Pilah, Sri Menanti dan Jelebu hingga sampai ke daerah
Sungai Semantan. Di Kampung Rantau Panjang beliau telah membuat
penempatan lalu bersemenda dengan anak Tok Seti a Perkasa Semantan, 3
Rokiah binti Abdul Rahman. Hasil dari perkahwinan inilah, Bahaman
dilahirkan pada tahun 1838 di Rantau Panjang. Dengan ini jelaslah bahawa
Bahaman bukan dari keturunan separuh orang Asli seperti yang didakwa
oleh W. Linehan. 4 Asal-usul beliau adalah dari golongan Orang Besar
Sumatera dan Sulawesi yang telah berhijrah ke Tanah Melayu.
Menurut ceritanya ketika mengandungkan Bahaman, ibunya, biasa
dipanggil Tok Rik sahaja, telah mendapat mimpi yang irenyatakan
Bahaman mempunyai tuah dan mesti diserahkan kepada raja. Kerana
itulah ketika Bahaman berumur lebih kurang sembilan tahun, beliau telah
diserahkan kepada Raja Bendahara Ali yang memerintah Pahang di antara
tahun 1806-1847. Tuanku Imam Noh sendiri buat beberapa ketika tinggal
di Istana Raj a Bendahara di Pekan sebagai tukang hi dang Raj a. 5
Satu sumber lain pula memberikan nama ibu Bahaman sebagai Tok
Sa' adiah ; dan Tok Noh serta keluarganya berpindah ke Pekan untuk
memperhambakan dirinya kepada Raja adalah kerana tidak sesuai dengan
2 Abdul Talib, Sejarah Datuk Bahaman, Orang Kaya Semantan, Kuala Lumpur,
1961, him . 43 .
3 Tok Setia Perkasa Semantan adalah anak Tok Monjok, Orang Besar Bugis dari
Selebes yang berhijrah ke Tanah Melayu akibat campurtangan Belanda dalam politik
Selebes.
4 W. Linehan, "The History of Pahang, JMBRAS, Vol. 14 Part 2 (1936) him. 139.
5 Penyelidikan Zakaria Hitam, Kuantan, wawancara dalam bulan Mac 1974.

2
penduduk Rantau Panjang. 6 Bahaman telah diserahkan kepada Bendahara
Ali untuk diperhambakan, tetapi baginda telah tertarik hati kepada budak
ini dan menjadikannya anak angkat.
Dato' Bendahara rnernanggii puteranya Tan Alund serta Bahaman
disuruh dekat, kemudian sabdanya kepada Tan Alunad - "ngaga rnulut"
- lalu diludahnya ke dalam rnulut anakandanya. Kemudian sabdanya
"Jangan engkau bercerai dengan Tan Ahmad, hendaklah bersama kemana-
mana.7
Kerana pelakuan yang sama dilakukan keatas anakandanya dan
Bahaman, disertai dengan peristiharan persahabatan antara keduanya, rnaka
Tan Alunad 8 (yang dua tahun lebih tua dari Bahaman), dengan Bahaman
telah menjadi sahabat yang paling karib. Bahaman telah dihantar oleh
Bendahara Ali belajar ilrnu dunia dan akhirat. Sesuai dengan ilrnu zaman
dulu, Bahaman bertapa di Bukit Bangkok. Hulu Teris, Jambu Rias, Bukit
Hulu Sungai Jenalis dan Sernantan - rnenuntut ilrnu pendekar. Beliau
mengaji ilrnu agama Islam di samping rnempertajamkan bakatnya dalam
pencak silat serta bersahabat dengan orang bunian Islam untuk mempelajari
ilmu ghaib dan ilrnu sihir. Kehandalannya yang istimewa rnungkin juga
dipeturunkan dari ayahandanya. 9 Raja Ibrahim dari Macang, Kelantan
pemah belajar ilrnu kebal dan ilmu silat dengan Orang Kaya Bahaman
sebelurn berlaku peperangan rnenentang Inggeris. 10
Di luar pengajian, Bahaman suka berburu dan menjadi gernbala
anjing Raja. Kebijaksanaannya berburu dalam hutan adalah hasil dari
usahanya mempelajari gerak-gerak anjing hendak menangkap binatang.
Malah kadang-kadang kehandalannya adalah lebih dari anjing kerana
beliau boleh mengerat keting gajah. Berhubungan dengan rninatnya
memburu, beliau mahir dengan selok belok perjalanan dan pokok-pokok
dalam hutan. Clifford sendiri rnengakui Bahaman sebagai pengakap hutan
yang terhandal sekali di Tanah Melayu. Beliau rnempunyai pengetahuan
yang mendalam tentang bahasa, adat resam, jampi serapah dan ubat-
ubatan Orang Asli. 11 Kerana keistirnewaan ini, Bahaman diangkat menjadi

6 Aki Mat Ali, Lanting, Cenur, wawancara dalam bulan Mac 1974.
7 Hikayat Pahang, Mikrofilm 937 .1, him. 14.
8 Tan Ahmad dilahirkan pada 23 Mei 1836, Ustaz Moktar Daud, Singgahsana
Negeri Pahang, 1957.
9 Tuanku Iman Noh dipercayai oleh penduduk daerah Semantan sebagai 'keramat'
kerana ketika banjir besar 1926 cuma pusaranya di Cempaka yang tidak ditengge-
lami air.
10 Utusan Melayu, 4 Mei 1971.

3
\.
Tok Peran, guru berburu dan kepala juak-juak Raja. Di samping ini,
Bahaman handal bermain gasing, sepak raga dan berlaga buah keras.
Beliau sering menghadiri pertandingan olahraga ini cara besar-besaran di
Kelang.
Sebelum Wan Ahmad menjadi Bendahara, beliau menceburkan diri
dalam perniagaan untuk menambahkan pendapatan. Usaha ini diseleng-
garakan bersama-sama dengan Bahaman. Mereka sering hi1ir mudik Sungai
Pahang - membawa barang-barang keperluan dan barang-barang mewah
seperti ikan dan garam dari Pekan dan menjualkannya kepada penduduk-
penduduk di Hulu . Sebahagian dari wang ini dijadikan pula modal
membeli hasil-hasil hutan yang dikumpulkan oleh penduduk-penduduk
tempatan, seperti getah taban, rotan, bijih timah dan bijih emas. Barang-
barang ini kemudiannya diperdagangkan pula kepada suadagar-saudagar
Cina yang datang dari Singapura. Kegiatan mereka ini menunjukkan
bahawa mereka tidak bergantung sepenuhnya kepada Bendahara Ali untuk
mendapatkan kemewahan hidup. Secara ringkas bolehlah disebut bahawa
corak hidup Bahaman sebelum terlibat dalam peperangan, ketika remajanya
adalah menuntut ilmu dunia dan akhirat, berburu dan berdagang mengiringi
saudara angkat beliau, Wan Ahmad.
Selepas perang saudara Pahang, Bahaman dikahwinkan oleh Wan
Ahmad dengan Cik Mukut, 12 anak angkat Marhum Ali. Dengan isteri
pertama ini Bahaman mendapat anak-anak seperti berikut:

Bahaman / Cik Mukut

Tok Muda Haji Idrus Tok Muda Mat Lela Siti Hajar Matebah

Mat Lela kemudiannya memainkan peranan yang penting di dalam


gerakan menentang penjajah Inggeris di Pahang. Beliau tidak berpisah
dengan ayahandaya hingga sampai ke Siam.
Perkahwinan Bahaman yang kedua ialah dengan seorang perempuan
Kampung Penjom, Raub:

11 Annual Report Pahang, 1891, Arkib Negara, fasal 47, Mikrofilm .


12 Cik Mukut adalah anak seorang Cina kaum Taicu yang dipeliharan oleh Bendahara
Ali, Raj a Hamzah bin Raja Ibrahim, LKTP Kampung Awah.

4
Bahaman / Cik Nik

Yang Saadiah Muhammad Teh Awang Ahmad

Awang Ahlnad menjadi Penghulu di Padang Tengku.


Perkahwinan keempat adalah dengan anak seorang Rawa bemama
Cik Ba'iyah binti Malim Kuning:

Bahaman / Cik Ba' iyah

Yang Ba'iah Cik Awang Perang Sa'idah

Yang Burbah, anak Tok Setia Lela Kerdau adalah isteri Bahaman
yang kelima Mereka mendapat seorang anak yang diberi nama Jantan.
Yang Burbah berada dalam pantang empat puluh hari melahirkan Jantan
ketika Perang Semantan meletus. Kerana mereka tidak dapat lari bersama-
sama Bahaman, mereka telah disurukkan di dalam hutan daerah Semantan
supaya tidak diketahui oleh pihak Inggeris. Jantan yang kemudiannya
menjadi seorang guru telah mati dibunuh semasa pemerintahan Jepun.
Isteri Bahaman yang keenam ialah orang Kelang dari Permatang
Pasir bemama Yang Chik binti Aman. Anak gadis ini adalah hadiah dari
Tengku Kudin sebagai membalas jasanya dalam perang Kelang. Anak
dari perkahwinan ini telah meninggal dunia sebelum besar.

Bahaman Menentang Inggeris


Sejak pertengahan tahun 1889, jentera pentadbiran Inggeris telah berjalan
berdampingan dengan pentadbiran tradisi. Collector dan Magistrate
diberikan tugas untuk memungut cukai dari hasil rakyat tempatan yang
menjadi hak Orang-Orang Besar tradisi. Kini kuasa Orang-Orang Besar
dalam hal pengutipan cukai telah ditarik dan mereka sebaliknya diberi
sara hidup. Rakyat tidak lagi dibenarkan mengutip hasil hutan dengan
bebas. Kegiatan mereka yang lampau seperti memungut hasil hutan dan
melombong hanya dapat dijalankan rengan menggunakan lesen-lesen
yang dikeluarkan oleh Pegawai Inggeris. Tanah mereka terpaksa dijual
dan dikenakan cukai 40 sen satu ekar.
Sistem Inggeris yang baru ini sudah tentu berkonflik dengan cara-
cara tradisi. Sementara pegawai-pegawai Inggeris cuba memperkenalkan

5
dan mempraktikkan sistem Barat, Orang Kaya Daerah dan pengikut-
pengikutnya tetap mentaati undang-undang adat. Rakyat juga turut
merasakan kesulitannya. Kegelisahan mereka telah diadukan kepada
Pembesar-Pembesar Daerah yang juga mengalarni kerumitan. Masalah
elaun sara hidup masih belum dapat diselesaikan. Orang Besar Pahang
tidak berpuashati kerana jumlah yang ditentukan tidak seimbang dengan
kehilangan hak istimewa mereka. Dalam beberapa pertemuan Majlis
Negeri mereka meminta dinaikkan elaun bagi semua kepala-kepala daerah
yang memegang surat kuasa dari Sultan.13 Tetapi kerajaan Inggeris tidak
dapat memberi kenyataan yang jelas, kerana apabila dikira jumlah
pendapatan hasil negeri, ianya tidak dapat diseimbangkan untuk memenuhi
permintaan sara hidup Orang-Orang Besar. Orang Kaya Bahaman yang
dipandang tinggi dan sangat berpengaruh telah didesak oleh Orang-Or-
ang Besar Negeri untuk mencari penyelesaian. Maka, untuk kepentingan
rakan .seperjuangannya, Bahaman terpaksa pergi berunding lebih dekat
lagi dengan pegawai-pegawai Inggeris, khasnya dengan Gabenor. Orang
Kaya Bahaman dan keraninya, Hasan telah berperahu mengikut Tasik
Bera ke Johor dimana perundingan akan dilangsungkan.
Dalam pertemuan ini Kerajaan Inggeris mengusulkan satu pindaan
baru mengenai perjanjian sara hidup. Sara hidup Bahaman telah
dipersetujui ditambah kepada $500/- sebulan. Tetapi setelah memikirkan
sedalam-dalamnya Bahaman menolak walaupun dipujuk oleh pegawai-
pegawai Inggeris dan Sultan Johor, kerana tuntutan lama dari. Orang-
Orang Besar Pahang yang lain masih belum diselesaikan. Walaupun
Bahaman gagal dalam perundingan ini beliau menyeru Orang-Orang Besar
Pahang yang lain untuk bersabar demi menjaga kepentingan dan
keselamatan rakyat. 14
Kerana Kerajaan Inggeris belum lagi menyelesaikan tuntutan Or-
ang-Orang Besar Pahang, Orang Kaya Bahaman meneruskan kegiatannya
mengutip cukai dan membenarkan panglima-panglimanya berbuat begitu
untuk membiayai pekerjaan dan tanggungjawab mereka. Pihak Inggeris
telah berkali-kali mengingatkan Orang Kaya Bahaman bahawa beliau
tidak lagi berhak mengutip cukai atau memberi kebenaran pada orang
lain berbuat demikian. Tetapi menurut satu sumber, Bahaman dan Clifford
telah bersetuju untuk membahagi dua hasil Semantan, sementara menanti
jawapan yang muktamad dari Gabenor tentang masalah sara
13 W. Linehan, "History of Pahang", JMBRAS, Vol. 14, Pt. 2, him. 132-133 .
14 Abdul Talib, Sejarah Datuk Bahaman Orang Kaya Semantan, him. 45.

6
hidup. 15
Bahaman mempunyai pendirian yang tegas dan berpegang teguh
kepada prinsip hidupnya. Tanah airnya tidak boleh dipelbagaikan oleh
orang asing. Apa yang difikirkan sesuai dipraktikkan, diteruskannya.
Melihatkan kedegilan Bahaman, J.P. Rodger mendesak Tengku Mahmud
supaya melucutkan jawatan Orang Kaya Bahaman. Usul ini telah
disampaikan kepada Sultan untuk dipertimbangkan tetapi tidak diluluskan
kerana kasih baginda kepada Bahaman. Menurut laporan Clifford, 16 dalam
bulan Disember 1890, Bahaman telah menulis sepucuk surat kepada
Magistrate Temerloh, Mr. Wise, menyatakan beliau tidak bersetuju dengan
rancangan British hendak mendirikan balai polis di Lubuk Trua. Surat
ini juga telah menyatakan bahawa Orang-Orang Besar Pahang telah belot,
cuma beliau sahaja yang belum menyerah kepada Inggeris. Sultan telah
memerintahkan Bahaman ke Pekan untuk diadili, tetapi Bahaman tak
hadir kerana beliau tidak mengaku menulis surat itu. Dalam bulan Februari
1891, Datuk Maharaj a Purba Jelai telah dititahkan untuk membawa Orang
Kaya Bahaman ke Pulau Tawar bertemu dengan Sultan tetapi apabila
Tok Raj a sampai ke Semantan Bahaman tel ah pergi ke Kelantan.
Sekembalinya Orang Kaya Bahaman ke daerah Semantan, beliau
telah ditemui oleh Mr. Owen, Collector dan Magistrate Temerloh masa
itu. Beliau secara terbuka menerangkan bahawa beliau tidak mahu menurut
peraturan kerajaan, sekiranya tidak diberi sara hidup $6,000/- setahun
dan beliau juga akan memerintahkan anak buahnya supaya turut engkar
juga.

He promptly proceeded to carry out his plan, forbidding his people


to take out passes for jungle produce, inciting them to resist all
Government Regulations and threatening them with condign punish-
ment if they complied with them. He also effectually prevented the
enumeration of his people when the census was recently taken
throughout Pahang. 17

Dalam mesyuarat Majlis Negeri bulan Oktober 1891, sikap Bahaman


telah dibincangkan dengan sepenuhnya. Sultan mahu tak mahu terpaksa
mengeluarkan perintah untuk melucutkan jawatan Orang Kaya Bahaman.
Berikutan dengan ini, Orang Kaya Bahaman, boleh disaman kerana beliau
15 Datuk Setia Amar Segara Pahang, "Datuk Bahaman bin Tok Noh (Orang Kaya
Setia Perkasa Pahlawan Semantan) Pemberontakan Menentang Penjajahan Ing-
geris", Sejarah Pahang, Kuantan, 1970, him. 21.
16 Annual Report Pahang 1891, fasal 46, Mikrofilm .
17 Annual Report Pahang 1891, fasal 47, Mikrofilm.

7
ticlak lagi dilindungi oleh surat kuasa Sultan. Perintah dikeluarkan oleh
kerajaan untuk mendapatkan kembali cap diraja yang mengesahkan kuasa
Bahaman sebagai Orang Kaya Semantan. Wise telah datang dengan
beberapa orang mata-mata Sikh ke rumah Bahaman di Cempaka, Lancang.
Seorang sarjan Melayu yang dipanggil oleh orang Cempaka sebagai
'Sarjan Kudung ' telah mencabut pedang sambil menyeru nama Bahaman.
(Bahaman ketika itu barn lepas kahwin).18 Orang di rumahnya menyatakan,
"Orang Kaya pergi bahan (membuat perahu!)" 19
Setelah memeriksa keliling rumah Bahaman, rombongan ini terpaksa
batik dengan hampa clan marah. Sebenamya Bahaman ada di rumah
ketika itu tetapi enggan menyerahkan hak miliknya dengan begitu senang.
Menyerahan cop itu bermaksud mengaku kalah kepada penjajah.
Semangatnya telah dikaitkan dengan sumpah setia dulu, bila Sultan Ahmad
telah bertitah, "Barang siapa menyerah kalah, menderhaka kepada Tuhan
dan menderhaka kepada beta!" 20 Bahaman tidak sekali-kali mahu engkar
kepda sumpah setia kerana taat kepada Sultan clan takut kepada balasan
Tuhan. Cintanya kepada tanah air sungguh sejati dan tidak dapat
dipersoalkan lagi. Beberapa rombongan lagi telah dihantar untuk
mendapatkan cop itu tetapi semuanya menemui kegagalan.
Sebelum ini pihak British telah meminta Orang Kaya Bahaman
untuk membuka lorn bong bijih di Sungai Teris,21 tetapi permintaan ini
tidak dapat diterima kerana kemasukan buruh-buruh asing akan menyekat
peluang mata pencarian anak buahnya sendiri. Keengganan Bahaman ini
mengakibatkan pertengkaran yang hebat dengan Sebaraw. Kedua pihak
berada di dalam perahu masing-masing ketika itu dan bila pergaduhan
sampai kepada kemuncaknya Sebaraw hilang sabar, terns menembak.
Orang Kaya Bahaman irelompat ke atas tebing. Kapit Orang Kaya
Bahaman, Mamat Kelubi telah naik berang dan terns mencapai sumpit
hendak membalas - tetapi dia telah dilarang oleh Orang Kaya Bahaman
yang tidak mahu persengkatan itu berlanjutan. Sebenarnya Bahaman
seorang penyabar. Dalam pemberontakan yang selanjutnya inisiatif
irembuat serangan terdahulu telah dibuat oleh panglima-panglimanya
yang berdarah panas. Jiwa beliau benci kepada pembunuhan walaupun

18 Cucu Orang Kaya Bahaman yang tidak mahu namanya ditulis, wawancara, Februari
1974.
19 Hj . Awang Ngah, wawancara, Merpateh, Lancang, Februari 1974.
20 Raja Hamzah bin Raja Ibrahim, wawancara, LKTP , Kampung Awah, Februari
1974.
21 Tok Imam Mohammad, wawancara, Kampung Awah , Februari 1974.

8
telah banyak pengalaman dalam peperangan.
Pada akhir tahun 1891, beberapa penduduk daerah Semantan telah
clisaman kerana menjalankan perusahaan tanpa lesen, tetapi mereka tidak
pernah melayani saman itu dan tidak pemah menghadiri mahkamah.
Pada satu ketika, seorang tempatan bemama Abas telah ditangkap kerana
mengambil rotan tanpa lesen oleh orang-orang Wise. Abas dengan keras
menyatakan bahawa dia tidak bersalah kerana telah mendapat kebenaran
Panglima Majid, wakil Orang Kaya Bahaman. 22 Mereka tidak pemah
memohon lesen hanya untuk memotong beberapa kerat rotan.
Pada 15 Disember, Acting Collector Daerah, C.E.B. Desborough
dan lnsepctor of Mines, Mr. Townson bersama dengan rombongan lima
belas orang mata-mata Sikh dan enam orang Melayu telah memudikki
Sungai Semantan ke Lubuk Trua untuk memperkuatkan pertahanan balai
polis di situ akibat kegelisahan penduduk Semantan. Dalam perjalanan
mereka pegawai-pegawai Inggeris ini telah menangkap tiga orang anak
buah Orang Kaya kerana kesalahan yang tidak penting. Mereka dibawa
ke Lubuk Trua untuk diadili. Pada hari kedua di Sungai Semantan
rombongan ini telah diserang oleh pengikut-pengikut Orang Kaya
Bahaman menyebabkan beberapa buah perahu terbalik dan karam. Mr.
Townson, seorang pendayung Melayu dan seorang mata-mata Sikh,
mendapat Iuka parah. Perahu-perahu yang selamat terpaksa berundur ke
Kuala Semantan dan didapati tiga orang tawanan mereka telah berjaya
melepaskan diri. Malah mereka telah mengheret empat orang mata-mata
sikh dan seorang sarjan Melayu tetapi seorang dari mereka telah berjaya
melepaskan diri. 23
Sebagai balasan pihak Inggeris bertindak mengawal kedatangan
bekalan barang-barang keperluan ke Semantan dari Pekan. Anak buah
Orang Kaya Bahaman disekat dari mendapatkan barang-barang keperluan
harian. Mereka berharap dengan cara ini mereka dapat menyiksa penduduk-
penduduk Semantan. Tetapi ketidakadilan tidak akan dibiarkan begitu
sahaja. Penduduk Semantan telah meranggak gudang orang putih, 24 serta
menawan dan membakar balai polis Lubuk Trua. Barang-barang yang
dirampas seperti beras, ikan kering .dan garam telah dibahagi-bahagikan
di antara mereka.
Serangan ini dengan jelas menyatakan penentangan cara terbuka
22 Ahmad bin Zakaria, wawancara, Kampung Merpateh Lancang.
23 Annual Report Pahang 1891, fasal 49, Mikrofilm.
24 Gudang yang dipecah ini kepunyaan Raub dan Bentong Mining Company. Tapaknya
sekarang diberi nama oleh penduduk Semantan sebagai 'Seberang Gudang '.

9
orang-orang Semantan. Mulai 23 Disember 1891, Straits Times mulai
rrengeluarkan berita-berita tentang rusuhan Pahang dari wawancara-
wawancara yang dibuat oleh pemberita-pemberita. Berikut ini
dikemukakan terjemahan dari berita Straits Tiines yang bertarikh 30
Disember 1891. 25
Berikut adalah wawancara dengan Captain Dyer dan Mr.
Brokenshire yang tinggal di Kuala Teris, lebih kurang 10 kilometer ke
hilir Lubuk Trua. Captain Dyer telah membuat penerangan berikut:

"Sejak lebih kurang dua bulan yang lalu, ramai di antara penduduk-
penduduk Teris telah disaman oleh peniaga Cina clan Kerajaan kerana
memotong hasil-hasil hutan tanpa lesen. Mereka merasa telah
disusahkan clan seorang dua telah memberitahu saya, "susahlah kalau
kami tak boleh kerat rotan - terpaksa pergi ke Kuala Semantan pulak
nak bayar lesen ... " Waiau bagaimanapun ramai di antara mereka
tidak pernah melayani saman-saman ini dan tidak pernah
menghadirkan diri di Mahkamah Kuala Semantan. Lantaran itu, Mr.
Townson yang kadang-kadang bersikap sebagai Magistrate, dengan
rombongannya telah mudik Sungai Semantan hendak menahan
mereka. Juga dengan harapari untuk menangkap Orang Kaya. Tetapi
hal ini adalah diluar persoalan kerana Orang Kaya mempunyai
pengaruh yang amat kuat - malah beberapa kerat orang Melayu
yang berjaya ditangkap, telah dapat membebaskan diri.

Pada 18 haribulan, sepuluh orang Melayu telah datang ke rumah


saya di Teris. Sembilan daripda mereka bersenjatakan senapang.
Mereka meminta senjata api, peluru dan ubat bedil. Seolah-olah ada
seseorang yang telah memberitahu mereka bahawa kami memiliki
satu kotak peluru clan senapang. Saya memberitahu mereka bahawa
kami ada cuma dua pucuk senapang untuk mempertahankan diri.
Mereka tidak mengambilnya setelah menerima penerangan yang
panjang lebar. Waiau bagiamanapun kami terpaksa memberikan
sebahagian dari simpanan ubat bedil. Selepas i~i mereka keluar,
menyatakan hendak pergi ke Kuala Semantan. Mungkin merekalah
yang melingkupkan perahu yang membawa lima orang Sikh itu.
Seorang daripada mereka telah ditikam dan empat lagi berjaya lari
ke rumah kami. Seorang daripada empat ini sampai dulu, dan saya
telah memberikannya perahu untuk melarikan diri ke Temerloh.
Beliau selamat. Yang tiga lagi telah menyuruk di dalam gudang.
Tetapi selepas dua hari, mereka telah hilang dan terus tidak
kedengaran lagi."

25 Straits Times December, 1891, Microfilm 668, Reel 18.

10
Cerita Mr. Brokenshire pula:

"Pacla 18 Disember, kami clapati beberapa orang Melayu berkbemah


tidak berapa jauh dari rumap kami . Kami beritahu mereka kami
hendak hilir. Mereka menjawab, "Kalau hendak pergi bolehlah ambil
pass dari Orang Kaya esok supaya talc disekat dalam perjalanan . .
.." tapi akbirnya kami tidak dibenarkan pergi, malah telah ditahan.
Kami balik ke rumah. Sementara mereka menggeledah sebahagian
rumah itu, saya mencampakkan ubat-ubat bedil ke dalam sungai.
Orang-orang Melayu itu memberitahu kami bahawa Datuk (Orang
Kaya) hendak berjumpa kami sebelum bertolak clan beliau akan
memberikan pass. Kami berazam hendak melepaskan diri. Kami
berjaya setelah memujuk penclayung-pendayung Kelantan yang
talcutkan orang-orang Melayu Pahang. Bila matahari telah terbit clan
kami melalui kampung-kampung, kami telah dicabar beberapa kali,
tapi kami berbaring dalam perahu supaya talc kelihatan. Budak kami
(anak Cina) berdiri clan berteriak bahawa ia telah mudik menjual
barang-barang. Semuanya sudah habis clan sekarang hendak hilir ke
Pekan . Lantaran itu kami tidak ditahan kerana mereka tidak
menyangka acla orang putih dalam perahu. Sesampai di Temerloh
kami bertemu dengan Mr. Desborough clan Townson. Tidak seorang
pun hendak meminjamkan perahu kepada mereka. Oleh itu kami
telah membawa mereka ke Pekan dengan selamat.

Berkenaan dengan Orang Kaya Semantan: Kami berdua adalah kawan


lama. Dalam panclangan saya umurnya lebih kurang 60 tahun.
Perhubungan kami amat mesra bukan sahaja dengan beliau tapi juga
dengan bumiputera-bumiputera lain. Tempat kediamannya yang rasmi
di Kuala Klau, tetapi beliau mempunyai beberapa buah rumah yang
lain diserata claerah. Beliau seolah-olah seseorang Raja di kalangan
anak buahnya. (He is a regular god among the natives). Temyata
beliau amat berpengaruh. Anak buahnya terlalu hormat clan amat
talcut kepadanya. Perkara yang amat dimusykilkan oleh beliau ialah
tentang peruntukan sara hidup yang terlalu kecil. Berhubung dengan
pencen Orang Kaya disini saya menyatalcan penclapat yang berlainan
dengan yang r:asmi, - mengikut keterangan beberapa orang penduduk
yang mesra dengan saya, bahawa pencen Orang Kaya sekarang cuma
$75 .00 sebulan, sedangkan sebelum ini pendapatannya pemah
$1,000.00. Saya talc tahu sama acla $75 .00 boleh dikirakan cukup
bagi seorang yang mempunyai pengaruh clan tanggungjawab yang
besar terhaclap anak buahnya - tapi sara hidupnya terlalu kecil. Di
samping itu gelaran dan hak istimewanya telah ditarik. Beliau terlalu
masygul. Lantaran itu beliau enggan mengambil pencennya dan mulai
menentang undang-undang Kerajaan lnggeris. Tidak berapa lama
dulu Mr. Desborough telah membacakan perisytiharan perlucutan

11
jawatan Orang Kaya Babaman di Lubuk Trua.
Orang Kaya mempunyai satu sistem pengintipan di merata tempat.
Pengintip-pengintip ini amat teliti dan boleh mengetabui hal-hal
kejadian yang penting dari jauh. (Orang Kaya has a thorough and
far reaching system of spies all over the place.) 26 Sebagai contohnya
lama sebelum saya sampai Mr. Dyer telab diberitabu babawa saya
sedang dalam perja:Ianan. Dua atau tiga hari sebelum itu, Mr.
Desborough dan Townson telab tiba ke rumah kami pukul 4.30
petang, tetapi Orang Kaya Babaman yang jauhnya beberapa batu di
hulu telab diberitabu tentang kedatangan mereka pada pukul enam
pagi hari itu, dan telab bersedia untuk mereka . . . .
Kerajaan boleh mengisi hutan itu dengan mata-mata Sikh, tapi ini
tidak akan menggangu keselesaan Orang Kaya . . . ."

Straits Times keluaran 31 Disember 1891 memaparkan berita berikut


entang rusuhan Pahang:

"Datuk Orang Kaya telab ditawarkan $100.00 sebulan tetapi beliau


telab menolak kerana pendapatannya jauh lebih besar dari itu. Bila
kerajaan hendak membuat jalan melalui daerabnya, Orang Kaya
telab menentang kerana katanya tanab itu telab dipusakai dari nenek
moyangnya dulu dan akan diwarisi oleh cucu cicitnya nanti. Kerajaan
telab mengadu berkenaan dengan pertentangan ini dan memohon
kepada Sultan Pabang. Sultan memerintahkan dua Orang Besarnya,
Tok Jelai dan Tok Gajab untuk menaban Orang Kaya. Mereka enggan
berbuat demikian, menyatakan babawa hal itu adalab tanggungjawab
kerajaan sepenuhnya. Sebenarnya mereka lebih takut kepada Orang
Kaya dari Sultan sendiri. Malab mereka lebih rela untuk meletakkan
jawatan jika dipaksa untuk menangkap Orang Kaya. Sikap ini sudah
tentu menyentuh hati kecil Sultan.
Berkenaan dengan kekuatan tenaga angkatan Orang Kaya, ada
berbagai pendapat. Ada menyatakan bilangan 4,000 orang yang tidak
boleh ditembusi oleh senjata dan boleh memindabkan diri mereka
dari satu tempat ke satu tempat yang lain dalam jangka masa yang
amat pantas. Tapi lebih tepat jika dikatakan babawa Orang Kaya
cuma mempunyai lebih kurang 500 pengikut bersenjatakan berbagai
jenis alat senjata lama seperti sumpitan, pedang dan senapang kek,
dan senjata moden seperti breach-loading snider dan blunder bus-
ses".

26 Mungkin satu " sistem of spies" yang disebut oleh Mr. Brokenshire ini 'orang
bunyian' atau 'sahabat' Bahaman yang tidak kelihatan oleh manusia biasa. Cucu-
nya sendiri mengakui Bahaman bersahabat dengan 'orang halus .'

12
Berita-berita ini telah memaparkan keadaan penduduk daerah
Semantan yang telah menghadapi berbagai masalah yang tidak pernah
dialami sebelum pemerintahan Inggeris. Konflik ini telah menimbulkan
penentangan dan rusuhan-rusuhan. Ianya menjadi lebih hebat lagi bila
dibangkitkan oleh pemimpin IIBreka sendiri yang telah diperkecilkan
dan dihina oleh kerajaan penjajah.
Untuk cuba memadamkan rusuhan ini, Captain Syer dan sepuluh
orang polis Melayu dari Kuala Kubu dan dua puluh lima polis Sikh telah
diperintahkan menuju Teris. Tetapi sebelum pasukan ini sampai, Orang
Kaya Bahaman telah mengetahui rancangan mereka. Beliau telah
memerintahkan anak buahnya supaya lari berlindung di Jenderak. Berita,
"lari, hukum Orang Kaya!''27 disebarkan kepada setiap orang anak buahnya.
Bila pasukan ini sampai, Semantan telah sunyi.
Serangan kerajaan telah dilancarkan ke atas Bahaman pada 29
Disember 1891 oleh Tengku Mahmud dan Clifford berserta 200 orang
pengikut-pengikut Tengku Mahmud dan 60 orang polis Sikh di bawah
Inspector Sumner. Gerakan ini menemui kegagalan setibanya di Kelubi
kerana pasukan Melayu enggan bekerjasama dengan polis-polis Sikh.
Untuk menyelesaikan masalah ini didirikan dua buah kubu di Kelubi,
satu untuk orang-orang Tengku Mahmud dan satu lagi untuk polis-polis
Sikh. Di sinilah seorang daripada orang kuat Bahaman, Mat Merah, telah
ditembak oleh orang Melayu sebelah Inggeris.
Bahaman dan panglima-panglimanya tahu bahawa mereka akan tewas
jika tidak menggunakan akal ikhtiar, kerana senjata kepunyaan Bahaman
adalah lebih primitif dan panglimanya amat sedikit jumlahnya. Ramai di
antara askar-askar Bahaman adalah orang asli yang menggunakan sumpit.
Senapang mereka dibuat sendiri. Senapang kek dan senapang kapak, bila
hendak digunakan, dimasukkan peluru yang telah dimuatkan ke dalam
sabut kering. Sabut dan peluru ini terpaksa dihentak beberapa kali barulah
meletup. Melihatkan kedhaifan alat senjata ini sudah tuntulah pasukan
Bahaman tidak ada peluang. Tetapi panglima-panglimanya mempunyai
ilmu kepahlawanan dan kehandalan yang luar biasa. Mereka boleh
menyelinap di dalam hutan tanpa diketahui, seperti Bahaman juga.
Bahaman mula-mula memperkenalkan dirinya kepada mata-mata Sikh
di Pasir Dir apabila mereka singgah di pangkalan ini dalam tugas hendak
irenangkap Bahaman. Mereka telah bertanya dengan bengis, "Mana
Bahaman?" Dengan tiba-tiba terdengar jawapan yang keras "lni dia!"

27 Haji Awang Ngah, wawancara, Kampung Merpateh, Lancang.

13
Bahaman munc\ll dari celah-celah hutan memakai akar ribu-ribu yang
dililit di kepala dan badannya seolah-olah seperti seorang asli, Mata-
mata Sikh ini terkejut terns tumbang ke dalam air. Yang lain bertempiaran
lari menghilir sungai. 28
Bahaman menyekat kedatangan pasukan Kerajaan dengan merentang
tali relang yang amat teguh dalam sungai di Lubuk Sangarat. Tali ini
diikat kepada dua batang pokok merbau yang bersetentangan pada kedua
belah tebing sungai itu. Keadaan air di sini amat dalam, deras dan
berpusing-pusing. Bahaman dan kapitnya Selempit (seorang asli)
menunggu kedatangan musuh di atas batu bawah pokok jambu air yang
rimbun berhampiran dengan pokok merbau. Apabila perahu askar-askar
musuh melintasi tali ini, Bahaman menarik tali relang itu menyebabkan
perahu-perahu terbalik dan mencampakkan orang-orangnya ke dalam air.
Yang tidak pandai melawan arus yang kuat dan berpusing akan
terus mati lemas. Kadang kala Bahaman membiarkan kesemua perahu
musuh melintasi tali ini ketika mudik. Dalam perjalanan batik menghilir,
perahu-perahu ini diterbalikkan satu persatu dan askar-askar yang
tercampak ke dalam air disumpit oleh panglima-panglima Bahaman.
Ketika perang Semantan berada dipuncaknya, Sungai Pahang, khasnya
Sungai Semantan, akan bercampuran dengan darah yang mengalir bersama
dengan mayat-mayat yang bergolek hanyut. 29
Askar-askar pihak lnggeris yang terdiri dari orang-orang Rawa
Melayu dan askar-askar Sikh yang datang dari Selangor hendak membantu
pasukan di Pahang telah diintip oleh Bahaman sendiri yang masuk
menyamar ke dalam kubu mereka. Setelah mengetahui rancangan-
rancangan mereka, Bahaman menyediakan langkah-langkah untuk
membalas. Dalam perjalanan, askar pihak Inggeris telah di ambush oleh
orang-orang Bahaman dengan menggolekkan batu-batu yang besar serta
menyumpit dengan sumpitan orang. Mereka juga telah memutuskan wayar
telegraf yang telah dibina untuk menghubungi Tras dan Selangor.
Dari peristiwa-peristiwa di atas jelas bahawa Bahaman telah
menggunakan taktik peperangan yang bijak. Beliau telah bertempur cara
berhadapan tapi menggunakan muslihat dan akal ikhtiar. Ini bersesuaian
dengan jumlah askar-askarnya yang sedikit.
Beberapa kegagalan yang amat merugikan telah rrenimpa pihak
28 Zakaria Hitam, wawancara, Merpateh. Di tapak pangkalan Pasir Dir terdapat
pokok-pokok buluh yang rendang. Dulunya kawasan ini berpasir hingga ke tengah
sungai sesuai untuk pengkalan.
29 Diceritakan oleh Nenek Embong Dayang, wawancara, Cenur.

14
Inggeris. Kerana tidak terdaya lagi, mereka telah memohon bantuan dari
Sultan Ahmad. Pada akhir tahun 1891, J.P . Rodger telah datang ke Raub
berjumpa dengan Clifford. Dari sini, mereka bersama Wise dan Fleming
(Ketua Polis Hulu Pahang) beserta dengan 25 orang mata-mata Sikh
telah pergi mengadap Sultan Pahang di Pulau Tawar.30 Persetujuan dicapai
untuk membuat persiapan melancarkan 'gerakan Sultan' ke Semantan.
Sultan tiba di Temerloh pada 18 Januari bersama Rodger. Gerakannya
dimulai pada tanggal 22 Januari, ditemani oleh Tengku Ali (anak Sultan
Ahmad), Rodger, Panglima Garang Yusuf, Saiyid Ali Badoh dan Abdullah
dari Bera. Kekuatan pasukan ini terdiri daripada 500 orang, termasuk
askar Melayu dan Sikh; 140 daripada mereka mempunyai senjata api.
Pasukan ini berjaya menawan kubu Batu Ampar dan menewaskan dua
orang kepala daerah kecil sebagai pembalasan atas "penderhakaan" 3 1
mereka. Tetapi Bahaman sendiri tidak pemah terjumpa oleh pasukan ini
walaupun beliau berada di tebing Sungai Semantan bersama Selampit
menanti ketibaan Sultan. Selampit hendak menyumpit Rodger bila
melihatnya di dalam perahu Raja, tetapi perbuatan ini telah disekat oleh
Bahaman, takut terkena Raja.
Bahaman telah pergi menemui Raja di dalam kenaikannya tanpa
disedari oleh pengawal-pengawal. Beliau mengadu hal dan meminta
bantuan daripada Sultan. Sultan dan Tengku Ali yang sebenarnya kasih
akan Bahaman telah memberikan bantuan secara sulit.
Gerakan ini tidak memberikan basil yang diharapkan. Tidak pemah
terdapat tanda-tanda kemungkinan akan tertangkapnya Bahaman dan
pengikut-pengikutnya.
Untuk mengatasi kesulitan ini. Major McCallum dari Selangor
berikhtiar membentuk satu badan inteligens dengan S.A. Wise ditugaskan
sebagai kepala. Togas utama Wise ialah mendapatkan keterangan di mana
pasukan Pahang berada, terutama Bahaman dan pembantunya yang utama;
bagaimana keadaan pertahanan Bahaman, kekuatan perbekalan makanan
dan kekuatan senjata mereka dan keadaan topografi daerah dimana musuh
berada. 32 Untuk mendorong rakyat tempatan bekerjasama, kenyataan telah
disebarkan bahawa Kerajaan Inggeris menawarkan hadiah sebanyak
$1 ,000.00 kepada sesiapa yang berjaya menangkap Bahaman. Satu pasukan
telah ditugaskan untuk mengawal Lubuk Trua dan iremungut berita

30 Buyung Adil, Sejarah Alam Melayu, Penggal V, him . 298 .


31 Hikayat Pahang, cerita 39.
32 Yang Aiajal! Mutalib, Pemberontakan Pahang 1891-1895, him . 163 .

15
pergera.kan Bahaman.
Dalam pada itu, pihak Bahaman yang jumlah pengikut-pengikutnya
telah ireningkat kepada 600 orang, termasuk orang-orang asli, telah
membuat serangan ke atas kubu Lubuk Trua dan merebut kubu itu dalam
Mac 1892. Ketika itu Kubu tersebut dikawal oleh orang-orang Cempaka,
dan Bolok yang bersimpati dengan perjuangan Bahaman.
Akibat serangan·ini Rodger, Clifford dan Wise telah segera menuju
Semantan. Sebagai hukuman, Kampung Cempaka dan Bolok diserang.
Rumah-rumah dibakar, padi dalam kepok dimusnahkan dan ayam itik
dan kerbau kambing disembelih. Orang-orang kampung bertempiaran
lari masuk ke dalam hutan takutkan orang putih dan Benggali Sikh yang
mengganas. Bahaman menyembunyikan anak buahnya di dalam hutan
yang tidak dapat dijejak oleh pasukan pihak Inggeris.
Pada minggu terakhir bulan April 1892, 200 orang Sultan yang
bertugas menjaga daerah Semantan terpaksa mengundurkan diri kerana
kehabisan makanan. Gerakan pengiriman pembekalan yang pertama
kepada mereka telah disekat oleh orang-orang Bahaman yang memasang
rantai dalam sungai.
Gerakan kedua pula dimulakan pula pada awal bulan Mei 1892.
Kali ini pasukan ditambah menjadi 1,000 orang. Dalam gerakan ini Sultan
tidak membenarkan polis Sikh atau orang-orang Eropah ikut serta ke
Semantan supaya orang-orang Bahaman tidak merasa takut dan gentar.
Baginda bersama-sama Tengku Ali, Tok Gajah, Orang Kaya Cenor dan
Orang Kaya Temerloh telah mudik ke Lubuk Trua. Di sini Bahaman
telah pergi mengadap Sultan Ahmad. Sultan telah memujuk beliau supaya
berundur untuk mengurangkan penderitaan rakyat dari tindakan ganas
pihak Inggeris.
Pada 5 Mei Rodger telah bergabung dengan Sultan dan askar-askar
Sikh ditugaskan mengawal kubu Semantan. Gerakan dimulai pada 7 Mei
oleh Tengku Ali, Tok Gajah, Orang Kaya Cenor, dan Orang Kaya
Temerloh. Mereka memasuki Sungai Semantan dengan kekuatan 300 .
orang. Tetapi Tok Gajah yang telah bersama-sama berganding bahu dengan
Bahaman dalam beberapa peperangan yang lepas tidak tergamak hendak
menyerang. Tetapi untuk mengabui mata Inggeris, beliau sebagai orang
harapan Sultan, telah diperintahkan untuk turut serta dalam gera.kan ini.
Sebelum ini, Tok Gajah telah menemui Bahaman secara sulit. Lama
selepas peperangan berlaku, barulah hal ini diketahui Inggeris dari Ganda
yang mendengar cerita dari orang-orang Sultan. Penerangan Ganda telah

16
dicatat oleh Walker seperti berikut: 33

"Kumdeang To' Gaja suda mudik sampai Batu Ampar bekin benting,
malam hari To' Gaja belang cakup sama Tuan Chi samah Haji Mat
Noh, dia mauh pegi memjala - dia ambil satu sampan plan-plan
malam. Dia angkat beras dalam sampai, tong tobacco, sama ikan
satu tong ubat bedil - To' Gaja sendiri mudik sama ampat orang
Melayu pegi jumpa sama Orang Kaya dalam dea punyia benteng.
Dia kasi sama itu Orang Kaya itu beras itu ubat bedil. Dia cekap
sama Orang Kaya besok kita maien-maien perang - Ini dua orang
suda lawang dia punia peheraoh pegi diatas. Ini Haji Mat ini Tuan
Chi dengah ini orang suda lawan dia datang dielakang dia bawah
samah punia orang. Ini Orang Kaya fikiger maien-maien juga. Tuan
Chi dengan Haji Mat Moh, Dato' Gaja sudah klalie dia perlawang
datang Tuan Chi sama Haji Mat Moh dia belang sama dia punia
orang kasi temba batul. Suda temba batul Orang Kaya punia anak
suda kena satu orang mati, dibelakang satu anak lagi suda Iuka
disini (dipeha) peluru sudah kena dia lari samah sakali".

Dari cerita Ganda jelaslah bahawa Tok Gajah enggan berperang


dengan Bahaman. Tapi Tuan Chi, Orang Kaya Temerloh dan Haji Mat
Nor berkeras hendak memihak kepada Inggeris hingga berlaku pergaduhan
di antara mereka.
Dalam perang Batu Ampar ini Bahaman telah menerima kemalangan.
Anak-anaknya, Awang Muhamad telah terbunuh ditembak oleh Haji
Muhammad Nordan Mat Lela mendapat Iuka yang mencemaskan. Beliau
telah diusung ke kubu di Hulu Teris. Selepas ini buat beberapa ketika
Bahaman tidak membuat apa-apa gerakan, membendung kesedihan dan
mengubat Iuka Mat Lela.
Tok Gajah pula telah menunjukkan keengganan yang nyata selepas
Perang Batu Ampar. Beliau cuma mengikut sahaja dalam gerakan ke
Lubuk Trua, bergabung dengan Wise dan 250 orang pasukan Melayu.
Beliau telah mengadakan mesyuarat sulit dengan Sultan. Walaupun dalam
gerakan ini beberapa buah kubu Bahaman telah dirampas, tujuan utama
untuk menangkap Bahaman tidak tercapai.
Selama gerakan ini berlangsung, Sultan tinggal di Kuala Semantan.
Cuma sekali sahaja iaitu diawal gerakan ini, baginda membuat lawatan
singkat ke Lubuk Trua dimana baginda telab ditemui oleh Bahaman

33 . "Selangor Secretarial Ries", 676/92A . Colonel Walker ' s Report, Raub , 24 fone
1942.

17
untuk meminta bantuan. Mungkin bekalan yang dibawa oleh Tok Gajah
kepada Bahaman adalah dengan ihsan Sultan. Di samping itu Bahaman
mendapat bantuan dari Tok Muda Yit, 34 dan beberapa orang kepercayaan
Sultan yang lain. Rodger yang rrerasa takut diserang oleh Bahaman
tidak pernah berenggang dari Sultan sejak beliau sampai ke Temerloh.

Pemberontakan Merebak Ke Merata Pahang


Gelombang kegelisahan rakyat Pahang akibat campurtangan British telah
merebak ke daerah-daerah lain seperti Kuantan, Hulu Jempol, Kuala
Lipis dan Budu. Di Kuantan kegiatan merompak telah menjadi-jadi ke
atas rakyat lnggeris. Di Sungai Duri berlaku satu peristiwa berdarah yang
pahit bagi orang-orang Eropah apabila Stewart dan Harris telah dibunuh
oleh Panglima Muda Jempol. Di Kuala Lipis juga keresahan penduduk
sudah tidak dapat dibendung lagi. Pada awal bulan Mei 1892, beberapa
orang Cina telah dirompak dan empat orang polis Sikh telah dibunuh. Di
Budu, Mat Kilau, anak Tok Gajah mempersiapkan satu pasukan hendak
menyerang ibu pejabat Inggeris di Kuala Lipis.
Pegawai Daerah Hulu Selangor yang mendapat berita ini telah
mengirimkan taligeram kepada Residen Selangor. Beliau menyampaikan
berita bahawa 300 orang Jelai dan 150 orang Budu sedang dalam
perjalanan untuk menyerang Kuala Lipis. Menurut seorang yang baru
pulang dari Lipis, mereka ini di bawah pimpinan anak Tok Gajah sedang
berkhemah dekat Penjom. Pada 10 April 1892, mereka tiba di Kuala
Lipis dan menemui Tok Raja Jelai. Mereka bercadang untuk bersama-
sama menyerang Kuala Lipis pada 15 April. Serangan cara besar-besaran
akan dilancarkan selepas bulan puasa. 35 Tetapi Tok Raja telah menerima
utusan dari Sultan untuk menemui baginda di Pulau Tawar.
Residen Selangor menambahkan bantuan dan mengirimkan kembali
Captain Superintendant of Police Syers dan Inspector Crampton berserta
50 orang Benggali Sikh ke Genting Bidai. Komunikasi telegraf ke Tras
dibuka kembali. Dalam penyiasatannya, pihak Inggeris telah mendapati
beberapa buah kubu pihak Bahaman di antara Tras dan Bentong. Seorang
daripada panglima Bahaman, Tok Imam Adam telah mati di Bentong
ditembak oleh askar-askar lnggeris. Sesungguhnya Bahaman menggunakan
kubu-kubu ini untuk menyekat kemasukan pasukan pihak musuh ke daerah
34 Seorang Orang Besar Lapan daerah Temerlob - Datuk kepada Kassim bin Tahir
- Hulu Ketam.
35 "Selangor Secretarial Files" 385/92A, Telegram D.O. Hulu Selangor kepada Residen
Selangor, 16 April 1892.

18
Semantan.
Sementara itu Clifford telah berusaha untuk berunding dengan Mat
K.ilau yang dipanggilnya "Adik Mat". 36 Beliau cuba menghalang
berlakunya perlawanan di Budu ruin ingin menyekat penyerangan ke atas
Kuala Lipis. Tetapi pujukan Clifford tidak memberi kesan kepada Mat
Kilau yang berdarah panas ketika itu. Lantaran itu Clifford sebagai
Political Officer Kerajaan Inggeris bersama-sama dengan Walker telah
bergerak menuju Budu dan Raub ditemani oleh tiga Inspektor bangsa
Eropah, dua Jemadar dan 150 orang Sikh, 37 untuk menyerang Budu dan
menangkap Mat Kilau.Mereka juga berjaya mendapat bantuan Tok Pulut
dan Haji Osman. 38 Mereka bermuka dua untuk menyelamatkan kampung
dan keluarga mereka sambil berpura-pura membantu pasukan Inggeris.
Dalam keadaan yang lapar askar-askar Sikh telah meminta makanan
daripada Tok Pulut. Beliau kemudiannya membuat kenduri masak bubur
ubi gandum dan mengajak askar-askar itu makan. Sedang makan tidak
semena-mena ramai yang muntah-muntah. Rupa-rupanya Tok Pulut telah
menghidangkan bubur mentah. 39 Askar-askar yang lain naik berang dan
terns mengganas, membakar rumah-rumah di Kampung Cat, Kampung
Empar, Hulu Kecuk dan membunuh orang-orang Melayu yang ditemui.
Semua penduduk-penduduk Mukim Budu lari ke Bukit Raya.
Askar-askar Mat Kilau menunggu di atas Bukit Berapit, Kampung
Cat, dan dibantu oleh orang-orang asli yang menggunakan sumpit. Apabila
askar-askar musuh lalu, mereka menggulingkan batu dan menyumpit
dengan bertubi-tubi hingga ramailah Benggali Sikh yang mati.
Di Semantan, walaupun Bahaman tahu dia boleh menghancurkan
serangan pihak Inggeris tetapi beliau memilih untuk berundur demi
kepentingan keselamatan penduduk daerah Semantan yang hampir
dimusnahkan oleh pihak Inggeris. Tambahan pula beliau amat patuh
kepada perintah Sultan yang memujuknya supaya berundur. Beliau juga
bimbangkan pihak penjajah Inggeris merancang membuang Sultan Ahmad
ke Pulau Seychelle tempat pembuangan Sultan Abdullah Perak. 40 Oleh
36 Clifford mempunyai perhubungan yang mesra dengan Mat Kilau sebelum kekacauan
meletus .
37 Yang Aisjah Mutalib, Pemberontakan Pahang 1891-1895, hlm . 190.
38 Hj . Osman ialah orang yang mula-mula membuka lombong di Selinsing dekat
Kuala Medung Hulu Jelai.
39 Cerita Umbi Md. Kohor. Tok Pulut adalah pangkat Datuk kepadanya. Budu, Kuala
Lipis.
40 Datuk Haji Salehuddin bin Mat Lela PJK, JP. Datuk Setia Amar Segara,
"Pemberontakan Menentang Penjajahan Inggeris di Negeri Pahang, Sejarah
Pahang, hlm. 22.

19
itu setelah Mat Lela pulih dari lukanya beliau diikuti oleh keluarga dan
anak buahnya merentas hutan ikut Hulu Teris dan Hulu Ceka. Bahaman
dan pengikut-pengikutnya tinggal tiga bulan di Hulu Ceka dibantu oleh
Penghulu Hulu Ceka. Dari sini mereka hilir ke Kuala Ceka dimana
mereka disambut oleh pasukan Mat Kilau untuk bergabung.
Apabila diketahui kedudukan Bahaman, Clifford, Walker, Captain
Byrne, Inspektor McKean dan 63 orang polis Sikh telah menuju Batu
Balai. Setiba di tempat kediaman Tok Setia Ismail mereka mendapat
maklumat bahawa Orang Kaya Bahaman bercadang hendak berundur ke
Kelantan melalui Kuala Ceka. Fleming dan 25 orang polis Sikh telah
dikirim ke Kuala Ceka dengan bantuan Panglima Garang Yusuf. Pasukan
Walker tiba di Bukit Berapit pada 13 Julai, disusuli oleh Clifford dengan
20 orang pengikutnya berserta dengan lain-lain pasukan. 41 Yang menjadi
penunjuk jalan pasukan Walker ialah Awang Kelana dari Perak. Awang
Kelana bercakap sombong hendak merebut perempuan-perempuan Pahang.
Tetapi di Bukit Kor beliau telah menemui ajalnya ditembak dan dikerat-
kerat oleh Mat Kilau. Terjadi pertempuran hebat di sini antara pahlawan-
pahlawan pejuang Pahang dengan askar-askar upahan Inggeris. Mat Kilau
yang mempunyai pengikut-pengikut yang sedikit ketika itu hampir tewas
oleh polis-polis Sikh dan askar orang Melayu pihak Inggeris, tetapi beliau
berjaya melepaskan diri.
Angkatan kerajaan meneruskan pergerakannya. Bila pasukan Walker
tiba di Batu Balai hari esoknya, didapati pasukan Orang Kaya Bahaman
telah meninggalkan kubunya bergerak ke Kuala Ceka. Pasukan Walker
kemudiannya kembali ke Kecok dengan hampa.
Pada 20 Julai, pasukan Bahaman tiba di Kuala Ceka. Maka terjadilah
pertempuran yang hebat selama 5 jam dengan pasukan Fleming yang
menanti . Bahaman dan panglima-panglima berjaya berenang menyeberangi
Sungai Kuala Ceka.
Selama perjuangan ini pihak Bahaman tidak pernah kehabisan
bekalan. lni telah menimbulkan syak wasangka Inggeris. Mereka merasa
curiga terhadap Sultan, kerana tidak membuat tindakan yang tegas untuk
menghapuskan rusuhan. Rodger telah mendesak Sultan untuk hilir dan
bersemayam di Pekan. Untuk menjaga perhubungan baik dengan Inggeris,
Sultan telah bersiap, dan pada 1 Ogos 1892 telah berangkat dari Pulau
Tawar hilir ke Pekan diiringi oleh Tok Gajah.
Sambil bersiap-siap menyediakan keberangkatan Sultan ke Pekan
41 "CC 273/182" Surat Clifford 16 Julai 1892 terlampir dalam Gabnor kepada C.O.
27 Julai I 892.

20
Tok Gajah bersiap-siap menghantar anak-anak dan isterinya ke Kuala
Tembeling. Yang Cik, anak perempuannya telah ditunangkan dengan
Mat Lela, anak Orang Kaya Bahaman. Ketika peperangan berlaku mereka
sedang bersiap-siap untuk melangsungkan istiadat perkahwinan cara besar-
besaran. Tapi persiapan ini telah tergendala kerana Mat Lela, Orang
Kaya Bahaman dan Mat Kilau telah menjadi orang buruan Inggeris.
Yang Cik, 42 ketika itu masih muda remaja ingin berjuang bersama-sama
tunangnya.
Rombongan Tok Gajah telah disambut oleh anaknya, Mat Kilau di
Tembeling. Dalam perjalanan, rrereka telah rrelanggar Kuala Atok.
Pasukan Bahaman pula telah menyerang Jeram Cangkong, tapi mereka
terpaksa berundur. Dalam perlarian ini Cik Yang Cik nyaris-nyaris
ditangkap oleh polis Sikh tapi telah diselamatkan oleh Mat Lela yang
berjaya memancung tiga orang Sikh. 43
Banyak peristiwa-peristiwa sedih dan ngeri telah berlaku dalam
perlarian ini. Ketika mengejar pasukan pejuang-pejuang, kampung-
kampung yang dilalui oleh askar-askar kerajaan telah diserang dengan
ganas. Kampung Kenong ketika dalam musim menuai telah dimusnahkan.
Rumah-rumah telah dibakar, padi dirosakkan dan penduduk-penduduk
yang ditemui telah dibunuh.
Pasukan pejuang-pejuang terns berundur. Pengunduran diatur
mengikut kumpulan. Orang perempuan dan anak-anak yang dijaga oleh
Dolah Saman dan Mat Dahan berjalan dulu, sementara pahlawan-pahlawan
lelaki menentang musuh. Akhirnya mereka sampai ke Pulai. Uda Mamat,
seorang daripada tukang galah pihak Inggeris telah menceritakan bahawa
irereka tidak lagi berupaya mengejar pasukan Bahaman sesampai di
Pulai kerana hutan rimba yang tebal dan bukit bukau yang dalam. Kiranya
tersalah langkah mereka akan diserang orang-orang Bahaman yang bijak
bersembunyi di dalam hutan. Tambahan pula sungai-sungai di hulu
mengandungi banyak jeram-jeram yang tinggi dan dalam. Walau
bagaimanapun cap besar Orang Kaya Bahaman telah hilang di dalam
Sungai Hulu Lebir ketika berundur.
Tok Gajah dan pengikut-pengikutnya telah berkubu di Hulu Lebir
sementara pasukan Bahaman meneruskan perjalanannya ke Hulu Nenggir.
42 Tok Yang Cik ialah seorang perempuan yang handal dalam ilmu pencak silat dan
kepahlawanan. Sekembalinya dari Siam dalam tahun 1914, penduduk Semantan
telah menyaksikan perlawanan pencak silat antara beliau dengan suaminya Mat
Lela dalam temasya sambutan pulang. Mat Lela telah ditumbangkan oleh Tok
Yang Cik.
43 Wawancara dengan anak Mat Lela yang tak mahu namanya d.itulis.

21
Di sini kepahlawanan mereka telah diuji oleh orang-orang Kelantan tetapi
kehandalan mereka tetap tidak dapat ditandingi. Setelah menetap buat
beberapa ketika, Mat Lela tel ah dik~winkan dengan Yang Cik dengan
cara yang sederhana. Di kawasan Hulu Kelantan ini terdapat ramai orang
yang telah berpindah akibat perang saudara dulu.
Dengan pengunduran pejuang-pejuang ke Hulu Kelantan, Pahang
kembali tenang. Sultan Ahmad dan Tengku Ali atas desakan pihak Inggeris
telah berangkat ke Singapura. Pada bulan September 1892, beliau telah
diikuti pula oleh Maharaja Purba Jelai, juga atas desakan pihak Inggeris.
Tujuan Inggeris adalah untuk menjauhkan mereka dari pejuang-pejuang
Pahang. Dalam bulan Oktober, diadakan satu mesyuarat di antara Sultan
Pahang, Sultan Johor dan Gabnor Negeri-Negeri Selat. Mereka telah
menetapkan hendak memberi pengampunan kepada sekelian rakyat Pahang
yang menderhaka kepada kerajaan, kecuali Bahaman dan Tok Gajah.
Tapi jika mereka kedua mahu balik ke Pahang mereka juga boleh
diampunkan. Mengikut keputusan rundingan ini Tok Raja telah dijadikan
utusan kerajaan untuk berjumpa dengan ketua 'penderhaka', menyatakan
Kerajaan telah berjanji jika mereka mahu menyerahkan diri mengaku
kalah, mereka tidak akan dibunuh. 44
Berikutan dengan peristiwa pengampunan dalam bulan November
1892, pasukan Perak dan Selangor telah ditarik kembali. Ramailah
penduduk-penduduk Semantan, Bentong dan Budu batik ke kampung
masing-masing dari persembunyian di dalam hutan. Pengikut-pengikut
Bahaman dan Tok Gajah ketika itu membuat kediaman di Sungai Ampul,
anak sungai Sungai Lebir, Hulu Kelantan. Utusan-utusan tentang
pengampunan telah dihantar kepada mereka, supaya batik ke Pahang
tetapi mereka masih was-was.
Dalam bulan Disember 1893, Tok Raja dan Haji Abdul Rauf bin
Rasu telah menemui Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau di Chekuas
untuk memujuk mereka supaya kembali. Kesempatan ini telah diambil
oleh pejuang-pejuang meminta jaminan dari Tok Raja supaya Sultan
Pahang, Sultan Johor dan Residen Inggeris di Pahang tidak mengapa-
apakan mereka. Mereka juga telah memberikan kepercayaan kepada Tok
Raja untuk melindungi anak-anak mereka di Bukit Betong. Tentang
kepulangan mereka sendiri, rnereka sedang memikirkan kemungkinan
baik dan buruknya. Pada masa itu mereka di dalam keadaan yang amat
susah kerana kekurangan bekalan makanan dan kesusahan hidup dalam

44 Buyong Adil, Sejarah Alam Melayu, Penggal 5, cetakan 1949, him . 301.

22
hutan. Untuk berjimat mereka cuma makan nasi sekepal sehari. Tok
Gajah yang umurnya telah semakin lanjut sering uzur. Isteri Bahaman
pula sedang sarat mengandung. Dalam pada itu mereka mendapat berita
bahawa Inggeris telah menekan orang-orang Hulu Kelantan dan Hulu
Tembeling untuk memberitahu di mana IIBreka bersembunyi. Hadiah
$1,000.00 yang ditawarkan kepada sesiapa yang berjaya menangkap
mereka hidup atau mati tetap diteruskan seperti dulu. Berita ini telah
menghapuskan sama sekali kemungkinan mereka untuk menyerah diri.
Syak wasangka atas tawaran pengampunan itu dijelaskan dalam surat
Tok Gajah kepada Maharaja Perba Jelai,

.. . kami masih lagi ragu-ragu hendak: batik ke Pahang kerana


banyak khabar-khabar angin yang dibawa dari Tembeling melalui
Hulu Kelantan iaitu, kerajaan telah memberi senapang kepada or-
ang-orang Kelantan bagi membunuh kami. Itulah sebabnya kami
belum lagi pulang dan masih lagi di dalam hutan. Negeri Kelantan,
Terengganu dan negeri-negeri lain telah ditutup kepada kami
berempat kerana kerajaan telah mengeluarkan perintah supaya kami
ditembak bila kelihatan. Kerajaan telah menawarkan hadiah $1,000.00
kepada sesiapa yang dapat menangkap kami. Kami amat sedih dan
hidup dalam bahaya.

Kami berharap untuk balik ke Pahang selepas bersalinnya isteri Orang


Kaya .. . 45

Rundingan diteruskan sepanjang tahun 1894. Beberapa utusan telah


dihantar dari Pahang untuk memujuk pejuang-pejuang supaya menyerah.
Tok Muda Akir Goa; Tok Muda Awang Tanggok, Kechau, dan Encik
Wan Hussein, Penghulu Raja Tembeling telah sampai ke Hulu Lebir
bermuafakat dengan pejuang-pejuang supaya menyerah. Kerana berulang-
ulang utusan dikirimkan, mereka telah mengaku hendak batik ke Pahang.
Tetapi tanpa disedari oleh pihak Kerajaan Pahang, angkatan Bahaman
telah menempuhi perkembangan barn.

Tahap Kedua Dalam Perjuangan Bahaman


Dalam bulan Mac 1894, pernimpin-pernimpin pejuang Pahang telah
berpindah ke Terengganu berikutan surat yang diterima dari Tok Saudagar,
seorang kepala daerah Lebir. Beliau telah memanjangkan pesan Raja
45 W. Linehan, "History of Pahang", JMBRAS, Vol. 14, ·Part. II (terjemahan) him.
155.

23
Kelantan yang mengusulkan mereka supaya meninggalkan Kelantan. Pihak
Inggeris telah mengetahui kedudukan mereka di Hulu Kelantan apabila
Sir Cecil Clementi Smith melawat Kelantan.
Di Terengganu, mereka bertemu dengan Tok Guru Agama, Ungku
Saiyid Paloh. Beliau dianggap sebagai seorang keramat dan amat
berpengaruh. Seruannya kepada orang-orang Terengganu supaya
membantu Bahaman telah mendapat sambutan yang hangat. Sultan Zainal
Abidin dan pembesar-pembesar Terengganu turut memberi sokongan,
didorong oleh khutbah-khutbah Ungku Saiyid tentang Perang Sabil Al-
lah. Bahaman telah dipandang oleh penduduk Terengganu sebagai seorang
pahlawan agong. Lantaran ini dengan mudah sahaja, satu angkatan
mengandungi lebih kurang 200 orang dari Besut, Terengganu dan Hulu
Lebir Kelantan telah dipersiapkan untuk bergabung dengan pasukan
Pahang. Semangat yang dulunya hampir pudar kerana serba kekurangan
kini telah berkobar kembali dengan sokongan penduduk-penduduk
Terengganu dan Kelantan. Unsur-unsur keagamaan telah ditambah di
dalam perjuangan dan disalurkan untuk menyerang orang-orang kafir.
Persiapan mereka berpusat di Paloh. Senjata-senjata dan peluru-peluru
telah diseludup dari Singapura oleh seorang Kelantan, saudagar Awang
Ngah.46 Selesai persiapan, Ungku Saiyid mengiringi dengan doa restu
dan menyerahkan beberapa buah senjata hikmat yang ditulis dengan ayat-
ayat Quran.
Hanya dua hari sekembalinya utusan dari Pahang, Mat Kelubi telah
sampai ke Hulu Lebir dengan angkatan dari Paloh. Pada malam esoknya,
Bahaman dan Rasu terus mengepalai angkatan ini bersama dengan Mat
Kilau, Mat Lela, Awang, Nong, Teh .Ibrahim dan Mat Kelubi. Mereka
menyeberangi sempadan Terengganu - Pahang pada 12 Jun 1894. Dari
Hulu Tembeling, mereka menghilir sungai sambil menarik orang-orang
kampung untuk berjuang bersama-sama mereka. Pemimpin-pernimpin
rombongan ini telah singgah di rumah Encik Bujang meminta makanan. 47
Di tebing Pasir Tambong, Orang Kaya mendarat bersama-sama Mat
Lela, Mat Kilau, Awang Nong, Teh Ibrahim, Panglima Kiri dan beberapa
pengikut lagi. Tok Gajah yang telah tua tinggal di dalam perahu, tetapi
beliau membangkitkan suasana dengan takbir tiga kali diikuti oleh teriakan
perang sabil dari pejuang-pejuang lain. Mereka memanjat bukit hingga
sampai ke balai polis Kuala Tembeling. Sentry ditikam dan rrereka
46 Annual Report Pahang 1894, fasal 57.
47 W.R. Roff, "Story of Ram Singh", Stories by Sir Hugh Clifford, Kuala Lumpur,
1959, hlm. 98 .

24
menyerbu ke dalam balai. Lima orang polis Sikh telah dibunuh, clan
seorang menclapat cedera parah dengan tikaman parang clan keris. Terdapat
30 liang tetakan pada badannya. Benggali Sikh yang malang ini ialah
Ram Singh, tetapi beliau berjaya menjatuhkan diri ke dalam sampan clan
hanyut hingga sampai ke Pulau Tawar dimana beliau mengadukan tentang
penyerangan ini kepada Orang Besar Pulau Tawar.
Serbuan ke atas Kuala Tembeling telah dibuat dengan ringkas clan
pantas sebelum subuh. Balai polis telah dibakar. Maka pada 14 Jun 1894
Kuala Tembeling telah jatuh ke tangan Orang Kaya Bahaman. Tidak
kurang dari 8,250 kotak bedil clan senjata-senjata lain dapat dirampas.
Selepas ini pejuang-pejuang membuat rancangan untuk bertemu Tok Raja
dan Panglima Garang Yusuf. Utusan dikirirnkan. Tok Raja telah mudik
dari Pulau Tawar ke Kampung Poh, clan menawarkan untuk bertemu di
Kedondong. Maka pada malamnya, Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau clan
Mat Lela tel ah hilir ke Kedondong bertemu dengan Tok Raja dan Panglima
Garang Yusuf. Mereka meminta kepada dua orang Besar ini rengan
nama Allah clan RasulNya untuk membantu dalam Perang Sabil ini. 48
Panglima Garang Yusuf yang telah bergelar Imam Perang Indera Setia
Raja oleh Kerajaan Inggeris, clan diberi Kuasa mengawal Pulau Tawar
menggantikan Tok Gajah, telah menolak keras permintaan pejuang-pejuang
ini. Tetapi Tok Raj a ticlak dapat memberikan kepastian.
Setelah gagal berunding dengan Tok Raja clan Panglima Garang
Yusuf di Kedondong, mereka mudik ke Kuala Tembeling. Lebih kurang
enam kilometer dari sini, mereka merebut kubu Jeram Ampai yang dikawal
oleh sebelas orang polis Sikh. 49 Kemudian mereka membina kubu mereka
sendiri.
Sementara itu Mamat Kelubi dengan dibantu oleh lima puluh orang
pahlawan telah ditinggalkan untuk mengawal kubu Kuala Tembeling.
Beliau dengan enam orang pengikutnya kemudiannya telah mudik Sungai
Jelai ke Kuala Lipis untuk menyekat berita kejatuhan balai polis Kuala
Tembeling sampai ke Pusat Kerajaan, cawangan Hulu Pahang. Pada 16
beliau pulang tanpa menyedari bahawa rakan-rakannya telah mudik ke
Sungai Tembeling. Dalam perjalanan, mereka telah diserang oleh orang
Panglima Garang Yusuf yang menanti di kedua belah tebing sungai.
Mamat Kelubi berserta lima orang pengikutnya telah kecunclang di
Kampung Bandar. 50 Mengikut Straits Times 18 Julai 1894, Mamat Kelubi
48 Annual Report Pahang 1894, fasal 57-59.
49 Ibid.
50 "C.O. 273/196 ", Panglima Garang Yusuf kepada Clifford, 17 Julai dari Mitchell
kepada C.O. 26 Julai 1894.

25
mudik ke Kuala Lipis dengan harapan untuk mendapatkan kerjasama
anak Tok Raja. Ketika menghilir pulang beliau melihat satu kumpulan
Melayu berkhemah di Kuala Tembeling. Menyangkakan kawan-kawan,
beliau hampir tetapi tidak terns ditembak oleh pengikut-pengikut Tok
Raja. Peluru itu menembusi tangan kanan dan perut beliau. Kepalanya
telah dipotong dan dihantar ke Kuala Lipis.
Berita serangan kembali pejuang-pejuang Pahang ini telah sampai
ke Pekan. Mr. Walter Egerton, Pemangku Residen yang menggantikan
Clifford yang sedang bercuti, telah bergegas memudiki Sungai Pahang
ditemani oleh R.W. Duff, Acting Superintendant Police Pahang dengan
satu pasukan polis Sikh. Mereka sampai di Kuala Tembeling pada 18 Jun
dan mendapati pejuang-pejuang telah berkubu di Jeram Ampai. Di sini
beliau bersatu dengan Mr. E.A. Wise, Acting Superintendant Police Hulu
Pahang dengan satu pasukan Sikh lagi. 51
Beberapa pasukan lagi telah dikerahkan masuk ke Pahang bila berita
serangan ini sampai kepada Gabnor Mitchell. Pada 28, Lieutenant Colo-
nel Walker sampai ke Kuala Tembeling bersama dengan satu batalion
polis Sikh dari Perak. Sebelum ini, Captain Lyons dengan satu badan
polis Sikh Selangor dan Captain Henry Talbot dengan satu pasukan
besar polis Sikh Perak telah tiba. Assistant Superintendant Stewart dari
Angkatan Polis Negeri-Negeri Selat telah sampai melalui Pekan dengan
satu batalion Colonial Sikh Police beberapa hari sebelum ini.
Aliran kemasukan askar-askar ke Pahang dengan jelas menunjukkan
betapa cemasnya Kerajaan Inggeris akibat dari penentangan Bahaman.
Perjuangan Bahaman dipandang sebagai bahaya besar oleh Kerajaan
lnggeris untuk menegakkan pentadbiran mereka di negeri Pahang. Di
sini kita dapat melihat betapa kuatnya ancaman dari seorang pembesar
daerah Pahang yang tidak ingin membiarkan tanah airnya dijajah. Tetapi
kerana tenaganya kecil berbanding ratusan askar-askar pihak Kerajaan
lnggeris beliau terpaksa berjuang mengikut keadaan. Tambahan pula pihak
kerajl\fill mempunyai senjata moden.
Untuk mengawasi suasana-suasana yang tegang berikutan dengan
serangan itu, pasukan polis di Pahang telah disusun seperti berikut: 52
Kuala Tembeling 90 orang dengan Egerton, Wise, Lyons,
dan 2 orang Inspektor polis.
Kuala Lipis 84 orang, 70 polis Sikh di bawah

51 Annual Report Pahang 1894, fasal 50.


52 "C.O . 273/196", Gabnor kepada Ripon, 25 Jun 1894.

26
Timbalan Superintendant Polis dari
Perak.
Antara Raub-Lipis - 60 orang Sikh Perak di bawah Captain
. Talbot.
Kuala Lumpur 60 Sikh Selangor, 20 Sikh Sungai Ujong
di bawah Captain Mackenzie dan 26 Sikh
Perak dengan satu meriam.
Temerloh 40 orang di bawah Stewart.
Pekan 26 orang.
Di samping ini pasukan-pasukan tambahan dihantar secara berterusan
ke Kuala Tembeling untuk menghalau dan menangkap pejuang-pejuang.
Rancangan untuk menyerbu kubu Jeram Ampai telah disusun. Mereka
juga bercadang hendak mengepung pemberontak-pemberontak Pahang
dari kedua belah tebing sungai supaya pejuang-pejuang tidak dapat
melarikan diri. Colonel Walker, Captain Talbot dan Captain Lyons dengan
satu pasukan Sikh dan Melayu telah bergerak ikut tebing kanan Sungai
Tembeling. Sementara gerakan di tebing sebelah kiri sungai dipimpin
oleh Duff dan Stewart dibantu oleh pasukan Tok Muda Aldr. E.A. Wise
dan Panglima Garang Yusuf pula memasuki sebelah Walker.
Serangan ke atas Jeram Ampai dilancarkan pada pukul 11 pagi
Jumaat 28 Jun dengan membawa '7 paun-gun' . Mereka tidak sedar mereka
telah sampai ke destinasi mereka jika sentry pasukan pejuang tidak
menembak.
Rajah Kubu Pejuang di Jeram Ampai 53
~ I
7 I
I
I
J-,
I-L-,-3- -I ---114 II 10 I
I 9 2 I I
~----------;
I 8 1--::-1 I
I LlJ I
L-~------_J
11

Penunjuk:
Garisan titik-titik adalah pagar yang mengelilingi kubu.
53 "Straits Times, 16 Julai 1894," Mikrofilm 668 , reel 24.

27
1. Kubu pertama,
2 Kubu kedua dibina atas tiang yang setinggi 9 kaki,
3.Dinding tanah, 4 kaki tinggi, 3 kaki tebal atau lebar,
4.Kubu yang diserang oleh Captain Lyon,
5. Kotak sentry,
6.Kubu di sebelah kiri sungai yang sepatutnya diserang oleh pasukan
Duff dan menyekat terlepasnya pemberontak-pemberontak ikut
sungai,
7. Sungai Tembeling,
8. Tempat Wise ditembak,
9. Tempat Kapten Talbot ditembak,
10. Anak sungai yang kecil dimana pengikut-pengikut Tok Raja
sepatutnya mengawal pengunduran pemberontak-pemberontak,
11. Jalan keluar hutan darimana datangnya serangan.

Kotak sentry yang dibuat dari sebatang tunggul pokok kayu setinggi
10-12 kaki terletak bersetentangan dengan jalan keluar ke hutan. Dari
sinilah datangnya tembakan yang pertama. Berikutan dengan ini 12-15
tembakan lagi dilepaskan ke arah pasukan Walker dari kubu pertama.
Bila diserang, penghuni-penghuni kubu pertama berundur ke kubu kedua
menyusup pagar. Kubu pertama berbentuk sebuah pondok dibuat bullet-
proof dikelilingi oleh berkas kayu yang dilubang-lubangkan kecil luas
hanya untuk menembak. Semasa hendak menyerang kubu kedua inilah
Wise ditembak. Tidak berapa lama lepas itu Kapten Talbot pula menjadi
sasaran. Sebiji peluru lagi menyinggah ke dada kiri Kapten Lyon tetapi
kerana umumya masih panjang, buku poketnya telah menyekat peluru
menembusi badannya. Colonel Walker menggempur kubu kedua. Kubu
kedua merupakan satu hasil binaan yang bijak, didirikan di atas tebing
sungai yang tinggi dan curam, lebih kurang 40 kaki dilingkungi oleh
dinding tanah 3-4 kaki tinggi. Kubu yang sebenarnya terletak di hadapan
dinding tanah ini, dibina di atas tiang-tiang kayu setinggi 9 kaki. Bahagian
atas kubu ini juga diperbuat dari berkas-berkas kayu dengan lubang-
lubang kecil hanya luas untuk menembak. Tiap-tiap kubu dikelilingi oleh
pagar-pagar yang diperbuat dari buluh dan rotan yang teguh setinggi 5
kaki .
Sepuluh orang pejuang-pejuang didapati terbunuh di dalam kubu
kedua. Di antaranya termasuk Cik Harara, bekas Orang Besar Kelantan.
Cik Dolah Gajah dan Cik Wan Ali. Sementara pasukan pihak Inggeris
kehilangan Wise dan empat orang sikh. Kapten Talbot dan lima orang

28
Sikh lagi mendapat cedera parah.
Kerana tidak dapat melawan serangan yang bertubi-tubi dari pihak
Inggeris pasukan Bahaman terpaksa menyelamatkan diri. Ada yang terus
terjun sungai clan berenang ke seberang clan ada yang melompat ke dalam
perahu . Tetapi sebahagian besarnya ikut darat menyusur Sungai
Ternbeling.
Kubu di tebing seberang kiri sungai telah dikosongkan bila pasukan
Duff sampai. Kelewatannya adalah kerana telah disesatkan oleh penunjuk
jalan yang bersimpati dengan pejuang-pejuang.
Walaupun pada hakikatnya kubu Jeram Ampai tel ah jatuh ke tangan
pihak Inggeris, hasilnya adalah jauh dari memuaskan. Pihak Inggeris
rnengalami kerugian teruk dibandingkan dengan persiapan peperangan
mereka. Dan yang paling menyedihkan mereka Wise, seorang pegawai
muda yang berkebolehan, telah menjadi korban, bukan ditangan musuh
tetapi oleh Benggali Sikh, pengikut mereka sendiri. 54
Harapan untuk rrengepung dan rrenangkap pemimpin-pemimpin
pejuang khasnya Bahaman clan Tok Gajah gagal sama sekali. Sebenarnya
rancangan penyerangan ini telah diketahui lebih awal oleh Bahaman.
Lantaran itu sebahagian besar dari pengikut-pengikutnya telah diarahkan
keluar kubu clan bersedia kiranya dapat membuat serangan balas. Tetapi
kerana pasukan kerajaan terlalu besar, ditambah pula dengan senjata-
senjata moden yang mereka gunakan, pasukan Bahaman terpaksa
mernbuat serangan cara bersembunyi. W alau bagaimanapun mereka tidak
berdaya clan terpaksa berundur.

Pengunduran Bahaman
Bahaman telah dicap sebagai musuh yang paling bahaya kepada kerajaan
baru Pahang. Lantaran itu pihak Inggeris tidak akan senang selagi beliau
masih hidup. Pasukan demi pasukan telah dihantar untuk menghapuskan
pernberontakan beliau clan kalau boleh pihak Inggeris ingin rnemusnahkan
perjuangannya sama sekali. Dengan taktik psikologi beberapa Orang Besar
Melayu Pahang yang inginkan kuasa telah terpengaruh. Yang paling
jelas ialah Panglima Garang Yusuf.
Setelah gagal menangkap Bahaman dan pemimpin-pemimpin pejuang
yang lain di kubu Jeram Ampai, pasukan kerajaan baru Pahang, seterusnya
melancarkan gerakan pengejaran. Tok Garang Yusuf clan Tok Muda Akir
dengan sepasukan orang-orang Tok Raja telah melakukan pengejaran

54 Annual Report Pahang 1894, fasal 61 .

29
pada 29 Jun 1894 diikuti oleh pasukan Duff pada 3 Julai 1894, tetapi
mereka tidak dapat mengesan di mana pasukan Bahaman berada.
Pengejaran cara teratur telah dilancarkan sekembaliknya Clifford ke
Hulu Pahang pada 4 Julai 1894. Siasatan dijalankan dengan bantuan
orang Melayu untuk mengetahui kedudukan pejuang-pejuang Pahang.
Pada 17 Julai Clifford bergerak ke Kuala Sat, bersama-sama hnam Perang,
Panglima Kakap Hussain, Tok Pahlawan Lawi, Katib Bakar dari Kelola,
Tok Mukim Mat Ali dari Budu, Encik Abdullah dari Bera, Panglima
Raj a Mat Asin dari Jelai, beserta dengan seratus tiga puluh orang pengikut
Melayu. Pada 21 Julai mereka menyeberang ke Hulu Terengganu. Selepas
beberapa pertempuran sengit dengan pemberontak-pemberontak, mereka
sampai ke Kuala Alor di Hulu Pertang pada 29 Julai. 55 Pasukan Colonel
Walker dan Duff telah bergabung dengan pasukan Clifford.
Pejuang-pejuang Pahang menggunakan taktik perang gerila, sambil
berundur, bertahan, membuat kubu dari pokok-pokok besar atau dari
batu-batu besar. Jika bertembung dengan rtmsuh, mereka menyerang -
dan berundur lagi.
Di Kuala Alur kedua-dua pasukan ini telah bertempur. Di sini pasukan
pejuang di bawah pimpinan Tok Gajah, telah berjaya menewaskan dua
orang Melayu, seorang polis Sikh dan mencederakan beberapa orang
yang lain. Pihak pejuang Pahang tidak mengalami sebarang korban, tetapi
terpaksa meninggalkan bekalan dan barangan lain di kubu ini. Di antaranya
termasuk surat-surat Orang Besar Kelantan dan Terengganu yang
dikirimkan kepada Tok Gajah. Surat-surat ini menjelaskan kerjasama
mereka dengan pejuang-pejuang Paha!1g dalam pemberontakan.56 Pasukan
Bahaman pula telah bertempur dengan pihak musuh di Jeram Landak.
Dalam pertempuran pengunduran ini banyak jalan perbekalan
pejuang-pejuang Pahang telah disekat oleh pihak Inggeris. Seorang janda
Tok Gajah, Mahada atau Ting telah ditangkap oleh Clifford. 57 Beliau
menceritakan, pasukan Tok Gajah terdiri dari anak-anaknya Mat Kilau,
Awang Nong, Teh Ibrahim, berserta dengan orang-orang Melayu Pahang
dan Kelantan.
Pada 7 Ogos pasukan pejuang Pahang telah terkepung dan hampir
tertangkap, tetapi mereka telah diselamatkan oleh Engku Selia Raja dan
Datuk Panglima Dalam Kelantan, dua Orang Besar Kelantan yang telah

55 Annual Report Pahang 1894, fasal 64.


56 Ibid., fasal 65.
57 "C.O. 273/1 97", laporan Clifford, Ogos 1894 dalam Mitchell.

30
dikirimkan oleh Sultan Kelantan untuk melepaskan pejuang-pejuang
Pahang. 58
Pada awal bulan Ogos juga, Gabnor telah mengarahkan Clifford
untuk menarik kembali askar-askarnya dari daerah pengejaran. Beberapa
hari sahaja selepas Clifford menarik pasukkannya, keseluruhan angkatan
pejuang-pejuang yang dipin;i.pin oleh Bahaman dan Tok Gajah telah keluar
dari persembunyian mereka dari dalam hutan. Ungku Setia Raja dan
Datuk Panglima Dalam menjemput pejuang-pejuang ke kampung mereka
di Kemuning, Macang, Kelantan. Di sini mereka ditemukan dengan anak
isteri dan saudara mara mereka. Buat beberapa minggu mereka tinggal
dalam tenang dan aman.
Waiau bagaimanapun Kerajaan Siam telah mengarahkan pemimpin-
pemimpin pemberontakan Pahang ini ditangkap. Selesai pasukan pura-
pura untuk menangkap mereka, yang dipimpin oleh seorang bangsawan
Melayu yang diberi gelaran Siam, Luang Pati Pak Pachakon, 59 gagal,
mereka berpindah ke Besut dan mereka tinggal disana sehingga Mei
1895.
Pada bulan Februari telah diterima khabar angin bahawa pejuang-
pejuang Pahang yang bertempat di Sungai Kembiam Besut, telah
mengumpulkan tenaga dan bersedia untuk membuat serangan ulangan.
Berhubung dengan ini Clifford yang telah mendapat kebenaran dari
Gabnor, telah membuat lawatan ke Terengganu dan Kelantan. Dalam
bulan Mac, dua orang Pesuruhjaya Tinggi Kerajaan Siam telah sampai
ke Pahang. Pihak Kerajaan Inggeris perlu mendapatkan kebenaran Kerajaan
Siam untuk melancarkan gerakan di Terengganu dan Kelantan kerana
kedua buah negeri ini di bawah naungan Siam. Persediaan untuk
melancarkan gerakan pengejaran yang kedua disiapkan di Kuala
Tembeling. Clifford, R. W. Duff, Acting Superintendant of Police, Dr.
Jesse Coope, Residency Police Surgeon of Pahang dan dua orang
Pesuruhjaya Kerajaan Siam telah bertolak dari Kuala Tembeling pada 17
Mac bersama-sama dengan seratus sembilan puluh orang Melayu, tiga
puluh sembilan orang Dayak, lapan Sikh dan sepuluh orang Siam berserta
dengan beberapa orang pembantu dengan seratus lima pucuk rifles. 60
Orang-orang Melayu adalah di bawah perintah Panglima Garang Yusuf,
Panglima Kakap Hussein dan Encik Wan Ahmad Hulu Tembeling.
Rombongan pengejar ini bergerak ikut Kuala Sat, Sungai Sepia dan
58 Annual Report Pahang 1894, kepada C.O., 28 Ogos 1894.
59 W. Linehan; "History of Pahang", JMBRAS, Vol. 14 Pt. II, hlm. 165 .
60 D.H. Wise, Annual Report Pahang 1895.

31
menyeberang ke sempadan Terengganu.
Pada 1 April mereka sampai ke Kampung Melur, Tapah di Hulu
Nerus. Sementara itu Raja Terengganu yang telah menerima surat dari
Kerajaan Siam, menerangkan tentang ekspedisi untuk menangkap
pemberontak-pemberontak, telah menghantarkan Raja Ismail (Weng) ke
Besut untuk memberi amaran kepada mereka. 61 Mat Kilau kemudiannya
telah pergi ke Paloh di mana Ungku Saiyid telah memberi jaminan bahawa
beliau dan orang Terengganu akan mempertahankan dan menyelamatkan
pejuang-pejuang.
Apabila Clifford sampai ke Kuala Terengganu, beliau disambut
dengan penuh hormat oleh Sultan yang bersetuju memberikan
kerjasamanya. Tetapi sebenarnya baginda hanya mahu menjaga hati
Clifford. Sementara baginda mengisytiharkan kepada umum untuk
membantu ekspedisi pasukan Clifford, secara sulit baginda menyampaikan
titah supaya rakyat Terengganu membantu pejuang-pejuang Pahang.
Perintah sulit ini disebarkan oleh Orang-Orang Besar Terengganu kepada
semua rakyat, melarang mereka memberitahu di mana pejuang-pejuang
Pahang bersembunyi, jika kiranya mereka tertangkap, mesti ditolong
sehingga terlepas.
Pada 12 April Clifford dengan Panglima Kakap Hussein telah
mewawancara Ungku Saiyid Paloh. Ungku Saiyid menghidangkan
minuman kepada mereka. Ketika minum beliau telah menegaskan kepada
Clifford, "Kalau kamu nampak Bahaman, kamu boleh tangkap!" Bahaman
sebenarnya ketika itu sedang berada di rumah Ungku Saiyid tetapi
bersembunyi di dalam bilik memerhatikan Clifford. Perundingan dengan
Ungku Saiyid untuk mengorek rahsia di mana pasukan Bahaman
bersembunyi hampa sahaja. Berbagai cara telah digunakan ke atas
penduduk-penduduk tempatan untuk mengetahui di mana pejuang-pejuang
bersembunyi. Taktik-taktik rasuah, kekerasan, paksaan bersumpah dengan
Quran telah digunakan oleh pihak Inggeris tetapi tidak memberikan hasil.
Orang Terengganu dan Kelantan tetap bekerjasama dengan pejuang-
pejuang Pahang. Sebaliknya mereka menipu pasukan Inggeris. Sesiapa
yang berani bersubahat dengan pihak Inggeris akan dipulaukan oleh seluruh
rakyat.
Pada 25 April satu angkatan di bawah perintah Duff telah bertolak
ke Besut bertujuan hendak menghalau pemberontak ke Lebir di mana
Clifford dirancangkan menunggu. Tetapi beliati telah diberi amaran,
61 W. Linehan, "History of Pahang", JMBRAS, Vol. 14 Pt. II, him. 166.

32
kiranya angkatan ini masuk ke Besut, seluruh penduduk Besut akan
bangkit menentang Inggeris. 62 Lantaran itu pasukan Duff terpaksa pulang.
Pada 23 Mei berhampiran dengan Kuala Pertang, pihak Inggeris
hampir berjaya menangkap Rasu· (Tok Gajah), Mat Kilau, Awang Nong
clan Teh Ibrahim dan memotong segala bekalan makanan. Pihak pejuang
terpaksa keluar dari Hulu Kelantan rrenyeberang sempadan ke Hulu
Terengganu dan hilir sungai ke Paloh, dikejar oleh pasukan Clifford. Di
Paloh rrereka mendapat perlindungan Ungku Saiyid. Residen Pahang
bermohon kepada Sultan Terengganu untuk menyerahkan pemberontak-
pemberontak. Untuk menyedapkan hati pihak Inggeris baginda
memerintahkan angkatan yang besar untuk mencari dan rrenangkap
pasukan Bahaman. Tetapi gerakan ini hanyalah pura-pura belaka.
Maka pada 17 Jun 1895, Clifford terpaksa mengaku kalah dan
menghentikan ekspedisinya. Selama tiga bulan mereka bertungkus lumus
berusaha untuk menangkap Bahaman dan pejuang-pejuang lain tetapi
semuanya hampa sahaja. Sebaliknya mereka menanggung beban kerugian
sebanyak $7,393.83. 63 Kegagalan ini jelas rrenunjukkan kehandalan
pejuang-pejuang Pahang. Mereka bukan sahaja mempunyai kekuatan
jasrnani, malah berjaya menarik hati dan mempengaruhi seluruh penduduk
negeri lain seperti Kelantan dan Terengganu untuk bekerjasama dengan
rrereka.
Sekembalinya ekspedisi Clifford ke Pahang, Tok Gajah, Mat Kilau
clan keluarganya telah menetap di Hulu Terengganu, Kampung Ungku
Syed Paloh. Tidak berapa lama kemudian Tok Gajah telah meninggal
dunia di Pasir Mering kerana sakit tua.
Serrentara keluarga Tok Gajah menetap di Hulu Terengganu, keluarga
Bahaman tinggal di Hulu Kelantan. Dalam tahun 1896 Maharaja Siam
V, King Chulalongkorn (1868-1910) telah memerintahkan Orang Besarnya
pergi ke Kelantan untuk membawa Orang Kaya Bahaman dan pengikut-
pengikutnya ke Bangkok. Dengan persetujuan Sultan Kelantan
berangkatlah rombongan Orang Kaya Bahaman dan anaknya Cik Mat
Lela, suami isteri dan pengikut-pengikutnya Cik Awang Nong, Cik Teh
Ibrahim, Pak Lang Yusuf dan lain-lain lebih kurang seratus orang
semuanya.
Mereka belayar dengan kapal api hingga ke Bangkok di mana mereka
tinggal lebih kurang satu tahun. Kemudian mereka telah diperintahkan

62 W. Linehan, "History of Pahang", JMBRAS, Vol. 14 Pt. II, hlm. 166.


63 D.H. Wise, Annual Report Pahang 1895, fasal 74.

33
untuk berpindah ke bandar Chiengmai. Mereka tinggal di Ban Hor dan
diberi perlindungan oleh Kerajaan Siam. Tetapi sebelum memberi bantuan
yang istimewa, Orang Kaya Bahaman telah dicuba oleh Kerajaan Siam
dalam satu pertarungan kepahlawanan. Orang Kaya Bahaman telah berjaya
menjatuhkan wakil-wakil terhandal Kerajaan Siam. Lantaran itu King
Chulalongkom telah memberikan perhatian yang istimewa kepada pasukan
Orang Kaya Bahaman. Baginda telah mengumiakan sara hidup lebih
kurang 1,000 baht kepada Orang Kaya Bahaman, 400 baht kepada Cik
Mat Lela dan 50-500 baht kepada pengikut-pengikut lain. Sebidang tanah
bendang seluas lebih kurang 25 rai (20 ekar) dan beberapa ekor kerbau
tel ah dianugerahkan kepada Orang Kaya.64
Di sinilah Orang Kaya Bahaman menghabiskan hari tuanya dalam
keadaan tenang tetapi terpisah dari tanah aimya yang dicintai. Kerana
tidak dapat meneruskan perjuangannya, beliau menghabiskan masa dengan
berburu dan menggembala gajah. Beliau telah diangkat oleh King
Chulalongkom sebagai Ketua Gembala Gajah.
Di hari akhimya beliau telah pergi berburu ke dalam hutan tetapi
terpaksa balik kerana mengidap sakit perut dan beliau telah meng-
hembuskan nafasnya yang akhir,65 dan dikebumikan di negera asing.

Kesimpulan
Kesan pemberontakan seorang Pembesar Pahang ini amat ketara sehingga
Kerajaan Inggeris terpaksa merancangkan dasar-dasar pemulihan. Dasar-
dasar ini mempunyai kaitan yang rapat dengan penubuhan Negeri-Negeri
Melayu Bersekutu dalam tahun 1896 dan salah satu sebab yang paling
penting ialah untuk menyelesaikan masalah Pahang. Pemberontakan Orang
Kaya Bahaman nienyekat kemaraan British melaksanakan dasar penjajahan
mereka. Tapi setelah Bahaman dikatakan meninggal, British melanjutkan
usaha-usahanya mendapatkan hak kuasa eksekutif dengan menubahkan
Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Rancangan ini telah menyempumakan
rancangan penjajahan lnggeris di Tanah Melayu, menjadikan Tanah
Melayu sebagai "Negeri-Negeri Melayu yang Bemaung" di bawah
Kerajaan British dengan Penjanjian Persekutuan tahun 1896.
Dengan kehilangan Orang Kaya Bahaman, berakhirlah perjuangan
seorang pahlawan Pahang yang tak inginkan negerinya dijajah. Tetapi ini
tidak bererti berakhimya keseluruhan perjuangan, kerana beliau telah

64 Datuk Sallehuddin, Sejarah Pahang, hlm . 23.


65 Puan Nilam Sari, wawancara, Temerloh.

34
menanamkan benih-benih semangat perjuangan untuk membela tanah air
kepada anak-anak rantau negeri Pahang. Semangat perjuangannya telah
dijadikan contoh dalam gerakan. menuntut kemerdekaan selanjutnya.

Bibliografi

Rekod Rasmi Inggeris


"Annual Report Pahang 1888-1895", (berbentuk mikro:film) Arkib
Negara Malaysia.
H. Clifford, Expedition to Kelantan and Trengganu, Kuala Lumpur,
Federated Malay States Government Press, 1939.
"Files District Office of Temerloh 1889-1953", (C/PDT 1) Arkib Negara,
Malaysia.
"Files Selangor State Secretariat 1876-1895", Arkib Negara, Malaysia.
Kertas-kertas Peribadi, Majalah, Surat-surat khabar dan Hikayat
''Diary Hugh Clifford 1888-1893", Arkib Negara, Malaysia.
Surat Jawi, menceritakan Perang Kelang kepunyaan Mohd. Jani bin
Bilal Mamat, Kuala Lipis.
"Straits Times, 23 December 1891 - 6 December 1894", (berbentuk
mikrofilm) - Perpustakaan Universiti Malaya.
''Utusan Melayu, 4 Mei 1971".
Singgahsana Negeri Pahang, disusun oleh Ustaz Mohamad Mokhtar
Daud, terbitan Othman Brothers, Pekan 1957.
Sejarah Pahang, keluaran Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Negeri
Pahang.
Hikayat Pahang, - mikro:film 937, Perpustakaan Universiti Malaya.
Laporari Jawatankuasa Menyiasat Munculnya Mat Kilau, Syarikat
Percetakan Inderapura Sdn. Berhad, Kuantan.

Buku-buku yang diterbitkan


Abdul Talib bin Haji Ahmad, Sejarah Dato' Bahaman Orang Kaya
Semantan, Kuala Lumpur, Pustaka Garuda, 1961.
Haji Buyung Adil, Sejarah Alam Melayu, Penggal V, Pejabat Karang
Mengarang, Jabatan Pelajaran Kuala Lumpur - Malaya Publishing
House, Ltd., Singapore, 1949.
Sejarah Selangor, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1971.
H. Clifford, Bush Whacking, London, William Heinemann Ltd., 1929.
In Court and Kampung, London, Grant Richards, 1903.
Jang Aisjah Muttalib, Pemberontakan Pahang 1891-1895, Pustaka Aman

35
Press, Kota Bharu, Kelantan, 1972.
J.M . Gullick, Indigenous Political Systems of Western Malaya, Lon-
don, The Athlorre Press, 1965.
Khoo Khay Kim, The Western Malay States 1850-1873, Oxford Uni-
versity Press, Kuala Lumpur, 1972.
Phillip Loh Fook Seng, The Malay States 1877-1895, Political Change
and Social Policy, Oxford University Press, Singapore, Kuala
Lumpur, London, New York, 1969.
JHM Robson, Records and Recollections (1889-1934), Kuala Lumpur,
Kyle, Palmer & Co., Ltd., 1934. ·
W.R. Roff, (ed.) Stories by Hugh Clifford, Kuala Lumpur, Oxford
University Press, 1959.
E. Thio, British Policy in the Malay Peninsula 1880-1910, Singapore,
University of Malay Pres, 1969.
W . Linehan, "History of Pahang", JMBRAS, Vol. 14 Pt. 2, May, 1936.

36
Wan Muhammad bin Wan Idris:
Datuk Orang Kaya Indra Maharaja Purba Jelai
Keenam dan Peranannya dalam
Perang Saudara Pahang

ZAKARIA BIN MD. DOM*

Pendahuluan
Wan Muhammad bin Wan Idris, Datuk Orang Kaya Indra Maharaja
Purba Jelai yang keenam dilahirkan di Bukit Kota kira-kira tiga puluh
tahun sebelum berlakunya Perang Saudara di Pahang. 1 Beliau adalah
anak sulung dari empat orang adik beradik. Bonda Wan Muhammad
ialah isteri kedua Tok Raja Wan Idris. Dengan isteri pertamanya Tok
Raja Wan Idris mendapat seorang anak lelaki bemama Wan Embong.
Adik beradik Wan Muhammad yang seibu sebapa ialah Wan Abdullah,
Wan Teh dan Wan Chik. Dari isteri ketiganya, Wan Idris mendapat pula
seorang anak bemama Wan Talib. Manakala Wan Da dan Wan Aminah
ialah anak-anaknya dari isteri keempat. 2
Daerah di bawah kekuasaan Tok Raj a ini meliputi daerah-daerah
dari Tanjung Lindung di hilir berhampiran dengan Jerantut hingga ke
perbatasan Perak dan Kelantan di hulu tetapi tidak termasuk daerah
Tembeling. Daerah Tembeling telah dibeli oleh Tok Raja Kota Lima
Puluh dari Raja Johor yang juga menjadi pemerintah Riau dan Lingga

* Lulusan Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, 1977n8 .


I Temuramah Ali Aminullah bin Haji Abdul Rahman, Bukit Betong, Kuala Lipis,
24.4.77.
2 Ibid.
'

37
dengan harga " ... segantang ulang-aling emas, satu dasar bali isi emas
dan sesuku tangan baju berisi emas."3 Jadi nyata bahawa daerah Jelai
pada asalnya terpisah dari daerah Pekan dan diperintah oleh Raja Johor
yang juga memerintah Pahang.

Mohar yang digunakan oleh Tok Raja Wan Muhammad bin Wan Idris.

Tok Raja pertama yang bergelar Sri Maharaja Purba ialah moyang
kepada Wan Muhammad. Beliau berasal dari tanah Minangkabau. Sri
Maharaja Purba mempunyai tiga orang saudara lelaki dan seorang saudara
perempuan. Saudara perempuannya telah bersuamikan Tun Bandan iaitu
seorang ulama dari Sembawa. Setelah berkahwin Tun Bandan dan isterinya
serta seorang abang iparnya telah berhijrah ke Patani. 4
Sri Maharaj a Purba tidak mempunyai keturunan untuk menggantikan
beliau memerintah Jelai apabila beliau meninggal dunia. Tetapi beliau
dikatakan telah menemui seorang kanak-kanak lelaki di dalam selinsing. 5
3 W. Linehan, A History of Pahang, MBRAS (Reprint), Kuala Lumpur, 1973 , hlm.
205.
4 Ibid., him. 202.
5 Selinsing ialah sejenis umbai digunakan untuk membuat tikar. Menurut cerita,
ke luarga Tok Raja dilarang duduk di atas tikar selinsing.

38
Kanak-kanak tersebut dijadikan anak angkat clan diberi nama Raja Muda.
Bila dewasa Raja Muda diberi gelaran Maharaja Dalam.
Raja Muda telah berkahwin dengan sepupunya, iaitu anak perempuan
Tun Bandan, dari Patani. Setelah menjadi Sri Maharaja kedua meng-
gantikan ayahnya, beliau membuat penempatan di Kuala Tanum (Bukit
Kota). 6 Keturunan mereka ini pula membuat penempatan di Kuala Kecau,
Lanar dan Balai (kesemua tempat-tempat ini letaknya berhampiran dengan
Jelai).
Setelah Raja Muda meninggal dunia beliau telah digantikan oleh
anaknya Wan Ismail sebagai Maharaja Purba Jelai ketiga. Beliau lebih
dikenali dengan panggilan "Marhum hilang di Riau" kerana setelah beracla
di Riau beberapa lama dengan sanak saudaranya, beliau ticlak lagi pulang
ke Jelai. Khabar beritanya pun tiada didengar lagi. 7 Wan Ismail telah
digantikan oleh anaknya Wan Muhammad sebagai Maharaja Purba Jelai
keempat. Selepas Wan Muhammad, Wan Idris pula yang menggantikan
bapanya sebagai M_aharaja Purba Jelai kelima.
Wan Muhammad (Maharaja Purba Jelai keenam) mempunyai tiga
orang isteri clan ketiga-tiga orang isterinya itu adalah orang kebanyakan. 8
Isteri pertamanya bernama Che Nik9 dari kampung Tebing Tinggi, Pulau
Tawar. Hasil perkongsian hidupnya bersama Che Nik, Wan Muhammad
rnendapat enam orang anak iaitu Wan Esah, Wan Hitam, Wan Tanjung,
Wan Ngah, Wan Buruk clan Wan Pekan. Manakala isteri kedua Wan
Muhammad yang berasal dari kampung Jeram Bongor, Kuala Tembeling
bernama Che Teh bt. Ibrahim. Dengan isterinya Che Teh ini, Wan

6 Kisah Raja Muda ini ada dihubungkan dengan Tuan Puteri Bukit Berenting (orang
bunian) . Kisah ini menjadi kisah rahsia keluarga Tok Raja. Menurut cerita, isteri
muda Raja Muda ialah Tuan Puteri Bukit Berenting. Semasa Raja Muda berada di
Pekan mengadap Sultan, isteri tua Raja Muda telah menyuruh madunya menari
cara kayangan . Kata Tuan Puteri tarian tersebut tidak dapat dipersembahkan kalau
tidak ada kain layang. Lalu isteri tua mengeluarkan kain layang dari tiang seri yang
disembunyikan oleh Raja Muda. Bila terpakai sahaja kain layang, Tuan Puteri. pun
melayang-layang terbang lalu ke tingkap kemudian terus ke puncak nyior gading.
Ketika berada di puncak nyior Tuan Puteri telah berpesan kepada madunya. Katanya
kalau benar Raja Muda sayangkan dia carilah dia di Bukit Berenting dengan mem-
bawa tiga kapur sirih pinang. Selepas itu Tuan Puteri pun terbang terus ghaib.
7 Temuramah Wan Baduyah bt. Datuk Wan Ali, Padang Tengku Kuala Lipis, 4.3.77 .
8 Perempuan kebanyakan di sini bermaksud bukan dari keturunan anak Orang Besar-
Besar sama ada dari keturunan Wan atau Tengku .
9 Che Nik ialah bekas isteri Wan Embong. Perkahwinan "berganti tikar" ini berlaku
selepas kematian Wan Embong . Dengan Che Nik Wan Embong tidak mendapat
anak.

39
Muhammad mendapat seorang sahaja ana.k bemama Wan Chik. 10 Isteri
muda Wan Muhammad bemama Che Itam dan dengan Che ltam, Wan
Muhammad mendapat seorang ana.k bernama Wan Mas Jelai.
Kekuasaan dan kewibawaan, fungsi serta pengaruh Tok Raja Wan
Muhammad sangat besar. Bagi pendudukJelai, Tok Raja Wan Muhammad
dianggap sebagai "Raja Di Hulu". Mereka berbahasa "Engku" pada Tok
Raja. Penghormatan juga diberi pada Tok Raj a Wan Muhammad. Sebelum
mereka berca.kap kepada Tok Raj a mereka a.kan duduk menjunjung dull
terlebih dahulu.11
Tok Raja Wan Muhammad mempunyai empat jenis senjata
kebesaran. Bendera tersebut berlambangkan tujuh ekor burung sundang
dan empat bilah tomba.k. Tomba.k-tomba.k tersebut dihias dengan rambu-
rambu panjang dan tangkainya berwarna merah. Manakala keris panjang
pula berlok tiga dan ulunya (kepalanya) bertatahkan emas. Keris ini
dipanggil "Kepala Mayat''. 12
Selain dari senjata-senjata tersebut, sebagai tanda kekuasaannya, Tok
Raja Wan Muhammad juga mempunyai bendera dan meriam kebesaran.
Bendera tersebut berlambangkan tujuh ekor burung merpati putih dan
berlatarbelakangkan warna hitam (bendera negeri Pahang sekarang
berwarna hitam dan putih). Bendera ini dikibarkan di hadapan rumah
Tok Raja Wan Muhammad pada setiap masa. 13 Manakala meriam pula
a.kan ditemba.kan sebanyak tiga das apabila satu-satu perkara berlaku

10 Bila Wan Muhammad meninggal pada 7.1.1919, sepatutnya Wan Tanjung yang
dilantik menjadai Tok Raja ketujuh pada 15.1.1919 selepas satu minggu menjadi
Tok Raja. Wan Ali yang sepatutnya menggantikan bapanya Wan Cbik ketika itu
masih lagi kanak-kanak. Oleh itu Wan Tanjung telah dilantik menjadi Tok Raja
kelapan (1919-1935) . Dari keturunan Wan Chik dan Wan Tanjong inilah maka
jawatan Tok Raja dipegang oleh dua keluarga secara bergilir-gilir hingga sekarang.
Kiranya keluarga Wan Tanjung memegang jawatan Tok Raja maka keluarga sebelah
Wan Chik akan dilantik menjadi Datuk Setia Muda Pahang iaitu gelaran bagi
Orang Besar Berlapan yang bakal menjadi Tok Raja. Jawatan Tok Raja pada 1978
dipegang oleh Wan Ibrahim dari keluarga Wan Tanjung. Sementara gelaran Datu.k
Setia Muda dipegang oleh Wan Badiu:u.aman dari keluarga Wan Cbik.
11 H. Clifford, In Court And Kampong, The Federal Rubber Stamp & Co., Singapura,
1927, hlm. 113 .
12 Keris ini adalah pusaka turun temurun hingga sekarang. Keris ini dipanggil "Kepala
Mayat" kerana apabila seseorang Tok Raja meninggal dunia, keris ini akan diletakkan
di kepala mayat. Kemudian keris ini akan dipersembahkan kepada Sultan oleh anak
lelaki sulung arwah Tok Raja. Apabila Sultan menyerahkan kembali keris itu kepada
bakal Tok Raja bermakna Sultan berkenan perlantikan beliau sebagai Tok Raja
menggantikan arwah ayahnya.
13 Temuramah Wan Shahrom bt. Datuk Wan Ali, Padang Tengku, Kuala Lipis, 10.3.77.

40
dalam keluarga Tok Raja sama ada berhubung dengan kerarnaian, kematian
ataupun menyarnbut kepulangan Tok Raja Wan Muhammad dari Pekan. 14
Sistem pentadbiran di Jelai agak unik juga. Tok Raja Wan
Muhammad boleh menjatuhkan fiukuman ke atas anak-anak buahnya di
Jelai yang melakukan kesalahan termasuk hukuman bunuh. Malah
hukuman ini boleh dijatuhkan oleh Tok Raja tanpa merujukkannya terlebih
dahulu kepada Sultan di Pekan.15
Di bawah Tok Raja Wan Muhammad terdapat Orang Kaya Muda
(sekarang dipanggil Datuk Setia Muda) iaitu bakal pengganti Tok Raja.
Beliau berfungsi sebagai pemangku Tok Raja ketika Tok Raja tidak ada
di daerahnya. Dalam menjalankan tugasnya, Tok Raja Wan Muhammad
dan Orang Kaya Muda dibantu oleh beberapa orang panglima yang juga
bertugas sebagai kepala perang Jelai. Mereka ini diberi gelaran "Apit
Limpang" iaitu orang yang sehidup-semati dengan Tok Raja. Mereka
juga sebagai ganti mata dan telinga Tok Raja. 16
Antara panglima-panglima perang Tok Raja Wan Muhammad yang
termasyhur ialah Panglima Raja Mat Sin (sepupu Tok Raja) , Tok Muda
Mat Diab dari Padang Tengku, Panglima Hamid dari Batu Yon, Panglima
Muda Togel dari Mukim Gua, Haji Panglima dari Barcang, Penghulu
Teh dari Ceka, Panglima Awang Ahmad dari Mukim Gua, Panglima
Long dari Karnpung Berasal dan Panglima Yaakob dari Pulau Tawar.17
Pendapatan Tok Raj a bergantung kepada basil kutipan cukai dari
penduduk-penduduk di Jelai yang dipungut oleh Orang Kaya Muda dan
panglima-panglima yang dilantik oleh Tok Raja Wan Muhammad.
Penduduk-penduduk daerah Jelai bekerja mengeluarkan hasil-hasil hutan
seperti rotan, darnar, getah grik, getah taban (getah merah), kayu gaharu
dan akar-akar kayu untuk dibuat ubat. Cukai-cukai juga dikenakan kepada
mereka yang bekerja mencari bijih ·dan emas di dalarn Sungai Jelai,
Sungai Telang, Sungai Cematu, Sungai Tanum, Kecau Tui juga di daerah
Pulai iaitu sebuah daerah yang terletak berharnpiran dengan Gua Musang.18
Sudah menjadi adat bagi penduduk-penduduk di daerah Jelai, kiranya
mereka bertemu dengan barang-barang yang pelik seperti sumbu badak
14 Meriam-meriam tersebut bersama-sama bendera masih lagi ada di dalam simpanan
DSM, Wan Badiuzzaman dan tidak digunak:an.
15 Temuramah Wan Abdullah bin Datuk Wan Chik, Kuala Lipis, 20 .2.77.
16 Temuramah Aki Rashid bin Awang Ngah, Padang Tengku , 6.4 .77 . Beliau ialah
cucu kepada Panglima Mat Akhir Gua iaitu panglima perang Tok Raja Wan Idris.
17 Ibid.
18 Temuramah Wan Ta lib bin Wan Mat, Padang Tengku , Kuala lipis, 24.4.77.

41
untuk geliga dan buntat (kedua-duanya jenis batu untuk dibuat penawar)
atau gading gajah, maka barang-barang ini akan dipersembahkan kepada
Tok Raja. 19 .

Pengikut-pengikut Tok Raja Wan Muhammad juga terdiri daripada


Orang Asli. Mereka ini suka bertuankan Tok Raja dan datang mengadap
beliau pada setiap musim buah-buahan. Sebagai persembahan mereka
membawa petai, buah perah, durian, tampoi dan lain-lain lagi. Sebagai
balasannya Tok Raja Wan Muhammad menghadiahkan parang, beliung,
kapak, kain, garam dan tembakau kepada Orang Asli ini.20
Sebagai "Raja Di Hulu" Tok Raja Wan Muhammad mempunyai
kenaikan yang khas iaitu sebuah perahu besar yang dinamakan Kajang
Magong. Menurut Wan Tahir21 dari apa yang telah diceritakan oleh arwah
ayahnya Wan Abdullah, perahu Kajang Magong ini dibina dua tingkat
siap dengan tempat tidur dan dapur untuk memasak. Di bahagian atasnya
pula terdapat sebuah ruang kecil. Sementara di bahagian belakangnya
terdapat sebuah tempat duduk khas untuk jurumudi yang menjaga haluan.
Di sini dapatlah dilihat bahawa beliau adalah seorang yang penting,
berpengaruh dan disegani di Hulu Pahang. Kerana itu tidak hairanlah
kalau Tok Raja Wan Muhammad sentiasa menjadi tumpuan pihak-pihak
tertentu seperti Sultan Ahmad, Inggeris dan pejuang-pejuang bangsa seperti
Datuk Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau yang mempunyai kepentingan-
kepentingan tertentu.22

Perang Saudara di Pahang


Perang Saudara di Pahang telah mengambil masa selama kira-kira enam
tahun, iaitu antara 1857 hingga 1863. Perang ini merupakan perebutan
kuasa dan takhta kerajaan antara Wan Mutahir, putera kedua Bendahara
Ali, dengan adindanya Wan Ahmad, iaitu putera kelima dari sebelas

19 Ibid.
20 Orang Asli sekarang disebut Orang Asli atau "Saudara Lama". Mereka bertuankan
Tok Raja sehingga ke zaman Tok Raja Wan Ali sahaja. Pada masa Tok Raja Wan
Ibrahim (sekarang) mereka telah merdeka dan mempunyai ketua mereka sendiri
yang dianggap sebagai " Raja". Nama beliau ialah Raja Kecut. Beliau j uga
mempunyai seorang "menteri" bemama Menteri Silih. Raja Kecut telah dilantik
oleh Tok Raja Wan Ibrhaim menjadi Raja Orang Asli pada tahun 1974 dan berkuasa
memerintah Pos Betau (daerah Betau).
21 Temuramah Wan Tahir bin Wan Abdullah, Bukit Betong , Kuala Llpis, 24 .4.77 .
22 Peristiwa ini berlaku selepas daripada kemasukan Inggeris di Pahang pada tahun
1888 .

42
orang adik beradik 23 Oleh kerana perang ini dilancarkan melalui tiga
peringkat oleh Wan Ahmad maka perang tersebut dikenali jug a dengan
nama Perang Kemaman, Perang Endau dan Perang Kuantan.
Secara mutlak hak mewari'si takhta kerajaan memang . jelas jatuh
kepada Wan Mutahir kerana beliau adalah putera sulung Bendahara Ali.
Tambahan pula semasa Bendahara Ali sakit, Wan Mutahir telah dilantik
sebagai Pemangku Bendahara. Walau bagaimanapun Wan Mutahir lebih
dikenali sebagai Bendahara Gancung kerana beliau menetap di Gancung.24
Perang Saudara meletus dalam bulan November 1857 dikenali dengan
nama ''Perang Orang-orang KeD_J.aman". 25 Di dalam peperangan ini nyata
Wan Ahmad tidak irendapat bantuan dari mana-mana Orang Besar
Pahang. Malahan Wan Muhammad dan ayahnya Tok Raja Wan Idris
merupakan penyokong-penyokong kuat Wan Mutahir.
Angkatan perang Wan Ahmad bertolak dari Kemaman menuju ke
Pahang pada bulan November 1857. Keadaan di Pekan pada masa ini
t.erdedah pada serangan musuh kerana ramai Orang Besar-Besar Pahang
seperti Orang Kaya Cenor, Orang Kaya Temerloh, Tok Lela dan Tok
Bang au sedang berada di Teluk Belanga, Singapura. Tok Raj a Wan Idris
berada di Pekan bersama-sama Wan Mutahir. Seirentara kedua-dua
anaknya Wan Muhammad dan Wan Embong ditinggalkan di Jelai. Di
saat yang genting inilah Wan Ahmad mengambil peluang untuk menyerang
Pahang.
Pasukan Wan Mutahir telah bertahan di tiga tempat. Engku Sayid
clan anaknya Tuan Embong bertahan di Pulau Jawa termasuk daerah
Pekan. Tok Raja Wan Idris, Engku Panglima Besar Wan Ismail (anak
Wan Mutahir), Engku Uda dan Tengku Ismail bertahan di Pulau Kela.di.
Sementara Wan Mutahir bersama panglima-panglimanya bertahan di
Gancung.
Angkatan Wan Ahmad tiba di Kuala Pahang lalu masuk ke kampung
almarhum Penghulu Kuala. Penduduk-penduduk di sini telah dipaksa
memberikan kerjasama kepada orang-orang Wan Ahmad. 26 Pulau Jawa
dapat ditawan. Engku Sayid cuba merninta bantuan daripada Tok Raja
23 Anak-anak Bendahara Ali ialah Wan Long, Wan Mutahir, Wan Buang, Wan Teh,
Wan Ahmad, Wan Fatimah Wan Sonit, Wan Hassan, Wan Esah, Wan Andale dan
Wan Mansor. (Lihat Muhammad Mokhtar Daud , Singgahsana Negeri Pahang ,
Percetakan Osman Brothers, Pekan, 1957, him. 5).
24 W. Linehan, op. cit., him. 66.
25 Perang ini dinamakan kerana ia dilancarkan dari Kemaman dan disertai oleh
kebanyakan orang-orang Kemaman .
26 Hikayat Pahang, him. 6 .

43
Wan Idris di Pulau Keladi tetapi tidak berjaya. Engku Sayid dan orangnya
terus berundur ke Ketapang clan cuba mempertahankan Ketapang tetapi
sekali lagi Engku Sayid dikalahkan oleh orang-orang Kemaman. Dari
Ketapang, Engku Sayid terus mengundurkan diri ke Paya Palas kemudian
menyusur Sungai Miang lalu berjalan kaki ke Singapura. Sementara itu
orang-orang Kemaman yang menang dalam peperangan telah bertindak
liar, merampas harta orang di pekan selama tujuh hari .27
Kekalahan Engku Sayid merupakan pukulan yang hebat pada Wan
Mutahir. Daerah Pekan sudah ticlak dapat dipertahankan lagi. Saat-saat
kelemahan Wan Mutahir sudah jelas terbayang. Gancung tempat beliau
bersemayam terpaksa ditinggalkan sementara waktu demi untuk menjaga
keselamatan. Wan Mutahir clan pengikut-pengikutnya yang masih setia
telah melarikan diri ke Cenor clan Gancung dapat ditawan oleh Wan
Ahmad.
Tok Raja Wan Idris yang bertahan di Pulau Keladi bersama-sama
Engku Panglima Besar, Engku Uda dan Tengku Ismail turut juga berundur
ke Cenor. Buat masa ini Pahang telah terbahagi kepada dua. Bahagian
pantai yang berpusat di Pekan diketuai oleh Wan Ahmad. Sementara di
bahagian pendalaman yang berpusat di Cenor diketuai oleh Wan Mutahir.

Kemunculan Wan Muhammad


Walaupun Wan Ahmad dapat rrenawan ibu kota pemerintahan Wan
Mutahir, ini tidak bermakna yang Wan Ahmad telah dapat menguasai
seluruh negeri Pahang. Orang Besar-Besar Pahang masih lagi berdiri di
pihak Wan Mutahir. Wan Ahmad ingin membuat perdamaian dengan
abangnya Wan Mutahir. Oleh itu bila keadaan telah aman, Wan Ahmad
telah mengutus Wan Dagang, Encik Lambak, clan Sayid Idrus ke Kuit
untuk berunding dengan orang-orang Wan Mutahir. 28
Perjumpaan diatur di dalam rumah Encik Wan Chik bin Wan
Muhammad. 29 Pihak Wan Mutahir telah diwakili oleh Wan Chik dan
anak-anaknya serta Haji Hassan. Kata sepakat telah dicapai untuk
menghentikan peperangan. Haji Hassan, wakil Wan Mutahir menegaskan
seperti berikut:

.... pada fikiran saya baiklah sama-sama mencari jalan kebaji.kan

27 Ibid., hlm. 17.


28 Hikayat Pahang, him. 18.
29 Wan Cbik ialab saudara sepupu Wan Mutahlr. Ayah Wan Cbik iaitu Muhammad,
gelarannya Engku Temenggong adalah adik kepada almarhum bendabara Ali.

44
di antara Waja kita adik beradik, anak-beranak itu sama-sama putera
almarhum. Mudab-mudahan berbahagialah memerintahkan negeri
Pahang. Janganlah kiranya kita mendapatkan bahaya .. . .
Pendapat Haji Hassan ini disetujui oleh Sayid Idrus dan Encik
Lambak wakil Wan Ahmad. Mereka menegaskan,

. . . itulah sehabis-habis moleknya dunia akhirat . . . .30


Walaupun pada dasarnya kedua-dua pihak telah bersetuju meng-
hentikan peperangan tetapi Wan Mutahir tetap sangsi. Wan Mutahir telah
memerintahkan orang kepercayaannya pergi ke Teluk Belanga·
mempersilakan Orang Besar-Besarnya dan anak-anaknya pulang segera
ke Pahang. 31
Dalam keadaan berjaga-jaga inilah angkatan perang dari Jelai tiba di
bawah ketuanya, anak-anak Tok Raja Wan Idris, iaitu Wan Muhammad
dan Wan Em bong. Kehadiran mereka di Cenor tel ah menyemarakkan
semula api perjuangan orang Wan Mutahir. Wan Muhammad dan Wan
Embong terns mengadap Wan Mutahir. Ketika itu Orang Besar-Besar
seperti Tok Raja ada bersama. Bila Wan Mutahir terpandangkan kedua-
dua anak Tok Raja ini, Wan Mutahir terns mengadukan hal:

Alcu dab kalah perang dan terpaksa berundur ke Cenor.


Didorong oleh rasa kepahlawanan dan keberanian Wan Embong
menjawab :

Apa boleh buat kerana patik tiada masa itu. Orang-orang Tuanku
semuanya betina. Malulah seorang raja diturunkan dari takhta
kerajaannya padahal seorang pun hulubalang perangnya tiada yang
mati. Jikalau patik ada masa itu tak dapat tiada darah akan tumpah
ke bumi dan Gancung tidak akan dapat ditawan oleh musuh. Patik
akan segera melanggar Pekan kerana patik dab tercium bau darah.32
Wan Mutahir merninta supaya Wan Muhammad dan Wan Embong
menunggu sehingga kepulangan anak-anaknya dari Singapura. Dengan
itu Wan Muhammad dan Wan Embong memberi tempoh seminggu.
Sekiranya anak-anak Wan Mutahir tidak jug a pulang dalam tempoh
tersebut Wan Muhammad dan Wan Em bong akan menernskan rancangan
mereka untuk menyerang Pekan.
30 Hikayat Pahang, him. 19.
31 Ibid.
32 Haji Buyung Adil, Sejarah Pahang, him. 125 .

45
Nyata Wan Mutahir sangat menaruh harapan kepada kedua-dua anak
Tok Raja Wan Idris. Beliau menurut sahaja apa yang dikatakan hadir
diam membisu hanya Haji Hassan sahaja yang berubah muka kerana
merasa malu.33
Pad a malam selepas Wan Muhammad dan Wan Embong mengadap
Wan Mutahir, Wan Koris dan adik-adiknya, Wan Ahmad dan Wan Da
telah pulang ke Cenor. Sebelum peperangan dimulakan Wan Mutahir
telah mengurniakan gelaran kepada panglima-panglimanya. Wan
Muhammad digelar Orang Kaya Muda sementara Wan Embong digelar
Panglima Perang Kiri. Tengku Acheh digelar Imam Perang, Encik Buman
digelar Panglima Perang Kanan, adiknya digelar Panglima Bebas.
Sementara Haji Hassan digelar Imam Perang Hulubalang.34
Wan Ahmad yang berada di Pekan ketika ini juga sedang bersiap
sedia. Beliau mencurigai kata-kata Haji Hassan kerana beliau tahu Wan
Dagang dan Sayid Idrus itu lurus orangnya jadi dengan mudah ditipu
oleh Haji Hassan. Perang Saudara meletus semula di Tanjung Pulai dekat
Pulau Manis. Wan Ahmad telah mengambil langkah untuk keluar
berperang bukan bertahan di Pekan. Kali ini beliau sendiri bertindak
sebagai Imam Perang.35
Angkatan perang Wan Mutahir dipimpin oleh kedua-dua anak Tok
Raja, Wan Muhammad dan Wan Embong. Pertempuran kecil berlaku di
Tanjung Pulai dan Sayid Idrus yang bertahan di situ dapat dikalahkan
oleh Wan Muhammad dan Wan Em bong. Angkatan ini terns mar a ke
Pulau Manis, Tanjung Rengas, Tanjung Medang lalu ke Langgar. Pihak
musuh yang bertahan di Langgar diketuai oleh Encik Endut dan Encik
Hitam. Peperangan di Langgar berlangsung selama empat bulan. Tuan
Kecik dan Encik Awang, ipar Wan Ahmad telah terkorban. Akhirnya
Panglima Wan Ahmad sendiri, iaitu Encik Hitam turut menjadi korban
perang. 36 Kematian Encik Hi tam merupakan satu pukulan yang hebat
pada Wan Ahmad kerana Encik Hi tam merupakan "Orang harapan" Wan
Ahmad. Saat-saat kekalahan Wan Ahmad sudah jelas terbayang. Pada
masa yang sama juga sa:tu pasukan di bawah Sutan Garang telah
melakukan serangan hendap pada malam hari ke kubu pasukan Wan
Ahmad di Tanjung Langgar. Kesemua empat puluh orang yang bertahan
di situ tel ah dibunuh. 37
33 Ibid, him., 126.
34 Hikayat Pahang, him. 21.
35 Ib id., him. 26 .
37 Ib id.

46
Hanya satu jalan sahaja yang nampak terbuk:a pada Wan Afunad
sekarang iaitu keluar dari Pahang. Terusimya Wan Afunad ke Kemaman
bermakna tegak kembali kerajaan Wan Mutahir. Tetapi ini tidak pula
bermakna yang Pahang benar-benar telah aman dan Wan Mutahir tidak
perlu bimbang lagi pada Wan Ahmad. Perang Saudara bergolak semula
pada tahun 1861, iaitu tiga tahun selepas Perang Kemaman. Wan Afunad
sebelum meninggalkan Pahang pemah mengingatkan orang-orang Pahang.

Hai sekalian orang-orang Pabang, baik-baik nanti. Selagi ada umur


Ahmad ini sekali-kali tiada boleb senang Pabang bersarang tup~ di
atas kepala. 38
Faktor penting yang menyebabk:an Wan Ahmad mengalami kekalahan
di dalam Perang Kemaman ialah kerana beliau tidak mendapat sokongan
daripada Orang Besar-Besar Pahang, terutamanya Tok Raja Wan Idris
dan kedua-dua anaknya, Wan Muhammad dan Wan Embong. Walaupun
Wan Afunad mendapat bantuan daripada Sultan Terengganu tetapi
kekuatan bantuan ini tidaklah dapat dibandingkan dengan kekuatan
pasukan Pahang.
Oleh kerana itu Wan Ahmad cuba mencari peluang dari situasi yang
Iahir di Pahang yang ada kaitannya dengan Tok Raja Wan Idris untuk
memenuhi cita-citanya. Masa demi masa Wan Ahmad menunggu tetapi
masih belum ada bayangnya. Sebab itu Wan Ahmad terpaksa mencari
helah lain untuk memporak-perandak:an suasana di Pahang.
Pada tahun 1858 Wan Ahmad telah mengutus dua orang
Panglimanya, iaitu Wan Buang dan Encik Lambak bersama-sama satu
pasukan penggempur ke daerah Tembeling untuk melakukan huru hara
di sana. Orang-orang di Tembeling telah dipaksa memberikan kerjasama
dengan pasukan Wan Buang dan Encik Lambak. Pada ketika ini Penghulu
Tembeling tidak ada di daerahnya. Beliau bersama-sama orang kanannya
Khatib Baharin dan Wan Yam berada di Pulau Tawar. 39
Togas untuk menghalau musuh kini terletak pada Wan Muhammad
dan Wan Embong. Dengan dibantu oleh Encik Yahya, Encik Embuk,.
Encik Uda dan Encik Mat Merah, Wan Muhammad, Wan Embung dan
keempat-empat panglima itu pun segera hilir ke Tembeling. Setelah tiga
hari berperang orang Terengganu dapat dik:alahkan. Encik Lambak dan
Wan Buang telah melarikan diri pulang ke Kemaman.
Wan Mutahir telah menjatuhk:an hukuman ke atas pembesar-pembesar
38 Ibid.
39 Haji Buyung Adil, Sejarah Pahang, hlm. 129.

47
Tembeling. Panghulu Raja telah dipecat dari jawatannya dan diperintahkan
mengadap ke Pekan. Sementara Khatib Baharin tel ah dikurung. 40
Setakat ini Tok Raja Wan Idris dan kedua-dua anaknya masih lagi
berjuang di pihak Wan Mutahir. Dengan ini .amatlah sukar bagi Wan
Alunad untuk mengalahkan abangnya Wan Mutahir. Pada penghujung
tahun 1858 berlaku satu peristiwa yang boleh disifatkan sebagai "nasib
malang" kepada Wan Mutahir. Peristiwa ini telah mengubah sikap Tok
Raja Wan Idris masuk menyebelahi pihak Wan Alunad melawan Wan
Mutahir hingga menyebabkan kejatuhan Wan Mutahir serta kenaikan
Wan Alunad sebagai Bendahara Pahang.
Sebelum daripada peristiwa ini bekas Sultan Riau-Linggi iaitu Sul-
tan Mahmud Muzzaffar Shah telah datang ke Hulu Jelai dari Terengganu
untuk melawat Tok Raja Wan Idris. Kedatangan beliau ke Hulu Jelai
telah diraikan oleh Tok Raja secara besar-besaran. Tetapi khabar-khabar
angin telah sampai ke Pekan mengatakan Tok Raja sedang membuat
persiapan hendak menabalkan bekas Sultan Riau-Lingga itu sebagai Sul-
tan Pahang yang baru. 41
Untuk membetulkan keadaan yang sebenar, Tok Raja Wan Idris dan
anaknya Wan Muhammad telah mengiringi Sultan Mahmud ke Pekan
untuk mengadap Wan Mutahir. Sementara hal ehwal pentadbiran Jelai
telah diserahkan kepada Wan Embong untuk menjaganya. Kedatangan
Sultan Mahmud dan Tok Raja serta Wan Muhammad ke Pekan tidak
dipedulikan oleh Wan Mutahir dan mereka tidak dibenarkan mengadap.
Kerana itu Tok Raja dan anaknya Wan Muhammad terns menghantar
Sultan Mahmud pulang ke Terengganu.
Semasa ketiadaan Tok Raja Wan Idris dan Wan Muhammad inilah
berlaku satu perbalahan di antara Wan Embong dengan Panglima Raja
Mat Ali dari Kampung Ter bersabit dengan campurtangan Panglima Raja
Mat Ali mengenai urusan penduduk Jelai yang secara mutlak terletak di
tang an Tok Raj a. 42
Panglima Raja Mat Ali sengaja campurtangan kerana mencari sebab
untuk membalas dendam dari peristiwa selepas Perang Kemaman dahulu.
Sebaik-baik sahaja pihak Wan Mutahir menang, perbalahan telah berlaku
40 [bid.
41 Sultan Mahmud telah diturunkan dari takhta oleh Belanda pada bulan September
1857 kerana beliau enggan menerima nasihat daripada Belanda. Ayah saudara
beliau, Raja Sulaiman telab ditabalkan untuk menggantikan beliau . Semasa berada
di Pekan, Sultan Mahmud cuba mencampuri urusan Wan Mutabir kerana itu beliau
diusir dari Pekan lalu ke Terengganu . (Lihat W. Linehan, op. cit., blm. 73).
42 [bid.

48
antara Wan Embong dengan Panglima Raja Mat Ali. Wan Embong telah
mengaku bahawa kehadiran beliau dan Wan Muhammadlah maka orang
Pahang menang perang. 43 Pertumpahan darah hampir berlaku tetapi mujur
dapat dileraikan oleh Wan Koris:
Ketiadaan Tok Raja Wan Idris dan anaknya Wan Muhammad di
Jelai ketika ini telah memberi peluang keemasan pada Panglima Raja
Mat Ali untuk membalas dendam. Akibat dari campurtangan Panglima
Raja Mat Ali dalam urusan pentadbiran di Jelai maka berlakulah
perbalahan hingga menyebabkan tercetusnya peperangan antara Wan ,
Embong dengan Panglima Raja Mat Ali. Di dalam peperangan tersebut
Wan Embong beroleh kemenangan.
Sakit hati Panglima Raja Mat Ali semakin memuncak, beliau telah
hilir ke Pekan dan menyembahkan pada Wan Mutahir yang Wan Embong
dan orang-orang Jelai sedang bersiap sedia hendak menyerang Pekan.
Tanpa menyelidiki perkara yang sebenarnya, Wan Mutahir telah
mempercayai cerita Panglima Raja Mat Ali. Tambahan pula Tok Raja
Wan Idris sekarang berada di Terengganu. Ini menguatkan lagi bukti
aduan Panglima Raja Mat Ali.
Wan Mutahir terns bertindak. Satu pasukan perang dihantar untuk
menangkap Wan Embong di Jelai . Oleh kerana yang datang itu orang
Raja, Wan Embong tidak langsung melawan. Sebaliknya beliau
menyembunyikan diri di dalam hutan di Kampung Pertang. Sekiranya
Wan Embong hendak menderhaka, beliau tidak mungkin dapat dikalahkan
kerana bekalan makanannya cukup dan alat senjata lengkap.44
Orang-orang Wan Mutahir terns memburu Wan Embong. Setelah
beberapa hari di hutan, Wan Embong ketagih hendak menghisap candu
Ialu disuruhnya orang suruhan mencari candu. Tetapi orang suruhannya
telah diberkas dan diseksa untuk mendapatkan rahsia tempat persem-
bunyian Wan Embong. Tempat tersebut terns dikepung dan Wan Embong
tidak dapat melarikan diri. Panglima Dalam Mat Soh telah memerintahkan
Mat Sedih menembak Wan Embong dengan peluru emas. Akhirnya Wan
Embong terkorban akibat tembakan senapang Mat Sedih.45
Leher Wan Embong telah dipenggal oleh Tok Talib Kumla Ceka
kemudian diconteng dengan kunyit. Selepas itu kepala yang terpenggal
tadi digantung pada sebatang tiang di hadapan perahu lalu dibawa hilir

43 Ib id., him . 71.


44 Hikayat Pahang, him . 33 .
45 Temu ramab Aki Aminullab, 24.4.77 . Beliau menden gar peristiwa ini daripada
Allabyarham ayahn ya Haj i Abdul Rahman.

49
ke Pekan untuk dipersembahkan pada Wan Mutahir. 46
Setelah Wan Embong terbunuh, Wan Aman adik Wan Koris tel ah
mendenda orang-orang di Hulu Jelai, Lipis, Tembeling dan Semantan.
Barangsiapa yang tidak dapat membayar denda tersebut akan ditangkap
dan dibawa ke Pekan dijadikan hamba tebusan. Pendeknya berbagai-
bagai kezaliman yang dilakukan oleh Wan Aman dan pengikut-
pengikutnya terhadap penduduk-penduduk Hulu Pahang. 47
Berita kematian Wan Embong secara terhina itu sampai ke
pengetahuan Tok Raja Wan Idris dan Wan Muhammad yang ketika itu
berada di Terengganu. Kejadian ini sungguh memalukan Tok Raja. Tok
Raja Wan Idris tahu yang Wan Embong telah dianiaya orang tetapi
mengapa Wan Mutahir bertindak tanpa usul periksa. Ini menimbulkan
kemarahan Tok Raja kerana segala khidmat beliau anak-beranak yang
cemerlang di masa lampau tidak langsung dikenang oleh Wan Mutahir
sehingga Tok Raja mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya keluar
dari mulut seorang pembesar terhadap rajanya. Kemarahan dan kesesalan
Tok Raja dapat digambarkan dari ucapannya berikut:
Ia [Wan Mutahir] dengan kita [Tok Raja dan keluarga] mandi ombak,
mandi angin, atau peluru , mengerjakan mengambil Pahang,
merajakan, kita. 48

Kini hati Tok Raja menjadi tawar untuk bertuankan Wan Mutahir.
Bagi Wan Ahmad berita kematian Wan Embong merupakan anak kunci
pembuka jalan untuk mendapatkan kerajasama daripada Tok Raja. Wan
Ahmad terns mendapatkan Tok Raj a dan anaknya Wan Muhammad yang
sedang dalam kesugulan. Kata sepakat telah dicari dan sumpah setia
telah dibuat antara Wan Ahmad d~ngan Tok Raja serta anaknya Wan
Muhammad.49
Dengan ini Tok Raja Wan Idris dan anaknya Wan Muhammad
merupakan pembesar Pahang yang pertama menyebelahi Wan Ahmad.
Kini Wan Ahmad bertambah yakin akan kejayaannya.

Berjuang Bertukar Haluan


Perang Saudara di Pahang bergolak semula pada bulan Mac 1861 . Perang
peringkat kedua yang dilancarkan oleh Wan Ahmad ini dikenali dengan

46 W. Linehan, op. cit., hlm . 73 .


47 Ibid.
48 Ibid.
49 Ib id.

50
kepada dua orang panglimanya sebagai tanda penghargaan. Panglima
Perang Kiri Setia Raja Wan Muhammad dikurniakan baju bemama "Bung-
sar Tubuh" . Sementara Encik Endut mendapat kurnia "Bulang Hulu".54
Serangan dilancarkan oleh orang-orang Wan Ahmad melalui dua
hala. Di darat diketuai oleh Panglima Kiri Setia Raja Wan Muhammad
dan Panglima Raja Bah~an. Sementara di laut diketuai oleh Panglima
Laut dan Panglima Tunggal . Akhirnya pada bulan April 1861 angkatan
perang Wan Mutahir terpaksa berundur dan pulang ke Pekan.
Pada bulan Mei 1861 Wan Ahmad telah membawa angkatan
perangnya ke Kuantan. Beliau cuba menguatkan kedudukannya di Kuantan
dengan membina kubu-kubu pertahanan. Tetapi sekali lagi Wan Ahmad
dan pasukannya telah diserang oleh orang-orang Wan Mutahir di bawah
ketuanya Panglima Mansu. Tiga bulan lamanya berperang dan pihak
Wan Ahmad semakin lemah kerana kekurangan makanan dan alat-alat
senjata. Akhirnya dalam bulan Ogos 1861 Wan Ahmad dan orang-
orangnya terpaksa berundur meninggalkan Kuantan dan pulang semula
ke Kemaman. 55
lnilah peperangan pertama yang disertai oleh Tok Raja Wan Idris
dan anaknya Wan Muhammad di pihak Wan Ahmad. Walaupun Wan
Ahmad telah berundur dari Pahang, ini tidak bermakna yang Pahang
sekarang di dalam keadaan aman. Sebaliknya Pahang terpaksa menghadapi
pemberontakan dalam negeri pula.
Pemberontakan ini dilakukan oleh Wan Daud bin Wan Panang iaitu
sepupu Wan Muhammad dan Wan Embong, yang mati dibunuh dahulu.
Wan Daud pun telah dibantu oleh Khatib Rasu dan orang Rawa
Mandailing dari Raub.56 Pemberontakan yang dilakukan oleh Wan Daud
ini bukanlah sesuatu yang telah dirancangkan oleh beliau untuk membantu
Wan Ahmad. Walaupun begitu tindakannya itu telah memberi faedah
kepada perjuangan Wan Ahmad menentang abangnya Wan Mutahir. Kalau
ditelitikan pemberontokan yang dilakukan oleh Wan Daud itu berdasarkan
dua sebab utama.
Pertamanya kerana hendak membela kematian sepupunya Wan
Embong yang telah menjadi mangsa korban fitnah Panglima Raj a Mat
Ali.57 Kedua kerana perbuatan zalim yang dilakukan oleh Wan Aman
54. Ib id.
55 . Ibid.
56. Khatib Rasu kemudiannya dikenali sebagai Imam Perang Indra Gajah Pahang atau
Tok Gajah sementara Wan Daud dikenali dengan nama Orang Kaya Haji.
57 Lihat kisah pembunuhan beliau yang telah disebut di hlm. 32.

52
terhadap penduduk-penduduk Hulu Pahang terutarna penduduk Jelai. 58
Sebagai anak saudara sulung kepada Tok Raja Wan Idris 59 Wan
Daud bertanggungjawab di atas keselarnatan penduduk-penduduk Hulu
Jelai selepas kematian Wan Embong. Tarnbahan pula ketika ini Tok Raja
Wan Idris dan Wan Mlµlammad berada di Terengganu bersarna-sarna
Sultan Mahmud.
Pasukan Wan Daud telah mencapai kejayaan yang gernilang dan
telah dapat menguasai daerah-daerah dari Tanjung Batu sarnpai ke Kuala
Lipis (Tanjung Batu dalarn daerah Temerloh). Puncak kejayaan Wan
Daud ialah dengan terbunuhnya orang kuat Wan Mutahir iaitu Panglima
Perang Mansu di Tanjung Batu. Seirentara anaknya yang bergelar
Panglima Muda mendapat cedera parah di cuping akibat tembakan orang
Rawa. Busu Dollah, menantu orang Kaya Temerloh dan Tok Imam Latiff
menjadi tawanan Wan Daud.60
Waiau bagaimanapun gerakan yang dilancarkan oleh Wan Daud
tidak dapat menjatuhkan Wan Mutahir kerana masih rarnai lagi Orang
Besar Pahang terutarna yang di Hulu Pahang masih setia pada Wan
Mutahir, seperti Orang Kaya Lipis, yang benci pada orang Rawa dan
juga pembesar daerah Tembeling Encik Y ahya dan Khatib Baharin.
Mereka ini mendapat sokongan daripada Orang Kaya Temerloh, Orang
Kaya Syahbandar dan Haji Hassan Cenor.
Wan Aman telah menghantar satu pasukan perang yang kuat ke
Hulu Pahang. Pertempuran sengit telah berlaku di Tanjung Kabung dan
Licak, kubu orang Rawa. Sementara orang Jelai yang bertahan di Tanjung
Betong telah berhadap dengan orang Wan Mutahir yang diketuai oleh
Haji Hassan Cenor dan Panglima Kiri Tahir.
Peperangan tersebut telah berjalan selarna lapan bulan. Kedudukan
Wan Daud semakin lama semakin lemah dan dalarn keadaan bahaya.
Sernentara pasukan Wan Mutahir sentiasa sahaja menerima bantuan dari
Pekan. Oleh kerana itu Wan Daud menghantar "orang kepercayaannya"
ke Terengganu untuk mendapatkan bantuan dari bapa saudaranya Tok
Raja Wan Idris dan sepupunya Wan Muhammad. 61 Wan Ahlnad telah
mernbenarkan Tok Raja dan anaknya Wan Muhammad pulang ke Pahang
setelah mereka berteguh janji dan bersumpah setia. Turut mengiringi Tok
58 Lihat juga kisah mengenai kezaliman Wan Aman ini di hlm. 32.
59 Wan Pahang bapa Wan Daud inilah adik kepada Tok Raja Wan Idris. Oleh itu Wan
Daud, Wan Muhammad dan Wan Embong itu adalah sepupu .
60 Hikayat Pahang, him. 41.
61 Ibid. , hlm. 46.

53
Raj a Wan Idris ialah beberapa orang panglima seperti Panglima Kakap,
Imam Perang Raja, Panglima Tapak, Panglima Perang Penghulu Wan
Kechik. Peristiwa ini berlaku pada bulan Januari 1862. 62
Kepulangan Tok Raja dan Wan Muhammad telah disambut dengan
gembiranya oleh penduduk-penduduk Rulu Jelai. Pada keesokannya
angkatan perang Jelai yang dipimpin oleh kedua beranak ini telah
menyerang Kuala Atok kubu Tok Russin. Dalam pertempuran yang singkat
itu Tok Russin telah mati ditembak.
Kemudian angkatan perang Jelai mara terns ke Batu Sawar untuk
melakukan serangan hendap ke atas pasukan Wan Mutahir. Dalam
serangan ini hanya dua buah perahu sahaja yang berjaya melarikan diri
ke Batu Buruk, iaitu perahu Panglima Garang Ishak dan perahu Encik
Yak, tetapi Encik Yak sendiri Iuka di pehanya, kena peluru. Di Batu
Buruk sekali lagi mereka diserang hendap oleh pasukan orang Jelai di
bawah pimpinan Panglima Kakap Bahaman. Imam Perang Mat Zin patah
tangan akibat tembakan peluru sementara Encik Deraman Iuka dipehanya. 63
Tetapi akhimya mereka dapat juga melepaskan diri ke Kuala Tembeling
menemui Engku Aman.
Engku Aman merasa dukacita kerana ramai orangnya Iuka dan
terbunuh termasuk Panglima Tapak yang mati lemas. Engku Aman
memerintahkan orangnya berundur ke Cenor, sementara Tembeling
ditinggalkan di bawah kelolaan Encik Yahya dan Khatib Baharin. Tidak
berapa lama selepas Engku Aman berpindah ke Cenor, orang Rawa di
bawah pimpinan Wan Daud dan Imam Perang Rasu telah bersatu dengan
orang Jelai di bawah pimpinan Wan Muhammad. Mereka telah datang
menyerang Tembeling. Encik Yahya telah dibunuh dan Khatib Baharin
anak beranak dapat melepaskan diri ke Cenor. 64
Orang Besar-Besar Pahang yang menyebelahi Wan Mutahir seperti
Orang Kaya Cenor, Orang Kaya Temerloh dan Orang Kaya Syahbandar
sekarang merasa ragu-ragu atas kepimpinan anak-anak Wan Mutahir.
Lalu mereka bermuafakat untuk menyembahkan perkara tersebut kepada
Wan Mutahir di Pekan. Di antara lain Orang Kaya Syahbandar
menyembahkan seperti berikut:
... apakah sudahnya negeri ke bawah kaus ini, habis hancur dari
ombak pecah sampai ke air meleleh, terbakar semuanya. Jika

62 W. Linehan, op. cit., hlm 81.


63 Ibid.
64 Ibid.

54
dibiarkan paduka-paduka anakanda yang muda ini, tiadaJah merasa
memilik negeri ini kelak dan jikaJau kaus hendak bersemayam daJam
takhta kesenangan, pulangkanlah kepada hamba Tengku tiga beradik.65
Wan Mutahir menaruh keyakinan yang ketiga-tiga pembesamya itu
dapat menewaskan pasukan adiknya Wan Ahmad. Oleh itu tanpa ragu-
ragu lagi beliau menyerahkan angkatan perangnya untuk dipimpin oleh
ketiga-tiga pembesamya itu. 66 Strategi terns diatur di Kangsa dengan
membina kubu-kubu pertahanan. Apabila Tok Raja Wan Idris dapat tahu
tentang hal tersebut daripada anaknya Wan Muhammad lalu beliau
bersama-sama Wan Muhammad dan panglima-panglima yang lain
bergerak menuju ke Kangsa. Di Kangsa pasukanTok Raja tidak menerima
tentangan dari pembesar-pembesar Wan Mutahir malah mereka telah
dapat dipengaruhi oleh Tok Raja untuk memberikan kerjasama pada Tok
Raja dan pasukannya.
Sementara itu Haji Muhammad dan anaknya Encik Y aakob serta
menantunya telah dihantar secara rahsia ke Kelantan oleh ketiga-tiga
orang harapan Wan Mutahir iaitu Orang Kaya Senor, Orang Kaya
Temerloh dan Orang Kaya Syahbandar untuk mengadap Wan Ahmad.
Kononnya mereka dan seluruh rakyat Pahang telah mengaku taat setia
kepada Wan Ahmad dan mereka juga mempersilakan Wan Ahmad pulang
ke Pahang.67
Pada masa yang sama juga Tok Raja Wan Idris telah menghantar
utusan ke Kelantan untuk mengadap Wan Ahmad, mempersilakan beliau
pulang ke Pahang. Utusan tersebut diketuai oleh Orang Kaya Lipis dan
Panglima Kakap Bahaman. 68 Dari Ke}antan Wan Ahmad ke Terengganu
mengadap Baginda Umar. Baginda telah rremberikan bantuan berupa
wang dan senjata bagi melengkapkan Wan Ahmad menyerang Pahang.
Kehadiran Wan Ahmad di Tembeling telah disambut dengan gembira
oleh pembesar-pembesar dan rakyatjelata di Hulu Pahang. Selepas sepuluh
hari di Tembeling Wan Ahmad pun berangkat ke Pasir Tam bang di mana
pembesar-pembesar Pahang telah bersumpah taat setia kepada Wan
Ahmad. Wan Ahmad telah bertitah:
ApakaJa selamat sempuma jangan apa-apa merbahayanya, nyata saya
jadi Raja Pahang, Insya-Allah, saya akan baJas kebaktian sekelian
Datuk-datuk. Dan saya harap Datuk-datuk sekelian selamat sempuma,
65 Hikayat Pahang, him . 49.
66 Ibid.
67 Ibid, him . 50.
68 Ibid.

55
jangan apa-apa merbabaya tubub badan, semuanya dengan daulat
Almarhum. 69
Pasukan Wan Ahlnad dipecahkan kepada tiga kumpulan. Kumpulan
pertama dipimpin oleh Wan Muhammad. Kumpulan kedua dipimpin oleh
Panglima Kakap Bahaman dan Panglima Dalam, sementara kumpulan
ketiga diletakkan di bawah ketuanya Daud, hnam Perang Rasu dan Tok
Kaya Lipis. Dalam pada itu angkatan perang Wan Mutahir dari Pekan
tiba di Cenor. Kali ini Wan Mutahir telah menerima bantuan daripada
Temenggong Abu Bakar berupa alat-alat senjata dan peluru serta tenaga
pahlawan-pahlawan Bugis yang diketuai oleh Silawatang. 70 Orang-orang
Bugis ini ditempatkan di Pulau Lebak.
Pasukan Wan Ahlnad yang berada di Pasir Tam bang tel ah mar a ke
Kangsa. Kangsa dapat ditawan dengan mudah kerana tempat tersebut
telah ditinggalkan lebih awal oleh orang Wan Mutahir. Dari Kangsa
pasukan Wan Ahmad singgah di Lubuk Pelang melawat Makam
Almarhum Sheikh. Selepas itu mereka berangkat ke Temerloh. Rancangan
pasukan Wan Ahlnad seterusnya hendak menawan Pulau Lebak. Kubu-
kubu orang Bugis telah dikepung l~lu diserang. Ramai orang Bugis yang
mati dan mana yang sempat lari telah berundur ke Cenor.
Dalam perjalanan ke Cenor, angkatan perang Wan Ahmad telah
singgah di Batu Bohor dan Pulau Kelling. Ketika inilah datang puak-
puak Tok Tunggal Bukit Segumpal yang diketuai oleh Encik Hassan
mengadap Wan Ahlnad dan memberi pengakuan taat setia kepada Wan
Ahmad. 71
69 Ibid.
70 Silawatang adalah seorang pahlawan Bugis ynag bersifat bengis. Beliau tinggal di
Teluk Belanga, Singapura. Senjatanya ialah keris . (Lihat Hikayat Pahang, him .
55) . Sesungguhnya Datuk Silawatang atau Suliwatang merupakan suatu gelaran
Bugis yang pertama kalinya diberi kepada Yamtuan Muda. Tetapi kemudiannya
gelaran ini dipakai dan digunakan oleh kerajaan Riau-Lingga bagi gelaran pembesar
kanannya. ( Sila lihat M o hd . Fadzi! Othma n), "Suatu Penilaian Kritis Tentang
Kisah Pelayaran Muhammad Ibrahim Munsyi Sebagai Sumber Sejarah", Tesis
MA. Jabatan Sejarah , Univeristi Malaya, Kuala Lumpur, 1976, hlm. 258). P.J .
Bebgie, The Malayan Peninsula, Ox.ford University Press, Kuala Lumpur, 1967,
hlm . 271 , menyebut "Dattoo Solwatan [Datuk Suliwatang] of Lingga berasal daripada
kaum "Sinkei" dan berkuasa di Pulau "Sinkep". Tok Suliwatang pernah menyerang
Muar bersama-sama Pengeran Batu Licin keran a menuntut bahagian hadiah yang
dija njikan oleh Yamtuan Ali ketika beliau berjaya mengalahkan penduduk yang
tin gga l di sebelah kiri mudik Sungai Mu ar yang engkar kepada Yamtu an Ali.
Serangan ini dilakukan kerana Yamtuan Ali tidak menunaikan janji memberi hadiah
kepada Tok Suliwatang . (Sila lihat Muhammad Ibrahim Munshi, Kesah Pelayaran
Muhammad Ibrahim Munshi, Joh or, 1956 , hlm. 28 - 29).
71 Mo hammad M okhtar D aud , op. cit., hlm. 12.

56
Dengan berpanglimakan Khatib Baharin, Encik Mat Akil, Pak Itam
Latiff dan Encik Embuk, angkatan perang Wan Mutahir yang bertahan
di Cenor telah mudik ke Sentang. Maka berlakulah peperangan yang
hebat dalam hujan lebat dan ribut petir. Di sinilah orang-orang Tok
Tunggal Bukit Segumpal membuktikan taat setia mereka pada Wan
Ahmad. Orang Wan Mutahir dapat dikalahkan dan Cenor jatuh ke tangan
Wan Ahmad.72
Tetapi Wan Mutahir masih belum berputus asa. Satu angkatan perang
yang diketuai oleh Encik Gendut, Encik Wan Ahmad Teluk Belanga dan
Encik Hamid Batu Pahat dikirimkan ke Pulau Lebak. Tetapi angkatan ini
juga dapat dikalahkan. Mereka berundur ke Pulau Rumput lalu ke Pulau
Manis. Angkatan Wan Ahmad menjejaki mereka hingga ke Pulau Manis
tetapi ketika angkatan Wan Ahmad tiba di sana mereka telah ditentang
hebat. Bila melihat ramai pahlawan-pahlawannya gugur dan cedera Wan
Ahmad telah bersiap untuk turut serta dalam peperangan tersebut. Tetapi
Tok Raja Wan Idris melarang beliau. Lalu dijawab oleh Wan Ahmad:
Janganlah Tok gaduh, matahari tiada masuk pagi tetapi masuk petang.
Ayam bertuah tiada disambar helang.73

Akhimya Pulau Manis juga dapat ditawan oleh Wan Ahmad. Dari
Pulau Manis mereka bergerak ke Pulau Temai. Ketika berada di Pulau
Temai ini, harga barang-barang sangat mahal. Satu ling garam berharga
satu ringgit. Setahil tembakau berharga satu ringgit. Sementara satu buku
candu berharga satu ringgit juga. Kain juga sang at susah hendak didapati.74
Sebelum pulang ke Cenor semula bersama pengikut-pengikutnya,
Wan Ahmad telah memerintahkan anak-anak Haji Hassan iaitu Encik
Yak dan Encik Deraman bersama-sama Tok Muda Ahmad dan anak-
anak Tok Tunggal membina kubu-kubu di Kuala Bera.
Sementara itu Temenggung Abu Bakar Johor, sekali lagi mengirim
bantuan kepada Wan Mutahir. Kali ini enam ratus orang Minangkabau
yang diketuai oleh Sheikh Muhammad Taib. 75 Ini bermakna, Wan Ahmad
sekali lagi terpaksa berhadapan dengan dua kumpulan orang Wan Mutahir,
iaitu kombinasi orang Bugis-Pahang dan orang Minangkabau yang baru
datang.
Untuk menguatkan pasukannya, Wan Ahmad telah mengirimkan
72 Ibid.
73 Hikayat Pahang, hlm . 62.
74 Ibid., hlm . 63 .
75 Muhammad Mokhtar Daud, op. cit., hlm. 13 .

57
Haji Abdul Halim ke Rembau untuk membeli ubat bedil. Beliau berjaya
membawa pulang sebanyak dua puluh lima tong ubat bedil. Sementara
itu Tuan Haji Muhammad Nur telah menyerahkan tiga tong ubat bedil,
sepuluh ribu peluru dan setengah keranjang 'tembakau jawa kepada Wan
Ahmad. Barang-barang ini telah didapati oleh haji Muhammad Nur ketika
menawan Pulau Rumput dahulu.76
Pasukan dari Johor yang terdiri daripada orang Minangkabau telah
bertembung dnegan orang Wan Ahmad yang telah sedia menanti di Kuala
Bera. Orang Wan Ahmad telah berperang dengan beraninya. Akhirnya
orang Minangkabau dapat dikalahkan, lalu berundur dari Bera. Kekalahan
sekutu Wan Mutahir telah memberi peluang kepada pasukan Wan Ahmad
di Bera untuk membantu rakan-rakan mereka di Temai.
Pertempuran di Temai memakan masa selama tiga bulan, hingga
memasuki ke tahun 1863 . Setelah Temai ditawan, Wan Ahmad mengatur
rancangannya untuk melakukan serangan mengejut ke atas Pekan.
Pasukannya dibahagikan kepada tiga kumpulan dan setiap kumpulan
mengandungi enam ratus orang.
Kumpulan pertama dipimpin oleh Wan Muhammad dan Panglima
Ishak serta orang-orang Jelai. Kumpulan kedua dipimpin oleh Imam
Perang Rasu yang dicadangkan melanggar Kampung Masjid. Sementara
kumpulan ketiga dipimpin oleh Imam Perang Encik Endut, Panglima
Raja, Panglima Kakap Bahaman, Panglima Hitam, Panglima Muda dan
Panglima Mamat. Kumpulan ini diarahkan melanggar Tanjung Parit. 77
Serangan dilakukan serentak iaitu pada waktu subuh. Hanya di
Kampung Masjid sahaja pasukan Wan Ahmad mendapat tentangan yang
rebat. tetapi Imam Perang Rasu dan orangnya akhirnya berjaya membunuh
enam puluh orang Bugis yang bertahan di situ.78
Tertawannya ketiga-tiga buah tempat ini bermakna pusat pemerin-
tahan Wan Mutahir jatuh ke tangan Wan Ahmad dan tumpaslah sebagai
Bendahara Pahang. Wan Mutahir dan anaknya Wan Koris yang sedang
sakit telah dapat melarikan diri ke Tanjung Teja. Dalam pelarian mereka
ke Johar, Wan Karis telah meninggal dunia di Kuala Pahang. Sementara
Wan Mutahir meninggal di Kuala Sedili. Kedua-duanya selamat
dimakamkan di Tanjung Puteri (Johar Bharu sekarang).79
Pada 10 Jun 1863 bersamaan bulan Zulhijjah tahun Hijrah 1279,
76 Ibid.
77 Ibid., hlm . 14.
78 Ibid.
79 Ibid., peristiwa ini berlaku dalam bulan Mei 1863 .

58
Wan Ahmad telah d.ilantik oleh Orang Besar-Besarnya menjadi pemerintah
negeri Pahang menggantikan abangnya Wan Mutahir dengan memakai
gelaran Bendahara Siwa (Seri Wak) Raja. 80
Satu majlis yang terid.iri daripada bendahara send.iri dan Orang Besar-
Besar Pahang telah menetapkan adat istiadat serta peraturan-peraturan
yang akan d.ijalankan dalam negeri Pahang. Siaran-siaran (surat pekeliling)
telah d.ihantar ke segenap ceruk rantau, melarang rakyat mencuri,
merampas dan melakukan pembunuhan. Sementara orang yang telah lari
mengikut pasukan Wan Mutahir dahulu apabila mereka pulang ke Pahang
dan menyerah diri kepada Raja, akan d.iampunkan dan tidak akan
dihukum. 81 Di antara Orang Besar-Besar Pahang yang berjuang d.ipihak
Wan Mutahir dan telah mendapat keampunan daripada Bendahara Wan
Ahmad ialah Dtauk Syahbandar, Encik Lambak dan Encik Gencut.
Untuk membalas jasa panglima-panglimanya sebagaimana yang telah
dijanjikan dahulu, 82 Bendahara Wan Ahmad telah mengurniakan gelaran
kepada mereka itu. Di antaranya termasuklah Wan Muhammad dan Wan
Daud. Wan Muhammad yang sed.ia bergelar Panglima Perang Kiri Setia
Raja, d.igelar Orang Kaya Muda. 83 Manakala Wan Daud d.igelar Orang
Kaya Setia Raja dan d.iberi kuasa memerintah Sungai Lipis dan lembahnya,
iaitu dari Kuala Sungai Lipis hingga ke Hulunya. 84

Wan Muhammad Menerima Kurnia


Pada awal tahun 1882, Bendahara Wan Ahmad serta keluarganya telah
berangkat ke Pulau Tawar. Tujuan beliau ke sana hendak melawat Kota
Gelanggi yang d.ikatakan ajaib itu. 85 Keberangkatan tiba Bendahara Wan
Ahmad ke Pulau Tawar telah d.isambut oleh pembesar-pembesar Hutu
80 Ibid., him. 15 .
81 Ibid.
82 Lihat kisahnya di balaman 42.
83 Gelaran Orang Kaya Muda ini dianugerahkan kepada bakal Maharaja Purba Jelai.
Sekarang gelaran tersebut dipanggil Datuk Setia Muda iaitu gelaran dianugerahkan
oleh Sul tan Pabang kepada anak lelaki sulung balcal pen gganti M abaraja Pur ba
Jelai.
84 Haji Buyong Adil, Sejarah Pahang, him. 153.
85 Kata Gelanggi ini terletak di Pulau Tawar kira-kira 32 kilometer dari muara Sungai
Tembeling . Menurut cerita dahulu kala tempat ini ialab tempat bersemayam Raji.-
raja keturunan Raja Gelanggi. Baginda mempunyai seorang puteri yang cantik
jelita yang telah ditunangkan dengan Raja Mambang dari Lipis. Pergaduban telab
berlaku antara Raja Mambang dengan Raj a Usu! dari Bera yang juga ingin memiliki
puteri tersebut. Akhirnya Raja Mambang terbunub. Maka berkahwinlah tuan puteri
dengan Raja Usu!. (Temuramah DSM Wan Badiuzz.aman bin Wan Ali, 1.3 .77).

59
Pahang.
Ketika berada di Pulau Tawar, dalam satu majlis penghadapan di
balai rongseri, Bendahara Wan Ahmad telah menggelar Orang Kaya
Muda Wan Muhammad, Datuk Orang Kaya Indra Maharaja Purba Jelai
sebagai menggantikan Allahyarham Tok Raja Wan Idris yang baru saja
meninggal dunia. Bendahara juga telah berkenan mengurniakan daerah
Ter hingga ke Kuala Ceka kepada Panglima Garang Yusuf. 86
Selepas dari perlantikan tersebut Sultan Ahmad telah mengisytiharkan
di hadapan Orang Besar-Besarnya yang lain bahawa Wan Muhammad
telah bergelar Datuk Orang Kaya Indra Maharaja Purba Jelai. Wan
Muhammad juga telah diizinkan oleh baginda menggunakan cop mohomya
sendiri sebagai lambang Orang Besar Daerah Jelai, dengan memakai
perkataan "Al-Wakil Sultan Ahmad Muazzam Shah - Maharaja Purba
Jelai " .
Dalam segala urusan rasmi surat menyurat, Maharaja Purba Jelai
Wan Muhammad akan menurunkan cop mohor tersebut sebagai tanda
kewibawannya. untuk mengenang jasa beliau dan Allahyarham Tok Raja
Wan Idris, Sultan Ahmad telah menganugerahkan satu "surat kurnia"
kepada beliau. Surat kurnia ini memberi kuasa kepada Maharaja Purba
Jelai dan waris gantinya memiliki sekeping tanah di daerah Jelai yang
dinamakan "Jelai Benar" untuk selama-lamanya.
Surat kurnia tersebut berbunyi :
Diperbuat surat ini di dalam negeri Pabang kepada 1 Zulhijjab 1304.
Babawa maka adalab kita Sultan Ahmad Al-Muazzam Shah Ibni
Almarhum Ali, Pabang yang memilik takbta kerajaan negeri Pabang
serta sekalian jajaban daerab takluknya. Maka dengan aka) dan fikiran
yang sempuma telab kita metrikan cop kita dan keturunan waris-
waris ganti kita mengumiakan Sungai Jelai Benar itu kepada orang
tua kita, Mabaraja Purba Jelai. Babawasannya sempadannya
ditetapkan demikian daripada Kuala Jelai sampai kepada penghabisan
hulunya. Serta dengan sekelian anak-anak Sungai Jelai itu, kiri kanan
nrndik ke hulunya sehingga air meleleh turun ke sungai itu, telab
kita serabkan dan kumiakan sungai yang tersebut itu kepada Maba-
raja Purba serta waris-waris dan gantinya selama-lamanya. Mabaraja
Purba Jelai dan waris-waris gantinya mengaku membayar cukai
sekalian yang keluar daripada sungai-sungai dan anak-anak sungai
itu kepada Sultan Ahmad Al-Muazzam Shah dan waris-waris gantinya
bagaimana istiadat negeri adanya.87
86 Hikayat Pahang, him. 143 .
87 Di salin dari surat asal (jawi) Maharaja Purba Jeiai Wa n Muhammad bertarik:h I
Zuihiija h 1304 bersamaan 20 Ogos 1887.

60
Menurut Wan Tanjung (Maharaja Purba Jelai kelapan 1919 - 1935)
dalam suratnya yang bertarikh pada tahun 1927 bahawa Jelai Benar
sebagaimana yang dinyatakan dalam surat kurnia itu mempunyai keluasan
kira-kira dua ratus ribu ekar. Di· antara lain surat itu mencatatkan:

... Orang Kaya Indra Maharaja Purba Jelai mempunyai sekeping


surat concession iaitu Jelai Benar, luasnya lebih kurang dua ratus
ribu ekar yang dikumiakan oleh Almarhum Sultan Ahmad Al-
Muazzam Shah Pahang.88

Kesimpulan
Sultan Ahmad mangkat pada 9 Mei 1914. Putera sulung baginda iaitu
Tengku Mahmud yang digelar Tengku Besar telah dilantik menjadi Sultan
Pahang yang kedua. Tetapi selepas tiga tahun memerintah (9 Mei 1914
- 19 Jun 1917) iaitu sebelum baginda sempat ditabalkan mengikut aturan
clan adat-istiadat raja-raja, baginda pula mangkat. Baginda tidak ada
meninggalkan zuriat.
Walau bagaimanapun semasa baginda gering, baginda telah
mempersilakan adindanya Tengku Abdullah ke sisinya dan rreminta
palayan-palayan di istana memberi layanan diraja kepada Tengku
Abdullah. 89 Dengan ini apabila Sultan Mahmud mangkat, maka adindanya
Tengku Abdullah dilantik menjadi Sultan Pahang ketiga (19 Jun 1917 -
22 Jun 1932).
Kira-kira setahun setengah selepas Sultan Abdullah menaiki takhta
kerajaan, iaitu pada 7 Januari 1919, Maharaja Purba Jelai Wan Muhammad
pula meninggal dunia dalam usianya sembilan puluh dua tahun. Beliau
telah dimakamkan dengan penuh istiadat O~ang Besar-Besar di Bukit
Kota di sebelah makam almarhum ayahandanya Tok Raja Wan Idris.
Mengikut wasiat Almarhum Tok Raja Wan Muhammad, Wan Chik anak
lelaki dari isteri keduanya Che Teh telah ditabalkan menajdi Datuk Orang
Kaya Indra Maharaj a Purba Jelai menggantikan beliau.90
Persoalan masih timbang apakah Tok Raja Wan Muhammad ini
merupakan tokoh penting dan berkelibar sejak dari pertengahan abad ke
sembilanbelas hingga ke dekad pertama abad keduapuluh dalam sejarah
Pahang.

88 SSRMP., Wan Tanjung kepada Residen, 1927 Gawi).


89 Cenderarnata Pertabalan D.Y.M .M. Sultan Pahang, op. cit., hlm . 28.
90 Temurarnah DSM, Wan Badiuzzarnan bin Wan Ali, 1.3.77.

61
Sesungguhnya peranan Tok Raja Wan Muhammad dalam tempoh
tersebut rremang tidak dapat dinafikan. Ketokohan Tok Raja Wan
Muhammad mula tersebut pada masa Perang Orang Kemaman di Pahang
pada bulan November 1857. Kerana itu bila meletusnya Perang Endau
dan Perang Kuantan pada tahun 1863, beliau telah diberi kepercayaan
oleh Wan Ahinad untuk mengepalai angkatan perang Pahang-Terengganu
menentang pihak Bendahara Wan Mutahir.
Pada tahun 1882 Wan Muhammad telah digelar Datuk Orang Kaya
Indra Maharaja Purba Jelai semasa hari pertabalan Wan Ahinad sebagai
Sultan. Peristiwa ini menandakan bahawa Sultan menaruh kepercayaan
penuh kepada beliau. Manakala kurniaan Jelai Benar seluas 200,000 ekar
itu tidak dapat dinafikan lagi adalah kerana ketokohannya. Cop mohor
yang dianugerahkan bersama oleh Sultan kepada beliau merupakan
kewibawaan mutlak sebagai pembesar Pahang.
Setelah menyandang gelaran Maharaja Purba Jelai, beliau sekali
lagi telah berjaya memadamkan api pemberontakan yang cuba dicetuskan
oleh Wan Selat, iaitu anak saudara beliau, Tengku Samad, Raja Impih,
Raja Ismail, Nong Chik dan Tuan Lebar yang telah bergabung tenaga
dengan Engku Muda Mansor iaitu adik Sultan.
Tahun 1889 telah menguji ketaatan beliau antara titah dan keluarga.
Beliau menghadapi dilema. Tengku Mahmud atas desakan Residen telah
menitahkan beliau membunuh sepupunya Orang Kaya Haji, Wan Daud
bin Wan Pahang yang dituduh menderhaka. Beliau lebih taat pada titah
daripada kepentingan keluarga sendiri.
Ketika baru meletusnya insiden Semantan sekali lagi beliau diberi
kepercayaan oleh Sultan dan kerajaan negeri sebagai utusan pendamai
antara pihak kerajaan dengan Orang Kaya Pahlawan Semantan. Tetapi
beliau telah gaga! dalam usahanya itu. Ini bukan kerana beliau tidak
dipercayai oleh Orang Kaya Pahlawan Semantan tetapi kerana kebencian
Orang Kaya Pahlawan Semantan melihat muka "orang putih" yang ada
bersama-sama dalam rombongan beliau. Ketika memuncaknya perlawanan
tersebut Tok Raja Wan Muhammad telah mengambil sikap berkecuali,
tidak mahu menyebelahi mana-mana pihak hinggakan beliau telah dituduh
oleh Inggeris bersubahat dengan Orang Kaya Pahlawan Semantan. Tetapi
Inggeris tidak dapat membuktikan tuduhan tersebut.
Untuk membuktikan ketaatan beliau pada Sultan dan kerajaan, beliau
rela pergi ke Singapura untuk mengadap Sultan yang dibawa oleh Inggeris
ke sana. Sekembalinya beliau dari Singapura, sekali lagi beliau diberi
mandat oleh Sultan dan kerajaan untuk menjadi pendamai antara pihak

62
kerajaan dengan pejuang-pejuang Pahang iaitu Orang Kaya Pahlawan
Semantan, Imam Perang Indra Gajah dan Mat Kilau. Beliau telah gagal
dalam penyelesaian ini kerana sikap kerajaan sendiri yang tidak maim
bertolak ansur dengan pejuang-pejuang Pahang.
Inijelas menunjukkan bahawa Tok Raja Wan Muhammad merupakan
seorang tokoh yang disegani oleh rakyat, penjajah dan lebih-lebih lagi
Sultan yang telah banyak menaruh harapan kepada beliau, bukan sahaja
sebagai seorang pendamai tetapi juga seorang pemimpin.
Hubungan baik antara Sultan Ahmad dan Tok Raja Wan Muhammad
yang telah disemai pada masa itu tetap kekal ke anak cucu beliau
khususnya Datuk Setia Muda Pahang, Wan Badiuzzaman. 91

Bibliografi

A. Rekod-rekod rasmi yang tidak diterbitkan


1. Colonial Office Records, 273/134, 273/155, 273/165, 273/182 , 273/
187, 273/196.
2. Annual Report, Pahang, 1888 - 1891.
3. Selangor Secretariat Files, 784/91.

B. Surat-surat Peribadi
1 Sultan Ahmad kepada Tok Raja Wan Muhammad, 15 Ogos 1884;
19 Ogos 1884; September 1884; 25 Februari 1887; 20 Ogos 1887;
1 Julai 1889; 13 Jamadil Akhir 1309 ; 11 Saaban 1305 ; Februari
1891; 1892.
2. Sultan Abu Bakar Johor kepada Tok Raja Wan Muhammad, 24
Oktober 1892; 16 Mei 1937.
3. Tok Raja kepada Residen Rodger, 1 Julai 1889,
Tok Raja kepada Pegawai Daerah Lipis, (t.t),
Tok Raja kepada Hugh Clifford, 5 September 1892,
Tok Raja kepada Panglima Mat Akhir Gua, 5 Ogos 1894,
Tok Raja kepada Wan Endut, 12 Zulhijjah 1316,
Tok Raja kepada Mechado, 18 Oktober 1904.
4. Tok Raja Wan Ali kepada John V, Cowgill, 11 Disember 1937.
5. Residen Rodger kepada Tok Raja Wan Muhammad, 20 Ogos 1903.
6. Residen Campbell kepada Tok Raja Wan Muhammad, 20 Ogos
1903.
7. E.A. Wise kepada Tok Raja Wan Muhammad, 23 April 1894.
8. Penguasa Hulu Pahang kepada Tok Raja Wan Muhammad, 22 April
1890.

63
9. William Maxwell kepada Tok Raja Wan Muhammad, 7 September
1892.
10. E.B. Williams kepada Tok Raja Wan Ali, Julai 1933.
11. Wan Selat kepada Tok raja Wan Muhammad, (t.t).
12. Wan Tanjung kepada Residen 1927.
13. Wan Mat Yatim kepada Pegawai Daerall Lipis, 6 Jun 930.
14. Surat-surat perjanjian, 18 September 1900; 18 Oktober 1904; 10
Oktober 1905; 1 Jun 1910; 19 Zulkaedall 1326.
15. Surat-surat wasiat Tok Raja Wan Muhammad, 1 Januari 1915.

C. Cenderatamata
1. Cenderamata pertabalan Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang,
Academe Art & Printing Services, Kuala Lumpur, 1975.

D. Hikayat
1. Anonymous Pallang, Hikayat Pahang, Versi Rumi, Arkib Negara
Malaysia.

E. Buku dan Artikel


1. Abdul Talib Haji Ahmad, Datuk Bahaman Orang Kaya Semantan,
Penggal I, Pustaka Ballagia, Kuala Lumpur, 1960.
2. , Datuk Bahaman Orang Kaya Semantan, Penggal
II, Pustaka Geruda, Kuala Lumpur, 1960.
3. Begbie, P.J., The Malayan Peninsula, Oxford University Press,
Kuala Lumpur, 1967.
4. Clifford, H ., In Court And Kampong, The Federal Rubber Stamp
Co., Singapura, 1967.
5. Datuk Haji Mubin Sheppard, "Baginda Omar the Conqueror", Ma-
laysia In History, Vol. 12, No. 1, Oktober 1968.
6. De Silva, J., "British Relations with Pallang 1884 - 1895", JMBRAS,
Vol. 30 (1), 1962.
7. Douglas, F.W., ''Though An unknown Corner of Pallang with Hugh
Clifford in 1897", JSBRAS, Vol. 85, 1922.
8. Haji Buyung Adil, Sejarah Pahang, Dewan Ballasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur, 1972.
9. , Sejarah Terengganu, Dewan Ballasa dan pustaka,
Kuala lumpur, 1974.
10. Jang Aisjall Muttalib, Pemberontakan Pahang 1891 - 1895, Pustaka
Aman Press, Kota Bharu, 1972.
11. Linehan, W., A History of Pallang, MBRAS (Reprint), Kuala Lum-
.
64
pur, 1973.
12. _ _ _ _ , ''The Bendaharas of Pahang'', JMBRAS, Vol. 4(3),
Disember, 1926.
13. Muhammad Ibrahim Munshi, Kesah Pelayaran Muhammad
Ibrahim Munshi, Johor, 1956.
14. Muhammad Mokhtar Daud, Singgahsana Negeri Pahang (Jawi),
Edisi 1, Osman Brothers, Pekan, 1957.
15 . Thio, Eunice, "The Extension of British Control to Pahang",
JMBRAS, Vol. 30(1), Mei, 1957.

F. Kajian Yang Belum Diterbitkan


1. Mohd. Fadzil Othman, Suatu Penilaian Kritis Tentang Kisah
Pelayaran Muhammad Ibrahim Munshi Sebagai Sumber
Sejarah, Tesis M.A., Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, Kuala
Lumpur, 1976.

G. Temuramah
1. DSM. Wan Badiuzzaman bin Datuk Wan Ali,
(cicit kepada Wan Muhammad)
Tarikh: 1 Mac 1977.
Tempat: Di rumah beliau di Kuala Lipis.
2. Wan Ahmad bin Datuk Wan Ali,
(cicit kepada Wan Muhammad)
Tarikh: 1 Mac 1977.
Tempat: Di rumah beliau di Kuala Lipis.
3. Wan Shahrom bt Datuk Wan Ali,
(cicit kepada Wan Muhammad)
Tarikh: 10 Mac 1977.
Tempat: Di rumah beliau di Padang tengku.
4. Wan Baduyah bt. Datuk Wan Ali,
(cicit kepada Wan Muhammad)
Tarikh: 4 Mac 1977.
Tempat: Di rumah beliau di Padang Tengku.
5. Wan Jeriah bt. Wan Mansor,
(cicit kepada Wan Muhammad)
Tarikh: 1 Mac 1977
Tempat: Di rumah beliau di Kuala Lipis.
6. Wan Jasma bt. Datuk Setia Muda Wan Badiuzzaman,
(cucu kepada Tok Raja Wan Ali)

65
Tarikh: 1 Mac 1977.
Tempat: Di rumah beliau di Kuala Lipis.
7. Wan Talib bin Wan Mat,
(cicit kepada Wan Muhammad)
Tarikh: 24 April 1977.
Tempat: Di rumah beliau di Padang Tengku.
8. Wan Tahir bin Wan Abdullah
(anak saudara Wan Muhammad)
Tarikh: 24 April 1977.
Tempat: Di rumah beliau di Bukit Betong.
9. Aki Aminullah bin Haji Abdul Rahman,
(anak saudara Wan Muhammad)
Tarikh: 24 April 1977.
Tempat: Di rumah beliau di Kampung Telmin, Gua, Kuala Lipis.
10. Aki Rashid bin Awang Ngah,
(cucu Panglima Mat Akhir Gua)
Tarikh: 6 April 1977.
Tempat: Di rumah beliau di Kampung Telmin, Gua, Kuala Lipis.

66
Tun Haji Abdul Razak Datuk Hussein:
Manifestasi Warisan Politik
Gemilang Melayu Pahang
HUSSAIN MOHAMED*

Pengenalan
Artikel ini bertujuan untuk memerihal clan membincangkan riwayat serta
kepentingan Allahyarham Tun, Hj. Abdul Razak bin Datuk Hussein,
Perdana Menteri Malaysia yang kedua (1970 - 1976). Ketokohan dan
kepimpinan beliau telah banyak ditulis dan dibincangkan; tetapi bagi
tulisan ini, sorotan akan dibuat berdasarkan perspektif Pahang yang
menjadi asas geopolitik kehadirannya dalam politik Melayu selepas Perang
Dunia Kedua itu. Untuk maksud ini juga, maka barangkali wajar juga
perbandingan tertentu antaranya dengan beberapa orang tokoh dan
penggerak politik Melayu yang berasal daripada Pahang diberikan
perhatian yang sewajarnya. Waiau bagaimanapun, tulisan ini mengambil
perhatian penting betapa seseorang yang berlatar-belakangkan
kebangsawanan seperti beliau adalah lebih mudah mendapat tempat dalam
politik orang Melayu, setidak-tidaknya buat beberapa generasi Melayu
tiga dekad selepas Merdeka, yang masih kukuh pegangannya dengan
nilai dan ciri fuedalisme itu.
Selain daripada nama Allahyarham Tun Hj. Abdul Razak Datuk
Hussein, tentulah seseorang penyelidik yang pernah melakukan kajian
mengenai negeri Pahang akan menemui beberapa nama tokoh yang
istimewa dalam berbagai lapangan dan kegiatan sosio-politik dan
kenegaraan umumnya. Nama-nama seperti Datuk Bahaman dan Mat Kilau
barangkali sudah tidak asing lagi dalam sejarah Tanah Melayu moden
* Prof. Madya di Jabatan Antropolo gi clan Sosiologi, Universiti Ma laya.

67
oleh kerana dua watak ini pernah muncul dan diabadikan sebagai
penentang pentadbiran Inggeris di negeri berkenaan. Demikian juga nama
Ibrahim Yaakub dan Ishak Hj . Mohamed (Pak Sako) adalah dua tokoh
politik kiri yang mewakili golongan bawahan Melayu yang tindakan
politiknya adalah yang lebih bersifat radikal dan anti-Inggeris itu.
Permerihalan politik dan kehidupan politik itu seringkalinya adalah
berkisar pada episod-episod besar dan yang melibatkan tokoh dan
pemimpin tertentu oleh itu seringkali , peranan dan keterlibatan para
pengikut dan rakyat biasa tidak penting atau menjadi terpencil. Dalam
keadaan begini, tentulah impak penglibatan tersebut secara peribadi
menjadi kurang penting dan sentiasa dibayangi oleh jasa dan sumbangan
tokoh dan pimpinan mereka yang jauh lebih tinggi mertabat dan darjat
sosio-politiknya. Salah seorang dalam hal ini tidak lain ialah Allahyarham
Tun Hj. Abdul Razak bin Datuk Hussein.
Sesungguhnya nama Allahyarham Tun Abdul Razak bin Datuk
Hussein (disingkatkan sebagai Tun Abd. Razak selepas ini) akan tetap
tersemat dalam sejarah Malaysia sebagai Perdana Menteri kedua, sebagai
bapa Pembangunan Negara Malaysia dan sebagai negarawan ulung yang
mempunyai banyak keistimewaan tertentu di peringkat kebangsaan dan
di rantau Asia Tenggara umumnya.
Riwayat hidupnya yang gilang gemilang jelas memperlihatkan bahwa
beliau adalah salah seorang tokoh dan pemimpin yang menjadi kebanggaan
ahli dan pemimpin Parti UMNO khususnya dan rakyat Malaysia
umumnya. Sepanjang hayatnya beliau adalah seorang anak watan yang
penuh kepekaan terhadap nusa dan bangsanya.
Sekaligus juga segalanya ini memperlihatkan bahawa keberkesanan
seseorang pemimpin politik itu adalah bergantung pada banyak faktor.
Dalam hubungan ini, kajian mengenai perancangan pembangunan sosio-
ekonomi Malaysia yang dilakukan oleh Gayl D. Ness (1967) meletakkan
Tunku Abd. Rahman sebagai expressive leader sementara Tun Abd. Razak
pula sebagai instrumental leader, di mana Tunku lebih berperanan sebagai
faktor yang menyatukan rakyat antara kaum di negara ini sementara Tun
Abd. Razak pula sebagai faktor penggerak yang berusaha untuk
memajukan mereka. Sebagai pemimpin expressive Tunku berupaya untuk
memperlihatkan imej kebapaan yang ada padanya sama ada berlandaskan
pada latar belakang dirajanya itu ataupun imej happy-go-lucky yang
dimilikinya itu.
Dalam hubungan ini, ketokohan Tun Razak sebagai seorang
pemimpin yang berkesan, berwibawa dan berwawasan tertentu khususnya

68
yang berkaitan dengan masa depan orang Melayu perlu di_berikan perhatian
saksama oleh kerana dalam era beliaulah Dasar Ekonomi Baru itu
dirancang dan mula dilaksanakan sementara pemimpin-pemimpin
kemudian menyesuai dan melanjutkannya dalam rancangan tertentu,
khususnya Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dan seterusnya Wawasan
2020 itu.
Sehubungan dengan itu, maka adalah menjadi hasrat tulisan ini untuk
merakam dan menyoroti kembali akan kepimpinan dan keterlibatan Tun
Hj. Abd. Razak Datuk Hussein, Perdana Menteri Malaysia kedua. Untuk
tujuan ini, politik negeri Pahang sengaja diberikan perhatian utama untuk
irenjadi latar belakang kehadiran tokoh politik ini di samping untuk
mernungkinkan beberapa bandingan tertentu dibuat dengan beberapa orang
tokoh politik Pahang generasinya itu. Hal ini tidaklah pula menyebabkan
kepentingan dan keterlibatannya dalam politik nasional dan serantau
umurnnya itu diabaikan. Semuanya mempunyai kaitan dan kepentingan
tertentu dengan tokoh yang diberikan analisis ini.

Pahang dan Politik Moden Malaysia


Pahang adalah sebuah negeri yang unik dan mempunyai keistimewaan
tertentu dalam konteks sejarah dan perkembangan politik orang Melayu.
Pertarnanya ia adalah sebuah negeri Melayu yang mempunyai raja yang
dikatakan berasal dari Melaka. Kedua, walaupun ia adalah negeri Melayu
keernpat yang telah menerima perubahan politik dan kehadiran Residen
lnggeris untuk menjadi penasihat raja menjelang akhir abad ke-19, namun
sesudah peristiwa pembunuhan J.W.W . Birch dalam tahun 1875, maka
di negeri Pahanglah lahimya gerakan penentangan terhadap pentadbiran
Inggeris itu. Nama-nama pahlawan Melayu iaitu Datuk Bahaman, Mat
Kilau dan beberapa yang lain sentiasa menjadi aspirasi yang ampuh
dalarn mengukuhkan semangat politik orang Melayu menentang penjajahan
asing itu.
Perkara ketiga yang perlu diberikan perhatian di sini ialah Pahang
jugalah yang melahirkan beberapa orang tokoh politik bawahan Melayu
yang terbilang sehingga hari ini seperti Allahyarham Ibrahim Hj. Yaakub
dan Ishak Hj. Mohamed. Dan yang keempatnya ialah kehadiran
Allahyarham Tun Hj. Abdul Razak sebagai tokoh ketiga penting dalam
sejarah politik Malaysia selepas Perang Dunia Kedua, iaitu sesudah nama
Datuk Onn J aafar dan jug a Tunku Abd. Rahman yang pemah memimpin
Parti UMNO.
Selain daripada nama Tun Razak itu, politik Malaysia juga

69
merakamkan kehadiran tokoh-tokoh politik daripada Pahang yang lain
seperti Tan Sri Ghazali Shafie dan juga sekarang ini Datuk Seri Mohd.
Najib Tun Abd. Razak sebagai tokoh-tokoh politik UMNO negeri dan
kebangsaan yang mempunyai impak tertentu dalam perkembangan politik
Malaysia umumnya itu.
Waiau bagaimanapun, perbezaan penting yang perlu diberikan
perhatian di sini ialah kalau Ibrahim Hj. Yaakub dan Ishak Hj. Mohamed
(Pak Sako) adalah tokoh-tokoh politik Melayu bawahan dan bergerak
dalam politik kiri dan sosialistik sifatnya, maka keadaan yang sebaliknya
pula pada Tun Abd. Razak. Beliau adalah daripada kalangan bangsawan
Melayu tradisional yang dipermodenkan melalui sistem dan pembangunan
pendidikan Inggeris yang diperkenalkan oleh pentadbiran kolonial Inggeris
itu.

Tun Razak dan Masyarakat Melayu Pahang


Tun Abd. Razak adalah seorang anak watan Pahang yang kebetulannya
dilahirkan dalam kalangan keluarga bangsawan tradisional Melayu. Beliau
bagaimanapun adalah dibesarkan dalam suasana kampung di Semantan,
Pahang dalam suasana yang serba "sederhana". Barangkali inilah yang
pernah disebutkan oleh beliau betapa:
. . . Kalau saya berhak menjadi temama, hak itu tentulah semata-
mata pada kesederhanaan (simplicity) . Saya seorang ahli politk
berlatar belakang sederhana. Saya mulakan pelajaran di sebuah
sekolah yang berbumbung atap dan berlantai tanah . Masih jelas
lantai tanah di kaki saya yang tak. berkasut ....
(Kuala Lumpur: 2 Oktober 1967)
Tun Razak dilahirkan pada 11 Mac 1922 dalam kalangan golongan
elit Melayu tradisional negeri Pahang. Asal keturunannya adalah daripada
kalangan bangsawan Melayu dan bermastautin di Pahang. Keluarganya
itu mewarisi kedudukan dan jawatan bergelar sebagai Orang Kaya Indera
Shahbandar, iaitu satu daripada tiga jawatan yang bertaraf sebagai "Naib
Raja" atau "Wakil Raja".
Tempat kelahirannya adalah di Kampung Pulau Keladi, Pekan.
Bapanya, Hussein bin Mohammad Taib, dewasa itu berjawatan Pegawai
Melayu Rendah dalam pentadbiran kerajaan negeri yang sejak akhir tahun
1887 telahpun menjadi salah sebuah Negeri Naungan British. Beberapa
tahun kemudiannya, Hussein Muhammad Taib telah dinaikkan pangkat
. dan dilantik menjadi Pegawai Daerah Temerloh; sementara anak lelakinya

70
itu adalah dibesarkan di Kampung Jambul Langgar dalam lingkungan
keluargaan Muhammad Taib. Di Kampung inilah Tun Razak mula
bersekolah sewaktu umumya enam tahun.
Hussein Muhammad Taib diberi hak pewarisan gelaran Orang Kaya
Indera Shahbandar yang membwa gelaran Dato' pada Mac 1930, dan
kerana itu juga beliau secara otomatis menganggotai Majlis Undangan
Negeri Pahang.
Sementara itu, pada 26 Januari 1934, Tun Abd. Razak yang telah
dipilih oleh Residen Inggeris di Pahang telah mendaftar diri untuk belajar
di Kolej Melayu Kuala Kangsar. Kolej inilah juga yang menjadi alma
mater bapanya itu. Mengingatkan bahawa Kolej berkenaan adalah
dimaksudkan bagi mengekal dan mempertingkatkan taraf hidup golongan
elit tradisional Melayu dewasa itu, maka pernilihan dan kemasukan Tun
Abd. Razak ini adalah suatu usaha yang bertujuan untuk meneruskan
kesinambungan dan ciri kehidupan sosio-politik orang Melayu bangsawan
umumnya.
Perubahan suasana pembelajaran ini sesungguhnya membuka
lembaran baru bagi Tun Razak sendiri yang di zaman kanak-kanaknya di
Kampung Jambul sering menunggang belakang kerbau ke dalam suatu
perseldtaran yang elitis dengan nilai dan gaya hidup ala-Inggeris. Kolej
ini membentuk satu golongan elit Melayu baru yang bakal memainkan
peranan masing-masing dalam urusan pentadbiran awam negara umumnya
di negara ini sebelum dan selepas merdeka

Pendidikan dan Pengalaman Zaman Pelajar


Seimbas Ialu telahpun disebutkan di atas bahwa Tun Abd. Razak telahpun
memulakan zaman persekolahannya dalam sebuah sekolah Melayu di
kampung tempat beliau dibesarkan. Ini adalah sesungguhnya tahap pertama
alam persekolahan dan pendidikannya.
Tahap kedua adalah ditandai oleh kemasukannya ke dalam Kolej
Melayu Kuala Kangsar yang merupakan institusi pendidikan elit Melayu
itu. Beliau lulus peperiksaan Junior Cambridge dalam tahun 1937 dan
mendapat sijil persekolahan Cambridge setahun kemudiannya. Sebagai
seorang pelajar pendiam yang tekun dan konsisten, Tun Razak telah
berjaya mencapai kejayaan yang memuaskan dalam bidang akdernik dan
kegiatan ko-kurikulum di Kolej berkenaan dan ini rrerupakan suatu
pencapaian yang cukup memuaskan walaupun dalam musim cuti sekolah
beliau masih hidup sebagai seorang "budak kampung" yang gemarkan
Iumpur dan air sungai.

71
Dengan kelulusan yang dicapainya di Kolej Melayu itu, maka dalam
tahun 1939, beliau telah diserapkan ke dalam Sekim Perkhidmatan
Pentadbiran Melayu (Malay Administrative Service - MAS) sebagai
seorang pegawai percubaan.
Walau bagaimanapun pada awal Jun 1940, Tun Abd. Razak telah
memulakan pengajiannya semula, untuk selama tiga tahun, tetapi kali ini
adalah dalam Fasa Ketiganya iaitu di Raffles College, Singapura. Pada
tahap inilah buat pertama kalinya beliau memasuki zaman persekolahan
yang lebih mencabar oleh kerana Kolej ini mempunyai penuntut yang
berbilang bangsa. Di antara penuntut yang berbilang etnik itu termasuklah
nama-nama seperti Lee Kuan Yew, Toh Chin Chye dan beberapa yang
lain termasuk juga Ungku A. Aziz yang kemudiannya menjadi tokoh-
tokoh yang penting dalam politik dan pendidikan di kedua-dua buah
negara Malaysia dan Singapura.
Pengalaman dan pendedahan awal di Raffles College inilah yang
telah mula membuka fikiran Tun Abd. Razak terhadap bibit-bibit
nasionalisme Melayu. lni kerana pertama-tamanya bilangan penuntut
Melayu yang begitu kecil itu dengan mudahnya terpadu dalam sebuah
organisasi Persatuan Pelajar-pelajar Islam. Salah seorang yang mula
bersahabat dengannya dewasa itu adalah Mohd. Ghazali Shafie, yang
kebetulannya juga berasal dari Pahang. Faktor keduanya ialah pendedahan
kehidupan bandar itu telah menimbulkan desakan tertentu terhadap
kepentingan orang Melayu yang semakin terhimpit itu. Salah seorang
tokoh penting yang terkemuka dewasa itu ialah Sardon Hj . Jubir, seorang
peguam Melayu yang aktif dalam kegiatan politik yang berjuang untuk
kepentingan Melayu. Sementara sehingga menjelangnya Perang Dunia
Kedua, Tun Abd. Razak secara peribadi terdedah pada penglibatan bapanya
sebagai Naib Yang Dipertua Persatuan Melayu Pahang.
Dalam masa pendudukan Jepun, Tun Abd. Razak pulang ke Pahang
dan kembali menjadi kakitangan pentadbiran kerajaan negeri. Waiau
bagaimanapun secara berahsia, beliau ikut terlibat dalam pasukan W ataniah
yang bertujuan untuk menentang pendudukan Jepun itu. Pakatan sulit ini
bagaimanapun kemudiannya terpaksa berhadapan dengan kerenah Pasukan
Bintang Tiga yang didalangi oleh Malayan People Anti-Japanese Army
dan Parti Komunis Malaya. Tun Abd. Razak dan Mohd. Ghazali Shafie
adalah di antara aktivis yang cukup berpengalaman dengan kerenah dan
tindak-tanduk gerakan yang kemudiannya bersifat anti-British dan anti-
Melayu itu.
Dalam tahun 1947, Tun Abd. Razak telah menyambung semula

72
pengajiannya iaitu dalam bidang undang-undang dan lulus pengajian
tersebut di Lincoln's Inn of Court dalam tempoh k:urang daripada 18
bulan. Beliau kemudiannya belajar sebagai penuntut luar kampus pengajian
ekonomi di Universiti London tetapi kematian bapanya telah
membantutkan pengajiannya itu oleh sebab beliau terpaksa kembali buat
beberapa ketika ke Tanah Melayu. Biarpun begitu, beliau berkesempatan
untuk mengikuti k:ursus perkhidmatan awam dan ekonomi di Universiti
Cambridge dalam tahun 1949, iaitu sebelum beliau ditauliahkan sebagai
peguambela dan peguamcara.
Minat beliau dalam kegiatan organisasi politik menjadi suatu
kenyataan bilamana beliau bergiat aktif dalam Kesatuan Melayu Great
Britain yang dipimpin oleh YAM Tunku Abd. Rahman, juga seorang
penuntut undang-undang di sana. Tun Abd. Razak telah terpilih menjadi
Setiausaha Persatuan berkenaan. Kegiatan ini juga memberikan beliau
kesempatan untuk menyertai aktiviti Malayan Forum yang bersifat antara
kaum di mana beliau perlu berhubungan dengan orang-orang seperti Lee
Kuan Yew dan Toh Chin Chye yang menjadi pemimpin politik Singapura
kemudiannya itu . Sebagai orang muda, suasana begini jugalah yang telah
mendorong Tun Abd. Razak berjinak-jinak dengan orientasi politik yang
bersifat bawahan, tajaan Parti Buruh Britain.

Pentadbiran Awam dan Penglibatan Awai Dalam UMNO


Dalam tahun 1949, Tun Abd. Razak telah lulus pengajian undang-undang
dan kembali ke Tanah Melayu pada bulan Mei 1950 untuk meneruskan
kerjayanya dalam urusan pentadbiran awam di negeri Pahang. Ekoran
daripada kematian bapanya dalam tahun tersebut maka pada 1 November
1950 beliau telah dik:urniakan gelaran yang diwarisi daripada arwah
bapanya itu iaitu sebagai Orang Kaya Indera Shahbandar yang kesepuluh.
Dalam pada itu, beliau telahpun menganggoti pertubuhan Kebangsaan
Melayu Bersatu atau UMNO bahagian Kuala Lipis iaitu sekembalinya ke
tanah air. Sewaktu menghabiskan cuti hujung minggunya di Kuala Lum-
pur pada satu hujung minggu dalam tahun 1950 beliau telah dipilih
untuk mengetuai barisan pemuda berkenaan buat menggantikan Hussein
Onn yang telah dilantik menjadi setiausaha parti berkenaan.
Dalam bulan Februari 1951, Tun Abd. Razak telah dilantik menjadi
seorang ahli majlis Undangan Persekutuan; sementara dalam persidangan
agung UMNO dalam bulan Ogos 1951, Tun Abd. Razak telah
mengesyorkan agar Tunku Abd. Rahman dipilih untuk mengisii jawatan
Presiden UMNO yang dikosongkan oleh Datuk Onn Jaafar. Beliau sendiri

73
kemudiannya telah pula dipilih untuk menjadi Timbalan Presiden parti
berkenaan dan jawatan ini telah disandangnya sehingga bulan Januari
1970 di mana kemudiannya beliau mengisi jawatan Presiden Parti UMNO
yang dikosongkan oleh Tunku Abd. Rahman. ·

Tun Abd. Razak: Hubungan Keluarga Elit Pahang dan Johor


Tun Abd. Razak telah berkahwin dengan Rahah bt. Mohd Noah dalam
tahun 1952. Mohd Noah adalah seorang ahli Majlis Undangan Negeri
Johor, Majlis Undangan Persekutuan dan juga menjadi Pengerusi UMNO
negeri Johor. Mereka mula dikurniakan anak pada 23 Julai 1953 , iaitu
seorang anak lelaki yang diberi nama Mohd. Najib dan diikuti pada 29
November 1954 seorang lagi anak lelaki diberi nama Ahmad Johari.
Tiga orang lagi anak mereka, semuanya lelaki, lahir beberapa tahun
kemudian.
Sewaktu mendapat anaknya yang pertama, Tun Abd. Razak bertugas
sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang yang beribu pejabat di Kuala
Lipis . Beliaulah yang telah berusaha memindahkannya ke Kuantan,
sungguhpun pihak kerajaan kolonial Inggeris di Kuala Lumpur lebih
berminat memindahkannya ke Temerloh sahaja. Tun Razak hanya
meletakan jawatannya dalam pentadbiran awam kerajaan menjelangnya
pilihanraya Dewan Undangan Persekutuan dalam pertengahan tahun 1955.
Dalam lingkungan dan hubungan kekeluargaan yang lebih besar,
jaringan famili Tun Abd. Razak adalah tergolong dalam kalangan lima
buah keluarga tokoh-tokoh politik dan elit Melayu yang berpengaruh di
Malaysia dekad 60-an dan 70-an. Kelima-lima keluarga yang dimaksudkan
ini terdiri daripada keluarga Datuk Hussein Mohd. Taib iaitu keluarga
asas Tun Abd. Razak sendiri; keluarga-keluarga aristokrat Tan Sri Hj.
Mohd. Noah Omar; Datuk Onn bin Jaafar; Datuk Mohd. Seth; dan Abd.
Rahman Mohd. Yassin. Keluarga Datuk Hussein Mohd. Taib adalah dari
Pahang; sementara empat yang lain dari Johor.
J aringan kekeluargaan ini menjelaskan bahawa dalam kumpulan inilah
lahirnya beberapa orang tokoh politik Melayu, khususnya dalam konteks
kepimpinan Malaysia dalam tahun 1970-an. Umpamanya Tun Abd. Razak
dalam era kepimpinannya mempunyai iparnya iaitu Tan Sri Hamzah Abu
Samah sebagai seorang anggota Kabinet; seorang iparnya lagi iaitu Datuk
Mohamed Jusuh pula pernah menjadi Menteri Besar Pahang (1974 - 78).
Tun juga mempunyai birasnya iaitu Tun Hussein Onn yang dilantik
menjadi anggota Kabinet dan seterusnya menjadi Timbalan Perdana
Menteri serta Perdana Menteri.

74
Seorang tokoh lain yang juga penting clisebutkan ialah Tun Dr.
Ismail Abd. Rahman yang menjacli rakan seperjuangan Tun Abd. Razak
clalam UMNO, dalam Kabinet dan seterusnya sempat juga kira-kira selama
tiga tahun menjadi orang nombor dua beliau dalam kerajaan. Inilah
beberapa nama yang penting clisebutkan dalam jaringan kekeluargaan elit
Melayu yang terpusat pada kedudukan Tun Abd. Razak itu.
Kepentingan dan peranan yang serupa mungkin boleh berterusan
beberapa lama lagi melalui kedudukan warisan Tun Abd. Razak yang
sulung iaitu Datuk Seri Najib Tun Abd. Razak yang mula menjacli anggota
Parlimen dalam tahun 1976 sewaktu berusia 28 tahun dan kini menjadi
Naib Presiden UMNO, Menteri Pertahanan dan sekarang Menteri
Pendidikan.

Penglibatan Dalam Politik Menjehmg Kemerdekaan


Tun Abd. Razak telah bertanding buat pertama kalinya cli kawasan
Semantan, Pahang dalam pilihanraya umum tahun 1955 sebagai calon
UMNO/Perikatan. Semantan, yang meliputi sebahagian besar kawasan
Temerloh dan Mentakab sekarang, adalah daerah yang clianugerahkan
kepimpinan traclisionalnya kepada Tun Abd. Razak sencliri sebagai orang
Kaya lndera Shahbandar. Sungguhpun dernikian, beliau tidaklah menang
percuma begitu sahaja bahkan perlu berhadapan dengan calon lawan iaitu
cal on Parti PAS yang bernama Muhammad Yassin bin Muhammad Salleh.
Kemenangan yang dicapai oleh Tun Abd. Razak adalah cukup besar iaitu
dengan memperolehi 14,094 uncli, beliau memenanginya dengan kelebihan
undi majoriti sebanyak .12,095 undi.
Perlu disebutkan di sini sepanjang kerjaya politiknya, Tun Abd.
Razak mewakili kawasan Semantan (1955 - 59). Kawasan uncli Parlimen
ini kemudiannya clipecahkan pula merijadi kawasan undi Pekan mulai
pilihanraya tahun 1959 dan sejak pilihanraya umum 1974. Saingan politik
tradisinya di kawasan ini ialah pengaruh PAS, kecuali sewaktu PAS
berada dal~ Barisan Nasional . Rekod prestasi Tun Abd. Razak dalam
pilihanraya yang disertainya diberikan dalam factual 1.
Sementara itu, kemenangan Parti Perikatan dalam pilihanraya 1955
itu, ianya telah membolehkan presiden parti iaitu Tunku Abd. Rahman
rrenubuhkan sebuah kerajaan sendiri yang masih cli bawah naungan
pentadbiran kolonial Inggeris. Tun Abd. Razak adalah salah seorang
daripada tokoh utama parti berkenaan yang cliberi tanggungjawab menjadi
portfolio pelajaran atau pendiclikan, sebuah kerusi dan jawatan yang
sentiasa panas dan mencemaskan. Hal ini dernikian jaclinya oleh kerana

75
Jadual 1
Rekod Prestasi Tun Abd. Razak Dalam Pilihanraya

Perolehan
Kawasan Undi/fahun Undi %* Majoriti

1955: Semantan
Dato' Abdul Razak Hussain 14,094 87.58 12,095
Mohamed Yassin Salleh (PAS)** 1,999 12.42

1959: Pekan
Dato' Abdul Razak Hussain 8,811 77.26 6,218
Mohd. Ariff Abas (PAS) 2,593 22.74

1964: Pekan
Tun Hj . Abd. Razak Hussain 11,858 87.40 10,147
A. Hamid A. Hi tam (PAS) 1,711 12.60

1974: Pekan
Tun Hj. Abd. Razak (BN) Menang tanpa bertanding

Nola: * Peraturan bandingan berdasarkan perolehan undi, tanpa mengambil kira


bilangan undi rosak.
** Hilang wang pertaruhan pencalonan.
Sumber: Suruhanjaya Pilihanraya, Penyata dan Laporan Keputusan Pilihanraya (bagi
tahun-tahun berkenaan)

dewasa itu belum terdapat satu sistem pendidikan yang jelas, tersusun
dan yang berfungsi mendasari kedudukan arah dan matlamat sistem
pendidikan di Tanah Melayu yang mengandungi tradisi pendidikan yang
berbagai yang membayangkan struktur masyarakat majmuknya itu.
lnilah salah satu tugas maha penting dan mencabar Tun Abd. Razak
sebagai Pengerusi Jawatankuasa Khas Mengenai Pelajaran yang kurang
lebih setaraf dengan kedudukan Menteri Pelajaran dewasa itu. Beliau
telah sempat menyaksikan gelagat dan perasaan tidak puas hati di kalangan
golongan pelajar dan terpelajar bukan Melayu terhadap dasar kerajaan
semata-mata kerana begitu jauh terpengaruh dengan propaganda gerakan
Komunis.
Berdasarkan latar belakang dan suasana pendidikan seperti inilah
pula telah melahirkan satu Laporan mengenai kemajuan pendidikan dan
dasar awam yang berkaitan dengannya yang dikenali kemudiannya sebagai

76
Penyata Pelajaran Razak 1956 sesuai dengan kedudukan Tun Abd.
Razak sebagai Pengerusi Suruhanjaya yang ditugaskan untuk rnengkaji
suasana pendidikan dan pernbelajaran di negara ini . Penyata ini
kemudiannya rnelahirkan dasar pendidikan yang dirnaktubkan dalarn Akta
Pelajaran 1961. Akta ini rnerakarnk.an rnatlarnat urnurnnya:

. . . Bahawasanya dasar· pelajaran seperti yang diisytiharkan dalam


Ordinan Pelajaran 1957 ialah untulc menubuhkan satu sistem pelajaran
yang akan dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan
perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politiknya . . . .

Perlaksanaan Akta ini adalah rnengadunkan butiran Penyata Razak


1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 yang rneletakkan peranan dan
kepentingannya sebagai alat perpaduan rakyat rnelalui rnana kanak-kanak
sekolah berbilang kaurn dapat disatupadukan dan penyediaan tenaga kerja
bagi memenuhi kepentingan ekonorni negara seluruhnya.
Untuk rnerealisasikannya, rnaka beberapa strategi tertentu telah
digubal dan dilaksanakan sebaik-baiknya, yang antara lainnya adalah
berupa:

* Menjadikan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) sebagai ba-


hasa pengantar yang utama.
* Mengadakan kurikulum yang sama dan yang berorientasikan
pada Malaysia bagi semua jenis sekolah.
* Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua jenis
sekolah.
* Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran.
* Meningkatkan mutu pelajaran pada keseluruhannya.
* Mengadakan peluang pendidikan asas selama 9 tahun.

Kemuncak usaha rnerealisasikan hasrat dan kerangka dasar seperti


inilah tertubuhnya Universiti Kebangsaan Malaysia dalarn tahun 1970 di
mana untuk rnengabadikan jasa-jasanya di bidang pendidikan kebangsaan
itu, Tun Abd. Razak telah dilantik rnenjadi Canselornya yang pertarna.
Dalam rnempersiapkan diri mencapai kemerdekaa.n, Tun Abd. Razak
juga turut terlibat dalarn rornbongan Perikatan dan proses perundingan
kemerdekaan di London serta penyediaan syor-syor dalarn draf perlern-
bagaan Tanah Melayu rnerdeka, terutarna yang berkaitan secara langsung
dengan kepentingan orang Melayu dan Burniputera.
Pengalarnan seperti ini arnat berguna untuknya kemudian, rnisalnya

77
dalam urusan pembentuk:an negara Malaysia dalam tahun 1962 di mana
Tun Abd. Razak telah dilantik menjadi Timbalan Pengerusi Jawatankuasa
antara Kerajaan untuk mencari kata sepakat dalam mengusahakan
penubuhan sebuah negara barn itu.

Peranan Politik di Zaman Kepimpinan Tunku Abd. Rahman


Tun Abd. Razak telah dipilih menjadi Timbalan Presiden UMNO dalam
tahun 1951 dan jawatan ini telah disandangnya sehingga bulan Januari
1971 bilamana beliau mengambilalih jawatan presiden parti yang telah
dikosongk:an oleh Tunku .
Sungguhpun Perlembagaan Malaysia tidaklah memaktubk:an jawatan
Timbalan Perdana Menteri, namun dengan keduduk:an dan jawatan dalam
parti yang sedernikian rupa membolehkan Tun Abd. Razak menjadi orang
nombor dua iaitu sebagai Timbalan Perdana Menteri sejak tahun 1957
sehinggalah beliau dilantik menjadi Perdana Menteri dalam bulan Oktober
1970. Jawatan Timbalan Perdana Menteri lebih merupakan satu jawatan
yang sengaja diwujudk:an berdasark:an kebiasaan pentadbiran negara dalam
usaha untuk membantu meringankan beban dan tanggungjawab Perdana
Menteri.
Sehubungan dengan ini, maka di samping memainkan peranan
sebagai orang nombor dua dalam parti UMNO dan dalam kerajaan, Tun
Abd. Razak sendiri ditugaskan sebagai menteri di beberapa Kementerian.
Pertamanya sebagai Menteri Pertahanan. Tetapi peranan dan imejnya
yang terukir indah ialah sebagai menteri pertama yang mengetuai
Kementerian Pembangunan Luar Bandar buat selama sepuluh tahun sejak
ianya ditubuhkan dalam tahun 1959. Dalam usaha membasmi kemiskinan
dan mempertingkatk:an kehidupan penduduk luar bandar inilah, Tun Abd.
Razak sentiasa dikenali sebagai "Bapa Pembangunan Luar Bandar" dan
kerangka rancangan yang dikenali sebagai "Rancangan Buku Biru" adalah
menjadi terkenal dalam hal ini.
Di antara yang dihasilkan oleh Tun Abd. Razak sebagai tokoh
pembangunan luar bandar itu ialah yang berupa agensi-agensi, dasar-
dasar pembangunan tanah dan juga usaha pembasmian gejala kemiskinan.
Di antara agensi terpenting ialah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan
yang lebih dikenali sebagai FELDA, Rancangan Tanah Pinggir dan
beberapa projek pembangunan wilayah seperti di kawasan Jengka, Pahang.
Sebuah lagi agensi penting ialah penubuhan Majlis Amanah Rakyat
(MARA) dalam tahun 1968 mengganti dan menerusk:an bidang kuasa
RIDA yang telah ditubuhkan dalam tahun 1956. Penubuhan MARA adalah

78
basil daripada Kongres Ekonomi Bumiputera kedua tahun 1968.
Perlu sekali dirakamkan juga ialah peranan dan kebijaksanaan yang
dimainkannya dalam usaha memulihkan semula hubungan dua buah negara
serumpun dan berjiran tetangga ·di antara Malaysia dan Indonesia. ini
adalah ekoran daripada penubuhan negara Malaysia dalam tahun 1963
clan seterusnya Dasar Konfrantasi Indonesia ke atas Malaysia. Tun Abd.
Razak telah diberi kepercayaan untuk mengetuai misi rombongan
perdamaian dalam merundingkan jalan damai ini dengan pihak Indonesia
yang diketuai oleh Menteri Luarnya, Tun Adam Malik dalam satu
perundingan damai yang diadakan di Kota Bangkok dalam tahun 1966.
Rundingan dan Perjanjian Bangkok yang dimeterikan itu telah
menamatkan konfrantasi dan malahan telah berjaya untuk merapatkan
Iagi hubungan rakyat di antara kedua-dua buah negara ini sehinggalah ke
hari ini.
Tun Abd. Razak juga telah ditugaskan sebagai Menteri di
Kementerian Keselamatan Dalam Negeri bilamana Tun Dr Ismail
mengundurkan dirinya daripada Kabinet Tunku Abd. Rahman dalam tahun
1967.

Tun ~bd. Razak, MAG ERAN dan Perdana Menteri


Ekoran daripada Peristiwa 13 Mei 1969 dan penggantungan parlimen
selama kira-kira 21 bulan, sebuah badan yang dikenali sebagai Majlis
Gerakan Negara telah ditubuhkan di bawah Akta Darurat dan Tun Abd.
Razak telah dilantik untuk menerajui Majlis berkenaan.
Sebagai Pengarah MAGERAN yang mengandungi berbagai
kepentingan awam dan keselamatan serta pertahanan negara itu, Tun
Abd. Razak telah berjaya pertama-tamanya meneruskan kesinambungan
pimpinan negara yang sedia ada dewasa itu. Ertinya beliau berjaya
mengekalkan status quo dalam negara, sekurang-kurangnya dari segi
kepentingan politik dan pentadbiran.
Yang keduanya dalam hal ini ialah di mana melalui majlis berkenaan,
Tun Abd. Razak telah mendapat peluang yang luas untuuk merancang
dan menentukan haluan serta wawasan kehidupan masyarakat dan
kepimpinan negara di masa hadapan. Perancangan ini amat penting sekali
oleh kerana ia melibatkan sekaligus bukan sahaja isu ekonomi dan
kemiskinan luar bandar serta keterbelakangan orang Melayu, tetapi juga
adalah identiti serta falsafah kenegaraan Malaysia yang selama ini tidak
banyak mendapat perhatian daripada pemirnpin dan rakyat. Tegasnya
segala usaha merancang dan mewujudkan wawasan negara itu, seharusnya

79
tidak pula mengabaikan kebajikan, kesejahteraan sosio-ekonomi serta
perpaduan antara kaum di kalangan rakyat yang berbagai latar belakang
etnik dan agama serta budaya itu dengan matlamat utamanya untuk tidak
mengulangi kembali kecelakaan 13 Mei 1969 itu.
Sebagai tokoh politik yang ulung, sebagai pengerusi MAGERAN
serta seterusnya sebagai Perdana Menteri kedua Malaysia, segala latar
belakang sosio-ekonomi masyarakat yang diwarisinya itu telah
rrenghasilkan kesedaran, kepekaan serta wawasan Tun Abd. Razak sebagai
salah seorang pemimpin sebuah negara yang sedang membangun yang
dijelmakan dalam strategi kemakmuran ekonomi, kemantapan politik dan
perpaduan nasional dasar-dasar yang berikut:

(a) Dasar Ekonomi Baru (1970 - 90),


(b) Rukunegara,
(c) Gagasan Kerajaan Barisan Nasional.

Dasar Ekonorni Baru (1970 - 90) adalah strategi pembangunan


ekonomi yang bertujuan seramp~g dua mata iaitu untuk rrembasmi
kemiskinan dan menyusun semula masyarakat Malaysia dari segi
pengenalan kaum mengikut kegiatan ekonomi masing-masing. Dasar yang
diterapkan pertama kalinya melalui Rancangan Malaysia Kedua (1970 -
75) telah memulakan suatu pendekatan dan perspektif baru prancangan
sosio-ekonomi orang Melayu yang masih terkebelakang, namun sama
sekali tidak pula mengabaikan kepentingan sosio-ekonomi bukan-Melayu.
DEB yang terus-menerus dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia
Ketiga (197 - 80), Rancangan Malaysia Keempat (1981 - 85) dan
Rancangan Malaysia Kelima (1986 - 90) telah beransur-ansur berjaya
mempertingkatkan kemajuan orang Melayu dalam sektor ekonomi bukan-
pertanian. Pertama-tamanya dari segi peningkat dan bilangan penuntut
dan siswazah Melayu tanpa mengira perbezaan latar belakang yang berjaya
memperolehi ijazah dan diploma dalam berbagai bidang, sektor korporat
dan beberapa yang lain tidaklah dapat dinafikan. Keduanya, dalam
mengorientasikan semula budaya ekonomi orang Melayu seperti dalam
urusniaga dan pernilikan saham-saham syarikat-syarikat awam, dan bukan
hanya semata-mata sekadar menganggotai syarikat-syarikat kerjasama.
Dan ketiganya dalam bidang keusahawanan di mana ia mula melahirkan
kejayaan tertentu dalam menambahkan bilangan usahawan dan pengusaha
Melayu dan Bumiputera dalam sektor ekonomi moden di kawasan bandar,
sama ada dalam sektor perkilangan dan pembuatan, mahupun sektor
perkhidmatan. Keempatnya dari segi pembukaan dan pembangunan

80
wilayah seperti rnana dapat dikesan daripada kernajuan yang dicapai di
wilayah Jengka, Pahang; di wilayah Pahang Tenggara (DARA) dan juga
pembukaan ladang-ladang kelapa sawit dan getah yang dibiayai oleh
FELDA dan juga RISDA.
Waiau bagairnanapun, seperti rnana yang sering terjadi dalarn setiap
urusniaga ekonorni, kernajuan yang dicapai rnelalui DEB itu rnernpunyai
pasang surut tertentu dan tidaklah serrestinya berkeadaan seirnbang
sebagairnana yang sernernangnya rnenjadi idarnan dan cita-cita unggul
setiap perancang dan peserta rancangan. Ini bererti bahwa DEB rnernpunyai
kejayaan dan kelernahannya yang tertentu sehingga dalarn proses
perkembangan itu, terdapat ubah-suaian dan pilihan keutarnaan tertentu
yang perlu dilakukan padanya. Maka itu, dalarn usaha rnernesatkan budaya
urusniaga dan pernilihan saharn bagi rnenjarnin rnatlarnat penyusunan
semula dilakukan oleh Tun Razak telah dibuat oleh pengganti beliau
mislanya dengan rnenubuhkan Perbadanan Nasional Berhad dan urusniaga
Skim Saharn Arnanah Nasional.
Dalarn pada itu, dalarn usaha rnernupuk perpaduan rakyat,
pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan telah dipesatkan lagi dengan
penambahan sekolah dan istitusi pengajian kebangsaan yang rnenggunakan
bahasa pengantar Bahasa Melayu . Dalarn tahun 1970, Universiti
Kebangsaan Malaysia telah ditubuhkan, iaitu rnengikuti penubuhan
Universiti Sains Malaysia dalarn tahun 1969.
Penarnbahan peluang rnernperolehi pendidikan tinggi ini hanyalah
salah satu strategi penting yang rnemungkinkan tercapainya usaha
membasrni kerniskinan dan penyusunan sernula masyarakat rnelalui
kemajuan dan pendernokrasian pelajaran.
Strategi yang lebih urnum dalarn usaha rnernupuk perpaduan rakyat
ialah melalui penggubahan Rukunegara yang rnenggariskan ciri dan sifat-
sifat unggul yang perlu dijunjung dan dihormati oleh semua lapisan
rakyat, berrnula di kalangan kanak-kanak iaitu di peringkat persekolahan
rendah lagi. Sifat-sifat unggul yang terkandung dalarn Rukunegara
irerupakan asas penting yang dianggap sebagi suatu wawasan yang
berupaya untuk rnelahirkan sebuah rnasyarakat Malaysia yang bersatu
padu di masa hadapan.
Sementara dalarn usaha untuk memantapkan politik Malaysia yang
sentiasa terdedah pada politiking dan politik perkaurnan yang narnpaknya
makin tidak terkawal itu, Tun Abd. Razak telah berusaha untuk rnerintis
dan mengembangkan gagasan dan gabungan Parti Perikatan yang
dianggotai oleh UMNO, MCA dan MIC itu sebagai sebuah gabungan

81
dan kerjasama parti-parti politik yang lebih banyak bilangan ahlinya.
Usaha ini telah dapat dicapai satu demi satu, bermula di Sarawak di
mana Parti SUPP dan SNAP bergabung dengan Perikatan Sarawak; diikuti
dengan kesediaan Parti Gerakan bekerjasama dengan Perikatan; kemudian
dengan Parti Kemajuan Masyarakat (PPP) dan yang lebih penting sekali
ialah di antara Kerajaan· dan Parti PAS, khususnya di Kelantan dan di
peringkat kebangsaan. Mulai dari 1 Januari 1973, gagasan Barisan
Nasional telah ditubuhkan dan telah mencapai kemenangan yang paling
besar dalam pilihanraya umum 1974.
Di peringkat antarabangsa, Tun Abd. Razak telah meninggalkan dua
warisan penting dalam politik serantau dan Asia umumnya. Pertama
ialah sebagai lanjutan daripada pemulihan persahabatan negara serumpun
bangsa Indonesia dan Malaysia, beliau telah mengukuhkan lagi pakatan
negara-negara serantau dalam Association of Southeast Asian Nations
(ASEAN) dengan mengemukakan gagasan Rantau Aman, Bebas dan
Berkecuali yang dikenali sebagai "'Zone of Peace, Freedom and Neutral-
ity " (ZOPFAN) dalam persidangan ASEAN di Kuala Lumpur dalam
bulan November 1971.
Yang keduanya ialah mengambil inisiatif untuk mengadakan
hubungan diplomatik Malaysia dengan negara Republik Rakyat China
pada 31 Mei 1974 sewaktu mengadakan lawatannya ke sana. Ini dilakukan
kira-kira 2 tahun selepas peristiwa Diplomasi Pingpong yang menandakan
pulihnya perhubungan diplomatik di antara Amerika Syarikat dengan
negara China dimulakan. Perlu disebutkan di sini bahawa dewasa itu,
negara-negara tetangga Malaysia seperti Singapura dan Indonesia serta
Thailand belum mengadakan hubungan diplomatik demikian dengan
negara China itu.
Di samping itu, era pentadbiran Tun Abd. Razak jug a memperlihatkan
hubungan dua hala di antara Malaysia dengan Burma (Republik Myanmar)
adalah baik di mana beliau hampir saban tahun melawat negara berkenaan.
Malahan di zaman beliaulah Malaysia mula membina tradisi untuk .
mengutamakan negara jiran tetangga daripada terus-terusan mengkagumi
sabahat-sahabat lama bekas-bekas koloni Inggeris yang lain.

Tun Razak dan Kemelut Politik UMNO


Mewarisi kedudukan dan jawatan sebagai pemimpin utama sebuah parti
yang besar seperti UMNO dan sebuah kerajaan berbilang kaum seperti
kerajaan Perikatan di Malaysia bukanlah satu tugas ringan dan mudah.
Namun, Tun Razak yang mempunyai latar belakang golongan atasan,

82
birokrat dan ketekunan bekerja itu merupakan satu watak yang paling
berkesan untuk menangani segala cabaran yang dimaksudkan itu. Kata-
kata yang pernah beliau sebutkan pada tahun 1967 ternyata jelas menjadi
pegangannya dalam menangani semuanya itu:

. .. . I am a committed man, committed to safeguard and defend the


constitutional and democratic basis of our society. And this act of
commitment involves me in the making of decisions in the national
interest, decisions that are sometimes unpopular and which often
trouble those who, like me, subscribe to the same ideals . . . but
these painful decisions have to be made .. . .
(Kuala Lumpur, Oktober 2, 1967)

Tugas pertamanya sebagai Presiden Parti UMNO ialah untuk


mengemas dan mengukuhkan semula perpaduan dan kepercayaan ahli
dan pemimpin parti yang pernah tercemar dan ditinggalkan oleh Tunku.
Dengan kerjasama daripada Tun Dr. Ismail sebagai orang nombor dua
beliau dalam parti dan kerajaan serta kegigihan barisan pemuda UMNO
pirnpinan Datuk Harun Idris, langkah-langkah awal yang dilakukan oleh
Tun Abd. Razak ialah membawa masuk kembali dua tokoh penting yang
pemah disingkir oleh Tunku iaitu Dr. Mahathir dan Musa Hitam, di
samping memberi laluan yang sewajarnya untuk Tengku Razaleigh
menerajui kepimpinan UMNO Kelantan.
Sepanjang tempoh berkhidmat di bawah Tunku, Tun Abd. Razak
sentiasa memainkan peranan yang aktif dan berkesan menangani konflik
dalaman UMNO. Ini termasuklah misalnya mengatasi krisis dan
kekosongan kepimpinan UMNO Kelantan akhir tahun-tahun 1960-an dan
memangku jawatan Perdana Menteri menjelangnya pilihanraya umum
1959.
Beliau juga telah memberi peluang pada beberapa muka baru untuk
berkecimpung dalam parti dan kerajaan. Di antaranya Tengku Razaleigh
Hamzah, Datuk Shahril Abd. Samad, Datuk Wan Mokhtar Ahmad, Datuk
Rais Yatim dan beberapa yang lain telah diketengahkan ; sementara
beberapa tokoh lama seperti Mohd. Khir Johari, Sardon Hj, Jubir dan
Senu Abd. Rahman diberikan jawatan-jawatan tertentu yang lebih pasif
dari segi persaingan politik kepartian dalam UMNO.
Dalam hubungan ini, terdapat dua isu politik utama yang pernah
irencabar kepimpinan Tun Abd. Razak. Pertama ialah ura-ura yang
menyebutkan Kerajaan USNO pimpinan Tun Datu Mustapha ingin

83
membawa Sabah keluar daripada menganggotai Malaysia. Ekoran daripada
perancangan demikian telah menyebabkan Tun merestui penubuhan sebuah
parti politik baru yang diberi nama Parti Berjaya untuk menghadapi dan
seterusnya menyekat kemaraan pengaruh USNO yang nampaknya semakin
tidak dapat dikawal oleh Kuala Lumpur itu. Projek ini telah mencapai
kejayaannya dan ia digantikan oleh sebuah kerajaan Berjaya.
Isu kedua ialah berhubung dengan kedudukan dan pengaruh Datuk
Hj. Harun Idris, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang juga berjawatan
sebagai Menteri Besar Selangor. Imej Datuk Harun yang cepat meningkat
sebagai salah satu tokoh politik dan pemimpin Melayu penting di Kuala
Lumpur dalam masa Peristiwa 13 Mei 1969 menjadi satu legenda tempatan
yang nampaknya mencabar kedudukan pengaruh Tun Abd. Razak sendiri.
Cabaran politik daripada Datuk Harun seimbas lalu nampaknya
mengulangi apa yang pernah dialami oleh Tun Abd. Razak sewaktu
menghadapi saingan pengaruh Aziz Ishak dalam tahun 1960-an boleh
sahaja menggugat keutuhan UMNO sebagai sebuah parti politik kanan di
negara ini. Walau bagaimanapun, kemaraan pengaruh politik Datuk Harun
ini hanya sempat diatasi secara politiknya melalui pemilihan Naib Presiden
UMNO tahun 1975 bilamana calon-calon favourite Presiden parti iaitu
En. Ghafar Baba, Tengku Razaleigh Hamzah dan Dr. Mahathir Mohamed
telah dipilih oleh perwakilan yang sekaligus dikira telah "menyekat"
kemaraan beberapa tokoh tertentu, khususnya Datuk Harun sendiri,
daripada memenangi kerusi ketiga pentingnya dalam kepimpinan tertinggi
UMNO itu.
Tun Abd. Razak berusaha memberikan peluang untuk.Datuk Harun
mengelakkan diri dari sebarang tohmahan dan tuduhan rasuah dengan
menawarkan jawatan Wakil Tetap Malaysia ke Bangsa-Bangsa Bersatu;
tetapi tawaran ini telah tidak diterima; dan setakat itulah sahaja tindakan
yang sempat dilakukan olehnya dalam hal ini kerana beliau kebetulannya
meninggal dunia secara mengejut dalam tahun 1976.
Satu lagi cabaran yang dihadapi oleh kepimpinan Tun Abd. Razak
ialah masalah ekonomi yang berkaitan dengan keadaan in:flasi, stagflasi
dan tuduhan rasuah berkaitan dengan pembukaan tanah bagi kampus
Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi. Isu-isu ini mencapai puncaknya
dengan tercetusnya demonstrasi petani Baling - pelajar universiti dalam
bulan Disember 1974. Peristiwa demonstrasi pelajar-pelajar di dua buah
kampus universiti di Kuala Lumpur iaitu Universiti Malaya dan Universiti
Kebangsaan Malaysia ini telah membabitkan juga Majlis Belia Malaysia.
Sungguhpun peristiwa ini menyebabkan Akta Universiti dan Kolej

84
Universiti 1971 dipinda dan diperketatkan lagi, narnun dalam masa yang
sama, konflik tersebut telah melahirkan keterampilan dan kernatangan
berpolitik di kalangan sebilangan para pernirnpin muda yang kernudiannya
telah berkecimpung pula dalam arena politik. Dari sinilah lahimya
pernimpin-pernimpin organisasi belia seperti Anwar Ibrahim, Sanusi Junid,
Ibrahim Ali dan beberapa narna lain yang dalam dekad 80-an dan 90-an
ini terlibat secara langsung dalam arena politik kepartian.

Rumusan: Kepimpinan Tun Razak Yang Cemerlang


Banyak pihak rnenyirnpulkan bahwa era kepirnpinan Tun Razak adalah
satu tempoh pergolakan sosio-ekonorni dan politik yang belurn rnantap
clan hanya mernerlukan seseorang yang berkalibar seperti beliau untuk
memberikan kepirnpinan yang berkesan dan berwibawa.
Sebagai seorang yang mernpunyai prinsip hidup, kornitrnen serta
kesungguhan bekerja, ciri kepirnpinan birokrasi yang ada pada Tun Abd.
Razak telah berjaya rneredakan perasaan birnbang dan ragu yang dirasakan
oleh banyak pihak bukan-Melayu yang rnenganggap kepimpinannya jauh
lebih mementingkan orang Melayu dan Burniputera. Tanggapan dan
keraguan ini terbukti kernudiannya adalah sesuatu yang tidak berasas dan
meleset.
Sebagai "Bapa Pernbangunan Malayasia" dalam sebuah negara beraja
berpelernbagaan serta rnengamalkan dernokrasi berparlirnen yang dewasa
itu begitu kabur arah haluan dan masa depannya, kepirnpinan Tun Razak
telah mencapai kejayaan tertentu dalam mengadunkan ciri-ciri kepimpinan
dalam sebuah masyarakat tradisional berbilang bangsa Malaysia dengan
visi masa depan sosio-ekonorni dan politik yang lebih jelas, mernberi
harapan dan keyakinan bagi semua lapisan rakyat.
Apa yang mencacatkan sedikit kepirnpinan dan kewibawaannya
sebagai seorang pernirnpin politik ialah politiking yang rnakin berkernbang
dalam partinya sendiri iaitu UMNO. Beliau tidak hanya dikelilingi oleh
sebilangan pernbantu yang ada kalanya mernpergunakan kedudukan dan
nama baiknya, tetapi juga sernakin rnenimbulkan kegusaran dan perasaan
tidak puas hati pada sebilangan tokoh yang lain yang rnerasai diri mereka
tersisih dan diketepikan. Tegasnya keadaan berpuak-puak atau fenornena
factionalism mula bertunas dalam UMNO sendiri yang beberapa tahun
kemudiannya menyaksikan persaingan parti dan kepentingan orang Melayu
itu sendiri. Hal ini jelas dapat diperhatikan bahawa tidak berapa lama
beliau meninggal dunia, Datuk Harun telah dibawa ke mahkamah untuk
menyelesaikan kes tuduhan rasuah, sernentara berdasarkan tuduhan betapa

85
UMNO telah diresapi oleh pengaruh Komunis di zaman kepimpinan Tun
Abd. Razak, beberapa orang tokoh yang rapat dengannya telah menjadi
tahanan politik buat beberapa tahun.
Tun Abd. Razak, pada usia 53 tahun, telah meninggal dunia secara
"mengejut" semasa menadapat rawatan di London pada 14 Januari 1976,
akibat penyakit leukimia yang telah dideritainya sejak beberapa tahun.
Jawatan Perdana Menteri dipangku oleh Datuk Hussein Onn, biras beliau
sendiri yang telah diberikan peluang kembali bergiat aktif dalam politik
dalam pilihanraya umum tahun 1969. Tun Hussein Onn kemudiannya
melantik Dr. Mahathir Mohamed, salah seorang Naib Presiden UMNO
ketika itu, untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Barangkali inilah wawasan dan pola kesinambungan politik yang
istimewa yang ditinggalkan oleh Tun Abd. Razak untuk parti UMNO,
untuk orang Melayu dan untuk rakyat Malaysia seluruhnya iaitu
kepimpinan yang mempunyai kualiti dan kebijaksanaan tertentu yang
mengandungi daya ketahanan tersendiri dalam rnenangani pelbagai kerenah
dan tuntutan rakyat dan negara umumnya.
Sehubungan dengan inilah, pengabdian namanya yang paling
gemilang itu pada bangunan seperti Kompleks Tun Razak di Pulau Pinang
dan Johor Bharu, Dewan-Dewan seperti Dewan Tun Canselor di Universiti
Kebangsaan; jalan dan lebuhraya seperti di Jalan Tun Razak di Kuala
Lumpur dan Lebuhraya Tun Razak yang menghubtingkan Segamat dan
Kuantan serta sekolah seperti Sekolah Datuk Razak (SDAR) di Seremban;
Institut Penyiaran Tun Razak (IPT AR) di Kompleks Kementerian
Penerangan di Angkasapuri Kuala Lumpur; dan beberapa yang lain adalah
berperanan untuk memperingati dap mengabadikan nama seorang anak
watan yang begitu banyak jasa dan baktinya kepada nusa dan bangsanya.
Segalanya ini adalah suatu penghormatan jujur rakyat Malaysia yang
diabadikan untuk Allahyarham Tun Abd. Razak yang barangkali cukup
sealiran dengan ucapan yang pernah beliau sebutkan sewaktu
mengingatkan kematian Muhammad Iqbal, seorang tokoh pejuang dan
intelaktual Islam dalam tahun 1959 lalu:
. . . Throughout the course of history, in every civilization, men
come forward, imbued with deep concern for the destiny of their
own people and of all men, live out their lives, and die, leaving
behind forever a radiating influence on the course of human events
... sometimes it does occur that men know they are living in the
presence of a great man whose power for good will mark the lives
of generations to come, and who is honoured in his own country by

86
his fellow-men as such in his own lifetime. They know he does not
belong to them alone but to all the world . . . .

Sesungguhnya masyarakat Malaysia dalam zaman kepimpinan beliau


tidak sama keadaannya seperti yang terdapat hari ini. Perasaaan dan
komitmen feudalisme dalam ertikata yang luas sebagai cara hidup yang
bergantung kuat pada hubungan naungan daripada atas ke bawah masih
tebal, terutamanya di kalangan orang Melayu. Warisan kepimpinan dan
darjat sosial tradisional dan kebangsawanan luar istana masih kukuh dan
utuh. Rakyat rata-ratanya adalah bergantung pada pimpinan dan tokoh
politik mereka. Kemunculan seseorang seperti Tun Abd. Razak yang
berwatak sederhana dan komited dengan kehidupan rakyat hina dina
memperlihatkan sesuatu yang cukup mudah untuk menebalkan lagi ikatan
dan perasaan feudalis~ itu. Tokoh-tokoh seperti ini menjadi lebih
istimewa lagi sekiranya berjaya mengatasi orang lain dalam perebutan
kuasa dan memperlihatkan kuasa itu digunakan dengan penuh perihatin
untuk memenuhi kepentingan rakyat. Tun Abd. Razak telah berjaya
membuktikan hal ini.
Maka itu, beliau sebagaimana yang telah ditunjukkan tidaklah perlu
untuk berkelana dan merempat di perantauan sepertimana watak
Muhammad Hassan, seorang tokoh kecil Semantan (di dalam Cerpen
Keris Mas "Pemimpin Kecil" dari Kuala Semantan) yang "terpaksa
melarikan diri" dan terhimpit hidupnya di Singapura; atau beberapa
orang tokoh politik lain daripada Pahang seperti Pak Sako yang perlu
merantau di Singapura atau Ibrahim Hj. Yaakub yang menghabiskan
sebahagian hidupnya di Indonesia itu. Sebagai mengatasi segala tokoh
dan pemimpin Pahang yang sezaman dengannya.
Demikianlah riwayat seorang anak watan Pahang yang biarpun
dengan segera "kesederhanaannya" itu, darjat bangsawan tradisional yang
terus diperkukuhkan melalui jaringan perkahwinan dan persanakan elit
atasan Melayu Pahang-Johor itu, tel ah berjaya menjadi seorang negarawan
ulung Malaysia yang seluruh hidupnya adalah berbakti dan berkhidmat
untuk negaranya. Namanya akan kekal abadi sebagai pengasas ".. :
pembangunan dan kemahuan Malaysia untuk beberapa lama akan datang
"

87
Huraian Rujukan dan Bibliografi
Tun Razak: Seluruh hidupnya untuk Malaysia New Straits Times
Press (M) Bhd. bertarikh 30 Januari 1976 telah juga dirujuk. Penerbitan
ini sebenarnya merupakan rakaman riwayat hidup beliau yang memuatkan
sekian banyak gambar dan pemaparan jurnalistik dalam usaha mengingati
kematiannya itu.
Sementara itu, peminat dan pembaca tulisan politik tempatan tentunya
telah pemah membaca tulisan kolumnis dan wartawan tempatan yang
terkenal iaitu Subky Latif mengenai tokoh ini. Buku beliau iaitu Suka
Duka Politik Tun Razak (Kuala Lumpur: Amir Enterprise, 1976) dan
sebelumnya, buku beliau bersama Hamn Hassan berjodol, Siapa Selepas
Tun Razak? (Kuala Lumpur: Amir Enterprise, 1975) merupakan rakaman
yang menarik dan banyak dimanfaatkan dalam tulisan saya ini. Sebuah
lagi buku Subky iaitu Barisan Nasional Digugat dan Digigit, (Kuala
Lumpur: Syarikat Usahasama Farook Subky, 1978) khususnya berkenaan
dengan politiking dalam UMNO tahun 1970-an telah juga dirujuk bagi
menyempumakan tulisan ini. Lihatjuga tulisan beliau, "UMNO: 30 Years
After" dalam Southeast Asian Affairs, 1977 (Singapore: ISEAS, 1977),
hal . 160 - 172.
Tokoh wartawan terkemuka, Abd. Samad Ismail, yang pernah
ditohrnahkan sebagai salah seorang yang mempengaruhi Tun Abd. Razak
juga telah menulis sebuah rencana menarik mengenai tokoh politik ini,
"Tun Abdul Razak - the peasant aristocrat" , The Sunday Times, 19
Sept. 1971. Tulisan ini telah dimuatkan oleh Cheah Boon Kheng (ed) A.
Samad Ismail: Journalism and Politics (Kuala Lumpur: Singamal Pub-
lishing Bureau Sdn. Bhd. , 1987), hal. 216 - 228 .
Mengenai isu-isu begini, wajar juga dimanfaatkan tulisan Charnil
Wariya dalam bukunya, Siapa Kuasai UMNO? (Petaling Jaya: Media
Intelek, 1985), terutamanya yang berkenaan dengan anasir-anasir
penaungan (patronage) yang berkembang dalam UMNO dan perbandingan
UMNO di bawah pimpinan Tunku, Tun Razak dan Tun Hussein Onn
serta Dr. Mahathir. Lihat juga Chandra Muzaffar, Protector?, (Penang:
Aliran, 1979) yang mengkaji dan membincangkan isu ini daripada
perspektif sosio-budaya dan sejarah perkembangan politik orang Melayu,
termasuklah dalam bibit-bibit perkembangannya dalam organisasi UMNO.
Mengenai "politik naungan" dan "penaungan parti" yang diwujudkan
oleh sebilangan tokoh, termasuk juga Tun Abd. Razak sendiri di Pahang
ini juga boleh dirujuk pada tesis Mohamed Salleh Lamry yang diterbitkan
sebagai, Paya Jejawi: Satu Kajian Antropologi Politik (DBP, 1992).

88
Lewat bukunya yang berkenaan dengan politik tempatan ini, Mohamed
Salleh turut menyentuh penglibatan Tun Razak dalam politik Pahang,
khususnya di sekitar Daerah Temerloh dan Pekan. Sesungguhnya khazanah
keilmuan politik kita berkenaan dengan tokoh-tokoh besar politik nasional
dengan pergolakan bawahan seperti yang disentuh dalam buku ini masih
jauh kurang. Mengenai tokoh politik bawahan, khususnya Pak Sako,
rujukan boleh dibuat pada kajian Abdul Latiff Abu Bakar, Ishak Haji
Muhammad: Penulis dan Ahli Politik, sehingga 1948 (Kuala Lumpur,
Penerbit Universiti Malaya, 1977).
Sementara itu, perbincangan mengenai perancangan dan perlaksanaan
Rancangan Pembangunan Luar Bandar dan yang berkaitan dengannya,
termasuk persoalan ten tang "expressive" dan "instrumental leaders" tel ah
dibincangkan, dalam konteks Malaysia, oleh Gayl D. Ness dalam buku
beliau, Bureaucracy and Rural Development in Malaysia, Barkeley:
University of California Press, 1967.
Seterusnya, rujukan mengenai isu krisis dalaman UMNO dalam dekad
70-an juga telah dirujuk pada beberapa bahan berikut: Tulisan-tulisan
Harold Crouch, ''From Alliance to Barisan National" dan terutamanya,
'The UMNO Crisis: 1975 - 77" yang dimuatkan dalam buku koleksi
beliau bersama Lee Kam Hing dan Micheal Ong, Malaysian Politics
and the 1978 Election, (Kuala Lumpur: OUP, 1980). Wajar juga
disebutkan di sini bahawa rujukan tertentu mengenai persaingan politik
dalaman UMNO yang melibatkan Tun Abd. Razak dan Abd. Aziz Ishak
di zaman kepimpinan Tunku dapat dimanfaatkan selanjutnya dalam kajian
Karl von Vorys, Democracy without Consensus: Communalism and
Politic Stability in Malaysia, (N.J: Princeton University Press, 1975).
Rujukan mengenai hal ini juga dibuat pada tulisan Aziz Ishak, bekas
Menteri Pertanian yang dipecat dan pemah menjadi tahanan politik dalam
bukunya, yang pemah diharamkan kira-kira selama tiga tahun, Special
Guest: The Detention in Malaysia of an Ex-Cabinet Minister, Singa-
pore: OUP, 1977.
Sementara itu, John Funston juga telah memberikan biografi ringkas
Tun Abd. Razak dalam bukunya, Malay Politics in Malaysia: A Study
of UMNO & PAS, (Kuala Lumpur: Heinemann, 1980). Dernikian juga
rujukan dibuat pada dua buku utama politik Malaysia yang ditulis oleh
Gordon P. Means, Malaysian Politics (London: Hodder, 2nd edition,
1976) dan Malaysian Politics: The Second Generation (Singapore:
Oxford University Press, 1991). Daripada perspektif "orang lain", rujukan
juga dibuat pada tulisan James Minchin, No Man is an Island: A Study

89
of Singapore's Lee Kuan Yew, (Sydney: Allen & Unwin, 1986).
Berhubung dengan jaringan kekeluargaan Tun Abd. Razak dan
implikasi politiknya bolehlah dirujuk pada tulisan saya, "Famili dan Politik
Kepartian di Malaysia: Beberapa Pengamatan Budaya Politik" dalam
Jurnal Kajian Malaysia, Vol. VII, No. 1 & 2, Jun & Dis. 1989. Dalam
tulisan ini saya membincangkan kepentingan dan kedudukan famili elit
politik Melayu tahun 1970-an, khususnya dalam zaman era kepimpinan
Tun Abd. Razak sendiri.
Tulisan-tulisan mengenai Dasar Ekonomi Barn juga adalah banyak
yang boleh dimanfaatkan. Di antaranya yang boleh disebutkan ialah
Gordon P. Means, '"Secial Rights' as a Strategy for Development: The
Case of Malaysia", Comparative Politics, Vol. V, No. 1 (Oct., 1972),
hal. 29 - 61; R.S. Milne, "The Politics of Malaysia's New Economic
Policy", Pacific Affairs, Vol. 49, No. 2, Summer 1976, hal. 235 - 262;
Bruce Gale, Politics and Public Enterprise in Malaysia, (Singapore:
Eastern University Press, reprinted 1984). Analisis yang lebih kritikal
mengenai Dasar ini boleh dilihat pada perbincangan Hua Wu Yin, Class
& Conmunalism in Malaysia: .Politics in a Dependent Capitalist
State, (London: Zed Books Ltd., 1983).
Mengenai gagasan Rukunegara, rujukan yang sesuai ialah Syed
Hussein Al-Attas, 'The Rukunegara and the Return to Democracy in
Malaysia" , Pacific Community, Vol. 2, No. 2, July 1971 ; ucapan Tun
Abd. Razak, National Unity Through Development, (Kuala Lumpur:
Jabatan Penerangan, 1971). Dalam pada itu, tulisan-tulisan yang
dimanfaatkan mengenai penubuhan dan gagasan Barisan Nasional
antaranya ialah Dianne K. Mauzy, Barisan National: Coalition Gov-
ernment in Malaysia, (Kuala Lumpur: Mericans, 1983). Tulisan ini
diperkukuhkan lagi dengan rrerujuk pada perbincangan mengenai isu
politik Malaysia umumnya oleh Kiran Kapur Datar, Malaysia: Quest
for a Politics of Consensus, (New Delhi: Vikas Publishing House, 1983).
Beberapa tulisan yang berkaitan dengan riwayat dalam aktiviti politik
dan sumbangan kenegaraan Tun Abd. Razak yang digunakan juga adalah
yang tersiar dalam majalah Sarina, Jilid 1, No, 10, Jan. 1977; Dewan
Masyarakat, Dis. 1971, April 1974, Julai 1974, Nov. 1975, April 1976
dan Ogos 1977; Laporan dan ulasan daripada majalah mingguan Far
Eastern Economic Review sekitar kematian beliau dan pergolakan politik
yang mengikutinya adalah juga dirujuk. Sementara laporan dan rencana
dalam akhbar-akhbar tempatan yang diberikan perhatian ialah Utusan
Melayu & Utusan Malaysia, The New Straits Times serta Derita

90
Harian pada tarikh-tarikh 15 Jan. & 31 Jan. 1976. Demikian juga koleksi/
Kumpulan Cerpen Keris Mas 1946 - 1989 (1990) telah turut diberikan
perhatian bagi maksud penulisan ini.

91
Ishak Haji Muhammad Sebagai Penulls
ABDULLAH TAHIR*

Pendahuluan
Makalah ini bataskan penumpuannya kepada peringkat awal penciptaan
Ishak Haji Muhammad, dan dengan itu disentuh segala macam bentuk
penulisan beliau, khususnya penulisan cerpen di zaman sebelum perang.
Secara keseluruhannya perbincangan ini merangkumi hal-hal berikut:
tercetusnya keinginan menjadi penulis, mengembara mencari pengalaman,
bekerja di akhbar dan menjadi penulis sepenuh masa, meneroka bidang
penulisan cerpen dan penutup.

Menjadi Penulis dan Penciptaan Peringkat Awal


Sifat-sifat yang terdapat pada seseorang penulis kreatif sememangnya
dipunyai oleh Ishak Haji Muhammad. Beliau adalah seorang yang amat
sensitif dan selalu sedar terhadap apa yang berlaku dipersekitarannya.
kerana itu jiwanya sentiasa di dalam keadaan resah kiranya ditemui hal-
hal yang tidak menyenanginya. Di samping itu beliau juga kuat membaca,
iaitu faktor lain yang menjadikan dirinya lebih sensitif dan imaginatif.
Selain daripada sifat-sifat ini, terdapat beberapa pengaruh lain yang
mengambil peranan besar dalam pembentukan diri Ishak sebagai penulis
dan novelis Melayu yang berjaya. Antara yang terpenting ialah pengaruh
pendidikan dan pembacaannya, dan pengaruh pengalaman hidupnya yang
luas.
Pendidikan yang diterimanya sejak dari kecil merupakan salah satu
faktor utama yang mempengaruhi Ishak untuk menjadi seorang penulis.
Ishak mula memasuki dunia persekolahan secara formal ketika berumur
* Prof. Madya di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya.

92
sepuluh tahun, iaitu di Sekolah Melayu Kampung Tengah, Temerloh,
Pahang. Kemudian beliau menyambung pelajarannya di Sekolah Inggeris
Clifford, Kuala Lipis, Pahang.
Semasa belajar di sekolah tersebut beliau merupakan seorang anak
yang pintar dan cerdas. Beliau berjaya naik darjah bukan mengikut
peraturan yang biasa, tetapi secara express. Misalnya, semasa di dalam
darjah Special Malay, beliau terns dilompatkan ke darjah tiga. Dari darjah
tiga pula diangkat ke darjah lima, sehingga seterusnya dari darjah lima
beliau melangkah ke darjah tujuh.
Sewaktu beliau dalam darjah tujuh di Sekolah Inggeris Clifford,
Kuala Li pis, iaitu pada tahun 1927, minat hendak menjadi seorang penulis
mulai tercetus. Keinginan tersebut didorongkan terutamanya oleh faktor
banyak membaca karya-karya cereka (fiction). Kerajinan membaca karya-
karya ini jugalah menyebabkan minatnya terhadap mata pelajaran
kesusasteraan bertambah kuat. Sebelum lulus peperiksaan Junior Cam-
bridge pada tahun 1928, beliau bertambah gemar membaca novel-novel
Barat. Antara pengarang-pengarang Barat yang diminatinya seperti Wil-
liam Shakespeare, Goldsmith, Lord Byron, Victor Hugo dan Balzac.
Beliau gemar membaca karya-karya pengarang tersebut kerana karya-
karya mereka itu banyak mengandungi kisah pejuangan hidup dan
perjuangan politik manusia. 1 Kisah-kisah yang terdapat dalam novel-
novel Barat yang dibacanya itu sangat mempengaruhi pemikirannya,
terutama yang mengisahkan penentangan terhadap penjajahan Rome.
Menurut Ishak, dari cerita-cerita yang dibacanya timbullah ilham untuk
menulis. Walaupun sudah muncul ilham dan keinginan untuk menulis,
tetapi beliau merasakan waktu itu daya pemikirannya belum kuat dan
imaginasinya belum meluas. Namun begitu beliau yakin bahawa ilham
biasanya didatangkan oleh beberapa keadaan, oleh berbagai-bagai peristiwa
dan pengalaman. Ilham juga boleh dipancarkan oleh latar belakang hidup
seseorang penulis. Dengan kesedaran inilah timbul keinginannya untuk
mengembara dan melihat keadaan kehidupan bangsanya yang mendiami
di segenap pelusuk Tanah Melayu.
Sebagai anak desa, 2 sebelum beliau melanjutkan pelajaran di Kuala
Lipis, masa kecilnya tidak begitu terdedah kepada alam pembacaan. Beliau
Lihat Azah Aziz, "Wawancara Azah Aziz dengan Dr. Ishak Muhamm ad: Di Sebalik
Batu Bergolek", Mastika, Julai 1976 , hlm . 5. Dalam satu temuramah dengan saya
di pejabatnya di Utusan Melayu , Kuala Lumpur pada 8 Jun 1977, beliau juga telah
membua t pen gakuan yang sama .
2 Kampung asal Ishak ialah Kampung Segentang, Mukim Perak , Temerloh. Kampung
ini terletak di pinggir Sunga i Pahang, iaitu kira-kira lima km dari bandar Temerloh.

93
lebih banyak menghabiskan masa dengan rakan-rakan sebayanya bermain
dan mandi di sungai di samping menolong ibu bapa bekerja di kebun dan
di sawah. Tetapi pengalaman hidup masa kecil ini sangat besar ertinya
dalam penulisan novel keduanya, iaitu Anak Mat Lela Gila. Watak
penting dalam novel tersebut diperolehi dari pengalaman tersebut.
Pengaruh dari kedua ibu bapanya tidak begitu banyak dari segi merangsang
minatnya kepada cerita. Akan tetapi yang berkesan dan terns berguna
dalam hidupnya ialah tunjuk ajar kedua ibu bapanya seperti budi bahasa,
tutur kata dan ajaran-ajaran yang telah diterimanya daripada guru-guru
agama dan masyarakat di kampungnya semasa muda remaja dahulu.
Namun demikian keinginannya untuk menulis tidak terdaya hendak
ditahan lagi. Dengan demikian, walaupun dalam keadaan keterbatasan
waktu sebagai pelajar, Ishak sempat juga mencuri masa untuk mengasah
bakatnya dalam penulisan dengan cara cuba menterjemahkan cerita-cerita
bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu. 3 Pada masa yang sama juga
beliau mengambil kesempatan menulis dalam akhbar mingguan Warta
Negeri, 4 sebuah akhbar Melayu bertulisan rumi yang mula-mula
diterbitkan di Kuala Lumpur. Mingguan tersebut, kemudiannya telah
menjadi medan tempatnya mengasah bakat dan berlatih untuk menjadi
wartawan selama masa beliau masih belajar di Sekolah Inggeris Clifford. 5
Pada waktu yang sama juga Ishak menjadi wakil penjual mingguan Warta
Negeri di sekolahnya. Sebanyak dua puluh naskah seminggu dijualkan
oleh Ishak. Tujuan utama menjual akhbar mingguan tersebut bukanlah
kerana hendak mencari keuntungan, tetapi sebagai menggalakkan kawan-
kawan supaya gemar membaca akhbar Melayu.
Alam pembacaan Ishak masih terbatas kepada buku-buku teks yang
diwajibkan dalam mata pelajaran Kesusteraan Inggeris. Oleh kerana beliau
belajar dalam aliran bahasa pengantar Inggeris, maka buku-buku yang
dibaca semuanya buku berbahasa Inggeris. Menurut Ishak, semasa beliau

3 Satu daripada cerita yang pernah diterjemahkan ialah dari kisah Arabian Nights,
diberi judul Hikayat Seribu Satu Malam. Cerita ini diterbitkan dalam tulisan jawi
oleh Asiatic Press , Singapura tahun 1928.
4 Akhbar ini terbit dengan menggunakan tulisan rumi, dan diterbitkan oleh Encik
Muid (Datuk Raja Diraja Rembau) di Kuala lumpur mulai 27 Mei 1929. Akhbar
ini dicetak oleb Indian Press, Kuala Lumpur. Penerbitannya dibentikan pada akbir
tahun 1931 .
5 Rencana Ishak yang awal yang tersiar dalam akhbar mingguan ini ialah yang diberi
tajuk " Membesarkan Angan-angan" pada tahun 1929. Tarikh siaran yang tepat
tidak diketahui kerana tidak dapat ditemui akhbar tersebut. Kenyataan ini berdasarkan
ingatan Ishak sendiri. Rencana ini sudah menunjukkan bakatnya sebagai wartawan.

94
menuntut di sekolah menengah tidak terdapat banyak buku Melayu. Karya-
karya Melayu yang sempat dibacanya terdiri daripada cerita-cerita klasik
bercorak hikayat seperti Malim Dewa, Malim Deman, Syair Siti
Zubaidah dan Sejarah Melayu .. Novel Melayu yang dapat dianggap
moden pada masa itu yang sempat dibacanya ialah novel Faridah Hanum
karya Syed Sheikh Al-Hadi. Sementara buku-buku dari Indonesia yang
diterbitkan oleh Balai Pustaka sempat dibacanya setelah tamat
persekolahan, iaitu semasa sedang bekerja sebagai Probationary Malay
Officer di Pejabat Tanah Temerloh, Pahang. Oleh kerana bahan bacaan
pada masa itu amat terhad, lebih-lebih lagi bahan bacaan yang ditulis
dalam bahasa Melayu, maka Ishak sering membaca buku yang sama
beberapa kali. Beliau membacanya maksud dengan amat teliti sambil
cuba merenung dengan mendalam maksud mesej yang mahu disampaikan
oleh pengarang dalam sesebuah karya itu. Menurut Ishak, buku Sejarah
Melayu, misalnya, telah dibaca sampai berulang-ulang kali. Sama ada
membaca buku-buku Melayu atau Inggeris, beliau tidak mementingkan
gaya atau bahasa, tetapi apa yang ditumpukannya ialah persoalan yang
terdapat di dalam satu-satu buku itu. Beliau tidak berusaha untuk
mempelajari gaya dan teknik, tetapi hanya mahu memahami persoalannya
sahaja. Hal ini terjadi kerana pada masa itu belum timbul lagi maslaah
gaya, bahasa atau teknik seperti yang sangat dipentingkan kini. Pengajaran
kesusasteraan di sekolah pada masa itu juga lebih merupakan pemahaman
kepada isi cerita dan penguasaan bahasa Inggeris sahaja. Oleh kerana
Ishak berminat menulis dalam bahasa Melayu, maka, beliau tidak begitu
mengambil berat tentang gaya bahasa tnggeris.
Pengalaman membaca dan menulis dalam masa sedang menghadapi
peperiksaan penting, yang boleh menentukan corak masa depannya itu,
amat rrencabar kesabaran Ishak. Cabaran paling besar ialah apabila tulisan-
tulisannya yang merupakan rencana-rencana ringan dan pendek mula
mendapat tempat dalam akhbar Warta Negeri; dan ini sekaligus pula
menjadikan minat beliau untuk menulis semakin bertambah kuat. Pada
hemat beliau satu-satunya cara untuk memajukan diri bagi mencapai
cita-citanya itu ialah dengan terns membanyakkan bacaan. Sambil
mempelari pelajaran-pelajaran untuk rrenghadapi peperiksaan Senior
Cambridge pada tahun 1929, 6 beliau juga banyak membaca novel-novel
Inggeris, termasuk buku-buku mengenai protokol Yahudi dan New Tes-
6 Ketika Ishak dalam darjah sembilan, beliau menuntut di Sekolah Inggeris Raub
kerana di Government English School, Kuala Lipis tidak ada darjah sembilan untuk
membolehkannya mengambil peperiksaan Senior Cambridge.

95
tament. Beliau bertambah rajin dan ghairah untuk membaca. Untuk
mengelakkan daripada menggangu pelajarannya, beliau menetapkan jadual
membacanya pada waktu malam. Beliau akan menyelesaikan kerja-kerja
rumah dari pukul lapan hingga sepuluh malam. Kemuc;lian beliau tidur
pada pukul sepuluh dan bangun semula pada pukul tiga pagi. Dengan
menggunakan lilin beliau membaca dan menulis apa sahaja sehingga
pagi. Tabiat dan cara ini kemudiannya diamalkan oleh Ishak sehingga
beliau meninggal dunia. Baginya waktu membaca dan menulis yang
disenangi ialah waktu dinihari dan pagi. Kegemaran membaca yang mulai
dipupuknya di sekolah menengah itu juga berterusan dan bahan-bahan
bacaan yang digemarinya masih sama, iaitu novel dan tulisan-tulisan
mengenai politik. sosial dan ekonomi. Pendeknya kesungguhan membaca
semasa di sekolah menengah dan selepas persekolahannya banyak
mendorong Ishak untuk menulis pada peringkat awalnya. Namun hasil
tulisannya pada peringkat awal ini masih dangkal dan terbatas
persoalannya. Itu dirasakan sendiri oleh Ishak. Oleh yang demikian masih
terdapat beberapa buah tulisannya dalam bentuk tulisan tangan yang
tidak dikirimkan ke mana-mana penerbitan.
Apabila tamat persekolahan dengan lulus Senior Cambridge pada
tahun 1929 Ishak memasuki Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK),
iaitu pada bulan Jun 1930 sebagai Pegawai Pelatih M.A.S. (Malay Ad-
ministrative Service). Semasa belajar di sini, minat kepada penulisan
tetap berkembang. Salah satu usaha untuk memajukan dirinya sebagai
penulis ialah beliau telah cuba menterjemahkan suatu rencana berkenaan
"Tawarikh Malaya" daripada Journal of The Royal Asiatic Society,
cawangan Malaya dengan kebenaran pihak persatuan itu . Usaha
penterjemahan itu tidak berjaya sepenuhnya kerana tidak sempat
diselesaikan. Walaunpun begitu, sebahagian daripada yang telah
diterjemahkannya itu telah tersiar di dalam akhbar Bahtera7 yang
diterbitkan di Pulau Pinang.
Pengalaman setahun di Kuala Kangsar banyak memberikan
pengajaran dan kesedaran kepada Ishak. Beliau beranggapan bahawa
latihan setahun sebagai Pegawai M.A.S. di Maktab Melayu Kuala Kangsar
itu ialah untuk mencelupnya supaya bersikap pro-British. Dengan
kesedaran ini juga minatnya untuk menjadi penulis, beliau sedar bahwa
7 Akhbar ini diterbitkan di Pulau Pinang pada 1 Januari 1932 oleh Bersama Press.
Ianya diterbitkan dua kali seminggu , iaitu pada tiap-tiap hari Selasa dan Jumaat
dan dengan menggunakan tulisan Jawi. Penerbitannya diberhentikan pada awal
tahun 1933 .

96
untuk menulis karya cereka, terutama cerpen dan novel, bukanlah satu
usaha yang dapat dicapai dalam waktu yang singkat. Beliau juga menyedari
hakikat bahawa seseorang yang ingin menjadi penulis itu tidak cukup
dengan sekadar membaca karya-karya orang lain sahaja. Sebanyak mana
pun jumlah buku atau esei yang dibaca bukanlah menjadi faktor terpenting
bagi menjadi seorang penulis yang produktif dan berjaya. Tambahan
pula kalau cara pembacaan tidak begitu teratur dan sistematik.
Beliau mula menyedari bahawa unsur lain yang lebih penting untuk
melengkapkan diri sebagai penulis ialah pengalaman yang luas,
pemerhatian dan pengamatan yang teliti dan tajam terhadap segala macam
tindak tanduk manusia dan keindahan alam negaranya. Ini semua disedari
oleh Ishak. Dengan itu pengalamannya semasa menjalani latihan semasa
di MCKK, semasa bekerja di Pejabat Tanah Temerloh, di Bentong dan
di Rembau, Negeri Sembilan telah terhimpun dalam ingatannya.
Pengalaman tersebutlah kemudiannya banyak mendorong Ishak untuk
menulis. Dari pengalaman ini beliau mula sedar akan sikap penjajah
kepada bangsanya. Beliau mempunyai kesempatan memerhatikan keadaan
kemiskinan orang-orang Melayu dan penderitaan hidup mereka.
Menurutnya ini ialah satu akibat daripada pemerintahan penjajahan. Hal
ini banyak mempengaruhi sikap hidup Ishak terhadap penjajah dan
golongan bangsawan. Dengan kesedaran ini beliau bertambah cenderung
untuk menulis, kerana menurut hematnya hanya melalui penulisan beliau
akan dapat membangkitkan kesedaran cara berfikir bangsanya untuk
memperbaiki kehidupan, dan juga untuk menyedari akan hakikat yang
· berhubungan dengan kegiatan politik, ekonomi dan kemasyarakatan bangsa
Melayu .
Kesedaran ini bukan sahaja dapat mendorong Ishak memberikan
nasihat kepada bangsa Melayu melalui tulisan-tulisannya, tetapi juga
turut merubahkan pendirian Ishak sendiri. Keinginan untuk menulis, walau
sekuat mana pun menguasai diri seseorang tidaklah mencukupi tanpa
dilengkapi dengan bahan-bahan penulisan yang sempurna. lni memang
disedarinya dan dengan itu Ishak mencari bahan-bahan yang lengkap
secara mengutip dari pengalaman hidup yang luas dan secara berinteraksi
dengan masyarakat massa. Bagi mencapai tujuan ini, beliau kemudiannya
mengambil keputusan untuk mengembara ke segenap pelusuk bandar
dan kampung di Tanah Melayu. Sebenarnya pada peringkat ini beliau
belum lagi giat menulis. Usaha untuk belajar cara-cara menulis tidak
dilakukannya kerana beliau beranggapan bahawa soal itu merupakan
masalah kedua; masalah yang paling mendesak ialah mencari dan

97
mengumpul bahan-bahan. Bahan-bahan yang diperlukan olehnya, menurut
hematnya, dapat ditimba dari kehidupan masyarakat bangsanya sendiri.
Kerana desakan dan tekadnya, beliau lalu meninggalkan kerja makan gaji
untuk mengembara ke segenap ceruk negeri Tanah Melayu. Kesan dari
pengembaraan itulah Ishak sendiri pernah mengaku seperti yang
diucapkannya: "Cara hidup saya hingga ini adalah cara seorang bohe-
mian". 8 Perubahan gaya hidup Ishak ini banyak mempengaruhi proses
penulisan novel-novelnya, baik yang dihasilkan sebelum perang mahupun
novel-novel yang dihasilkan selepas perang dan sesudah merdeka. Dari
perubahan cara hidup inilah juga sekaligus dapat kita teliti peringkat-
peringkat perkembangan penulisan Ishak, Peringkat-peringkat perkem-
bangan penulisan Ishak. Peringkat-peringkat ini juga sebenarnya sangat
dipengaruhi oleh pengalaman pengembaraan Ishak.

Mengembara Mencari Pengalaman


Sebelum melakukan pengembaraan, Ishak bekerja di Pejabat Tanah
Rembau, Negeri Smebilan. Tetapi seperti diakuinya sendiri, semenjak
dari mula lagi kerja makan gaji sangatlah membosankannya. Perasaan ini
timbul kerana baginya bekerja dengan Kerajaan British tidak men-
datangkan sebarang hasil, tiada apa yang hendak difikirkan, dan tiada
pula cabarannya. Semuanya dirasakan sebagai kerja routine yang
menjemukan. 9 Faktor lain yang menyebabkan beliau merasa bosan ialah
kerana adanya larangan-larangan di bawah Perintah Am dan Colonial
Regulation yang melarang pegawai-pegawai kerajaan menulis di akhbar-
akhbar.10 Kerja-kerja routine dan larangan-larangan ini semuanya
bertentangan dengan sikap dan jiwa Ishak yang selama-lamanya memang
tidak senang melihat sesuatu penyelewangan berlaku di depan matanya.
Sedangkan hal-hal seperti ini, menurutnya, berlaku dengan sewenang-
wenang. Ini menyebabkan beliau ditekan oleh perasaan resah dan gelisah.
Hendak rrenulis untuk tujuan menegur dihalang oleh peraturan dan
ketetapan pemerintah, sedangkan penyelewengan yang berlaku di depan
matanya amat mendera perasaannya. Tambahan pula waktu itu beliau
dapati jiwa orang-orang Melayu masih amat tebal dengan perasaan takut
kepada bayang-bayang sejarahnya, kepada hikmat dan kuasa feudal.
8 Diucapkan pada "Malam memperingati Ibrahim Yaakub (IBHY)" di Balai Seminar,
Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur pada malam 21 Mac 1979.
9 Ishak Haji Muhammad, "Kisah Hidup Pak Sako", Mingguan Malaysia, 11 April
1976, him. 6.
10 Menurut Ishak, pegawai kerajaan hanya dibenarkan menulis dengan syarat
menggunakan nama sebenar yang terang, bukannya samaran . Keterangan Ishak
dalam temuramah pada 8 Januari 1979, di Utusan Melayu, Kuala Lumpur.

98
Sepanjang pemerhatiannya beliau merasakan orang-orang Melayu belum
lagi bebas daripada "puaka perhambaannya, dan daripada inferiority-
complexnya". 11 Keadaan-keadaan seperti ini terns mendorong cita-citanya
untuk menulis bagi tujuan menyedarkan masyarakat bangsanya. Oleh itu
selama masa bekerja di Negeri Sembilan, beliau mempelajari banyak
selok-belok bahasa dan kata-kata dalam Adat Pepatih. Malah dari
mempelajari bahasa dan kata-kata Adat Pepatihnya itulah, menurutnya
lagi, banyak ilham yang mendatang; malah ini mendorongnya banyak
berfikir. Fikiran-fikiran yang mengharukan perasaannya ialah mengenai
penderitaan kaum bangsanya. Beliau berpendapat bahawa sepatutnya sudah
muncul cendiakawan Melayu yang dapat membela keadaan kemunduran
orang-orang Melayu. Beliau sendiri merasakan amat sulit untuk berbuat
sesuatu bagi menyedarkan kaum bangsanya yang didapati semakin lemah
dalam negerinya sendiri dan berpecah belah; masing-masing tenggelam
dengan khayalan tanpa memikirkan apa akan terjadi kepada tanah air dan
kaum bangsanya pada masa yang akan datang.
Dengan kesedaran ini di samping cita-cita hendak menjadi penulis
dan wartawan, serta ditambah pula dengan rasa bosan bekerja dengan
kerajaan, maka dua kali Ishak lari meninggalkan kerjanya sebagai Pegawai
Tadbir Melayu di Rembau, Negeri Sembilan. Hampir seratus hari beliau
mengembara ke Kelantan. Di Kelantan beliau tinggal di Tumpat, iaitu
sebuah perkampungan nelayan. Dalam masa seratus hari di sana beliau
memperolehi pengalaman yang agak banyak mengenai cara-cara hidup
nelayan, terutama tentang penderitaan hidup nelayan, kerana beliau sendiri
selama masa tersebut tinggal bersama-sama keluarga nelayan. Kali kedua,
beliau lari meninggalkan jawatan Megistret kelas III di mahkamah Kuala
Lumpur. Secara senyap-senyap beliau pergi ke Muar dan di situ Ishak
telah banyak mencatatkan bahan-bahan untuk tulisannya, terutama hal-
hal yang berhubungan dengan peristiwa yang dialarni dan diperhatikan
selama pengembaraan beliau. Menurutnya, catatan tersebut, yang
sebahagian besarnya ditulis dalam buku catatan hariannya (diary), ditulis
dengan tujuan untuk menjadi panduan dan bahan menulis rencana dan
buku-buku cerita apabila sampai masanya.
Sebelum pergi ke Muar, beliau pernah mendengar yang di sana
terdapat toko penerbitan buku dan ada pula penerbitan akhbar Suara
Benar. 12 Inilah faktor terpenting yang mendorongnya untuk pergi ke
11 Ibid., him. 6.
12 Diterbitkan di Melaka pada 2 September 1932 di bawah pimpinan Haji Mohd. Taib
Haji Hashim. Akhbar enam halaman ini terbit dua kali seminggu , iaitu setiap hari
Selasa dan Jumaat dalam huruf Jawi . Akhbar ini juga merupakan akhbar bahasa
Melayu pertama diterbitkan di bandar Melaka. Penerbitannya terhenti pada awal
tahun 1934.
99
Muar itu. Bila tiba di Muar beliau mendapat tahu bahawa akhbar Suara
Benar tidak diterbitkan di Muar, tetapi sebaliknya di Melaka. Selama
masa di Muar, beliau berjaya mengasahkan bakatnya sebagai penulis. Di
samping menjadi guru bahasa Inggeris di Madrasah Haji Taib, di Kampung
Parit Jamil, beliau menulis untuk majalah bulanan, Jasa. 13 Beliau menjadi
penulis tetap bagi ruangan "Memandang Ke Hadapan". Ruangan ini
diisikan dengan tulisan-tulisan mengenai persoalan nasib orang Melayu
di masa akan datang, iaitu dalam hubungannya dengan masalah-masalah
politik, sosial dan ekonorni. Dengan kesempatan menulis dalam ruangan
khas ini, maka buah fikirannya menjadi bertambah tajam. Tulisan-
tulisannya yang tersiar itu mendapat reaksi yang baik daripada masyarakat
Melayu. Beliau menerima surat-surat pujian dan yang menunjukkan rasa
tidak puas hati terhadap tulisannya itu.
Ishak juga tidak tinggal lama di Muar meskipun peluang-peluang
untuk memajukan bakat dalam lapangan penulisan amat besar. Ini
disebabkan oleh sifatnya yang anti kepada kerja-kerja routine di samping
lebih suka hidup seperti seorang Bohemian. Oleh itu, dari Muar beliau
pergi ke Kemaman dalam tahun 1?36. Di sini, pengembangan bakatnya
dalam penulisan rencana terus dipupuknya. Walaupun semasa tinggal di
Kemaman itu beliau membuka sebuah pejabat peguam secara persendirian,
yang menjadikannya sibuk setiap hari dengan kerja-kerja guaman, namun
pada waktu yang sama Ishak masih dapat bekerja sebagai pemberita khas
harian Warta Malaya, 14 rningguan Warta Ahad, 15 dan Warta Jenaka. 16
Beliau juga bertindak sebagai wakil penjual ketiga-tiga akhbar tersebut
di bandar Kemaman.
Pada masa ke Kemaman bidang penulisan beliau masih berupa berita

13 Diterbitkan di Johor Bahru pada 29 November 1927 oleh Al-Attas Press dalam
bentuk tulisan Jawi. Ianya diterbitkan secara bulanan dan tebalnya sehingga 42
halaman.
14 Akhbar harian ini diterbitkan di Singapura pada I Januari 1939 oleh Syed Hussein
Ali Alsagoff. Ishak pernah menjadi pengarang kepada akhbar ini. Ianya terbit
dengan menggunakan tulisan Jawi semasa sebelum pendudukan Jepun dan tulisan
rumi semasa dudukan Jepun. Penerbitannya dihentikan pada 14 Ogos 1942.
15 Akhbar mingguan ini mula diterbitkan pada 5 Mei 1935 oleh Warta Malaya Press.
Diterbitkan tiap-tiap hari Ahad dalam tulisan Jawi. Penerbitannya terhenti pada
akhir tahun 1941. Antara pengarang-pengarangnya seperti Dato' Onn Jaafar., Syed
Alwi Ahmad Al-Hadi, Syed Hussein Ali Alsagoff, Hashim Yunus dna Abdul Rahim
Kajai .
16 Akhbar mingguan ini juga diterbitkan oleh Warta Malaya Press Ltd ., Singapura.
Mula diterbitkan pada 7 September 1936. Terbit setiap hari dan tebalnya 30 halaman
dengan menggunakan tulisan Jawi. Ishak Haji Muhammad pernah menjadi
pengarangnya. Penerbitannya terhenti pada bulan Disember 1941.

100
dan rencana sahaja. Dalarn pada itu beliau mencuba sedikit-sedikit menulis
cerpen. Persoalan-persoalan yang digarapnya masih berbentuk menegur
dan mengkritik. Hal ini dirasakan mudah dituliskannya, sebab beliau
sangat gemar meneliti dan mengarnati perkara-perkara yang berlaku di
sekitarnya, yang dianggapnya sebagai tidak menurut lunas-lunas yang
benar; rnisalnya, penyelewengan yang dilakukan terutamanya oleh
pegawai-pegawai kerajaan atau pernimpin-pernimpin tempatan. Hal-hal
seperti inilah yang menjadi tumpuan persoalan bagi tulisan-tulisan beliau
dalam ketiga-tiga buah akhbar tersebut. Menurut Ishak, bahan-bahan
seperti ini bukan sahaja senang diperolehi, tetapi juga menjadi kegemaran
para pembaca. Sungguhpun begitu risikonya arnat besar, iaitu beliau
tidak disenangi oleh golongan-golongan yang terkena kritikannya.
Kegiatan menulis berbentuk berita dan rencana ini bertarnbah serius
apabila, kemudiannya, Abdul Rahim Kajai - pengarang akhbar Warta
Malaya - beberapa kali menulis kepadanya supaya membuat penye-
lidikan yang teliti sebelum menulis sesuatu rencana atau berita. Pandangan
dan nasihat Abdul Rahim Kajai itu diterima dengan baik oleh Ishak. Di
sarnping itu, satu peristiwa penting yang mengajarnya menjadi penulis
yang bertanggungjawab ialah mengenai tulisannya yang menceritakan
tentang pemogokan nelayan-nelayan Melayu di Kuantan terhadap peraih-
peraih ikan Cina yang bermuafakat membeli ikan dari nelayan-nelayan
Melayu dengan harga yang murah. Rencana Ishak itu mendapat perhatian
pengarang Warta Malaya dan disarnbut baik oleh pembaca-pembaca,
khasnya daripada orang Melayu. Pendeknya Ishak bolehlah dikatakan
menerima tunjuk ajar, walaupun melalui surat, daripada Abdul Rahim
Kajai.
Ishak menjadi bertarnbah berani mendedahkan perkara-pekara yang
benar di dalarn rencana-rencananya. Akibatnya beberapa peristiwa yang
merugikan Ishak sendiri telah terjadi dan sesungguhnya mencabar
keberanian Ishak mendedahkan hal-hal yang benar itu. Satu daripada
peristiwa itu ialah mengenai rencananya yang menceritakan perihal bau
busuk kotoran yang menggangu kesejahteraan Masjid Besar di Kemarnan.
Tulisan itu juga kemudiannya ternyata merugikan Ishak, kerana pada 7
Jun 1937 Ishak menerima pula sepucuk surat dari Warta Malaya
irenyatakan bahwa pihak Warta Malaya tidak dapat lagi menerima
Ishak sebagai penulis khas dan menyuruh Ishak menghantar batik kad
penulis dengan segera. Tindakan ini terpaksa diarnbil oleh pihak majikan
Warta Malaya kerana pihak berkuasa kerajaan Terengganu telah memberi
amaran kepada Warta Malaya bahawa jika Ishak tidak diberhentikan,

101
maka Warta Malaya tidak dibenarkan masuk dan dijual di seluruh negeri
Terengganu. 17 Ishak sama sekali tidak rrenyesal dengan peristiwa ini
sebaliknya beliau sangat puas hati clan merasa gembira kerana kesan
daripada tersiarnya rencana mengenai Masjid Besar Kemaman itu adalah
agak besar. 18 Peristiwa tersebut juga mengajar Ishak supaya lebih berhati-
hati untuk menulis di masa hadapan. Beliau menganggap peristiwa tersebut
sebagai satu cabaran dan mengajarnya supaya tambah berani menulis dan
rrendedahkan kebenaran untuk kebaikan agama dan bangsanya. Dan
dengan mengembara dari satu tempat ke satu tempat, mengumpul bahan
dari berbagai-bagai pengalaman pahit dan manis, akhimya Ishak berminat
untuk bekerja sebagai penulis sepenuh masa.

Bekerja di Akhbar dan Menjadi Penulis Sepenuh Masa


Peringkat penulisan yang lebTh bersungguh-sungguh bagi Ishak bermula
apabila beliau berpindah dari Kemaman dan mula bekerja dengan akhbar
Warta Malaya di Singapura. Ini dilakukannya dengan hati yang nekad,
iaitu dengan cita-cita mahu menggunakan peluang yang terbuka kepadanya
itu dengan sebaik-baiknya. Ini disebabkan, pertama, beliau telah berhenti
daripada perkhidmatan kerajaan dengan niat hendak menjadi pengarang
atau wartawan. Dengan itu beliau merasakan wajib baginya menerima
hakikat itu tanpa mengirakan apa yang akan berlaku kepada dirinya.
Kedua, beliau sedar bahwa dirinya masih muda dan ilmunya pun masih
kekurangan. Oleh sebab itu beliau merasakan wajib baginya untuk belajar
lagi . Pada waktu itu Ishak tidak mempunyai tempat belajar yang lebih
baik daripada pejabat Warta Malaya kerana pengarangnya ialah Abdul
Rahim Kajai, seorang wartawan yang terkenal yang sebelumnya pernah
beberapa kali menulis surat kepada Ishak untuk memberi galakan beliau
supaya menjadi seorang pengarang dan wartawan. Menurut Ishak,
perkataan-perkataan Abdul Rahim Kajai dalam suratnya bertarikh 31
Mac 1937 cukup merangsangkannya. Antara lain surat dari Abdul Rahim
Kajai itu menegaskan bahawa: "Kita rresti berkhidmat kepada kaum
bangsa kita, maka janganlah kita reda jika kaum yang lemah itu dicucuk
orang hidungnya". 19 Ketiga, beliau merasakan sudah puas mengembara
dari sebuah negeri Melayu ke sebuah negeri Melayu yang lain, dan telah
duduk di beberapa buah kampung di pedalaman, memerhati dan menyiasat
17 Ishak Haji Muhammad, Pengalaman Pak Sako Tiga Tahun Di Singapura, Pus-
ta ka Budaya Agenc y, Petaling Jaya, 1975 , him. 9 .
18 Ibid. , hlm. 9.
19 Ibid, hlm. 12.

102
beberapa hal yang sudah tentu boleh menjadi bahan bagi membantu
pekerjaan barunya nanti. Di samping itu beliau ingin pula melihat keadaan
dan suasana kehidupan di bandar besar seperti Singapura. Semua alasan
ini memberi semacam semangat dan azam yang kuat kepada Ishak untuk
bekerja sebagai wartawan di Warta Malaya. Dengan semangat dan azam
tersebut beliau berangkat ke Singapura dan mulai bekerja dengan
suratkhabar Warta Malaya pada hari Sabtu 25 September 1937, iaitu
dengan gaji sebnayak lima puluh ringgit sebulan. 20
Semasa bekerja dengan akhbar ini bakat penulisan Ishak kian
mengembang. Kerja-kerja yang merupakan tugasan atau assignment untuk
dibuat oleh Ishak setiap hari ialah menterjemah makalah-makalah daripada
majalah dan akhbar berbahasa Inggeris untuk disiarkan sama ada di dalam
Warta Malaya, Warta Abad ataupun Warta Jenaka. Beliau juga
ditugaskan supaya menulis dua atau tiga makalah setiap minggu dan dua
buah cerpen pada setiap bulan. Cerpen-cerpen yang ditulis mengandungi
unsur-unsur moral dan dapat dijadikan teladan yang baik kepada pembaca.
Segala kerja yang ditugaskan kepadanya itu tidaklah begitu membeban-
kannya, malah beliau senang sekali membuat kerja-kerja tersebut. Beliau
dapat menyelesaikan kerja-kerja yang diarahkan kepadanya itu dengan
sempurna oleh kerana sebelum ini beliau pernah membuat kerja-kerja
menterjemah secara sendirian. Dalam penulisan cerpen, sebelum bekerja
dengan Warta Malaya pun beliau sudah pernah menulisnya sebanyak
beberapa buah. Begitu jugalah dengan kerja-kerja menulis makalah yang
sederhana panjangnya. Walaupun demikian beliau terns mendapat
bimbingan yang baik daripada Abdul Rahim Kajai, Ketua Pengarang
Warta Malaya.
Ishak telah mendapat pengalaman dan pelajaran baru pada tiap-tiap
hari kerana Abdul Rahim Kajai sentiasa menunjukajarnya, menegur dan
iremberi berbagai-bagai petua berkenaan dengan profesion sebagai seorang
wartawan. 21 Abdul Rahim Kajai juga telah rrelatih Ishak bagaimana
hendak menulis bentuk-bentuk tulisan yang berbeza seperti rencana
pengarang, membuat tajuk-tajuk berita, petikan-petikan dan juga cara-
cara menulis berita dari berbagai sumber. Ishak juga mendapat tunjukajar
dari Abdul Rahim Kajai dalam masalah penterjemahan. Sungguhpun
Abdul Rahim Kajai tidak bersekolah Inggeris, tetapi menurut Ishak
20 Hasil temuramah pada 8 Jun 1977. Lihat juga Abdul Latiff Abu Bakar, Ishak Haji
Muhammad: Penulis dan Ahli Politik Sehingga 1948. P.enerbitan Universiti Ma-
laya, kuala Lumpur, 1977, him. 19.
21 Ibid., him. 30.

103
fahamannya dalam bahasa itu lebih baik daripada Ishak sendiri. Rakan-
rakan sejawat yang lain-lain juga banyak membantu Ishak dalam
menjalankan tugasnya selama masa bekerja dengan ketiga-tiga akhbar
tersebut. Ishak cepat menguasai perkara-perkara yang ditunjukajarkan
oleh Abdul Rahim Kajai kerana ia turut dibantu oleh pengalaman-
pengalamannya sendiri dalam penulisan rencana, berita dan cerpen yang
memang telah sedia ada padanya. Tambahan pula beliau sendiri telah
pun mengumpul banyak bahan sebelum berangkat ke Singapura.
Beliau juga kemudiannya mula mendapat pengalaman baru apabila
pihak pengarang mula memberikan tugas membuat liputan berita
kepadanya. Pengalaman ini bermula setelah hampir sebulan bekerja dengan
W arta Malaya. Kemudian didorong oleh perasaan yakin kepada
kebolehan diri sendiri, Ishak telah merninta satu halaman untuk tulisan
berbentuk jenaka, dan satu hingga dua halaman untuk tulisan mengenai
politik. Permintaan ini telah dipersetujui oleh pihak majikan dan direstui
pula oleh Ketua Pengarang. Di sini beliau memperkenalkan satu ruangan
baru, iaitu ruangan jenaka. 22 Ruangan jenaka atau pojok ini diberikan
nama "Halaman Mat-mat" dan tersiar dalam setiap keluaran Warta
Jenaka. Untuk mengisi halaman ini Ishak memakai nama samaran "Hantu
Raya". Watak-watak yang saban rninggu berpolernik dalam ruangan pojok
itu ialah seperti Mat Kerengga, Mat Tempoyak dan Mat Petai. Menurut
Ishak, terdapat beberapa orang penulis lain yang turut menyumbangkan
tulisan humomya dalam Warta Jenaka. Antara nama-nama samaran
yang terkenal pada masa itu ialah seperti Pak Lacuk, Awang Kotai, Si
Ketubat, Wak Mogek dan Pak Sampok. Halaman yang dipimpin oleh
Ishak ini meskipun bercorak humor dan menggelikan hati, tetapi secara
tidak langsung banyak mengkritik masalah sosial dan politik serta adat
resam masyarakat Melayu pada waktu itu .
Sementara itu, bagi halaman yang membicarakan persoalan politik,
ruangannya dinamakan "Bayangan-Bayangan Siasah Daripada Kejadian
Timur dan Barat". Halaman ini menyiarkan ulasan dan komentar politik
semasa dengan menggunakan nama sebenarnya. Dari pengalaman menulis
ruangan pojok dan ruangan komentar siasah (politik) inilah, rrenurut
Ishak sedikit sebanyak mempengaruhi tulisan-tulisannya dalam bentuk
cerpen dan novel.
22 Menurut Ishak, maksud baru di sini ialab untuk akbbar Warta Jenaka. Suratkbabar
dan majalab-majalab yang lain ada juga mempunyai ruangan-ruangan jenaka, iaitu
seperti balaman "Pak Belalang" dalam majalab Pengasuh, "Si Luncai" dalam Majlis.
"Pak Pandir" dalam Lembaga Malaya dan "Abu Nawas" dalam Saudara.

104
Meneroka Bidang penulisan Cerpen
Kesempatan mengembara yang dilakukan oleh Ishak telah memberi banyak
pengalaman baru kepadanya. Pengalaman-pengalaman tersebut pula
digunakan sepenuhnya dalam tulisannya yang berbentuk cereka. Ishak
mula mencuba bakatnya dalam bidang penulisan cerpen sewaktu beliau
tinggal di Kemaman,. iaitu pada bulan September 1936. Ishak mula
tertarik untuk menulis cerpen setelah banyak mendengar cerita yang
disampaikan secara· lisan, dan kejadian-kejadian yang dilihat dan
dialaminya secara sewaktu tinggal di Kemaman. Beliau sangat gemar
mendengar cerita-cerita lama (cerita lisan) mengenai hal ehwal orang-
orang Melayu Terengganu dari seorang tua bemama Pak Umar Jadam. 23
Pak Umar Jadam adalah seorang tukang pembuat palung-palung simen
telaga di Kemaman. Kalau tidak ada kerja Ishak sering mengunjungi ke
rumah Pak Umar Jadam pada waktu petang. Segala macam cerita Iucu
dan klasik dari Pak Umar Jadam dicatatkan oleh Ishak dalam buku ex-
ercise dengan tujuan kelak dapat dijadikan bahan cerpennya. Pada tahun
1936, iaitu dari bulan September hingga Disember, Ishak telah menulis
sejumlah lebih daripada sepuluh buah cerpen, tetapi beliau tidak ingat
lagi jumlahnya yang tersiar. Cerpen-cerpen ciptaan awal Ishak semuanya
pendek sahaja, ada yang hanya memakai 700 patah perkataan sahaja
seperti "Muslihat Rumah Tangga", 24 "Macam Gergaji Dua Mata", 25
"Cepatnya Fitnah Bercambah" 26 dan "Berkahwin Kerana Nafsu". 27 Ishak
tidak ingat nama cerpennnya yang pertama ditulisnya, akan tetapi dari
penyelidikan yang pemah dilakukan, cerpen terawal Ishak yang ditemui
berjudul "Satu Cerita Dari Kampung" yang disiarkan oleh W arta Jenaka,
bilangan 5, 5 Oktober 1936. 28
Ada beberapa sebab kenapa cerpen-cerpen Ishak di peringkat awal
ini ditulis dengan cara yang pendek sahaja. Pertama, memang sudah
menjadi kebiasaan kepada Warta Jenaka pada masa itu hanya menyiarkan
cerpen-cerpen yang pendek sahaja. Jadi Ishak terpaksa mengikut tradisi
suratkhabar tersebut. . Kedua, memang pada masa itu beliau belum lagi
dapat menguasai cara-cara menulis cerpen yang panjang kerana beliau
mengalami kesukaran untuk mengawal jalan cerita atau plotnya. Apa
23 Temuramah pada 14 Januari 1979 di rumahnya di Hulu Langat.
24 Tersiar pada I Disember 1936 dalam Warta Malaya.
25 Tersiar dalam Warta Malaya pada 3 Disember 1936.
26 Tersiar dalam Warta Malaya pada 9 Disember 1936.
27 Tersiar dalam Warta Malaya pada 18 Disember 1939.
28 Cerpen ini telah diterbitkan semula dalam antologi Rintisan , Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur, 1964, him . 169 - 173 .

105
yang menjadi tumpuannya ialah hendak menceritakan kembali apa yang
didengar, dilihat dan dialaminya. Tetapi teknik penceritaan atau penulisan
cerpen belum dikuasainya dengan baik, kerana beliau mempelajari menulis
cerpen tanpa tunjuk ajar dari sesiapa. Baginya menulis cerpen adalah
sebagai kegemaran dan semuanya bermula dengan mencuba-cuba
mengasah bakat serta didorong oleh perasaan yak.in kepada kebolehan
dan bakat diri sendiri sahaja.
Kesungguhan menulis cerpen bagi Ishak, seperti juga menulis
rencana, bermula sewaktu bekerja dengan Warta Malaya, Warta Abad
dan Warta Jenaka. Oleh kerana beliau mula bekerja dengan Warta
Malaya pada bulan Spetember 1937, maka kita dapati pada tahun tersebut
beliau tidak begitu produktif mencipta cerpen. Satu daripada sebabnya
ialah kerana penulisannya lebih ditumpukan kepada rencana dan berita.
Sebab lain ialah kerana pada pertengahan bulan Jun 1937, beliau mula
membuat rangka novel sulungnya yang berjudul Putera Gunung Tahan.
Dalam masa merangka-rangka novel tersebut sempat pula beliau
menyiapkan sebuah cerpen yang diberi tajuk "Nyonya Bergelang Kaki".
Hanya pada tahun 1938 beliau dapat menumpukan perhatian kepada
penulisan cerpen. Hal ini terjadi oleh kerana cerpen-cerpen beliau mula
mendapat sambutan yang hangat daripada para pembaca, dan ini memberi
semacam insentif kepadanya untuk terns mencipta cerpen. Lagipun
memang beliau telah ditugaskan oleh pengarang Warta Malaya supaya
menulis dua buah cerpen pada setiap bulan. Menurut Ishak, kebanyakan
cerpen yang diciptanya pada peringkat awal itu adalah rekaan dan
berdasarkan irniginasi semata-mata. Akan tetapi ada juga cerpen-cerpen
yang berdasarkan kepada kejadian-kejadian yang sebenar seperti dalam
cerpen "Anak Luar". 29 Cerpen ini berasaskan kepada satu kejadian sebenar
yang berlaku di bandar Kemaman, Terengganu. 30
Selain daripada menjadi tanggungjawab rrenghasilkan dua buah

29 Tersiar dalam Warta Abad, Bil. 129, 17 Oktober 1937.


30 Cerita ini didasarkan kepada satu kejadian di Kemaman , Terengganu . Beberapa
orang hartawan Melayu di sana pada suatu masa telah memohon sebidang tanah
bijih seluas lebih kurang 3,000 ekar yang terletak di Bukit Pintu Gerbang . Permintaan
tersebut tidak diluluskan oleh pihak berkuasa kepada hartawan-hartawan Melayu,
tetapi tidak berapa lama kemudian tersebar berita mengatakan tanah tersebut telah
diluluskan kepada seorang tauke Cina. Dua tahun kemudian tauke tersebut telah
mati terbunuh dalam keadaan yang amat ngeri . Dari bahan kejadian sebenar inilah
Ishak telah mengolahkannya menjadi sebuah cerita pendek yang berkesan dengan
diberikan judul "Anak Luar" . Anak luar di sini menurut Ishak melambangkan
orang asing.

106
cerpen setiap bulan, ada tiga sebab lain yang menarik minat Ishak untuk
menulis cerpen. Pertama, Ishak mendapat kesan bahawa sejumlah besar
pembaca lebih suka membaca cerita-cerita yang mudah difahami, terutama
mengenai perkara-perkara yang saban waktu berlaku di sekitar mereka,
daripada membaca makalah-makalah yang tinggi dan meleret-leret
bahasanya yang membicarakan persoalan-persoalan sains, politik dan
pengetahuan am. Kedua, pandangan seperti ini, menurut Ishak, adalah
amat benar pada zaman itu, tetapi sikap seperti ini berubah dari masa ke
masa mengikut perkembangan pendidikan di negara ini. Ketiga, Ishak
sendiri mempercayai bahawa contoh teladan atau mesej yang disulamkan
di dalam cerita-cerita itu lebih memberi kesan daripada rencana-rencana
yang panjang. Dan keempat, bagi Ishak mencipta cerpen adalah salah
satu minatnya sejak mula bercita-cita hendak menjadi penulis dahulu.
Dari sebab-sebab tersebut maka tidak hairanlah kenapa karya-karya cerpen
Ishak didapati sangat mudah difahami, tidak berbelit-belit dan me-
ngandungi unsur-unsur humor serta jenaka yang bersifat didaktif. Malah
hal seperti ini bukan sahaja terdapat pada Ishak, tetapi juga keapda penulis-
penulis lain yang seangkatan dengannya seperti yang disimpulkan oleh
Hashim Awang dalam kajiannya, iaitu:

Cerpen yang timbul bergandingan dengan rencana menjadi alat


pengucapan cita-cita masyarakat baru. Terlihat jelas nada-nada hendak
mengajar di dalam tulisan-tulisan zaman itu . Malah kita dapat
menganggap bentuk cerpen pada waktu itu menjadi seolah-olah hanya
sebagai satu alternative untuk esei. Jadi cerpen-cerpen pada waktu
itu dapat dianggap sebagai cerpen pergolakan masyarakat Melayu. 31
Proses penciptaan cerpen, bagi Ishak, tidaklah dianggap sebagai
mudah, lebih lagi setelah tinggal di kota besar seperti Singapura. Suasana
di kota Singapura terlampau bising, sibuk dan iklimnya panas . Akibat
dari suasana seperti ini ianya mempengaruhi proses penciptaan Ishak.
Beliau merasakan sulit untuk menumpukan fikiran, tetapi dalam suasana
kebisingan itulah beliau cuba menenangkan fikiran dan perasaannya untuk
mencipta. Beliau merasakan apabila seseorang penulis itu sudah mula
terkenal, maka mencipta sesebuah cerpen menjadi bettambah sulit. Beliau
perlu mengambil masa yang panjang serta menumpukan pemikiran secara
serius, kerana pada hematnya darjah apresiasi pada pembaca terhadap

31 Lihat Hashim Awang, Cerpen-cerpen Melayu, Sebelum Perang Dunia Kcdua:


Satu Analisa Tentang Terna dan Struktur, Dewan Bahasa clan Pustaka, Kuala
Lumpur, 1975 , him . 190.

107
cerpen sudah mulai tinggi. tetapi bagi Ishak semuanya itu dapat diatasinya
setelah mendapat pandangan dan pengesyoran daripada pembaca banyak
yang memuji dan mengesyorkannya supaya terus mencipta. Tetapi Ishak
sendiri mengaku bahawa "saya berasa malu sangat hendak menerima
puji-pujian itu kerana pada perasaan saya cerita-cerita yang telah saya
karangkan itu sangat rendah darjahnya baik pada tentang susunan
bahasanya, gubahan dan aturannya mahupun tentang jalan ceritanya."32
Mengenai mendapatkan bahan-bahan ceritanya tidaklah begitu sukar
bagi Ishak kerana keadaan kehidupan masyarakat kota Singapura itu
sendiri banyak memberikan bahan untuknya menulis cerpen. Walaupun
pada waktu itu Ishak masih muda, tetapi pengalaman hidupnya agak
luas . Tambahan pula beliau seorang yang suka memerhati dan mengamati
segala macam kejadian, banyak bergaul dan suka membaca, maka kota
Singapura bagi Ishak adalah "suatu ladang yang penuh dengan berbagai-
bagai tumbuh-tumbuhan dan bunga-bungaan dan benda-benda yang ajaib,
cantik, buruk, ngeri dan menghairankan". 33 Keadaan dan suasana itu
banyak memberi inspirasi untuknya menulis cerpen dan juga rencana.
Oleh itu kita dapati Ishak terus menulis cerpen dengan lebih produktif
lagi apabila beliau mula bekerja dengan Utusan Melayu pada 29 Mei
1939. Semasa di Utusan Melayu beliau menajdi anggota sidang pengarang
dan sering menulis cerpen-cerpen yang bersiri 34 dalam Utusan Zaman,
iaitu akhbar mingguan kepada Utusan Melayu. Karya cerpen Ishak yang
bersiri itu sangat diminati oleh orang ramai, terutama di kalangan guru-
guru dan orang-orang muda.35
Usaha menulis cerpen yang bersiri pada tahun-tahun 1939 dan 1940
tidak lagi menjadi masalah bagi Ishak kerana sebelumnya beliau telah
berjaya menghasilkan sebuah novel yang diberi jodol Putera Gunung
Tahan. beberapa buah cerpen bersiri yang pernah diciptanya ialah seperti
"Kalau Sudah Merana Ubat Guna-guna Tak Guna" (4 siri), "Burung
Terbang Jangan Dipipiskan Lada" (5 siri), "Di Sini Kita Bukannya Or-
ang Dagang" (4 siri), "Dari Perangkap Ke Penjara, Kemudian Lalu ke
Syurga" (5 siri), "Sudah Terang Lagi bersuluh" (4 siri, tidak selesai) dan
32 Ishak Haji Muhammad , Pengalaman Pak Sako , him. 25 .
33 Ibid. , him. 25 .
34 Salah sebu ah cerpen bersirinya yang mendapat sambutan hangat ialah "Dolly -
Bidadari Dari Shanghai", iaitu sebanyak lima siri disiarkan dalam Utusan Zaman,
24 Ogos 1940; 31 Ogos 1940; 7 September 1940; 14 September 1940 dan 21
September 1940.
35 Seperti yang diakui oleh A. Samad Ismail, bekas pengarang Berita Harian, Ku ala
Lumpu r. Lihat Abdul Latiff Abu Bakar, Ishak Haji Muhammad , him . 25 .

108
"Rumah Besar Tiang Sebatang" (2 siri, juga tidak selesai). Cerpen-cerpen
bersiri ini semuanya tersiar dalam Utusan Zaman sepanjang tahun 1940,
kecuali cerpen terakhir tersiar dalam Warta Abad. Pengalaman menulis
cerpen panjang yang bersiri-siri ini banyak menolong beliau semasa
mencipta novel keduanya, iaitu novel Anak Mat Lela Gila.

Penutup.
Demikianlah tahap-tahap perkembangan awal dan proses penciptaan Ishak
Haji Muhammad. Ternyata keinginannya henda.k menjadi seorang penulis
clan wartawan memeang berkobar-kobar dalam dadanya semenjak dari
bangku sekolah menengah lagi. Tidak cukup dengan usaha membaca dan
belajar secara bersendirian, Ishak telah meninggalkan kerja yang baik
clan mengembara bagi memperkaya.kan pengalamannya. Kalau diperhatikan
kejayaan Ishak, temyata bahawa usaha dan minatnya yang kuat dan
sungguh-sungguh terhadap dunia yang dimasuki telah banyak mem-
bantunya. Ishak telah memberikan sepenuh penglibatan ke dalam
pergolakan masyarakatnya dan dunia luar, dan dari sini timbul ketajaman
clan kesedaran terhadap masalah dan arah tujuan masyarakatnya. 36 Hal
begini berterusan dan ini jelas terbukti dalam tulisan-tulisan yang termuat
dalam kolum tetapnya di a.khbar-akhbar Utusan Melayu, Utusan Ma-
laysia dan Utusan Zaman.

36 Hashim Awang , Cerpen-cerpen Melayu Sebelum Perang, him. 192.

109
Pendidikan Di Pahang 1926 Hingga 1949:
Satu Kajian Pengurusan Pendidikan Berdasarkan
Buku Perharian Sekolah Melayu Serandu, Pekan
YAAKUB BIN ISA*

Pendahuluan
Artikel ini bertujuan untuk memberikan sedikit gambaran tentang
bagaimana caranya penyeliaan persekolahan - dan seterusnya sistem
pendidikan - sekolah-sekolah rendah di Pahang sekitllf sebelum Perang
Dunia Kedua. Bahan-bahan yang dijadikan sampel adalah catatan pelawat-
pelawat dan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Serandu, Pekan di dalam
Buku Perharian (BP) sekolah tersebut. Walaupun Buku Perharian diakui
penting dalam perakaman sejarah, tetapi banyak sekolah di Pahang yang
ditimpa banjir sehingga buku yang berharga ini tidak dapat diselamatkan;
di samping kurangnya kepekaan pihak tertentu untuk menjaga bahan-
bahan bersejarah.

Peranan Istana Dalam Pendidikan


Sekolah Kebangsaan (dulunya Sekolah Melayu) Serandu bukanlah di
antara sekolah awal yang dibina di· Pahang. Sekolah pertama dibina
dikatakan Sekolah Melayu Pekan, yang mungkio diasaskan sekitar 1880-
an, terletak berhampiran Kuala Sungai parit. Guru pertamanya ialah
seorang anak Pahang yang mendapat pendidikan di Singapura dan
dipanggil balik atas titah DYMM Sultan Ahmad. Sekolah kedua dibina
di Jerantut pada 1888, iaitu setelah Inggeris campur tangan dalam
pemerintahan Pahang. Sekolah ketiga dibina di Kuantan, iaitu berhampiran

* Lulu san Jab atan Pengajian Melayu, Universiti Malaya, 1972.

110
dengan pangkal Jambatan Kuantan-Tanjung Lumpur sekarang, yang
dikenali sebagai Sekolah Melayu Padang Lalang. Sekolah Melayu Serandu
dibina pada 1926, tahun Pahang dilanda banjir besar yang dikenali dengan
nama 'bah keruh' itu.
Dull Yang Maha Mulia Sultan Pahang adalah di antara tenaga
penggerak utama dalam perkembangan pendidikan di Pahang, dengan
menggalakkan anak-anak pembesar dan kanak-kanak daripada kalangan
rakyat jelata bersekolah. Almarhum Sultan Mahmud dan Almarhum Sultan
Abdullah sentiasa disebut sebagai raja pemerintah yang menggalakkan
perkembangan pendidikan. Penglibatan Almarhum Sultan Abu Bakar
Riayatuddin Al-Muadzam Shah dalam hal ini lebih ketara. Pada zaman
bagindalah ramai anak-anak Pahang (terutama daripada kalangan anak-
anak pegawai) dihantar ke Kolej Melayu Kuala Kangsar. Dalam
keberangkatan baginda ke kampung-kampung, nasihat yang tidak pemah
lupa dititahkannya ialah menggesa ibu bapa menghantar anak-anak ke
sekolah. Baginda juga bertanggungjawab secara langsung dalam
pembukaan beberapa buah sekolah di Pahang.

Penyeliaan Sekolah
Kelihatan semacam ada hubungan yang amat erat antara sekolah, Pejabat
Pelajaran dan jabatan-jabatan kerajaan lain dalam hal penyeliaan pada
zaman itu. Pegawai Pertanian, Pegawai JKR (yang pada masa itu dikenali
sebagai Public Works Department - PWD), Pegawai Kesihatan, Pegawai
Perubatan, OCPD dan Pegawai Daerah saling berganti melawat sekolah
dan mencatatkan basil lawatan mereka dalam Buku Perharian sekolah.
Catatan mereka nampaknya bukan setakat yang mengenai tugas jabatan
masing-masing, tetapi juga mencakupi bidang tugas jabatan lain. Misalnya,
seorang Health Sister mencadangkan supaya disegerakan tambahan bangku
dan kerusi bagi murid-murid sekolah ini (BP 6.6.49). Pendek kata, konsep
borderless telah lama diamalkan oleh jabatan-jabatan kerajaan.

Percutian
Walaupun ada daftar cuti sekolah rasmi dikeluarkan oleh kerajaan,
percutian sekolah lebih terserah kepada budi bicara pegawai pelajara.n
(BP 27.9.26; 20.2.28; 14.9.31) atau dalam kes tertentu, ditetapkan oleh
Guru Besar sendiri(BP 5.1.42; 26.12.1603). Terdapat juga kes, selepas
lawatan Inspector of Schools sekolah biasa diberi kelepasan sehari; iaitu
petanda yang menunjukkan Inspector of Schools juga diberi kuasa ulituk
menutup sekolah sebagai 'menghargai' lawatan beliau ke sekolah

111
berkenaan; atau sebagai bonus kerana prestasi sekolah yang sangat
memuaskan.
DYMM Sultan Pahang, Almarhum Sultan Abu Bakar Riayatuddin
Al-Muadzam Shah memang terkenal sebagai sultan .yang sentiasa melawat
ke kampung-kampung pendalaman Pahang setiap tahun. Dalam acara
lawatan tahunan baginda, sekolah memang tidak pemah dilupai; rrialah
sekolah kerap kali dijadikan pusat aktiviti sambutan. Kebawah Dull
Tuanku tidak pemah lupa mencatatkan dalam Buku Perharian sekolah
yang dilawati baginda, dengan pengumuman mengumiakan cuti sehari
pada keesokan harinya.
Percutian sekolah biasanya diambil kira keperluan setempat -
misalnya musim menuai diberikan cuti menuai, musim kerja paya
diberikan cuti kerja paya (BP 14.9.31). Ini tidak termasuk cuti yang
bersebab dari bencana alam seperti banjir. Malah, sekolah ini pernah
diberikan cuti kerana hujan lebat atas alasan takut kanak-kanak sekolah
'lemas atau ditangkap buaya' (BP 20.2.29).

Komen Dalam Buku Perharian


Komen dalam Buku Perharian umumnya mempunyai format yang sama:
mula-mula dinyatakan jumlah kedatangan murid dan guru pada hari
lawatan, sebab-sebab ketidakhadiran mereka dan seterusnya memberikan
gred bagi kedatangan dalam bentuk 'Tersangat Baik', 'Baik', 'Hampir
Baik', 'Sedang' dan seterusnya. Biasanya, komen awal ini diikuti pula
dengan catatan yang lebih rinci tentang:
(a) Kawasan sekeliling sekolah - terutamanya kawasan taman;
(b) Kebersihan bangunan sekolah (dan rumah guru);
(c) Kebersihan pakaian murid (dan pakaian guru);
(d) Kawasan pertanian iaitu kebun dan sawah padi sekolah;
(e) Akiviti anyaman;
(f) Aktiviti kawad, senaman dan Indian Club;
(g) Pekembangap. akademik yang meliputi:
(i) Tulisan Jawi dan Rumi
(ii) Bacaan Jawi dan Rumi
(iii) Ilmu Hisab
(iv) Congak
(v) Mata-mata pelajaran lain (kalau ada).

Di akhir lawatan, biasanya diberikan komen dan nasihat secara


menyeluruh (BP 27.9.26; 20.11.27; 20.2.28; 12.9.28; 29.4.28; 21.8.28;

112
1.5.29; 31.3.31; 17.8.31; 24.5.36; 16.9.36; 23.4.39; 13.7.41 dan 28.18.48).
Bentuk komen yang diberikan adalah sangat konstruktif, malah kerap
pula diberikan pujian dan galakan untuk menyediakan suasana per-
sekolahan yang lebih baik semasa lawatan yang akan datang.
Komen biasanya dibuat secara rinci, misalnya dinasihatkan agar
murid-murid menulis angka dan huruf dalam bentuk yang lebih 'bulat' ;
berusaha mencari jalan meningkatkan mata pelajaran Ilmu Hisab dan
Congak atau garis bawah setiap jawapan Ilmu Hisab jangan sampai
mengenai angka jawapan tersebut.

Pemeriksaan Tahunan
Setiap sekolah menerima lawatan pemeriksaan dua kali setahun. Dalam
lawatan ini pegawai yang berkenaan memberikan gred atau markah kepada
sekolah berdasarkan prestasi keseluruhan dan sekaligus menentukan
pangkat sekolah. Sekolah ini telah mendapat pangkat 'Terlalu Baik' pada
tahun 1930, sementara tahun 1931 hanya 'Terbaik' (BP 13.9.31).
Perentuan gred ini mempunyai kaitan yang amat rapat pula dengan
penentuan gred guru besar sekolah yang berkenaan. Bentuk gred yang
diberi bermula dari 'Terlalu Baik' kepada 'Terbaik', 'Baik' , 'Hampir
Baik' dan 'Sedang' .
Corak pemeriksaan sekolah dan penentuan gred ini amat menarik
dan unik. Menarik kerana item pemeriksaan tidak sekata dari setahun le
setahun - ada yang ditambah dan ada yang dikurangkan. Unik pula kerana
aspek akademik tidak dijadikan aspek terpenting dalam menentukan gred
kemajuan sekolah. Aspek akademik merupakan salah satu item yang
dalam urutan susunan yang terkebawah sekali, di bawah jodol "Buku-
buku rampaian dan peperiksaannya" (BP 31.8.33).
Pemeriksaan penentuan gred ini merupakan aktiviti yang penting.
Ini dapat dibuktikan dengan hakikat bahawa Inspector of Schools sendiri
yang membuat urusan pemeriksaan ini. Kuasa menjalankan aktiviti ini
tidak dituruhkan kepada mana-mana pegawai bawahannya.

Anyaman
Anyaman merupakan salah satu aktiviti persekolahan yang tidak boleh
ditinggalkan dalam kurikulum sekolah. Manifestasi kenyataan ini ialah
wujudnya jawatan khusus untuk menyelia pelaksanaan aktiviti anyam-
anyaman di sekolah, iaitu jawatan yang dikenali sebagai Guru Pelawat
Anyaman atau Baku! Instructor (BP 1.5.29). Dalam tahun 1928 Sekolah
Melayu Serandu telah jatuh markahnya hanya kerana kurang aktif dalam

113
melaksanakan aktiviti anyaman. Ini jelas apabila pelawat berkenaan
mencatatkan bahawa "bakul sahaja yang sangat menjatuhkan kemajuan
sekolah ini'' (BP 12.9.28).
Ada bukti menunjukkan pihak sekolah telah cuba membuat perubahan
tentang bahan anyaman, iaitu dengan menukarkannya dari buluh dan
rotan kepada anyaman mengkuang, sebab mengkuang senang didapati, di
samping orang-orang kampung di sini memang mengerjakan anyaman
mengkuang secara kecil-kecilan. Walau bagaimanapun, pihak Pejabat
Pelajaran masih bersungguh-sungguh mahu menaikkan usaha pembikinan
bakul daripada buluh dan rotan, dengan membekalkan bahan irentah
seperti rotan, buluh dan resam untuk kegunaan sekolah.
Aktiviti anyaman ini nampaknya bukan sahaja dikerah untuk
dilaksanakan oleh murid-murid mereka (BP 1.5.29). Hasil kerja tangan
murid dan guru dari seluruh Pahang biasanya dipamerkan dan di-
pertandingkan dalam satu ekspo yang dikenali sebagai "show" di Pekan
pada 29 1Mei setiap tahun, iaitu bertepatan dengan perayaan Hari
Keputeraan DYMM Sultan. Selain dari dipertandingkan dan dipamerkan,
bakul dan hasil kraftangan ini juga dijual kepada orang awam dan wang
hasil jualan dikembalikan kepada murid-murid yang mengerjakannya.
Selain daripada aktiviti menganyam, Sekolah Perempuan Pekan ada
kemudahan mengajar murid-muridnya bertenun kain dan tekat-menekat
muka bantal, kusyen dan kipas menggunakan baldu dan benang emas.
Sekurang-kurangnya dua buah alat tenunan terdapat di sekolah tersebut.

Projek Tanaman
C.C. Brown dalam laporannya pada 1937 menyebut bahawa "It is be-
lieved that in gardening, Pahang students are definitely ahead of other
states in Malaya". Budaya berkebun ini diterapkan di sekolah-sekolah
sebelum pukul 8.00 pagi setiap hari.
Sekolah ini bukan sahaja mempunyai taman bunga yang cantik dan
terjaga rapi hasil guru-guru dan murid-muridnya (pada zaman itu semua
sekolah tidak mempunyai tukang kebun sebagaimana sekarang), pelbagai
jenis pohon buah-buahan serta sayur-sayuran (BP 6.7.32); malah
mempunyai lahan sawah padi seluas dua ekar (BP 20.2.28) yang dapat
mengeluarkan hasil sebanyak 348 gantang pada musim menuai tahun
1928 (BP 13.3.28). Sebagaimana kebanyakan aktiviti yang lain, sawah
padi ini adalah hasil usaha bersama guru-guru dan murid-murid mereka.
Hasil tanaman padi dibahagi-bahagikan di kalangan murid dan guru setelah
diketepikan untuk dibuat benih bagi musim yang akan datang.

114
Buku Perharian sekolah ini tidak mencatatkan bagaimana pihak
sekolah membahagi-bahagikan masa di antara mengerjakan sawah,
menjaga taman bunga, mengusahakan kebun buah-buahan; di samping
melaksanakan proses pengajaran ·dan pembelajaran di sekolah.
Selain daripada melaksanakan aktiviti pertanian di sekolah, murid-
murid juga dikehendaki membuat kebun sendiri di rumah. Guru-guru
bukan sahaja dikehendaki melawat kebun di rumah murid-murid itu,
malah memberikan markah pula di atas daya usaha dan kejayaan murid-
muridnya (BP 27.4.32; 6.7.32). Guru Besar sekolah ini tidak syak lagi
seorang pegawai yang amat dedikasi mematuhi aturan dan peraturan
yang ditetapkan untuk dilaksanakannya. Apabila tanaman di kawasan
sekolahnya dimakan biri-biri, rasa kekecewaannya diluahkannya dengan
panjang lebar dalam Buku Perharian dengan cara yang amat dirasakan,
di samping mengharapkan agar kerajaan memperbaiki · pagar sekolahnya
yang sangat buruk itu (BP 2.4.36).
Salah satu sebab aktiviti pertanian sekolah ini begitu maju mungkin
kerana penglibatan Pegawai Daerah secara total melalui lawatan di
samping mengambil berat dalam setiap kali lawatannya ke sekolah. Catatan
beliau dalam Buku Perharian sekolah ini tidak sahaja mengenai nasihat
tentang pembajaan, giliran tapak pertanian dan benih, tetapi juga
menjangkau hingga ke aspek kedatangan murid, kebersihan, penye-
lenggaraan peralatan sekolah dan seumpamanya.

Disiplin
Perkataan disiplin masih belum wujud dalam kamus persekolahan pada
tahun dua puluhan, meskipun masalah disiplin ada berlaku. Isitilah disiplin
disebut sebagai 'adab sopan'. Penjagaan disiplin disebut sebagai 'kawalan'.
Persoalan disiplin tidak begitu diberikan perekanan, apa lagi kalau
dibandingkan dengan aktiviti berkebun dan menganyam bakul. Kesalahan
disiplin - biasanya dalam bentuk malas bersekolah - diberikan hukuman
dera. Bentuk hukuman denda yang dikenakan termasuklah 'henjut 100
kali ' dan rotan. Malah, seorang murid darjah dua telah dikenakan denda
menggali parit selama dua jam, dari pukul 8.00 hingga 10.00 pagi kerana
kesalahan 'malas bersekolah' selama dua hari sahaja! (BP 4.5.40). Kes
malas sekolah juga pemah dibawa sampai ke mahkamah majistret (BP
12.0.04). Kes disiplin lain ialah main judi 'anak burung' (BP 12.3.41).
Pada tahun 1939 ada suatu kes disiplin yang menonjol berlaku di
sekolah ini. Seorang murid telah dihantar oleh ibunya ke bilik Guru
·Besar selepas enam hari malas bersekolah. Si pemalas ini telah dirotan

115
oleh Guru Besarnya. Sakit kena rotan, murid ini menangis dan mungkin
menjerit, menyebabkan sang ibu yang belum berapa jauh beredar dari
situ menerpa semula ke bilik Guru Besar dan berlakulah suatu insiden
yang tidak menyenangkan hati Guru Besar (BP 14.2.39).
Bagi menjaga ketertiban sekolah baik dari segi disiplin mahupun
kesihatan murid-murid, Guru Besar dan Guru Penolongnya (mereka hanya
berdua di sekolah ini) saban petang meronda ke seluruh kampung -
seorang ke darat seorang ke baruh - melawat murid-murid untuk
mempastikan sama ada mereka yang sakit benar-benar sakit atau mereka
sememangnya malas bersekolah. Biasanya mereka membawa bersama
ubat-ubatan yang dibekalkan oleh Pejabat Kesihatan untuk diberikan
kepada murid-murid yang sakit (BP 5.7.46). Togas tambahan ini bukanlah
merupakan perkara luar biasa yang dilakukan oleh para guru pada masa
itu kerana C.C. Brown pemah melaporkan dalam Federated Malay States
Annual Report on the Social and Economic Programme of the Peop/,e
of Pahang dengan menyebut bahawa "two teachers in Temerloh quali-
fied for vaccinating against malaria and have rendered good services".
Penyakit pada masa itu memang tioleh dijangka; iaitu kudis, puru, deman1
malaria dan Iuka. Ubat penyakit-penyakit inilah yang mereka bawa.
Hubungan sekolah dengan penghulu dan ketua kampung amat erat.
Dalam masa cuti, sekolah biasanya diserahkan di bawah jagaan ketua
kampung atau kepada beberapa orang murid yang boleh dipercayai dan
telah terbukti bertanggungjawab (BP 13.3.28). Hubungan pihak sekolah
dengan penghulu lebih merupakan hubungan pentadbiran, kerana penghulu
kampung ini didapati mengadakan lawatan rasmi ke sekolah sebulan
sekali, di samping mencatatkan komen lawatannya dalam Buku Perharian.
Dalam zaman pemerintahan Jepun Penghulu Kuala Pahang lebih
sering melawat sekolah ini dan beliau terpesona mendengarkan murid-
murid pandai menyanyi lagu Jepun (BP 12.5.04).

Perhubungan
Sejak dari dahulu guru-guru sentiasa berhadapan dengan masalah
perhubungan. Walaupun pada masa sekarang perjalanan dari Serandu ke
Pekan hanya mengambil masa kira-kira 15 minit, tetapi dalam tahun-
tahun dua puluhan jarak yang sebegini terpaksa mengambil masa yang
panjang disebabkan kesukaran perjalanan. Bila tiba musim 'hujung bulan'
mereka terpaksa bergilir-gilir ke Pekan untuk menerima gaji (dan membeli
keperluan lainnya) daripada guru pelawat (BP 30.4.28; 1.5.28). Guru-
guru yang berkhidmat di sekolah-sekolah yang letaknya lebih jauh di

116
pendalaman atau di pulau (misalnya sekolah-sekolah di Lembah Tembeling
dan di Pulau Tioman) menerima gaji mereka sepenggal sekali. Malah
dalam tahun enam puluhan pun, seorang guru yang diperintahkan bertugas
di Hulu Tembeling kerana dikatakan bergiat dalam parti pembangkang
telah diberi gaji pendahuluan tiga bulan oleh Pejabat Pendidikan Pahang.
Seorang guru dari sekolah ini telah ditukarkan ke Tioman. Dalam
Buku Perharian, Guru Besar mencatatkan beliau ke Tioman menaiki
kereta api. Dari segi perjalanan zaman sekarang adalah janggal untuk ke
Tioman dari Pekan menaiki kereta api; tetapi inilah jalan rasmi yang
iktiraf oleh kerajaan sebagai cara yang selamat dan dibenarkan oleh Arahan
Perbendaharaan pada masa itu. Mengikut seorang informan, perjalanan
dari Serandu ke Tioman ialah: dari Serandu ke Pekan menaiki perahu,
berjalan kaki dan menumpang perahu layar penangkap ikan dari Kuala
Pahang untuk ke Pekan. Perjalanan boleh juga secara menaiki perahu ke
Kuala Pahang Tua dan menumpang perahu lain menghiliri Sungai Pahang
pergi ke Pekan. Dari Pekan menaiki perahu galah atau motor bot mudik
ke Temerloh. Dari Temerloh menaiki kereta ke Mentakab. Perjalanan
dari Mentakab ke Keluang ialah menaiki kereta api; langsung ke Mersing
menaiki kenderaan lain dan seterusnya ke Tioman. Perjalanan ini sahaja
mengambil mas a lebih seminggu ! Cara kedua untuk pergi ke Tio man
ialah dari Pekan pergi ke Kuantan, ikut jalan laut atau berjalan kaki
mengikut jalan pantai. Dari Kuantan ada perkhidmatan kereta ke Jerantut
(harap maklum, ada dua buah feri untuk dinaiki menyeberangi Sungai
Kuantan dan Sungai Pahang) dan dari Jerantut menaiki kereta api ke
Keluang.

Penekanan
Pada keseluruhannya, matlamat pendidikan sebagaimana yang di-
gambarkan dalam Buku Perharian sekolah ini adalah untuk memberikan
pengetahuan asas 3M. Penekanan yang lebih diberikan kepada aspek
bukan akademik, seperti perkebunan, pertanian, kraftangan dan senaman.
Dua orang pengawai Melayu dari Pejabat Pelajaran Pahang pada masa
itu, iaitu Tuan Sheikh Ismail bin Sheikh Mohamed (jawatan terakhir
sebelum beliau meninggal ialah Assistant Inspector of Schools Pahang)
dan Encik Moharred Ali bin Mohamed (yang kemudiannya terkenal
sebagai Dato' Kapten Mohamed Ali bin Mohamed, seorang penulis,
aktif dalam pergerakan pengakap dan kegiatan sukarela serta pernah
irenjadi Tokoh Guru sebelum beliau meninggal dunia) adalah orang
yang amat menitik-beratkan pembacaan (BP 16.9.36). beliau telah

117
mencadangkan supaya sekolah ini berlanggan akhbar Lembaga Malaya,
Majalah Guru clan Bulanan Melayu (31.3.31), iaitu penerbitan yang
merupakan sumber maklumat terpenting zarnan itu.
J.B. Neilson, salah seorang Pengarah Pelajaran turut mengambil
berat tentang pendidikan kanak-kanak perempuan. Dalarn suatu lawatannya
ke sekolah ini beliau agak terkejut kerana sekolah ticlak menerima murid-
murid perempuan, clan beliau mengarahkan sekolah mengarnbil murid-
murid perempuan selepas peperiksaan besar nanti (BP 17.8.31).

Penutup
Apakah aspek-aspek positif yang berlaku dalarn persekolahan kita di
tahun dua puluhan wajar dilaksanakan sekarang, demi kejayaan sistem
pendidikan secara keseluruhannya? Mampukah jabatan-jabatan kerajaan
yang mempunyai kaitan secara langsung dengan sekolah mengembangkan
perkhidrnatannya sebagai yang dilakukan oleh datuk nenek kita dahulu?
Penglibatan Pejabat kesihatan dengan sekolah sekarang adalah melalui
lawatan kesihatan ke sekolah luar bandar di bawah program kesihatan
luar bandar. Perkhidmatan pergigian banyak bergantung ada atau tiadanya
klinik pergigian di sekolah berkenaan. Pejabat Pertanian hampir tiada
program khusus di sekolah, kecuali sekali-sekala kalau dirninta oleh pihak
sekolah. Sekolah-sekolah di kawasan perbandaran memang biasa merninta
perkhidrnatan Majlis Perbandaran, tetapi ini bukan merupakan perkhid-
matan tetap: ada perrnintaan maka adalah perkhidmatan diberikan,
sekiranya mereka irempunyai peruntukan. Pasukan Tentera clan Polis
mempunyai hubungan dengan sekolah sekiranya sekolah berkenaan
mempunyai Pasukan Kadet Bersatu atau kadet Polis.
Adakah kerana corak pengurusan pendidikan pada masa itu
menyebabkan satus pendidikan dipandang tinggi? Marilah kita cuba
mengkaji secara lebih lanjut lagi.

1 18
Lampiran I

CABUTAN DARIPADA BUKU PERHARIAN SEKOLAH

27.9.26
Melawat pagi ini bersama Penolong Guru Pelawat clan Guru Pelawat Bakul.
Didapati gurunya hadir.
Kanak-kana.k yang hadir 53/65. Kedatangan ini 'Seclang'.
Kebanyakan murid cuti kerana kerja paya.
Keliling sekolah bersih clan pakaian murid-murid bersih.
Kelakuan murid-murid elok adapnya.
Anyaman clan kebun tiada.
Kawad baharu diajar pelajaran yang keempat.
Pagi ini diperiksa 17 orang pada Tulisan Jawi empat huruf dua bunyi jadikan
Rumi. Tulisan clan ejaan Jawi 4 orang yang lemah, lain seclang. Tulisan Rumi,
ejaan kurang baik lagi, clan rupa hurufnya banyak yang ta.k betul.
Kad-kad campur, tolak clan darab 4 baik, 8 seclang clan 5 lemah.
Angka-angka dan aturan kurang baik (elok).
Baik dilatih lagi Tulisan Jawi dan Rumi serta angka-angka hingga boleh jadi
baik.
Sahaya fikir elok ditutup sekolah ini kerana kerja padi. Masa ini orang di sini
nampaknya tengah sibuk bekerja.

t.t. ( ?)
Visiting Teacher Pahang

20.11.27
Dilawati pukul 8.00 pagi.
Padi sudah balui daripada cedung sekarang nampaknya sedang hidup dengan
suburnya. Luasnya lebih kurang dua ekar, semua penuh dengan padi yang
diperbuat oleh dua orang guru dan 40 murid-murid. ·
Air dalam paya ini lebih kurang 1 1/2 ka.ki. Tangga pagar sudah siap.
Kedatangan 45/55 dan dua orang guru hadir.
Murid-murid dan keliling sekolah bersih, Sekolah sudah dibaiki pada 6/11/27.

t.t. (AHMAD)
Assistant Visiting Teacher Coast

119
20.2.28
Dilawati sekolah pagi ini. Kedua guru hadir.
Kedatangan 20/62 tiada sampai separuh namanya itu tidak dirnasukkan dalarn
jadual. Murid-murid tiada dapat hadir kerana hujan dan jalan-jalan (empang)
pecah dan ampuh, airnya dalam. Hujan mulai mencurah dari 15.2.28 hingga
sekarang, air nampaknya semakin besar; yang demikian saya diperintahkan
tutup sekolah pada 21.2.28, kerana dibimbangkan marabahaya pada murid-
murid masa menyeberang jalan sama ada lemas atau ditangkap oleh buaya.
Keadaan murid-murid kebanyakannya basah. Saya perintahkan ia balik semua.
Sekolah dan keliling bersih.
Padi paya: Luasnya 2 ekar, sudah mulai dituai sebelum 14/2/28.
Yang luasnya 1/2 ekar telah didapati 87 gantang.
Pada 15.2.28 hujan mulai turun dengan lebatnya hingga sekarang, air di paya
mengampuhkan padi sebab itu tidak dapat dituai lagi. Apabila surut air kelak
hendaklah dituai dengan seberapa segeranya, bila siap beritahu saya bagi banyak
gantangnya yang telah didapati semuanya.

t. t. (L.R. WHEELER)
Inspector of Schools Pahang
t.t. (MOHD. ALI)
Malay Assistant Inspector of Schools Pahang

29.4.28
Dilawati sekolah pagi ini. Kedua guru hadir. Kedatangan 58/61: "Baik".
Kedatangan tiga hari lalu 58,59, 59: "Terbaik".
Kawad: Lemah perbuatannya; hendaklah dikeraskan hingga jadi baik, supaya
memberi faedah kepada tubuh.
Anyaman: Sedang dirnulakan balik.
Kesihatan: Semua murid-murid baik. Ubat ada cukup dalam sirnpanan guru.
Keadaan murid-murid dan pakaian kebanyakan bersih, sekolah dan keliling
bersih.
Paya padi: Masa ini belum dimulakan menebas lagi kerana airnya dalam dan
dirnulakan pekerjaan itu bagi bulan Mei 1928 (bila kering sedikit airnya).
Adab: Hormat. Jaga murid-murid jangan bising masa membuat pelajaran.
Hadiah murid-murid 1927 telah diberi.
Pelajaran murid-murid:
Darjah I: Rencana Jawi (dua huruf satu bunyi) - 4 lemah dan 11 sedang.
Rumi - 7 lemah, lain sedang. Tulisan kurang baik.
Kira-kira (Campur) - 2 sahaja yang betul, lain lemah. Angka
dan aturan kurang baik. Bacaan mengeja lagi.
Darjah II: Kira-kira - 11 lemah dan 18 hampir baik. Angka: sedang.

120
Darjah ID: Karangan (Ayat Lembu) - tulisan dan ejaan - 2 lemah.
Permohonan: Patut ditambah seorang Guru Kaka lagi.
Peringatan pada guru: Tokok lagi tulisan Jawi, Rumi dan angka-angka.
Mengajar Ilmu Alam gunakan peta. ·

t.t. (AHMAD)
Assistant Visiting Teacher Coast

30.4.28
Che' Ismail (Penolong Guru) tiada hadir mengajar kerana ia pergi ke Pejabat
Pekan terima gaji.

t.t. (YAHA YA)


Guru

1.5.28
Pukul 8 1/2 pagi, sahaya pergi ke Pejabat Pekan terima gaji. Che' Ismail
tinggal menjaga sekolah dan murid-murid.
t.t. (YAHAYA)
Guru

21.8.28
Dilawati jam pukul 11.00 pagi.
Kedatangan 55/61.
Rwnah dibuat orang kampung, atapnya baik.
Kawasan sekolah: Bersih.
Kebun: Ada dua. Satu basah - padi, mengkuang. Yang kedua kering - rotan,
buluh.
Padang: Bolch bermain, bersenam di pasir, di luar sekolah.
Darjah I: Papan kosong.
Darjah II: Kira-kira - hampir baik.
Darjah ID: Tulisan Rumi - hampir baik.
Musa bin Othman dan A wang bin Arshad - Baik.
Buku-buku kira-kira - beransur baik.
(Uda bin Bakar - tak baik).
Mahmud bin Muda, kakinya sakit. Patut balut dengan kain supaya bersih; baik
juga mengikut nasihat "dresser" mengirim si budak ke rumah sakit.
Kerja sekolah ini seakan-akan baik.
t.t. (L.R. WHEELER)
Inspector of Schools Pahang

121
17.10.28
Sekolah ditutup 15 hari hingga 31.10.28 kerana 'kerja paya'.
Sahaya berbalik ke Beserah. Che' Ismail (Penolong Guru) berbalik ke Pe~.
Sekolah dalam pandangan Che' Tahir (Ketua Kampu!)g) dan dua orang round:
(1) Malek bin Said
(2) Muda bin Abdullah
t.t. (Y AHA YA)
Guru

9.2.29
Sekolah ditutup sebagaimana yang tersebut di bawah ini:
Dari 9.2.29 hingga 10.2.29 (Chinese New Year)
Dari 11 .2.29 hingga 12.3.29 (Puasa)
Dari 13.3.29 hingga 16.3.29 (Raya Puasa)
Dari 17.3.29 hingga 31.3.29 (Potong Padi)
dengan persetujuan Che' Tahir (Ketua Kampung Serandu)
Sahaya balik kampung (Beserah). Che' Ismail balik kampung (Pekan).
Che' Abdullah balik kampung (Beserah). Sekolah dan kawasan dalam jagaan
dua orang murid:
(1) Malek bin Said
(2) Muoa bin Abdullah
t.t. (Y AHA YA) >·
Guru

1.5.29
Melawat di sini pukui' 10.00 dengan Guru Pelawat Anyaman.
Kedatangan 58/6'.L Maisng-masing guru mengikut jadual waktu.
1 Kawasan dan rumah sekolah bersih
2 Kebun - sawah sahaja ada di sini. Akan dikerjakan selepas Raya Haji.
3 Kebersihan murid beransur maju, pakaian belum lagi. Cubalah nasihatkan
kanak-kanak perkara ini.
4 Kelakuan guru-guru dan murid-murid - baik.
5 Pelajaran:
Darjah I: Lukisan - aturan Cikgu mengajar baik benar.
Perbuatan kanak-kanak hampir baik.
Darjah II: Bacaan - baik. Suara kanak-kanak mesti kuat dan
terang lagi.
Darjah III: Lukisan - hampir baik. Lukisan kecil sangat. Surub
melukis sebesar-besar papan. Jangan biasakan
memakai kayu garisan.
6 Kecerdasan Cikgu-cikgu di sini oaik. Beginilah akan maju. Kesiapan mengajar

122
Ilmu bisab darjah satu belum acla; bagi Ilrrm Alam Darjah II padanlah
gunakan pasir di sekolah.
7 Senaman - baik. Baiki apa yang dikata. Indian Club, sungguhuh pun baharu
nampaknya sudah berjaya. Perjalanan murid dan rentak mulai akan beransur
maju. Latihan bola masih diajar.
8 Anyaman: Murid-murid baharu mulai menganyam - tak siap lagi. Perbuatan
raga akan jadi baik. Kalau murid-murid boleh ikhtiarkan mengkuang cuba
latihkan lebih kurang sedikit, menunjukkan perbuatan itu. Bakul rotan clan
bemban ini bila siap buatlah jenis semakin susah clan payah. Cikgu sendiri
pun hendaklah membuat bakul juga menunjukkan perbuatan Cikgu. Cik
Guru Besar pun hendaklah bersama-sama buat anyaman menunjukkan
gemamya, clan bagaimana faedahnya latiban ini.
Semua bakul hendaklah siap segera; jangan lupa cadangkan bakul show clan
kerana hadiah lain.
t.t. (MOHD. ALI)
Malay Assistant Inspector of Schools Pahang
t.t. (ABDULLAH)
Baku[ Instructor

31.3.31
Melawat dengan Guru Pelawat clan Guru Pelawat Anyaman.
Kedatangan 57/68 - Tak baik. Guru kedua badir.
1 Kawasan sekolah sangat bersih. Tentu lebih molek lagi kalau ditambah
dengan bunga-bungaan yang lebib permai kalau dikemukakan.
3 Kebun - elok clan bersih. Suka hati tengok keusahaan guru-guru clan murid-
murid di sini. Nasibat Ketua Tanaman mesti dijayakan. Tempat bakaran
sampah baiklah dibuat.
4 Paya - telah dituai. Padi-padi diagihkan kepada murid clan disimpan kerana
benih. Pagar dikehendaki, ini paya bersendiri. Belanjanya mesti diberi.
5 Lembaga Malaya - tiacla. Guru Pelawat mesti aturkan. Majalah Guru acla.
Cuba berlanggan jua dengan Bulan Melayu.
t.t. (MOHD. ALI)
Malay Assistant Inspector of Schools Pahang

17.8.31
Dilawati pacla jam 11.15 pagi. Hadir 54/66 sahaja dengan Cikgu dua orang.
Kedatangan ini tak maju. Budak perempuan tak acla: Lepas peperiksaan besar
mabulah masuk budak perempuan juga. Rumah sekolab bersih . Kebun bunga
elok. Kebun sayur itu rajin murid bekerja nampaknya; tapi tanah pasir tak

123
berapa subur sayur-sayuran. Cubalah bertambah maju.
Pakaian murid - bampir baik.
Pelajaran - Darjah II Congak - baik
Darjah III Ilmu Alam - lemah sangat
Darjah IV & V Anyaman maju, tetapi perkakas kurang.
Peraturan sekolah ini baik. Cikgu dua orang pun rajin rupanya.
t.t. (J.B. NEILSON)
Inspector of Sclwols Pahang

13.9.31
PEPERIKSAAN T AHUN 1931
Kedatangan 89%
Kebersiban 85%
Kelakuan 85%
Kawalan 85%
Kebun 85%
Buku-buku dan Lob Batu 78%
Senaman 75%
Anyaman 70%
Latiban Mengajar 70%
Pelajaran:-
Darjah I 76%
Darjah II 63%
Darjah III 59%
Darjah IV 68%
Darjah V 65%

PANGKAT SEKOLAH Terbaik

t.t. (J.B. NEILSON)


Inspector of Sclwols Pahang
t.t. (MOHD. ALI)
Malay Assistant Inspector of Schools Pahang

14.9.31

Ditutup selama tujub bari kerana Peperiksaan Tahun.


Bersambung kerja paya 15 bari.
t.t. (ISMAIL)
Guru Besar

124
27.4.32
Kebun - maju . Yang ditanam semuanya sedang hidup dengan subur. Ada 20
jenis tanaman. Ada kebun buah-buahan. 48 murid berkebun di rumah. Lawatilah
dan markahkan. Daftar kanak-kanak berkebun di rumah dan di sekolah mesti
ada.
t.t. (MOHD. ALI)
Malay Assistant Inspector of Schools Pahang

6.7.32
Dilawati pukul 8.00 hingga 12.00 tengah hari. Didapati pokok-pokok yang
ditanam seperti yang tersebut di bawah:
Terung belacan, terung belanga, terung putih, tomato belimbing, tomato bulat,
kacang parang, kacang lembu, kacang panjang, kacang sepat merah, kacang
botor, kacang goreng , petola ular, petola pulut, petola katak, petola belimbing,
sengkuang, lada besar, lada jambu, lada pipit, keledek, ubi keling, ubi junjung,
labu peringgi, labu air (dan) timun betik.
Pokok buah-buahan yang ditanam pada masa ini ialah delima, limau nipis,
limau jeruk wali, beraksa, nona, mempelam, cermai, durian belanda, nangka,
jambu air mawar, jambu golok, pisang apau (dan) pisang siam.
Semua pokok-pokok yang tersebut di atas nampaknya subur belaka. 48 budak-
budak berusaha membangunkan kebun-kebun sekolah ini.
t.t. (MD. SHARIFF)
Malay Assistant Agriculture II Pekan

31.8.33
Melawat sekolah kerana Peperiksaan Tahun
PERKARA MARKAHNYA (5)
Kebersihann ya 3
Kebun 3 1/2
Taman 3 1/2
Perhiasan 2 1/2
Keceriaan Rumah Guru 1 1/2
Padang Bola 3
Kebersihan Guru dan Murid 2 1/2
Persediaan 3
Senaman 2 1/2
Anyaman 3
Buku Rampai-rampai dan Peperiksaannya 2 1/2
Kawalan 3
Ubat dan Tempat Berubat 3
Kitab-kitab 2 1/2 = 39/70
t.t. (MOHD. ALI)
Malay Assistant Inspector of Schools Pahang

125
2.4.36
Pukul 2.00 petang saya dengan Cik Mohd Sidek Guru Penolong telab ke Pekan
kerana Mesyuarat Bulanan pada 3.4.36. Pada 4.4.36 saya berdua telah
balik,didapati tanaman kebun sekolab telab babis . dimakan oleb biri-biri.
Nampaknya perkara ini tidak boleb bendak disalabkan kepada binatang biri-
biri, ialab kerana pagar sekolab ini lebib dari terlampau buruk. Sekarang
nampaknya pekerjaan guru dan murid-murid sudab menjadi sia-sia sabaja.
Saya barap akan keadilan kerajaan membantu saya dengan seberapa segeranya,
adanya.
t.t. (ABDULLAH)
Head Teacher

24.5 .36
Melawat 9.45 pagi. Kedatangan 53/57 . Murid perempuan 4 orang sekarang
sabaja. Dalam tabun 1931 banci murid 70 orang, lebib kurang pada masa itu
rumab sekolab babaru tersiap luasnya cukup kerana 120 murid. Kasiban, separuh
rumab kosong sekarang! Rumab sekolab bersib benar, gambar-gambar ada dan
perkakas mengajar Darjab I. Gambar yang dibeli dari kedai Jepun berfaedah.
Buku ringkasan kedua guru sangatlab elok tulisannya. Sabaya dapati kemajuan
Darjab I boleb dipuji. Bacaan lancar - sudab babis 44 muka surat Rumi dan
44 muka surat Jawi. Sifir sampai 6 sudab fabam .

16.9.36
Melawat pukul 9.15 pagi.
Pagar: Sekolab dan kawasan rumab guru keduanya berpagar bulub (sasak)
dengan perbelanjaan Encik Guru Besar.
Perbiasan: Dalam sekolab telab diisi dengan gambar lukisan tangan Encik Guru
sendiri. Ajaib Kbanab ditempatkan di sebuab almari, isinya kebanyakan daripada
karangan laut. Buat untuk meluaskan pengetabuan murid, kalau dapat lebih
elok diikbtiarkan bertukar dengan orang di tepi sungai.
Kelakuan: Murid dan guru beradap dengan sopan.
t.t. (SHEIKH ISMAIL)
Group Teacher, Kuantan

24.1.38
Harl ini Cik Sidek Guru Penolong sekolab ini ke Pekan kerana bertolak ke
Pulau Tioman ikut kereta api.
t.t.(ABDULLAH)
Guru Besar

126
14.2.39
Pukul 10.00 pagi ini Jamilah binti Awang telah clatang menghantar anaknya
Abdullah bin Abd. Ghani ke sekolah. Budak ini tidak clatang ke sekolah sudah
6 hari dengan sebab kemalasannya. Tetapi bila saya dencla pukul dengan rotan
di punggung budak itu tiga rotan, emaknya (Jamilah binti Awang) tadi telah
masuk ke dalam sekolah marabkan saya. Dengan sebab inilah anaknya terlampau
manja clan selalu lari dari sekolah. Hal ini saya harap dengan.jalan kerajaan
menghukumkan di atas orang yang berkelakuan kasar yang melanggar
kehormatan sekolah clan guru . Dengan jalan hukuman kerajaan kelak menjadi
satu teladan atau contoh bagi orang-orang kampung .
t.t. (ABDULLAH)
Guru Besar
Catatan: Hal ini telah saya beritahu Penghulu Kuala Pahang dan Guru Pelawat
Pekrul.

23.4.39
Melawat pukul 10.30 bersama dengan A.I.M.S . clan G.P. Kawasan acla kebun
bunga bersih, kebun sayuran boleh dikatakan baik sekali sebab tanahnya berpasir.
Rumah sekolah bersih perhiasan dalam dipuji.
Kebersihan murid-murid tidak memberi puas hati . 12 orang pagi ini sangat
kotor. Kata murid-murid itu acla air clan sabun di rumahnya: jika begitu murid-
murid itu patut bersih pacla tiap-tiap sehari. Nasihat telah diberi kepada murid-
murid ini.
Ilrriu Hisab - buku kotor clan peraturannya tak baik . Di Refresher Course di
Kuantan pensyarah-pensyarah telah memberi nasihat tentang jalan kotor clan
murid-murid yang menulis kira-kira yang senang di tepi muka surat. Kata
Cikguru pagi ini murid-murid Darjah IV dan V lemah dalam congak.
Kesudahannya di buku-buku ringkasan diperiksa, diclapati lemah sekali. Semua
kira-kira yang patut menghitung di otak ia tuliskan. Beginilah semakin lama
semakin lemah murid-murid ini. Cuba Cikguru ikut nasihat yang diberi di
Kuantan, jikalau tidak bagaimanakah pelajaran ini clapat maju?

t.t. (G.L. BAYLISS)


Inspector of Schools Pahang

4.6.40
Telah dijatuhkan hukuman mencangkul parit kepacla A. Wahid bin Muhammad,
Darjah II dari pukul 8.00 hingga 10.00 pagi kerana kesalahannya malas datang
ke sekolah selama dua hari berturut-turut.
t.t. (ABDULLAH)
Guru Besar

127
1.2.41
Pukul 11.00 pagi ini ke Pekan bersama dengan A.M.O. (Assistant Medical
Officer) Pekan kerana berbelah bisul di atas ari-ari dan masuk Hospital Pekrul.
Sekolah dan lain-lainnya di dalam jagaan .Cik Said bin Aris (Guru Penolong).
t.t. (ABDULLAH)
Guru Besar

9.3.41
Hari ini telah dihantarkan satu notice kepada penjaga Ahmad bin Ishak murid
Darjah III dengan bawaan Cik Mohd Said bin Aris Guru Penolong. Langsung
ia melawat murid-murid yang lain yang tidak hadir hari ini.
t.t. (ABDULLAH)
Guru Besar

10.3.41
Hari ini Ahmad bin Ishak telah datang ke sekolah, dan telah dijatuhkan hukuman
rotan di punggung 4 rotan.
t.t. (ABDULLAH)
Guru Besar

12.3.41
Telah dijatuhkan hukuman pukul di punggung 3 rotan pada seorang murid
yang tersebut di bawah ini kerana main judi 'anak burung' pada 11.3.41 pukul
4 .00 petang.
(1) Wahicl hin Muhammad
(2) Jusoh bin Ismail
(3) Ibrahim bin Bakar
(4) Husain bin Bakar
(5) Mohd Ali bin Ismail
(6) Hasan bin Muhammad
t.t. (ABDULLAH)
Guru Besar
(Catatan Penulis:Judi 'anak burung ' dimainkan dengan melambung dua keping
aua aan semasa duit berada di udara peserta hendaklah membuat tekaan sama
ada duit itu jatuh dengan 'nombor' atau 'gambar '. Peneka yang menyebut
dengan betul dikira menang dan akan menerima hadiah sementara yang kalah
wang taruhannya diambil oleh 'pelambung ' yang bertindak sebagai towkey.
Semasa melambung biasanya seseorang akan menyeru: "Hidup anak burung!").

13.7.41
Melawat bersama-sama Guru Pelawat pada pukul 2.50 petang. Kedatangan

128
65/68 dengan 2 orang guru. Murid perempuan 6 orang sahaja.
Kawasan dan taman serta kebun memuaskan hati. Walaupun tanahnya semata-
mata pasir gebu, tetapi tanamannya subur, iaitu menunjukkan Cikgurunya usaha.
Darjah V - Congak nampaknya lemali benar lagi; mereka tidak menggunakan
akal. Dalam kira-kira untung rugi, patutlah mereka tahu jika untung, modalnya
kurang dari jualan dan akasnya.
Tulisan dan Rumi elok.
t.t. (ZAINAL ABIDIN BIN ALI)
Assistant Inspector of Malay Schools Pahang

3.1.42
Dibuka sekolah ini balik sebagaimana biasa. Tetapi kanak-kanak tiada hadir
sebab mengikut ibu bapanya ke hutan takutkan musuh!
t.t. (ABDULLAH)
Guru Besar

5.1 .42
Ditutup sekolah ini sementara kerana huru-hara dan kanak-kanak pun tiada
lagi dapat hadir, kerana mengikut ibu bapanya mencari hal kehidupan masing-
masing.
t.t. (ABDULLAH)
Guru Besar

22.2.42
Dengan titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang sekolah ini telah dibuka
balik bagaimana biasa.
t.t. (ABDULLAH)
Guru Besar

22.4.2603
Telah ditutup sekolah ini sementara dengan hukuman Group Teacher Pekan.
Cik Said bin Aris Guru Penolong sekolah ini balik ke kampungnya Pulau Rusa.
Saya ada tinggal di rumah kerajaan lagi.
t.t. (ABDULLAH)
Guru Besar

11.10.2603
Petang ini telah terima 14 buku Toku Hong dari ofis D.O. Pekan. Lain-lain

129
buku kerana persediaan sekolab tidak dapat dibeli kerana saya dapat berjumpa
dengan A.D.O. Pekan kerana ia mesyuarat dan D.O. pun tiada.
t.t. (ABDULLAH)
Guru Besar

26.12.2603
Ditutup sekolab ini dari 26.12.03 hingga 5.1.04 kerana sekolab-sekolab dalam
Pabang tutup. Pada hari ini juga saya dan Cik A. Latif, Guru Penolong ke
Pekan kerana belajar Nippon-Go hingga 30.12.03 . Pada 1.1.04 babaru terima
surat tutup dan surat menyuruhkan sabaya ke Pekan kerana belajar Nippon-Go.
Pada 6.1.03 sekolab dibuka balik sebagaimana biasa.
t.t. (ABDULLAH)
Guru Besar

3.1.04
Dibuka sekolab ini balik sebagaimana biasa. Tetapi kanak-kanak tiada hadir
sebab mengikut ibu bapanya ke hutan takutkan musuh!
t.t. (ABDULLAH)
Guru Besar

3.2.04
Hari ini kedua-dua orang guru ke Pekan kerana Peperiksaan Nippon-Go. Sekolab
ditutup.
t.t. (ABDULLAH)
Guru Besar

3.4.04
Telab ditubuhkan Koinkai di sekolab ini dengan diketuai oleh Penghulu Kuala
Pabang.
t.t. (ABDULLAH)
Guru Besar

29.4.04
Telab ditutup sekolab ini sehari kerana hari jadi Seri Mabaraja Nipon (Teni
Heka).
t.t. (ABDULLAH)
Guru Besar

130
12.5.04
11.30 pagi dilawat sekolah ini. Kedatangan 73/103 . Tiga _orang gu~ badir.
Suka bati mendengar semua murid-murid sekolah pandai menyany1 secara
Nippon.
t.t. (?)
Penghulu Kuala Pahang

12.9.04
Hari ini Majistret Pekan telah membicarakan di atas saman nama penjaga
murid-murid yang tersebut: (1) Jaafar bin Talib; (2) Majid bin Long; (3) Saw
Kong Kee kerana anaknya malas datang belajar ke sekolah. keputusan
perbicaraan itu tidak dapat. Hanya murid-murid yang disaman itu masih tiada
datang belajar lagi. Dan banyak murid-murid yang lain mengikut pula tidak
datang .

t.t. (ABDULLAH)
Guru Besar

5.7.46
Pukul 2.00 petang ini Cik Md Said bin Aris, Guru Penolong sekolah ini pergi
melawat kanak-kanak yang tidak tiada hadir ke Serandu dan saya ke Tanjung
Selangor. Murid-murid yang tidak hadir ini ialah disebabkan mereka itu pergi
memukat tarik, kerana bendak menggantikan pakaiannya yang telah compang-
camping. Nasihat telah diberi kepada penjaga murid-murid.

t.t. (ABDULLAH)
Guru Besar

28.10.48
Melawat sekolah pada pukul 11.30 pagi. Cik guru 4/4 badir. Ringkasan mengajar
bersedia dan diikuti dengan betul. Kedatangan hari ini 112/125 - baik. Nama
3 orang murid-murid yang malas telah diambil; saya akan menulis surat ke
D.O. Pekan. Murid-murid nampaknya bertambah cergas dan bersih.
Kawasan bersih. Pagar elok dan tegap . Taman maju. kebun - kemajuannya
padanlah dengan keadaan tanah pasir.
Pelajaran - murid-murid menyanyi ramai dan membuat lakonan. Nampaknya
semua murid riang dan gembira. Sukacita mendengar murid-murid menyanyi.

t.t. (ABDUL RAHMAN BIN TALIB)


Assistant Inspector of Malay Schools Pahang

131
6.6.49
The school· was visited by the Health Sister and Health Nurse. Boys 75, Girls
49 were seen and treated when necessary. The followings was noted:

Scabies 8
Yaws 37
Nits 34
Anaemia 3
Scores 8
Wonn,s 18
Dental Caries 35
Malnutrition 2
Deformity 3
Conjunctivities 10
Cough 1
Tonsil Enlarged 1
Spleen Enlarged 11

An extra building has been added to the school which lessens the over-crowing
but extra benches has not yet been provided.
t.t. (M. JEAN McGARITY)
Health Sister

132
Lampiran II

\, l.AI. ~~ I\ \>A-t•
~-""·~~-

l . l ·1' .

; . l . -? I

Guru Besar sakit dan terus menumpang Penolong Pegawai


Perubatan ke hospital - tinggallah seorang guru untuk
menjalankan peperiksaan sekolah bersendirian!

133
Lam piran III

1927 - Penentuan cuti sekolah berdasarkan keperluan setempat dan


Penghulu berkuasa memanjangkan cuti

134
Lampiran IV

. f' ' . ' •• .l; i, .


I
. ;

:, [• :.~.:;._:. .. . ~-~ ; .. t ,1. J~:cit-.·~ .f.t.
. ' :.,.\ :, c··'·. '-(> •. : / ,~: . 'In!\r~cto1 ef Sch~f>111;
l .iVJ. ·'f';ih11n{.

Pemeriksaan pad.a 1930 lebih terperinci tetapi aspek akademik


masih diberi keutamaan terakhir

135
Lampiran V

1937 - Keberangkatan DYMM Sultan Pahang - komen yang diberi biasanya


serupa. Bandingkan dengan lawatan dua tahun kemudiannya.

136
Lampiran VI

\. :.·


V{,s .d. . .
.

.. \

Tugas tambahan guru memang ada sejak dulu: menjalankan aktiviti sambutan
Empire Day 1938 dan perbandingan senaman peringkat negeri.

137
Amalan Animisme di Kalangan Petani Padi
Melayu di Pahang Tua
ABU BAKAR MOHAMED YUSOF*

Pengenalan
Animisme iaitu kepercayaan bahawa makhluk selain daripada manusia
juga mempunyai roh dan semangat, masih boleh lagi dikesan sisa-sisa
kepercayaannya di kalangan masyarakat petani padi Melayu khususnya
di kawasan pedalaman. Mereka percaya kepada kewujudan perkara-perkara
yang ghaib, dan perkara-perkara yang ghaib ini dipercayai lebih berkuasa
daripada manusia dan kepadanya manusia memohon, meminta dan
menyeru untuk mendapatkan pertolongan atau menghindarkan daripada
berlakunya mara-bahaya . Semua ini adalah berdasarkan kepada
kepercayaan dan pandangan manusia bahawa perakara-perkara yang ghaib
itu boleh dan dapat menunaikan segala permohonan mereka.
Kini, walaupun kepercayaan ini masih lagi wujud, tetapi banyak
daripada kepercayaan tersebut tidak lagi diamalkan oleh petani-petani
khsusnya petani-petani padi di Pahang Tua.
Persoalan tentang roh adalah suatu perkara yang amat sulit sekali
dan perkara ini cukup jelas dinyatakan di dalam al-Quran bahawa "roh
adalah urusan Tuhan dan kamu tidaklah diberi pengetahuan tentang roh
kecuali sedikit sekali". Namun begitu, seorang informan telah memberitahu
bahawa "roh manusia" dan roh-roh makhluk lain, seperti padi, asalnya
daripada "satu kejadian". Oleh sebab itu semangat padi diumpamakan
seperti seorang budak, yang perlu dijaga hatinya dengan teliti dan rapi
kerana seseorang budak itu sentiasa perlu dibelai dan dimanja kerana dia
mudah merajuk. Sekiranya dia merajuk dan lari meninggalkan seseorang
* Lulusan Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, 1990/91.

138
petani, maka hasil padi tersebut akan terjejas. Untuk mengelakkan daripada
berlaku kerugian maka pihak petani akan mengadakan upacara tertentu
bagi memujuk semangat padi. Bagaimanapun, konsep semangat padi di
kalangan masyarakat Melayu ticlak diidentifikasikan dengan dewa-dewi
tetapi dengan watak sederhana yang ticlak mempunyai kuasa magis.
Mengibaratkan semangat padi dengan seorang budak menunjukkan
wujud sedikit persamaan dengan sebuah metos yang terdapat di dalam
upacara lotah di Perak. Adalah dipercayai semangat padi diwakili oleh
seorang anak perempuan yang manja berusia empat tahun yang hilang
dari rumah ketika ibunya pergi ke sawah. Melalui mimpi-mimpinya, si
ibu mengadakan berbagai upacara untuk mendapatkan anaknya kembali
tetapi si anak ticlak pulang juga. Namun demikian anak itu tetap ada
tetapi di dalam bentuk semangat padi yang mesti dijaga supaya padi
tetap subur clan mempunyai "inti" yang mengenyangkan dan melang-
sungkan hidup. 1 Bagi orang-orang Melayu, memakan padi tanpa semangat
padi disamakan seperti memakan hampas yang ticlak memberi manfaat
kepada hidup.
Mengikut kepercayaan, semangat padi boleh dibahagikan kepada
dua jenis atau jantina iaitu, i) Dang Empuk, berjantina perempuan dan
ii) Dang Malini, berjantina lelaki.
Dipercayai bahawa semangat padi di Tanah Melayu berjantina lelaki.
Oleh itu, rumpun padi yang terdapat semangat padi yang paling tinggi
sekali terdiri dari tujuh tangkai padi sahaja. Dikatakan semangat padi
yang berjantina perempuan hanya terdapat di Siam (Thailand). Itulah
sebabnya penghasilan padi di sini lebih rendah berbanding dengan negeri
Siam.
Kelompok-kelompok masyarakat petani terutamanya di daerah
pedalaman mempunyai tingkat-tingkat upacara dan pantang-larang
mengikut tingkat-tingkat pengeluaran padi iaitu dari penyediaan tapak
semaian, menyemai, menanam, merumput, menuai, melerai, membersih
(mengangin), menyimpan di jelapang, menjemur dan menumbuk,
mengemping dan meringgi, menyimpan beras, memasak, memakan
sehinggalah kepada membersihkan sisa makanan.
Terclapat tatacara atau tatatertib tertentu semasa hendak menyediakan
tapak untuk bertanam. Pada hari pertama sehinggalah hari ketiga petani
dibenarkan bekerja tetapi pada hari keempat, kelima clan keenam, mereka
tidak dibenarkan sama sekali meneruskan sebarang kerja clan hari-hari ini

I Haron Mat Piah, Dewan Budaya, Januari 1981 : 17.

139
dikenali sebagai "memalik tebas". Selepas tempoh larangan tersebut,
petani bolehlah meneruskan kerja mereka.
Seterusnya melalui seorang Tok Bomoh orang-orang kampung akan
diberitahu bahwa selama tempoh tiga hari tersebut, mereka ticlak boleh
"mendarah" dan "melayu". Apa yang dimaksudkan dengan "mendarah"
adalah seseorang itu tidak dibenarkan rrenyembelih, membunuh atau
memburu binatang-binatang yang berdarah sementara perkataan "melayu"
pula adalah dari perkataan asas layu yang bermaksud seseorang itu tidak
boleh menebas atau menebang pokok-pokok. Pendek kata dalam tempoh
pantang tersebut, penduduk kampung ticlak boleh bekerja. Sekiranya
pantang larang ini dilanggar atau diengkari, kecelakaan clan bencana alam
akan menimpa individu-induvidu tersebut.
Masyarakat Melayu juga mempercayai wujudnya masa atau ketika-
ketika yang tertentu untuk memulakan sesuatu pekerjaan kerana ketika-
ketika tertentu itulah akan menentukan sama ada sesuatu pekerjaan itu
mencapai kejayaan atau sebaliknya, sepertimana yang tercatat dalam kitab
ketika, yang memberi alamat baik dan buruk sesuatu pekerjaan yang
dilakukan pada hari dan bulan tertentu. 2
Penentuan kiraan hari itu adalah berclasarkan kepada nama atau
ungkapan berikut:

Bumi, antara baik, langit, antara turun, di bumi, antara naik, di


langit (Libat Rajah!).

Pengiraan hari pertama hingga ke hari tujuh dikira daripada satu


haribulan iaitu bulan pertama Islam, ·bu1an Muharram clan seterusnya.
Pengiraan ini dikira mengikut pusingan iaitu apabila sampai hari ketujuh,
maka hari berikutnya dikira sebagai hari pertama clan seterusnya. Hari-
hari yang perlu dielakkan daripada memulakan satu-satu pekerjaan
penanaman padi adalah hari-hari yang dilambangkan sebagai antara turun,
di bumi dan bumi kerana dipercayai, kalau jatuh pada hari-hari tersebut,
lebih-lebih lagi ke bumi penyakit kuat akan menimpa Hari-hari yang
lain adalah baik untuk memulakan kerja penanaman padi.
Walau bagaimanapun kekecualian ialah hari Jumaat. Walaupun
penentuan pernilihan hari yang ticlak baik jatuh pada hari Jumaat, tetapi
hari Jumaat tetap diakui sebagai hari yang baik untuk memulakan sesuatu
pekerjaan.

2 Lihat MS . 331 , PNM - Perpustak:aan Negara Malaysia.

140
Rajah 1: Pemilihan Harl Baik Atau Buruk Untuk Memulakan
Sesuatu Pekerjaan

Bilangan Harl Penentuan Pemilihan


(Mengikut Kalendar) Nama Harl Harl

Hari Pertama Bumi Tidak Baik


Hari Kedua Antara Naik Baik
Harl Ketiga Langit Baik
Hari Keempat An tar a Turun Tidak Baik
Hari Kelima Di Bumi Tidak Baik
Hari Keenam Antara Naik Baik
Hari Ketujuh Di Langit Ba ik

Dalam masyarakat petani masa ini, upacara dan pantang larang masih
lagi wujud, cuma bezanya mungkin terletak pada tanggapan dan
pengabdiannya, sama ada ia menyeluruh atau tidak, terperinci atau tidak,
dan diamalkan atau tidak. Upacar.a menghantar persembahan pada
penunggu sawah masih lagi wujud di Hulu Kelantan melalui upacara
gunungan dan di Hulu Terengganu melalui permainan Ulit Mayang dan
Ulit Bedang. Upacara memilih tapak semaian dan menabur benih semaian
masih terdapat di Melaka. Menyanyi dan menari dalam upacara merumput
juga terdapat di Hulu Tembeling dan Hulu Dungun dalam bentuk
permainan 'Puja Indung'. Temasya bersukaria selepas menuai masih lagi
diwarisi melalui permainan lotah di Perak dan Badai di Terengganu. 3
Soalnya, mengapakah begitu terperinci perhatian yang diberikan oleh
orang-orang Melayu terhadap penenaman padi? Mungkin kerana padi
adalah sumber ekonomi omag Melayu yang paling penting sejak dahulu
lagi. Kepentingan padi dalam kehidupan orang-orang Melayu tergambar
dan diabadikan dalam pepatah, "ada padi semua kerja jadi, ada beras
semua kerja deras". Atau mungkin, padi mempunyai unsur mistik yang
terkandung di dalamnya semangat yang memerlukan perhatian dan layanan
untuk meneruskan hidup.

Fungsi Animisme di dalam Kehidupan Petani Padi Melayu


Animisme merupakan suatu sistem kepercayaan yang meliputi amalannya
sekali. Setiap amalan sesuatu kepercayaan mempunyai fungsi dan fungsi

3 Harun Mat Piah, Dewan Budaya, Jan. 1981 : 16.

141
ini biasanya dikaitkan dengan worldview sesuatu masyarakat tersebut
Sebel um menerima hidayah dari Tuhan, mungkin perasaan takut
dan kagum terhadap fenomena alam yang wujud di sekeliling mereka
mendorong mereka untuk mendapatkan psychological safeguards terhadap
halangan-halangan atau bencana yang mungkin menimpa. Faktor psycho-
logical safeguards adalah penting sebagai sumber kekuatan jiwa untuk
mereka terns hidup.
Bagi mencapai matlamat itu, manusia memberi khidmat kepada kuasa
supernatural dengan rrenyediakan upacara-upacara seperti upacara memuja
semangat padi dan upacara membuka hutan serta mematuhi pantang larang
agar kuasa-kuasa supernatural tadi tidak merajuk, murka sehingga boleh
membawa malapetaka kepada mereka. Kejadian-kejadian seperti
kemalangan, kerosakan dan bencana juga selalu dikaitkan dengan kuasa-
kuasa ghaib yang mendiami alam ini.
Oleh itu, pelbagai cara diikhtiarkan untuk mengelakkan daripada
berlaku kejadian-kejadian yang tidak diingini. Bomoh atau pawang
memainkan peranan penting untuk mencapai male.sud tersebut. Upacara-
upacara penghormatan kepada kuasa-kuasa ghaib ini dilakukan dengan
diketuai oleh pawang . Umpamanya, dalam upacara rrenjamu negeri,
pawang ale.an membaca mantera seperti:

As' -salam alaikum,


hai segala datuk, jin clan jembalang yang memegang tanah air di sini.
Adalah aku menyembelih kerbau putih
segenggam tanduk ini, hendak menjamu negeri.
Haraplah aku, supaya engkau peliharakan daripada sekelian mara
clan bahaya serta cacat celanya.4

Kepercayaan-kepercayaan ini juga memainkan peranan bagi


mengekalkan kelakuan individu . Dalam masyarakat yang sederhana,
hubungan di antara individu dengan individu yang lain begitu rapat sekali.
Dalam menyediakan tapak untuk bertanam, menuai dan sebagainya, aktiviti
bergotong-royong atau berderau tetap menjadi amalan penduduk karnpung
walaupun pengeluaran itu secara kecilan atau secukup hidup sahaja,
Daripada amalan ini, terjelmalah kerjasama yang erat di kalangan anggota
masyarakatnya.
Upacara memula dan memanggil semangat padi pada musim-musim
tertentu juga memberi penenakan kepada peri pentingnya aktiviti-aktiviti

4 Winstedt, "The Ritual of the Rice Field", JMBRAS , 1929: 93.

142
mengikut musim. Apabila proses-proses penanaman dijalankan serentak
maka akan mudahlah proses penghasilan padi. Apabila telah wujud
perpaduan sosial, masyarakat akan dapat membentuk dan memelihara
peraturan, kestabilan dan kehormanian dalam masyarakat.
Kepercayaan-kepercayaan yang diamalkan di dalam masyarakat
dahulu, jelas memberikan mereka keteguhan dalam menghadapi perkara
yang belum tentu. Ia juga dapat meringankan beban jiwa seseorang
individu dalam menghadapi garis ketidaktentuan (margin of uncertainty).
Justeru itu terdapatlah upacara seperti memuja semangat padi. Melalui
upacara-upacara yang sedemikianlah kesatuan dan kestabilan di dalam
masyarakat dapat dikawal.
Upacara-upacara yang diamalkan, sama ada benar-benar membuahkan
hasil atau matlamat sepertimana yang dihajati oleh pak tani ataupun
sebaliknya, akan tetap merupakan suatu kepuasan yang perlu dipenuhi
clan tidak dapat ditinggalkan kerana ia adalah suatu warisan budaya yang
diwarisi oleh satu generasi ke satu generasi yang lain. Kini kalaulah
masih wujud kepercayaan seperti permainan ulit mayang atau ulit bedang
ataupun upacara menyanyi dan menari dalam upacara merumput di Hulu
Tembeling, ia tidak lebih dari berfungsi sebagai alat hiburan dan inti
daripada kepercayaan sedemikian dianggap dongeng oleh generasi
sekarang.
Sesungguhnya kepercayaan-kepercayaan animisme yang berhubung
dengan padi adalah suatu kegiatan yang umum dan lumrah bukan sahaja
di Tanah Melayu tetapi di seluruh Kepulauan Melayu pada ·suatu ketika
dahulu. Setiap masyarakat mempunyai upacaranya yang tersendiri dan
setiap upacara mempunyai metos asal-usulnya yang berlainan dan
tersendiri juga.

Upacara-Upacara di dalam Aktiviti Penanaman Padi


Kepercayaan selalunya akan diikuti oleh amalan. Dalam fahaman
animisme, amalan-amalan itu berbentuk upacara-upacara atau perlakuan
yang biasanya mempunyai perkaitan atau persembahan terhadap kuasa
supernatural atau kuasa magis.
Menurut Firth, upacara yang berkaitan dengan magis ini boleh
dibahagikan kepada tiga jenis iaitu:

i. upacara magis yang mendatangkan faedah (productive) seperti


memberi kesuburan kepada tanaman padi· dan penghasilan yang
baik.

143
ii. upacara magis yang memberi perlindungan, seperti perlindungan
daripada bencana dan serangan penyakit dan
iii. upacara magis yang menjahanamkan, seperti penggunaan magis
yang bertujuan untuk merosakkan tanaman orang lain. 5

Upacara-upacara yang dijalankan oleh para petani Melayu mem-


bayangkan bahawa di samping mengamalkan teknik-teknik tertentu dalam
proses penanaman, terdapat juga faktor-faktor incalculable dan
campurtangan roh nenek-moyang dan Tuhan di dalam menentukan hasil
us aha mereka. 6
Ini adalah kerana dalam menghadapi ketidaktentuan ini, suatu psy-
chological safeguards, iaitu memohon kesejahteraan kepada kuasa Yang
Maha Kuasa, adalah perlu dalam kehidupan petani yang sentiasa
berhubung dengan alam ini, bagi menghadapi sesuatu kejadian yang
tidak mampu mereka atasi.
Kita dapat membuat kesimpulan bahawa upacara-upacara yang
diamalkan oleh para petani kita, setidak-tidaknya adalah untuk menjamin
segala usaha mereka dapat dinikmati oleh mereka. Dari sudut worldview,
para petani menganggap segala upacara yang diamalkan itu tidak
bertentangan dengan syariat Islam. Ia adalah ikhtiar mereka berhadapan
dengan keadaan yang tidak menentu.
Di dalam proses penanaman padi, iaitu bermula dari peringkat
pembukaan tanah sehinggalah padi dijadikan emping, kerja-kerja ini selalu
diiringi oleh beberapa upacara. Antara upacara-upacara tersebut adalah:

i) membuka hutan untuk tapak pertanian


Terdapat kepercayaan di kalangan para petani bahawa fenomena alam ini
didiami oleh kuasa ghaib seperti jin dan hantu. Lantaran itu, sekiranya
sesuatu kawasan dipilih untuk dibuat tapak pertanian, terlebih dahulu
mestilah diadakan upacara tertentu bagi menghalau atau memujuk makhluk
halus daripada melakukan berbagai angkara atau kecelakaan.
Di peringkat ini, peranan pawang adalah sangat penting. Setelah
kenduri diadakan dan segala peralatan untuk membuka tanah sudah
disediakan, pawang akan membaca mentera berikut untuk mengelakkan
daripada berlaku kecelakaan terhadap pak tani di kawasan tapak pertanian
tersebut:
5 Firth, Raymond, Human Types: An Introduction to Social Antropology, 1960:
155 - 156.
6 Ibid., him. 78 .

144
Hantu hutan ke . . . baik sekelian begitu, begini,
jangan rosak binasakan, sekelian anak buah aku,
jikalau engkau binasakan, engkau derhaka kepada Allah, bukan aku
pun ya kuasa. 7

Di dalam mukim Pahang Tua juga, sesetengah petani akan meminta


kemenyan daripada Sultan Abu Bakar (Almarhum) sebelum membuka
tanah. Perkara ini diakui oleh Encik Mohamed Salim yang berkata:

Orang-orang kampung merafak sembah menghulurkan kemenyan atau


secangkir air untuk dijampi oleh penawar sebarang penyakit atau
jampi untuk membuka tanah baru, mendirikan rumah atau memulakan
tanaman padi . . . .8

Ini adalah kerana menurut para petani yang ditemui, mereka


berpendapat bahawa sultan itu adalah khalifah Allah, lantaran itu segala
pemberian atau kebenaran baginda mempunyai berkat dan boleh
menentukan kejayaan atau kegagalan usaha mereka. Kemudian sambil
diseru:

Aku ini bawa titah raja, kalau ada apa-apa hal, ini titah raja.9

Selain daripada itu, para petani di Pahang sebelum membuka kawasan


pertanian, mestilah rremperasapkan gaharu terlebih dahulu kemudian
diambil kapak dan dikapakkan ke pokok. Kapak itu sekiranya melekat
tidak boleh diambil terns pada hari itu tetapi dibiarkan hingga keesokkan
harinya. Sekiranya pada keesokan harinya kapak itu masih melekat lagi,
maka kawasan itu bolehlah diusahakan, tetapi sekiranya kapak itu jatuh
kawasan itu tidak boleh diusahakan kerana dipercayai ada penunggu dan
usaha mereka adalah merbahaya.
Keesokan harinya, petani akan meneruskan kerja membersihkan hutan
sehingga kerja-kerja itu selesai. Selang beberapa hari kemudian, pada
hari yang dianggapkan sesuai, dan sebelum membakar pokok-pokok yang
sudah kering, petani pun akan membakar kemenyan yang diberikan oleh
pawang dan menyeru dengan sekuat-kuatnya sebanyak tiga kali mantera
ini:
Keluar dewa, mambang, jin, peri, langsuir, bota raya, jin tanah
jembalang bumi, bayu paksi;
Temuramah dengan Hj. Ahmad b. Jalil , seorang pawa ng di Pahang Tua.
Safiullah KN, Perahu Kenaikan Diraja dalam Berita Darulmakmur, bil. 6/89: 19.
9 Temurarnah dengan Mohd Noor b. Pak.ih, yang berusia 81 tahun dari Kampung
Lampir, Pekan .

145
yang selang-menyelang buta berpimpin, yang capek bertongkat:
sahaya bendak membakar;
jangan ditafsirkan kepada Tok Pawang, tidak memberi ingat;
jangan ditempobkan kepada sahaya tidak membefi setabek;
kerana sahaya mari berladang ke sini bendak menumpang tedub
naung naung tuan-tuan yang memegang desa di sini.10

ii) adat menanam padi


Sebelum menurun benih padi, petani-petani di Pahang Tua akan
menjemput dahulu pawang untuk memulakan tugas tersebut. Kemudian,
pawang akan memasukkan benih padi ke dalam lubang yang telah digali
clan menyeru mantera ini:
Assalamualaikum, Ya Adam, Siti Hawa,
aku minta kandungkan benib aku ini daripada lapan bulan ke bawab,
aku mintalah jangan beri rosak binasa begitu begini,
sekalian musub-musub, ulat undurlah ke butan yang jaub, ke rimba
yang jaub. 11

Tujuan membaca mantera ini adalah untuk mengelakkan dari serangan


musuh serta diharap tanaman padi akan hidup subur.
Di Perak Utara semasa sebelum menurunkan benih padi ke tapak
semaian, petani akan membasuh dan membersihkan benih padi pada
sebelah petangnya clan padi itu disimpan di rumah untuk semalaman.
Pada petang hari yang berikutnya, sebelum memasukkan benih padi ke
dalam lubang, pawang akan membakar kemenyan clan sambil memegang
kayu tugal akan menyeru:
A's-salam alaikum! bai Nabi Allah Sulaiman, raja sekalian bumi!
Aku memberitahu kepada engkau . Aku hendak menurunkan padi
akan benib bagi aku.
Haraplah aku minta peliharakan daripada sekalian mara dan
bahayanya.12

Kemudiannya pawang akan irembuat tujuh buah lubang dengan


tugal , lubang-lubang itu dibuat dalam dua baris, iaitu tiga lubang sebaris
clan yang satu Iagi dibuat di antara dua baris tersebut.

Mengubah Anak-Anak Padi


Sesudah padi di tapak semaian itu berusia 44 hari, maka benih padi
IO Winstedt, 1929, Ibid., him. 439.
11 Temuramah dengan Haji Ahmad b. Jalil, yang berusia 101 tahun dari Pahang Tua.
12 Winstedt, op . cit., 116.

146
tersebut pun dicabut dan diikat dan sekiranya akar dan pucuknya panjang,
bolehlah dipotong sedikit. Kernudian padi itu akan direndarn dengan
baja. Padi itu perlu dianginkan selarna lebih kurang dua rnalarn sebelurn
dipindahkan ke sawah.
Menurut Windstedt, pawang atau orang yang rnahir akan rnelakukan
upacara pernindahan itu pada petang Sabtu dengan rnenanarn tujuh perdu
yang pertarna anak padi bersarna-sarna dengan sebatang pisang ernas
serta tiga batang bernban. Ruang ini juga akan dipagar". 13

Sernasa Padi Memecah Anak


Setelah padi yang telah diubah ke sawah itu hidup segar, dalarn rnasa
tiga puluh hari keluarlah anaknya. Pada rnasa dahulu penduduk di Pahang
Tua akan bertandang ke rurnah pawang padi dan rnenjernput beliau ke
sawah. Pawang akan rnengelilingi sawah irengikut batas selarna tiga
petang sarnbil rnernbaca rnantera berikut:
Pucuk lepang, bunga lepang,
Tupai tikus beranak muda,
Petang-petang Cik datang,
Bagi gumpal (me) narik Muda. 14

Gurnpal itu adalah sejenis rurnput yang tidak dirnakan oleh rnusuh-
musuh tanarnan. Mantera ini dibaca berulang-ulang agar padi akan turnbuh
dengan subur.

Upacara Merabun
Setelah pokok padi berusia ernpat bulan padi pun rnula bunting kecil. Di
Pahang Tua, petani-petani akan rnengadakan suatu upacara rnerabun iaitu
upacara rnengasapi pokok-pokok padi. Selalunya bahan yang digunakan
untuk rnengasap pokok-pokok padi ialah daun-daun kelapa kering dan
kernenyan. Tidak ketinggalan juga pawang akan dijernput. Beliau akan
turun ke sawah dan di dalarn upacara ini, dia akan rnernbaca rnantera ini:
Sri Anjung melanjung,
Puteri esak-esak,
Jangan beri tanjung-menganjung,
Biar berisi besak-besak. 15

13 Ibid., hlm. 117.


14 Temuramah dengan Haji Ahmad b. Jalil pada 24 Ogos 1990.
15 Temuramah dengan Haji Ahmad b. Jalil, di Pahang Tua.

147
Jelaslah bahawa pawang berseru supaya padi akan hidup subur dan
mengeluarkan hasil yang lumayan.

Mengubat Penyakit Padi dan Menghindarkannnya


dari Musuh Tanaman
Apabila tanaman padi diserang musuh tanaman atau ditimpa penyakit
terdapatlah beberapa petua atau kaedah untuk mengatsi masalah tersebut.
Menurut Haji Ahmad b. Jalil, bagi mengatasi masalah serangan
tikus, hendaklah ditumbuk duri landak laut ~ngan daun limau lalu
dicampurkan dengan air beras. Kemudian ramuan ini hendaklah disiram
di tempat di mana padi itu dimakan oleh tikus dan Insya-Allah, serangan
tikus itu akan berhenti. Tambah beliau, oleh kerana tikus itu berasal dari
laut, maka duri landak laut itu, yang juga berasal dari tempat yang sama,
ditakuti oleh tikus. Sekiranya ulat air memakan batang padi, hendaklah
dcacak buluh gading pada empat penjuru sawah dan di dalam buluh itu
dimasukkan daun pinang masak.
Namun begitu, orang-orang tua di Mukim Pahang Tua yang dit.emui
yak.in bahawa selalunya apabila Almarhum Sultan Abu Bakar "memegang"
dan "menjampikan" benih padi mereka, dengan berkat dan izin Allah,
tanaman padi mereka akan menjadi dan terhindar daripada bencana dan
penyakit.

Upacara Menuai
Setelah padi masak merata, penduduk di Pahang Tua akan menjemput
pawang padi untuk mencari ibu padi dan seterusnya memulakan upacara
menuai. Setelah ditemui ibu padi, pawang akan mencacak sebatang kayu,
lalu dicerut ibu padi itu dengan benang kepada kayu tersebut. Setelah ibu
padi dikerat, pawang pun berpesan dan membaca mantera:
lailaha illahllah, Dayang Maimunah Majlani,
janganlah engkau tinggalkan daripada tempat ibu yang aku ambil ini,
janganlah engkau terperanjat,
engkau dalam tujuh beradik dalam tiga hari aku minta. 16

Pada hari tersebut, ibu padi yang dituai akan dibawa pulang oleh
pawang ke rumah. Dalam perjalanan membawa pulang semangat padi
(ibu padi) tersebut, adalah pantang menjawab atau membalas t.eguran
sesiapa sehinggalah ibu padi tersebut disimpan di dalam belubur atau
tempat simpanan padi. Pada hari kedua dan ketiga, padi hanya boleh
16 Temuramah dengan Haji Ahmad b. Jalil pada 23 Ogos 1990.

148
dituai dalam segantang atau dua dan disimpan di dalam belubur. Pada
hari keempat, kerja menuai hendaklah diberhentikan sehari. Seterusnya,
pada hari kelima, bolehlah dilakukan "memalik tuai" iaitu menuai secara
beramai-ramai.
Di Perak Utara pula menurut Winstedt, setelah ibu pacli ditemui,
pawang akan mencacak sebatang kayu lalu dicerut ibu pacli itu dengan
benang pancawarna, perinjis, tebu dan bunga. Pawang akan mengelilingi
ibu padi tersebut sebanyak tiga kali lalu membaca mantera bagi menghalau
jembalang.17
Setelah dibaca mantera dan jampi-serapah semasa dia mengelilingi
ibu pacli, pawang pun beredar. Setelah senjakala, pawang akan datang
dengan membawa dadar tepung tawar lalu meghampiri ibu pacli tersebut
clan membaca mantera berikut:

Hai semangat anakk:u Maharaja Cahaya.


Alm kirim pada ibu awal enam bulan,
Ketujuh ku sambut naik,
Sampai perjanjian ku sambut naik,
Ku suruh belayar ke laut hitam, ke luat,
Hijau, ke laut biru, ke laut ungu.18

Selesai sahaja mantera dibaca, dipercayai bahawa semangat padi


akan datang dalam bentuk belalang atau lain-lain serangga dengan cliiringi
oleh bunyi angin. Sekiranya semangat padi tidak menjelma, sebahagian
daripada mantera tersebut perlu diulang sebanyak tiga kali. Kemudian
pawang dengan senafas dan mengancing gigi mengerat tujuh tangkai
padi lalu memasukkannya ke dalam bakul. Tangkai yang dipotong itu
direnjis dengan air tanah sebagai ubat untuk menghilangkan kesan keratan
tadi.

Upacara Mengernping
Upacara mengemping adalah upacara tradisi masyarakat pesawah di negeri
Pahang Darul Makmur. Mengemping ialah proses menumbuk padi secara
tradisional untuk menghasilkan sejenis makanan sampingan yang dikenali
sebagai emping. Padi yang hendak dijadikan emping akan direndam dan
kemudiannya digoreng sehingga menjadi bertih dan ditumbuk untuk
menghasilkan emping. Pada kebiasaannya, membuat emping ini diadakan
secara berkumpulan.
17 Winstedt, "Rice Ceremonies" dalam JFMSM, 1920: 118/9.
18 Ibid.

149
Upacara mengemping ini diadakan sebagai menandakan kesyukuran
kerana hasil penat lelah mereka sudah dapat dinikmati. Oleh itu, musim
menuai adalah musim yang menggembirakan. Upacara ini paling meriah
diadakan apabila hasil dari mereka begitu menjadi, khususnya semasa
menuai sulung. Kegembiraan masyarakat pesawah ini dilahirkan semasa
menjalankan kerja-kerja mengemping. Sambil bekerja, mereka bermain
rentak lesung (tingkah lesung). Rentak lesung adalah rangkaian bunyi
yang dihasilkan melalui paluan atau tingkahan antan pada lesung. Terdapat
pelbagai nama yang diberikan kepada rima bunyi, antaranya ialah
"kambing berlaga" dan "mencembung anak". Tingkah lesung ini boleh
dimainkan berdua, bertiga, berempat dan lebih. Tingkah lesung dimainkan
semasa menunggu padi digoreng. Selain daripada tingkah lesung, pantun
seloka juga turut memeriahkan upacara mengemping. Pantun dan seloka
diselitkan apabila habis satu perendang (pusingan), iaitu semasa menunggu
padi digoreng untuk kali kedua.

Memilih Padi Untuk Dijadikan Semangat Padi


Tatkala buah padi sudah masak rata, pawang akan dijemput untuk memilih
padi yang akan dijadikan semangat padi . Menurut Haji Ahmad bin Jalil,
semangat padi boleh ditemui di tempat di mana empat rumpun padi
mengadap secara empat persegi serta menyelungkup ke satu arah.
Selanjutnya berdasarkan catatan yang dibuat oleh Winstedt, terdapat
beberapa kriteria penting yang dihalusi oleh seseorang pawang bagi
mernilih padi yang akan dijadikan semangat padi.
Pertama yang dicari ialah Raja Padi di mana buahnya putih safa,
isinya kuning kunyit dan daunnya pul.ih bersalur kuning sampai ke batang.
Kedua, Bendahara Padi, iaitu hitam buah, daun dan batangnya. Ketiga,
Menteri Padi, buah, daun dan batangnya bersalur putih. Keempat, Padi
Tongkat Mandah, buahnya keluar bukan pada ruasnya. Kelimanya, padi
yang bemama Puteri Bertudung Berselupat, pangkal buahnya berbeza
daripada daun pengasuhnya. Keenam, Padi Tersenyum, tampak terbuka
isinya akan tetapi isi itu tidak cacat. Ketujuh, Padi Noleh, buahnya berlipat
ke atas. Kelapan, Padi Berdukung, tiga, lima, tujuh perdu berdatang-
datangan, bertemu buahnya. Kesembilan, Padi Bersanding datang berhadap
sama-sama setangkai dan tangkainya berjerait.
Sekiranya tidak terdapat salah satu daripada jenis-jenis di atas,
tidaklah boleh dimulakan pengambil semangat padi. 19

19 Winstedt, op. cit., 444.

150
Sebelum padi dituai dan diba wa pulang, sesetengah petani
mempercayai bahawa sebaik-baiknya perlu diadakan satu upacara
memberitahu semangat padi agar ia tidak merajuk ataupun lari ke tempat
lain. Upacara ini dilakukan ketika petani-petani ini melihat padi mereka
sudah masak betul, iaitu dua atau tiga hari sebelum dituai.
Pawang akan dijemput dan beliau akan pergi ke sawah lalu membaca
mantera berikut:
Ni bapa (ibu atau emak),
mari naik beritahu,
dua (tiga esok) hari lagi,
bapa nak datang ambil bawa balik ke rumah.
Janganlah terkejut, tergempar apa-apa.20

Menyambut Semangat Padi


Setelah selesai upacara mengambil ibu padi, ia akan dibawa batik ke
rumah dengan berpayung. Sesampai ia di rumah tuanpunya padi, ia akan
dibawa masuk dan diletakkan di atas tikar yang berbantal. 21
Manakala di Perak, apabila sahaja kelihatan petani membawa batik
semangat padi, isteri dan anak-anaknya akan bertimang:
Sila urat rambut, buah hati, jantung limpa, negaraku,
rindu sangat, dendam sangat, sehari-hari ibu menanti,
rindu sebulan dendam setahun,
Tempat peraduan anakku sudah sedia,
cukup langkah suatu tidak berkurangan. 22

Di dalam perjalanan membawa semangat padi pulang, sekiranya


sesiapa menegur, pantang teguran tersebut dibalas sehinggalah semangat
padi sampai ke rumah.

Menyimpan Semangat Padi


Setelah dibawa batik, semangat padi akan disimpan di dalam belubur,
kemudian pawang akan berpesan kepada semangat padi:
.Duduklah awak diam-diam di sini,
janganlah terperanjat, begitu begini,
jagalab adik-beradik awak,
jangan terperanjat. 23
20 Nayan, "Adat Persawahan Di Kedab" dalarn Mastika, Nov. 1958: 43.
21 Skeat, Malay Magic, 1967: 243.
22 Winstedt, op. cit., 445 - 446.
23 Temuramah dnegan Haji Ahmad bin Jalil pada 23 Ogos 1990 di Pabang Tua.

151
Setelah padi perlu dijaga dengan baik. Sekiranya semangat padi
tidak dilayan dengan baik, seperti menghempas padi atau membuat bising
di kawasan belubur, ia akan lari. Sekiranya semangat padi hilang atau
melarikan diri, petani percaya ia akan menjejaskan penghasilan padinya.
Oleh itu, suatu upacara memujuk semangat padi perlu diadakan.
Pawang akan "membuat" tepung tawar sambil membaca mantera berikut:
Tepung tawar tepung janti,
Pemeluk empat-empat,
Aku hendak panggil semangat engkau tujuh beradik,
Maimunah Majlati, Maimunah Majlani. 24

Kemudian tepung tawar tersebut direnjis di tempat simpanan


semangat padi dan dibaca mantera ini:
Baliklah awak begitu begini,
Maimunah Majlani, Maimunah Majlati,
Jangan merajuk begitu begini,
Ini bukan salah encik,
Salah budak-budak yang tidak reti basa.25

Selepas mengadakan upacara memeujuk ini, semangat padi selalunya


akan kembali semula dan petani akan lebih berhati-hati agar semangat
padi tidak akan lari atau hilang.

Kesimpulan
Adalahjelas dengan adanya upacara dan pantang-larang di setiap peringkat
penanaman dan pertumbuhan padi, para petani berharap mereka akan
mendapat basil pulangan yang lumayan.
Walaupun terdapat beberapa perbezaan di antara kawasan atau negeri
di dalam upacara dan mantera yang dibaca, umpamanya seruan semangat
padi ialah kepada Dang Empok, Dang Malini di Perak dan Pahang,
sementara di Negeri Sembilan yang diseru ialah Pagar Ruyung dan Si
Guntang Mahameru. Walau bagaimanapun apa yang jelas ialah ia
mempunyai objektif yang sama.
Dalam pada itu, kita juga dapat mengesan penggunaan unsur-unsur
dan kalimah-kalimah yang bercirikan Islam di dalam mantera-mantera
seperti "Aa'salam alaikum," bukan kuasa aku, kuasa Allah. Ini adalah
suatu petanda ajaran Islam tidak dapat dipisahkan dari pemikiran
masyarakat Melayu.
24 & 25 Temuramah Haji Ahmad bin Jalil, pawang padi yang berusia 101 tahun pada
23 Ogos 1990.

152
Dalam konteks masyarakat Melayu, upacara-upacara dan pantang-
larang ini adalah suatu yang bersifat sampingan yang boleh dilaksanakan
atau ditinggalkan. Ia sebenarnya adalah sebagai ikhtiar di samping
memohon dan bertawakal kepada Yang Maha Kuasa.
Firth dan lain-lain ahli antropologi seperti Malinowski sependapat
menyatakan bahawa upacara-upacara ini bukanlah suatu penghalang di
dalam aktiviti ekonomi tetapi upacara ini memainkan peranan yang penting
di dalam menyatukan tenaga-tenaga buruh· dan dalam memberi harapan
apabila berhadapan dengan anasir-anasir ketidaktentuan. 26

Bibliografi

Buku
Al-Quran dan Terjemahannya, Yayasan Penyelenggara Penterjemah/
Pentafsir AI-Quran, Jakarta, Indonesia, 1974.
Abdullah Taib, 1985, Asas-Asas Antropologi, DBP, K.L., 1985.
Beattie, John, 1964, Other Cultures, Routledge and K. Paul Ltd.,
London.
Endicott, K. Michael, 1970, An Analysis of Malay Magic, Clanderson
Press, Great Britain.
Firth, Raymond, 1960, Human Types: An Introduction To Social
Antropology, Thomas Nelson and Sons, New York.
Freeman, Derek, 1970, Report On the Iban, University of London, The
Athlone Press, New York, Humanities Press Inc.
Hasting, James, 1908, Encylopedia of Religion and Ethics, Vol. 1, T.
& T. Clark, Edinburgh.
Lim, David, 1973, Economic Growth and Development In West Ma-
laysia 1947 - 1970; Oxford University Press, Kuala Lumpur.
Prof. Dr. Harun Din dan Dr. Amran Kasimin, 1989, Rawatan Gangguan
Makhluk Halus Menurut AI-Quran dan As-Sunnah, Penerbitan
Watan, Kuala Lumpur.
Skeat, N.W., 1969, The Malay Magic, Dover Publication Inc., New
York.
Syed Mohamed Naguib AI-Attas, 1972, Islam Dalam Sejarah dan
Kebudayaan Melayu, Penerbit, UKM, Bangi.
Winstedt, R.O., 1950, The Malays: A Cultural History, Routledge and
K. Paul Ltd., London.
Zainal Kling, (ed.), 1977, Masyarakat Melayu: Antara Tradisi dan
26 Firth, Human Types, 1960: 78.

153
Perubahan, Utusan Publication, Kuala Lumpur.

Jurnal, Majalah dan Rencana


Haron Daud, 1990, "Mantera, Satu Pe:°elitian Tentang Manusia dan
Kepercayaan", Dewan Sastera, Bil. 4, Jilid 20, DBP, K.L., April.
Harun Mat Piah, 1981, "Kepercayaan Magis berhubung Dengan Padi",
Dewan Budaya, DBP, K.l., Jan.
Encik Wan Lela, 1922, "Some Malay Beliefs", Journal of The Feder-
ated Malay States Museums, Part IV, Vol. IX, Dec.
Mat Ali, 1979, "Beberapa Faktor Yang Memundurkan Orang Melayu",
Pembangunan dan Masalah Sosial, DBP, K.L.
Muhamad Jaafar, 1897, "Darihal Pekerjaan Bersawah Di Melaka",
Journal of the Straits Branch of the Royal Asiatic Society, No.
30, July.
Nayan, "Adat Persawahan Di Kedah", 1958, Mastika, Nov.
Nik Zainab Hj. Abd. Karim, 1982, "Adat Istiadat Sebagai Cermin Etos
Melayu: Satu Kajian Di Melaka", Jurnal Budaya Melayu, JPM,
UKM, Bangi, Jilid 5.
Parkinson, Brien K., 1967, "Non-Economic Factors In the Economic
Retardation of the Rural Malays", Modern Asian Studies, the Univ.
Press, Cambridge.
Safiullah, K.N., 1989, "Perahu Kenaikan Diraja", Berita Darul Makmur,
Bil. 6.
Wilkinson, R.J., "Malay Belief', 1957, Journal of Malayans Branch
Royal Asiatic Society, Part 4, Vol. XXX.
Winstedt, R.O., 1929, ''The Ritual of the Rice Field", Journal of Ma-
layan Branch Royal Asiatic Society, Vo. VII.
Tesis dan Latihan Ilmiah
Abdul Aziz Ismail, 1965, Semangat: Kepercayaan Padanya, Latihan
Ilmiah BA, JPM, UM, K.L.
Hamdan H.A. Rahman, 1970, Konsep Kematian Di Kalangan
Masyarakat Melayu Kelantan, Latihan Ilmiah BA, UM, K.L.
Hussain b. Salleh, 1980, Kepercayaan dan Pengurusan Kematian
Dalam Masyarakat Melayu, Latihan Ilmiah BA, UM, K.L.
Mohd. Fauzi Yaacob, 1969, Agarna dan Ushaa Dalam Lapangan
Ekonomi Di Kalangan Orang-Orang Melayu, Tesis MA, JPM,
UM, K.L.
Zaharah bt. Junus, 1970, Pantang-Larang Dan Petua Melayu, Latihan
Ilmiah BA, UM, K.L.

154
Nelayan Kampung Tanjung Lumpur,
Kuantan, Pahang
MAZLINA ZULKIFLI*

Pengenalan
Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau kehidupan nelayan di Kampung
Tanjung Lumpur, Kuantan, Pahang yang sumber ekonomi mereka
kebanyakannya bergantung kepada laut.
Menurut salah seorang penduduk tertua kampung ini, kampung ini
asalnya dipenuhi dengan lumpur, terutama di kawasan tanjung. Oleh itu
ia dinamakan Kampung Tanjung Lumpur. Kampung ini terletak di daerah
Kuantan, Pahang. Sesuai dengan kedudukannya di pinggir laut, kampung
ini merupakan sebuah perkampungan nelayan. Ia boleh dimasuki melalui
jalan darat dan jalan air. Jaraknya dari bandar Kuantan melalui jalan
darat ialah kira-kira 30 kilometer manakala melalui jalan air, iaitu dengan
menggunakan bot penambang, cuma memakan masa lebih kurang sepuluh
minit sahaja.
Penduduk yang mula-mula meneroka kawasan ini dan menjadikannya
sebagai sebuah kawasan nelayan adalah orang-orang yang berasal dari
Terengganu. Kampung ini sudah menikmati segala kemudahan awam
seperti bekalan air, elektrik, tandas moden, klinik, jalanraya, sekolah,
telefon, kedai dan seumpamanya. ·
Dari segi kependudukan, terdapat 2,300 orang penduduk di kampung
ini. Tidak ramai lagi terdapat penduduk asal tetapi kebanyakan mereka
datang dari negeri Terengganu dan kampung-kampung berdekatan.
Majoriti penduduk di sini adalah orang Melayu, manakala lainnya terdapat
32 orang penduduk berbangsa Cina dan 15 orang berbangsa India.
* Lulusan Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya, 1991.

155
Lebih 70% penduduk di sini hidup sebagai nelayan sementara yang
lain bekerja dengan kerajaan, bekerja di kilang-kilang perusahaan dan
bekerja sendiri sama ada berniaga ataupun bertukang.
Menangkap ikan adalah pekerjaan khusus bagi orang-orang lelaki
manakala kaum perempuan pula terlibat dengan aktiviti mengeringkan
ikan, membuat keropok dan lain-lain lagi. Bagaimanapun perusahaan-
perusahaan seperti ini tidak dijalankan dengan giat kerana sebahagian
besar nelayan menjual terns ikan-ikan yang segar di pasaran. lni sebahagian
besarnya disebabkan kedudukannya yang hampir dengan bandar.

Aktiviti Penangkapan Ikan


Pekerjaan menangkap ikan di sini merupakan pekerjaan tetap dan ia juga
merupakan pekerjaan yang diwarisi. Pekerjaan ini yang tidak memerlukan
kelulusan akadeqiik merupakan punca pendapatan utama penduduk di
sini. Alat-alat yang diwarisi zaman-berzaman juga mendorong mereka
melanjutkan pekerjaan itu. Terdapat anak-anak nelayan yang tidak ke
sekolah kerana menolong bapa menangkap ikan di laut.
Kaum nelayan ini biasanya ke laut pada pukul dua atau tiga pagi
atau lebih awal lagi, berdasarkan air pasang, dan pulang pada lewat
senja, iaitu antara pukul enam hingga tujuh petang. Penangkapan ikan
dibuat di pesisir pantai. Nelayan ini menggunakan bot gred A dan B.
Bot-bot ini menggunakan pukat tangsi dan pukat tunda untuk menangkap
ikan dan boleh bergerak sehingga 19 kilometer dari pantai. Nelayan-
nelayan bot A dan B selalunya rrenjalankan kerja penangkapan ikan
pada waktu pagi dan pulang di waktu senja. Nelayan bot A dan B ini
hanya memiliki lesen sementara, yang digunakan pada musim tengkujuh,
iaitu selama enam bulan. Lesen-lesen ini perlu diperbaharui setiap tahun.
Pada awal musim, nelayan bot B ini biasanya akan menggunakan pukat
tunda sahaja untuk menangkap ikan.
Bagi penangkapan di laut dalam, bot-bot gred C dan C2 digunakan.
Bot gred C dan C2 boleh sampai hingga 48 kilometer jauhnya dari
pantai. Kebanyakan pelaut yang menggunakan bot-bot C dan C2 ini
adalah orang Cina dan hanya sedikit sahaja orang Melayu yang ke laut
dalam, malah orang-orang Melayu yang ke laut dalam kebanyakannya
bekerja dengan nelayan Cina. Di Kampung Tanjung Lumpur ini, terdapat
lima buah bot besar (C dan C2) kepunyaan nelayan Melayu. Penangkapan
di laut dalam dibuat sehingga lebih lrurang sepuluh hari bagi nelayan
berbangsa Cina dan bagi nelayan Melayu yang beragama Islam,
penangkapan dibuat selama enam hari sahaja kerana hari Jumaat adalah

156
hari kelepasan. Waiau bagaimanapun sekiranya ilcan yang diperolehi
banyak, nelayan-nelayan ini akan pulang lebih awal lagi.
Faktor-faktor lain yang menyebabkan kurangnya nelayan berbangsa
Melayu ke laut dalam adalah kerana perbelanjaan untuk memiliki bot-bot
besar ini amat tinggi iaitu sehingga RM500,000.00 sebuah. Bot-bot besar
ini mempunyai injin 115 kuasa kuda dan memerlukan modal sebanyak
RM120.00 sehari. Bot-bot besar juga mempunyai beberapa kelengkapan
seperti bilik sejuk, kompas, radio, tangki air, echo sounder, radar dan
seumpamanya untuk ke laut dalam kerana memakan masa yang lama.
Walaupun faktor ini boleh diatasi iaitu dengan adanya khidmat pinjaman
oleh kerajaan, tetapi para nelayan ini masih menghadapi masalah
pembayaran balik. Terdapat juga para penaung yang sanggup memberi
pinjaman serta mengadakan sewa bell bot, tetapi masyarakat nelayan
Melayu sendiri lebih suka untuk menangkap ikan di persisiran pantai
sahaja.
Kelajuan bot juga bergantung kepada jenis injin bot. Bagi bot-bot
jenis A dan B kecil, biasanya menggunakan injin 35 kuasa kuda. Bot B
besar pula irenggunakan injin kurang dari 300 kuasa kuda. Bot C
menggunakan injin 350 kuasa kuda manakala bot C2 menggunakan injin
500 kuasa kuda. Harga bagi setiap bot juga bergantung kepada jenis bot
yang digunakan. Bot A berharga RM16,000.00, manakala bot B seberat
5 hingga 15 tan berharga lebih kurang RM30,000.00. Bot jenis B yang
melebihi 15 hingga 39 tan berharga antara RM250,00 hingga
RM300,000.00. Bagi bot jenis C berharga lebih dari RM350;000.00 dan
bot jenis C2 pula berharga lebih kurang RM500,000.00 setiap satu.
Bot-bot kecil biasanya dimiliki oleh orang perseorangan, manakala
bot-bot besar pula biasanya dikongsi milik dan ada juga yang dimiliki
secara perseorangan. Modal bagi irembeli bot ini diperolehi dengan
membuat pinjaman dari bank. Pihak bank akan memberi 1/3 daripada
harga bot tersebut sebagai pinjaman. Kerajaan juga pemah memberi subsidi
bot-bot jenis A suatu masa dahulu.
Jumlah pekerja bagi setiap bot juga bergantung kepada jenis bot
yang digunakan. Bagi bot jenis A atau B, seramai 2 atau 3 orang sahaja
yang diperlukan bagi mengendalikan kerja-kerja penangkapan, manakala
bot jenis C dan C2 memerlukan tenaga seramai 5 atau 6 orang. Setiap
ahli nelayan ini mempunyai tugas masing-masing terutama bagi bot-bot
besar yang memerlukan tenaga yang mahir. Bot-bot besar akan diketuai
oleh Tekong yang bertindak seperti nakhoda kapal serta mempunyai juru
injin yang biasa digelar engine driver, tukang pukat dan anak-anak. Di

157
Bot gredA

·•

Bot gred B

158
Bot gred C

sesetengah mempunyai peranan masing-masing seperti juruselam, jeragan,


jong Guru) timba, jong tarang , tukang pukat dan juru injin.
Juruselam misalnya, mempunyai peranan yang berat iaitu bertugas
menyelam di laut dalam untuk memastikan ikan yang banyak di sesuatu
tempat. Hasil tangkapan hergantung kepada kecekapan juruselam ini.
Juruselam harus mengikuti latihan untuk mendengar, mengenal jenis ikan
clan menyelam lama.
Jeragan pula adalah ketua satu-satu kumpulan pukat yang bertang-
gungjawab ke atas awak-awak. Jeragan mesti mempunyai pengetahuan
yang luas mengenai laut. Juru timba pula bertugas mencuci motor dan
perahu manakala juru tarang bertugas mencampakkan bahagian bawah
pukat ke dalam air mengikut arahan jeragan. Bagaimanapun hanya bot-
bot besar sahaja yang mempunyai kakitangan yang ramai. Pada masa
sekarang kebanyakan mereka yang bekerja ini sebahagian besar
mempunyai ikatan kekeluargaan dan persauoaraan dan pembahagian kerja
belum lagi berlandaskan tugas-tugas yang benar-benar ditetapkan.
Antara pukat-pukat yang digunakan oleh nelayan di kawasan ini
adalah pukat takuk atau pukat sudu, pukat harimau atau pukat tunda dan
juga pukat tangsi.

159
Mengenai kos perbelanjaan pula, bot kecil yang mempunyai injin
37 kuasa kuda menggunakan modal rninyak antara RM40.00 hingga
RM50.00 sehari. Manakala bot-bot besar yang mempunyai injin 115
kuasa kuda memerlukan modal rninyak sebanyak RM120.00 sehari. Purata
perbelanjaan bagi bot-bot besar yang ke laut dalam ini selama enam
hingga sepuluh hari adalah di antara RM4,000.00 hingga RM5,000.00.

Hubungan Penaung dalam Masyarakat Nelayan


Sumber kewangan masyarakat nelayan adalah terbatas. Pada waktu musim
tengkujuh, biasanya para nelayan tidak ke laut kerana Laut Cina Selatan
yang bergelora di musim tersebut mengancam keselamatan mereka.
Sewaktu tinjauan yang kedua dibuat di kampung ini, dua buah bot jenis
B telah terbalik dan semua hasil tangkapan mereka jatuh ke laut.
Bagaimanapun nelayan bot-bot tersebut selamat. Sebelum itu seorang
nelayan yang menangkap ikan di pesisir pantai bersama anaknya dengan
menaiki speed boat telah mati lemas, sementara anaknya yang berusia 12
tahun telah selamat.
Di musim tengkujuh, harga ikan di pasaran adalah tinggi daripada
biasa kerana permintaan melebihi penawaran. Penawaran yang kurang
ini disebabkan oleh kaum nelayan tidak turun ke laut di musim tengkujuh.
lni menyebabkan pendapatan mereka terbantut.
Kaum nelayan kebanyakannya mempunyai keluarga yang besar dan
tanggungjawab yang besar. lni lebih-lebih lagi para nelayan yang memiliki
bot secara warisan dan dikongsi rnilik. Nelayan ini harus membantu dan
menjaga bukan sahaja keluarganya sendiri serta kedua ibu bapanya tetapi
mereka juga terpaksa membantu adik-beradik serta keluarga lain yang
ditimpa kesususahan. Hubungan kekeluargaan yang luas ini menyebabkan
mata pencarian yang diperolehi tidak mencukupi dan mendorong mereka
mencari penaung untuk menyelesaikan masalah yang sering dihadapi
buat sementara waktu.
Penaung merupakan mereka yang kaya dan berpengaruh seperti tuan-
tuan tanah dan mereka yang berduit, khususnya para peraih itu sendiri.
Penaung ini boleh memberi perlindungan dan keselamatan khususnya
bantuan ekonorni kepada pihak yang dinaungnya. Dalam hal ini, jenis-
jenis bantuan yang biasa dirninta oleh masyarakat nelayan ini biasanya
berupa pinjaman wang iaitu apabila menghadapi masalah kesihatan,
pelajaran anak-anak, ditimpa kemalangan serta masalah yang bersangkutan
dengan aktiviti mereka seperti kerosakan injin, bot dan seumpamanya.
Masalah kerosakan injin rnisalnya memerlukan kos yang tinggi untuk

160
Seorang nelayan sedang membaiki pukat tangsi dan diperhatikan oleh
kawannya.

161
membaikinya ataupun bagi mendapatkan injin yang baru berharga lebih
dari RM30,000.00.

Faktor-Faktor Yang Menentukan Hasil' Tangkapan


Faktor yang menentukan hasil tangkapan bagi satu-satu jenis ikan adalah
suhu, arus, cuaca, makanan laut dan kemasinan air. Perkara ini penting
dalam menentukan jenis-jenis pukat, motor dan cara penangkapan yang
akan dilakukan oleh nelayan. Walaupun nelayan tidak mempunyai
pengetahuan sains yang dipelajari secara saintifik, namun menerusi
pengalaman mereka dapat mengagak jenis-jenis ikan yang berlainan di
kawasan tertentu dan pada musim tertentu. Contohnya juruselam dapat
mengetahui melalui pendengaran, jenis-jenis ikan dan banyak atau
kurangnya ikan dalam satu-satu kumpulan.
Jenis tangkapan juga adalah irengikut musim. Misalnya sotong,
banyak didapati pada bulan Ogos hingga Oktober dan udang pula pada
bulan November hingga Mei. Tangkapan lain yang biasa diperolehi adalah
kerisi, selar kuning, ikan merah, pari, ikan kembung dan ikan tongkol
yang ditangkap dengan menggunakan pukat tunda.

Seorang wanita sedang menjual ikan kering di pelantar rumahnya.

162
Pekerjaan-Pekerjaan Lain
Pada musim tengkujuh, iaitu dari bulan Disember hingga Februari ombak
besar dan pada musim ini para nelayan akan menghabiskan masa dengan
rr:embaiki bot, pukat atau jala serta mengusahakan ikan kering dan keropok
secara kecil-kecilan. Usaha-usaha ini biasanya dijalankan secara sambilan.
Suatu masa dahulu, di kampung ini pemah terdapat perusahaan ikan dan
sotong kering oleh seorang nelayan, tetapi aktiviti itu dilakukan hanya
sebentar sahaja. lni kerana hasil-hasil seperti ikan, sotong serta udang
sering mendapat permintaan yang tinggi dan senang dipasarkan secara
segera. Kaum belia pula akan menggunakan musim ini bekerja di kilang-
kilang yang berhampiran seperti di kilang papan dan di ATBC.
Di kampung ini juga kerajaan sedang menjalankan kerja-kerja
mengorek sebuah kolam untuk projek menternak ketam. Projek ini
menelan belanja sebanyak RM15,000.00. Lembaga Kemajuan Ikan
Malaysia (LKIM) juga mengharapkan agar usaha-usaha temak air yang
lain seperti kupang dan kerang akan dapat dijalankan oleh penduduk
kampung ini suatu masa nanti. Dalam hal ini LKIM sentiasa memberi
khidmat nasihat serta bantuan pinjaman kepada penduduk kampung yang
ingin menceburkan diri.
Pekerjaan lain yang turut diusahakan oleh penduduk kampung ini
adalah pekerjaan membuat atap nipah, berniaga di kedai runcit dan juga
mengendalikan bot-bot penambang.

Pasaran
Ikan yang ditangkap oleh nelayan kampung ini senang dipasarkan. Dalam
hal ini peraih-peraih ikan juga memainkan peranan penting untuk
menyediakan pasaran yang spontan bagi ikan-ikan hasil tangkapan nelayan
ini. Para nelayan tidak mempunyai masa dan tenaga untuk menjual hasil
tangkapan mereka kerana terlalu penat setelah seharian di laut. Peraih-
peraih inilah yang akan mengambil kesempatan memasarkan ikan-ikan
tersebut di pasaran. Golongan ini mempunyai hubungan secara langsung
dengan nelayan. Dalam hal ini biasanya terjadi tawar-menawar harga dan
peraih biasanya akan mendapat keuntungan yang besar kerana mereka
membeli dengan harga yang rendah.
Di Kampung Tanjung Lumpur, 80% daripada peraih terdiri daripada
orang Cina. Ikan dijual kepada peraih mengikut timbangan. Misalnya
udang harimau dijual dengan harga RM16.00 sekilo oleh nelayan dan
akan dijual di pasaran dengan harga RM20.00 sekilo. Udang ekor biru
dijual kepada peraih dengan harga RMl 1.00 sekilo dan di pasaran berharga
antara RMI 7.00 hingga RM18.00 sekilo.

163
Di musim tengkujuh, harga ikan meningkat naik. Ikan selar kuning
misalnya dijual dengan harga RMl.00 hingga RM2.00 sekilo pada hari-
hari biasa tetapi meningkat kepada RM2.50 hingga RM3.00 sekilo pada
musim tengkujuh.
Selain daripada dipasarkan di bandar-bandar yang berhampiran ikan-
ikan hasil tangkapan nelayan kampung ini juga turut dihantar hingga ke
Singapura, contohnya ikan kerisi, sotong, ikan merah dan udang harimau.

Pendapatan
Pendapatan para nelayan bergantung kepada jenis penangkapan, sama
ada di laut dalam atau di pesisir pantai. Bagi penangkapan pesisir pantai
purata pendapatan sebulan adalah antara RM200.00 hingga RM800.00.
Nelayan di laut dalam pula bergantung kepada jumlah hari mereka bekerja.
Tangkapan selama sepuluh hari biasanya akan menghasilkan pendapatan
sebanyak RMI0,000.00 sebulan.
Hasil tangkapan ini akan dibahagikan sama rata oleh seorang ketua
yang bertindak sebagai taukeh. Di Kampung Tanjung Lumpur terdapat
empat orang taukeh seperti ini. Hasil dari tangkapan ini akan digunakan
untuk membeli barang-barang dapur, membayar pinjaman bank,
membiayai kerosakan bot dan pelbagai lagi perkara yang meliputi
kehidupan keluarga nelayan ini.

Masalah Nelayan
Nelayan di pesisir pantai yang menggunalan bot gred Adan B sering kali
menghadapi masalah pencerobohan pukat oleh bot-bot gred C dan C2
yang sepatutnya menangkap ikan di laut dalam. Perbuatan mereka
menangkap ikan di pesisir pantai ini telah menjejas pendapatan nelayan-
nelayan bot gred A dan B ini. lni merupakan satu penganiayaan kepada
pemilik-pemilik bot kecil. W alaupun perkara ini telah kerap kali dilaporkan
kepada pihak atasan dan polis peronda sering membuat rondaan, tetapi
bot-bot besar ini bijak melepaskan diri. Ini kerana mereka telah dihubungi
melalui telefon oleh pekerja-pekerja mereka yang berada di daratan.
Selain dari itu air cetek di kawasan kuala juga seringkali menimbulkan
masalah. Para nelayan terpaksa meninggalkan bot-bot mereka jauh dari
pengkalan dan hanya di waktu air pasang sahaja mereka dapat membawa
bot-bot mereka ke kawasan kuala ini. Dalam mengatasi masalah ini pihak
atasan telahpun dihubungi untuk mengambil tindakan seperti mengorek
untuk mendalamkan kawasan kuala tersebut. Masalah lain yang biasa
dihadapi oleh para nelayan ini adalah masalah pukat koyak, injin rosak

164
clan beberapa masalah lain yang melibatkan kewangan.

Peranan Koperasi dan LKIM


Koperasi nelayan di kampung ini . diberi nama Syarikat Kerjasama
Serbaguna Nelayan Tanjung Lumpur. Syarikat ini telah ditubuhkan lebih
kurang 20 tahun yang lalu, tetapi tidak aktif dan tidak memainkan peranan.
Pada akhir tahun 1989 barulah ia bergiat semula.
Syarikat ini dianggotai oleh para nelayan sendiri. Ia menyediakan
khidmat jualan minyak bot dengan harga yang murah serta menyediakan
pinjaman alat-alat bertempat di sebuah balai yang diberi nama Balai
Nelayan. Balai ini berfungsi sebagai tempat para nelayan berkumpul dan
berbincang tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan aktiviti mereka.
LKIM adalah satu badan yang mengambil berat tentang kehidpuan
nelayan ini .
. Mengikut seksyen empat Akta LKIM 1971, LKIM berfungsi untuk:

i) Menggalakkan dan memajukan pengurusan yang cekap dan


berkesan mengenai enterprise perikanan dan pemasaran.
ii) Menyediakan dan mengadakan kemudahan-kemudahan kredit bagi
pengeluaran ikan dan memastikan kemudahan ini digunakan
sepenuhnya seperti mengadakan 'Skim Kemudahan Kewangan'
(SKK) dan 'Skim Pinjaman Khas Pertanian' (SPKP).
iii) Mengambil bahagian dalam pembinaan bot dan pengeluaran
penangkapan perikanan. Daripada kemudahan-kemudahan kredit
yang disediakan, peralatan-peralatan baru seperti power block,
echosounder dan lain-lain lagi untuk mengesan ikan dan hasil
laut di mana ada batu dan seumpamanya boleh dimiliki.
iv) Memastikan kemajuan ekonomi dan sosial nelayan. Di Pahang
terdapat empat persatuan nelayan iaitu di Rompin, Kuantan,
Nenasi dan Kuala Pahang.

Bagaimanapun LKIM lebih menumpukan perhatiannya kepada


penyediaan kursus dan latihan sumber selaras dengan strategi untuk
melahirkan lebih ramai nelayan generasi baru yang lebih peka dan prihatin
terhadap bidang ini. Untuk itu beberapa kursus dan latihan telah disediakan
kepada generasi muda ini yang kelolakan oleh Jabatan Perikanan Malay-
sia. Belia di kampung ini juga turut terlibat dalam kursus dan latihan ini.

Kesimpulan
Peranan nelayan dalam menyumbangkan sumber ekonomi negara adalah

165
Syarikat Kerjasama Serbaguna Nelayan.

Balai Nelayan Kampung Tanjung Lumpur.

166
amat penting. Oleh itu dari masa ke masa kerajaan semakin dan sentiasa
mengambil berat tentang kehidupan para nelayan ini, baik nasib yang
ditimpa oleh mereka mahupun oleh hasil tangkapan yang semakin
berkurangan. Untuk memelihara ikan di laut agar sentiasa memberi hasil
yang tinggi, beberapa usaha seperti membuang uncang-uncang yang terdiri
dari tayar-tayar buruk yang dipanggil tukun tiruan dan juga konkrit telah
dilaksanakan.
Kepada para belia, Jabatan Perikanan tel ah menganjurkan beberapa
kursus dan latihan yang lebih intensif bagi membekalkan mereka beberapa
kemahiran yang berguna dan berkesan untuk bidang yang akan mereka
ceburi kelak.
Selain daripada perikanan di laut, program penternakan ikan air
tawar serta ternak ikan yang lain turut dititikberatkan. Bagaimanapun di
kampung ini, usaha seperti ini masih ditahap permulaan dan masih di
dalam pengendalian.
Dengan beberapa skim kemudahan yang disediakan serta berbekalkan
keazaman dan kesungguhan para nelayan sendiri, tidak hairanlah jika
suatu masa nanti Kampung Tanjung Lumpur akan bertambah maju dalam
bidang perikanan ini setaraf dengan kawasan-kawasan perikanan lain di
pantai timur yang sudahpun maju.

167
"Kutu": Sato Penelitian Tentang Operasi dan
Tujuannya di Kampung Relong, Kuala Lipis
SHAHARIN BIN ABDULLAH*

Pengenalan
Kepentingan kredit timbul kerana wujudnya pengkhususan yang berlebihan
dalam ekonomi peasant. Di antara sumber-sumber kredit yang popular di
kalangan masyarakat peasant ialah kedai runcit, kedai pajak gadai , ceti,
"kutu", orang perseorangan dan syarikat kerjasama.
Artikel ini akan membicarakan salah satu sumber kredit di kalangan
masyarakat peasant iaitu "kutu". Kemunculan " kutu " di kalangan
masyarakat peasant di Malaysia mungkin dipengaruhi oleh pertumbuhan
ekonomi wang yang semakin berkembang pesat, menyebabkan golongan
peasant merasakan perlu untuk menabung wang mereka demi memenuhi
keinginan mereka selaras dengan hidup di zaman moden ini.
Beberapa orang sarjana antropologi telahpun membicarakan tentang
"kutu" ini dalam buku mereka. Di antaranya M.G. Swift di Jelebu, Negeri
Sembilan, dan Mokhzani di Perlis. Pembicaraan mereka tentang "kutu"
ini meliputi satu komuniti yang besar berbanding dengan komuniti yang
akan diketengahkan dalam artikel ini iaitu di Kampung Relong, Kuala
Lipis, Pahang.
Perbezaan ini menimbulkan beberapa kelainan dalam beberapa aspek
"kutu" itu sendiri walaupun terdapat juga persamaannya. Dalam artikel
ini, tumpuan khusus akan diberikan kepada operasi dan tujuan "kutu"
sebagaimana yang terdapat di Kampung Relong.

* Lulusan Jabatan Pengajian Melayu , Universiti Malaya 1991.

168
Definisi Umum "Kutu"
Beberapa orang sarjana antropologi telah memberikan definisi "kutu" di
antaranya ialah M.G. Swift (1965: 75):
Here a number of men, usually between five and ten, pay a sum
forthnightly or monthly into a pool which is taken by one of them
in turn until all have received a share, when the "kutu" dissolves.

Menurut Swift lagi:

Rotating credit associations have been described as socially inter-


esting but not of great economic importance for the Malay peasant
economy of Jelebu and in the southern part of the Malay Peninsula,
(dalam Mokbzani, 1973: 362).

Mokhzani (1973: 362) pula telah memberikan definisi kutu ini di


kalangan golongan yang bekerja "makan gaji" di Perlis seperti berikut:

an association formed upon a core of participants who agree to


make a regular contribution to a fund which is given, in whole or
in part, to each contributor in rotation.

Istilah "kutu" ini berasal dari istilah tarnil iaitu "kutthu" (Mohkzani,
1973: 363). Di Jelebu, Negeri Sembilan dan di selatan Malaysia ia dikenali
sebagai "kutu" sementara di Perlis ia lebih dikenali sebagai "kut".
Di Kampung Relong, "kutu" terbahagi kepada dua jenis iaitu: i)
"kutu" wang dan ii) "kutu" barang-barang.

"Kutu" Wang
Dalam usaha untuk memaharni dengan lebih jelas lagi tentang "kutu"
wang maka haruslah difaharni definisinya yang lebih menjurus kepada
Kampung Relong ini sendiri. Di Kampung ini sekumpulan orang tertentu
akan mengeluarkan secara individu sejumlah wang caruman bulanan untuk
ditabungkan oleh seorang ketua yang kemudiannya akan memberikan
kumpulan wang itu kepada individu peserta yang berhak menerimanya
setelah sampai gilirannya. 1
"Kutu" wang di Kampung Relong bermula dengan penubuhan
kumpulan "kutu". Cadangan untuk menubuhkan sesuatu kumpulan "kutu"
ini biasanya dibuat oleh para wanita tempatan seperti isteri guru sekolah,

Penduduk-penduduk di Kampung Relong lebih biasa menggunakan istilah "main


kutu" atau "berkutu".
2 "Kutu" di Kampung Relong hanya dianggotai oleh kaum wanita sahaja.

169
ketua kampung dan lain-lain lagi. 2 Kebiasaannya idea mereka ini akan
disebarkan sendiri semasa perjumpaan-perjumpaan wanita di balairaya,
di surau, semasa "berderau" atau apabila berjumpa pada ketika yang
tertentu. Golongan wanita ini irempunyai kedudukan yang tinggi di
kalangan kaum wanita ·di Kampung Relong.
Setelah bilangan wanita yang ingin menyertai kumpulan "kutu" ini
mencukupi, maka tertubuhlah satu kumpulan "kutu". Secara tidak rasmi
individu yang menganjur penubuhan kumpulan "kutu" ini akan dilantik
sebagai ketua bagi kumpulan "kutu" berkenaan.
"Sekumpulan orang tertentu" yang dimaksudkan dalam definisi tadi
merujuk kepada bilangan ahli yang menganggotai satu-satu kumpulan
"kutu" wang. Bilangan ahli ini tidak tetap. Menurut Mokhzani (1973 :
363), "The number of members in each of the associations tends to be
between five to ten . . . . "
Tetapi Kampung Relong, jumlah ahli satu-satu kumpulan "kutu"
biasanya di antara sepuluh hingga dua puluh orang. Waiau bagaimanapun
jumlah ahli ini perlu dihadkan untuk irengelak daripada berlakunya
kelewatan pusingan penerimaan kumpulan wang "kutu" berkenaan bagi
setiap ahli. Disebabkan hal ini, maka muncul empat kumpulan "kutu"
wang di Kampung Relong semasa kajian ini dilakukan.
Ahli-ahli kumpulan "kutu" ini biasanya terdiri daripada jiran-jiran,
rakan-rakan, saudara mara dan ahli-ahli berderau ketua "kutu" berkenaan.
Waiau bagaimanapun keanggotaan satu-satu kumpulan 'kutu" ini bukanlah
ditetapkan hanya kepada kalangan mereka yang disebutkan tadi sahaja.
Penyertaan seseorang ahli dalam sesuatu kumpulan "kutu" ini ditentukan
juga oleh faktor jarak rumah mereka dengan rumah ketua "kutu"
berkenaan. 3 Jarak rumah yang dekat memudahkan mereka berurusan antara
satu sama lain. Maksud berurusan dalam konteks "kutu" wang ini ialah
setiap peserta dikehandaki menyerahkan wang caruman bulanan mereka
atau untuk mengambil kumpulan wang "kutu" jika sampai giliran mereka.
Faktor ini penting diambil kira kerana selaku seorang surirumah,
mereka tidak mempunyai banyak masa untuk keluar rumah. Tambahan
pula adalah tidak manis di mata masyarakat kampung jika seseorang
wanita terutamanya surirumah selalu keluar rumah.
Setelah tertubuhnya sesuatu kumpulan "kutu" ini, satu perjumpaan
3 Kampung Relong merupakan sebuah kampung yang besar clan boleh dibahagikan
kepada tiga bahagian utama iaitu bahagian hulu, bahagian hilir dan bahagian
seberang. Setiap bahagian tadi terdapat pula beberapa petempatan kecil dengan
namanya yang tersendiri.

170
akan diadakan di rumah ketua-ketua "kutu" mereka masing-masing untuk
menentukan dua perkara berikut iaitu: (i) jumlah wang caruman bulanan
bagi setiap ahli dan (ii) corak penerimaan kumpulan wang "kutu".
Jumlah wang caruman bulanan yang ditetapkan bagi setiap ahli
bergantung kepada persetujuan yang dibuat oleh semua ahli dalam
perjumpaan tersebut. Faktor terpenting yang diambil kira dalam
menentukan jumlah wang caruman ini ialah jumlah pendapatan bulanan
setiap ahli. Rata-rata wanita yang menyertai kumpulan "kutu" wang ini
terd.iri daripada suri rumah sepenuh masa. Mereka ini hanya mengharapkan
pendapatan suami mereka sahaja yang kebanyakannya bekerja sebagai
penoreh getah. Wang caruman mereka biasanya diambil daripada wang
belanja dapur yang diberikan oleh suami mereka.
Terdapat sepuluh orang wanita yang bekerja di kilang memproses
rotan milik MARA di kampung ini dan sepuluh orang lagi bekerja di
Ladang Selbourne, ladang getah dan koko milik swasta. Secara
keseluruhan pendapatan mereka sekitar $180.00 hingga $400.00 sebulan.
Bagi golongan ini dan isteri-isteri kakitangan kerajaan dan swasta yang
bekerja makan gaji tidaklah menjad.i masalah besar kepada mereka untuk
menjelaskan jumlah wang caruman· bulanan yang ditetapkan ini.
Secara keseluruhannya, setiap kumpulan "kutu" di Kampung Relong
ini menetapkan jumlah wang caruman bulanan di antara $10.00 hingga
$50.00 bagi setiap ahlinya masing-masing. Tiada kumpulan-kumpulan
"kutu" yang menetapkan jumlah wang caruman bulanan melebihi $50.00.
Waiau bagaimanapun, beberapa tahun kebelakangan dulu pemah
terdapat kumpulan-kumpulan "kutu" yang menetapkan jurnlah wang
caruman mingguan di antara $3.00 hingga $5.00 bagi setiap ahli. 4 Dari
segi jumlah, "kutu" yang terdapat di Kampung Relong hampir dengan
"kutu" yang terdapat di Perlis seperti yang dikatakan oleh Mokhzani
(1973: 360).
the size of individual contribution each nwnth rarely exceed $50.00
. . . . Those formed by people with lower salaries may sometimes
demand contributions of on $5.00 a nwnth.
Wang caruman ini mesti diserahkan kepada ketua kumpulan "kutu"
masing-masing pada setiap awal bulan. Bagi ahli-ahli yang tidak dapat
menyediakan sejurnlah wang ini mereka boleh meminta pertolongan dari
rakan-rakan ahli yang lain atau dari ketua berkenaan untuk mendahulukan
bayaran bagi pihak dirinya. Hutang ini kemudiannya akan dijelaskan

4 Kaedah "kutu" wang mingguan ini sama sahaja dengan "kutu" wang bulanan.

171
kembali bila ahli berkenaan ada wang. Waiau bagaimanapun hal ini amat
jarang berlaku kerana jumlah wang caruman tersebut bukanlah terlalu
besar tambahan pula pusingan 'kutu" ini tamat, kumpulan-kumpulan
"kutu" ini biasanya akan terns bermain dan jumlah wang caruman bulanan
akan diikut seperti pusingan-pusingan sebelumnya.

Corak Penerimaan Kumpulan Wang "Kutu"


Setelah semua wang caruman bulanan ini terkumpul di tangan ketua
masing-masing, barulah kumpulan wang "kutu" tersebut diserahkan kepada
ahli yang layak rnenerimanya. Terdapat tiga cara untuk rrenentukan
siapakah di antara ahli-ahli kumpulan "kutu" tersebut yang berhak
menerima kumpulan wang "kutu" berkenaan iaitu, i) undi yang dilakukan
sekali sebagai pada awal penubuhan kumpulan itu "kutu", ii) pengundian
pada setiap bulan dan iii) tanpa pengundian.
Dalam cara yang pertama, setelah semua ahli kumpulan "kutu" hadir
di rumah ketua dan menyerahkan wang caruman bulanan mereka masing-
masing, mereka akan "mencabut undi". Pada kebiasaannya, pengundian
ini dilakukan pada sebelah petang. Jika terdapat sepuluh orang ahli,
setiap ahli akan mencabut nombor masing-masing dari nombor satu hingga
nombor sepuluh. Nombor-nombor inilah yang menentukan siapa yang
akan mendapat kumpulan wang "kutu" berkenaan menurut giliran masing-
masing selama sepuluh bulan berikutnya tanpa melakukan proses
pengundian lagi . Selepas itu ahli yang rrendapat nombor satu akan
menerima kumpulan wang "kutu" tersebut.
Dalam cara yang kedua pula, pengundian dilakukan pada tiap-tiap
bulan. Mana-mana ahli akan mendapat kumpulan wang "kutu" bagi bulan
berkenaan mengikut "nasib" masing-masing. Bagi bulan-bulan yang
seterusnya, ahli-ahli yang telah mendapat kumpulan wang "kutu" tersebut
tidak akan rrengundi lagi tetapi beliau tetap harus rrembayar wang
carurnan bulanan seperti biasa. Proses ini akan berjalan berterusan sehingga
ahli yang terakhir mendapat bahagiannya tanpa mengundi lagi. Cara ini
agak rurnit sedikit berbanding dengan cara yang pertama tadi. Ini kerana
semua ahli perlu hadir untuk mengundi kecuali ahli yang telah menerima
kumpulan wang "kutu"nya dan ahli-ahli yang benar-benar uzur. Waiau
bagaimanapun mereka boleh mewakilkan kepada rakan-rakan ahli yang
lain untuk mengundi bagi pihaknya.
Cara yang ketiga agak unik sedikit kerana kumpulan wang "kutu"
tersebut diserahkan keapda ahli yang hendak menerimanya tanpa melalui
proses pengundian sepertimana yang berlaku dalam dua corak yang

172
diterangkan di atas.
Sebenamya corak ini banyak bergantung kepada muafakat serta
perasaan ingin tolong-~nolong antara sesama ahli "kutu" tersebut.
Mereka menyedari bahawa hidup bermasyarakat memerlukan toleransi
dan perhubungan tersebut tidaklah boleh dinilai dari segi wang ringgit.
Mereka tidak mengamalkan konsep "berkira" di antara satu sama lain.
Dengan lain perkataan, perhubungan di antara sesama ahli kumpul~
"kutu" ini diasaskan kepada prinsip lebih kurang. 5
Dalam hal ini mana-mana ahli yang mendapat kesusahan atau
kesempitan akan mengajukan masalahnya kepada mana-mana rakan ah1i
yang lain atau kepada ketua kumpulan "kutu"nya sendiri sebelum atau
pada tarikh penerimaan kumpulan wang tersebut.
Memandangkan hubungan yang rapat di antara sesama ahli "kutu"
tersebut, mereka mengetahui dan memahami masalah yang dihadapi oleh
setiap ahli kumpulan "kutu" mereka itu. Dengan itu, setelah semua ah1i
menyerahkan wang caruman bulanan mereka bagi bulan berkenaan, ketua
kumpulan "kutu" tersebut akan memberikan kumpulan wang itu kepada
ahli yang berkenaan. Manakala ahli-ahli yang lain pula tidak akan merasa
irihati atau dengki kepada ahli berkenaan malahan mereka merasa senang
hati pula kerana dapat memberi bantuan dengan cara demikian.
Walaupun tanpa pengundian, tidak pemah pula terjadi kes-kes di
mana terdapat dua orang ahli atau lebih yang sama-sama menghadapi
masalah atau kesempitan wang pada satu bulan yang sama. Di sinilah
terletaknya keunikan cara yang ketiga ini. Hal ini berlaku mungkin hanya
secara kebetulan sahaja atau ada di kalangan mereka yang mengalah
kepada ahli lain yang lebih terdesak darinya.
Proses ini akan berterusan sehinggalah semua ah1i mendapat bahagian
masing-masing. Memandangkan kepada keunikan dan banyak kelebihan
yang terdapat pada cara ini, maka cara ini lebih popular di kalangan
kumpulan-kumpulan "kutu" wang di kampung Relong berbanding dengan
dua cara yang lain tadi.
Setelah tamatnya satu-satu pusingan "kutu" ini, mana-mana ah1i
yang ingin menarik diri bolehlah berbuat demikian. Waiau bagaimanapun,
semua kumpulan "kutu" yang terdapat di Kampung Relong ini hidup
dalam jangkamasa yang panjang. Menurut beberapa orang responden
yang ditemui, mereka telah menyertai kumpulan "kutu" ini bagi tempoh
5 Untuk keterangan lanjut, sila lihat artik:el Dr. Norazit Selat ; "Wang dan Kesannya
ke atas Hubungan Sosial: Kajian Kes di sebuah Lokaliti di Bandar Muar , Johor",
dalam Jurnal Pengajian Melayu, Jilid I, 1989, him. 69 - 80.

173
antara dua hingga sepuluh tahun yang lalu. Ini berbeza dengan "kutu"
yang terdapat di kalangan masyarakat Melayu di Jelebu yang menurut
Swift (1965: 75):
... are formed only occasionally and rarely function smoothly until
everyone has received his share.

Dalam kes-kes tertentu, beberapa orang ahli "kutu" ini telah berpindah
ke beberapa rancangan tanah baru, FELDA dan FELCRA yang
berhampiran sebelum tamatnya pusingan "kutu" yang mereka sertai. Waiau
bagaimanapun, mereka terns berurusan dengan ketua kumpulan mereka
masing-masing melalui perkhidmatan pos atau apabila mereka sesekali
pulang ke kampung. Biasanya setelah tamatnya pusingan tersebut, mereka
akan menarik diri daripada menjadi ahli memandangkan masalah
kesukaran perhubungan.
"Kutu" wang di Kampung Relong khasnya, dan masyarakat peasant
Melayu di tempat-tempat lain amnya, tidak melibatkan unsur-unsur riba
dan mencari keuntungan semata-mata yang haram di sisi agama Islam.
Ini berbeza dengan corak "kutu" yang terdapat di kalangan kaum Cina
dan India. Hal ini dijelaskan oleh Mokhzani (1973: 364 & 365):
Malay rotating credit association are of an elementary type, and all
members contribute and receive in return the same amount during
a single cycle of the association. In contrast, the Chinese associa-
tion embody an element of interest and profit through the practise
of bidding each month's collections.

Manakala "kutu" di kalangan buruh India di Ladang Selbournne, 7


kilometer dari Kampung Relong pula, beroperasi dalam mana ahli-ahli
yang merrerlukan wang boleh meminta 'tolong' dari ahli-ahli yang
menerima kumpulan wang tersebut bagi bulan itu. Tetapi jumlah yang
diterimanya tidaklah sepenuhnya. Misalnya jika kumpulan wang itu
bernilai $500.00, dia cuma akan menerima $450.00 sahaja. Manakala
baki sebanyak $50.00 lagi akan dibawa ke bulan terakhir dalam pusingan
itu. Ahli yang sanggup menunggu hingga bulan terakhir akan menerirna
satu kumpulan wang yang lebih besar dari sepatutnya. Di sinilah wujudnya
ketidakseimbangan di antara sesama ahli. Mana-mana ahli yang agak
berada sanggup menunggu hingga ke bulan yang terakhir untuk menerirna
kumpulan wang yang lebih besar berbanding dengan ahli-ahli yang miskin.

"Kutu" Barang-Barang
Dari praktiknya, "kutu" barang-barang ini berbeza dengan "kutu" wang.

174
Adalah tidak tepat untuk mengatakan "kutu" barangan ini sebagai rotat-
ing credit association dalam mana setiap ahli harus membayar wang
caruman bulanan dan menerima kumpulan wang bila tiba giliran masing-
masing. Lebih wajar dikatakan "kutu" barangan ini mirip kepada corak
perniagaan secara kecil-kecilan.
Tiada satu definisi khusus yang diberikan oleh sarjana-sarjana
antropologi mengenai "kutu" barangan ini. Waiau bagaimanapun definisi
yang dibuat oleh Raymond Firth (1964: 29) mengenai kredit hampir-
hampir menepati konsep "kutu" barangan ini. Menurutnya,
.. . the concept of credit exist in the lending of goods or services
without immediate return against the promise of a future repayment.
It involves an obligation by the borrower to make a return and
confidence by the lender in th borrower's good faith and ability to
repay.

Definisi ini tidak menepati beberapa syarat untuk diaplikasikan


dengan "kutu" barangan seperti yang terdapat di Kampung Relong. Maka
definisi yang tepat mengenai "kutu" barangan di Kampung Relong ini
adalah sekumpulan orang yang membeli barang-barang tertentu secara
kredit dari seseorang penganjur dengan membayar secara ansuran selama
beberapa bulan yang telah dipersetujui. 6
Sepertimana "kutu" wang, "kutu" barangan di Kampung Relong
hanya disertai oleh kaum wanita sahaja. "Kutu" barangan ini bermula
dengan penubuhan kumpulan "kutu". Cadangan penubuhan kumpulan
"kutu' barangan ini biasanya dikemukan oleh individu-individu "kutu"
yang sama seperti dalam "kutu" wang. Menurut Mokhzani (1973 : 367),
They are more mobile than the other members who are merely
housewives. they go from house to house collecting contributions
and distributing funds. They are usually small scale traders . . . .

Waiau bagaimanapun, tidak semua ketua kumpulan "kutu" wang


menjadi penganjur kepada "kutu" barangan. Di Kampung Relong ini,
cuma terdapat seorang sahaja yang memainkan kedua-dua peranan tersebut.
Hal ini terjadi kerana menurut mereka agak sukar untuk mengendalikan
kedua-dua jenis "kutu" tersebut sekaligus.
Individu penganjur yang ingin menubuhkan kumpulan "kutu"
6 Barang-barang kegunaan rumah seperti pingga.n-mangkuk, gelas dan seumpamanya
adalah dari jenis ya.ng agak mahal seperti arcoroc, arcopal dan lain-lain lagi.
Begitu juga dengan kain pelikat dan kain batik yang bukanlah dari jenis yang
murah yang boleh dibeli di kedai-kedai atau di pasar malam .

175
barangan ini ak.an mencari beberapa orang wanita yang ingin membeli
barang-barang seperti yang dicadangkannya. Waiau bagaimanapun jenis
barangan yang ingin "dikutukan" boleh ditentukan selepas tertubuhnya
satu-satu kumpulan "kutu" dengan mengambilkira pemuntaan dari semua
ahli . Bagi setiap pusingan hanya satu jenis barang sahaja yang ak.an
"di kutukan".
Barang-barang yang biasanya "dikutukan" boleh dibahagikan kepada
tiga kumpulan utama iaitu, i) barang-barang kegunaan rumah (household
goods) seperti pinggan-mangkuk, gelas, permaidani dan seumpamanya
dan iii) barang-barang kemas seperti rantai, cincin, gelang dan seum-
pamanya. Setiap kumpulan barangan di atas mempunyai seorang ketuanya
yang tersendiri. Seseorang penganjur atau ketua kumpulan "kutu" barangan
hanya menganjurkan satu kumpulan barangan sahaja. Dengan ini terdapat
tiga kumpulan "kutu" barangan di Kampung Relong.
Dalam kes-kes tertentu, terdapat juga sebilangan kecil ahli-ahli
kumpulan "kutu" dan wanita-wanita Iain yang bukan ahli meminta
pertolongan daripada ketua "kutu" berkenaan untuk membelikan barang-
barang yang mereka ingini (bukan barang yang sedang "dikutukan")
terlebih dahulu dan mereka ak.an membayarnya kemudian secara beransur-
ansur. Jadi ketua "kutu" tersebut juga seolah-olah bertindak sebagai
"penaung ekonorni ".7
Jumlah ahli bagi sebuah kumpulan "kutu" barangan ini tidak. melebihi
sepuluh orang. Waiau bagaimanapun, seorang ketua "kutu" barangan
bernama Makcik Urni pernah mengambil tiga puluh orang wanita
menyertai kumpulan "kutunya". Ahli-ahli seramai tiga puluh orang ini
kemudiannya dipecahkan kepada tiga kumpulan menurut jenis barangan
yang mereka inginkan.
Ahli-ahli dalam satu kumpulan "kutu" barangan ini pada asasnya
sama seperti ahli "kutu" wang dari segi kriterianya. Sekali Iagi faktor
jarak rumah memainkan peranan yang penting dalam menentukan
keanggotaan seseorang ahli dalam kumpulan "kutu" barangan. Tidak
ramai wanita yang menganggotai kedua-dua jenis "kutu" ini kerana ada
di kalangan mereka yang tidak mampu untuk menyediakan wang caruman
bulanan untuk tabung "kutu" wang mereka dan untuk membayar ansuran
bulanan harga barang yang mereka ambil dari "kutu" barangan.

7 Untuk lebih jelas lagi mengenai " Penaung Ekonomi" ini, sila lihat artikel Dr.
Nora:zit Selat; " Penaung Da!am Masyarakat Melayu: Tradisi dan Maden" dalam
Kajian Budaya dan Masyarakat di Malaysia, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1983 .

176
Pemilihan, Penetapan dan Pengedaran Barangan "Kutu"
Biasanya seseorang ketua "kutu" barangan ini mempunyai senarai gambar
dan harga (katalog) barang yang dicadangkan untuk "dikutukan". Melalui
katalog ini, ahli-ahli kumpulan "kutu!' tersebut boleh melihat gambar dan
memilih barang yang mereka ingini. Jika barang-barang yang dikehendaki
oleh ahli-ahli tidak diketahui dengan jelas tentang cara penggunaan dan
harganya, ketua kumpulan tersebut akan cuba mendapatkan katalog atau
sampel barangan itu dari pengedarnya.
Setelah semua ahli menetapkan satu jenis barangan yang mereka
ingini serta bersetuju dengan bayaran caruman bulanannya, ketua
berkenaan akan membeli barangan berkenaan secara borong dari
pengedarnya. Dengan pembelian sebegini, beliau akan mendapat harga
yang lebih murah dari harga yang biasa dibeli secara sedikit-sedikit.
Setelah itu, ketua berkenaan akan mengedarkan barang-barang tersebut
kepada ahli-ahli kumpulan "kutunya" sambil memungut wang caruman
bagi bulan pertama. Biasanya, ahli-ahli kumpulan "kutu" berkenaan akan
datang sendiri ke rumah ketua mereka untuk menjelaskan bayaran ansuran
tersebut.
Sebagai contohnya, jika sepuluh orang ahli tadi bersetuju untuk
membeli pinggan arcoroc yang berharga RM250.00 satu set, maka ketua
berkenaan akan mengeluarkan wangnya sendiri dahulu sebagai modal
untuk membeli pinggan-pinggan tersebut dengan harga RM200.00 bagi
satu set. Jadi, untuk sepuluh orang ahli beliau harus rrengeluarkan
modalnya sebanyak RM2,000.00 terlebih dahulu.
Tempoh bayaran ansuran bulanan biasanya ditetapkan pada kadar
yang mampu dibayar oleh ahli-ahli. Dalam contoh di atas, Makcik Umi
mengenakan bayaran ansuran selama sepuluh bulan. lni bermakna setiap
pelanggan harus membayar sebanyak RM25 .00 sebulan untuk
melangsaikan hutang mereka.
Menurut Makcik Urni, tidak pernah timbul sebarang masalah
kelewatan pembayaran di kalangan ahli-ahli kumpulan "kutu"nya selama
beliau menganjurkan "kutu" barangan ini. Setelah tamat satu pusingan
selama sepuluh bulan ini, dengan andaian semua ahli menjelaskan hutang
mereka Makcik Urni akan mendapat wang berjumlah RM2,500.00. Setelah
ditolak modal sebanyak RM2,000.00, Makcik Urni mendapat RMS00.00
sebagai "untung" dari perniagaannya.
Setelah tempoh pembayaran untuk satu-satu jenis barangan yang
"dikutukan" itu tamat, biasanya ahli-ahli kumpulan "kutu" barangan ini
termasuk ketua mereka akan berunding pula untuk menentukan jenis

177
barangan apa pula yang ingin mereka "kutukan".

Tujuan "Kutu" Wang


Melalui "kutu" wang ini ahli-ahlinya dapat menabungkan wang mereka
dalam satu kumpulan wang yang agak besar. Jika mereka menyimpan
sendiri wang tersebut sama ada di rumah atau di bank, kemungkinan
mereka akan membelanjakan wang tersebut secara bebas kerana mereka
tidak terikat dengan sebarang peraturan sepertimana yang terdapat dalam
"kutu".
Penyertaan seseorang ahli dalam "kutu" wang ini mungkin digalakkan
oleh keinginan mereka untuk mendapatkan kumpulan wang tersebut bagi
satu-satu kegunaan. Bagi wanita di Kampung Relong yang menyertai
"kutu " ini kebanyakan mereka merancang untuk menggunakan wang
tersebut untuk mengadakan majlis kenduri kesyukuran, majlis perkahwinan
anak-anak mereka, perbelanjaan persekolahan anak-anak terutama di awal
tahun, menambahkan simpanan dalam Tabung Haji, menziarahi keluarga
yang jauh dan sebagainya.
"Kutu" juga merupakan satu elemen kerjasama dan tolong menolong
di antara sesama ahli yang mendapat kesusahan atau kemalangan yang
memerlukan sejumlah wang yang besar dalam jangkamasa yang singkat.
Konsep "kutu" ini dari segi tujuannya hampir sama dengan konsep
berderau yang juga diamalkan dengan meluas di Kampung Relong. Cuma
bezanya, elemen kerjasama dan tolong-menolong dalam "kutu" wang ini
adalah lebih banyak dalam bentuk wang manakala dalam konsep berderau
pula adalah dalam bentuk tenaga (fizikal) iaitu seperti bekerja di sawah
padi (mengubah, merumput, menuai dan sebagainya) di kebun-kebun
koko dan seumpamanya.
Sebagai masyarakat kampung yang "tidak biasa" dengan urusan bank
atau lain-lain instituai kewangan moden, "kutu" merupakan satu cara
yang paling mudah untuk mereka menabung dan mendapatkan wang
dalam jumlah yang besar. lni tidak bermakna bahawa "kutu" tidak
mempunyai sebarang peraturan atau prosedur tetapi prosedumya tidaklah
serurnit sepertimana berurusan dengan institusi-institusi kewangan moden
yang bermotifkan keuntungan semata-mata.
Mustahil bagi orang kampung untuk mendapatkan pinjaman wang
dari institusi-institusi kewangan moden dengan kadar segera tanpa cagaran
dan jaminan. Hal ini berbeza dengan ahli-ahli sesuatu kumpulan "kutu"
wang yang boleh mendapatkan wang tersebut dengan mudah tanpa melalui
banyak prosedur tertentu.

178
Sebagai masyarakat Melayu yang beragama Islam, urusan bank yang
melibatkan unsur-unsur yang haram di sisi agama Islam, seperti "riba",
menambahkan lagi ketidakinginan mereka untuk berurusan dengan pihak-
pihak tersebut walaupun mereka turut menyedari keuntungan darinya.
Maka dengan ini "kutu" wang dapat terus beroperasi di kalangan wanita-
wanita di Kampung Relong khasnya dan di kalangan masyarakat peasant
Melayu di tempat-tempat lain amnya.

Tujuan "Kutu" Barang-Barang


"Kutu" barangan menjamin seseorang ahlinya mendapat barangan yang
diingininya. Lazimnya sebagai seorang wanita dan suri rumah, mereka
ingin bergaya dengan pakaian dan barang-barang kemas sekali-sekala
apabila ada keramaian seperti majlis perkahwinan dan seumpamanya
atau ingin melengkapi rumah mereka dengan pelbagai peralatan. Oleh
kerana mereka tidak mampu untuk membeli barang-barang tersebut di
kedai secara tunai, satu-satunya cara untuk memenuhi keinginan mereka
ialah dengan menyertai kumpulan "kutu" barangan. Melalui penyertaan
ini, mereka boleh mendapatkan barangan tersebut dengan harga yang
sama atau lebih murah lagi berbanding dengan dibeli di kedai.
Terdapat persamaan dari segi kemampuan membayar secara ansuran
bulanan dalam "kutu" barangan dengan kaedah jualan barangan dari rumah
ke rumah yang dilakukan oleh jurujual. Waiau bagaimanapun, di antara
kedua corak perniagaan ini, terdapat perbezaan dari segi masa penyerahan
barangan. Dalam "kutu" barangan, barangan diterima oleh ahli-ahli pada
bulan pertama mereka membayar wang ansuran masing-masing. Manakala
jurujual pula hanya akan menghantar barang-barang ke rumah pelanggan
mereka apabila semua bayaran sudah dijelaskan. Melalui cara inilah para
pelanggan sering tertipu. Faktor inilah yang menghilangkan kepercayaan
wanita di Kampung Relong terhadap jurujual. Mereka merasa lebih selamat
untuk membeli barangan yang diingini menerusi "kutu" barangan.
Sebelum menyertai "kutu" barangan ini , mungkin seseorang ahli
terpaksa "meminjam" pinggan-mangkuk, dulang, gelas dan seumpamanya
dari jiran-jiran hanya untuk mengadakan kenduri kecil. Dengan menyertai
"kutu" barangan ini, seseorang ahli itu dapat mengumpulkan barangan
tadi sedikit demi sedikit dan akhirnya dia tidak perlu meminjam lagi. lni
bukanlah bermakna wanita di Kampung Relong kedekut atau "berkira",
tetapi biasanya dalam kenduri banyak pinggan-mangkuk yang pecah dan
hal ini tentu sekali akan mengecilkan hati tuan punya pinggan-mangkuk
tadi.

179
Dalam kenduri kahwin yang lebih besar pula, lebih banyak jumlah
pinggan-mangkuk yang diperlukan. Bagi ahli kumpulan "kutu" barangan,
hal ini tidaklah menjadi masalah besar kerana rakan-rakan ahli yang lain
akan sama-sama merninjamkan barangan tersebut kepada ahli berkenaan.
Jika barangan tersebut pecah sekalipun tidaklah menjadi masalah untuk
menggantikannya kerana barangan mereka adalah dari satu jenis yang
sama.
Selain daripada tujuan-tujuan yang jelas dapat dilihat melalui kedua-
dua jenis "kutu" ini, terdapat juga tujuan-tujuan yang tersembunyi di
sebaliknya. Melalui "kutu" ini, ahli-ahli dapat berkumpul sekali-sekala
untuk sama-sama berbincang mengenai berbagai perkara yang menyangkut
soal kehidupan mereka. Dari sinilah mereka akan merasa lebih mesra·
antara satu sama lain.
Kesusahan, kemalangan dan seumpamanya yang dialarni oleh
seseorang ahli akan cuba diatasi bersama setakat yang termampu .
Semangat kerjasama dan tolong-menolong jelas dapat dilihat dalam
kumpulan-kumpulan "kutu" di Kampung Relong. Walaupun terdapat
beberapa kumpulan "kutu" di sini, namun tidak pernah wujud persaingan
di antara satu sama lain. Asas-asas kerjasama dan tolong menolong yang
diwujudkan melalui "kutu" ini ternyata berjaya mewujudkan keadaan
yang aman dan harmonis di kalangan penduduk-penduduk di Kampung
Relong secara keseluruhannya.

Kesimpulan
Sebagai salah satu sumber kredit bagi masyarakat peasant, "kutu" telah
berjaya mengatasi serba sedikit masalah ekonorni komuniti di sini. "Kutu"
telahpun menjadi satu kegiatan sosio-ekonorni yang paling popular,
khasnya di kalangan kaum wanita berbanding dengan sumber-sumber
kredit lain seperti pajak gadai, ceti dan kedai runcit. Waiau bagaimanapun
tidaklah dinafikan peranan penting kedai runcit sebagai tempat para
penduduk boleh mendapatkan barang-barang keperluan harian mereka
secara kredit.
Melalui "kutu" wang, ahli-ahlinya boleh menabung wang mereka
untuk keperluan tertentu. Kurangnya pengetahuan masyarakat peasant
Melayu khasnya, di tempat-tempat lain amnya, tentang cara-cara berurusan
dengan institusi-institusi kewangan moden serta keengganan mereka
terlibat dengan amalan "riba" menyebabkan insititusi tersebut tidak
menjadi sumber kredit yang utama bagi masyarakat peasant berbanding
dengan sumber-sumber kredit tradisional terutamanya "kutu".

180
Sumber pendapatan yang tidak tetap serta hilangnya keyakinan
mereka terhadap jurujual menyebabkan mereka memilih "kutu" sebagai
altematif untuk mendapatkan barangan yang mereka ingini. Manakala
bagi penganjur-penganjur "kutu" barangan, mereka boleh mendapat sedikit
keuntungan melalui usaha ini tanpa menindas ahli-ahli (pelanggan) yang
lain.
Selain itu, kedua-dua jenis "kutu" ini temyata berjaya mewujudkan
satu kumpulan masyarakat yang saling tolong menolong dan bersatu
padu melalui asas-asas yang terdapat di dalamnya. Tegasnya, "kutu"
amat penting dikekalkan sebagai satu sumber kredit dan elemen kerjasama
yang penting bagi komuniti kampung ini khasnya dan masyarakat
peasant di tempat-tempat lain amnya.

Bibliografi

Firth, Raymond, 1964, "Capital, Saving and Credit in Peasant Societies:


A Viewpoint from Economic Anthropology", di dalam Raymond
Firth and B.S. Yamey (eds.), Capital, Saving and Credit in Peas-
ant Societies.
Mokhzani Abdul Rahim, 1973, "Kutu: Rotating Credit Association",
Credit in a Malay Peasant Society, 1973, m.s. 362 - 375.
Norazit Selat, 1983, "Penaung Dalam Masyarakat Melayu: Tradisi dan
Moden", di dalam Mohd Taib Osman dan Wan Kadir Yusoff (eds.),
Kajian Budaya dan Masyarakat di Malaysia, Kuala Lumpur,
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Norazit Selat, 1989, "Wang dan Kesannya ke atas Hubungan Sosial:
Kajian Kes di Sebuah Lokaliti Melayu di Bandar Muar, Johor",
Jurnal Pengajian Melayu, Jilid 1, 1989.
Swift, M.G. , 1965, Malay Peasant Society in Jelebu, London, The
Athlone Press.

181
Perkembangan dan Dasar Perumahan
Negeri Pahang
KAMARUZAMAN A BDULLAH* dan
MOHD. RAZALI AGUS**

Pengenalan
Sebagai sebuah negeri yang te~besar di Semenanjung Malaysia, negeri
Pahang Darul Makmur terkenal dengan perusahaan yang berasaskan kayu.
Oleh kerana sebahagian besar negeri Pahang masih diliputi oleh hutan
kegiatan pembalakan agak ketara dengan wujudnya kilang-kilang papan
di sepanjang jalan utama dari Karak ke Kuantan. Sebahagian besar hutan
tel ah diterokai oleh agensi-agensi kerajaan pusat dengan pembukaan tanah
pertanian baru seperti Jengka Tigasegi, DARA dan berpuluh-puluh
rancangan FELDA, FELCRA dan RISDA.
Artikel ini adalah percubaan untuk meneliti perkembangan dasar
perumahan negeri Pahang terutamanya sejak pelancaran Dasar Ekonomi
Baru pada tahun 1971 . Perbincangan juga akan d.ifokuskan kepada peranan
Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP), DARA, FELD A, FELCRA
dan lain-lain.

Latar belakang Geografi


Negeri Pahang merupakan negeri yang terbesar di Semenanjung Malay-
sia. keluasannya adalah 35,965 kilometer persegi dan merupakan salah
sebuah negeri di Pantai Timur Semenanjung. 1 Negeri Pahang mempunyai
10 daerah yang meliputi keluasan 3,596,585 hektar. Sepuluh daerah ini
* Lulusan Jabatan Antropologi dan Sos iologi pada tahun 1992.
** Prof. Madya di Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Universiti Malaya.
I Jabatan Perangkaan Malaysia. Bank Data Negeri/Daerah Pahang, 1980 - 86,
Kuala Lumpur.

182
termasuklah: Bentong, Cameron Highlands, Jerantut, Kuantan, Lipis,
Pekan, Raub, Temerloh, Rompin dan Maran. Negeri Pahang bersempadan
dengan negeri Selangor, Perak dan Negeri Sembilan di barat, negeri
Johor di selatan dan negeri Kelantan dan Terengganu di utara. Lebuhraya
Karak menyambung perhubungan jalan raya antara Kuala Lumpur dan
Kuantan. Lebuhraya Tun Abdul Razak menghubungkan Kuantan dengan
Segamat. Di Pantai Timur lintasan Kuantan ke Cukai memudahkan
perjalanan ke negeri-negeri Kelantan dan Terengganu.

~
Pertumbuhan penduduk di negeri Pahang adalah sangat pesat. Pada
tahun 1980, jumlah penduduknya ialah 768,801 orang dan telah meningkat
pada 1,036,724 orang pada tahun 1991 (lihat Jadual 1). lni menunjukkan
ningkatan sebanyak 34.8 peratus atau kadar pertumbuhan penduduk

Jadual 1
Jumlah lsi rumah dan Penduduk Mengikut Daerah di Pahang
1980 dan 1991

lsirumah Jumlah Penduduk

1980 1991 1980 1991

Bentong 13,453 17,052 72,865 84,047


Cameron Highlands 4,213 5,082 21,502 24,397
Jerantut 12,353 14,850 59,043 74,391
Kuantan 33,039 51,052 170,573 253,083
Lipis 11,931 14,542 56,996 67,585
Pekan 9,492 16,441 50,058 85,120
Raub 12,436 15,471 64,414 73,909
Temerloh 28,192 38,313 143,188 184,975
Rompin 8,375 15,742 38,975 79,179
Maran 17,925 20,883 91,187 110,038

JUMLAH 151,409 209,698 768,801 1,036,724

Sumber: Laporan Kiraan Permulaan Mukim Banci Penduduk dan Perumahan


Malaysia 1991, Jabatan Perangkaan Malaysia, Kuala Lumpur, Mei 1992,
him. 69 -73.

Pahang adalah 3.19 peratus setahun. Manakala kalau diteliti aspek


keluarga, terdapat 151,409 isirumah pada tahun 1980 dan bilangannya

183
telah meningkat kepada 209,698 isirumah pada tahun 1991. Lebih ketara
lagi peratus peningkatan isirumah pada 38.5 peratus dan kadar ini adalah
lebih tinggi daripada kadar peningkatan jumlah penduduk. Lebih khusus
lagi, purata kadar pertumbuhan isirumah di negeri Pahang adalah 3.49
isirumah setahun.
Terdapat peningkatan yang drastik dari segi bilangan rumah kediaman
iaitu daripada 166,890 unit tempat kediaman pada tahun 1980 kepada
243,236 unit pada tahun 1991 (lihat Jadual 2). Ini menunjukkan sebanyak
76,346 unit atau 45 .7 peratus. Purata pertambahan unit kediaman setahun
ialah 4.15 peratus.

Jadual 2
Tempat Kediaman Mengikut Daerah di Pahang
1980 dan 1991

Tempat Kediaman
Daerah
1980 1991

Bentong 14,105 19,529


Cameron Highlands 3,860 5,558
Jerantut 14,541 17,428
Kuantan 34,216 57,736
Lipis 13,161 16,834
Pekan 10,121 18,703
Raub 13,315 18,609
Temerlob 34,382 46,226
Rompin 8,689 18,011
Maran 20,500 23,602

JUMLAH 166,890 243,236

Sumber: Laporan kiraan Permulaan Mukim Banci Penduduk dan Perumahan


Malaysia 1991 . Jabatan Perangkaan Malaysia, Kuala Lumpur, Mei 1992,
him. 69 - 73.

Yang jelas pertumbuhan perumahan (45. 7%) mengatasi pertumbuhan


isirumah (38.5 % ) atau pertumbuhan penduduk (34.8%) antara tahun-
tahun banci 1980 dan 1991. Strategi pembangunan perumahan ini bukan
setakat untuk menyediakan keperluan perumahan penduduk tempatan
tetapi dengan berkembangnya sektor perindustrian - pembuatan maka

184
kemungkinan besar lebih ramai penghijrah luar memerlukan kemudahan
perumahan di negeri Pahang.
Pada keseluruhannya, kadar perbandaran di Pahang masih lagi rendah
30.4 peratus berbanding dengan ·peringkat nasional (41 %) (lihat Jadual
3). Hanya ada enam daerah yang mempunyai penduduk tinggal di kawasan
bandar. Dari segi taraf perbandaran, daerah-daerah tersebut dapat disusun
mengikut kadar perbandaran yang tinggi seperti berikut: Kuantan (79.5%),
Bentong (37.3%), Raub (28.3 %), Jerantut (21.2%), Temerloh (18 .7%)
dan Lipis (16.8%). Ternyata kadar perbandaran di Kuantan adalah jauh
lebih tinggi daripada bandar-bandar lain di Pahang. Malahan, keadaan ini
melampaui kadar nasional.

Jadual 3
Bilangan dan Peratus Penduduk Mengikut
Daerah Pentadbiran dan Strata, 1991

Bilangan Peratus
Negeri dan
Daerah Bandar Luar Jumlah Bandar Luar Jumlah
Bandar Bandar
-
' ---
PAHANG 315,168 721 ,556 1,036,724 30.4 69.9 100.00
Bentong 31,314 52,733 84,047 37.3 62.7 100.00
Cameron
Highlands - 24,397 ·24,397 - 100.00 100.0
Jerantut 15 ,764 58,627 74,391 21.2 78.8 100.00
Kuantan 201,270 51 ,813 253 ,083 79.5 20.5 100.00
Li pis 13,347 56,238 67,585 16.8 83.2 100.00
Pekan - 85 ,120 85 ,120 - 100.00 100.00
Raub 20,940 52,969 73,909 28.3 71.7 100.00
Temerloh 34,533 150,442 184,975 18.7 81.3 100.00
Rompin - 79.179 79,179 - 100.00 100.00
Maran - 110,038 110,038 - 100.00 100.00

Sumber: Laporan Kiraan Perumahan Bagi Kawasan Bandar dan Luar Bandar, Banci
Penduduk dan Perumahan Mala ysia, 1991 , Jabatan Perangkaan Malaysia,
Kuala Lumpur, Oktober 1992, him. 24.

185
Pembahagian penduduk mengikut kaum adalah penduduk Melayu
seramai 759,207 (71.2 peratus), penduduk Cina 237,858 (22.3 peratus),
India 67,306 (6.3 peratus) dan 2,059 (0.2 peratus) kaum-kaum lain pada
tahun 1990. 2 Antara tahun 1990 - 95 daerah-daerah Jerantut, Kuantan,
Maran dan Rompin dijangka akan mengekalkan kadar pertumbuhan
penduduk yang tinggi. Hal ini berlaku kerana bilangan subur dan kadar
migrasi bersih ke daerah ini masih tinggi (lihat Jadual 4).

Jadual 4
Unjuran Taburan Penduduk Mengikut Daerah
Negeri Pahang Pada Tahun 1990 - 95

Daerah 1990 1995

Bentong 91,950 102,460


Cameron Highlands 27,471 30,804
Jerantut 96,147 113,566
Kuantan 242,589 286,226
Kuala Lipis 69,837 76,909
Maran 120,039 143,567
Pekan 69 .009 79,937
Raub 75,764 80,809
Rompin 68,341 84,269
Temerloh 205,283 283,273

JUMLAH 1,066,430 1,236,856

Sumber: Kajian Pelan lnduk Negeri Pahang Tahun /989, him. 91.

Perubahan ekonomi Pahang boleh dilihat dari dua jangka masa iaitu
sebelum dan selepas pelancaran Dasar Eknomi Baru (DEB). Sebelum
DEB rancangan pembangunan kerajaan yang utama ialah Rancangan
Pembangunan Luar Bandar yang merangkumi penyediaan kemudahan

2 Malaysia, ' Rancangan Malaysia Keenarn' , Negeri Pahang Darul Makrnur, Pejabat
Setiausaha Negeri Pahang (tidak diterbitkan) . Perbincangan seterusnya adalab
berdasarkan rnaklurnat dalarn Karnaruz.arnan Abdullah, Peranan Perbadanan Kema-
juan Negeri Pahang (PKNP) sebagai Agen Pembangunan Perumahan di Negeri
Pahang. Latihan Ilmiah BA ., Jabatan Antropologi clan Sosiologi, Universiti
Malaya, Kuala Lumpur, 1991/92 (tidak diterbitkan) .

186
asas dan sosial serta rancangan pembangunan tanah FELD A, FELCRA
dan RISDA. Tahap kedua ialah selepas DEB dan serentak dengan
Rancangan Malaysia Kedua. Pelaksanaan pembangunan negara
diselaraskan dengan dua matlamat DEB iaitu membasrni kerniskinan dan
menyusun semula masyarakat. 3
Maka sektor pertanian memainkan peranan penting dalam pem-
bangunan negeri Pahang dan merupakan sumber eksport negara yang
utama serta memberi peluang pekerjaan dan jarninan pendapatan yang
agak stabil kepada golongan petani. Di negeri Pahang seluas 687,881
hektar tanah telah dimajukan dengan pelbagai tanaman. Umpamanya
getah dan kelapa sawit merupakan dua tanaman utama negeri Pahang
dan merupakan lebih daripada 80 peratus keluasan kawasan pertanian di
negeri ini.
Sektor perindustrian dijangka menjadi penggerak utama kepada
pertumbuhan ekonorni pada masa depan. Sektor ini terbukti dalam
mempelbagaikan ekonorni dan peluang-peluang pekerjaan kerana pada
tahun 1991 wujud 1500 kilang beroperasi dengan modal pelaburan $2.2
billion dan 39,000 pekerjaan. Untuk memajukan sektor perindustrian
beberapa langkah seperti menggalakkan pelaburan sama ada dari dalam
atau luar negeri, membina tapak industri di tempat yang sesuai dan
membina bengkel perusahaan ringan untuk menarik pelabur kecil
terutamanya Burniputera.4

Sektor Perumahan Di Negeri Pahang


Sektor perumahan menjadi tumpuan kerajaan negeri dan merupakan satu
daripada kemudahan-kemudahan sosial yang diberikan kepada orang ramai.
Keperluan perumahan negeri Pahang (1991 - 95) adalah sebanyak 36,860
unit yang meliputi keperluan baru 30,121 unit dan pembaikan 6,739 unit.
Matlamat utama perumahan negeri adalah untuk menyediakan peluang
yang luas kepada semua rakyat khasnya golongan berpendapatan rendah,
untuk merniliki tempat kediaman sendiri yang sempurna dan selesa dengan
kemampuan masing-masing. Untuk tujuan ini kerajaan negeri bercadang
membina sebanyak 35,000 unit rumah kos rendah dalam Rancangan
Malaysia Keenam, bagi mengatasi kekurangan tempat tinggal. Contohnya

3 Mohd . Salleh Lamry, Politik Tempatan di Pahang - Khususnya di Kampung


Paya Jejawi, Tesis PH.D . Fakuti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya,
Kual a Lumpur, 1988, him. 100 - 101 (tidak diterbitkan).
4 Jabatan Penerangan Negeri Pahang, Pembangunan Negeri Memenuhi Harapan
Rakyat , Maziza Sdn. Bhd. , 1991.

187
kerajaan negeri menerima 5,500 permohonan membeli rumah kos rendah
daripada daerah Temerloh dan Raub sehingga Mac 1991. Masalah
perumahan belum lagi meruncing di Pahang tetapi jika langkah-langkah
tidak diambil akan menjadi lebih ketara. 5 .
Bagi mencari objektif dasar perumahan negeri berbagai program
pembangunan perumahan telah, sedang dan akan dilaksanakan bagi
memenuhi sasaran pembinaan kerajaan negeri iaitu sebanyak 8,856 unit
di seluruh negeri di bawah Rancangan Malaysia Kelima. Daripada jumlah
ini 3,875 unit (47 peratus) merupakan rumah kos rendah, sementara
selebihnya adalah unit-unit perumahan dari pelbagai jenis. Dalam tempoh
Rancangan Malaysia Kelima sehingga Jun 1990 sejumlah 5,771 unit (85
peratus) telah disiapkan. Kerajaan telah meluluskan permohonan tukar
syarat tanah rnilik melibatkan pembinaan rumah kos rendah oleh pemaju
swasta dan 8,967 unit rumah kos rendah di bawah program penswastaan
bagi tempoh tahun 1985 - 89. Pencapaian dari segi bangunan dan
kewangan mengikut jabatan/agensi adalah seperti Jadual 5.

Jadual 5
Jumlah Rumah Yang Dibina dan Anggaran Perbelanjaan
Dalam Tempoh Rancangan Malaysia Kelima
Jumlah Rumah Yang Dibina
Program dan Perbelajaan ('000)
Jumlah Anggaran
Rumah Perbelanjaan
A. Perumahan Kos Rendah
i. Perumahan Awam
Kos Rendah 3,407 47,250

ii . Lembaga Kemajuan
Negeri Pahang 772 9,980

B. Rumah Pelbagai jenis


i) Lembaga Kemajuan
Negeri Pahang 4,667 24,335

JUMLAH 8,856 81,565


* Perbelanjaan tinggi pembinaan rumah awam kos rendah adalah disebabkan sebahagian
tapak projek yang memerlukan kerja-kerj a tanah .
Sumber: Rancangan Mala ysia Keenam (Negeri Pahang), him. 472.
5 Lihat dalam Berita Harian, 6 Julai 1991, ' Pahang Membina 35,000 Rumah Atasi
Kekurangan Tempat Tinggal' .

188
Program penyediaan rumah kos rendah merupakan matlamat utama
kerajaan negeri sejak akhir tahun 1970-an, sama ada dalam sektor awam
dan swasta.
Tiga kategori pembinaan rumah yang utama di negeri Pahang iaitu
rumah kos rendah ($25,000) berjumlah 31,957 unit, rumah kos sederhana
($25,000 - $100,000) dan rumah kos tinggi ($100,000 dan ke atas) seunit
berjumlah 4,034 unit dalam Rancangan Malaysia Keenam. Keseluruhan
pembinaan kategori rumah ini dilaksanakan di Kuantan seperti rumah
kos rendah berjumlah 6,350 unit mengatasi daerah-daerah yang lain.
Daerah kedua pesat membangun sektor perumahan ialah Temerloh,
sebanyak 3,742 unit rumah kos sederhana dan 6,298 unit rumah kos
rendah. Perumahan kos rendah rnerupakan program yang diberikan
penekanan dan mengatasi jenis-jenis yang lain.
Keperluan tambahan perumahan bagi negeri Pahang sejak 1981
sehingga 1990 sebanyak 84,881 unit. Dalam tempoh Rancangan Malay-
sia Keenam sebanyak 161 projek perumahan telah dirancang untuk
dilaksanakan oleh Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) dan Lembaga
Kemajuan Negeri Pahang. Projek-projek ini mengandungi sebanyak 12,640
unit rumah dan menyediakan 5,500 lot untuk skim pertapakan dan
kemudahan asas. Dari segi bilangan unit pula yang akan dilaksanakan
mengikut agensi, PAKR 12,640 unit, PKNP kos rendah 3,366 unit, kos
sederhana 4,403 unit dan kos tinggi 517 unit. Sementara itu PAKR, skim
pertapakan dan kemudahan asas sebanyak 5,560 unit. Untuk menjayakan
program perumahan ini sumber peruntukan yang diperlukan oleh PAKR
dan PKNP adalah seperti berikut Jadual 6.
Jadual 6
Peruntukan Yang Dieprlukan Untuk Rancangan Malaysia Ke-6
Mengikut Jabatan/Agensi

Sumber Peruntukan
J abatan/Agensi Sumber Sumber Sumber
Negeri Persekutuan Sendiri Jumlah

Setiausaba Kerajaan 29,774 337,792 - 367,566


Perbadanan Kemajuan
Negeri Pabang - 103,270 255,225 358,495

JUMLAH 29,774 441,062 255,225 726,061

Sumber: Rancangan Malaysia Keenam Negeri Pahang

189
Permintaan perumahan yang tinggi di negeri Pahang umpamanya
permohonan berdaftar untuk memiliki rumah sehingga Jun 1990 ialah
seramai 21 ,691 orang permohonan berdaftar, iaitu 95 peratus daripadanya
perumahan kos rendah. Oleh itu kerajaan berhasrat meningkatkan
pembinaan melalui pelaksanaan program penswastaan dan konsep 'rumah
inti ' di bawah skim pertapakan dan kemudahan asas sebagai tambahan
kepada program yang sedia ada. Rumah ini ditafsirkan sebagai rumah
kurang selesa tetapi boleh dibesarkan mengikut kehendak. keselesaan
dan kemampuan dari semasa ke semasa. Harganya sekitar $10,000 seunit.
Menurut Ahli Exco Perumahan dan Pertumbuhan Desa, negeri Pahang,
konsep di atas tidak lagi akan dilaksanakan kerana ia hanya sesuai untuk
orang yang berpendapatan tinggi dan bukan golongan berpendapatan
rendah seperti sasaran yang dikehendaki .6
Dalam tempoh Rancangan Malaysia Keenam, kerajaan Pahang telah
mengatur beberapa strategi pembangunan untuk mencapai matlamat
perumahan negeri. Antara Iangkah-Iangkah yang diambil oleh kerajaan
negeri Pahang ialah:
a. Mempertingkatkan pembinaan rumah-rumah kos rendah. Tujuannya
untuk memberi peluang kepada golongan berpendapatan rendah
merniliki rumah sendiri.
b. Memperbanyak pembinaan rumah-rumah kos sederhana bagi me-
menuhi golongan berpendapatan sederhana, sama ada rumah kos
sederhana rendah atau rumah sederhana berharga kurang dari $75,000
seunit.
c. Penswastaan bagi mengurangkan beban kewangan kerajaan dalam
melaksanakan projek-projek perumahan seperti yang diperlukan.
Sektor swasta digalakkan membina projek-projek perancangan.
d. Melaksanakan skim pertapakan dan kemudahan asas. Skim ini telah
dirancang dalam Rancangan Malaysia Ketiga tetapi tidak dapat
dilaksanakan kerana ketiadaan peruntukan. Waiau bagaimanapun
dalam Rancangan Malaysia Keenam skim ini akan diteruskan sebagai
strategi bagi menggalakkan rakyat membina rumah melalui biaya
sendiri.

Langkah-Iangkah di atas diambil adalah kerana timbulnya masalah-

6 Temuramah dengan YB Encik Adnan Yaakub, Ahli Exco Perumahan dan Pertum-
buhan Desa, Negeri Paha ng, Ku antan, Mei 1991.

190
masalah yang dihadapi dalam Rancangan Malaysia Kelima. Pencapaian
pembinaan rumah di negeri Pahang dalam tempoh Rancangan Malaysia
Kelima adalah sebanyak 5,771 unit (85 peratus). Pencapaian yang kurang
rnenggalakkan berpunca dari kurang berkesannya perancangan awal.
Dalam usaha untuk rnenentukan tapak, agensi kerajaan yang terbabit
tidak menentukan di peringkat awal lagi. Penentuan tapak mengambil
masa, maka beberapa projek tidak dapat dilaksanakan mengikut
perancangan. Selain daripada itu syarat-syarat kelayakan membeli rumah
kos rendah tidak sesuai pada masa ini. Antara syarat yang dikenakan
ialah pendapatan suami/isteri tidak melebihi $750.00 sebulan. Oleh itu
hanya sebahagian kecil mereka yang berpendapatan rendah sahaja yang
mampu membeli rumah kos rendah. Bagi kakitangan kerajaan cuma hanya
pekerja kategori D sahaja yang layak.
Perumahan di negeri Pahang walaupun rnenampakkan kejayaan
namun terpaksa menghadapi berbagai rintangan. Oleh itu beberapa langkah
dan strategi telah diambil bagi mengatasi masalah sepanjang Rancangan
Malaysia Keenam. Dalam tempoh tersebut penekanan akan diberi
pembinaan rumah kos rendah. Rumah-rumah kos sederhana akan terus
dijalankan. Golongan yang berminat membina rumah sendiri, tapak rumah
sendiri, tapak rumah akan disediakan. Kejayaan strategi ini akan dapat
mengurangkan masalah perumahan terutamanya projek PAKR dan PKNP.

Agensi-Agensi Pembangunan Perumahan Di Negeri Pahang


Pembangunan perumahan di negeri Pahang telah dilaksanakan oleh
pelbagai badan kerajaan negeri dan persekutuan. Untuk melaksanakan
semua program perumahan di negeri Pahang agensi-agensi kerajaan
(awam) dan syarikat-syarikat swasta memainkan peranan untuk menye-
diakan kemudahan perumahan. Antara agensi-agensi yang rnemainkan
faktor penting adalah seperti berikut:

a) Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka (LKWJ) Dan Lembaga


Kemajuan Pahang Tenggara (DARA)
LKWJ merupakan sebuah agensi pembangunan wilayah yang melibatkan
sektor pertanian yang utama. Terletak di antara tiga bandar utama, iaitu
Temerloh, Maran dan Jerantut. Penduduk wilayah Jengka keseluruhannya
seramai 187,300 orang, dan penduduk Bandar Pusat Jengka pula adalah
seramai 8,000 orang menjelang 1990. Dua buah lagi bandar yang dirancang
di sini ialah Bandar Tenggara dan Bandar Barat Daya. Hasil kajian semula
yang dilakukan, kedua-dua bandar telah diubah lokasi ke Kampung Awah

191
dan Jengka.
Pembangunan perumahan hanya tertumpu di Bandar Pusat Jengka
sahaja. Kategori rumah yang dibina adalah rumah kos rendah, sederhana
dan tinggi. Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelima sejumlah 86 unit
rumah kos rendah telah dibina. Dalam Rancangan Malaysia Keenam,
LKWJ akan membina 568 unit rumah kos rendah, 254 unit rumah kos
sederhana, 14 unit rumah kos mewah dan 96 unit rumah pangsa.
Sehubungan dengan itu satu perjanjian telah ditandatangani pada
tahun 1991 untuk memajukan projek Perumahan Desa Jaya, Bandar Pusat
Jengka. Sebanyak 252 unit rumah sesebuah akan dibina dalam Fasa 1
projek tersebut. Keseluruh projek ini mengandungi 714 unit rumah. Pada
peringkat fasa pertama dan jenis rumah akan dibina, mengandungi 125
unit rumah kos rendah (Tempua) berharga $25 ,000 seunit dan 127 unit
kos sederhana (Belibis) berharga $49,500 seunit. Bagi rumah kos rendah
keluasan tanahnya adalah 2,400 ikaki persegi. Pada fasa kedua pula pula
tumpuan adalah kepada rumah-rumah jenis rumah dalam fasa kedua ini. 7
DARA pula merupakan agensi pembangunan wilayah yang terletak
di selatan negeri Pahang. Penduduk di sini seramai 17,700 orang pada
akhir Rancangan Malaysia Kelima dan dijangka meningkat kepada 235,000
pada akhir Rancangan Malaysfa Keenam. Dalam tempoh tersebut dua
buah bandar telah dapat dilaksanakan iaitu Bandar Tiga Puluh Empat dan
Tembagau. Jumlah rumah yang akan dibina adalah sebanyak 14,168
unit. Dalam Rancangan Malaysia Kelima perbelanjaan yang digunakan
adalah sebanyak $42.1 juta untuk perumahan dan ruang niaga sehingga
akhir tahun 1987/88.

b) Program Kampung Tersusun dan Geraksepadu


Kampung tersusun adalah program penyusunan semula kampung-kampung
yang bertaburan dan terpencil. Program ini bertujuan menyediakan
kawasan baru di pusat-pusat desa yang lebih terancang. Penduduk
kampung dikehendaki menyerahkan tanah milik mereka di kampung asal
dan kerajaan negeri akan membuat sedikit tambahan iaitu seluas 6 hektar,
supaya lebih luas dan seragam. Dalam Rancangan Malaysia Kelima sebuah
kampung tersusun telah dilaksanakan iaitu di Kampung Salong yang
dilaksanakan oleh DARA. Rumpun Makmur oleh LKWJ dan Tembeling
Tengah oleh Pentadbiran Daerah Jerantut. Di kawasan Kampung Salong
(Pekan) pembangunan adalah dalam bentuk ladang seluas 132 hektar dan
7 Lihat Berita Jengka, April, Mei, Jun, Kemerdekaan Pemba ngunan Luar Bandar.
1991 .

192
melibatkan 100 buah rumah peserta. Tetapi keluasan pembangunan ladang
berbeza-beza. Rumpun Makmur dan Tembeling Tengah meliputi keluasan
1500 hektar. Pihak FELCRA menyediakan rumah untuk didiami oleh
mereka yang berpindah, pembayaran rumah itu akan dipotong daripada
ladang yang telah berhasil kemudian.
Program pendekatan bersepadu pula melibatkan kawasan-kawasan
yang tidak memerlukan perpindahan dan penduduknya tidak berselerak
dan penyusunan semula rumah-rumah juga tidak perlu. Dhlam tempoh
Rancangan Malaysia Kelima, tiga gugusan dilaksanakan yang melibatkan
peruntukan sebanyak $1.2 juta. Dalam Rancangan Malaysia Keenam, 27
buah gugusan kampung telah dirancang. Ia dilaksanakan oleh kerajaan
negeri, DARA dan LKWJ. Pendekatan halacara baru digunakan dengan
menekankan tiga aspek utama iaitu kemajuan pertanian dengan
mengadakan cara penyusuanan perladangan bagi kebun-kebun kecil dan
bendang-bendang. Kedua, dengan mewujudkan industri kampung dan
perusahaan kecil atau lain-lain kegiatan bukan pertanian. Ketiga,
penglompokan dan penysusunan semula kampung tradisional secara teratur
untuk mewujudkan pusat pertumbuhan baru.

Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang


PKNP merupakan sebuah perbadanan awam yang bergiat cergas
menjalankan aktiviti ekonomi dan sosial. Bidang perumahan merupakan
salah satu yang terbesar diceburi oleh PKNP. Untuk membangunkan
industri ini beberapa strategi digunakan antaranya memajukan tanah
Bumiputera dan penswastaan. Anak syarikat PKNP, iaitu Pasdec Corpo-
ration Sdn. Bhd. , telah bertindak sebagai pengurus projek-projek rumah
murah kerajaan.
Pelaksanaan projek perumahan oleh kumpulan PKNP pesat
dijalankan. Sehingga April 1991 telah dibina sebanyak 11 ,263 unit rumah
pelbagai jenis. Jenis program perumahan meliputi semua jenis rumah,
sama ada kos rendah, sederhana ataupun tinggi. Projek perumahan dan
perkedaian pula merangkumi seluruh negeri. Wala'.u bagaimanapun melalui
Pasdec Corporation, program perumahan PKNP juga dijalankan melalui
projek penswastaan.

Penswastaan Perumahan
Pelaksanaan penswastaan perumahan dan perkedaian adalah melalui
PKNP. Mulai 1982 PKNP telah melaksanakan penswastaan dengan
pembinaan 1,393 unit rumah dan 72 unit kedai di atas tapak seluas 104

193
ekar di Bukit Setongkol, Kuantan. Tujuan penswastaan ini ialah untuk
membolehkan PKNP menggunakan sumber kewangan yang terhad
menjalankan projek-projek yang mempunyai keutamaan yang tinggi.
Pemaju swasta dikehendaki menyerahkan 30 per-atus bangunan yang siap
kepada PKNP. PKNP diberi pilihan untuk membeli beberapa unit bahagian
pemaju dengan potongan harga yang dipersetujui oleh kedua belah pihak.8

Penswastaan Projek Perumahan PKNP


PKNP menggunakan beberapa pendekatan dalam penswastaan projek:
(a) Pendekatan Pertama
Dalam konsep ini pemaju mengambilalih tapak setelah disediakan, PKNP
telah menyediakan tapak mengikut paras tertentu, pelan tata atur serta
infrastruktur luaran. Pemaju swasta cuma melaksanakan pembinaan,
mengawas, mengurus dan memasarkan harta berkenaan. Antara langkah
awal yang diambil oleh PKNP ialah mendapatkan pelan tapak kawasan
cadangan dan mengiklan projek untuk penyertaan pemaju . Proses yang
terakhir ialah menandatangani perjanjian antara PKNP dan pemaju. Projek
yang dilaksanakan secara ·pengswastaan ini ialah Projek Sri Kemuning
(rumah kos rendah flat) dan Lurah Temerloh (kedai) di Temerloh.

(b) Pendekatan Kedua


Pihak pemaju mengambialih dari peringkat awal tapak yang masih belum
diusahakan. PKNP hanya mengesan dan mencadangkan sesuatu tapak
yang berpotensi untuk pembangunan. Pemaju swasta akan melaksanakan
kajian kemungkinan, menyediakan pelan-pelan pembangunan, mereka
bentuk, membina, mengawas, mengurus dan memasarkan harta. Pemaju
bebas mengemukakan cadangan pembangunan di atas sesuatu tapak.
Antara perojek yang dilaksanakan dengan konsep ini ialah di Tanah
Putih, Kuantan dan Lembah Ruil dan Cameron Highlands.
Bagi perumahan awam kos rendah, PKNP merupakan agensi
pelaksana kepada kerajaan negeri. Pendekatan yang digunakan ialah konsep
Pemaju dan Konsep trade off. Konsep Pemaju, ialah menetapkan sesuatu
tapak yang akan diserahkan kepada pemaju swasta untuk dimajukan,
oleh itu sumbangan modal daripada kerajaan negeri hanya berupa nilai
tanah tapak projek. Sumbangan pemaju pula ialah membangun, melaksana
dan menyiapkan pembinaan rumah, lengkap dengan kemudaha n
infrastrukturnya sekali. Pulangannya adalah dalam bentuk rumah yang
telah siap dan pembahagian unit rumah ditentukan mengikut nisbah nilaian
sumbangan kepada jumlah kos projek.

194
Konsep trade off ialah pemaju yang dilantik akan ditawarkan dua
tapak yang berasingan untuk dimajukan sebagai projek perumahan seperti
berikut. Tapak pertama adalah yang telah dirancang terlebih dahulu dan
kerja-kerja penyediaan tapak siap dilaksanakan serta berjauhan dari pusat
bandar. Tapak ini keseluruhannya adalah untuk perumahan awam kos
rendah mengikut perancangan dan spesifikasi yang ditetapkan oleh
kerajaan negeri dan menjadi milik kerajaan negeri apabila semua
pembinaan rumah siap . Pihak swasta menyediakan pelan rumah,
rekabentuk, infrastruktur, kerja ukur dan urusan penyediaan dokumen
hakmilik tanah, yang tertakluk kepada kelulusan kerajaan negeri.
Tapak kedua merupakan tapak ganti kepada sumbangan modal pihak
pemaju kerana memajukan tapak pertama. Tapak ini dalam bentuk asli
(raw site ) yang terletak di sekitar kawasan mana-mana bandar di seluruh
negeri. Tapak ini dibangunkan mengikut budi bicara pemaju dan boleh
dikecualikan dari pembinaan rumah kos rendah. Pemaju swasta
dikehendaki mengemukakan pelan pembangunan tetapi kelulusannya
tertakluk kepada kerajaan negeri. Pemaju juga bertanggungjawab
menyediakan kemudahan-kemudahan awam. Penentuan harga jualan bagi
semua jenis rumah hendaklah dipersetujui dan diluluskan oleh kerajaan
negeri .

Agensi-Agensi Perumahan Yang Lain


Antara Agensi yang terlibat termasuklah agensi kerajaan persekutuan
seperti FELDA dan FELCRA. Badan awam peringkat negeri ialah
Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian (LPPP). Sejumlah 44,090 unit
rumah siap dibina pada tahun 1971-80 di seluruh negara. FELCRA pula
berjaya membina sebanyak 1,100 unit rumah dalam tempoh yang sama.
Dalam Rancangan Malaysia Kelima pihak FELD A telah memajukan tanah
seluas 5 peratus daripada 161 ,600 hektar untuk tujuan perkampungan. Di
peringkat negeri LKPP berjaya menyiapkan sejumlah 3,492 unit rumah
semenjak 1970-80, kebanyakannya rumah kos rendah. Agensi lain yang
turut serta termasuklah Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) dan
syarikat-syarikat perumahan.

Kesimpulan
Pertambahan unit rumah yang lebih pesat daripada pertumbuhan penduduk
adalah suatu perkembangan yang menggalakkan dari segi penyediaan
perumahan. Peranan yang dimainkan oleh beberapa agensi perumahan
kerajaan di peringkat negeri amatlah besar. Dalam pembangunan

195
perumahan di negeri Pahang, PKNP telah melaksanakan beberapa pro-
gram perumahan, terutamanya perumahan kos rendah yang melebihi 50
peratus daripada jumlah rumah dalam Rancangan Malaysia Kelima dan
Keenam (1986 - 1995). Penglibatan agensi-agensi kerajaan telah
memberikan sumbangan kepada pelaksanaan perumahan negeri Pahang.
Adalah perlu bagi agensi-agensi ini mengembalikan tenaga, kepakaran
dan kewangan mereka untuk mempastikan pelaksanaan yang lebih baik
dalam industri perumahan negeri Pahang. Semua pihak sama ada pegawai,
pekerja dan golongan profesional di sektor awam dan swasta perlu
memberikan sumbangan untuk mempastikan lebih ramai penduduk negeri
Pahang memiliki rumah sendiri.

196
Upacara Serah
Singkapan Sejarah Hubungan Orang Semai
Dengan Kerajaan Melayu Lama Pahang 1
JULI EDO *

Pengenalan
Artikel ini bertujuan untuk menyingkap kembali sejarah hubungan Orang
Asli suku kaum Semai di Pahang dengan Kerajaan Melayu Lama negeri
itu. Perbincangan akan menumpukan kepada sistem kepimpinan
masyarakat Semai sendiri serta bentuk-bentuk hubungan dengan pemimpin
Melayu.

Masyarakat Semai Pahang


Sarjana Antropologi mengelompokkan masyarakat Semai di negeri Pahang
sebagai "Semai Timur" (Dentan, 1968). Pengelompokan ini berdasarkan
kedudukan kawasan yang terletak di bahagian timur "Wilayah Semai" di
mana bahagian baratnya terletak di negeri Perak. Dari segi perawakan
fizikal, masyarakat "Semai Timur" berbeza sedikit daripada "Semai Barat"
kerana mereka merupakan penduduk kawasan tanah tinggi dan lokasinya
* Pensyarah Jabatan Antropologi clan Sosiologi, Universiti Malaya .
I. Penuli s ingin mengucapkan setinggi terirna kasih kepada Batin Am Luq Lek dari
Kampung Sirnoi Lama, RPS Betau : Batin Sentul Titom dari Kampung Koyan dan
Sdr. Achorn Luji dari Kampung Koyan (dan kini sedang bertugas di Unit Siaran
Orang Asli, RTM , Angkasapuri) kerana sudi memberi maklum at dan kerjasama
membolehkan artikel ini dilahirkan . Penulis amat memaklumi bahawa banyak
kekurangan dari berbagai segi tetapi memadai sebagai usaha awal menyingkap
kembali peristiwa-peristiwa lampau yang begitu penting untuk diambil kira sebagai
asas pembentukan sebuah negara bangsa. Penulis berharap lebih ramai anak tempatan
khususnya di kalangan Orang Asli tampil mendalami perkara ini (d an seterusnya
memperbaiki penghasilan ini) .

197
pula terletak lebih jauh di pedalaman. Masyarakat ini terdapat di tiga
buah kawasan utama di bahagian barat negeri Pahang iaitu Cameron
Highland, Kuala Lipis dan Raub. Di Cameron Highland terdapat 32 buah
kawasan perkampungan Semai dengan jumlah penduduk seramai 3,271
orang. Di Kuala Lipis pula terdapat sebanyak 83 buah perkampungan
dengan penduduk seramai 4,513 orang. Manakala di daerah Raub terdapat
12 buah perkampungan dengan jumlah penduduk seramai 1,501 orang. 2
Artikel ini menumpukan kepada orang-orang Semai di kawasan Kuala
Lipis khususnya kawasan-kawasan di sepanjang tiga batang sungai atau
rong utama iaitu Sungai Jelai (Rong Jelai), Sungai Telom (Rong Telom)
dan Sungai Betau (Rong Beter).

Sistmi Kepimpinan
Kawasan ini dipilih sebagai fokas perbincangan kerana masyarakatnya
mempunyai sistem kepimpinan yang unik berbanding kawasan-kawasan
lain. Dalam sistem kepimpinan Semai di kawasan ini, terdapat satu struktur
kepimpinan yang unik, terdiri daripada Tok Raje, Tok Mentrik, Balin,
Tandi! dan Jerakah. Jawatan Tok Raje merupakan satu kedudukan sosial
yang diwarisi sejak sekian lama tetapi tidak terdapat di kawasan-kawasan
lain. Setiap jawatan atau kedudukan sosial ini mempunyai asal-usul dan
mitosnya yang tersendiri.

Mitos Tok Raje


Menurut cerita masyarakat Semai di kawasan ini, pada zaman dahulu di
negeri Pahang, orang-orang Melayu tinggal di baroh (atau bareh) dan
kuala-kuala sungai manakala Orang Asli tinggal di pedalaman hutan dan
hulu-hulu sungai. Orang Melayu diperintah secara langsung oleh raja.
Akan tetapi raja-raja yang dilantik itu tidak lama memerintah kerana
tidak tahan daulat. Oleh kerana ramai yang mati , maka pemimpin Melayu
pada waktu itu tidak mahu dilantik sebagai raja kerana takut akan pendek
urnur. Untuk satu waktu yang agak panjang negeri itu tidak beraja. Na.mun
masyarakatnya masih hidup dalam aman dan sejahtera.
Pada suatu hari, seorang nenek tua membasuh pakaian di sungai.
Tiba-tiba sebatang buluh betong yang hanyut dari hulu sungai melanggar
kakinya. Pada mulanya nenek tua itu menguis buluh itu ke tengah supaya
terns hanyut. Walaupun dikuis ke tengah, buluh itu hanyut semula ke
kakinya. Setelah dua-tiga kali berlaku keganjilan itu, terfikir oleh nenek

2 Data Jabatan Hal Ehwal Orang Asli 1990, Ibu Pejabat J HEOA, Kuala Lumpur.

198
itu sesuatu yang ganjil mengenai buluh,)tu. Lalu dipungutnya buluh itu
dan dibawa ke tebing, lalu dibelahnya. Didapati seorang anak kecil
berbaring di dalamnya. Anak itu dijadikan anak angkat sehingga dewasa.
Anak itu membesar dalam kemiskinan. Belia..u telah menjadi seorang
dewasa yang hina kerana badannya penuh deng'a{l kurap dan kudis.
Sewaktu beliau dewasa, negeri Pahang semakin kecob akibat ketiadaan
raja. Penjahat mula mengganas. Akhirnya rakyat terpaksa memilih raja
untuk mengembalikan keamanan.
Pada masa itu, sewaktu seorang lelaki tua yang warak mandi di
sungai, hanyut sebatang buluh tumpat ke arahnya. Di dalam buluh itu
terdengar seperti tangisan bayi. Lalu diambil dan dibelah buluh itu tet~
bukan manusia yang ada di dalamnya sebaliknya sebilah pedang. Pedang
itu sangat sakti. Jika dituju kepada orang, maka orang itu akan mati.
Satu hari orang tua ini mengumumkan akan memilih raja dengan
pedang itu. Sesiapa yang tidak mati setelah diacukan dengan pedang
keramat itu akan diangkat sebagai raj a. Ramai yang ingin mencuba tetapi
mati. Akhirnya pada suatu malam beliau mendapat mimpi seorang tua
memberi tahu bahawa anak angkat nenek tua yang miskin dan berkurap
itu sahaja yang boleh menjadi raja di negeri itu. Pada keesokan harinya
beliau memanggil anak angkat nenek tua itu tadi ke rumahnya. Sebaik
sahaja pemuda itu masuk ke dalam rumah dan duduk, lelaki tua yang
warak itu terns mengacukan pedang sakti itu ke arah pemuda tersebut
tanpa memberitahu tujuannya. Seperti yang dijangka, pemuda itu tidak
mati berbanding dengan orang-orang lain sebelumnya. Kemudian lelaki
warak tadi memancung leher pemuda itu beberapa kali tetapi tidak lut.
Selepas itu barulah lelaki tua yang warak itu memberitahu bahawa pemuda
itu ingin diangkat menjadi raja di negeri itu. Pemuda itu menolak kerana
dirinya yang hina dan bimbang tidak ada siapa yang akan menjaga ibu
angkatnya. Setelah dipujuk dan diberi jaminan bahawa ibu angkatnya
boleh tinggal di istana, akhirnya beliau bersetuju. Oleh kerana beliau
berasal dari "perut" buluh betung dan negeri yang diperintahnya itu terletak
di atas bukit, maka digelar Raja Bukit Betong dengan pedang sakti yang
"lahir" dari buluh tumpat tadi dijadikan simbol kebesaran kerajaan. Semasa
pemerintahannya, baginda tel ah menggunakan pedang keramat itu sebagai
senjata untuk menghukum penduduk yang melakukan kesalahan dan
melanggar peraturan negeri itu. Ramai yang takut akan kesaktian pedang
itu lalu akhirnya negeri itu aman sentosa.
Kemudian Raja Bukit Betong berkahwin dengan seorang gadis
Melayu di kampung itu. Hasil perkahwinan itu baginda mendapat anak

199
lelaki kembar. Apabila Baginda Raja Bukit Betong mangkat, anaknya
yang tua (lahir dulu) ingin diangkat menjadi raja, beliau diwajibkan
bersunat dan memeluk agama Islam. Malangnya beliau tidak dapat disunat
walaupun dicuba beberapa kali kerana "kulupnya". terlalu "keras". Oleh
kerana tersangat malu dengan peristiwa itu, beliau telah mengangkat adik
kembarnya menggantikan tempat beliau sebagai raja kerana adiknya itu
boleh disunat. Adiknya telah menjadi raja orang Melayu di baroh.
manakala beliau telah membawa diri ke dalam hutan dan menjadi ketua
kepada kaum Asli di kawasan pedalaman clan hulu sungai dengan gelaran
Tok Raje. Beliau memberi perakuan akan mengajak rakyatnya (Orang
Asli) mencurahkan taat setia kepada adiknya, raja di baroh. kesetiaan itu
ditunjukkan secara membuat persembahan hasil-hasil hutan, pertanian,
ternakan dan seumpamanya pada setiap tahun.
Mitos ini dipercayai menjadi asl-usul gelaran Tok Raje di kalangan
orang Semai di Pahang sampai ke hari ini. Terdapat beberapa versi lain
mengenai cerita asal-usul ini tetapi mempunyai penyudah yang sama.

Realiti Tok Raje


Tok Raje adalah satu kedudukan yang tertinggi di dalam masyarakat
Semai di Pahang. Penyandang jawatan ini adalah orang yang tua,
mempunyai sifat-sifat yang mulia, tinggi ilmu pengetahuan dalam adat
resam, bijak dan berwibawa. Ia diperturunkan secara keturunan.
Masyarakat di Betau kurang mengetahui sejarah Tok Raje kecuali dari
zaman Tok Kerdei iaitu datuk kepada Silih bin Gancor yang menjadi
menteri atau Tok Menterik di RPS Betau sekarang ini. Selepas Tok Raje
Kerdei meninggal dunia, Orang Kaya Purba Jelai, Wan Tanjung telah
mensyaratkan penggantinya mesti berkahwin dengan janda Tok Kerdei.
Pada mulanya tidak ada yang sanggup tetapi akhimya diterima oleh Tok
Tom. Upacara pertabalan Tok Tom sebagai Tok Raje telah diadakan oleh
Wan Tanjung sendiri di kediamannya di Bukit Betong. Bermula dari situ
Tok Raje Tom telah menjadi pembesar Orang Asli kawasan tersebut
khususnya Rong Beter. Tok Raje Tom ini rremang terkenal kerana
kebijaksanaannya. Orang Semai di Perak mengenali beliau sebagai Raja
Tong. Beliau turut disegani di Perak walaupun Perak di luar kawasan
naungan beliau. Apabila Tok Raje Tom rreninggal dunia, tempatnya
digantikan oleh anaknya, Bah Keceq (atau Bah Kecut). Perlantikan Bah
Keceq telah dibuat oleh Tan Sri Ghazali Shafie selaku Menteri Dalam
Negeri pada waktu itu. Namun perlantikan ini penuh diselubungi oleh
tujuan politik kerana pada waktu itu hampir dengan pilihanraya.

200
Perlantikan yang mendapat liputan meluas oleh media massa itu juga
telah menimbulkan teguran daripada istana Pahang. Tok Raje Keceq masih
menjadi Tok Raje di Rong Beter sehingga sekarang. Memandangkan dua
buah kawasan yang lain iaitu Rong Teleb dan Rong Jelai tidak mempunyai
Tok Raje maka secara tidak langsung PY Tok Raje PY Keceq turut
menjadi Tok Rafe bagi kedua-dua rong ini.
Selain Tok Raje Tom, terdapat seorang lagi di kawasan ini yang
digelar raja iaitu Tok Raje Tupai dari Kampung Lanai yang terletak di
Sungai Sewor. Nama sebenar beliau adalah Bah Jebal . Beliau diberikan
gelaran Tok Rafe oleh Inggeris kerana jasanya menolong seorang
juruterbang Inggeris yang tersangkut di atas sebatang pokok kempas.
Peristiwa itu berlaku di awal zaman pemerintahan Jepun. Pada suatu hari
telah berlaku pertempuran antara tentera udara Inggeris dan Jepun di
ruang udara kampung itu. Sebuah kapal terbang Inggeris telah terkena
tembakan dan jatuh tetapi juruterbangnya sempat menyelamatkan diri
dengan payung terjun. Juruterbang itu tersangkut di atas sebatang pokok
kempas yang tinggi. Bah Jebal telah memanjat pokok itu dan akhirnya
berjaya menyelamatkan juruterbang Inggeris yang hampir-hampir mati.
Oleh kerana jasanya itu, juruterbang Inggeris itu menggelarkan beliau
Tok Raje Tupai dan berjanji apabila Inggeris menang nanti beliau akan
merninta pihak Inggeris menabalkannya sebagai raja dengan rasrni dengan
diberikan gaji dan senapang.
Juruterbang Inggeris itu terns tinggal di kampung itu dan bergerak
dalam MPAJ A. Bah Jebal dan anak buahnya bekerja dengan pertubuhan
itu. Mereka ditugaskan menyeludup b_ekalan makanan, peluru dan
maklumat dari Kuala Lipis. Pergerakan Bah Jebal hanya pada waktu
malam.
Apabila Inggeris berkuasa kembali, juruterbang Inggeris itu pulang
ke Kuala Lumpur dan memungkiri janji-janjinya. Tok Raje Tupai sangat
marah dan akhirnya menyertai komunis dan menentang Inggeris. Mereka
tidak mahu menyertai rancangan penempatan semula yang dianjurkan
oleh Inggeris yang mereka anggap sebagai penipu. Akhirnya beliau
meninggal dunia kerana penyakit.
Dari segi bidang tugas, Tok Raje merupakan kuasa tertinggi dalam
struktur kepimpinan Semai di kawasan Jelai. Dalam rangka penyelesaian
masalah, Tok Raje merupakan rujukan terakhir selepas sesuatu masalah
itu tidak dapat diselesaikan di peringkat bawah. Apabila timbul sebarang
masalah dalam komuniti itu biasanya akan ditangani oleh tandil. Sekiranya
tid~k dapat diselesaikan oleh tandil, perkara itu dibawa ke peringkat

201
penghulu (atau batin) dan akhimya kepada Tok Raje. Tok Raje mempunyai
kuasa pemutus yang bersifat veto. Tok Raje juga merupakan penyimpan
dan pengawal adat resam masyarakat setempat. Tok Raje merupakan
penghubung antara Orang Asli dengan pembesar Melayu tempatan. Beliau
juga merupakan pemimpin pendapat dan sekaligus sebagai pemimpin
kumpulan.
, Tok Raje dipercayai mempunyai "daulat" (atau dalam Semai disebut
sebagai harb) tertentu. Umpamanya sewaktu beliau berada di atas rumah,
kanak-kanak tidak boleh bermain di bawah rumah khususnya bawah
tempat duduk beliau kerana dipercayai boleh menyebabkan mereka (kanak-
kanak) itu jatuh sakit.

Kedudukan Tok Raje Pada Masa Kini


Pada masa ini kedudukan Tok Raje sebagai tempat rujukan utama sudah
semakin berkurangan. Kedaan ini berikutan perkembangan pengaruh luar
khususnya sistem pentadbiran kerajaan (moden) y.ang menyusup masuk
ke dalam sistem kepimpinan tradisional ini. Sistem pentadbiran sekarang
telah meletakkan Penghulu atau Batin sebagai ketua kumpulan dan menjadi
tempat rujukan utama kerajaan. Tok Raje secara tidak langsng diketepikan,
yang di antara lainnya terpancar apabila Tok Raje tidak mendapat sebarang
ganjaran atau elaun di atas tugas dan peranannya.

Tok Menterik
Menurut Batin Am Luq Lek dan Batin Sentul Titom, jawatan menterik
merupakan satu perkara baru dalam masyarakat itu. Malah sehingga kini
belum begitu jelas diketahui peranannya kerana ia bertindan lapis dengan
peranan Tok Batin. Pada masa dahulu konsep Tok Menterik memang ada
tetapi hanya merupakan satu gelaran bagi orang-orang tua yang berjasa
dan mulia tanpa mempunyai sebarang peranan yang khusus. Umpamanya,
Menterik Wah atau Luit (Kampung Koyan), Menterik Pe (Betau), Menterik
Kecil (Hendrub, Kelantan), Menterik Ngah (Kemur, Grik, Perak) dan di
Rancangan Penempatan Semula pada masa kini terdapat Menterik Silin
bin Gancor. Bah Silin bin Gancor dilantik sebagai Tok Menterik bersama-
sama dengan perlantikan Tok Raje Keceq. Jawatan Tok Menterik diikhtiraf
oleh kerajaan dan dibayar elaun tahunan walaupun kedudukan atau jawatan
ini tidak ada dalam struktur kepimpinan Semai tradisional. Pengikhtirafan
ini lebih merupakan menifestasi politik yang bertujuan sebagai sebahagian
daripada kaedah memenang hati masyarakat ini dalam rancangan gerak
saraf anti komunis. Pada masa ini Tok Menterik diberikan peranan seperti

202
juga Penghulu atau Batin yang lain iaitu menarik anak-anak buah
khususnya di RPS Betau supaya menerima rancangan pembangunan yang
dianjurkan oleh kerajaan.

Penghulu atau Batin


Gelaran Penghulu dan Batin juga merupakan konsep baru di kalangan
masyarakat ini. Kedua-dua gelaran ini diperkenalkan oleh Inggeris setelah
Jabatan hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) ditubuhkan. Tujuannya adalah
untuk memudahkan pihak Inggeris membuat hubungan dengan masyarakat
Orang Asli di zaman dharurat. Konsep Penghulu sebenarnya dipinjam
daripada konsep ketuaan Melayu.
Masyarakat Semai di Pahang Barat khususnya di Hulu Jelai
mempunyai kurang pasti dengan kelayakan untuk menjadi Penghulu atau
Batin. Di kalangan mereka pada masa dahulu, orang yang tertua dan
sering menjadi tempat rujukan dinamakan Tok Raknak. Gelaran ini
biasanya diberikan kepada orang yang tua (walaupun tidak tertua) yang
mempunyai ilmu kebatinan yang tinggi dan menguasai pengetahuan adat.
Tok Raknak juga berperanan menjadi hakim dalam sesuatu perbalahan di
kalangan ahli komuniti dan mempunyai kuasa untuk memutuskan
hukuman dan dendaan bagi kampung yang didiami. Biasanya sebarang
masalah akan ditangani oleh Tandi[ terlebih dahulu dan sekiranya gaga!,
perkara tersebut akan dirujuk kepada rrereka ini. Apabila Inggeris
mencampuri urusan kepimpinan masyarakat ini, mereka yang sebelumnya
dipanggil Tok Raknak telah diangkat sebagai Balin. Balin merupakan
ketua di peringkat kampung. Batin berperanan memujuk penduduk (anak
buah) menyebelahi kerajaan dalam usaha menghapuskan pengaruh gerila
komunis. Untuk peranan ini mereka dibayar elaun tahunan.

Tandil ,
Tandi! merupakan satu jawatan yang wujud sejak dahulu dalam komuniti
ini. Jawatan Tandi/ merupakan pembantu kepada Batin atau dalam kes
orang Semai di Perak, jawatan ini sama dengan Tok Setin. Tandil
memainkan peranan yang paling besar dalam komuniti Semai di kawasan
Jelai (Hulu Jelai). Perlantikan seseorang Tandi[ mestilah direstui oleh
Batin.
Tandi[ merupakan ketua kepada sesebuah jurai kekeluargaan atau
dalam masyarakat ini disebut sebagai kawaq atau puak. Dalam sesebuah
kampung penduduknya terdiri daripada beberapa buah kumpulan
kekeluargaan. Tandi! bertanggungjawab penuh kepada segala ha! ehwal

203
kawaq atau puaknya. Umpamanya menyelesaikan perselisihan di antara
ahli dalam kawaq tersebut. Sekiranya perselisihan berlaku antara dua
kawaq maka Tandil bagi setiap kawaq bertanggungjawab menyele-
saikannya. Sekiranya Tandil tidak dapat menyelesaikan, maka perkara
itu akan dibawa kepada Batin atau seterusnya Tok Raje.
Tandil merupakan orang yang bijak. Mereka bijak menggunakan
perkataan, menguasai suasana, mematahkan percakapan pihak lawan dan
seterusnya menguasai adat resam. Mereka ini sangat disegani dan
dihormati oleh ahli masyarakat.
Di bawah Tandil terdapat satu lagi jawatan yang agak penting dalam
masyarakat ini, yang dinamakan Tok Genev. Tok Genev mempunyai
peranan yang sama dengan Tandil tetapi dari segi kedudukan sosialnya,
lebih rendah daripada Tandil. Secara umumnya ia boleh disifatkan sebagai
penolong Tandil walaupun kadang-kadang memainkan peranan yang lebih
· besar daripada Tandil. Perlantikan seseorang Tok Genev rrestilah mendapat
restu daripada Batin dan Tandil. Kedua-dua jawatan ini tidak dibayar
elaun tanda pengikhtirafan.

Jurukerah atau Jekerah


Jurukerah atau dalam Semai disebut Jekerah adalah satu jawatan yang
bertanggungjawab terns kepada Tok Raje atau Batin. Jekerah berperanan
mengerah atau mengarahkan penduduk untuk melakukan sebarang
pekerjaan atau kegiatan yang diarahkan oleh Batin dan Tok Raje.
Umpamanya pada suatu ketika dahulu masyarakat ini rrengadakan Upacara
Serah iaitu mempersembahkan hasil-hasil hutan, pertanian dan ternakan
kepada pembesar Melayu. Dalam upacara ini Jekerah berperanan rrengarah
semua penduduk menyediakan barang-barang (hasil-hasil) untuk
dipersembahkan kepada pembesar-pembesar tersebut. Pada masa ini
Jekerah masih rrempunyai peranan yang sama. Umpamanya semasa
hendak mengadakan upacara sewang , Jekerah akan mengerahkan
penduduk kampung menyediakan persiapan untuk upacara tersebut.

Upacara Serah
Upacara Serah merupakan satu acara di mana Orang Asli mempersembah-
kan barang-barang yang berupa hasil-hasil hutan, pertanian dan ternakan
kepada raja atau pembesar Melayu sebagai tanda taat setia kepada kerajaan
tersebut. Orang Semai di kawasan Jelai menunjukkan taat setia mereka
kepada Orang Kaya Purba Jelai yang tinggal di Bukit Betong, Kuala
Lipis, Pahang. Upacara Serah diadakan sekali atau dua kali setahun iaitu

204
setiap hujung musim menuai padi dan musim buah-buahan.
Apabila tiba masanya untuk upacara ini dilangsungkan, Tok Rafe,
melalui khidmat Jekerah , akan memberitahu tarikh upacara tersebut ingin
diadakan kepada semua penduduk di semua pelusuk karnpung orang
Semai yang ada di daerah tersebut. Setiap Tok Batin pula diarah mengutip
dan mengumpul hasil-hasil yang ingin dipersembahkan daripada anak
buah masing-masing. Hasil-hasil yang dikutip adalah terdiri daripada
hasil-hasil hutan (seperti madu lebah, akar-akar kayu dan sebagainya),
hasil pertanian (seperti padi, jagung, keladi, labu , bayam dan
seumpamanya) , binatang-binatang ternakan (khususnya ayam dan
kambing) dan buah-buahan (seperti durian, rambutan, pisang, langsat
dan buah-buah hutan seperti tarnpoi , larah dan seumpamanya).
Setelah semua urusan mengumpulkan hasil selesai, Tok Batin bagi
setiap perkampungan yang menyertai upacara ini membina rakit untuk
memuatkan barangan masing-masing. Menurut Batin Sentul Titom, rakit-
rakit yang dibina itu berukuran tiga depa lebar dan sehingga sembilan
depa panjangnya. Apabila sampai waktunya, mereka pun menghiliri sungai
bersama-sama menuju ke Bukit Betong. Sekiranya semua perkampungan
di bawah naungan Tok Rafe mengambil bahagian, lebih daripada tiga
puluh rakit yang penuh dengan barang-barang persembahan tersebut turut
dipersembahkan ke Istana Pahang di Pekan. Menurut Batin Luq Lek,
~reka tidak pernah diajak bersama ke Istana Pahang kerana perjalanannya
begitu jauh yang memakan masa sehingga tujuh hari untuk sampai dan
perjalanan pulangnya memakan masa lebih sepuluh hari. Selain itu mereka
juga dikatakan tidak pandai dengan adat dan peradapan di istana.
Orang Kaya Purba Jelai memb~as persembahan itu dengan barang-
barang besi seperti parang, beliung, kapak dan kacip pinang, barangan
lain seperti garam, benih-benih pertanian yang baru dan seumparnanya.
Selain itu pembesar tersebut juga menyampaikan pesanan dan amanat
Baginda Sultan Pahang yang berupa nasihat dan perangsang supaya ~reka
sentiasa menjaga keamanan, dan berusaha dengan lebih giat lagi. Barang-
barang persembahan disampaikan kepada Tok Rafe. Tok Rafe kemudiannya
mengagih-agihkan kepada semua Tok Batin untuk diagih-agihkan kepada
anak buah di perkarnpungan masing-masing.
Upacara Serah berlangsung agak lama sehingga kuasa pentadbiran
Orang Asli diambil alih sepenuhnya oleh kerajan melalui Jabatan Hal
Ehwal Orang Asli pada tahun 1953. Dari masa tersebut pergerakan orang
Semai di kawasan tersebut terbatas. Mereka dilindungi oleh tentera
kerajaan kerana bimbangkan penularan pengaruh gerila komunis. Sejak

205
masa tersebut juga hubungan antara orang Semai dengan pembesar Melayu
Bukit Betong menjadi renggang. Suasana hubungan )!allg renggang ini
berlarutan sehingga selepas negara mencapai kemerdekaan dan seterusnya
sehingga hari ini.

Sistem Kepimpinan Orang Semai Pahang Masa Kini


Pada masa kini Upacara Serah sudah tidak diadakan lagi tetapi semua
jawatan yang dinyatakan di atas masih teguh bertapak di dalarn masyarakat
Semai Pahang dengan tugas dan peranan yang baru. Dalam sistem
kepimpinan yang baru ini jawatan Tok Batin adalah jelas peranannya
berbanding jawatan-jawatan yang lain. Tok Batin menjadi pernimpin
masyarakat dan berperanan membantu kerajaan "memujuk" anak buah
masing-masing menerima rancangan-rancangan pembangunan yang
dianjurkan. Tok Menterik juga mempunyai peranan yang jelas tetapi
bertindih dengan peranan Tok Batin.- Untuk kedua-duajawatan ini kerajaan
membayar elaun tahunan sebagai ganjaran kepada sumbangan mereka.
Manakala Tok Raje pula hanya berkuasa sebagai pernimpin pendapat di
kalangan komunitinya. Mereka masih disegani dan dihormati. Tandi/ dan
Jekerah masih memainkan peranan asal dan mereka ini juga masih disegani
oleh penduduk kampung. Tandi/ masih merupakan jentera penting untuk
menyelesaikan masalah bukan sahaja di kalangan kawaq mereka masing-
masing tetapi melewati penduduk karnpung secara keseluruhannya. Di
samping itu, mereka juga berperanan penting untuk mengekalkan
kearnanan di kalangan lingkungan masing-masing.

Kesimpulan
Upacara Serah merupakan menifestasi hubungan sosial antara Orang Asli
dengan Melayu di negara ini. Selain di Pahang khususnya di kawasan
Jelai, Orang Asli di negeri-negeri lain juga mengadakan upacara yang
sarna untuk tujuan yang sarna. Di negeri Perak umparnanya, khususnya
di kawasan Batang Padang upacara yang sama diadakan sebagi tanda taat
setia Orang Asli kepada Istana Perak. 3 Sebagai balasannya, seorang
penghulu Orang Asli telah dilantik sebagai salah seorang pembesar dengan
gelaran Dewa Angsa dan diberikan kuasa untuk mentadbir Orang Asli di
kawasan Jalan Cameron Highland, Tapah. Selain Upacara Serah, Orang
Asli juga bebas menghantar persembahan kepada Baginda Sultan Perak

3 Perkara ini ditemui dalam penyelidikan yang dijalankan oleh penulis di Kampung
Sungai Bot, Batang Padang, Tapah, Perak 1990 - 1992).

206
sama ada secara individu mahupun mewakili sesebuah kampung. Di
Johar, hubungan Orang Asli dengan Istana agak rapat. Orang Asli yang
kebanyakannya bekerja sebagai nelayan bebas menghantar persembahan
yang berupa hasil-hasil tangkapan (seperti ikan, ketam, udang dan kupang)
kepada Baginda Sultan. Pembentangan ini menunjukkan satu struktur
sosial yang terdapat di negara ini pada suatu ketika dahulu . namun pada
masa kini segala-galanya telah berubah.

Rujukan

Achorn Luji , 1984, "Kebudayaan Orang Asli dan Kebudayan Kebangsaan",


Simposium Pembangunan dan Masa Depan Orang Asli, Uni versiti
Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Detan, R.K. , 1968 , The Semai : A Non-Violent People of Malaysa. New
York: Holt, Rinehaart and Winston.
Juli Edo, 1987, "Kepimpinan dan Beberapa Masalah Sosial di Kalangan
Belia Orang Asli'', Simposium Kedua Me ngenai Kehidupan dan
Pembangunan Orang Asli Semenanjung Malaysia , Universiti
Kebangsaan Malaysia, Bangi.
_ _ _ _ _ , 1990, Tradisi Lisan Masyarakat Semai. Bangi : Universiti
Kebangsaan Malaysia.

207
-
Berlaga Buah Keras:
Satu Permainan Tradisional
MOHAMED MOKTAR BIN ABU BAKAR*

Berlaga buah keras adalah sejenis permainan tradisional, yang di dalamnya


terdapat unsur-unsur seni dan ke~ahiran. Ia dimainkan oleh masyarakat
Melayu di negeri Pahang Darul Makmur semenjak beratus-ratus tahun
yang lampau. Permainan ini bukan sahaja dimainkan oleh golongan istana,
malahan tidak kurang juga dimainkan oleh golongan rakyat biasa di
desa-desa. Permainan ini popular di zaman pemerintahan Sultan Alunad
al-Muadzam Shah (1882 - 1914) dan seterusnya digemari oleh Sultan
Mahmud (1914 - 1917); demikian juga permainan ini sangat digemari
oleh Sultan Abdullah al-Mutassim Billah (1917 - 1932) malah di akhir
tahun 1960-an masih dimainkan di setengah-setengah kampung.
Encik Abdul Kadir bin Haji Kamaluddin 1 menceritakan bahawa Haji
Mohammad bin Abdullah pemah dikirimkan ke Betawi dan Palembang
oleh Sultan Alunad al-Muadzam Shah untuk mencari buah keras yang
baik mutunya. Mengikut Encik Sallehuddin bin Yusof pula, Sultan
Abdullah berangkat mudik Sungai Pahang hingga ke Chenor untuk
mencari buah keras yan baik yang tahan dilaga dan tahan lasak. Di
Chenor terdapat pokok buah keras yang masyhur yang mengeluarkan
buah keras yang baik mutunya.
Hampir dalam setiap keramaian, permainan ini diadakan di samping
permainan tradisional yang lain seperti tarian gamelan, tarian labi-labi,

* Pengarah Lembaga Muzium Negeri Pahang Darul Makmur.


I Ahli Lembaga Muziurn Negeri Paha ng sejak tahun 1988 hingga 199 1.
2 Pernah rnenjadi Ketua Karnpung Geylang, Pekan dan telah me nin ggal duni a.

208
mak yong dan ulik mayang. Ketika zaman Sultan Abdullah muncullah
penghencang handalan seperti Tuan Dagang, Pak Husin Besar dan Omar
Gagah.
Permainan tradisional ini sangat menyeronokkan. Kadangkala
berminggu-rninggu barulah selesai satu-satu pertaruhan. Perbuatan seperti
bergadai bergolok dan perselisihan faham sering berlaku; namun begitu
permainan ini tetap popular pada zaman itu.
Tempat diadakan permainan ini bergantung kepada perninatnya. bagi
golongan istana permainan ini diadakan di perkarangan istana; kadangkala
ada disediakan sebuah bangsal khas untuk permainan ini serupalah dengan
mengadakan bangsal khas untuk permainan gasing cara tradisional. Bagi
rakyat biasa permainan ini dimainkan di tempat-tempat keramaian seperti
di pekan-pekan sehari dan upacara menyambut pembesar-pembesar. Alat-
alat yang digunakan oleh golongan istana lebih lengkap dengan keadaan
sekeliling yang meriah lagi indah; manakala alat-alat yang digunakan
oleh rakyat biasa terutamanya di desa-desa, sederhana belaka dengan
keadaan sekeliling yang tidak begitu teratur.
Walau bagaimanapun, tidaklah mustahil jika dikatakan bahawa
golongan istana bercampur-campur dengan rakyat jel ata semasa permainan
ini diadakan. Malahan ini merupakan satu peluang bagi rakyat jelata
beramah mesra dengan golongan istana. Tambahan pula apabila raja
berangkat melawat kampung-kampung, permainan tradisional ini tidak
ketinggalan dimainkan.
Di istana lazimnya kerabat-kerabat sama ada bergelar atau tidak,
dan orang besar-besar tidak terlibat secara langsung dalam kegiatan
menghencang buah keras itu. Orang yang menghencang adalah terdiri
daripada penghencang handalan yang dipelihara oleh raja. Mereka ini
adalah rakyat biasa. Kerabat-kerabat dan orang-orang besar mengambil
bahagian secara berseronok-seronok melihat kehandalan pengehncang-
penghencang dan bertaruh.
Pertaruhan-pertaruhan yang dijanjikan berbentuk matawang yang
digunakan pada masa itu. Pertaruhan-pertaruhan berupa kebendaan yang
lain seperti yang disebutkan dalam cerita lama seperti harta benda, tanah
bahkan kampung juga kedapatan. Terjadijuga pergadaian harta benda
dalam pertaruhan ini.

Alat Yang Digunakan Dalarn Permainan Ini


Tiga jenis alat penting yang diperlukan untuk permainan tradisional ini
iaitu :-

209
i. Pengapit Buah Keras
Alat pengapit buah keras ini lazimnya diperbuat daripada kayu yang
keras dan liat seperti sena, merawan dan meranti. Di bahagian-bahagian
yang penting disalut dengan logam seperti tembaga dan timah. Di bawah
ini ialah gambar alat pengapit buah keras yang sederhana.

Alat Pengapit Buah Keras yang digunakan di zaman Sultan Abdullah


al-Mutassim Bil/ah (1917 - 1932)

Kayu di bahagian bawah yang dipanggil pengalas ini adalah daripada


jenis kayu keras manakala kayu di bahagian atas yang dipanggil pengapit
itu adalah kayu jenis boleh dilenttir seperti nibong.
Di bahagian tengah (bahagian lubang) disalut dengan tembaga yang
berlubang untuk meletakkan kedua-dua buah keras yang hendak diapit
atau dilagakan itu. Buah keras itu diletakkan dalam keadaan bertindih
iaitu satu di atas dan satu lagi di bawah.
Di sekeliling' kedua-dua buah keras itu disendal dengan bahan lembut,
lazimnya yang digunakan semenjak zaman dahulu ialah ijuk kabung,
sabut kelapa, kapas dan kapok.

ii. Jenis Buah Keras


Buah yang dilagakan itu dinamakan buah keras kerana ia berasal dari
pokok buah keras. Pokoknya besar dan tinggi, sesuai tumbuh di tempat
yang naung dan lembab. Semasa muda buahnya berwarna hijau dan di
dalamnya ada beberapa biji buah keras. Apabila tua buahnya kering dan
isi dalamn.)1a iaitu \)ual'\ keras itu 1atuh ke tan.al\. Lama ke\amaan, makin
kering makin keras.

(a) Buah jantan Jenis yang berbentuk hampir bulat. Jenis

210
.

Pokok Buah Keras

ini jarang digunakan dalam permainan


ini. Buah jantan ini biasanya adalah buah
sambang.
(b) Buah betina Jenis yang mempunyai sebelah
permukaan yang hampir leper. Jenis ini
adalah pilihan utama dalam permainan

211
illi kerana kedudukan permukaannya
senang dikendalikan.

(c) Buah gendong - Jellis yang berbentuk hampir seperti telur


ayam. Jellis illi jarang sekali digunakan
dalam permain · · erana bentuk dan
permukaannya yang tidak sesuai. Buah
illi pula merupakan buah tunggal yang
biasanya dihasilkan berpasangan oleh
sebiji penuh buah keras.

Buah Jantan

Buah Gendong
212
Buah Belina

Menyediakan Buah Keras .


Buah keras yang hendak digunakan dalam pennainan in.i hendakJah dipilih
daripada jen.is yang baik iaitu buah gendong daripada pokok yang berbaka
baik.
Buah in.i diproseskan supaya Iebih tahan lasak. Berbagai cara telah
dipraktikan oleh orang zaman dahulu dalam usaha menjadikan buah keras
itu lebih tahan lasak. Lain orang Iain caranya, dern.ikian jua lain tempat
Iain caranya.
Mengikut Encik Sallehuddin bin Yusof dari Kampung Geylang,
Pekan, berikut ialah beberapa cara memproses buah keras supaya lebih
tahan lasak:-

a. Buah keras itu dicuci dengan air atau dengan cara mengikis
untuk menghilangkan kekotoran.
b. Kemudian direndam dalam air asam gelugur selama sern.inggu.
c. Kemudian dikeluarkan dan dibersihkan semula dengan air biasa
dan dikeringkan di tempat yang teduh.
d. Setelah kering dicampurkan dengan pasir dan digoreng
sehingga warnanya bertukar menjadi kekun.ingan. Kerja
menggorengkan in.i perlu dijalankan dengan teliti kerana kalau
api terlalu kuat, buah keras itu akan pecah. Ianya juga boleh
dipanggang untuk tujuan yang sama.

213
e. Setelah disejukkan, barulah disapukan dengan manisan kabong.
Waiau apa pun cara persediaan yang diamalkan, namun begitu
semuanya mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk men-
jadikan buah keras itu lebih keras dan tahan -l-asak untuk dila-
gakan berkali-kali.

Satu perkara yang menarik hati ialah ada di antara pemain dan
peminat perminan ini menamakan buah keras mereka dengan pelbagai
nama. Lazimnya nama itu diberikan berdasarkan kepada kehebatan dan
ketahanan buah keras itu. Di antaranya "Lipan Bara dan Kapak Jepun".
Kedua-dua nama ini sangat popular pada suatu masa dahulu.

m. Pengalas atau Pelapik


Pengalas atau pelapik ini biasanya diperbuat daripada ijuk dan sabut.
Bahan ini bukan sahaja baik bagi tujuan ini malahan ianya senang didapati.
Pengalas atau pelapik ini diisikan dengan teliti ke dalam lubang
yang akan ditempatkan kedua-dua buah keras yang hendak dilagakan itu.
Bahan pengalas atau pelapik ini dirriasukkan dengan kadar yang banyak
supaya kedua-dua buah keras itu betul-betul tidak bergesel sama ada
buah keras dengan buah keras ataupun dengan lubang yang disediakan
itu . Kedua-dua pihak yang bertanding itu mesti berpuashati dengan
kedudukan buah keras itu .
Untuk membuat lapik dari sabut kelapa, kerjanya agak rumit sedikit.
Sabut itu perlu dibersihkan, hanya jeraminya sahaja yang perlu
ditinggalkan.
Ijuk lebih senang disediakan kerana ia terdiri daripada jerami sahaja.
jerami-jerami ijuk ini pula kuat dan tahan lama untuk digunakan berkali-
kali .
Waiau daripada apapun Iapik itu diperbuat, ianya mestilah lembut
dan dapat memenuhi tujuannya seperti tersebut di atas.

Cara Permainan
Permainan ini pada dasarnya dimainkan di antara dua pasukan yang
terdiri daripada dua orang penghencang. Akan tetapi, ada berpuluh-puluh
orang lain dalam pertaruhan. Mungkin lebih tepat kalau dikatakan bahawa
permainan ini adalah pertaruhan di antara dua pasukan yang masing-
masing diwakili oleh seorang penghencang handalan. Menang kalah dalam
permainan ini bergantung kepada buah kerasnya dan kebijaksanaan dan
kegagahan penghencangnya.
Permainan ini dibahagikan kepada beberapa peringkat seperti berikut:-

2 14
Berbalok (Berbanding-Banding)
Kedua pasukan bertukar buah keras yang hendak dilagakan. Masing-
masing memeriksa buah keras itu dengan hati-hati dan teliti.
Pertandingan dimulakan setelah kedua-dua pihak berpuashati dan
bersetuju bahawa kedua-dua buah keras yang hendak dilagakan itu sama
padan, sama tahan dan sesuai dilagakan.

Mel am bung
Melambung dijalankan dengan tujuan untuk menentukan yang mana satu
patut ditempatkan di atas dan yang mana satu patut ditempatkan di bawah.
Yang terlentang akan ditempatkan di bawah. Manakala yang tertiarap
(terlungkup) ditempatkan di atas. Pemain akan bergembira sekiranya buah
kerasnya mendapat tempat di sebelah bawah kerana lazimnya buah di
sebelah bawah selalu menang.
Mengikut kebiasaan, melambung dijalankan dengan menggenggam
kedua-dua buah keras itu ke dalam kedua-dua belah tangan, menggoncang-
goncang, kemudian melemparkannya ke tanah.
Satu acara melambung yang agak luar biasa dan menarik yang
terdapat di Kampung Rumbia, Pekan di awal tahun 1960-an adalah seperti
berikut. Mula-mula kedua-dua buah keras yang hendak dilagakan itu
diisikan ke dalam sekoi, digoncang-goncangkan; kemudian dicurahkan
ke dalam nyiru. Seperti biasa juga mana yang terlentang diletakkan di
sebelah bawah dan mana yang tertiarap di atas.

Memasang
Istilah memasang ini selalu digunakan dalam permainan tradisional seperti
main gasing, main guli dan bedil buluh. Dalam permainan berlaga buah
keras ini memasang bererti menempatkan kedua-dua buah keras yang
hendak dilagakan itu ke dalam pengapitnya. Sesudah dimasukkan lapik
secukupnya baharulah kedua-dua buah keras itu dipasang dengan keadaan
bersilang yakni buntut atau unggak ditemukan dengan bahagian atas
buah keras yang satu lagi itu. Setelah elok kedudukannya baharulah
dipasangkan besi penahan di bahagian hujung pengapit itu.
Apabila siap dipasang, orang ramai dikehendaki melihatkan untuk
menentukan kedudukan buah keras dan pengapit itu dipasang dengan
betul dan memuaskan. Kiranya ada pihak yang tidak puashati, maka
terpaksalah dipasang semula sehingga semua pihak berpuashati demi
mengelakkan perselisihan faham dan pergaduhan.

215
Cara-cara menghencang Buah Keras.

Menghencang
Tuan punya buah keras yang kedudukan buah kerasnya ditempatkan di
sebelah bawah adalah dikehendaki menghencang dahulu . Cara
menghencang buah keras ini memerlukan kaki dan turnit yang tegap dan
perkasa. Penghencang ini akan menumpukan sepenuh tenaga dan dengan
pecah langkah tiga dan dengan gaya tersendiri, bahagian tengah pengapit
buah keras itu dihencang dengan sekllat-kuat hatinya serta dengan tempik
soraknya.
Seandainya buah keras itu tidak pecah, penghencang pertama itu
bukan sahaja mendapat malu bahkan mendatangkan kerugian kepadanya
dan penyokong-penyokongnya.
Kedudukan buah keras dalam pengapit itu ditukar kedudukannya,
yang di atas ditempatkan di bawah dan sebaliknya.
Penghencang pasukan lawan pula mengumpulkan semua tenaganya
dan dengan pecah langkah tiga serta dengan gayanya tersendiri, bahagian
tengah pengapit itu dihencang sekuat-kuat hati dengan tempik soraknya.
Keputusannya adalah seperti berikut. Kalau menanti (buah yang
ditempatkan di atas) pecah atau dikenali sebagai sambut, tuanpunya buah
itu kalah dan terpaksa rrembayar ganti rugi atau rrembayar semua

?11"
pertaruhan yang telah dibuat. Sekiranya menyelam (buah yang ditempatkan
di bawah) pecah, demikian jugalah terjadi keapda tuan punyanya.
Menyelam jarang-jarang sekali berlaku. Sebaliknya nohoi (kedua-
dua buah keras itu pecah) selalu juga berlaku. Demikian juga jarang-
jarang sekali berlaku kedua-dua buah keras itu tidak pecah ; atau dikenali
sebagai baloi.
Satu perkara yang menarik hati iaitu setiap penghencang akan
menggayakan berbagai tari dan langkah untuk menghencang pengapit
buah keras itu. Ini membuktikan bahawa seni tari dan silat tidak mudah
ditinggalkan oleh masyarakat Melayu di negeri ini terutamanya di dalam
permainan tradisional. Ada juga yang menggunakan kekuasaan batin atau
sihir.

Penipuan
Dalam mana-mana perjudian mungkin tidak sah jika tiada penipuan.
Dalam permainan ini penipuan berlaku dengan menggunakan buah keras
memalau .

Cara Membuat buah Keras Memalau


a. Mula-mula lubang halus di bahagian yang tersorok hendaklah
dikorek pada buah keras itu. Berbagai cara diamalkan untuk
mengeluarkan isinya. Ada yang membiarkan supaya isinya
dimakan oleh serangga.
b. Bahan lain seperti logam dituangkan ke dalam buah keras itu.
c. Lubang itu pun disumbat dengan teliti sehingga sukar dikesan.

Buah keras ini selalunya tidak pecah walaupun dilagakan beberapa


kali. Pemain yang berpengalaman lagi bijaksana tidak akan menggunakan
buah keras memalau. Seandainya beberapa kali dilagakan itu tidak juga
pecah, maka timbullah syak wasangka yang lambat laun akan membawa
kepada pergaduhan yang kadang kala akan membawa akibat yang buruk.
Permainan tradisional 4 ini memainkan peranan penting dari segi
mengisi masa lapang masyarakat. Namun begitu kebanyakan permainan
tradisional seperti ini sudah lenyap ditelan zaman.

4 lni adalah koleksi al-Marhum Sultan Abdullah al-Mutassim Billah (1917 - 1932).
la dihadiah dan sekarang dipamerkan di Muzium Sultan Abu Bakar Pahang, Pekan.

217
Tarian Labi-Labi:
Satu Tarian Tradisional Pahang
ZURAIDAR BADARUDDIN*

Pengenalan
Di dalam buku Tarian-Tarian Malaysia (KKBS, 1984: 28) diterangkan
bahawa Tarian Labi-Labi berasal dari Endau, Rompin iaitu sebuah daerah
di negeri Pahang Darul Makmur. Pada mulanya, ia merupakan sebuah
tarian tradisi rakyat tetapi tarian ini kemudiannya dibawa ke daerah Pekan,
iaitu bandar diraja Negeri Pahang Darul Makmur khususnya. Pada masa
itu, tarian-tarian istana berada di zaman kegemilangan.
Cerita lisan yang popular tentang asalusul tarian labi-labi mengisah-
kan seorang pengail bemama Pak Ngah yang telah pergi ke sungai untuk
menangkap ikan. Malangnya, tiada seekor ikan pun yang dapat
ditangkapnya walaupun semua umpan yang dibawanya telah habis
digunakan. Lalu beliaupun menggunakan pisang sebagai umpan untuk
memancing. Tiba-tiba muncul sekumpulan labi-labi mengelilingi umpan
itu. Si pengail terpegun dan memerhatikan segala gerak-geri labi-labi
tersebut.
Oleh kerana terlalu tertarik dengan gelagat labi-labi itu beliau telah
meniru perlakuan labi-labi itu dengan reaksi yang gembira. Tidak lama
kemudian, raja mengisytiharkan akan mengadakan satu pesta. Baginda
memerintahkan supaya setiap mukim mengemukakan satu bentuk
persembahan. Maka penghulu mukin Pak Ngah pun mencari penari-
penari untuk mengadakan persembahan bagi memenuhi perintah tersebut.
Maka Pak Ngah pun telah dipilih untuk menarikan tarian yang ditirunya
dari labi-labi itu di hadapan raj a. Raja amat tertarik dengan tarian tersebut.

* Lulusan Fakulti Sastera dan Sains Sosial , Universiti Malaya, 1988/92.

218
Baginda menamakan tarian itu tarian labi-labi sempena dengan gerakgeri
binatang yang ditarikan. Sejak itu jadilah tarian labi-labi sebagai tarian
tradisi istana.
Cerita lisan yang dinyatakan di atas telah diceritakan semula oleh
Encik Abdul Razak bin Abu Bakar. 1 Menurut beliau, seorang pencerita
veteran, Encik Mat Daros Junos, merupakan waris keempat pengasas
tarian labHabi tersebut. Beliau telah mempelajari tarian labi-labi dari
bapanya yang bemama Latif. Beliau kini tinggal di Pulau Tawar, Pekan,
Pahang. Encik Mat Daros juga merupakan seorang jurulatih kumpulan
tarian labi-labi pada tahun 1960-an. Beliau mempunyai kumpulannya
sendiri tetapi malangnya kumpulan itu telah lama dibubarkan.
Melalui penyelidikan yang dilakukan mengenai asal usul dan
perkembangan tarian labi-labi, maka dapatlah dibuat kesimpulan bahawa
tarian ini telah mengalarni tiga peringkat peralihan, iaitu dari tradisi
rakyat ke tradisi istana dan kembali ke tradisi rakyat.
Tarian ini kekal di peringkat ketiga sehingga kini . Waiau bagaimana-
pun perubahan-perubahan telah berlaku dari segi persembahan tarian,
pakaian dan perhiasan penari, setting, ensembel muzik, lagu dan beberapa
aspek lain. Perubahan ini adalah akibat dari arus permodenan yang dialarni
oleh masyarakat Melayu.
Pada asalnya, tarian ini adalah sebuah tarian yang berunsur komidi
yang ditimbulkan melalui gelagat para penari meniru aksi labi-labi. Unsur
komidi itu telah diwujudkan dengan mimikan muka yang penuh ekpresi;
mata yang terbeliak dan mulut yang ternganga. Ekspresi itu ditambah
pula dengan pergerakan-pergerakan lain seperti kaki dan tangan. Unsur
komidi ini berfungsi sebagai sumber hiburan semata-mata.

Cara Persembahan Tarian Labi-Labi


Tarian labi-labi adalah salah satu daripada tarian yang mempunyai
pembuka tirai. Tarian ini menggunakan tarian-tarian lain sebagai pembuka
tirainya dan ia mempunyai beberapa peringkat persembahan. Dramatari
lain yang mempunyai konsep persembahan yang sama ialah Mak Yong.
Dahulu tarian ini dipersembahkan dengan penuh istiadat dan mengikut
urutan-urutan persembahan yang tertentu.
Secara tradisinya, tarian Iabi-labi mengandungi tiga jenis tarian yang
dipersembahkan iaitu:
(a) Tarian Silat Pulut;
(b) Tarian Inai ;
I Jurulatih di Tarnan Seni Budaya, Kuantan. Ditemudu ga pada 5 Ogos 1991.

2! 9
(c) Tarian Labi-labi
Ketiga-tiga tarian ini ditarikan secara berperingkat-peringkat bennula
dengan tarian silat pulut dan diakhiri oleh tarian labi-labi sebagai
kemuncak.

(a) Tarian Silat Pulut


Tari silat pulut dipersembahkan pada peringkat pertama persembahan
tarian Iabi-Iabi. Silat ini mempunyai dua orang pesilat yang berpakaian
seragam baju Melayu berwarna hitam. Untuk memulakan tarian, pesilat-
pesilat akan tampil ke hadapan untuk memberi sembah hormat. Pada
masa dahulu semasa hendak memberi sembah hormat, mereka diiringi
masuk mengadap raja oleh dayang-dayang yang membawa tepak sirih,
pulut kunyit dan bunga telur. Bahan-bahan ini kemudiannya diper-
sembahkan kepada raja. Waiau bagaimanapun, sekarang bahan-bahan ini
sudah tidak diperlukan Iagi di dalam tarian labi-Iabi.
Di dalam silat pulut pesilat hanya menggunakan tangan dan anggota-
anggota badan yang lain untuk menangkis serangan musuh. Pertahanan
diri hanya dibuat secara demonstrasi sahaja di dalam persembahan ini.
Kadangkala pesilat juga menggunakan senjata seperti keris dan batang
kayu yang panjang. Pada akhir persembahan, pesilat-pesilat akan sekali
lagi memberi sembah hormat tanda berakhirnya persembahan.

(b) Tari an Inai


Setelah selesai tarian silat pulut, persembahan diikuti pula oleh tarian
inai . Tarian ini ditarikan oleh wanita sahaja yang menjadi dayang-dayang.
Para penari menari tarian dengan penuh lemah Iembut dan gemalai dengan
jari-jari yang dilentikkan. Di Kelantan, penari-penari rremakai kerasi
iaitu alat yang dipakai di jari-jari untuk menampakkannya lebih lentik.
Alesi penari-penari adalah seolah-olah sedang memetik daun-daun inai.
Posisi-posisi yang terdapat di dalam tarian ini adalah duduk dan berdiri.
Semasa menari, penari-penari memakai baju kebaya Iabuh dan berkain
songket. Waiau bagaimanapun, perhiasan kepala mereka adalah pelbagai
jenis. Ada kumpulan yang memakai sanggul bunga-bungaan dan ada
yang memakai sanggul goyang. Di samping itu, penari juga memakai
selendang panjang di bahu yang juga dikenali sebagai 'kain sampar'.

(c) Tarian Labi-Labi


Tarian labi-Iabi adalah acara kemuncak setelah persembahan dimulakan
dengan tarian silat pulut dan diikuti pula oleh tarian inai. Pada asalnya,

220
tarian ini ditarikan oleh dua orang penari sahaja, iaitu penari yang
memegang watak pengail yang bernama Pak Ngah dan satu lagi penari
yang memegang watak labi-labi jantan atau dikenali juga sebagai bapa
labi-labi. Waiau bagaimanapun, setelah tarian ini mengalami perubahan,
bilangan penari turut bertambah sehingga mengandungi 8 hingga 10 orang
penari, iaitu dengan wujudnya watak-watak seperti Mak Ngah serta labi-
labi betina; bilangan labi-labi jantan juga turut ditambah. Di dalam tarian
ini, bilangan penari adalah sentiasa genap kerana ia ditarikan secara
berpasangan.
Tarian ini dimulakan dengan kehadiran watak-watak Pak Ngah dan
Mak Ngah yang bergerak ke hulu ke hilir, sambil Pak Ngah memegang
kail yang mengandungi umpan cebisan buah pisang. Bagaimanapun
sekarang, chewing gum telah digunakan sebagai umpan kerana ia lebih
mudah dilekatkan pada mata kail.
Pada gerakan kedua pula, muncul sekumpulan labi-labi yang
rrengelilingi kail Pak Ngah. Pergerakan watak labi-labi adalah agak
terbatas dan lambat. Penggunaan motif binatang di dalam tarian bukanlah
sesuatu yang asing di dalam perkembangan tarian tradisional Melayu. Di
samping dipengaruhi oleh keakraban dengan alam semulajadi, masyarakat
dahulu turut dipengaruhi oleh latar belakang kepercayaan mereka sebelum
kedatangan agama. Pada suatu ketika dahulu, rrereka mengamalkan amalan
totemisme, iaitu amalan yang mendewakan binatang-binatang. Amalan
ini mempengaruhi budaya dan kesenian mereka termasuklah tarian. Di
Pahang, terdapat satu lagi tarian yang bermotifkan binatang iaitu tarian
Pelanduk yang menggambarkan gerak geri pelanduk. Penggunaan unsur
alam dalam kreasi sebuah tarian seting dilakukan. Siti Zainon Ismail
berpendapat:

Kewujudan awal seni tari mempunyai fungsi keakraban dengan alam.


Gerak alam semulajadi sering dijadikan perbandingan cipta.

Setelah dilakonkan aksi kumpulan labi-labi mendapatkan umpan,


gerakan seterusnya, iaitu gerakan yang terakhir ialah seekor dari labi-labi
itu akhirnya berjaya mendapat umpan tersebut. Aksi ini adalah aksi
klimaks bagi tarian ini . Watak Pak Ngah pula akan asyik memerhatikan
gelagat mereka dan akhirnya dia akan menari meniru gelagat watak labi-
labi dengan reaksi yang gembira.
Pada akhir persembahan, watak labi-labi akan perlahan-lahan meng-
hilang. Manakala, watak Pak Ngah pula akan keluar mengakhiri per-

221
sembahan dengan menarikan gaya labi-labi, diekori oleh Mak Ngah.
Watak Mak Ngah di dalam tarian ini tidak begitu menonjol. Ia
hanya satu watak sampingan yang dipasangkan dengan watak Pak Ngah.
Oleh itu, watak utama di dalam tarian ini adalah watak Pak Ngah dan
bapa labi-labi. Watak-watak lain hanyalah berperanan sebagai pelengkap
tarian.

Gerak-Geri Dalam Tarian Labi-Labi


Pada asasnya tarian labi-labi mengutamakan pergerakan tiga bahagian
tubuh badan iaitu: (a) bahagian lutut, (b) bahagian kepala- merangkumi
bahagian kepada dan muka dan (c) bahagian tangan - merangkurni jari
dan pergelangan tangan.

(a) Bahagian Lutut


Tarian labi-labi adalah sejenis tarian yang pada awalnya ditarikan dengan
menggunakan lutut. Penari-penari akan berdiri di atas lutut sambil
menggerak-gerakkan badan mengikut rentak. Mereka juga akan bergerak
dari satu tempat ke satu tempat di atas pentas dengan menggunakan
lutut. Aksi ini dapat menonjolkan imej labi-labi yang mempunyai kaki
yang pendek dan bergerak secara perlahan. Pada adegan labi-labi me-
nangkap umpan, penari-penari akan berdiri di atas satu lutut dan satu
tapak kaki .
Bagaimanapun, pada masa sekarang amalan menari dengan berlutut
sudah berkurangan. Selain dari melutut, penari juga bergerak sambil
berdiri. Semasa penari-penari Jabatan Kebudayaan Kesenian dan
Pelancongan Pahang membuat persembahan tarian labi-labi di hadapan
Bangunan Sultan Abdul Samad di malam perasmian Malaysia Fest 1991,
mereka telah menari secara berdiri . Cara berdiri diperlukan kerana mereka
menari di atas jalan raya. Bagaimanapun, dengan berdiri, langkah-langkah
yang dibuat oleh penari-penari menjadi lebih cepat. Keadaan ini juga
membolehkan lingkungan tempat menjadi lebih luas. Dengan dernikian,
dapatlah dilihat bahawa salah satu faktor perubahan gerak-geri tarian
labi-labi ialah peralihan tempat persembahan dan kehendak semasa. Cara
menari secara berdiri juga telah menambahkan lagi variasi gerak tari di
dalam tarian labi-labi.

(b) Kepala
Di antara ketiga-tiga bahagian anggota badan yang terlibat di dalam
tarian labi-labi, kepala adalah yang penting. Ia merupakan anggota yang

222
digunakan untuk menghidupkan gerak geri labi-labi.
Anggota-anggota kepala yang digunakan di dalam tarian ini
termasuklah leher, mata dan lidah. Semasa menari penari akan melentok-
lentokkan lehemya ke kiri dan ke kanan sambil mendongak ke atas. Aksi
ini menggambarkan gerak geri kepala seekor labi-labi yang timbul di
permukaan air untuk mendapatkan umpan pengail. Pada masa yang sama
juga mata penari akan melirik dan menjeling-jeling mengikut arah
pergerakan umpan. Di sini, kreativiti penari sangat diperlukan untuk
menghidupkan watak labi-labi. Penari mestilah mahir mengawal mata.
Biasanya penari akan membeliakkan mata supaya jelingan mereka lebih
jelas dilihat oleh penonton. Aksi mata akan diiringi dengan jeliran dan
gerakan lidah. Mimikan muka penari ini biasanya menggelikan hati
penonton.

(c) Tangan
Semasa menarikan tarian labi-labi, penari akan membengkokkan siku
hingga ke paras punggung. Jari-jari pula diluruskan dan dilentikkan sambil
digerakkan ke depan dan ke belakang mengikut irama lagu . Pergerakan
jari-jari itu bertujuan untuk meniru gerak geri kaki labi-labi yang berenang.
Di dalam tarian labi-labi, posisi tangan agak terbatas sama ada berada
di sisi punggung ataupun di hadapan muka. lnilah salah satu keunikan
tarian labi-labi.

Perubahan-Perubahan Pada Tarian Labi-Labi


Arus pemodenan bukan sahaja mengubah cara hidup masyarakat Melayu,
tetapi ia juga mengubah corak kesenian mereka. Tarian labi-labi yang
menjadi tarian tradisional negeri Pahang Darul Makmur turut tidak
terkecuali dari mengalarni perubahan yang ketara.
Kini tarian Iabi-labi tidak lagi dipersembahkan secara berperingkat-
peringkat didahului oleh tarian silat pulut, diikuti oleh tarian inai dan
akhimya barulah tarian labi-labi. Pada masa sekarang tarian Iabi-labi
ditarikan secara bersendirian. Hal ini menyebabkan adat-adat lama seperti
adat mengangkat sembah hormat serta penggunaan bahan-bahan seperti
sirih junjung, pulut kunyit dan bunga telur sebagai pembuka kata tidak
digunakan lagi.
Dari segi tarian pula, beberapa perubahan boleh dilihat. Dari menari
secara berlutut, kini tarian ini juga telah ditarikan dengan posisi berdiri.
Tetapi posisi tangan dan pergerakan kepala masih dikekalkan. Di samping
itu, rnirnikan muka juga sudah kurang dilakukan oleh penari generasi

223
sekarang. Hal ini menjejaskan kualiti seni dan daya ekspresi di dalam
tarian labi-labi, dan dengan itu unsur-unsur hiburannya juga.
Pada masa sekarang watak labi-labi telah ditimbulkan dengan bantuan
kostum, iaitu penggunaan bahan-bahan seperti kerang labi-labi palsu yang
dipakaikan di belakang penari. Dengan cara ini, mimikan muka sudah
tidak diperlukan lagi kerana melalui kostum penonton sudah dapat
mengenali watak-watak yang ingin ditonjolkan.
Begitu juga dengan setting, ia juga turut membantu menimbulkan
jalan cerita. Pada masa dulu, tiada setting yang diperlukan di dalam
tarian ini. Kini ia telah menjadi sebahagian dari persembahan tarian labi-
labi. Tetapi di pertunjukan-pertunjukan tertentu setting tidak diperlukan.
Kesemua perubahan yang dialami oleh tarian labi-labi adalah hasil
dari gabungan kreativiti para penari dan jurulatih dari masa ke masa. Di
samping itu, perubahan juga bertujuan untuk memenuhi citarasa penonton
sendiri yang sentiasa inginkan sesuatu yang berlainan.

Kostlfll Penari-Penari
Kostum memainkan peranan yang penting di dalam tarian labi-labi. Ia
bukan sahaja boleh menjadi daya penarik tetapi juga dapat menimbulkan
imej yang ingin ditonjolkan oleh penari-penari dengan lebih berkesan.
Hal ini menjadikan pakaian lebih penting, terutama pada masa sekarang,
kerana penghayatan penari agak berkurangan terhadap tarian. Jadi kostum
dapat membantu mengatasi kekurangan yang wujud.
Kostum yang digunakan adalah berbeza mengikut watak-watak yang
dibawa pleh penari. Fesyennya juga berubah dari masa ke masa mengikut
kreativiti setiap kumpulan. Waiau bagaimanapun ciri-ciri pakaian Melayu
tradisional masih tetap dikekalkan.

(a) Kostum Watak Labi-Labi


Bagi watak labi-labi yang ditarikan oleh penari-penari lelaki, kostum
mereka terdiri dari sepasang baju Melayu yang dibuat daripada kain yang
tidal<: bercorak. Untuk melengkapkan kostum, penari-penari lelaki mengikat
kain di pinggang dan memakai dastar di kepala mereka. Dastar itu
diletakkan dengan bahagian atasnya menghala ke bawah. Kadang-kadang
penari memakai penutup kepala yang dibuat daripada kain empat segi
yang kemudian diikat simpul di bahagian dahi penari.
Selain dari itu, satu pembaharuan telah dibuat pada kostum penari-
penari labi-labi iaitu mereka memakai kerang labi-labi tiruan yang
dicorakkan dan diwarnakan seperti kulit labi-labi di belakang mereka.

224
Kosturn untuk penari-penari wanita yang rnernbawa watak labi-labi
betina pula lebih cantik dan rnenarik. Penari-penari itu memakai baju
kebaya pendek yang tidak berlengan dan berkain songket yang dilipat di
hadapan, seperti rnernakai kain sarung batik. Sehelai selendang panjang
yang dipanggil 'kain sarnpar' akan diikat di pinggang. Tali pinggang
yang dibuat daripada kain jenis brocade keras selebar 7 srn dipakai untuk
menutupi bahagian lipatan kain sarnpar tadi untuk rnenarnbahkan lagi
kecantikan kostum penari.
Seperti penari lelaki, penari wanita yang membawa watak labi-labi
juga rnernakai kulit labi-labi tiruan di belakang mereka. Kulit kerang itu
dibuat dari dawai kasar yang dibentuk menjadi bujur. Dua lagi dawai
kasar disiratkan melintasi dawai bujur itu secara melintang dan menegak.
Kemudian rangka dawai itu ditutupi dengan kain tanpa corak dengan
dijahit mengikut bentuk dawai itu. Selepas itu barulah corak kulit labi-
labi dilukis di atas kain itu dengan cat.

(b) Kostum Watak Pak Ngah


Kostum yang dipakai oleh penari yang membawa watak Pak Ngah terdiri
dari sepasang baju Melayu dan sehelai selimpang yang dipakai di bahu.
Di sarnping itu penari juga memakai topi berbentuk seperti yang biasa
dipakai oleh nelayan. Kadang-kadang penari juga memakai kain yang
diikat di kepala. Bila menggayakan watak pengail, penari akan memegang
sebatang pengail.

(c) Kostum Watak Mak Ngah


Watak Mak Ngah biasanya memakai baju kebaya pendek lengan panjang
serta berkain sarung batik yang diikat di paras lutut. Di sarnping itu,
penari yang menggayakan watak ini selalunya membawa sebuah bakul
rotan.
Pakaian yang dipakai oleh penari,-penari dalarn tarian labi-labi jelas
membayangkan gaya pakaian masyarakat Melayu pada masa dulu. Ia
ringkas tetapi menarik.

Alat-Alat Muzik Yang Digunakan


Tarian labi-labi mempunyai ensembelnya sendiri sebagai pengmng.
Ensembel-ensernbel yang terdapat di dalarn tarian ini ialah tetawak, gong
kecil, geduk, gedombak, gendang, serunai, keketok dan biola. Alat-alat
muzik dapat diklasifikasikan kepada empat kategori seperti yang telah
dibuat oleh Curt Sachs. 2 Beliau telah mengklasifikasikan alat-alat muzik
2 Sachs , C. World History of Dance, Allen and Unwi, New York, 1961.

225
kepada empat kumpulan penting iaitu:

(i) Alat muzik idiofon: Alat jenis ini menghasilkan getaran


bunyi dengan memukul rangka badan alat itu. Contoh alat
idiofon ialah gong dan caklempong.
(ii) Alat muzik membranofon: Alat-alat muzik jenis ini
mengeluarkan getaran apabila dipukul pada permukaan kulit
yang ditegangkan yang selalunya diperbuat daripada kulit.
Gendang adalah salah satu alat muzik yang tergolong di dalam
jenis ini.
(iii) Alat muzik erofon: Alat-alat muzik yang menghasilkan
bunyi melalui lubang udara seperti serunai dan seruling.
(iv) Alat muzik kordofon: Alat-alat muzik yang berbunyi mela-
lui getaran tali yang telah ditegangkan apabila dipetik. Alat
yang tergolong di dalam jenis ini ialah seperti gambus dan
gitar.

Klasifikasi yang dibuat oleh Curt Sachs boleh dihubungkan dengan


alat-alat muzik yang terdapat di dalam tarian labi-labi. Ensembel-ensembel
di dalam tarian ini melengkapi keempat-empat klasifikasi itu. Alat muzik
jenis membranofon di dalam tarian ini ialah geduk, gendang dan
gedombak. Manakala jenis erofon ialah serunai dan jenis idiofon pula
terdiri dari gong kecil, keketok dan tetawak. Biola yang juga terdapat di
dalam tarian ini tergolong dalam jenis kordofon.

Alat-Alat Muzik ldiofon Di Dalam Tarian Labi-Labi


(a) Tetawak
Tetawak dibuat dari sebiji kelapa tua yang telah dikeringkan. Kelapa itu
kemudiannya ditebuk di bahagian atas. Di bahagian bawah pula, kulitnya
atau sabutnya dipotong rata tanpa terkena pada tempurungnya. lni supaya
buah kelapa itu boleh ditegakkarr. Kulit sabut di sekelilingnya juga
diratakan sehingga menjadi empat penjuru.
Kelapa kering itu diletakkan di dalam bekas kayu yang berbentuk
empat segi dan lebarnya pula bergantung kepada saiz buah kelapa itu.
Bekas kayu itu harus menutupi seluruh bahagian bawahnya dan dibiarkan
bahagian di atas yang telah ditebuk itu terbuka.
Tetawak dimainkan dengan cara mengetuk permukaan atasnya dengan
sepasang pemukul kayu yang berbeza saiznya. Satu daripada pemukul itu
mempunyai lilitan getah yang diikat anjal dan setebal 6 sm dan satu lagi

226
diikat senipis 3 sm sahaja. Pemuzik harus meletakkan alat ini di hada-
pannya semasa memainkan alat ini .

(b) Keketok
Keketok dibuat daripada sebatang buluh yang kosong yang ditebuk Iubang
pada bahagian atas dan hadapannya. Buluh itu dipotong sepanjang 28
sm. Bahagian atasnya terdapat pemegang yang berukuran 15 sm.
Alat ini dimainkan dengan cara mengetuk bahagian tepinya dengan
sebatang buluh yang telah dipotong selebar 3 sm dan panjangnya adalah
25 sm.
Rentak irama alat ini mengiringi Iangkah-langkah penari. Gerak geri
penari bergantung kepada tempo tetawak. Oleh itu jika ia diketuk dengan
tempo yang Iaju maka cepatlah Iangkah penari. Alat ini juga dimainkan
di dalam tarian pelanduk dan tarian serkap yang juga merupakan tarian-
tarian tradisional negeri Pahang Darul Makmur.
Bagaimanapun, kadangkala keketok tidak digunakan semasa tarian
labi-labi ditarikan kerana bunyi ketukan tetawak adalah lebih lantang dan
berkesan. Di samping itu, penggunaan keketok di dalam tarian hanyalah
sebagai tambahan. Alat ini tidak digunakan dalam setiap persembahan
seperti ensembel-ensembel lain, sebalikrtya ia digunakan hanya untuk
memperindahkan lagi rentak. Oleh itu, bergantung kepada jurulatih untuk
menggunakannya atau tidak di dalam sesuatu persembahan.

(c) Gong Kecil


Gong kecil adalah serupa bentuknya seperti gong besar, cuma saiznya
sahaja yang kecil seperti caklempung. Gong ini dibuat sepasang, iaitu
ada gong jantan dan ada gong betina. Gong betina lebih besar permu-
kaannya, iaitu 16 sm manakala gong jantan ialah 15 sm. Kedua-duanya
berukuran 5 sm tinggi. Di tengah-tengahnya pula terdapat satu bulatan
yang menonjol yang dikenali sebagai busut, selebar 6 sm.
Sepasang gong kecil yang digunakan di dalam tarian labi-labi dibuat
daripada tembaga yang bercampur dengan perak. Gong-gong ini diletakkan
di dalam bekas kayu yang diukir dengan corak-corak bunga. Di dalam
bekas kayu itu diletakkan selapis papan dan gong-gong itu diletakkan di
atasnya.
Cara memainkan gong kecil ialah dengan mengetuk di bahagian
busut dengan menggunakan sepasang kayu dengan sepasang pemukul
kayu yang panjangnya 20 sm.

227
Alat-Alat Membranofon Di Dalam Tarian Labi-Labi
(a) Geduk
Geduk adalah sejenis alat gendang yang ticlak mempunyai nada yang
tetap. Ia dapat dibahagikan kepada 2 bahagian penting iaitu : (a) bahagian
muka (atas clan bawah) clan (ii) bahagian badan atau baluh.
Bahagian muka geduk dibuat daripada kulit binatang, sama ada
kulit lembu atau pun kambing. lazimnya, kulit yang digunakan adalah
kulit lembu. Bentuk muka geduk bulat, berukuran 20 sm diameter. Untuk
membuat bahagian muka sebiji geduk memerlukan kulit seekor lembu.
Kulit itu akan direndam dengan umbi pisang sehingga lembut. Selalunya
kulit itu digosok dengan lengkuas untuk menghilangkan baunya.
Bahagian baluh geduk berbentuk barrel yang besar dengan ketinggian
35 sm. Baluh diperbuat daripada batang kayu nangka. Kemudian
dipasangkan pada satu kayu silang untuk mengampunya di bahagian
bawah. Selepas itu kayu nangka itu ditebuk di bahagian dalam sehingga
ia berukuran 5 sm tebal.
Apabila baluh telah ditebuk, kulit yang lembut itu dipasangkan di
bahagian atas geduk itu dahulu. Kulit itu ditegangkan dengan mengikat
tali rotan di sekelilingnya dan kemudian dipakukan. Sepasang kaki yang
dibuat daripada buluh dipasangkan di bahagian baluh secara menyendeng.
Di bahagian muka bawah geduk juga dipasang kulit yang ditegangkan
seperti mebuat permukaan atas.
Geduk mempunyai sepasang pemukul kayu yang berukuran 23 sm
panjang. Di hujung setiap pemukul itu dililit dengan getah supaya apabila
dipukul ia dapat mengeluarkan bunyi yang nyaring.
Untuk memainkan geduk, alat itu diletakkan menyendeng dengan
bahan perrnukaan atasnya menghaclap pemuzik. Jika permukaan geduk
kurang tegang, bunyi yang dikeluarkan adalah rendah dan rnendatar.
Oleh itu bahagian muka geduk harus sentiasa tegang untuk mendapatkan
bunyi getaran yang lantang.
Muka gedombak dibuat daripada kulit kambing. Cara membuatnya
hampir sama dengan membuat geduk. Kulit kambing harus direndam
sehingga lembut dan dikeringkan. Kemudian ditebukkan lubang-lubang
kecil di tepinya. Selepas itu dengan menggunakan tali rotan, kulit itu
diikat hingga ke bahagian tengah badan gedombak. Uratan tali itu dikaitkan
untuk mematikannya. Untuk menambahkan ketegangan kulit muka
genduk, beberapa potong kayu kecil diselitkan di celah-celah tali itu.
Bahagian baluh dibuat daripada kayu yang ditarik dan ditebuk di
bahagian dalamnya. Gedombak ibu berukuran 38 sm tinggi dan gedombak
anak pula 35 sm tinggi. Dua orang pemuzik diperlukan untuk memainkan
sepasang gedombak ini. Setiap pemuzik akan meriba setiap satu gedombak
akan dihalakan ke sebelah kanan pemuzik. untuk mengeluarkan bunyi,
pemuzik harus memukul permukaan alat itu dengan menggunakan tapak
tangan dan jari-jari tangan kanan. Manakala tangan pemuzik pula,
memegang bahagian tidak berkulit iaitu bahagian atas gedombak supaya
alat itu tetap dan tidak bergerak atau jatuh dari ribaan. Pemain juga
menggunakan jari-jari kirinya untuk rrengira tempo gedombak yang
selalunya berselang-seli di antara gedombak ibu dan anak. Kadang-kadang
kedua-duanya diketuk serentak.

(c) Gendang
Gendang adalah sebuah alat yang tergolong di dalam kategori mem-
branofon. Alat ini terdiri dari sepasang genda.t1g iaitu gendang ibu dan
gendang anak dan setiap satunya mempunyai 2 bahagian iaitu: (i) bahagian
muka kulit (atas dan bawah) dan (ii) bahagian baluh. Gendang ibu adalah
lebih tinggi dari gendang anak. Dari segi nada, gendang ibu mempunyai
nada yang lebih rendah jika dibandingkan dengan gendang anak.
Untuk membuat gendang, caranya adalah hampir sama dengan
gedombak dan geduk. Gendang juga dibuat daripada kulit lembu yang
telah dikeringkan dan digosok sehingga licin. Baluh gendang pula
diperbuat daripada kayu. Kayu itu kemudiannya ditebuk di tengahnya
sehingga baluh itu berukuran 5 sm tebal . Kemudian barulah kulit Iembu
yang kering itu dipasangkan pada baluh pada kedua-dua bahagian mukanya
dengan rrenggunakan tali rotan untuk rrengikatkannya hingga ketat.
Terlebih dahulu, pada kulit itu dibuat beberapa lubang, iaitu 6 lubang di
muka bawah dan 7 lubang di muka atas. Selepas itu dimasukkan tali dari
permukaan atas dan disambungkan kepada permukaan muka bawah. untuk
mengekalkan ketegangan kulit-kulit itu, pada tali yang menyambungkan
kedua-dua muka itu, dijahitkan kepingan kulit. Bahagian muka atas
gendang ini adalah lebih besar dari bahagian bawahnya.
Alat ini dimainkan dengan meletakkannya di atas riba pemuzik
dengan bahagian muka atasnya menghala ke kanan pemuzik. Pemuzik
akan rremukulnya dengan menggunakan tangan sahaja. Satu tangan
memukul bahagian atas gendang dan sebelah lagi rremukul bahagian
bawah. Cara ini berbeza dengan Gendang Keling yang perlu menggunakan
kayu atau buluh untuk memukulnya
Gendang yang digunakan di dalam tarian labi-labi juga berbeza dari
segi saiz jika dibandingkan dengan gendang yang digunakan untuk Mek

229
Mulung atau saiz Gendang Keling. Gendang Mek Mulung nipis seperti
kompang. Manakala Gendang Keling pula besar permukaannya. Saiz
gendang tarian labi-labi kecil sedikit permukaannya dan panjang.

Alat Muzik Erofon Di Dalam Tarian Labi-Labi


Serunai
Serunai ialah sejenis alat yang ditiup. Alat ini terbahagi kepada 3 bahagian
penting iaitu: (i) lidah atau pemipit; (ii) batang dan (iii) serombong atau
copong .
Lidah serunai adalah bahagian yang dimasukkan ke dalam mulut
untuk ditiup. Di dalam serunai itu pula terdapat alat penting yang dipanggil
pipit. Tanpa pipit, juruserunai tidak dapat membunyikan serunai . Pipit
dibuat daripada daun 'tai' yang direbus dan dikeringkan. Kemudian daun
itu dipotong dan dicanai hingga nipis supaya ia dapat dimasukkan ke
dalam lidah serunai.
Di bawah pipit terdapat pelapik mulut atau caping yang dibuat
daripada aluminium nipis. Ia bertujuan untuk menahan mulut juruserunai
ketika meniup alat itu. Caping dapat memudahkan juruserunai meng-
hembus dengan kuat dan berterusan.
Di bahagian bawah pelapik mulut terdapat 'senali' yang dibuat
daripada besi nipis. Bahagian ini kemudiannya disambungkan ke bahagian
batang serunai.
Batang serunai berukuran 25 sm dan dibuat daripada kayu. Setelah
dibulatkan, ia dilicinkan dan ditebuk sehingga menembusi kedua-dua
hujung batang serunai itu. Kemudian barulah ditebuk tujuh lubang kecil
sepanjang batang kayu tersebut. Lubang-lubang ini dipanggil lubang petik
dan terletak di bahagian depan serunai. Di bahagian belakang serunai
pula, ditebukkan juga satu lubang kecil dan ia dipanggil lubang jerit.
Lubang jerit terletak di antara lubang petik pertama dan kedua.
Serombong serunai terletak di hujung bahagian bawah serunai.
Bahagian ini berbentuk loceng dan dibuat daripada kayu yang telah ditebuk
serta dilicinkan. Luas muncung serombong itu ialah 8 sm diameter.
Serombong i:nembantu serunai mengeluarkan bunyi yang kuat. Bahagian
batang serunai disambungkan ke bahagian serombong dengan memasukkan
batang serunai ke lubang serombong.
Cara memainkan serunai ialah dengan meniupnya. Kedudukan jari-
jari ketika memainkannya ialah dari jari-jari tangan kanan berada di
bahagian atas serunai dan tangan kiri di bahagian bawah. Jari ibu tangan
kanan digunakan untuk menutup lubang jerit. Lubang-lubang harus, sama

230
ada ditutup atau dibuka sepenuhnya, untuk mendapat bunyi yang elok.
Lubang pemetik yang teratas bemada tinggi manakala yang paling rendah.
Ketetapan bunyi tiupan serunai memudahkan pemuzik-pemuzik membuat
nota muzik untuk memainkannya

Lagu-Lagu Dalam Tarian Labi-Labi


Muzik memainkan peranan yang penting di dalam membangkitkan suasana
di dalam tarian. Ia juga merupakan elemen penting yang mengiringi
sesebuah tarian. Lagu yang dihasilkan sering dikaitkan pula dengan paduan
alat-alat muzik. Begitu jugalah dengan tarian labi-labi yang mempunyai
lagu iringannya sendiri.
Di dalam tarian labi-labi, terdapat dua jenis lagu yang sering
dimainkan iaitu: (a) lagu Ikan Kekek dan (b) lagu ala gamelan.
Lagu Ikan Kekek adalah lagu yang baru diperkenalkan ke dalam
tarian ini. Ia dipersembahkan secara instrumental melalui ensembel-
ensembel tarian ini. Pertama kali lagu Ikan Kekek dimainkan untuk
mengiringi tarian ini ialah pada 1980, ketika kumpulan tarian labi-labi
daripada Pusat Kebudayaan Negeri Pahang Darul Makmur mengadakan
persembahan di Kuala Terengganu. Pada ketika itu, tarian ini diiringi
oleh orkestra Kombo RTM. Semenjak itu, lagu Ikan Kekek kekal menjadi
salah satu daripada lagu tarian labi-labi.
Lagu tradisional yang berirama mirip gamelan adalah lagu yang
dimainkan sebelum kehadiran lagu Ikan Kekek di dalam tarian labi-labi.
bagaimanapun, lagu ini tetap dimainkan untuk mengiringi tarian ini
walaupun terdapat lagu Ikan Kekek.
Penggunaan lagu Ikan Kekek di dalam tarian ini bertujuan untuk
memudahkan persembahan. Lagu ini boleh dimainkan samasa meng-
gunakan alat-alat muzik moden yang dimainkan oleh orkestra, ataupun
alat-alat mu zik tradisional yang dimainkan oleh kumpulan muzik
tradisional . Sebaliknya bagi lagu berentak tradisional , ia hanya boleh
dipersembahkan oleh ensembel-ensembel tradisional untuk mendapat kesan
yang menarik. Maka faktor keperluan semasa telah menyebabkan lagu-
lagu baru diperlukan. Adalah tidak mustahil jika lagu-lagu yang mengiringi
tarian ini akan bertambah lagi di masa hadapan.
Waiau bagaimanapun, kini di dalam persembahan-persembahan
tertentu , lagu yang mengiringi tarian ini dimainkan tanpa kehadiran
pemuzik-pemuzik dan ensembel-ensembel muzik. Sebaliknya lagu
dimainkan dengan menggunakan pita rakaman sahaja seperti semasa
perasmian Malaysia Fest 1991 . Ini adalah satu lagi perubahan yang

231
terdapat di dalam tarian ini, iaitu penggunaan alat-alat mekanikal untuk
mengambil alih tempat pemuzik-pemuzik di dalam sesebuah persembahan.

Kesimpulan
Tarian adalah sebahagian daripada bentuk seni ekspresi yang mempunyai
pelbagai fungsi. Bagaimanapun, fungsi-fungsi itu telah berubah dari masa
ke masa. lni adalah kerana masyarakat telah mengalami perubahan cara
hidup yang secara tidak langsung turut mengubah pandangan mereka
terhadap tarian dan kesenian.
Tarian mempunyai peranan yang tersendiri dalam memenuhi
keperluan masyarakat. Tarian bukan sahaja berfungsi sebagai hiburan
semata-mata tetapi tarian juga sebenarnya mempunyai nilai komunikasi.
Melalui tarian, masyarakat dapat mengenali sesuatu bangsa yang lain
kerana manusia lebih cenderung mewujudkan gerak tari yang dipengaruhi
oleh keadaan sekeliling dan norma-norma kehidupan mereka sendiri di
dalam tarian tradisi mereka. Tarian dan budaya adalah dua perkara yang
saling berhubungan di antara satu sama lain.
Anthony Shay telah membahagikan fungsi tarian kepada enam
kategori. 3 Beliau menegaskan bahawa tarian berfungsi sebagai alat ritual
keagamaan, aktiviti rekreasi di samping memberi nilai-nilai astetik,
gambaran kegiatan ekonomi, kesan psikologi dan berfungsi sebagai alat
kesatuan masyarakat. Pembahagian ini turut dipersetujui oleh beberapa
ahli sarjana seperti Curt Sachs (1937) dan Russel Meriwether Hughes
(1977). Selain dari fungsi-fungsi yang dinyatakan oleh Royce, tarian
juga berfungsi di dalam upacara perikhtirafan (invitation). Contohnya,
semasa perlantikan pahlawan-pahlawan, kemasukan ke alam kedewasaan,
perkahwinan, kelahiran, kemenangan, menyambut tetamu dan sebagainya.
Setiap tarian yang ditarikan di dalam upacara-upacara tertentu mempunyai
makna-maknanya dan cara tarian yang tersendiri bergantung kepada
keadaan.
Russel Meriwether Hughes (1977) berpendapat bahawa tarian juga
boleh berfungsi sebagai alat beriadah yang boleh memberi kesan psikologi
yang baik. Hal ini bertepatan dengan salah satu fungsi yang digariskan
oleh Anthony Shay. Hughes menegaskan tarian boleh memberi dua
manafaat kepada individu iaitu (I) Physical control and enrichment and
(2) mental enrichment. 4

3 Di dalam Royce, Anya P., The Anthropology of Dance, Fitzhenry and Whiteside
Ltd., Ontario , 1977.

232
Oleh itu, bolehlah dilihat bahawa fungsi tarian di dalam masyarakat
sudah bertambah. Malahan ia dapat memberi kesan yang positif jika
tarian ditarikan dengan betul. Kini, tarian tidak lagi hanya berfungsi
sebagai hiburan semata-mata tetapi ia juga mempunyai peranan-peranan
yang lain untuk membentuk masyarakat.
Tarian labi-labi, seperti tarian tradisional yang lain turut mempunyai
beberapa fungsi di sebalik persembahannya. Sebahagian dari fungsi yang
dikategorikan oleh Anthony Shay sebelum ini bertepatan dengan fungsi
tarian labi-labi. Bagaimanapun, fungsi ritual keagamaan yang digariskan
oleh Shay tidak ada di dalam tarian labi-labi. lni adalah kerana tarian
labi-labi tidak mempunyai unsur spiritual atau melibatkan unsur ritual.
Masyarakat Melayu dahulu dan sekarang sentiasa memerlukan sumber
hiburan yang dapat meringankan rasa penat dan lelah selepas bekerja.
Melalui tarian, individu dapat mengekspresikan perasaan serta emosi
mereka dengan melakukan pergerakan-pergerakan yang bebas. Di samping
itu, individu dapat mencurahkan daya kreativitinya dengan bebas. Secara
tidak langsung, tarian dapat memberi kepuasan dalaman kepada individu.
Di samping memberi kepuasan naluri melalui daya ekspresi, tarian
juga berfungsi sebagai media hiburan kepada masyarakat. Masyarakat
dapat berhibur sambil menonton tarian-tarian yang ditarikan. Tarian boleh
membawa pelbagai unsur atau ide yang boleh mempengaruhi penonton
seperti pengajaran, sindiran dan sebagainya. Melalui tarian juga, penonton
dapat bersuka ria dan bergelak ketawa, rnisalnya jika tarian yang di-
persembahkan berunsur kornidi dan sebagainya.
Tari an juga dapat memberi gambaran cara hidup sesebuah masyarakat.
Corak kehidupan seharian, faktor sejarah asal usul atau keadaan alam
persekitaran sesebuah masyarakat sering dijadikan motif untuk seni tari.
Oleh itu, secara tidak langsung gambaran yang dipamerkan di dalam
tarian itu, adalah tentang masyarakat pencipta tarian itu. Maka melalui
tarian, sesuatu masyarakat dapat mengenali masyarakat yang lain. Hughes
menegaskan seseorang itu tidak akan mengenali sesuatu masyarakat yang
lain itu kecuali jika dia pergi ke komuniti itu, atau mengenali masyarakat
itu melalui tarian tradisinya.
Melalui tarian, beberapa aspek lain tentang sesuatu masyarakat itu
turut diketahui. Tari an juga turut memaparkan pakaian, bahasa, peralatan-
peralatan, alat-alat muzik serta adat istiadat masyarakat tempat asal tarian

4 Hughes, R.M., Total Education in Ethnic Dance, Marcel Dekker Inc., New York,
1977 - 68 .

233
234
itu.
Tarian labi-labi, walaupun memaparkan satu konsep tarian yang
ringkas dan mudah, tetapi di sebalik tarian itu, ia membawa beberapa
mesej atau ide. Tarian ini menonjolkan beberapa ciri kehidupan orang-
orang Melayu dahulu contohnya dari segi pekerjaan, mereka melibatkan
diri dalam sektor asas yang berkaitan dengan pertanian dan perikanan.
Pakaian dan peralatan orang-orang Melayu juga dapat diketahui.
Di pertunjukan dan keraian, masyarakat berkesempatan untuk
bertemu, bersuka ria sambil berinteraksi. Keadaan ini adalah lebih ketara
di masa dahulu ketika masyarakat Melayu masih kuat mengamalkan
sikap bergotong-royong. Mereka bukan sahaja bersatu semasa menari
tetapi juga ketika membuat persiapan untuk persembahan itu. Di sinilah
dapat dilihat kesatuan ahli-ahli masyarakat dan peranan tarian dalam
menyatukan masyarakat.
Tarian labi-labi juga pada asalnya mempunyai fungsi kesatuan di
antara raja dengan rakyat jelata. Rakyat telah bekerjasama membuat
persiapan tarian untuk meraikan raja.
Waiau bagaimanapun, pada ·masa kini tarian tidak lagi begitu berkesan
di dalam menyatukan ahli-ahli masyarakat. Ini adalah kerana pada masa
sekarang masyarakat sudah mempunyai banyak pilihan untuk berhibur,
seperti panggung wayang dan disko. Maka mereka tidak lagi bertumpu
ke satu tempat sahaja untuk berhibur seperti dahulu.
Pada masa sekarang, tarian telah mempunyai fungsi yang baru. Kini
tarian telah digunakan untuk tujuan komersial. Malahan tarian telah
menjadi satu sumber ekonomi sama ada bagi negara mahupun masyarakat.
Di Malaysia contohnya, tarian tradisional telah dijadikan satu alat daya
penarik sektor pelancongan yang menyumbangkan sebahagian dari
pendapatan negara. Malahan kerajaan telah menubuhkan satu kementerian
khas untuk mengendalikan hal ehwal kesenian termasuklah tarian, iaitu
Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan.
Para penari pula telah menjadikan tarian sebagai satu pekerjaan.
mereka dibayar gaji serta elaun. Di samping itu, terdapat beberapa
kumpulan tarian swasta yang mengaut keuntungan melalui persembahan-
persembahan tarian. Penari-penari juga mendapat peluang melancong dan
beberapa kemudahan yang lain.
Terdapat beberapa kesan yang positif dan juga negatif akibat dari
langkah kerajaan mengkomersialkan kesenian dan tarian. Kesan positif
ialah memberi peluang kesenian Melayu diperkenalkan serta diperkem-
bangkan kepada masyarakat setempat dan seterusnya ke luar negara. Ini
menjadikan negara bukan sahaja terkenal dari segi politik dan ekonomi
tetapi juga dari segi kebudayaan. Di samping itu , langkah ini dapat
menggalakkan lebih ramai generasi muda berkecimpung di dalarn bidang
kesenian, kerana generasi muda adalah merupakan pelapis masyarakat.
Jika mereka tidak berrninat dan tidak dipupuk-dengan lebih awal, ia
boleh menyebabkan nilai-nilai kebudayaan dan kesenian bangsa hilang
ditelan zaman.
Tarian tradisional, termasuklah tarian labi-labi, telah banyak
mengalarni perubahan akibat penyesuaian dan pemodenan. Perubahan-
perubahan telah berlaku pada pakaian, tarian, peralatan serta perhiasan.
Selain dari itu, para penari tidak lagi menari sepenuh hati, hanya semata-
mata kerana wang. Hal ini menyebabkan kurangnya penghayatan penari
semasa menari.

Bibliografi

Aziz Deraman, 1975, Masyarakat dan Kebudayaan, KKBS, Kuala


Lumpur.
_____________ , 1984, Tarian-Tarian Malaysia, KKBS Kuala
Lumpur.
Buyong bin Adil, 1971, Sejarah Johor, Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur.
Bruce, Vincent, 1965, Dani::e and Dance Drama in Education, Pergamon
Press, London.
Duncan, Irma, 1970, The Technique of Isadora Duncan, Dance Hori-
zons Republication, New York.
Hughes, Russel Menwether, 1977, Total Education in Ethnic Dance,
Marcel Dekker Inc. New York.
Johari bin Alias, 1959 , Tarian-tarian Kebangsaan Kita 1, di dalam
Majalah Kebudayaan Jabatan Persuratan, Bil. 3, Jilid 11 , Kuala
Lumpur.
Ku Zam Zam bt Ku Idris, 1978, Muzik Tradisional Melayu Di Kedah
Utara: Esembel-esembel Wayang Kulit, Mek Mulung dan
Gendang Keling Dengan Tumpuan Kepada Alat-a!at, Pemuzik-
pemuzik dan Fungsi, (Disertasi M.A.), Universiti Malaya, Kuala
Lumpur.
Linehan, W. 1973, A History of Pahang, The Malaysian Branch of the
Royal Asiatic Society, Kuala Lumpur.
Mohd. Taib Osman, 1974, Tradisional Drama and Music of Southeast
Asia, Kertas Kerja di International Conference on Traditional
Drama and Music of Southeast Asia, Kuala Lumpur.
Royce, Anya Peterson, 1977, The Anthropology of Dance, Fitzhenry &
Whiteside Limited, Ontario.
Rust, Frances, 1969, Dance in Society, C. Tinting & Co. Ltd., London.
Rodery, Lange, 1975, The Nature of Dance - An Antropological
Perspective, Macdonald & Evans Ltd., London.
Roshidawati bt. Jusoh, 1991, Gamelan Terengganu - Muzik dan
Tarian, Estetika dan Falsafah Kehidupan, (Latihan llrniah),
Jabatan Penulisan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Sachs, Curt, 1937, World History of Dance, Allen & Unwin, New
York.
Sheppard, Mubin, 1972, Taman Indera - A Royal Pleasure Ground
Malay Decorative Arts and Pastimes, Oxford University Press,
Kuala Lumpur.
Siti Zainon bt. Ismail, 1985, Getaran Jalur Dan Warna, Fajar Bakti
Sdn. Bhd., Petaling Jaya.
Taylor, Eric, 1989. Musical Instrument of Southeast Asia, Oxford
University Press, Singapore.

237
Kajian Semula Penyelidikan Arkeologi
B.A.V. Peacock di Kota Tongkat, Jerantut

AHMAD HA KIMI KHAIRUDDIN*

Pengenalan
Brian AV. Peacock (semasa bertugas sebagai seorang pensyarah di Jabatan
Sejarah, Universiti Malaya) telah menjalankan penyelidikan arkeologi di
Kata Tongkat, Jerantut, Pahang. Penyelidikan tersebut telah dibuat bersama
Frederick Lester Dunn pada tahun 1967 (Peacock dan Dunn 1968: 176
- 178). Laporan awal penyelidikan tersebut menyatakan bahawa satu
laporan akhir akan dibuat untuk penyelidikan tersebut. Malangnya tiada
laporan akhir dibuat.
Selepas laporan awal oleh Peacock dan Dunn (1968), Peacock telah
menulis satu artikel di mana beliau telah rrengeluarkan sebahagian
daripada analisis artifek-artifek yang dijumpai di Kata Tongkat (Peacock
1971: 118 121). Selain daripada laporan-laporan di atas, tiada laporan
lain berkenaan Kata Tongkat yang telah dikeluarkan oleh Peacock ataupun
Dunn.
Penyelidikan ini bertujuan untuk membuat penelitian awal terhadap
penyelidikan arkeologi B.A.V. Peacock di Kata Tongkat. Kajian ini telah
mengambil gambar slide artifek-artifek yang dijumpai oleh Peacock untuk
tuj uan dokumentasi. Artifek-artifek tersebut telah disimpan di Makmal
Arkeologi, Muzium Negara semenjak Peacock meninggalkan negara ini
pada tahun 1976. Penyelidikan ini juga telah mengesan semula nota-nota
Peacock yang telah diserahkan kepada Muzium Negara. Satu lawatan ke
* Pensyarah di Jabatan Sosio-Budaya Melayu, Akademi Pengajian Melayu, Universiti
Malaya .

238
Kota Tongkat, Jerantut, telah dibuat untuk mencari semula tapak
penggalian Peacock. Dokumentasi tapak tersebut juga telah dibuat dengan
penggunaan alat gambar foto dalam bentuk print dan slide serta juga
penggunaan alat perakam video.

Kedudukan Tapak
Kota Tongkat adalah salah sebuah gua yang termasuk dalam satu kompleks
gua-gua yang dikenali dengan nama Kota Gelanggi. Kota Gelanggi terletak
kira-kira 16 kilometer ke timur pekan Jerantut (Sila lihat Gambarajah 1).
Kompleks Kota Gelanggi mengandungi tujuh gua iaitu Kota Tongkat,
Kota Papan, Kota Gelap, Kota Jin, Kota Balai dan Kota Rehak (Adi
1988). Kota Tongkat merupakan satu "pintu gerbang" besar yang melalui
satu Bukit Batu Kapur.


u

0 1Km .

SEKIL

Gambarajah 1. Lokasi Kompleks Bukit Batukapur Kota Gelanggi (Peta dilukis


semula daripada Peta 1, Adi 1988: 6 dan diambil daripada Gambarajah 1,
Ahmad Hakimi 1993: 2)

239
Pada masa sekarang ini satu jalan telah dibina yang melalui Kota
Tongkat menuju ke Kota Balai. Tapak prasejarah Kota Tongkat yang
dikaji sebenarnya merupakan salah sebuah daripada rock-shelter yang
terdapat di bahagian utara dan barat gua Kota Tongkat. Tapak tersebut
terletak di muka pintu sebuah gua kecil yang gelap.

Latar Belakang Sejarah


Ahli arkeologi yang pertama sekali membuat penyelidikan dan penggalian
arkeologi di Kata Tongkat adalah Ivor Hugh Norman Evans (1920).
Sebagai Penolong Kurator dan Penolong Etnologi di Muzium Perak,
Evans telah juga melawat gua-gua Iain di Kata Gelanggi dan di Gunung
Senyum (Evans 1920). Semasa di Kata Gelanggi pada bulan Julai 1917,
Evans telah membuat khemah di dalam Kata Tongkat.
Beliau melaporkan bahawa beberapa penggalian cubaan telah dibuat
di beberapa tempat sekeliling kawasan Kata Tongkat tetapi tidak
menjumpai apa-apa yang menarik perhatian beliau. Pada hari terakhir
lawatan beliau ke sana, beliau telah mengarah ketiga-tiga buruh Melayu
beliau (yang dipilih oleh Penghulu Kampung Pulau Tawar) untuk membuat
galian di salah sebuah rock-shelter yang berdekatan dengan gua Kota
Tongkat.
. .. and eventually pitched upon some rock-shelters at the mouth of
a small dark grotto close to the main case. (Dipetik daripada Evans
1920: 46).

Kawasan penggalian terletak di pintu masuk sebuah gua kecil yang


gelap. Beliau melaporkan bahawa t:>ahagian atap gua tersebut menunjukkan
bekas-bekas asap dan abu-abu daripada bekas pembakaran, menunjukkan
bahawa tempat itu mungkin masih digunakan sebagai tempat tinggal
pada masa kajian Evans. Evans tidak membuat laporan bagaimana
penggalian beliau dijalankan. Beliau hanya memberi satu komposit
stratigafi untuk rock-shelter tersebut (Sila lihat Gambarajah 2).
Penyelidikan arkeologi seterusnya di Kata Tongkat dilakukan oleh
Brian AV. Peacock dan Frederick L. Dunn (Peacock dan Dunn 1968).
Pada tahun 1967 mereka melawat tapak prasejarah yang telah digali oleh
Evans di Kata Tongkat pada 1917 dan melaporkan bahawa kesan
penggalian Evans (sebanyak dua lubang) yang terlebih awal masih jelas
kelihatan .

. . . . Kata Tongkat is a shelter in a north-facing rock wall adjoining


the tunnel on the western side ... the outlines of two cuttings may

240
be Evans in 1917 were clearly visible . . . . (Dipetik daripada
Peacock clan Dunn 1968: 177).
Peacock dan Dunn telah pulang semula ke Kota Tongkat pada tahun
yang sama untuk membuat penggalian yang seterusnya. Mereka
melaporkan bahawa penggalian mereka telah dijalankan di kawasan lapang
yang terdapat di antara dua lubang galian yang telah dibuat oleh Evans
terlebih awal. Mereka telah mengukur petak-petak galian yang bersegi
empat tepat yang mempunyai ukuran satu meter persegi.

PERMUKAAN TANAH

6 inci lapisan baru yang diganggu

Tembikar ' cord-marked ' dan plain dijumpai


sehingga kedalaman 2 kaki .

1/2 kaki * Batu as ah dijumpai pada kedalmaan

}----~:·~---------
6 inci Lapisan yang mengandungi alat batu yang
diasah.

4- 6 inci Lapisan yang mengandungi kulit siput darat


yang besar .

LAP IS AN BA TU DA SAR

** Stratigrafi ini adalah satu stratigrafi komposit berdasarkan galian Evans di Kota
Tongkat pada tahun 1917.

Gambarajah 2. Stratifikasi Kota Tongkat yang dilaporkan oleh Evans (Berdasarkan


Laporan Evans 1920 dan diambil daripada Gambarajah 2, Ahmad Hakimi 1993: 4).

241
. . . accordingly pegged out in grid of one metre squares lettered
from east to west (A. B, C, D E) and numbered from the rear wall
towards the front of the deposut. For convenience of operation trench
was dug, largely in the area disturbed by one of Evans" cuttings,
along the line Al - A3. (Dipetik daripada Peacock dan Dunn 1968:
177).

(Satu pelan petak-petak penggalian Peacock dan Dunn berdasarkan


laporan mereka terdapat di Gambarajah 3).

PENGENDAUAN DI KOTA TONGKAT, PAHANG


(Berdasarkan laporan Peacock dan Dunn, 1968)

,--,
I I I
A3
,--, I
I GALIAJ\ I GALIAN
A2 I EVANS* I
I EVANS* I I I
I i-----.---..----~---+----1
I I
..,.....,,...,...,....,....,...,...,....,_.,....,...,.........,.-,-'""""'....,...,.,...,....,.._.,.....,,...,......-+...,..-,...-?-r~/;-,T/77~777

u 0 2 3 meter
I
Skel

* +
Saiz Tapak galian Evans pada tahun 1917 tidka diketahui. Saiz access
trench yang digali oleh Peacock dan Dunn pada tahun 1967 juga tidak
dilaporkan .

Gambarajah 3. Pelan Petak Penggalian Peacock dan Dunn


di Kota Tongkat, Jerantut.

Laporan Peacock dan Dunn juga menerangkan bahawa mereka telah


menjumpai alat-alat batu yang berbentuk bi-facial handaxes di dalam
lapisan budaya yang paling bawah. Mereka menjelaskan bahawa alat
batu ini mungkin boleh dibezakan dalam beberapa aspek dengan alat
batu Hoabinhian (atau mesolitik) yang lain.
Malangnya laporan lengkap yang dijanjikan oleh Peacock dan Dunn
di dalam laporan awal mereka tidak disediakan untuk jumpaan-jumpaan
di Kota Tongkat. Selain daripada laporan awal ini (Peacock dan Dunn
1968), hanya satu laporan lain sahaja yang telah diterbitkan oleh mereka
yang berkenaan dengan penyelidikan mereka di Kota Tongkat. Di dalam
satu artikel yang am, Peacock membincangkan perkembangan kebudayaan

242
pada zaman awal di kawasan Asia Tenggara terutamanya di Semenanjung
Malaysia serta menyentuh tentang jumpaan di Kota Tongkat secara tidak
langsung (Peacock 1971). Di dalam artikel ini juga, Peacock telah menerbit
beberapa graf analisis artifek-artifek yang dijumpai di Kota Tongkat dan
beliau telah cuba untuk megaitkan stratigrafi Kota Tongkat dengan
stratigrafi Gua Kechi! yang diselidiki oleh Dunn terlebih dahulu (Dunn
1964).

Penyelidikan Semula di Kota Tongkat


Penyelidikan yang sedang dijalankan oleh penulis di Kota Tongkat
mempunyai tujuan jangkapanjang untuk menjelaskan masalah-masalah
yang telah ditimbulkan oleh penyelidikan-penyelidikan yang lebih awal
di Kota Tongkat, terutamanya penyelidikan yang dilakukan oleh Peacock
dan Dunn. Penyelidikan ini dibiayai oleh Universiti Malaya rrelalui
peruntukan Penyelidikan Jangkapendek Tahun 1993.
Dua lawatan telah pun dibuat ke tapak tersebut pada tahun ini.
Lawatan pertama dibuat bersama seorang Pegawai Penguatkuasa Arkeologi
(Encik Murad) daripada Muzium Negara untuk mengenalpasti kedudukan
serta keadaan tapak tersebut. Beliau telah mengikuti rombongan
penyelidikan arkeologi Muzium Negara di bawah Tuan Hj. Adi Haji
Taha pada tahun 1980 ke Kota Balai (Sila lihat Adi Haji Taha 1988).
Rombongan mereka telah lebih dahulu mengenalpasti tapak arkeologi
Kota Tongkat. Encik Murad telah menunjukkan kepada penulis lokasi
tapak tersebut.
Lawatan kedua telah dibuat bersa,ma dengan satu rombongan pekerja-
pekerja Muzium Negara (Encik Nasarudin Sulaiman - Penolong Kurator,
Encik Muhamad Mahfuz bin Nordin - Pembantu Muzium, Encik
Kamarudin bin A. Razak - Pembantu Penyelidik, dan Encik Ludin bin
Hassan - Pemandu) dan juga seorang Jurugambar daripada Jabatan
Pengajian Melayu, Universiti Malaya (Encik Samad bin Hassan). Pihak
Muzium Negara (dengan kerjasama daripada Encik Kamaruddin bin
Zakaria) telah menyumbangkan tenaga pekerja untuk pemetaan tapak
Kota Tongkat (Sebahagian daripada peta tersebut boleh dilihat di
Gambarajah 4). Encik Samad telah membuat dokumentasi secara gambar
(slide dan print) sementara penulis telah membuat dokumentasi secara
video kawasan tapak arkeologi Kota Tongkat serta persekitarannya.
Semasa lawatan kedua dijalankan, beberapa artifek-artifek telah
dijumpai secara bebas (surface find s) bercampur dengan sampah sarap di
permukaan lantai di dalam gua kecil yang gelap tersebut. Artifek-artifek

243
'
,
- '
'
. . . . . ,,:'. . . ..~
... ·-·--:-----·~-·-- ,,'.. ... .... ,•
/ ......
. "' ..,, ,'
-....... -.......
")

'
'. ,
....
. ,. ~
'

,, /
, '
' ,
''
I

'\ '
}
- ,; ,
I ,.. ,• ..

@)i:--s-,;: .
.....
,·.·,


' u
/

.....t==.....~' ...
SEl<ll

Gambarajah 4. Sebahagian daripada Kata Tongkat yang menunjukkan gua kecil


yang gelap serta bekas penggalicn Evans pada tahun 1917 dan jug a Peacock dan
Dunn pada tahun 1968 (Dilukis semula sebahagian daripada peta yang dibuat
oleh Muzium Negara dan diambil daripada Ahmad Hakimi 1993: 7).

244
ini termasuk beberapa serpihan tembikar.
Artifek-artifek yang dijumpai oleh Peacock dan Dunn semasa penye-
lidikan mereka dijalankan di Kota Tongkat disimpan di Makmal Arkeologi,
Muzium Negara. Pihak Muzium Negara juga telah membuat satu katalog
artifek-artifek tersebut serta memberikan nombor pendaftaran yang baru
berdasarkan maklumat yang tertulis di atas beg . g artifek tersebut.
Dua orang pelajar Universiti Malaya (Cik Rozita bt. Bujang dan Cik
Nor Hamilah bt. Paiman) telah diambil untuk memasukkan data-data
yang tercatat di dalam buku katalog artifek Kota Tongkat ke dalam
komputer menggunakan program Framework XE. Program data-
management ini telah diubah-suai untuk membolehkan data tersebut di-
masukkan, disusun serta dikeluarkan dengan mudah.
Pelajar-pelajar tersebut juga telah mengasingkan alatbatu-alatbatu
daripada artifek-artiek lain untuk penggambaran. Buat masa ini pengam-
bilan gambar alatbatu tersebut masih belum dapat dijalankan dengan
sempurna (disebabkan oleh masalah-masalah teknikal). Alatbatu-alatbatu
tersebut juga memerlukan penelitian yang lebih lanjut supaya pengkelasan
yang lebih lanjut serta analisis yang sewajarnya dapat dibuat.
Terdapat banyak lagi artifek-artifek Kota Tongkat selain daripada
alatbatu seperti tembikar, siput (kerang) dan tulang di dalam simpanan
seperti Makmal Arkeologi, Muzium Negara. Namun demikian artifek-
artifek tersebut masih belum dapat diberikan penelitian yang dieprlukan
untuk analisis selanjutnya dan juga penggambaran untuk tujuan doku-
mentasi.
Field-notes dan laporan Peacock dan Dunn kepada Muzium Negara
serta nota-nota yang lain berkenaan dengan penyelidikan mereka juga
perlu dicari semula untuk membolehkan penu1isan laporan penyelidikan
mereka dibuat. Penulis juga sedang cuba untuk menghubungi Peacock
dan Dunn untuk mendapat pertolongan mereka di dalam projek ini.
Penyelidikan yang lebih lanjut juga perlu dan masih boleh dijalankan
di Kota Tongkat. Kajian yang lebih saintifik boleh menghasilkan data
yang lebih banyak dan berguna. Stratigrafi lapisan-lapisan peninggalan
manusia di Kota Tongkat masih boleh diperolehi daripada dinding
penggalian-penggalian yang awal.
Masalah paling besar yang timbul untuk meneruskan penyelidikan
di Kota Tongkat adalah kekurangan tenaga pekerja/kakitangan yang mahir
untuk melakukan kerja-kerja arkeologi ini. Kebanyakan daripada pekerja-
pekerja yang mahir adalah daripada Muzium Negara dan sebahagian
besar daripada mereka pada masa ini terlibat dengan Projek Penyelidikan

245
Arkeologi yang sedang dijalankan di Kampung Sungai Mas, Kuala Muda,
Kedah.

Kesimpulan
Pada masa ini, penyelidikan semula tapak prasejarah Kota Tongkat masih
dijalankan pada peringkat permulaan. Masih banyak l g1 perkara-perkara
yang boleh dan sedang dilakukan untuk menganalisis semula penemuan-
penemuan Peacock dan Dunn di Kota Tongkat. Pada masa yang sama,
keadaan tapak prasejarah Kota Tongkat yang agak baik membolehkan
penyelidikan/penggalian yang seterusnya dijalankan. Kekurangan kaki-
tangan yang mahir, kekurangan masa untuk melakukan penyelidikan serta
peruntukan yang tidak mencukupi tidak membolehkan penyelidikan
tersebut dijalankan dengan lebih lancar.

Bibliografi

Adi Haji Taha, 1988, Penyelidikan Arkeologi di Kota Balai , Jerantut,


Pahang - Laporan Awal, Jurnal Arkeologi Malaysia, Bil. 1, ms/
1 - 11.
Ahmad Hakimi Khairuddin, 1993, Penyelidikan Arkeologi Terkini di
Pahang. Kertas yang dibentangkan di Seminar Arkeologi Pahang:
Kearah Pembangunan Arkeo-Pelancongan di Cherating Holiday
Villa Beach Resort, Pahang pada 4 hingga 6 Disember 1993.
Dunn, Frederick L. , 1964, Excavations at Gua Kechil , Pahang, Journal
of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society, Vol. 37,
Pt. 2, ms. 87 - 124.
Evans, Ivor Norman, 1930, Cave Dwellings in Pahang, Journal of the
Federated Malay States Museums, Vol. 9, Pt.l, ms. 37 - 52.
Peacock, Brian A.V ., 1971 , Early Cultural Development in South East
Asia with Special Reference to the Malay Peninsula, Archeology
and Physical and Physical Anthropology in Oceania, Vol. 6, ms.
107 - 123.
Peacock, Brian A.V. dan Frederick L. Dunn, 1968, Recent Archaeologi-
cal Dicoveries in Malaysia, 1967: West Malaysia, Journal of the
Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society, Vol. 41 , Pt. 1,
pp. 171 - 179.

246
I'
~ \
I \
' '
,'

. .,..,,;
I
,. f
.. . . ..... ... ~

,~---
. . ... .
. ,:: :·· .·.

. I
'-

Anda mungkin juga menyukai