Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KERJA PROGRAM

MUDARIS2022
Membangun Ummah Darul Al-Quran dan Al- Sunnah
Realisasi Inovasi Sosial.
Tarikh:
29 Mei 2022, 3 Julai 2022 dan 31 Julai 2022

Penganjur Utama
Pusat Pengajian Pendidikan
Universiti Utara Malaysia

Penganjur Bersama
Pejabat Pendidikan Daerah Padang Terap Kedah

• Pendidikan Abad ke-21 dan Pembelajaran Bermakna TS25 dalam Isu-Isu


Kontemporari Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah (Faten)
• Pendidikan Abad ke-21 dan Pembelajaran Kontekstual dalam Isu-Isu Kontemporari
Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah (Syukor)
• Pendidikan Abad ke-21 dan Pembelajaran Berasaskan Inkuiri dalam Isu-Isu
Kontemporari Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah (Farhah)
• Pendidikan Abad ke-21 dan Pembelajaran Berasaskan Projek dalam Isu-Isu
Kontemporari Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah (‘Adnin)
• Pendidikan Abad ke-21 dan Pembelajaran Didik Hibur dalam Isu-Isu Kontemporari
Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah (Wani)
• Pendidikan Abad ke-21 dan Pembelajaran Berasaskan Teknologi dalam Isu-Isu
Kontemporari Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah (Firdaus)
• Pendidikan Abad ke-21 dan Pembelajaran Berasaskan Masalah dalam Isu-Isu
Kontemporari Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah (Najwa)
1.0 PENDAHULUAN

Program MUDARIS2022 dirangka khas untuk memenuhi tujuan utama iaitu untuk
mengadakan sesi perkongsian ilmu berkaitan pemantapan kaedah PDPC kepada guru
Pendidikan Islam daerah Padang Terap. Program ini diadakan adalah untuk unuk
meningkatkan kompetensi guru Pendidikan Islam di Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah
daerah Padang Terap dalam urusan pembelajaran dan pemudahcaraan (pdpc) di bilik darjah
dengan berasaskan Al-Quran dan Al-sunnah yang merupakan teras asas falsafah Pendidikan
Islam. Program ini dirancang untuk menyediakan bahan-bahan mengajar bagi semua bilik
darjah yang akan menyumbangkan kepada pendidikan berkualiti yang mampu menghasilkan
modal insan bertaraf dunia dan mempunyai kemahiran kritikal abad ke-21, termasuklah
kemahiran insaniah (soft skills), kemahiran berfikir aras tinggi (HOTS) serta pembangunan
sahsiah yang holistik dan seimbang. Justeru, program ini diharapkan guru-guru akan
memahami konsep pelaksanaan pdpc yang lebih berkesan dalam pdpc Pendidikan Islam.
Penganjur memilih program untuk guru Pendidikan Islam Padang Terap sebagai satu langkah
untuk melibatkan diri dalam memberi sumbangan kepada masyarakat untuk sama-sama
menyesuaikan diri dalam perkembangan era globalisasi terutamanya dalam penggunaan
alatan yang semakin canggih dalam sesi pengajaran.

2.0 TUJUAN

Tujuan kertas kerja ini dikemukakan untuk mendapat kelulusan daripada Ybhg. Prof. Dr.
Yahya Don Dekan Pusat Pengajian Pendidikan, Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah
untuk menganjurkan Program Membangun Ummah Darul Al-Quran dan Al-Sunnah Realisasi
Inovasi Sosial (MUDARIS2022) anjuran pelajar SGDI 5113 serta kolaborasi dengan Pejabat
Pendidikan daerah Padang Terap, guru-guru Pendidikan Islam Sekolah Rendah dan Sekolah
Menengah daerah Padang Terap.

3.0 OBJEKTIF PROGRAM

Objektif program adalah:

3.1 Meningkatkan pencapaian mata pelajaran Pendidikan Islam berasaskan Al-


Quran dan Al-Sunnah ke tahap yang lebih tinggi.
3.2 Mendedahkan guru dengan teknik pengajaran dan pemudahcaraan dengan
mengaplikasikan elemen PDPC berdasarkan DSKP.
3.3 Bekerjasama sebagai satu pasukan dalam membina bahan bantu mengajar
mengikut tugasan yang ditetapkan.
3.4 Meningkatkan daya kreativiti, inovasi dan kemahiran guru Pendidikan
Islam daerah Padang Terap merekacipta bahan untuk diaplikasikan dalam
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dengan bersumberkan Al-
Quran dan Al-Sunnah.
4.0 TARIKH, MASA DAN TEMPAT PERLAKSANAAN

Tarikh: 29 Mei 2022, 3 Julai 2022 dan 31 Julai 2022.


Tempat: Pejabat Pendidikan Daerah Padang Terap.

Tentatif Program

Tarikh/Hari Masa Aktiviti


29/5/2021 9.30 Pagi Majlis Perasmian
(Ahad)
Aluan Pengacara Majlis

Ceramah
Ybhg. PM. Dr. Mardzelah bt Makhsin

10.00 - 1.00 Petang PDPC Kontemporari

Kemahiran Abad Ke-21


Oleh: Ust. Muhammad ‘Adnin Bin Mohamad Asri

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi


Oleh: Ust. Muhamad Firdaus Bin Mat Abu

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran


Oleh: Ust. Shukur Bin Dun

2.00 - 5.00 Petang Mencipta dan Mengkaji


Oleh: Ustazah Nur Hazwani Binti Yusof
Ustazah Najwa Binti Ramli
Ustazah Farhah Nadhirah Binti Rusli
Ustazah Faten Sharmimie Binti Mohd Baktiar

3/7/2022 9.00 – 10.00 Pagi Pertandingan Inovasi BBM MUDARIS2022


(Ahad)
10.00 – 11.00 pagi Penjurian

11.00 – 12.45 petang Kolokium MUDARIS2022

Pendidikan Abad ke-21 dan Pembelajaran


Bermakna TS25 dalam Isu-Isu Kontemporari
Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah (Faten)

Pendidikan Abad ke-21 dan Pembelajaran


Kontekstual dalam Isu-Isu Kontemporari
Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah (Syukor)

Pendidikan Abad ke-21 dan Pembelajaran


Berasaskan Inkuiri dalam Isu-Isu Kontemporari
Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah (Farhah)

Pendidikan Abad ke-21 dan Pembelajaran


Berasaskan Projek dalam Isu-Isu Kontemporari
Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah (‘Adnin)

Pendidikan Abad ke-21 dan Pembelajaran Didik


Hibur dalam Isu-Isu Kontemporari Pendidikan Al-
Quran dan Al-Sunnah (Wani)

Pendidikan Abad ke-21 dan Pembelajaran


Berasaskan Teknologi dalam Isu-Isu Kontemporari
Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah (Firdaus)

Pendidikan Abad ke-21 dan Pembelajaran


Berasaskan Masalah dalam Isu-Isu Kontemporari
Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah (Najwa)

Pengumuman pemenang
12.45 – 1.15 petang

1.15- 2.00 petang Makan Tengah Hari dan Bersurai

31/7/2022 9.30 Pagi – 5.00 Petang Seminar Penyelidikan MUDARIS-2022


(Ahad) (Membangun Ummah Darul Al-Quran dan Al-
Sunnah Realisasi Inovasi Sosial).

5.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran program ini ialah terdiri daripada 50 orang guru Pendidikan Islam dari
Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah daerah Padang Terap.

6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perkara Kuantiti Jumlah


1 Makanan dan minuman Sarapan pagi:RM 10 X 60 peserta X 3hari RM1800
Makan Tengah hari:RM 10 X 60 peserta X RM1800
3hari
Minum Petang: RM 10 X 60 peserta X 3 RM1800
hari
2 Tuntutan Perjalanan Guru RM 450 RM 850
3 Peralatan bahan bantu RM 50 X 15 kumpulan RM 750
mengajar
4 Hadiah + Sijil Penghargaan

Pertandingan KISPPI2022

Platinium RM 400 RM 400


Gold Award
Silver Award
Bronze Award
Jumlah RM 7400

7.0 ORGANISASI PERLAKSANAAN PROGRAM

Penaung : Prof. Dr. Yahya Don


Dekan Pusat Pusat Pengajian Pendidikan, Universiti Utara Malaysia
Penasihat : Prof. Madya Dr. Mardzelah Makhsin
Program Penyelaras Program
Ketua Pengarah : Nur Hazwani Binti Yusof (828131)
Program Pelajar Sarjana Pendidikan Islam
Timbalan Pengarah : Farhah Nadhirah Binti Rusli (828165)
Program Pelajar Sarjana Pendidikan Islam
Setiausaha : Muhammad ‘Adnin bin Mohamad Asri (829658)
Pelajar Sarjana Pendidikan Islam
Bendahari : Mohd Shukur bin Dun (829657)
Pelajar Sarjana Pendidikan Islam
Pengurus Aktiviti : Najwa Binti Ramli (828519)
Pelajar Sarjana Pendidikan Islam
Pengurus Promosi : Faten Sharmimie Binti Mohd Baktiar (828166)
Pelajar Sarjana Pendidikan Islam
Pengurus Teknikal : Muhamad Firdaus Bin Mat Abu (828921)
Pelajar Sarjana Pendidikan Islam
8.0 PENUTUP

Semoga program ini dapat memberikan impak yang berguna kepada guru Pendidikan Islam
Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah daerah Padang Terap yang terlibat dalam
menyampaikan ilmu agama agar dapat menghadapi setiap cabaran yang mendatang serta
menyesuaikan diri dalam perkembangan era globalisasi terutamanya dalam penggunaan
alatan yang semakin canggih dalam sesi pengajaran. Pihak penganjur juga amat berharap agar
program ini dapat menyumbang kaedah pengajaran kepada para pendidik berasaskan Al-
Quran dan Al-Sunnah demi memastikan pendidikan agama tetap dilaksanakan dan mampu
memberi kesan yang mendalam terhadap pelajar serta menarik minat mereka untuk terus
belajar. Adalah diharapkan agar program yang dirangka dan dirancang ini akan dapat
dilaksanakan dengan jayanya.
Diharap kertas kerja ini mendapat pertimbangan dan kelulusan yang sewajarnya bagi
menjayakan dan melaksanakan program ini. Semoga perlaksanaan program ini akan
memberikan manfaat kepada semua pihak yang terlibat. Segala perbincangan dan
perkongsian maklumat telah dibuat oleh jawatankuasa projek dengan begitu rapi dan teliti
bagi memastikan program ini dapat dijalankan dengan baik dan berkesan. Justeru itu, kami
selaku ahli jawatankuasa program ini amatlah berharap agar pihak pengurursan dapat
memberi pertimbangan yang sewajarnya terhadap program yang bakal kami laksanakan.
Segala sokongan dan dorongan sama ada dari segi idea, tenaga dan material amatlah
diperlukan bagi merealisasikan program ini. Segala kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan
puan amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
PERAKUAN DEKAN PUSAT PENGAJIAN

ULASAN DAN KELULUSAN:

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

Tanda Tangan:

_________________________
Nama dan Cop Rasmi

Tarikh:

Anda mungkin juga menyukai