Anda di halaman 1dari 29

Muhammad ‘Adnin bin Mohamad Asri

(829658)

 SYIAH
 SALAFIYYAH
 WAHHABI
SYIAH
 Menurut etimologi bahasa Arab bermakna: Pembela dan
pengikut seseorang. Selain itu juga bermakna: Setiap
kaum yang berkumpul di atas suatu perkara.
 Syiah ialah satu gelaran bagi satu kelompok umat Islam.
 Mereka ini menggelarkan diri sebagai penyokong Ali bin
Abi Talib RA.
 Mereka menyokong dan berbaiah akan membantu Ali
dalam apa jua keadaan sekalipun.
 Dikatakan golongan Syiah Selepas pembunuhan Saidina
Uthman RA, golonganSyiah ini muncul untuk mengangkat
Ali sebagai Khalifah.
 Setelah berkurun waktu berubah, Syiah yang pada awalnya
hanyalah pengikut Ali bin Abi Talib telah menyeleweng dan
tersasar dari landasan asalnya.

 Syiah yang sekarang bukan seperti Syiah sewaktu zaman Ali bin
Abi Talib dahulu. Bahkan Syiah yang sekarang telah menjadi
satu ajaran agama yang diubah-ubah oleh sesetengah pihak
mengikut kehendak peribadi atau kumpulan tertentu.

 Syiah mendakwa nama mereka disebut di dalam al Quran


walaupun mereka tidak mengakui keagungan al-Quran
tersebut. Perkataan Syiah (mufrad) disebut sebanyak empat kali
dalam al-Quran dan ia memberi erti golongan atau kumpulan.
• Pertama: Dalam Surah as-Saffat: 83-84, firman Tuhan yang bermaksud,"Dan
sesungguhnya Ibrahim benar-benar termasuk Syiahnya (golongannya), ingatlah
ketika iadatang kepada Tuhannya dengan hati yang suci".

• Kedua: Dalam Surah Maryam: 69, firman Tuhan yang bermaksud,"Kemudian


pasti Kami tarik dari tiap-tiap golongan (Syiatihi) siapa antara mereka yang
sangat derhaka kepadaTuhan yang Maha Pemurah".

• Ketiga dan keempat: Dalah Surah al-Qasas: 15, firman Tuhan yang


bermaksud,"Dan Musa masuk ke kota (Memphis) ketika penduduknya sedang
lengah, maka didapati nyadalam kota itu dua orang lelaki yang berkelahi; yang
seorang dari golonganya (Syiatihi)(Bani Israil) dan seorang (lagi) dari musuhnya
(Syiatihi) meminta pertolongan kepadanya untuk mengalahkan orang yang dari
musuhnya"
 Sesetengah ulama mengatakan bahawa mereka ini adalah
salah satu pecahan umat Islam kerana masih menyembah
Allah SWT. Akan tetapi majoriti Ulama mengatakan mereka ini
sudah terkeluar daripada Islam, kerana banyak ajaran akidah,
syariah dan amalan mereka telah terpesong dari ajaran Islam
sebenar yang dibawa oleh Rasulullah SAW.
Ajaran dan Ciri-Ciri Penganut Syiah
 Walaupun golongan syiah asalnya ialah pecahan dari
Islam, akan tetapi golongan Syiah mempunyai ajaran
akidah dan syariah yang tersendiri berlainan dari
ajaran Islam, atau digelar Ahl Sunnah wa al-Jamaah.

 Syiah di dunia ini terbahagi kepada 3 yang utama,


iaitu Syiah Mufadholah (memuji berlebihan), Syiah
Rafidhah (menolak) dan Syiah Bathiniyah. Antara
ajaran Syiah ialah:
1. Tidak difardukan solat, iaitu solat boleh dilakukan secara jamak
dalam semua keadaan.
2. Golongan Syiah tidak memandang berat terhadap sembahyang,
zakat dan haji.
3. Saidina Ali adalah Pemimpin umat Islam setelah wafat Rasulullah
4. Mempertikaikan kesempurnaan al-Quran. Menurut Syiah, Al-
Quran yang ada di sisi kita(Ahli Sunnah) pada hari ini sebenarnya
palsu dan telah diselewengkan manakala al-Quran yang benar
adalah di sisi mereka yang dikenali sebagai "mushaf Fatimah" di
mana kandungannya tiga kali ganda daripada al-Quran kita.
5. Mempercayai hanya Sayyidina Ali sahaja yang menghimpun Al-
Quran dengan sempurna dan menolak Al-Quran yang disusun oleh
para sahabat Nabi serta mempercayai bahawa
6. Menolak beberapa ijimak ulamak.
7. Mengamalkan prinsip Al-Taqiyyah iaitu menyembunyikan hakikat
akidah, kepercayaan dan amalan.
8. Menolak Qias
Isu-Isu Utama Bagi Ajaran Syiah
Berdasarkan pegangan akidah oleh penganut Syiah di atas, terdapat
beberapa isu utama yang patut diberi penekanan oleh umat Islam ahli
Sunnah wa al-Jamaah.

Berlebih-lebihan dalam memuji dan adakalanya memuja Ali bin Abi Talib
dan keluarganya (Fatimah, Hasan, Hussein) dan seluruh Imam-imam
Syiah yang lain. Mereka terlalu mengagungkan Imam-imam mereka dan
menggunakan gelaran Ayatollah (wakil Allah) sedangkan syiah telah
mengubah dan menukar ayat-ayat al-Quran dan mencipta hadith rekaan.

Menyambut atau meraikan hari kematian Hasan dan Hussein dengan


sambutan melukakan diri dengan pisau, pedang, parang dan senjata
tajam sewaktu Hari Asyura(pada bulan Muharram).
Menyatakan bahawa tempat suci bagi ibadat mereka ialah di Karbala, Iraq (Masjid
ImamHusain) dan Masjid Kufah, bukannya di Tanah Haram (Makkah dan Madinah)
atauMasjidil Aqsa di Palestine sebagaimana dipegang oleh umat Islam lain.

Mengajarkan bahawa Ali sepatutnya menjadi Nabi dan bukannya Muhammad.


Jibriltersilap hantar wahyu dan dapat kepada Muhammad.

Mengajarkan agar umat Islam meremehkan perlaksanaan solat dengan


mengatakan bahawa ajaran Syiah membenarkan solat fardhu dijamakkan
(termasuk juga solat Jumaat).

Mempercayai bahawa menziarahi kubur Hussein adalah sama seperti
mengerjakan haji.Mereka percaya siapa menziarahi kubur Hussein bersamaan
hari Arafah akan dicatat Allah pahala sejuta haji dan demikian juga pahala yang
diberi kepada ibadah umrah.
Syiah di Malaysia
• Ajaran Syiah mula dikesan bertapak di Tanah Melayu semenjak
tahun 1900M lagi. Antara golongan yang dikenalpasti begitu
dominan dalam sejarah peradaban melayu dan kekal sehingga
hari ini ialah tiga kumpulan utama iaitu Syiah Imam Dua Belas
@ Ja'afariyah, Al-Ismailiah, dan Al-Zaidiyyah.
• Dianggarkan hampir 250,000 umat Islam di Malaysia menganut
fahaman Syiah pelbagai aliran. Manakala terdapat lebih 250
syarikat perniagaan yang dikenalpasti mempunyai kaitan
dengan fahaman ini. Sebilangan dari Syarikat berkenaan pula
didapati aktif menjalankan perniagaan dan menjadi
penyumbang dana kepada kegiatan penyebaran Syiah dinegara
kita.
Kesan Bahaya Mengikut Ajaran Syiah
Mensyirikkan Allah

 Ajaran Syiah mengajar pengikutnya untuk mengagungkan Imam-imam mereka, bahkan ada
sesetengahnya menyembah pula Imam-imam mereka seperti mereka menyembah Allah.
 Dosa syirik telah disebut oleh Allah SWT sebagai dosa yang tidak
diampunkan jika pelakunya masih tidak bertaubat
kepada Allah SWT dengan sepenuh taubat (taubat nasuha). Allah telah berfirman di dalam
al-Quran:

“Sesungguhnya Allah tidak mengampunkan dosa orang yang syirik dengan-


Nya. Dan Dia mengampun dosa yang lain dari itu.”
(Surah an- Nisa: 116)
Firman Allah yang lain dari surah al- Maidah bermaksud:

“Dan tiada daripada tuhan melainkan Tuhan Yang Satu”


( Surah al- Maidah: 73)
Berdusta ke atas Rasulullah SAW

 Sesungguhnya wajib bagi kita umat Islam menyayangi dan mempertahankan


Rasulullah SAW dari sebarang tuduhan dan fitnah ke atas Baginda. Berdusta
dan mereka-reka hadith dengan nama Baginda juga merupakan satu
perbuatan yang salah dan tidak boleh diterima, bahkan tidak sepatutnya
diredhai oleh umat Islam. Bahkan Rasulullah SAW menyebut di dalam hadith
Baginda mengenai hal ini, maksudnya:

Dari Anas bin Malik r.a : Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa yang
sengaja berdusta atas namaku maka persiapkanlah tempat duduknya di
neraka.” TARAF MUTAWATIR (Muqaddimah Sahih Muslim. Turut diriwayatkan
oleh Al-Bukhari, Abu Daud, At-Tirmidzi, Ahmad, Ad-Darimi, Ibnu Majah, Ibnu
Hibban)
Ajaran Menyeleweng

 Ajaran-ajaran syiah seperti solat di atas batu Karbala, tidak


payah melakukan haji jika melawat kubur Saidina Hussein
di Karbala, membenarkan nikah mutaah (nikah
zina),menikam dan mencederakan diri, tidak perlu bersolat,
memadai dengan melakukan jamak dan sebagainya adalah
ajaran yang tidak diajar oleh Islam, bahkan tidak ada di
dalam dua asas umat Islam, iaitu rukun Islam dan rukun
Iman. Ajaran menyeleweng ini patutd ielakkan dan
dijauhkan oleh umat Islam untuk mengikutinya.
Jika diperhatikan dengan teliti dan mengkaji ajaran Syiah dari
semua aspek aqidah, syariah dan akhlak, maka kita akan
dapati bahawa ajaran Syiah telah dirancang dengan teliti
untuk mengambil alih agama Islam yang sedia ada supaya
umat Islam secara tidak sedar akan mengamalkan ajaran-
ajaran yang bukan dari apa yang di ajarkan oleh Islam.

Setelah berjaya memecah belahkan umat Islam, maka kita


akan lihat beberapa kesan buruk yang berlaku pada umat
Islam. Antaranya menurut Ahmad Nasim (2011) adalah:
Memecah Belahkan Ummat
 Kehadiran Syiah berjaya memecah belahkan umat Islam kerana
mereka menganggap golongan Ahli Sunnah yang berpegang kepada al-
Quran dan hadis sebagai sebagai kafir dan lebih dahsyat dari iblis.

Mempercayai perkara-perkara bid’ah, khurafat, dan tahyul


 Golongan Syiah mengaggap Kufah adalah tanah haram.
Bersembahyang dan berbuat kebajikan kepadanya pasti
mendatangkan pahala yang besar. Selain itu golongan syiah juga
menganggap tanah karbala sebagai tanah yang suci, boleh dimakan
sebagai penawar yang boleh menghilangkan berbagai jenis penyakit.

Memusnahkan Imej Islam


 Islam yang suci dan murni akan musnah disebabkan kepercayaan
syirik, keganasan dan elemen permusuhan yang dipelopori oleh
golongan Syiah.
Kesimpulan

• Syiah merupakan satu manifestasi aliran pemikiran yang menyeleweng


dan bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah arus perdana.

• Para pengikut Syiah harus sedar dan bertaubat atas apa yang mereka lakukan.
Dansewajibnya mereka kembali kepada kebenaran dalam konteks mentaati
Allah,Rasulullah SAW, majoriti ulamak Ahli Sunnah Wal Jamaah dan pemimpin
yang beriman.

• Kerajaan perlu bertindak tegas bagi membendung gejala penyelewengan akidah


keranaia dikhuatiri boleh merosakkan pegangan dan amalan umat Islam di negara ini. 

• Pihak Kementerian Dalam Negeri, JAKIM, Jabatan Agama Islam Negeri serta
JabatanMufti Negeri perlu proaktif dalam merangka tindakan bersepadu bagi
membendung aktiviti yang boleh mengancam keselamatan dan ketenteraman awam.
SALAFIYYAH
 Salafiyyah ialah golongan Sunni yang menyeru kepada kefahaman
Islam sebagaimana yang difahami oleh salaf, iaitu tiga kurun pertama
yang diwakili oleh sahabat, tabi’in, tabi’tabi’in dengan berpegang
kepada hukum hakam daripada al-Quran dan hadith sahih dan
meninggalkan semua pemikiran-pemikiran asing yang memasuki
ajaran Islam, seperti penggunaan ilmu Kalam yang bersumberkan
daripada falsafah Greek dalam mentafsirkannas-nas yang terdapat di
dalam al-Quran dan Hadith.
 Salafiyyah mendakwa bahawa pegangan mereka adalah penerusan
kepada golongan Ahl al-Hadith di bawah pimpinan Ahmad Ibn Hanbal
(780-855M) pada kurun keempat Hijrah yang telah berhadapan
dengan golongan Mu’tazilah pada zaman pemerintahan kerajaan
‘Abbasiyyah dalam permasalahan ‘al_Quran adalah makhluk’.
 Tokoh-tokoh gerakan Salafiyyah seperti:
1. Muhammad Syukri al-Alusi (1856-1924).
2. Jamal al-Din al-Qasimi (1866-1914).
3. Ibn Badis (1889-1940)
4. Ahmad Muhamad Syakir (1892-1958)
5. ‘Abd al-’Aziz Ibn Baz (1909-1999)
6. Muhamad Saleh al-’Uthaymin (1925-2001)
7. Safi al-Rahman al-Mubarakfuri (1043-2006)
8. Abdullah Ibn ‘Abd al-Rahman Jabrin, Saleh al Fauzan, dan lain-lain lagi.

 Ringkasnya, gerakan Salafiyyah menurut Muhamad ‘Imaran, mengutamakan


nas daripada pandangan akal, qias dan takwil, mengharamkan ilmu Kalam,
terutamanya ilmu falsafah yang memasuki tamadun Islam. Mereka kadang-
kadang digelar juga degan ahl al-Hadith kerana berkecimpung dalam bidang
hadith dan menolak pandangan yang banyak menggunakan akal.
Sejarah Awal Salafiyyah di Tanah Melayu
• Golongan yang mengambil pendekatan Salafiyyah dikenali
di Tanah Melayu sebagai Kaum Muda.
• Ciri-ciri utama yang membolehkan mereka dikatakan
mempunyai persamaan antara gerakan Salafiyyah dan
gerakan Kaum Muda ialah mereka mengajak umat Islam
kembali kepada ajaran-ajaran Islam yang Tulen, yang
berpandukan kepada al-Quran dan Hadith tanpa terikat
dengan segala macam tradisi dan khurafat yang
bertentangan dengan ajaran Islam. Mereka berpendapat
pendapat manusia bukan maksum (mungkin betul dan
mungkin salah).
• Rumusannya, Kaum Muda mendakwa kata-
kata ulama yang selari dengan keterangan al-
Quran dan Hadith sahih mestilah dipercayai
tanpa ragu-ragu lagi tetapi apabila ulama
mengemukakan pendapatnya sendiri yang
berselisih sesama mereka dengan ada yang
mengatakan halal dan lainnya tidak. Hal inilah
tidak memestikan kita berpegang bulat-bulat
pendapat itu.
WAHHABI
Definisi Wahhabi
 Kalimah Wahhabi adalah dinisbahkan kepada bapa pengasas fahaman
ini, iaitu Sheikh Muhammad bin Abdul Wahhab. Asalnya,lafaz Wahhabi
merujuk kepada ayah beliau. Tetapi nama ini turut dinisbahkankepada
Sheikh Muhammad bin Abdul Wahhab berikutan menjadi lumrah
penggunaan bahasa dan amalan bangsa Arab yang menisbahkan
fahaman, amalan,dan pencapaian si anak kepada ayah, datuk, nenek
dan moyang. (Zamihan Mat Zin, 2011)

Definisi Fahaman Wahhabi


 Wahhabi ialah pegangan dan gerakan yang didokong oleh Sheikh
Muhammad bin Abdul Wahhab di Semenanjung Arab yang telah
merebak ke seluruh dunia. (Zamihan Mat Zin, 2011)
Latar Belakang Wahhabi
• Fahaman Wahhabi adalah satu fahaman atau aliran dominan yang
diamalkan oleh kebanyakan ulama al-Haramain yang diasaskan oleh
Sheikh Muhammad bin Abdul Wahhab.
• Golongan Wahabi lebih suka menyebut mereka Salafi, Salafiah,
Muhawidun yang bermaksud'satu Tuhan'. Mereka juga menggunakan
gelaran Ahli al-Tawhid (Ahli Tauhid) dan Ashab al-Tariqah al-
Muhammadiyyah (Pendokong Jalan Nabi Muhammad s.a.w.).
• Dalam permasalahan fiqah, mereka dilihat cenderung kepada aliran
Mazhab Hanbali, kecuali dalam beberapa perlara tertentu, mereka
memilih pendapat Sheikh al-Islam Ibnu Taimiyah yang berbeza dari qaul
rasmi dalam mazhab Hanbali.
• Berlainan pula dengan Sheikh Muhammad Nasiruddin al-Albani, beliau
menganjurkan agar di-istinbat (ditetapkan) hukum terus daripada al-
Quran danhadith secara langsung, tanpa melihat fahaman ulama
terhadap nas tersebut.
• Dalam sudut aqidah juga, mereka turut cenderung ke arah
pemikiran Sheikh Ibnu Taimiyah. Huraian Sheikh Ibnu
Taimiyah dijadikan neraca untuk menerima danmenolak
huraian aqidah yang lain.

Muhammad bin Abdul Wahhab bin Sulaiman bin Ali bin


Muhammad bin Ahmad bin Rasyid al-Tamimi. Beliau dilahirkan
Pengasas pada 1115 Hijriyah di Desa ‘Uyainah, sebuah perkampungan kecil
Fahaman Wahhabi yang terletak di Najd, utara Semenanjung Tanah Arab. Beliau
berasal daripada Kabilah Bani Tamim. Bapa beliau, Sheikh Abdul
Wahhab bin Sulaiman al-Tamimi merupakan qadi dan mufti
dinegeri itu. Datuknya pula, Sheikh Sulaiman bin Ali al-Hanbali
memegang jawatanMufti Mazhab Hanbali di kawasan Najd. Jadi,
Sheikh Muhammad bin AbdulWahhab berasal dari keluarga yang
arif dalam mazhab Hanbali.
Tokoh Ulama Beraliran Wahabi
1) Sheikh Muhammad Nasiruddin Albani
2) Sheikh Abdul bin Abdullah bin Baz
3) Sheikh Muhammad bin Soleh bin
Muhammad al-Uthaimin
4) Sheikh Soleh bin Fauzan bin Abdullah al-
Fauzan.
Ciri-Ciri Fahaman Wahabi
• Sering merujuk pendapat Ibnu Taimiyyah, al-Albani, Ibnu Qayyim, Abdul Aziz bin
Baz dan Ibnu Ustaimin.
• Mengatakan Allah ada di langit bersemayam di atas Arasy.
• Membahagi tauhid kepada tiga: tauhid Uluhiyyah, Rububiyyah dan Asma' wa sifat.
• Menolak amalan menyebut lafaz niat solat (USOLLI).
• Menolak amalan menyebut SAYYIDINA ketika berselawat.
• Menolak amalan mengusap muka setelah selesai solat.
• Menolak zikir, wirid dan doa beramai-ramai selepas solat di masjid.
• Menolak amalan baca yaasiin beramai-ramai pada malam jumaat di masjid.
• Menolak amalan solat terawih 20 raka'at di masjid.
• Menolak amalan baca yaasiin 3 kali pada malam nisfu Sya'ban.
• Menolak amalan membaca doa akhir dan awal tahun.
• Menolak bacaan talqin ketika pengembumian mayat.
• Menolak tahlil dan kenduri arwah.
• Menolak bacaan berzanji dan marhaban.
• Menolak amalan selawat syifak, selawat fatih, selawat nariah, selawat tafrijiah.
• Menolak sambutan maulidur rasul.
• Menolak amalan ziarah makam nabi.
• Menolak bacaan tarhim dan bacaan Al-Quran sebelum azan subuh
menggunakan pembesar suara.
• Mengatakan tiada solat qabliah jumaat.
• Menolak amalan membaca text ketika khutbah.
• Menolak tasawuf dan tarikat.
• Menolak MAZHAB.
• Mengatakan bid'ah tiada yang hasanah, semua bid'ah adalah sesat.
• Menolak beramal dengan hadis daif.
• Menolak amalan tawassul dengan orang yang sudah meninggal dunia.
• Menolak amalan tabarruk selain dari Nabi saw.
• Menolak amalan isthtighathah.
• Mengatakan talak tiga sekaligus cuma jatuh talak satu.
• Menolak manhaj Asyairah dan Maturidiyah.
• Menolak Sifat Dua Puluh.
(SUMBER: JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM) & JAWATANKUASA
PENYELARASAN PENYELIDIKAN ISLAM KEBANGSAAN (JAPPIS).
Faktor-Faktor Perkembangan Wahabi di
Malaysia
Faktor pertama adalah faktor individu itu sendiri.
• Pertama, ilmuwan muda masa kini terlalu taksub dan teruja
dengan ilmu yang mereka perolehi. Mereka membawa
pulang pemahaman yang mereka pelajari daripada tuan-
tuan guru mereka tanpa mempedulikan faktor waqi’iyah
(realiti) setempat.
• Selain itu, mereka tidak menjaga disiplin adab dan akhlak
ilmu tersebut, sehinggakan timbul perselisihan yang amat
rumit. Prinsip ‘Salamah al-Sadr’ (berlapang dada) dalam
perselisihan yang berlaku tidak diterapkan dalam diri
mereka.
Faktor Media
• Kita bahagikan faktor media kepada dua bahagian. Bahagian
pertama ialah mediacetak. Pada pengamatan penulis, terdapat
beberapa buah syarikat penerbitan yang tidak mempunyai dasar
editorial yang jelas kepada pendekatan wasatiyah AhliSunnah wal
Jamaah. Dasar editorial mereka longgar dan tidak berprinsip. Ini
sekaligus dapat membiarkan aliran Wahhabi ini berleluasa di
Malaysia dengan baik.
• Sikap sesetengah syarikat penerbitan yang jelas ingin memperoleh
keuntungan maksimum tanpa cakna tentang isu aqidah ini amat
mengecewakan. Antara syarikat penerbitan yang terlalu longgar
dalam penerbitan ialah Penerbitan Jahabersa.Penerbitan
Jahabersa jelas bermotifkan keuntungan semata-mata. Ini dapat
dilihat pada laman sesawang rasmi milik mereka
Faktor Kerajaan
• Kerajaan juga memberi impak yang positif dalam penyebaran fahaman ini. Iaditambah
dengan kenyataan daripada keputusan mesyuarat Panel Kajian Aqidah Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia kali ke-14 terhadap fahaman Wahhabi.
• Menurut akhbar Sinar Harian
“Kerajaan menyifatkan fahaman Wahabi tidak sesat, namun ianya tidak sesuai
diamalkandi negara ini kerana dikhuatiri boleh membawa kepada perpecahan umat Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharomberkata, pendirian
itu dibuat hasil daripada rundingan beberapa kali dengan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa
Kebangsaan.”

• Golongan yang berfahaman Wahhabi ini berpegang pada klausa “fahaman Wahabi tidak
sesat”. Namun, mereka menyembunyikan klausa seterusnya “ianya tidak sesuai diamalkan di
negara ini kerana dikhuatiri boleh membawa kepada perpecahan umat Islam”.

Anda mungkin juga menyukai