Anda di halaman 1dari 17

PENGENALAN

Aliran-aliran yang mengancam ahli sunnah wal jamaah terbahagi kepada tiga iaitu aliran
daripada golongan khawarij seterusnya golongan muktazilah dan golongan murjiah.Golongan
khawarij ini adalah golongan yang tidak mahu kembali kepada kebenaran sedangkan Ibnu Abbas
RA telahpun berdebat dengan mereka namun mereka tidak mahu kembali kepada
kebenaran.Selain itu golongan muktazilah yang bersifat rasional dan sarat dengan falsafah dan
pemikiran tersebut tidak selari dengan sunnah Rasullullah SAW dan para sahabat.Akhir sekali
adalah golongan murjiah yang mana golongan ini amalannya terpisah dari iman yang bermaksud
mereka melakukan maksiat tetapi perkara itu tidak mengurangi keimanan mereka dan ini
bermakna aliran daripada golongan tersebut telah terpesong daripada ahli Sunnah Waljamaah
dan mengancam pemikiran ahli Sunaah Waljamaah.
OBJEKTIF

Ahli Sunnah Wal Jamaah merupakan ajaran islam yang mengikut syariat nabi Muhammad s.a.w
serta ingin membentuk tiga identiti utama dalam pengikut ahli sunnah seperti asas akidah yang
difamahi melalui soalan iman, asas fiqh atau syariah yang difahami melalui soalan Islam dan
asas tasaswwuf yang difahami melalui soalan ihsan. Ahli sunnah wal jamaah pada masa kini
diancam fahamannya dari mazhab luar seperti Khawarij, Muktazilah dan Murjiah. Fahaman
Khawarij di asaskan oleh jabir bin Zaid al-Azdy, merupakan anak murid kepada ibnu Abbas.
Aqidah Khawarij dimana mengkafirkan pelaku dosa besar di kalangan kaum Muslimin, gugur
haknya sebagai Muslim di mana bertentangan dengan ajaran Islam itu sendiri, firman Allah:

Maksudnya : Katakanlah (hai Muhammad): Biarlah setiap orang berbuat menurut keadaannya


masing-masing, karena Tuhanmu lebih  mengetahui siapa yang lebih lurus (jalan yang
ditempuhnya).”   (Al-Isra’ : 84) “

Dan ianya disebut juga dalam surah An-Najm dimana firman Allah yang berbunyi:

Maksudnya: “….janganlah kamu merasa sudah bersih, Dia (Allah) lebih mengetahui siapa yang
bertaqwa.”     (An-Najm : 32)

Seterusnya akidah Khawarij juga membangkang serta tidak memberi ketaatan kepada pemerintah
sekiranya pemerintah tersebut tidak menganut mazhab Khawarij dan dihukum kafir oleh mereka.
Perkara tersebut amatlah tidak sihat dan menyebabkan imej buruk terhadap seluruh Umat Islam.
Kemudian pula mazhab Muktazilah yang diasaskan oleh Wasil bin Ato’ anak murid kepada
Hasan al-Basri. Fahaman Muktazilah memperjuangkan Al Ald, Allah mencipta yang baik dan
tidak mencipta yang buruk serta Allah mempunyai kewajipan, Al Wa’du wal Waiid Allah wajib
memberikan pahala kwpada pelaku kebaikan dan dosa kepada pelaku kejahatan. Di sini kita
dapat mengetahui bahawa perkara yang diperjuangkan amatlah bertentangan dengan ajaran Ahli
Sunnah wal Jamaah dimana Allah itu adalah kekal dan tidak mempunyai kewajipan atasnya bagi
ingin mencipta sesuatu perkara ataupun tidak, memberikan ganjaran kepada manusia yang
berbuat kebaikan serta memberikan dosa kepada perlakuan kemungkaran. Segala perkara
tersebut hanyalah disebabkan ihsan Allah semata-mata. Allah lebih mengetahui segala sesuatu
dalam firmannya Surah At-Taubat:

“Tidakkah mereka mengetahui bahawa Allâh sentiasa mengetahui apa yang mereka rahasiakan
serta apa yang mereka bisikkan, dan bahwasanya Allâh maha mengetahui akan perkara yang
gaib?” [At-Taubah:78]

Terakhir sekali mengapakah fahaman murjiah merupakan suatu ancaman kepada mazhab Ahli
Sunnah wal Jamaah adalah disebabkan ajaran murjiah dimana amal adalah terpisah dari iman,
maksiat tidak akan mengurangi akan keimanan seseorang serta dosa yang mereka lakukan tiada
mungkin terhukum di dunia tetapu diserahkan kepada Allah SWT di akhirat kelak. Semua
perkara tersebut amatlah bertentangan dengan ajaran Islam mahupun Ahli Sunnah wal Jamaah di
mana menyebarkan kebaikan dan mencegah dari kemungkaran serta apa yang kita ketahui Islam
itu seperti apa.
3 JENIS ALIRAN YANG MENGANCAM AHLU SUNNAH WAL JAMAAH.

Terdapat banyak golongan yang mengancam fahaman ahlu sunnah wal jamaah tetapi 3 jenis
aliran ini mempunyai fahaman yang sangat dahsyat dan bertentangan dengan fahaman tersebut.
Antara jenis aliran yang kami pilih adalah Golongan Khawarij, Golongah Murjiah dan Golongan
Muktazilah. 3 aliran ini mempunyai fahaman yang berbeza dengan ahlu sunnah kerana ia
mengikut oleh aliran tokoh-tokoh tersebut. Hal ini disebabkan kerarana fahaman mereka
bertentangan dengan Ahlu Sunnah Wal Jamaah.

Aliran pertama yang ingin diulaskan ialah fahaman mu’tazilah. Konsep aliran Mu’tazilah ialah
golongan yang terperangkap dalam pemikiran logik yang bermaksud ia sebuah mazhab atau
akidah yang memberikan keutamaan kepada akal untuk memikirkan tentang hukum hakam yang
di dalam Al- Quran. Fahaman ini telah melepasi kedudukan akal melebihi dalil syarak yang
terkandung dalam Al-Quran, Hadis serta Ijmak Ulama. Fahaman ini juga mempuyai hadis yang
berkaitan dengan yang dikeluarkan oleh pendirian mereka iaitu “Agama ialah akal, barangsiapa
yang tidak punya agama maka dia tidak mempunyai akal”. Ini adalah hadis batil dan munkar
terhadap sisi islam yang dikeluarkan oleh penderian mereka yang mana hadis ini tidak boleh
digunakan dalam fahaman islam iaitu Ahlu Sunnah Wal Jamaah. Hal ini demikian kerana
fahaman Mu’tazilah bertentangan dengan Ahlu Sunnah Wal Jamaah jika fahaman ini disamakan
kerana akan berlaku yang besar terhadap fahaman A.S.W.J. Walaubagaimanapun, Mu’tazilah
juga percaya dengan menyelinap dalam akidah islam akibat daripada perbuatan orang yang
memeluk islam tetapi membuat perkara buruk dan jahat. Perkara ini disebabkan oleh munculnya
Khalifah Al-Makmun. Khalifah tersebut telah mewujudkan kitab-kitab tamadun Yunani yang
telah diterjemah dalam Bahasa Arab.

Dengan itu, orang pertama yang dikaitkan dengan mazhab Mu’tazilah dikenali sebagai Wasil
bin Atha. Beliau merupakan anak murid kepada seorang tokoh besar ulama di Baghdad iaitu
Imam Hassan Al Basri. Beliau telah berbeza pandangan dengan gurunya Imam Hassan Al Basri,
lalu beliau telah keluar meninggalkan majlis ilmu gurunya dan kemudian mengadakan kumpulan
ilmunya sendiri. Tindakan beliau itu telah menyebabkan beliau dan kumpulannya dikenali
sebagai Mukatzilah (terpisah) dari majlis ilmu gurunya.

Aliran yang kedua pula ialah Khawarij. Dalam Bahasa Arab, artinya kharaj. Kharaj ini
munucullah penamaan Khawarij yang membawa maksud orang-orang yang keluar dari barisan
jemaah umat Islam, khususnya pendukung Ali dan Muawiyah.
Aliran Khawarij ini adalah salah satu aliran awal dalam Ilmu Kalam. Golongan ini muncul pada
peristiwa tahkim atau arbitrase yang mendamaikan golongan Khalifah Ali bin Abi Thalib dan
Muawiyah bin Abu Sufyan setelah perang Shiffin pada tahun 37 hijriyah. Tindakan golongan
Khawarij yang ditempuh oleh Ali dan Muawiyah dengan menyetujui perdamaian dalam
peristiwa tahkim menyalahi hukum Allah SWT. Mereka menunding semua pihak yang
menyetujui perjanjian tahkim telah murtad, kafir, dan keluar dari Islam. Golongan ini menentang
Muawiyah, serta semua orang yang menyetujui keputusan abitrase. Aliran Khawarij ini
merupakan salah salah satu kelompok yang memiliki penafsiran tersendiri terhadap aspek
ketuhanan dalam Islam, termasuk hubungan antara Allah dan hamba-hamba-Nya. Orang yang
tidak sepaham dengan ajaran ini mereka menganggap murtad keluar dari Islam. Golongan
Khawarij ini menunding Utsman Bin Affan, Ummul Mukminin Aisyah, Ali bin Abi Thalib, dan
banyak sahabat Nabi SAW lainnya sudah "kafir" karena tidak sepaham dengan mereka.
Golongan ini dianggap telah keluar dari Jemaah dan paham kaum mayoritas muslimin.

Aliran yang terakhir ialah Murjiah. Murjiah ialah  suasana ketidakstabilan politik yang
berlaku selepas pembunuhan Sayyiduna ‘Uthman ini dieksploitasi untuk diperbahas
dan ditafsirkan menurut fahaman masing-masing. Golongan ini datang selepas
zaman Sahabat adalah hukum golongan para Sahabat yang terlibat dalam
peperangan tersebut yang dipandang secara asas telah melakukan dosa besar.
Walaubagaiamanapun, Murji’ah mengatakan bahawa pelaku dosa besar tetap
dianggap beriman dengan iman yang sempurna manakala dosanya diserahkan
kepada Allah S.W.T sama ada diampuni atau tidak. A liran Murjiah berkait dengan
pendapat sebahagian umat Islam yang menganggap bahwa penentuan hukum atas konflik politik
antara kelompok Ali bin Abi Thalib dengan Mu’awiyah bin Abi Sufyan dan Khawarij, ditunda
sampai hari perhitungan kelak. Perkataan Murjiah berasal dari Bahasa Arab "arja’an" atau
"irja’" yang membawa maksud penundaan, dan pengharapan atau erti kata lain orang yang
menunda penjelasan mengenai permasalahan sehingga hari perhitungan. Golongan Murjiah
muncul pertama kali pada era akhir pemerintahan Khalifah Usman bin Affan. Dengan itu,
sebahagian ahli sejarah menyebut Murjiah pertama kali muncul sebagai gerakan yang dibawa
oleh Al-Hasan bin Muhammad Al-Hanafiyah (cucu Ali bin Abi Thalib) pada tahun 695 H.
Hasan menulis bahwa ia menolak berdampingan dengan kelompok Syiah dan menjauhkan diri
dari golongan Khawarij. Hasan menulis bahwa ia menolak berdampingan dengan kelompok
Syiah dan menjauhkan diri dari golongan Khawarij. Dalam sebuah surat pendek, Al Hasan
menulis bahwa ia menolak berdampingan dengan kelompok Syiah dan menjauhkan diri dari
golongan Khawarij. Hal tersebut dia lakukan untuk menanggulangi perpecahan umat Islam.
Kelompok yang pro mengatakan bahwa pelaku dosa besar tetap mukmin dan dosanya
diserahkan kepada Allah SWT. Kelompok pro ini yang pada akhirnya disebut Murjiah.
SEJARAH KHAWARIJ

Setelah kewafatan Saidina Uthman bin Affan yang dibunuh oleh orang Khawarij, kaum
Muslimin mengangkat Ali bin abi Talib sebagai khalifah. Berita kewafatan Uthman sampai
kepada Muawiyah ibn Abu Sufyan, yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Uthman
bin Affan. Sesuai dengan tradisi Islam, Mu'awiyyah berhak menuntut balas atas kematian
Uthman. Mendengar berita ini, orang-orang Khawarij ketakutan, lalu menyusup ke pasukan Ali
bin Abi Talib. Mu'awiyyah berpendapat bahawa semua orang yang terlibat dalam pembunuhan
Uthman harus dibunuh, sedangkan Ali berpendapat yang harus dihukum hanya mereka yang
membunuh Uthman saja mengikut hukum qisas dalam Islam.

Kerana keengganan Muawiyyah mengikut hukum qisas,akhirnya terjadilah perang Siffin. Untuk
berdamai, masing-masing pihak mengirim utusan untuk berunding. Melihat hal ini, orang-orang
khawarij keluar dari pasukan Ali bin abi Talib dan merancang untuk membunuh Mu'awiyyah
dan Ali, tapi yang berjaya mereka bunuh hanya Ali bin Abi Talib.

SEJARAH MUKTAZILAH
Pemikiran Muktazilah mula bertapak pada kurun kelapan Masehi (abad kedua hijrah) di Basrah,
Iraq, apabila Wasil ibn Ata meninggalkan kelas pembelajaran Hasan al-Basri selepas berselisih
faham mengenai isu Al-Manzilah bayna al-Manzilatayn (akan diterangkan kemudian). Beliau
dan pengikutnya termasuk Amr ibn Ubayd kemudiannya dilabelkan sebagai Muktazili/Mu'tazili.
Golongan ini juga menggelar diri mereka sebagai Ahl al-Tawhid wa al-'Adl (golongan tauhid
dan keadilan Tuhan) berdasarkan ideologi yang mereka perjuangkan di antaranya mahukan
sistem Islam yang berdasarkan akal. Mereka juga dilabel sebagai golongan free will dan free act,
kerana mereka berpegang kepada prinsip kebebasan melakukan sesuatu.

Ketika pertama kali muncul, pemikiran Muktazilah tidak mendapat simpati umat Islam, terutama
di kalangan masyarakat awam kerana mereka tidak begitu memahami ajaran Muktazilah yang
bersifat rasional dan sarat dengan falsafah. Alasan lain mengapa pemikiran ini kurang mendapat
sokongan umat Islam pada saat itu adalah kerana pemikiran ini dianggap tidak selari dengan
sunnah Rasulullah SAW dan para sahabat.

Muktazilah bergantung kepada beberapa aspek pemikiran dari falsafah Islam, Greek dan
Helenistik.

Aliran Muktazilah berkembang di kalangan golongan intelek semasa pemerintahan Khalifah al-

Ma'mun dari dinasti Abbasiyah (198-218 H/813-833 M). Kedudukan Muktazilah semakin kukuh
setelah Khalifah al Ma'mun menjadikannya sebagai mazhab rasmi negara. Dikatakan Khalifah al
Ma'mun sejak kecilnya sudah dididik dalam tradisi Yunani yang gemar dengan falsafah dan ilmu
pengetahuan.[1]

Dan pada zaman itulah golongan muktazilah memaksakan pemikirannya yang dikenal dalam
sejarah dengan peristiwa Mihnah (fahaman bahawa al-Quran itu makhluk Allah, jadi tidak
qadim. Jika al-Quran dikatakan qadim, maka akan timbul kesimpulan bahawa ada yang qadim
selain Allah).

SEJARAH MURJIAH
Munculnya murji'ah dilatarbelakangi oleh persoalan politik,yaitu tentang ke kholifahan.Umat
islam terbagi dalam 2 kelompok yaitu: Kelompok Ali bin Abi Tholib dan Muawiyah bin Abi
Sofyan . Aliran ini muncul di Damaskus pada akhir abad hijriah. Kalimat ini disebut murji'ah
yaitu menunda atau mengembalikan. Murji'ah sendiri yakni kelompok atau aliran yang tetap
berada dalam barisan ali bin Abi Thalib. Berkembangnya murji'ah ini,antara lain gagasan Arja'
atau Arja'a yang dikembangkan oleh sebagian sahabat sebagai penjamin persatuan dan kesatuan
umat islam . Gagasan Irja' merupakan doktrin Murji'ah, yang muncul pertama kali sebagai
gerakan politik diperlihatkan oleh cucu Ali bin Abi Thalib,yaitu al-hasan bin Muhammad al-
hanafiyah.

Sekte Murji'ah muncul sebagai reaksi atas sikap yang tidak mau terlibat dalam upaya"kafir
mengafirkan"terhadap orang yang melakukan dosa besar,sebagaimana yang dilakukan kaum
Khawarij. Sekte ini menangguhkan penilaiannya terhadap orang-orang yang terlibat dalam
peristiwa tahkim di hadapan tuhan karena hanya tuhanlah yang mengetahui keadaan iman
seseorang. Begitupun orang mukmin yang melakukan dosa besar, tapi menurut mereka masih di
sebut mukmin. Sekte ini beranggapan bahwa berbuat atau melakukan dosa, tidak bermasalah
apabila disertai dengan iman, seperti halnya melaksanakan solat tidak berguna apabila disertai
dengan kekafiran.

Berkembangnya aliran ini kaum murji'ah berpendapat bahwa orang yang melakukan dosa besar
tidak dapat dikatakan kafir selama ia mengakui Allah Swt.sebagai tuhannya dan Nabi
Muhammad saw. sebagai rasulnya.

KESAN
Islam merupakan agama yang syumul meliputi segala aspek kehidupan umat manusia yang
relevan dan sesuai diaplikasikan pada setiap zaman dan pada setiap tempat tanpa melihat
perbezaan pada warna kulit, bangsa mahupun keturunan. Sebagai seorang muslim adalah
menjadi satu kewajipan dalam mematuhi dan mengikuti serta mengamalkan segala peraturan
yang terkandung di dalam agama ini bagi mendapatkan keberkatan dan limpahan rahmat Allah
SWT di sepanjang kehidupan ini lantas menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.

Kehidupan umat Islam adalah bertunjangkan kepada akidah dan syariat yang benar iaitu
beriman kepada Rukun Iman yang enam dan lima Rukun Islam. Kesemuanya ini adalah
berdasarkan kepada dua sumber Islam yang utama iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Nabi
Muhammad SAW bersabda dalam suatu Hadith yang bermaksud:

“Daripada Abu Hurairah, daripada Nabi Muhammad SAW, baginda bersabda: “Aku tinggalkan
kepada kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selagi kamu berpegang dengan kedua-duanya
iaitu kitab Allah (al-Quran) dan sunnah Rasulullah SAW.”

(Riwayat Malik)

Namun, sebaliknya jika umat Islam tidak lagi berpegang kepada kedua-dua sumber utama
ini lantas meragui dan menafikan kesahihan kedua-duanya mahupun salah satu daripadanya
sebagai sumber utama hukum Islam, maka ditakuti saat itu umat Islam akan berdepan dengan
musibah yang besar iaitu berlaku penyelewengan dan kesesatan dalam beragama lalu tertutup
ruang taufik dan hidayah Allah SWT.

Dari zaman ke zaman, perpecahan dalam kelompok manusia ini sentiasa berlaku dan
serangan demi serangan terhadap Islam terus berlangsung. Syubhat demi syubhat terus
dilancarkan oleh musuh-musuh Islam sama ada dari luar atau dalam kelompok umat Islam itu
sendiri. Bermula dari zaman para sahabat di mana perpecahan mula terjadi melalui pelbagai
fitnah yang ditimbulkan oleh golongan pemberontak terhadap sebuah daulah pemerintahan
Islam. Kemudian munculnya puak khawarij, Syi’ah, Muktazilah, Murji’ah dan seterusnya.

Sehinggalah ke zaman ini, tidak kurang pelbagai syubhat-syubhat yang membiak dan
mengelirukan pemahaman terhadap Islam terus dilancarkan ke tengah-tengah benak minda
umatnya. Perkara tersebut tidak lain dan tidak jauh bezanya dengan pelbagai jenis makar yang
ditimbulkan sejak mula kemunculan Islam 1400 tahun dahulu lagi. Namun, sedikit bezanya
hanya kini ianya muncul dengan pelbagai jenis nama-nama yang berlainan. Dengan label dan
tanda branding yang mampu memikat hati dan jiwa umat Islam yang jauh daripada ilmu. Dengan
helah dan gerak kerja yang sedikit berbeza.

Namun, asas-asas dan method pemikiran yang membina kelompok-kelompok mereka


tidak jauh berbeza dengan perpecahan dan kesesatan yang mula-mula timbul di dalam sejarah
umat Islam. Antara yang terkenal pada masa ini adalah seperti gerakan feminisme, liberalisme
agama, Hizbut Tahrir, Jemaah al-Quran, pelbagai jenis gerakan tarekat, gerakan anti hudud,
gerakan pejuang hudud, dan pelbagai lagi jenis jenama yang dipopularkan. Sejarah telah
membuktikan kepada kita betapa bahayanya fahaman-fahaman yang melampau dan
menyeleweng daripada Islam sebenar terhadap kesucian akidah dan syariat Islam dan kestabilan
dalam sesebuah negara.

Di antara mereka yang mahu kita sentuh dan tangkis syubhat-syubhatnya adalah sebuah
gerakan yang menolak dan meninggalkan penggunaan hadis-hadis dan sunnah-sunnah
Rasulullah SAW dalam mengambil serta mengaplikasikan agama. Lebih tepat lagi golongan anti
hadis adalah mereka yang sama sekali meragui dan menolak terus hadis Nabi Muhammad SAW
sebagai salah satu sumber utama dalam Islam. Kini golongan ini kembali tampil dan berani
besuara semula di negara kita dengan lontaran kefahaman yang sangat mengelirukan bagi
mencapai agendanya yang tersendiri.
Antara lain, golongan mereka ini dikenali dengan nama Qur’aniyun atau Golongan Anti
Hadis. Sebenarnya hal ini adalah sebagaimana yang diberitahu melalui sabda Rasulullah SAW
sendiri :

“Ketahuilah sesungguhnya diturunkan kepada ku al-Quran dan yang semisalnya bersamanya (as-
Sunnah), ketahuilah akan datang seseorang yang kenyang duduk di atas pembaringannya
berkata: “Berpegang teguhlah kepada al-Quran ini saja, semua yang kamu perolehi daripadanya
akan kehalalan, maka halalkanlah dan yang kamu perolehi daripadanya suatu keharaman maka
haramkanlah”.

(Hadis Riwayat Ahmad, 4/131 dan Abu Daud, 5/11)

Realitinya perkara ini merupakan suatu isu besar yang amat membimbangkan jika tidak
ditangani secara bijaksana dan bersungguh-sungguh maka ia akan menjadi barah yang merasuk
pemikiran masyarakat khususnya umat Islam di Malaysia seterusnya menggugat keharmonian
agama Islam dan kestabilan negara.

DALIL DAN HADIS


(DALIL MUKTAZILLAH)

Hadis yang diriwayatkan oleh Jarir bin Abdullah berkata : suatu masa Rasulullah s.a.w melihat
bulan penuh purnama lalu Baginda bersabda :

(‫)إنكم َستَرونَ َربكم عيانا كما ترون هذا القمر ال تضامون في رويته‬

Maksudnya : Bahawasanya kamu akan melihat Tuhan kamu dengan terang sebagaimana kamu
lihat bulan purnama ini, kamu tidak ragu-ragu lagi melihatnya.

(DALIL KHAWARIJ)
Terdapat riwayat bahawa Rasulullah SAW telah memberi perkhabaran mengenai kemunculan
Khawarij. Yusair bin Amru mengatakan, aku bertanya kepada Sahal bin Hunaif:

‫وْ ٌم‬mَ‫هُ ق‬m‫ ُر ُج ِم ْن‬m‫ «يَ ْخ‬:‫اق‬ِ ‫ َر‬m‫ل ال ِع‬m َ ‫ َوَأ ْه‬،ُ‫ َس ِم ْعتُهُ يَقُول‬:‫ج َش ْيًئا؟ قَا َل‬
َ َ‫ ِد ِه قِب‬mَ‫وى بِي‬m ِ ‫ فِي ال َخ َو‬:ُ‫صلَّى هللاُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم يَقُول‬
ِ ‫ار‬ َّ ِ‫هَلْ َس ِمعْتَ النَّب‬
َ ‫ي‬
ِ ‫ الَ ي َُج‬، َ‫»يَ ْق َرءُونَ القُرْ آن‬
َ ‫ يَ ْم ُرقُونَ ِمنَ اِإل ْسالَ ِم ُمرُو‬،‫او ُز تَ َراقِيَهُ ْم‬
‫ق ال َّسه ِْم ِمنَ ال َّر ِميَّ ِة‬

Maksudnya: “Apakah engkau mendengar Nabi SAW bersabda tentang Khawarij? Ia menjawab:
Aku mendengar beliau bersabda - sambil beliau arahkan tangannya menuju Iraq - Dari sanalah
muncul sekelompok kaum yang membaca al-Qur’an tidak melebihi kerongkongan mereka,
mereka keluar dari Islam sebagaimana anak panah keluar dari busurnya.”

Riwayat al-Bukhari (6934)

(DALIL MURJIAH)
Firman Allah SWT:

َ ‫يل هَّللا ِ ُأولَِئ‬


‫ك يَرْ جُونَ َرحْ َمتَ هَّللا ِ َوهَّللا ُ َغفُو ٌر َر ِحي ٌم‬ ِ ِ‫ِإ َّن الَّ ِذينَ آ َمنُوا َوالَّ ِذينَ هَا َجرُوا َو َجاهَدُوا فِي َسب‬

Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang berhijrah serta


berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan ugama Islam), mereka itulah orang-orang yang
mengharapkan rahmat Allah. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

      (Surah al-Baqarah: 218)

Hikmah dan Kesimpulan


Tuntasnya, berdasarkan literatur dan situasi di Malaysia, 44ajaran sesat dapat
dirumuskan sebagai sebarang ajaran atau amalan yang didukung oleh orang-orang
Islam dan bukan Islam yang mendakwa ianya berdasarkan ajaran Islam.
Sedangkan, pada hakikatnya bercanggah dengan agama Islam dan bertentangan
dengan al-Quran, sunnah serta berlawanan dengan mazhab yang muktabar iaitu
ASWJ dari sudut Akidah, Fiqah dan Tasawuf. Rumusan definisi ini bersesuaian
dengan konteks kefahaman dan pengamalan ajaran Islam iaitu aliran Ahli Sunnah
Wal Jamaah Islam di Nusantara sejak sekian lama yang meliputi aspek Akidah, Fiqah
dan Tasawuf. Masyarakat Islam Alam Melayu sejak dahulu memiliki naratif akidah
Asyari, fiqah Syafii dan tasawuf al-Ghazali.

Oleh demikian, terdapat sebahagian hikmah yang dapat kita lihat dari sudut pemikiran
dan cara pemikiran mereka. Contohnya, golongan khawarij ini berpandukan Al-Quran
akan tetapi mereka meletakkan iman mereka kepada amal sehingga menggagap jika
seseorang itu melakukan dosa besar, maka kafirlah mereka. Mereka mengatakan juga
amalan hati & perakuan lidah tidak akan diambil kira, selagi mana dia telah melakukan
dosa besar seperti berzina, minum arak, melantik pemimpin yang zalim & tidak
berhukum dengan hukum Allah, maka dianggap sebagai kafir dan terkeluar dari Islam.
Pada Hakikatnya, kita sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah iman itu berada di dalam hati
yang mempunyai penuh kepercayaan yang yakin. Mengikut Ulama tafsir Yusuf Al-
Qadharawi: Iman itu sebagai kepercayaan yang meresap ke dalam hati dengan penuh
keyakinan dan tidak bercampur syak atau ragu serta dapat memberi pengaruh pada
pandangan hidup, tingkah laku & perbuatan sehari-hari. Iman juga menjadikan Muslim
itu berhati waja & tidak terpengaruh sedikit pun dengan habuan dunia, ragu-ragu & syak
wasangka. Tambahan pula, menurut pandangan Ahli Sunnah Wal Jamaah, jika
seseorang itu melakukan dosa besar tetap dikira sebagai mukmin kerana imannya
masih ada tetapi dikira fasik kerana telah melakukan dosa besar. Maka, bertaubatlah
sebenar-sebenarnya dan kembali ke jalan Allah kerana Allah itu Maha Pemurah lagi
Maha Penyayang.

Selain itu, golongan murjiah pula adalah golongan yang mendakwa iman itu bertempat
di hati dan di lidah semata-semata. Maksudnya disini, amal perbuatan tidak akan
diambil kira sebagai pembuktian dalam soal akidah dan keimanan. Para ulama
mendefinisikan iman bermaksud ucapan dengan lisan, keyakinan hati, serta
pengamalan dengan anggota badan dan bisa bertambah dengan ketaatan dan
berkurang dengan kemaksiatan. Inilah makna iman menurut Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Akhir sekali, golongan muktzillah ini adalah golongan yang menolak hadis dan nas-nas
syarak. Mereka ini lebih menggunakan logik akal sehingga menyebabkan Islam
mencela sikap bertaqlid membuta tuli dalam perkara agama dan akidah. Dengan kata
lain menjadikan akal sebagai pemutus dan tidak tunduk kepada hukum hakam. Sebagai
Umat Islam kita telah diberitahu oleh Nabi. Rasulullah S.A.W telah bersabda ‫ت فِ ْي ُك ْم‬ ُ ‫َتر ْك‬
‫ َو ُس َّن َة َن ِب ِّي ِه‬،ِ ‫اب هَّللا‬ ِ ‫َأمْ َري‬. Maksudnya: “Aku tinggalkan kepada kamu dua
َ ‫ ِك َت‬:‫ لَنْ َتضِ لُّ ْوا َما َت َمس َّْك ُت ْم ِب ِه َما‬،‫ْن‬
perkara dan kamu tidak akan sesat selagi mana kamu berpegang dengannya iaitu kitab
Allah (al-Qur’an) dan sunnah Nabi-Nya ,Sunnah Nabi S.A.W. (Hadis Riwayat Imam
Malik). Oleh itu, logik akal ini hanya digunakan bagi alat atau wasilah untuk memahami
akidah yang ditetapkan oleh syarak. Walaubagaimanapun, akal hanya menyokong dan
mencari bukti serta menolak sebarang keraguan dan syubhat sahaja.

Anda mungkin juga menyukai