Anda di halaman 1dari 11

SEJARAH DAN FAHAMAN SYIAH

Menurut
etimologi
(lughah)
Bahasa
Arab,Syiah
()
bermaksud
:
Pengikut dan pembela seseorang.[1]
Adapun mengikut terminologi (istilah) syariat Islam : Mereka yang berpendapat bahawa
Saidina Ali bin Abi Thalib lebih berhak untuk memegang tampuk pemerintahan dan lebih
utama daripada sahabat-sahabat lain.[2]
Asalnya, Syiah terpecah daripada Islam disebabkan persoalan Siasah (Politik).
Begitulah juga dengan firqah Khawarij[3], namun ketika peristiwa kematian Sayyidina
Hussin bin Ali di Karbala[4], pengaruh Syiah makin meluas lalu dikenali sebagai satu
fahaman dan mazhab aqidah.
Oleh itu, pelbagai fahaman dan fatwa ganjil daripada Syiah yang dikeluarkan sehingga
membawa kepada percanggahan dalam masalah aqidah (pegangan) dan pelbagai
masalah fiqh.Asalnya mereka ingin mempertahankan Ahli Bait Rasulullah s.a.w. namun
semangat kecintaan tersebut telah diseleweng oleh beberapa ideologi sesat yang telah
dibawa masuk.
Antara pendapat ulama menyatakan, pengasas utama Syiah adalah Abdullah bin
Saba[5] yang berpura-pura menganut Islam semata-mata menjadi duri dalam daging
umat Islam.Ini disokong oleh kebanyakan ulama Sunni dan Syiah sendiri kerana antara
puak-puak Syiah ada yang dinisbahkan kepada namanya iaitu puak al-Sabaiah (
).
Satu peristiwa terjadi ketika Abdullah bin Saba pernah sekali berjumpa dengan Saidina
Ali bin Abi Thalib :Kamulah (Ali) kamulah (Tuhan) , lalu diulang-ulang beberapa kali,
maka Saidina Ali berkata : Celakalah kamu (dengan perkataanmu itu), Saidina Ali
bertanya : Siapakah aku yang sebenarnya? Lalu Abdullah bin Saba berkata lagi :
Kamulah Allah !!! .[6]
Disebabkan perkataan tersebut, maka Saidina Ali telah memerintahkan menterinya
untuk membakar golongan Syiah Sabaiah tersebut[7]. Syiah selepas zaman Saidina Ali
berpecah kepada empat kumpulan yang terbesar yang akan dinyatakan nanti.
Syiah pada zaman sekarang yang dianggap benar-benar mutadil adalah
Zaidiah[8].Adapun Imamiah Isna Asyar, ulamak khilaf. Kebanyakan daripada para
syeikh Al-Azhar mengambil pendekatan yang wasatiah (pertengahan) mengatakan
mereka dikalangan mutadil (masih boleh diajak berbincang dalam proses taqrib).
Antara ulama yang berpendapat sedemikian seperti Syeikhul Azhar Mahmud Shaltut,
Mufti Mesir Syeikh Nuruddin Ali Jumaat, Syeikh Atiah Saqar, Syeikh Yusoff alQardhawi, Syeikh Ibrahim al-Bayumi dan lain-lain.

Namun ada juga pendapat yang lebih keras mengatakan Imamiah Isna Asyar ini telah
keluar daripada Islam kerana sampai kelampauan mereka kepada sahabat-sahabat
Nabi, berpegang kepada pentahrifan(ditokok tambah) Quran, merendahkan martabat
Rasul, menolak dan tidak berhujjah dengan sebahagian besar hadith-hadith sahih
melainkan yang selari dengan aqidah mereka, mempercayai imam mereka maksum
sebagaimana Rasulullah, menyangka imam mereka belum wafat lalu diangkat oleh
Tuhan dan akan diturunkan sebagai Imam Mahdi kelak, imam mereka mengetahui
perkara-perkara ghaib dan lain-lain.
Pendapat kedua ini kebanyakannya dipegang oleh ulama-ulama yang berfahaman
Salafi antaranya Ibn Taimiyyah, ibn Qayyim al-Jauzi, Abdullah bin Abd Wahab, Mufti
Saudi Syeikh Muhammad bin Ibrahim, Syeikh al-Bani dan lain-lain[9].
Namun secara konklusi apa yang pasti, sekiranya kelampauan yang ditunjukkan oleh
kelompok Syiah Imamiah tersebut tidak sampai kepada had ghulah[10], maka mereka
masih lagi dalam Islam namun dalam keadaan fasiq dan ahli bidaah. Itupan sekiranya
mereka tidak memusuhi Ahli Sunnah wal Jamaah lebih daripada mereka memusuhi
golongan kafir seperti Yahudi, Nasrani dan selainnya.
Namun apa yang berlaku, kebencian yang amat sangat ditunjukkan dikalangan mereka
terhadap Sunni sehingga sanggup bersama melakukan perkomplotan bersama kaum
kuffar semata-mata menghancurkan golongan Sunni.
Inilah yang dirakamkan kebimbangan dan penjelasan oleh Syeikh Said Hawwa dalam
buku kecilnya al-Khomeinisma : Ganjil dari sudut pegangan dan pendirian.
PUAK-PUAK DALAM SYIAH[11]
1. Imamiah (): Dikenali dengan Imamiah kerana menjadikan persoalan Imamah
(melantik dan beriman kepada mereka) sebagai perkara Usul dalam agama yang wajib
dipercayai. Ianya merupakan puak yang paling utama dalam Syiah.
Dinamakan juga sebagai al-Rafidah ( )kerana ingkar dan menolak kelayakan
Abu Bakar, Umar dan Uthman sebagai Khalifah selepas kewafatan Rasulullah s.a.w.
Ianya dipanggil juga dengan nama Isna Asyariah ( ) kerana berpendapat
bahawa 12 daripada imam-imam mereka maksum[12] sebagaimana Nabi Muhammad
s.a.w. (dijaga daripada melakukan dosa, lalai, lupa, tersalah dengan sengaja ataupun
tidak sengaja).
12 IMAM MEREKA ADALAH SEBAGAIMANA BERIKUT :

1.
2.

Ali

bin
Hasan

Abi
bin

Thalib
Ali

(al-Murtadha)
(al-Mujtaba)

3.
Husin
bin
4.
Ali
Zainal
5.
Muhammad
6.
Jaafar
7.
Musa
8.
Ali
9.
Muhammad
10.
Ali
11.
Hassan
12. Muhammad (al-Mahdi al-Muntazor)[13]

Ali
Abidin

(al-Syahid)
(al-Sajjad)
(al-Baqir)
(al-Sadiq)
(al-Kazim)
(al-Redha)
(al-Jawwad)
(al-Hadi)
(al-Askari)

SYIAH IMAMIAH INI TERBAHAGI PULA KEPADA 15 KELOMPOK :

Muhammadiah, Baqiriah, Nawuusiah, Syumaitiah, Ammariah, Ismailiah, Mubarakiah,


Musawiah, Qatiah, Isna Asyariah, Hasyimiah, Zurariah, Yunusiah, Syaithaniah,
Kamiliah.
2. Zaidiah (): Mereka adalah pengikut kepada Zaid bin Ali Zainal Abidin bin Husin
bin Ali bin Abi Thalib[14]. Beliau terkesan dengan pemikiran Wasil bin Ata (pengasas
fahaman Muktazilah) dan ulama mengklasifikasikan pengikut Zaidiah dalam golongan
yang mutadil kerana yang paling hampir kepada Ahli Sunnah wal Jamaah, lebih-lebih
lagi dalam persoalan ibadat.
Pendapatnya tidaklah sampai mendewa-dewakan Ali dan mencerca sahabat-sahabat
yang lain melainkan hanya mengatakan bahawa Ali lebih layak memegang tampuk
khilfah selepas kewafatan baginda Rasulullah s.a.w. daripada Abu Bakar dan Umar.
Kebanyakan kelompok ini berada di Yaman. Syiah Zaidiah terbahagi kepada 3
kelompok
:
Jarudiah, Jaririah, Solihiah.
3. Kaisaniah (): Pengasasnya adalah Mukhtar bin Ubai al-Thaqafi yang
merupakan khadam kepada Muhammad bin Ali bin Abu Thalib (anak Saidina Ali dengan

isterinya Haulah dari bani Hanifah lalu dikenali Muhammad al-Hanafiah sempena nama
kabilah ibunya).
Adapun Kaisan merupakan khadam kepada Saidina Ali bin Abi Thalib. Setelah
kewafatan Ali, dia lalu menjadi khadam kepada Muhammad al-Hanafiah. Dia
bersungguh-sungguh mempertahankan Hasan dan Husin dalam mendapatkan hak
kekhalifahan.
Selepas kematian keduanya, mereka pula mempertahankan hak terhadap Muhammad
bin al-Hanafiah. Lalu ada dikalangan mereka yang ghuluw (melampau) lalu menjadi
buruan pemerintah ketika itu.
Terdapat 2 kelompok daripada Kaisaniah :
1. Yang mendakwa bahawa Muhammad al-hanafiah masih belum mati kerana beliau
menyelamatkan diri ke sebuah daerah Radhwa (sebuah kawasan pergunungan) ketika
diburu pemerintah kerana disebabkan oleh pengikut-pengikutnya yang melampau.
Beliau dipercayai masih lagi hidup dan bersembunyi disana. Beliau akan keluar pada
hari kiamat sebagai Imam Mahdi.
2. Mereka yang memperjuangkan hak kekhilafahan Muhammad al-Hanafiah semasa
beliau masih lagi hidup. Dan hak tersebut berpindah-pindah kepada orang lain selepas
kematiannya.
4. Ghulah ( )(: Mereka yang melampaui had dalam persoalan aqidah. Bukan sahaja
berpandangan bahawa Saidina Ali lebih mulia dan layak daripada sahabat-sahabat lain
dalam persoalan Khilafah bahkan lebih agung daripada Rasulullahs.a.w.
Mereka juga berpendapat Rasulullah s.a.w. hamper sama wajahnya dengan Ali, oleh
sebab itu malaikat Jibril tersalah sampaikan wahyu kepada Rasulullah sedangkan
asalnya disampaikan kepada Saidina Ali. Ada juga yang menyatakan Jibril sengaja
melakukan sedemikian lalu mengkafirkan Jibril.
Mereka percaya kepada konsep perpindahan ruh (tanasukh al-arwah) dari satu jasad
kepada jasad yang lain,apabila sesorang melakukan kejahatan maka pada kebangkitan
lain ruh mereka akan menjelma dalam keadaan yang menghinakan, jika mereka
melakukan kebaikan maka ruh tersebut akan menjelma dalam keadaan yang mulia dan
dihormati.
Kerana itulah golongan ini menyatakan bahawa Abu Bakar dan Umar akan dibangkitkan
pada dekatnya Kiamat dalam rupa keldai dan baghal dan imam-imam mereka akan
menjadi pengembala serta memukul-hinakan Abu Bakar dan Umar ketika itu dalam
keadaan keldai dan baghal.

Mereka sampai kepada batas ketaasuban dan kelampauan sehingga mengatakan


Saidina Ali bin Abi Thalib dan imam-imam mereka sebagai Tuhan. Samada Tuhan hulul
(menjelma masuk) dalam badan mereka atau mereka bersifat dengan sifat-sifat
ketuhanan.
Walaupun mereka mendakwa bahawa pegangan mereka daripada agama Islam namun
jumhur ulama berpendapat mereka telah terkeluar daripada acuan Islam.
Syiah Ghulah ini terbahagi kepada Sabaiah, Bayaniah, Mughiriah, Mansuriah,
Ghurabiah, Khattabiah, Janahiah, Hululiah, Syariiah, Numairiah.
GERAKAN KEBATINAN [15]
Banyak daripada kumpulan dan agen parasit daripada luar yang ingin merosakkan
Islam. Mereka mula menyerang agama Islam dengan mencipta beberapa ideologi
berbentuk harakah batiniah (gerakan kebatinan) lalu diserap masuk kedalam Islam
dengan menjadikan cinta kepada Ahli Bait Nabi sebagai hujjah mereka. Ada juga yang
menjadikan persoalan falsafah, ilmu kalam, tasawuf ,perbandingan agama dan
kebebasan mutlak terhadap manusia sebagai fokus utama dalam menyebarkan
fahaman kebatinan ini.

Golongan ini digelarkan dengan nama al-Batiniah ( )kerana mereka berkata :

Syariat Allah itu ada lahir dan batinnya, begitu juga dengan ayat-ayat al-Quran dan
hadis-hadis Nabi Muhammad[16]
Mereka menggunakan kaedah takwil[17]sebagai manhaj utama menyebarkan fahaman
ini.
Sebagai contoh :
Sesiapa yang mengetahui makna hakikat ibadah, gugur fardu ibadah daripadanya. Ini
diambil daripada Firman Allahdalam Surah al-Hijr, ayat 99 berbunyi :Sembahlah
Tuhanmu sehingga kamu yakin.
Mereka bergerak samada dalam keadaan jelas atau tersembunyi dalam mana-mana
kelompok. Antara gerakan mereka yang dapat dikenal pasti oleh para ulama iaitu
gerakan Yazidiah, Qaramitah, Ismailiah, Druze, Nusairiah, Hashsyasyin, Babiah,
Bahaiah, Qadianiah, Hizbul Jumhuri, Ahbash, Ansar, Khumainiah dan Harakah Amal.
Pengasas awalnya adalah Maimun bin al-Ahwazi[18], Muhammad bin Hussin (alDandan)[19] bersama satu kumpulan yang dinamakan al-Jarabijah[20] yang pernah
berkumpul sekali dalam penjara di kawasan Iraq, lalu bersepakat mengasaskan
gerakan kebatinan. Selepas bebas daripada penjara, mereka mula menyebarkan
fahaman dan doktrin-doktrin tersebut yang diceduk daripada Islam, Majusi, Yahudi,
Nasrani, Mesir Kuno, Parsi, Yunani, Anamisma dan Buddha.
Gerakan mereka ini terlebih bahaya daripada Yahudi, Nasrani, Majusi dan Dahriah
kerana mereka bergerak dengan menyalurkan doktrin mereka secara halus dan dengan
penggunaan nama Islam sebagai tipu muslihat.

Modus operandi sebagaimana dinyatakan oleh Dr. Anwar Hamid Isa ada beberapa
peringkat dalam meniupkan ruh tipu daya mereka :
1.

Al-Tafarras : Memerhati daripada jauh mangsa yang sepatutnya


2. Al-Tanis : Mula berdamping dan tunjukkan keramahan untuk berkawan
3. Al-Tasykik : Timbulkan persoalan dan keraguan tentang Islam
4. Al-Taliq : Cuba memberi ulasan dan komentar yang salah tentang Islam
5. Al-Rabt : Akan sentiasa cuba berhubung dan menarik dengan lebih rapat
6. Al-Tadlis : Meresap-masukkan doktrin-doktrin pelik lalu menipu dan perdaya
7. Al-Tasis : Mula melakukan proses pembentukan menjadi ahli gerakan
bersama
8. Al-Khulu wal Salakh: Memisah dan mencabut. Mula-mula menjauhkan umat
Islam

daripada pengamalan spiritual mereka sehari-hari dan seterusnya kepada


gugurnya keimanan kepada Allah.
FAHAMAN

NUSAIRIAH

()

(GERAKAN KEBATINAN)
Salah satu daripada ideologi sesat yang dicipta untuk memesongkan ajaran Islam yang
tulen. Mereka adalah pengikut kepada Muhammad bin Nusair al-Basri al-Namiri.[21]
Selepas kematian Hassan al-Askari, Muhammad bin Nusair menyatakan bahawa
Hassan al-Askari ada menyembunyikan seorang anaknya (Muhammad al-Mahdi)
didalam sebuah bilik bawah tanah.
Tujuannya adalah mendapatkan nama dengan mengutip zakat daripada orang ramai
sebagai pengeluaran zakat untuk disalurkan kepada anak Hassan yang tersembunyi
itu.
Dia menggunakan hujjah dengan menggelarkan dirinya sebagai PINTU atau
sebagai orang tengah untuk menyampaikan sesuatu pemberitaan dan menyampaikan
sesuatu hajat yang diinginkan oleh masyarakat. Kerana hasratnya ingin menjadi
penguasa dengan menggunakan Imam yang Ghaib tersebut, dia akhirnya
menggelarkan dirinyasebagai Tuhan.
Kelompok ini juga dinamakan dengan Namiriah, Alawiyun,Hattabun dan lain-lain.
Tersebarnya Nusairiah hari ini disekitar pinggir Syria, kepulauan kecil, Lubnan, Iraq dan
lain-lain.
Imam ibn Kathir penah menyatakan bahawa kelompok Nusairiah ini menganggap
Saidina Ali sebagai Tuhan.Mereka juga mengkafirkan umat Islam keseluruhannya.
Mereka telah meruntuhkan masjid-masjid lalu ditukar dan dibina kilang-kilang dan kedai
penjualan arak.[22]
Antara aqidah mereka adalah [23] :
1. Menganggap Saidina Ali sebagai Tuhan kerana Allah taala telah hulul (menjelma
masuk) ke dalam jasad Saidina Ali, bahkan mereka juga beranggapan bahawa Ali
sudah wujud sebelum bumi dan langit belum dicipta.
2. Mereka berpegang dengan konsep ketuhanan Trinity (3 dalam 1) sebagaimana
Kristian. Kristian beranggapan adanya Tuhan Bapa, Tuhan Anak, Ruhul Quds (Jibril).
Bagi Nusairiah, mereka beranggapan bahawa adanya tiga gabungan daripada
(Saidina Ali) sebagai Yang Paling Agung dan Berkuasa, ( Rasulullah s.a.w.) sebagai
hijab Nurani dan ( Salman al-Farisi) sebagai wasilah untuk menyampaikan kepada
hijab Nurani.

2. Menganggap bahawa imam Hassan al-Askari sebagai Nabi yang diutuskan Tuhan.
Bahkan mengetahui akan setiap perkara-perkara yang ghaib dan terzahir mukjizat
disisinya[24].
Begitulah juga yang berlaku kepada Syeikh-syeikh mereka yang Tuhan hanya
khususkan kepada mereka dengan mengetahui setiap maksud batin (tersirat) daripada
al-Quran dan Hadith.
Mereka tidak memakai-guna ayat al-Quran secara zahir dan mengubah makna tersebut
kepada makna yang tidak layak untuk ditakwilkan.
3. Berpegang dengan konsep Karma sebagaiman agama Buddha yang akan ada
perpindahan ruh serta pembalasan amalan dimuka dunia. Ketika itu berpindahnya ruh
kepada jasad-jasad manusia lain sebagai balasan baik ataupun buruk. Bahkan ada juga
ruh yang berpindah ke jisim-jisim tumbuhan dan haiwan-haiwan.
4. Mengecam bagi sesiapa yang mencela dan menghina Abdul Rahman bin Maljam
(pembunuh Saidina Ali) kerana beranggapan telah melakukan kebaikan. Mereka
beanggapan, telah menjelma sepenuhnya ruh Allah daripada ( alam
ketuhanan) kepada ( alam manusia) untuk menyelesaikan fitnah yang berlaku
dikalangan sahabat Nabi ketika itu.
5. Beriman bahawa Saidina Ali mencipta Rasulullah s.a.w. lalu Rasulullah mencipta
Salman al-Farisi, lalu Salman mencipta 5 orang yang lain iaitu :
al-Miqdad bin Aswad : mengawasi dan menjadi Tuhan bagi manusia dalam mentadbir
mereka
Abu Dzar al-Ghifari : menjadi pemantau peredaran falak, planet-planet dan bintang
dilangit
Abdullah bin Rawahah: penjaga peredaran udara alam dan meniupkan ruh bagi
manusia
Uthman bin Mazun: mengawal situasi, perihal kelakuan dan sifat manusia
Qinbar bin Kadan : sebagai peniup ruh kehidupan kepada seluruh makhluk Tuhan
6. Beranggapan Saidina Ali tidak mati tetapi naik ke langit lalu bersemayam di bulan,
matahari, awan dan lain-lain.Kerana itulah mereka menyembah benda-benda tersebut
kerana Ali ada disana.
7. Tidak mengiktiraf pensyariatan Haji kerana pada pandangan mereka, menunaikan
Haji ke Mekah merupakan perbuatan kufur dan melakukan penyembahan berhala
(dinisbahkan kepada Kaabah).

8. Tidak solat Jumaat, tidak bersuci dengan wudhu, mengangkat janabah (hadas
besar) sebelum menunaikan solat lima waktu. Solat lima waktu mereka tidak perlu
berwudu dan tidak ada sujud kerana ianya termasuk dalam rukun Rukuk dalam
solat.Solat mereka berbeda dengan rakaat yang diamalkan oleh Sunni.
9. Tidak mengiktiraf pensyariatan zakat tetapi mereka mengeluarkan wang saku mereka
(untuk menggantikan zakat) dengan memberi cukai kepada Syeikh-syeikh mereka.
10. Melakukan upacara-upacara kemenyan dan membakar wangi-wangian ketika
melakukan upacara sebagaimana yang dilakukan Kristian dan Buddha.
11. Puasa hanyalah menahan diri daripada isteri-isteri mereka sepanjang bulan
Ramadhan.
Begitula reality sebenar fahaman Nusairiah, sebuah gerakan kebatinan yang bergerak
dalam denyut nadi umat untuk menghancurkannya secara tersembunyi.
Para ulama telah bermuafakat, mereka yang menganut fahaman Nusairiah ini
diharamkan berkahwin dengannya, diharamkan makan sembelihannya, dilarang
daripada mengkafan, solat jenazah dan dilarang untuk dikebumikan bersama kuburkubur orang Islam.
Namun apa yang kita dapati, apa yang berlaku di Syria sekarang, tampuk kepimpinan
negara dikuasai oleh puak Syiah al-Nusairiah ini. Walaupun mereka mengkafirkan
kelompok Syiah Imamiah Isna Asyar namun kerajaan Iran (yang menganut fahama
Syiah Imamiah Isna Asyar) tetap menolong mereka dalam memerangi kelompok Ahli
Sunnah wal Jamaah di bumi Syria yang mulia.
Mungkin disana kenyataan yang dikeluarkan oleh Yusoff al-Qardhawi dan Syeikh Ali alSobuni serta para ulama yang anti-Asad secara zahir berhujjahkan wajib menentang
kezaliman yang dilakukan mereka, namun tidak dinafikan bahawa kebarangkalian besar
perkomplotan Iran membantu Syria dengan menghantar tenteranya Hizbullah untuk
melepaskan dendam kesumat mereka terhadap kelompok Sunni.
Inilah yang dibimbangkan oleh Syeikh Saied Hawwa selama ini yang melihat sendiri
pasca kebangkitan Islam di Iran secara revolusioner ada agenda yang tersendiri.
Bahkan beliau sendiri tidak mengiktiraf bahawa kebangkitan yang berlaku di Iran adalah
sebuah kebangkitan Islam di akhir zaman.
Wallahu alam

Sumbar Rujukkan
[1] Kamus Lisanul Arab karangan ibn Manzur
[2] Kitab al-Milal wal Nihal karangan Imam al-Syahrastani : m/s 146
[3]Khawarij adalah firqah yang pertama keluar daripada Islam pada tahun 36 Hijrah
selepas peristiwa peperangan Siffin antara Saidina Ali bin Abi Thalib dengan Saidina
Muawiah.
[4]Peristiwa ini terjadi pada 10 Muharram 61 Hijrah di Karbala, Iraq. Setiap tahun
mereka akan mengadakan perayaan bagi memperingati kematiannya dengan
memukul-mukul anggota tubuh dengan benda tajam.
[5]Abdullah bin Saba adalah seorang Yahudi Yaman. Dikenali ketika itu dengan
panggilan Ibn Sauda.
[6] Kitab Mujmal Aqaiedul Syiah karangan Syeikh Mamduh al-Harabi : ms 12
[7] Kitab al-Farqu bainal Firaq karangan Syeikh Abdul Qahir al-Baghdadi : m/s 25
[8]Disisi pendapat jumhur ulama mengatakan mereka dikalangan yang mutadil.
[9] Kitab Mujmal Aqaied al-Syiah karangan Syeikh Mamduh al-Harabi : m/s 173
[10]Akan disebut pegangan Syiah Ghulah dihadapan nanti.
[11] Kitab Al-Syiah bainal Itidal wal Ghuluw karangan Dr. Anwar Hamid Isa : m/s 51
[12]Maksum : Allah taala menjaga seseorang yang mukallaf (Nabi-nabi dan malaikat)
daripada melakukan dosa dan mustahil akan berlaku perbuatan dosa tersebut. Rujuk
:Tuhfatul Murid ala Jauharah Tauhid karangan Syeikh Ibrahim Baijuri m/s 315 .
[13]Lahir pada 256 Hirah. Pengikut Imamiah percaya beliau tidak mati dan akan diturun
menjadi Imam Mahdi pada akhir zaman menolong Nabi Isa menegakkan kalimah Allah
taala.

[14]Beliau lahir pada tahun 80 Hijrah dan syahid pada 122 Hijrah.Beliau seorang yang
soleh, cerdik, kuat ingatan, berani, amanah, pakar dalam agama.Mempunyai sebuah
kitab al-Majmu al-Kabir fil Fiqh wal Hadith.
[15]Kitab Mausuah al-Muyassarah fil Adyan wal Mazahib wal Ahzab al-Muasarah
(WAMY)
[16] Kitab al-Syiah bainal Itidal wal Ghuluw karangan Dr. Anwar Hamid Isa : m/s 191
[17]Takwilyang dimaksudkan adalah mengubah setiap makna asal daripada lafaz-lafaz
Al-Quran dan Hadith dengan makna yang tidak sah dan tidak sesuai ditanggung akan
maknanya.
[18]Dr. Anwar Hamid Isa menyebut beliau adalah seorang pemeluk agama Majusi. Dia
pernah berkata :Sesungguhnya Sang Pencipta telah menciptakan seorang manusia,
lalu mereka berdua bergandingan bahu menjadi pentadbir alam.Ini samalah dengan
aqidah yang dipegang Majusi bahawa Azdan (Tuhan Cahaya) telah menciptakan
Ahraman (Tuhan Kegelapan) lalu bergandingan mentadbir alam sejagat.
[19]Dalam kitab al-Fahrasat ibn Nadim ada menyatakan bahawa beliau adalah seorang
lelaki yang mempunyai keintelektualan tinggi (ahli falsafah), sangat mahir dalam bidang
ilmu astronomi dan amat memusuhi Daulah Islamiah ketika itu.
[20]Disebut oleh Imam Abdul Qahir al-Baghdadi, mereka adalah satu kumpulan yang
beragama Majusi. Mereka cuba menyelewengkan intipati ajaran Islam dengan
mentawilkan Al-Quran dan Hadith Nabi s.a.w. supaya selari dengan agama mereka
melalui cara kebatinan.
[21]Beliau wafat pada tahun 270 Hijrah ketika zaman Imam Hassan al-Askari (imam ke11 Syiah).
[22]Kitab al-Bidayah wal Nihayah karangan Imam ibn Kathir : jilid 14 m/s 73
[23] Kitab al-Syiah bainal Mutadil wal Ghuluw karangan Dr. Muhammad Anwar Hamid
isa : m/s 243
[24]Kitab al-Harakat al-Batinah fil Islam karangan Dr. Mustafa Ghalib : m/s 289
Ustaz Muhammad Zuhairi bin Zainal Abidin

Anda mungkin juga menyukai