Anda di halaman 1dari 2

Nyatakan matlamat pendidikan multibudaya berdasarkan pandangan A.

Banks(1994)

James A. Banks (1994) telah mengenal pasti matlamat pendidikan multibudaya iaitu ;

1. Untuk mengurangkan diskriminasi terhadap sesuatu kaum dan memberikan pendidikan


yang adil kepada semua individu

2. Menghormati di antara satu sama lain tanpa mengambil kira perbezaan kaum dan kelas
sosial. Melalui pendidikan multibudaya ini, pelajar akan mengenali kebudayaan kaum lain.
Dengan ini, pelajar akan lebih menghargai dan menghormati antara satu sama lain.

3. Membantu pelajar membina pengetahuan, sikap dan kemahiran diri agar boleh
membangunkan kaum sendiri dan juga kaum yang lain seterunya membangunkan negara ke
peringkat antarabangsa.

4. Membantu individu memahami diri sendiri dengan melihat diri dari perspektif budaya orang
lain.

Huraikan 4 peringkat mengintegrasikan Isi Kandungan Pendidikan Multibudaya yang


dicadangkan oleh Banks(1999) berserta contoh-contoh berkaitan dengan subjek yang
anda ajar.

Berikut merupakan 4 Tahap/Peringkat Mengintegrasikan Isi Kandungan Pendidikan


Multibudaya yang dicadangkan oleh Banks (1999)

Tahap 1 adalah Sumbangan.Pada Tahap 1 ini, pengajaran dan pembelajaran memberikan


penekanan kepada tokoh-tokoh dan hero budaya, artifak budaya, hari-hari perayaan, dan adat
yang berbeza atau tersendiri. Dalam Pendidikan Moral, pelajar akan menerangkan amalan
pelbagai perayaan yang disambut oleh kaum-kaum di Malaysia.

Tahap 2 adalah Penambahan.Pada Tahap 2, atas inisiatif guru, masa interaksi di dalam kelas
akan bertambah selari dengan adanya unit atau kandungan yang khusus untuk
membincangkan tentang kandungan, konsep, tema, dan perspektif budaya tertentu secara
terperinci. Pada Tahap 2 ini, guru akan menyediakan masa yang mencukupi agar pelajar dapat
menyelidik dan memahami atau mempelajari lebih daripada satu maklumat. Dalam mata
pelajaran Pendidikan Moral pelajar membina peta minda berkaitan kepentingan menerima,
menghormati dan mengurus kepelbagaian perayaan yang disambut oleh kaum-kaum di
Malaysia..Pada tahap ini saya memberi masa untuk mencari maklumat tentang perayaan kaum-
kaum di Malaysia.

Tahap 3 adalah Transformasi atau Perubahan.Tahap 3 ini, melibatkan penyesuian struktur dan
set kurikulum untuk membantu dan membolehkan pelajar mendalami konsep, isu, peristiwa,
dan tema daripada perspektif pelbagai etnik dan budaya.

Dalam tahap ini guru dan pelajar akan menyediakan satu unit pembelajaran yang akan
mengkaji perbezaan dan perbandingan pelbagai budaya yang wujud. Unit ini mungkin akan
dirancang dan ditentukan oleh interaksi dan respon pelajar. Dalam pembelajaran Pendidikan
Moral, saya akan memberi tugasan untuk mengkaji perbezaan dan perbandingan pelbagai
budaya daripada pelbagai perspektif etnik di Malaysia. -

Tahap 4 adalah Tindakan Sosial. Pada tahap ini kurikulum harus memberi peluang kepada
pelajar menguasai kemahiran membuat keputusan dan mengambil tindakan yang sesuai
dengan konsep, isu, atau masalah yang berkaitan. berasaskan prinsip-prinsip demokrasi.
Kurikulum Pendidikan Moral menyediakan satu panduan hidup kepada pelajar untuk membuat
keputusan dan tindakan yang membolehkan mereka melaksanakan tanggungjawab moral dan
sosial terhadap keluarga, sekolah, jiran, masyarakat dan negara.Contohnya, murid membuat
simulasi berdasarkan kad situasi yang diberi.

Anda mungkin juga menyukai