Anda di halaman 1dari 3

Soalan Penulisan Kritikal (Group M dan N)

MUHAMMAD HANIF BIN ZAINUDDIN (D20201094146)

Berdasarkan buku Gaya Bahasa dan Proses Kognisi, bincangkan bagaimanakah isi kandungan
buku dapat memanfaatkan dalam kerjaya anda pada masa depan?

Setiap kerjaya perlu mempunyai tahap profesionalisme yang berkualiti dan cemerlang.
Setelah saya membaca buku "Gaya Bahasa dan Proses Kognisi", saya telah memahami konsep
gaya bahasa dan unsur psikologi, proses kognisi, pemprosesan informasi dan penggabungan
kedua-dua konsep tersebut dalam meningkatkan kemahiran komunikasi dan penulisan dalam
pembelajaran pengajian saya untuk meningkatkan kerjaya saya pada masa depan.

Dalam kehidupan seseorang individu, komunikasi merupakan suatu alat yang penting
dalam menyampaikan mesej atau maklumat kepada orang lain. Menurut Asmah Omar (2010),
dari segi linguistik, bahasa ditakrifkan sebagai sistem lambang yang abstrak yang berperanan
sebagai alat komunikasi dalam kalangan manusia. Komunikasi yang betul memerlukan
penggunaan bahasa yang sesuai dalam konteks pengucapan di antara satu sama lain (Prof. Dr.
Suppiah Nachiappan, 2019). Sebagai contoh, kerjaya sebagai seorang guru kerap menjalankan
sesi soal jawab dalam pengajaran dan pembelajaran sesuatu matapelajaran. Dalam hal ini, pelajar
seharusnya menjawab soalannya secara spontan. Hal ini menunjukkan komunikasi memerlukan
pemprosesan maklumat yang berkesan dalam penyumbang kepada perkembangan kognisi yang
aktif (Prof. Dr. Suppiah Nachiappan, 2019). Sebagai guru, melalui jawapan pelajar kita boleh
mengukur kefahaman pelajar terhadap PdPc tersebut lalu guru juga boleh membuat pentaksiran
bilik darjah secara berterusan dan berkesan.

Selain itu, penyampaian isi atau maklumat dalam tugasan pelajar merupakan perkara
yang penting. Hal ini demikian kerana penggunaan gaya bahasa yang sesuai dan juga unik dapat
membantu pelajar dalam proses penulisan teks. Sebagai pelajar degree saya dikehendaki
memastikan isi atau maklumat yang disampaikan adalah difahami oleh pensyarah atau pembaca.
Menurut Prof. Dr. Suppiah Nachiappan(2019), gaya bahasa merupakan penyampaian kandungan
pemikiran dan budaya penutur bahasa tersebut. Justeru, bahasa adalah wahana yang mendasari
tindakan manusia untuk menjalankan kehidupan sosial (Kramsch, 2001). Disamping itu, saya
juga mahu menjadi sebagai seorang guru, maka ilmu yang diperoleh membantu saya untuk
menyurahkannya kepada anak didikan saya secara langsung dan tidak langsung.

Menurut penyataan dari buku gaya Bahasa dan kognisi dalam halaman 32, menekankan
penggunaan gaya Bahasa dalam pengucapan dan penulisan bergantung pada rangsangan dan
gerak balas semasa memikir secara mendalam dan semasa melakukan aktiviti pengucapan dan
penulisan. Penguasaan gaya bahasa ini membantu saya untuk menyediakan teks ucapan bagi
memudahkan tugas sebagai pengacara sesuatu majlis. Sebagai contoh, dalam kerjaya seorang
guru, guru haruslah menguasai pengucapan atau pengacaraan sesuatu majlis semasa hari sukan
sekolah, di waktu perhimpunan, majlis anugerah pelajar dan lain-lain bagi bertujuan untuk
melancarkan dan memeriahkan suasana dalam sesuatu majlis.

Kemahiran menulis merupakan suatu keperluan kepada seseorang individu terutamanya


yang berkerjaya sebagai seorang guru. Dalam profesionalisme perguruan guru dikehendaki
menyediakan rancangan pengajaran harian dengan kemahiran menulis. Tambahan pula, guru
mendidik anak buahnya cara menulis karangan dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa
Cina dan Bahasa Tamil. Menurut Prof. Dr. Suppiah Nachiappan (2019), kemahiran menulis
memerlukan proses mengarang yang melibatkan penggunaan beberapa kawasan otak secara
langsung atau tidak langsung. Melalui kepelbagaian aktiviti penulisan, pelajar dapat dilatih untuk
menggunakan minda mereka secara optimum, maka proses pemikiran akan menjadi secara
kreatif, kritis dan praktikal. Lantaran itu, peningkatan kemahiran menulis dalam proses
pemikiran seseorang individu dapat membantu individu seperti pelajar menyampaikan maklumat
dengan berkesan.

Tambahan pula, kerjaya sebagai seorang guru juga perlu menggunakan kaedah pedagogi
Hermeneutik untuk menganalisis maklumat yang didapati dalam buku. Menurut Prof. Dr.
Suppiah Nachiappan (2019), kaedah tersebut adalah mengutamakan interpretif, kualitatif dan
menghuraikan makna iaitu kebenaran yang tersurat dan tersirat dalam sesebuah teks. Melalui
kaedah ini, saya dapat menghalusi makna sesebuah teks yang terdapat dalam buku, maka saya
mengaplikasikan makna yang dapati dalam tugasan harian saya. Dengan menggunakan kaedah
tersebut, ia membantu saya mencungkil penemuan baharu daripada teks asal untuk diteliti
selanjutnya. Ilmu tersebut membantu saya untuk mengaplikasikan dalam menganalisis kajian-
kajian yang berkaitan dalam tugasan saya. Cara yang saya pelajari daripada pembacaan ini boleh
membantu dalam kerjaya saya untuk mendidik anak didikan saya untuk mencungkil bakat
mereka dalam tugasannya.

Bergantung dengan isi-isi yang temyata di atas, buku “gaya bahasa dan proses kognisi”
ini amat memanfaatkan saya dalam pembelajaran. Tambahan pula, buku tersebut telah
menambahkan ilmu pengetahuan saya dalam pelbagai aspek terutamanya aspek gaya bahasa
dalam komunikasi, penyampaian maklumat, kemahiran penulisan dan juga menganalisiskan
maklumat dalam teks. Saya akan mengaplikasikan kesemua ilmu pengetahuan dalam
pembelajaran dalam kehidupan harian dan juga dalam kerjaya saya pada masa hadapan.

Anda mungkin juga menyukai