Anda di halaman 1dari 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS 56000

KUALA LUMPUR

JABATAN PENGAJIAN MELAYU

TUGASAN KERJA KURSUS 2


(INDIVIDU)
SEMESTER : DUA TAHUN : 1/2023
KOD KURSUS BMMB 1134

KURSUS KETERAMPILAN BERBAHASA

Nama Pelajar
NORHIDAYAH BINTI RUSLI
Angka Giliran
2022172310008
No. Kad Pengenalan
031103-03-0176
Kumpulan/Unit
PPS2-6
Nama Pensyarah NOOR HAYATI BINTI CHE MAT

Tarikh Hantar 17 MAC 2023

Pengesahan Pelajar:

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh


pensyarah telah saya rujuki dan fahami.

Catatan (jika ada)

Tanda Tangan Pelajar: Tarikh:

Markah
Keterampilan berbahasa adalah kemampuan seseorang dalam menggunakan bahasa
secara efektif dan tepat dalam berkomunikasi dengan orang lain. Keterampilan berbahasa
meliputi empat aspek utama iaitu kemampuan mendengar, berbahasa, membaca, dan
menulis(Nida,1957).Keterampilan mendengar adalah kemampuan seseorang dalam
memahami apa yang dikatakan oleh orang lain. Keterampilan berbahasa adalah kemampuan
seseorang dalam menyampaikan idea dan fikiran dengan jelas dan efektif. Keterampilan
membaca adalah kemampuan seseorang dalam memahami dan mentafsir teks bertulis.
Tambahan pula, keterampilan menulis adalah kemampuan seseorang dalam
mengekspresikan diri secara tertulis dengan cara yang jelas dan efektif.Keterampilan
berbahasa sangat penting dalam kehidupan sehari-hari, baik dalam situasi peribadi mahupun
profesional. Kemampuan berbahasa yang baik dapat membantu seseorang untuk
berkomunikasi dengan jelas dan memahami info dengan lebih baik, serta berinteraksi dengan
orang lain dengan lebih mudah. Selain itu, keterampilan berbahasa juga dapat membantu
seseorang untuk meningkatkan kemampuan belajar dan mengembangkan bidang pekerjaan
mereka.

Dalam usaha para guru meningkatkan sesuatu pengajaran dan pembelajaran bahasa, para
guru haruslah menguasai asas teori-teori bahasa. Teori-teori bahasa adalah sangat penting
dalam merancang pendekatan, kaedah, teknik dan strategi yang bersesuaian dengan
pengajaran dan pembelajaran bahasa kepada murid-murid.Menurut (Kamarudin,1986),
terdapat lebih kurang sepuluh teori bahasa yang terkenal. Antara teori bahasa yang harus
dikuasai adalah teori behaviorisme,teori biologis,dan teori mentalistik. Teori behaviorisme
menekankan bahawa sesorang individu itu bukanlah belajar melalui otaknya namun lebih
kepada pengalaman mereka. Antara faktor yang mempengaruhi teori ini adalah faktor
persekitaran dimana tingkah laku sebagai gerak balas. Teori ini dapat mengekalkan sesuatu
perlakuan sekiranya dikukuhkan lagi dengan ganjaran. Melalui teori ni juga, pengulangan
ulang kaji oleh para murid sangat penting kerana berlakunya satu rangsangan dan gerak balas
yang baik untuk membentuk kebiasaan dalam diri mereka. Oleh itu, tegaslah bahawa teori
behaviorisme ini menganggap bahasa dikuasai melalui proses pengulangan sehingga
menjadi satu kebiasaan. Seterusnya, teori biologis membawa maksud faktor biologi seperti
faktor genetik, fisiologi dan neurologi memainkan peranan penting dalam membentuk perilaku
manusia. Teori ini menyatakan bahawa perilaku manusia dapat dijelaskan melalui
pengalaman yang dihadapi oleh mereka sendiri. Selain itu, teori mentalis adalah proses
pemikiran atau aktiviti mental manusia secara semula jadi.Bahasa dianggap sebagai hasil
daripada proses otak dan saraf setelah menerima bahan buku dalam bentuk perangsang dari
alat deria. Teori mentalis menyatakan bahawa manusia memiliki kemampuan untuk
memahami pemikiran dan emosi orang lain, sehingga perilaku manusia dapat dipengaruhi
oleh hubungan sosial dan interaksi dengan orang lain. Teori ini juga menekankan bahawa
individu memiliki tujuan, keinginan, dan motivasi yang unik, yang mempengaruhi cara mereka
memproses informasi dan membuat keputusan. Menurut (Kamarudin,1986), Semua bidang
penghuraian bahasa mestilah berdasarkan kepada logik kerana sesuatu yang tidak dapat
dimengertikan adalah tidak bermakna dan tidak dapat diterima.Ringkasnya, teori mentalistik
lebih menekankan kepada pengetahuan seseorang kerana sejak dilahirkan manusia
mempunyai kebolehan untuk menguasai bahasa atau kebolehan semula jadi.

Terdapat beberapa bentuk keterampilan berbahasa yang penting untuk seseorang


penyampai menguasainya. Antara bentuk keterampilan bahasa tersebut termasuklah
penyampaian bentuk mendidik. Penyampaian bentuk mendidik ini haruslah disertakan
dengan beberapa aspek iaitu dari segi pendidikan, disiplin, saintifik, ringkasan, insipirasi, dan
penerimaan orang ramai. Input yang diberikan oleh seorang penyampai haruslah mempunyai
moral yang mulia untuk diterapkan kepada para pendengar. Istilah yang digunakan juga
haruslah ditapis terlebih dahulu dengan menggunakan bahasa yang tepat dan ayat yang logik
demi mengelakkan perselisihan faham. Seterusnya, bahasa yang digunakan juga haruslah
sesuai dengan peringkat umur pendengar tidak kiralah pendengar tersebut adalah orang
dewasa atau kanak-kanak. Seterusnya, bagi penyampaian bentuk syarahan umum, antara
ciri yang perlu diambil kira oleh seorang penyampai adalah memberikan penerangan dengan
memperincikan tajuk syarahan tersebut. Isi-isi penting juga haruslah diteliti supaya makumat
yang ingin disampaikan adalah jelas. Syarahan umum kebiasaanya adalah komunikasi secara
sehala. Di samping itu, terdapat juga penyampaian bentuk memujuk. Cara penyampaian
bentuk memujuk bergantung kepada konteks dan tujuan daripada pesan yang ingin
disampaikan. Cara yang terbaik untuk memujuk adalah dengan menjelaskan manfaat atau
keuntungan yang akan diperoleh oleh penerima sekiranya mereka melakukan atau menerima
sesuatu pekerjaan tersebut. Bahasa yang persuasif juga adalah salah satu cara untuk
meyakinkan para pendengar. Hal ini jelas kerana pendengar berkecenderungan untuk
mendengar ayat atau pujian yang manis terhadap mereka. Namun begitu, haruslah diingat
bahawa cara terbaik untuk menyampaikan penyampaian bentuk memujuk adalah dengan
jujur dan menghargai keputusan yang dibuat oleh pendengar.Selain itu, penyampaian bentuk
menghibur juga adalah salah satu bentuk keterampilan berbahasa. Penyampaian bentuk
menghibur haruslah bersesuaian dengan humor yang tepat dan relevan berkaitan tajuk yang
ingin disampaikan. Penyampai haruslah memilih bahasa yang mudah difahami untuk
membantu memudahkan komunikasi antara audiens. Perumpamaan yang menarik juga dapat
membantu menyampaikan info dengan cara yang kreatif dan menghibur. Namun begitu,
penyampai haruslah memastikan pesanan atau info yang disampaikan tetap fokus dan tidak
terlalu berlebihan dalam usaha menghibur para audiens. Penyampaian seterusnya adalah
penyampaian secara perbincangan. Cara penyampaian bentuk perbincangan bergantung
kepada tujuan perbincangan dan situasi yang sedang berlaku. Pernyampaian berbentuk
perbincangan ini berlaku secara dua hala dimana terdapat pendengar dan penyampai yang
berkomunikasi antara satu sama lain. Pertanyaan haruslah sentiasa diajukan supaya dapat
mengetahui topik yang dibincang dengan lebih jelas. Perbincangan ini haruslah dilakukan
secara adil dengan mengambil kira pendapat orang lain untuk mengelakkan berlakunya
ketidakpuasan hati sesama ahli perbincangan tersebut. Kritikan atau komen yang diberikan
haruslah diterima dengan baik dan mengambil peluang tersebut untuk belajar membina
hubungan yang lebih baik dan meningkatkan kebolehan berkomunikasi.

Menurut Teo Kok Seong (2002), keterampilan bertutur sangat penting untuk menjalinkan
hubungan komunikasi antara semua ahli masyarakat, tidak terhad kepada situasi tertentu
sahaja. Hal ini menunjukkan bahawa kegagalan komunikasi yang baik boleh menyebabkan
mesej yang ingin disampaikan adalah tidak jelas. Menurut Mahzan Arshad (2008), masalah
ini kebanyakan berlaku dalam kalangan murid-murid terutama pelajar di institusi pengajian
tinggi. Jika difikirkan dengan lebih mendalam, terdapat banyak kepentingan keterampilan
berbahasa dalam bidang pendidikan. Teori behaviorisme adalah sangat sesuai digunakan
oleh para guru di sekolah untuk menentukan tahap pengetahuan kanak-kanak sama ada
lembap, sederhana dan cemerlang. Dalam proses pembelajaran, teori ini adalah sangat
sesuai digunakan kerana murid-murid dapat mengambil masa yang secukupnya untuk
memahami sesuatu pelajaran.Mengikut teori ini juga, susasana pengajaran dan pembelajaran
yang memberangsangkan turut wujud kerana adanya ganjaran yang akan diberikan kepada
para murid sebagai galakan pengukuhan dan pengulangan pembelajaran mereka. Mengikut
teori mentalistik pula, murid-murid dapat mengetengahkan idea,pendapat, mencerna idea,
mentafsir pemikiran dan menyelesaikan masalah. Hal ini bersesuaian dengan teori itu sendiri
dimana murid-murid akan menguji andaian atau hipotesis mereka mengenai penguasaan
bahasa yang mereka miliki sama ada bahasa yang mereka gunakan itu betul atau salah.
Seperti yang kita tahu,dalam pengajaran bahasa, makna yang diberikan adalah lebih penting
berbanding struktur bahasa. Oleh itu, guru itu sendiri haruslah menjadi model yang baik
terhadap para murid.

Seterusnya, kita lihat pula kepentingan penyampaian bentuk mendidik dalam bidang
pendidikan. Sekolah itu sendiri merupakan tempat untuk para murid menimba ilmu.Oleh itu
pendidikan yang sewajarnya haruslah diberikan supaya dapat melahirkan murid yang
mempunyai keterampilan berbahasa yang cemerlang. Penyampaian bentuk mendidik mampu
memberikan kesedaran kepada murid-murid tentang pentingnya keterampilan berbahasa
sekiranya guru mampu memberikan inspirasi kepada mereka. Selain itu, penyampaian bentuk
menghibur juga mampu memberikan kepentingan di dalam bidang pendidikan. Para murid
mampu berimaginasi dengan tinggi dengan adanya gambar dan visual yang menarik yang
digunakan di dalam bilik darjah. Hal ini dapat menambahkan kefahaman mereka terhadap
sesuatu subjek yang dipelajari di sekolah.

Kesimpulannya, kesemua teori dan bentuk keterampilan bahasa mempunyai kebaikan dan
kepentingan yang boleh digunakan dalam bidang pendidikan. Sebagai seorang pendidik, kita
haruslah mengetahui cara yang berkesan untuk meningkatkan kemahiran murid mempelajari
bahasa.

Rujukan

Noor Afzaliza Nazira Ibrahim, & Maizatul Haizan Mahbob. (2021). Keterampilan Peribadi

Pelajar Sebagai Satu Bentuk Kemahiran Komunikasi dan Kepentingannya dalam

Pasaran Dunia Pekerjaan. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of

Communication, 37(1), 209–226. https://doi.org/10.17576/jkmjc-2021-3701-12

Zaini, H. (2017). TEORI PEMBELAJARAN BAHASA DAN IMPLEMENTASI STRATEGI

PEMBELAJARAN AKTIF. An Nabighoh Jurnal Pendidikan Dan Pembelajaran

Bahasa Arab, 19(2), 194. https://doi.org/10.32332/an-nabighoh.v19i2.999

Hassan, A. (1989). Linguistik am untuk guru bahasa Malaysia. Fajar Bakti.

Noraini Idris, & Shuki Osman. (2009). Pengajaran dan pembelajaran : teori dan praktis.

Mcgraw-Hill (Malaysia.

Kamaruddin Hj. Husin. (1986). Kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa. Sarjana.

Anda mungkin juga menyukai