Anda di halaman 1dari 6

ISI KANDUNGAN

KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN 3
2.0 KONSEP DAN KEMAHIRAN
BERTUTUR 3
3.0 AKTIVITI KEMAHIRAN BERTUTUR 4
KONTEKSTUAL
3.1 BERPIDATO 4

3.2 BERCERITA 5

3.3 PERBINCANGAN 5

3.4 PERBAHASAN 6

4.0 KESIMPULAN 7

RUJUKAN 8

LAMPIRAN 9
1.0 PENGENALAN

Kemahiran bertutur begitu dititikberatkan kerana dapat melahirkan buah idea


pemikiran dalam setiap individu terutamanya murid.Bertutur ialah cara berkomunikasi yang
kompleks serta menggunakan proses mental yang menggerakkan alat pertuturan bagi
menghasilkan dan mengeluarkan bunyi yang bermakna.Kegiatan bertutur ialah menyebut
bunyi-bunyi yang dihasilkan daripada alat-alat sebutan atau juga dikenali sebagai artikulator.
Kemahiran bertutur juga menjadikan seseorang pelajar dapat menyebut perkataan dengan
sebutan serta nada yang sesuai, mengekspresikan perasaan, meluahkan pendapat dan
idea.Pendekatan secara kontekstual adalah pendekatan terkini dalam proses pembelajaran
yang melibatkan aktiviti secara fizikal dan mental.Ianya juga bermaksud kaedah
pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu,
alam pekerjaan dan kehidupan masyarakat.Melalui aktiviti kemahiran bertutur secara
kontekstual, kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar dapat dipertingkatkan melalui proses
menghubungkait, mengalami, mengaplikasi, berkerjasama dan memindahkan.Semua
kemahiran bertutur melibatkan kemahiran berfikir secara langsung mahupun secara tidak
langsung.

2.0 KONSEP DAN OBJEKTIF KEMAHIRAN BERTUTUR

Pertuturan adalah sebuah gabungan daripada bunyi-bunyi bahasa yang


dilafazkan.Proses bertutur ini berlaku setelah penutur itu mendengar serta memahami
dengan baik apa yang diujarkan oleh penyampai.Individu juga didapati bertutur melalui
pengalaman daipada kecerdasan minda.Kemahiran bertutur terdapat banyak aspek iaitu
aspek fizikal, persekitaran, kesihatan dan jantina.Pertuturan yang baik juga terdiri daripada
aspek fonologi, intonasi,struktur dan penguasaan sistem bunyi yang lain.Objektif kemahiran
bertutur dipelajari bagi membolehkan murid bertutur serta melontarkan idea-idea dengan
menggunakan bahasa yang sesuai serta bertatatusila dalam pelbagai keadaan seperti
perbualan dengan guru, rakan-rakan, ibu bapa dan aktiviti bertutur secara kontekstual.

2
3.0 AKTIVITI KEMAHIRAN BERTUTUR KONTEKSTUAL

3.1 BERPIDATO

Pidato merupakan suatu ucapan yang memiliki susunan yang teratur serta baik yang
disampaikan kepada orang ramai.Aktiviti berpidato sesuai dijalankan oleh guru untuk murid
ialah kerana pidato dapat melatih murid menggunakan intonasi dan yang betul serta gerak
geri yang tepat.Tujuan berpidato ialah dapat mempengaruhi orang lain supaya mudah
menuruti kemahuan individu dengan rela,memberikan sesuatu pemahaman serta maklumat
berguna kepada orang lain dan menyenangkan orang lain melalui kata-kata yang
disampaikan oleh pemidato.Aktiviti berpidato sesuai dilaksanakan oleh guru kerana dapat
melatih murid untuk menyampaikan bicara dengan lebih baik sekali gus meningkatkan
kemahiran berfikir murid tersebut.Hal ini demikian kerana secara tidak langsung murid akan
berusaha memikir idea untuk dilontarkan ketika berpidato agar isinya diterima oleh orang
lain.Seterusnya, aktiviti berpidato juga bukan hanya perlu disampaikan mengikut teks malah
ianya juga boleh dilakukan secara spontan bagi merangsang minda murid untuk berfikir
pada setiap masa.

Pidato merupakan aktiviti yang baik untuk meningkatkan kemahiran bertutur dan
kemahiran berfikir pelajar.Melalui kajian falsafah pemikiran dari Barat mendapati bahawa
hanya 2 peratus daripada manusia yang menggunakan akalnya untuk berfikir manakala 3
peratus manusia lagi memikirkan apa yang difikirnya dan ada yang fikir dia sudah
berfikir.Kesan positif berfikir ialah dapat memupuk dan mewujudkan pemikiran yang baik
serta berkesan dan melahirkan idea yang kritis serta kreatif.

3.2 BERCERITA

Definisi becerita berdasarkan Kamus Bahasa Melayu ialah menuturkan seseuatu


cerita.Becerita merupakan satu cara yang berkesan untuk berkomunikasi sambil berhibur
dan merupakan suatu seni yang menggunakan bahasa, pergerakan dan mimik muka untuk
melontarkan idea serta merangsang daya imaginasi individu.Aktiviti becerita yang dilakukan
secara kontekstual dapat memberi peluang kepada murid untuk bertutur menggunakan

3
intonasi dan nada yang sesuai serta mimik muka yang menepati jalan cerita.Melalui aktiviti
brcerita murid akan mendapat pengajaran nilai murni yang akan digunakan dalam
kehidupan seperti yang terkandung di dalam buku cerita rakyat.Secara tidak langsung
becerita dapat mencerdaskan minda murid melalui berfikir untuk menjadi lebih baik daripada
sebelumnya.Murid juga akan berfikir secara kritis dan kreatif akibat dorongan serta
pengalaman yang didapati dalam aktiviti becerita.Keyakinan dan rasa ingin tahu murid juga
akan bertambah yang menyebabkan murid akan kerap bertanya kepada guru tentang
persoalan kehidupan sehingga mampu memajukan diri ke arah kecemerlangan.

Becerita juga memerlukan teknik iaitu cara yang lebih khusus yang dicipta bagi
mencapai objektif pembelajaran murid.Kemahiran-kemahiran yang digunakan dalam teknik
bercerita adalah kemahiran verbal dan nada suara.Kemahiran verbal merujuk kepada
penekanan frasa, penggunaan ayat-ayat yang mudah dan projeksi suara manakala nada
suara pula bermaksud individu perlu memanipulasikan mimik muka bagi mempamerkan
emosi yang berlainan.

3.3 PERBINCANGAN

Perbincangan menurut Kamus Bahasa Melayu didefinisikan sebagai perbuatan atau


hal berbincang serta perundingan.Aktiviti perbincangan yang dijalankan akan melibatkan
interaksi pelajar di dalam kumpulan.Guru akan menjadi fasilitator dan memberikan tajuk
perbincangan seperti permasalahan ataupun isu semasa dan murid dikehendaki untuk
berbincang di dalam kumpulan yang telah ditetapkan.Matlamat perbincangan ialah untuk
memberikan idea yang bernas, menjelaskan idea secara kritis dan teratur dan mengemukan
cadangan yang baik bagi mencapai objekif pembentangan.Murid berpeluang untuk
mengasah kemahiran berfikir agar dapat membuat keputusan yang rasional serta dapat
mengetahui etika ketika berbincang dalam mencapai kesepakatan di antara semua pihak
yang terlibat.Teknik perbincangan yang betul akan berjaya membantu murid mencadangkan
idea dengan cara yang sistematik dan teratur.

Selain itu, murid juga dapat menghasilkan cadangan yang lebih baik hasil daripada
perbincangan dan meningkatkan penggunan kosa kata yang baru ketika berinteraksi
sesama sendiri.Kesannya, murid akan lebih berkeyakinan ketika berinteraksi dengan

4
menggunakan idea yang kritis dan inovatif serta mampu membantu murid dalam
melontarkan idea secara spontan mengenai isu tertentu dengan menggunakan hasil
perbincangan.

3.4 PERBAHASAN

Definisi perbahasan mengikut Kamus Bahasa Melayu ialah pertukaran fikiran


mengenai sesuatu perkara.Tujuan aktiviti perbahasan dijalankan oleh guru di sesi
pembelajaran ialah untuk melahirkan murid yang mempunyai tahap keyakinan tinggi dan
berpandangan jauh serta mampu memberikan idea yang kritis dan teratur secara
spontan.Perbahasan juga mengutamakan kemahiran berhujah secara spontan yang diberi
keutamaan melalui format bahas ala parlimen lebih sesuai dan tepat dalam memastikan
murid pintar dan cerdas dari segi kebolehan mental.Implikasinya, murid akan dapat berfikir
secara kritis, rasional dalam mempertimbangakan sesuatu perkara dan tidak takut untuk
melahirkan pandangan peribadi bagi mendapatkan keputusan yang terbaik.Murid juga
berpeluang untuk mempelajari cara perbahasan ala parlimen mengikut format iaitu
mempunyai pihak kerajaan dan pihak pembangkang.Melalu perbahasan ala parlimen, murid
akan dapat mengetahui tentang pelaksanaan mengikut format yang telah ditetapkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia dan memperoleh pengalaman baru yang akan menjadikan
pemikiran murid menjadi lebih matang.

Seterusnya, murid juga berpeluang untuk meningkatkan pengetahuan terhadap kosa


kata baru yang boleh digunakan di dalam pertuturan mahupun penulisan serta mengetahui
laras bahasa yang berkenaan.Tatabahasa murid juga akan semakin menjadi lebih baik
daripada yang sebelumnya.

4.0 KESIMPULAN

Kemahiran bertutur secara kontekstual yang dilakukan dalam aktiviti dapat


membantu murid untuk meningkatkan kemahiran berfikir dalam menjana idea-idea yang
bernas dalam usaha membangunkan modal insan yang berguna serta memajukan negara

5
tercinta.Kemahiran bertutur juga penting kerana dapat melatih murid berfikir dengan kreatif
dan kreatif yang akan memberikan banyak manfaat kepada diri mereka.

Anda mungkin juga menyukai