Anda di halaman 1dari 7

NURUL HIDAYAH (PP2212007T)

Falsafah megikut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka bermaksud pengetahuan tentang
pengertian yang dianggap sebagai ilmu yang tertinggi atau sebagai dasar kepada ilmu-ilmu
lain. Dari sudut pandangan sejarah, perkataan falsafah mula digunakan oleh ahli matematik
terkenal iaitu Pythagoras. Perkataan ini berasal daripada perkataan Yunan iaitu philien yang
bermakna cinta dan Sophia merujuk kepada kearifan, kebijaksanaan atau kehikmahan. Oleh
yang demikian Pythagoras dikenali ramai sebagai a lover of wisdom iaitu pencinta
kebijaksanaan atau kebenaran.

Falsafah adalah tidak dinafikan kepentingannya kepada kehidupan manusia. Setiap


individu secara tidak langsung mempunyai falsafah di dalam kehidupannya kerana falsafah
adalah berhubungkain dengan kebenaran dan fitrah manusia adalah kea rah kebenaran.
Sepintas lalu kita katakana bahawa falsafah adalah landasan kepada kehidupan manusia
kerana setiap manusia yang memikirkan tentang kehidupan manusia sebenarnya adalah
seperti berfikir secara falsafah walaupun ia bukan ahli falsafah. Ini kerana ahli atau pakar
dalam bidang falsafah berfikir secara lebih tersusun mengikut Langkah-langkah tertentu
dengan hasil pemikiran yang boleh diterima. Falsafah membantu manusia dalam usaha
membangunkan kebolehan mengatasi masalah yang wujud dalam bentuk abstrak bagi
mendapatkan jawapan yang lebih rasional, bijaksana dan jelas. Usaha mengatasi masalah
jenis ini memerlukan pemikiran yang konsisten, jelas dan berobjektif.

Pada pendapat saya, pegangan falsafah sebagai seorang guru permulaan dalam
usaha merealisasikan aspirasi falsafah pendidikan kebangsaan haruslah mempunyai
pemahaman yang luas dan mendalam terhadap subjek pelajaran yang akan diajar nanti. Ini
adalah kerana, sebagai seorang pendidik yang bijak haruslah sentiasa merancang strategi
dalam merancang pengajaran dan pembelajaran yang teratur dengan objektif yang ingin
dicapai. Jelaslah, jika perancangan dalam pembelajaran ini terancanga secara tidak
langsung ia senang untuk difahami oleh para murid dan mendorong mereka agar terus
bersemangat dalam mengikuti setiap mata pelajaran bukan itu sahaja pelajar juga akan
dapat menguasai ilmu pengetahuan serta kemahiran yang diajar.

Seterusnya, sebagai seorang guru haruslah memberikan motivsi kepada pelajar


untuk meneroka subjek mata pelajaran yang akan diajar. Sebagai seorang guru, saya
haruslah mengaplikasikan unsur motivasi dalam pengajaran iaitu dengan menyediakan
aktiviti pengajaran yang boleh menarik perhatian dan penglibatan murid dalam aktiviti
pengajaran. Contohnya, seorang guru menyediakan aktiviti nyanyian, deklamasi sajak,
berlakon dan berpidato dalam kelas. Di samping itu, guru juga digalakkan untuk menjemput
pelajar ke hadapan kelas untuk membuat demostraksi atau menjadi model pengajaran.
Tambahan pula, sebagai seorang guru, perlu mewujudkan rasa ingin tahu pelajar sebelum
memulakan sesi pengajaran di dalam kelas. Contohnya dalam set induksi seorang guru
menggunakan teka-teki untuk menggalakkan pelajar meneka tajuk yang akan dipelajari
dalam kelas.

Pegangan falsafah yang seterusnya adalah guru sebagai pemudahcara di dalam bilik
darjah. Sebagai seorang guru haruslah menggalakkan pelajar menjadi seorang yang
berdikari. Namun begitu, saya juga perlu sedar bahawa pelajar belajar dalam pelbagai cara
dan saya perlu mempelbagaikan gaya, kaedah dan strategi pengajaran yang melibatkan
pelajar memgikuti semua aktivit pengajaran dan pembelajaran sama ada di dalam kelas
mahupun luar kelas. Tambahan pula, pegangan falsafah yang lain dan harus dilaksanakan
adalah dapat menjalinkan hubungan yang baik terhadap pelajar. Sebagai seorang guru
haruslah menjadi pendengar dan penasihat yang baik kepada pelajar yang mempunyai
masalah. Seorang guru haruslah sentiasa bertanyakan khabar kepada para pelajar dan
menjadi kawan kepada pelajar. Jelaslah, dengan wujudnya prinsip sebegini pelajar akan
memberikan kepercayaan kepada guru dan sebagai seorang guru haruslah membimbing
para pelajar kearah kebaikan.

Selain itu, pegangan falsafah yang perlu ada sebagai seorang guru adalah
mempunyai hubungan secara rangkaian antara rakan pendidik perlu duterapkan di dalam
pelaksanaan tugas dan tanggungjawab mendidik generasi di samping amalam=n yang
terdapat sekarang iaitu hubungan secara berhirarki. Tuntasnya, hubungan secara rangkaian
dapat membantu mempertingkatkan perkembangan profesionalisme keguruan tanpa banyak
halangan birokrasi yang lebih bersifat sehala.

Jelaslah bahawa, betapa pentingnya falsafah sebagai seorang guru dalam pendidikan
ini kerana ia adalah asas kepada pergantungan unsur-unsur seperti matlamat, isi kandungan
pendidikan, pendekatan, strategi dan kaedah proses pengajaran. Falsafah akan menjelaskan
makna kepada keputusan dan tindakan. Tambahan lagi, guru adalah golongan yang banyak
memainkan peranan yang sangat penting sekali. Sebagai seorang guru, ia berperanan
melaksanakan kurikulum maka adalah perlu kepada penguasaan ilmu kandungan,
kemahiran yang tinggi dalam kaedah pengajaran, mahir dalam aplikasi teori pertumbuhan
dan perkembangan manusia, dan mempraktikan kemahiran bimbingan kaunseling dan
runding cara.
Program Literasi Dan Numerasi (LINUS) 2.0

Program Literasi Dan Numerasi (LINUS) 2.0 yang dimulakan pada tahun 2010 adalah untuk
penambahbaikan daripada program Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M)
untuk murid Tahun 1 yang dilaksanakan mulai tahun 2006. Program Literasi dan Numerasi
(LINUS) 2.0 pula adalah peluasan daripada program LINUS sedia ada dengan memasukkan
literasi Bahasa Inggeris serta meneruskan Literasi Bahasa Melayu. Program ini adalah
inisiatif daripada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang diwujudkan untuk
menangani isu literasi Bahasa Inggeris dalam makmal Government Transformation
Programme (GTP) 2.0 pada bulan Mei 2012 berdasarkan kejayaan Program LINUS (Literasi
Bahasa Melayu dan Numerasi). Seterusnya, objektif Program LINUS 2.0 ialah 100 peratus
murid Tahap 1 iaitu Tahun 1,2, dan 3 untuk menguasai kemahiran asas literasi Bahasa
Melayu (LBM), literasi Bahasa Inggeris (LBI) dan numerasi (NUM) selepas mengikuti tiga
tahun pendidikan di sekolah rendah kecuali murid berkeperluan khas (MBK) yang diukur
berdasarkan konstruk yang telah ditetapkan.

Antara Strategi Pelaksanaan Program LINUS 2.0 :-

i. Mengurus saringan bagi semua murid Tahap 1 kecuali murid berkeperluan khas yang
mengikuti Program LINUS 2.0 sebanyak dua kali setahun menerusi 12 konstruk yang
berdasarkan asas literasi seperti yang berikut :
a) Asas Literasi Bahasa Inggeris adalah keupayaan membaca, menulis, dan
memahami perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk dalam Bahasa Inggeris
serta mampu menggunakan perkataan tersebut dalam pembelajaran dan
komunikasi harian.
b) Asas Literasi Bahasa Melayu merupakan asas bagi keupayaan membaca,
menulis, dan memahami perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk dalam
Bahasa Inggeris serta mampu menggunakan perkataan tersebut dalam
pembelajaran dan komunikasi harian.
c) Asas Numerasi ialah keupayaan untuk menyelesaikan operasi asas
matematik, memahami idea matematik yang lebih mudah dan mampu
menggunakan kemahiran matematik dalam pembelajaran dan komunikasi.
ii. Membuat pemantauan berkaitan pengurusan dan pelaksanaan Program LINUS 2.0
secara menyeluruh.
iii. Menyediakan bahan bantuan PdP, instrument saringan dan latihan.
iv. Menjalankan Dialog Pelaksanaan Intervarsi kepada PPD yang telah ditetapkan.
v. Melaporkan data Saringan 1 dan Saringan 2 Program LINUS 2.0.
vi. Menjalankan Latihan pengurusan Program LINUS 2.0 kepada guru besar baharu
berdasarkan keperluan.
vii. Mengenalpasti murid Tahun 3 yang tidak menguasai konstruk 1 dan 2 Saringan 2
sebagai murid berkeperluan khas atau tidak.
viii. Menjalankan Latihan Program Pemulihan LINUS 2.0 LBI kepada guru Bahasa
Inggeris Tahun 4.
ix. Memberi pendedahan tentang program LINUS 2.0 kepada pensyarah Bahasa Melayu,
Bahasa Inggeris dan Matematik.
x. Menyediakan sumber pendidikan berbentuk digital. Audio dan video berdasarkan
keperluan.
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi atau lebih dikenali sebagai KBAT adalah keupayaan untuk
mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat suatu penaakulan dan
juga refleksi bagi menyelesaikan sesuatu masalah, membuat keputusan, berinovasi dan
berupaya untuk mencipta sesuatu. Terdapat tiga ciri utama KBAT ialah kebolehan berfikir
secara kritis dan kreatif serta membuat penaakulan. Huraiannya adalah seperti berikut :-

i. Kemahiran berfikir kritis.


Kemahiran berfikir kritis adalah kebolehan untuk menilai sesuatu idea secara logik
dan rasional untuk membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alas
an dan bukti yang munasabah.

ii. Kemahiran berfikir kreatif.


Kemahiran berfikir secara kreatif adalah kemampuan untuk menghasilkan atau
mencipta sesuatu yang baharu dan bernilai dengan menggunakan daya imaginasi
secara asli serta berfikir tidak mengikut kelaziman.

iii. Kemahiran menaakul.


Kemahiran menaakul merupakan kemahiran yang membolehkan individu membuat
pertimbangan dan penilaian secara logic dan rasional.

Kemahiran berfikir biasanya diajarkan sebagai aktiviti tambahan kepada murid-murid


supaya mereka menerima pendidikan yang lebih luas daripada kurikulum sekolah yang ada.
Salah satu aspek yang diperlukan oleh murid-murid apabila mereka belajar berfikir adalah
keupayaan memindahkan kemahiran yang sudah dipelajari itu kepada situasi-situasi lain.
Oleh kerana mereka tidak memiliki kemahiran tersebut, kesan yang mereka terima di dalam
sesi belajar berfikir tidak kekal. Mereka hanya dapat merasakan pengalaman seronok sahaja
dalam sesi-sesi itu tanpa dapat mengembangkan lagi kemahiran tersebut dalam proses
belajar lainnya, mahupun ke dalam aktiviti-aktiviti lain yang sebenarnya mereka alami.
Murid yang menguasai KBAT juga mampu menghadapi cabaran dan berani
mengambil risiko untuk mencuba cara penyelesaian yang baharu. KBAT yang diperkenalkan
kepada murid mampu mendorong murid untuk membuat kesimpulan berdasarkan logik,
mempunyai bukti berasaskan bacaan dan kajian yang dibuat. Murid juga dapat membuat
ramalam berdasarkan sebab dan akibat serta memberikan cadangan penyelesaian dengan
ciptaan idea yang rasional. KPM telah pun menggariskan Profil Murid yang perlu ada untuk
murid berupaya bersaing pada peringkat global seperti berdaya tahan, pemikir, mahir
berkomunikasi, kerja sepasukan, sifat ingin tahu, mempunyai prinsip, bermatlamat, prihatin
serta patriotik. Guru yang mengajar kemhairan berfikir ini tidak dapat mengawal setiap
faktor dan proses perkembangan pelajar dalam kemahiran tersebut. Selain daripada guru,
faktor-faktor yang mempengaruhi proses perkembangan kemahiran pelajar adalah diri
pelajar itu sendiri, kurikulum kemahiran berfikir yang digunakan di sekolah, dan perubahan
baru pada teknik mengajar yang digunakan oleh guru di sekolah.

Pernyataan dasar berkaitan dengan KBAT adalah satu usaha berterusan KPM dalam
melahirkan insan yang seimbang dan bertanggungjawab terhadap kemakmuran negara.
Pemupukan dan pembudayaan KBAT ini mampu untuk membantu murid melakukan operasi
pemikiran seperti menganalisis dan inferensi yang akhirnya dapat meningkatkan kefahaman
serta pencapaian prestasi mereka meningkat. Sehubungan dengan itu, setiap murid
diharapkan dapat memperbaiki kelemahan diri serta mengaplikasikan pengetahuan,
kemahiran dan juga nilau secara terurus dalam kehidupan.

Seterusnya, strategi pendekatan yang menyeluruh dan sistematik merangkumi tujuh


elemen yang terdiri daripada tiga elemen utama iaitu kurikulum, pedagogi dan pentaksiran
serta terdapat empat elemen sokongan antaranya kokurikulum, sokongan komuniti dan
swasta, sumber dan bina upaya agar KBAT dapat direalisasikan dalam sistem persekolahan.
Melaksanakan pembudayaan dan kelestarian KBAT agar dapat direalisasikan melalui tujuh
strategi adalah:-

i. Pembangunan merangkumi pembinaan konsep, daasar, penandarasan,penyediaan


bahan dan penyediaan garis panduan.
ii. Pewujudan jaringan penglibatan daripada pelbagai agensi kerajaan dan bukan
kerajaan dalam dan luar negara melalui perkongsian pintar.
iii. Latihan inklusif yang melibatkan semua pihak berkepentingan.
iv. Prasarana merangkumi peralatan dan perkakasan bagi melahirkan suasana
pembelajaran yang kondusif.
v. Refleksi merangkumi pemantauan, penilaian, penaksiran dan kajian serta insentif
yang merangkumi pelbagai bentuk sebagai penghargaan ke atas sumbangan hasil
kerja KBAT.
vi. Komunikasi secara berterusan melalui media.42

Ahmad, W. N. W. (2019). AMALAN GURU DALAM MELAKSANAKAN KEMAHIRAN LITERASI


BAHASA MELAYU BAGI PROGRAM LINUS DI SEKOLAH RENDAH (Teacher Practice in
Implementation Malay Language Literacy Skills for LINUS Program in Primary
School). Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 9(3), 1-11.
Bael, B. T., Nachiappan, S., & Pungut, M. (2021). Analisis kesediaan guru dalam
pelaksanaan
kemahiran berfikir aras tinggi dalam pembelajaran, pengajaran dan pemudahcaraan
abad ke 21. Muallim Journal of Social Sciences and Humanities , 100-119.
Peng, C. F., & Hamad, Z. H. (2018). Kemahiran berfikir aras tinggi dalam pembelajaran dan
pemudahcaraan bahasa melayu melalui teknik penyoalan (Higher Order of Thinking
Skills in Teaching and Learning Malay Language through Questioning
Technique). Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 8(2), 1-12.
Rosli, S., Mahmud, S. F., & Azni, M. E. (2022). Mengintegrasi Falsafah Pendidikan
Kebangsaan
(FPK) Dalam Membangunkan Modal Insan Bersepadu. Jurnal Dunia Pendidikan, 4(1),
86-103.
Yusuf, A. B. B., Mohamed, N. M. Z. B. N., Abdullah, Z. B., Latif, N. A. B. A., & Othman, I. B.
(2019, April). Implementation Program Linus Bahasa Inggeris 2.0. In 8th UPI-UPSI
International Conference 2018 (UPI-UPSI 2018) (pp. 11-19). Atlantis Press.

Anda mungkin juga menyukai