Anda di halaman 1dari 2

Strategi Pengajaran Berfikir.

(DIMANA)

THINKING TOGETHER

Dalam kajian strategi Thinking Together merupakan satu pendekatan yang telah
direka dengan teliti dengan mengambil kira aspek bahasa yang berasaskan aktiviti
dalam bilik darjah. Akiviti yang dibentuk adalah penting bagi menyumbang kepada
perkembangan Bahasa kanak-kanak dan kemahiran berfikir mereka.

Secara tradisinya, pembelajaran didalam bilik darjah didominasi oelh guru manakala
strateginya pula adalah dibangunkan mengikut kesesuaian pelajar. Strategi
pengajaran berfikir, strategi ini pada dasarnya amat sesuai dilaksanakan di dalam
kelas. Dicadangkan dilaksanakan di dalam kelas secara dalam kumpulan atau
berkelompok yang kecil. Dicadangkan hanya bilangan ahli yang kecil bagi
membolehkan semua ahli dapat memberi idea dalam masa yang ditetapkan.Aktiviti
Explotary Talk dijangkan akan membuka ruang dan peluang murid untuk berinteraksi
sesasma mereka. Interaksi social ini akan merangsang daya fikir murid. Namun
aktiviti ini perlu dipantau oleh guru agar ia mencapai impak sepenuhnya. interaksi
antara pelajar melalui diskusi dan penyertaan semasa perbincangan adalah asas
kepada pemahaman yang mendalam bagi pelajar semasa proses pembelajaran dan
juga berkait rapat dengan pencapaian mereka (Rovai dan Barnum, 2003; Sivapalan
dan Cregan, 2005; Chavez dan Romero, 2012).

Guru pula berperanan sebagai juru pandu pada sesi tersebut. Dan guru perlu
membina interaksi social setiap murid dengan menyediakan garis panduan, dan
menentukan kandungan perbincangan. Interaksi social ini berlangsung dalam
kumpulan dan merangsang setiap ahli untuk berfikir seterusnya mengutarakan
pendapat masing-masing dengan garis panduan yang telah dianjurkan oleh guru.
Proses ini dinamakan sebagai Exploratory Talk, dimana mereka akan
mengembangkan idea perbincangan dari topik yang sama dengan setiap ahli
memberi penjelasan dari sudut yang pelbagai. Matlamat perbincangan adalah untuk
kemahiran Bahasa dan berfikir seterusnya mencapai perkembangan kognitif murid.
Interaksi yang bermakna sesama pelajar dalam satu kumpulan mampu untuk
meningkatkan tahap kemahiran berfikir seseorang pelajar yang lebih apabila dia
berinteraksi dan berbincang dengan pelajar lain mempunyai lebih pengetahuan dan
kemahiran berfikir yang lebih tinggi dalam kumpulan yang sama (Onrubia dan Engel,
2009; Fong et al., 2012; Thomas dan Anderson, 2014).

Dalam aktiviti perbincangan yang pastinya melibatkan aktiviti yang


merangsang kemahiran berbahasa ini memerlukan guru mewujudkan persekitaran
yang boleh mencapai objektif aktiviti perbincangan tersebut. Antara kaedah untuk
menghasilkan perbincangan yang produktif setiap ahli berkemampuan untuk
menyumbang idea, berpeluang bersuara dan memberi pendapat serta
memanfaatkan sepenuhnya ruang tersebut. Dalam aktiviti Exploratory Talk, guru
memastikan murid kekal aktif dan terlibat dalam sesi perbincangan. Murid akan
dirangsang untuk mempunyai minda terbuka dan menerima idea baru dengan baik.
Guru perlu memastikan dalam Sesi soal jawab dilaksanakan, murid berminat untuk
menyoal rakan-rakan dalam setiap topik yang dibincangkan. Pastinya dalam aktiviti
ini, murid juga didedahkan dengan nilai menghormati pendapat dan perasaan
sesama ahli kumpulan. Strategi pembelajaran yang aktif mampu meningkatkan
kefahaman, mengekalkan pengetahuan dan kemahiran berfikir kritis pelajar
berbanding pendekatan pembelajaran konvensional (Walker, 2005; Kose, 2010;
DeWitt, 2014; Descalu et al., 2015).

Murid dirangsang untuk menyampaikan idea masing-masing dengan jelas


dan ringkas. Bagi situasi yang tidak sealiran, murid bebas untuk menyatakan
pendirian masing-masing dalam lingkungan topik perbincangan. Akhir perbincangan
mereka akan berkomproni dalam mencapai persetujuan untuk mencari idea terbaik
sekiranya berlaku perbezaan pendapat. ini bermakna, pembelajaran secara aktif
memfokuskan kepada hasil pembelajaran yang akan diperolehi di akhir proses
pengajaran dan pembelajaran (Zhang et al., 2012; Ramirez-Lopez dan Munoz,
2015)Jelas, Thinking Together amat bersesuaian dilaksanakan dalam bilik darjah,
tidak dinafikan ia juga sesuai bagi perbincangan luar bilik darjah selama mana
persekitaran tersebut tidak mengganggu sesi pengajaran.

Anda mungkin juga menyukai