Anda di halaman 1dari 36

BAB 1

MAKNA DAN KONSEP PENULISAN

DEFINISI PENULISAN
Terdapat pelbagai definisi penulisan
yang telah diberikan oleh beberapa
orang sarjana, antaranya ialah:
Zaba (1965)
Awang Sariyan (1991)
Raminah Hj.Sabran (1993)
Horton (1993)

Zaba (1965)
Pekerjaan menyusunkan perkataan
dengan susunan yang elok kerana
menghalkan atau merupakan
sesuatu fikiran hati atau sesuatu
kisah cerita supaya dapat
difahamkan oleh orang-orang lain
apabila didengar atau dibaca
mereka susunan itu.(hlm.6)

Awang Sariyan (1991)


Penulisan merujuk pengolahan
gagasan atau pemikiran dan
juga proses mekanis yang
melibatkan penguasaan alat
dan teknik untuk
mengungkapkan gagasan atau
pemikiran.

Raminah Hj. Sabran (1993)


kemahiran menulis merupakan suatu
kemahiran tertinggi yang memerlukan
seseorang
itu
menerapkan
beberapa
subkemahiran,
seperti
kemahiran
mengenal dan menulis huruf-huruf dalam
suatu himpunan perkataan, frasa atau
ayat mengikut sistem tulisan dan sistem
ejaan yang telah ditentukan oleh sesuatu
bahasaKemahiran
menulis
juga
memerlukan kemahiran mengolah dan
menyusun buah fikiran dengan lancar dan
kemas
dalam
satu
jalinan
yang
berkesinambungan.

Horton (1993)
penulisan ialah bagaimana akal
berfikir.
Penulisan, yakni mencatatkan perkaraperkara di atas kertas - ialah apa yang
membolehkan anda berpegang pada satu
idea sementara anda terus meneroka
beberapa idea yang diruntuti oleh suara
kecil di sebalik pemikiran anda, yang
mungkin bersangkutan dengannya.

Ruggiero (1981)
A composition, as we will refer to
it, is a brief essay that expresses
the writers thoughts and feelings in
direct prose statement.

KESIMPULAN
Penulisan merupakan:
satu aktiviti yang melibatkan
pemikiran (mental) dan perasaan
(psikologikal)
satu proses berterusan dalam usaha
menyampaikan pemikiran dan
perasaan penulis.
satu hasil (produk) yang dibaca dan
difaham yang mungkin juga
melibatkan tindak balas tertentu

Perbezaan antara penulisan


dan karangan
Karangan:
Terhasil daripada kepandaian atau
kemahiran mengubah atau menyusun
kata-kata untuk dijadikan rangkai kata
(frasa) dan seterusnya dijadikan ayat.
Sesebuah karangan mengandungi
ayat-ayat yang telah digubah dan
disusun untuk dijadikan suatu cerita,
laporan, penerangan dan sebagainya
( Zaba).

Ciri-ciri umum mengarang


Mengetahui pengetahuan bahasa.
memiliki pengetahuan yang baik dan
mantap mengenai objek garapannya.
menguasai mekanisme karangankarangan yang mencakupi masalah ejaan
dan dokumentasi.

Faedah menulis
mengetahui kemampuan dan potensi
diri
meningkatkan kemahiran menaakul
dengan lebih kritis.
memperluas dan memperdalam
wawasan tentang isu yang dipaparkan.
Sesuatu idea dapat dinilai dengan lebih
objektif
Memudahkan usaha memecahkan
permasalahan
Mendorong pembelajaran secara aktif
Meningkatkan daya kecekapan berfikir
secara kritis dan kreatif

KONSEP PENTING DALAM


PENULISAN
Terdapat tiga konsep penting
dalam sesuatu penulisan.
a) Retorik
b) Wacana
c) Teks dan karya

Retorik
Berasal dari perkataan Greek rhetor
yang bermaksud, seni pengucapan
awam.
Pada zaman moden, retorik
merangkumi seni penulisan.
Struktur asas retorik:
a) permulaan / pengenalan
b) isi
c) penutup

Pakar retorik berpendapat, penulisan


merupakan satu bentuk wacana yang
dianalisis dari segi perkataan, ayat
dan perenggan sesuatu penulisan
dikaji berdasarkan keberkesanan
penggunaan bahasa yang digunakan
penulis untuk menyampaikan
perasaan dan pemikirannya kepada
pembaca.

Wacana
Satu representasi / gambaran pengucapan
dan pemikiran dalam erti kata yang seluasluasnya.
Takrifan linguistik: wacana ialah unit
tatabahasa terbesar yang melangkaui teks
dan konteks.
Pakar bahasa menyatakan bahawa wacana
merupakan semua bentuk komunikasi lisan
yang menunjukkan kehadiran sekurangkurangnya seorang pendengar yang
berupaya mencelah dan mengubah haluan
atau aliran sesuatu wacana itu.

Teks dan karya


Hasil yang wujud pada akhir proses
penulisan.
Pengertian tersirat satu bentuk
penggunaan bahasa yang terbatas
dari segi bentuk dan hubungannya
dengan pembaca.
Hasil kepenggunaan .

TUJUAN PENULISAN

Penugasan
Altruistik
Pemujukan
Penerangan
Penyataan diri
Kreatif
Penyelesaian masalah

Penugasan
Penulis disuruh menulis tentang
sesuatu tajuk yang lazimnya telah
ditentukan tanpa mengambil kira
minat penulis
Contoh :
Tugasan pelajar

Altruistik
Penulis tidak dipaksa untuk menulis
Dorongan menulis datang dari dalam
diri penulis sendiri
Penulis tidak mengharapkan
ganjaran / balasan kepuasan diri
sendiri

Pemujukan
Penulis mempunyai pendapat dan
pandangan yang ingin dikongsi
bersama pembaca yang mempunyai
pandangan atau pendapat yang
bertentangan
Penulis mengharapkan pembaca
dapat memahami maklumat yang
disampaikan dan mengubah fikiran
selepas membaca penulisan tersebut

Penerangan
Penulis mempunyai maklumat atau
pengetahuan yang ingin dikongsi
dengan pembaca
Penulis mengharapkan pembaca
dapat memahami maklumat yang
disampaikan

Penyataan diri
Penulis menulis untuk
memperkenalkan dirinya kepada
pembaca
Penulis mahu pembaca mengenali
dan memahami dirinya

Kreatif
Penulis menulis bukan sahaja untuk
menceritakan perasaan dan
pengalaman tetapi ingin mencapai
tahap keindahan yang tinggi.

Pemecahan masalah
Penulis mempersembahkan
permasalahan yang timbul dan cara
penyelesaian yang disarankan agar
pendekatannya itu dapat diterima
pembaca

DAngelo (1980) memberikan


EMPAT (4) tujuan penulisan, iaitu:
Menyampaikan maklumat
Manual/buku panduan
Meyakinkan dan memujuk
Iklan
Menghibur
Puisi, jenaka
Penyataan diri dan emosi
Jurnal peribadi/diari, surat cinta

ELEMEN DALAM
PENULISAN
Woodson (1982) terdapat tiga
(3) elemen yang harus diambil
kira oleh seseorang penulis, iaitu:
penulis
pembaca
mesej

a)

Penulis
berpengetahuan
berfikiran logik
berperikemanusiaan
matang
baik - boleh menunjukkan sikap
peribadi atau sebaliknya
terhadap topik atau tajuk
penulisan.

b) Pembaca
Terdapat TIGA (3) jenis pembaca, iaitu:
pembaca yang dikenal pasti
pembaca umum
pembaca yang sukar dipengaruhi

Pembaca yang dikenal pasti


Penulis mengenali orang yang akan
membaca sesebuah karya itu.
Contohnya, pensyarah yang akan
membaca tugasan pelajar

Pembaca umum
Pembaca yang tidak dikenali oleh
penulis tetapi penulis boleh
membuat tanggapan secara peribadi
Contohnya, artikel berkaitan
pencegahan osteoporosis
pembacanya ialah golongan dewasa.

Pembaca yang sukar


dipengaruhi
Wujud bagi penulisan yg bertujuan
memujuk
Penulis perlu menggunakan kaedah
penulisan yang sesuai untuk
mempengaruhi pembaca

c) Mesej
Idea utama yang disampaikan
penulis.
mesti bersesuaian dengan tujuan
penulisan.
mesej/idea akan berjaya disampaikan
sekiranya mengambil kira ciri-ciri
seperti susunan yang lojik, makna
yang jelas, tatabahasa yang betul,
gaya penyampaian yang menarik dan
pertautan yang utuh.

Selain itu, terdapat juga beberapa


elemen yang turut diambil kira, iaitu:
Konteks /tujuan
Kod / bahasa
Subjek
Setiap elemen yg digunakan dapat
menentukan bahawa penulis telah
memikirkan perkara-perkara yang
berkaitan untuk menghasilkan penulisan
yang baik.

Winterrowd (1975) meringkaskan


elemen penulisan dalam bentuk
rajah di bawah:

Penyampai
Penerima

konteks
mesej
------------------------------hubungan
kod

Jenis-jenis penulisan
Penulisan Ilmiah
Penulisan Kreatif
Penulisan Popular

Refleksi
Bincangkan mengapa sarjanasarjana penulisan mempunyai
pendapat yang berbeza-beza
tentang makna penulisan?
Sebagai seorang pembaca:
apakah faktor penting ketika anda
mempertimbangkan untuk membaca
sesebuah hasil penulisan?

Anda mungkin juga menyukai