Anda di halaman 1dari 1

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK Perempuan Perak Kod Sekolah: AEB 2051

Pn Norita bt Mohamed
1. Nama Guru

2. Judul Berfikir gaya champion 3. Bidang: Pendidikan

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis
Buku setebal 190 halaman ini merupakan sebuah buku yang cukup menarik dan sesuai dibaca
oleh golongan remaja mahupun dewasa. Isi kandungan di dalam buku ini ditulis secara bersahaja
dan senang untuk difahami oleh para pembaca. Penulis mengajak dan mendorong pembaca
untuk bangkit memperbaiki diri, kerjaya dan seterusnya menggandakan rezeki. Permulaan buku
ini membincangkan siapakah juara, adakah juara dilahirkan atau boleh Sari Pustaka Bil 1/2014 5
dididik untuk menjadi juara? Contoh juara umat Islam dan akan terus kekal sebagai juara adalah
junjungan besar, Nabi Muhammad S.A.W. Usaha dan ketabahan baginda haruslah dicontohi dan
diikuti bagi membolehkan kita menjadi juara.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran


i. Cara dan strategi bagaimana untuk menjadi seorang juara
ii. elemen contoh keperibadian beberapa tokoh terkenal seperti Datuk Nik Aziz Nik
Mat, Datuk Haji Hadi Awang dan banyak lagi.
iii. Umat Islam digalakkan membina kekayaan sebanyak mungkin
iv. Mentransformasi angan-angan menjadi kenyataan

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini dengan cukup berkesan dan secara santai membentangkan formula-formula yang
menjadi pegangan beliau dalam mencapai sesuatu kejayaan di dalam apa jua bidang yang
diceburi termasuklah bidang perniagaan. Kaedah menggunakan pengalaman dan sejarah hidup
diri sendiri, keluarga dan masyarakat sekeliling telah menguatkan lagi topik dan hujah-hujah
beliau. Secara keseluruhannya, buku Berfikir Gaya Champion merupakan hasil tulisan yang baik
dan efektif kerana mempunyai unsur-unsur keislaman dan pedoman kepada para pembaca
dalam melakukan apa jua perbuatan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(Aiman Shafiq bin Norha ) (Pn Norita bt Mohamed )

Anda mungkin juga menyukai