Anda di halaman 1dari 1

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah:SK PUTRA HEIGHTS 2 Kod Sekolah: BBA 8289

1. Nama Guru Rosliza Binti Chamingin


Imam Al-Ghazali PENDIDIKAN 3. Bidang: Pengetahuan
2. Judul
BERKESAN Profesional
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis
Keperluan pendidikan awal ditekankan oleh Al-Ghazali yang mana secara ringkasnya adalah
seperti berikut; (1) Pendidikan anak mula diperhatikan sejak lahir lagi yang mana asuhan dan
penjagaan diserahkan kepada perempuan yang baik akhlaknya. (2) Membiasakan anak-anak
hidup secara sederhana antaranya dianjurkan anak berpakaian putih dan tidak bercorak garang
dan ditegah anak tidur di tilam yang tebal supaya otot badannya menjadi kuat. (3) Anak-anak
diajar al-Quran, hadis-hadis pilihan dan biografi tokoh-tokoh besar dan hindarkan membaca syair
atau puisi yang tidak bermoral. (4) Beri peruntukan waktu yang cukup untuk pendidikan jasmani
supaya badannya menjadi sihat. (5) Menyemai akhlak yang mulia dan tingkah laku yang sopan.
(6) Pelihara pergaulan anak-anak daripada teman yang nakal. (7) Memberi ganjaran bagi setiap
budi pekerti yang dilakukan. (8) Jangan banyak mencela atau memaki anak-anak yang
melakukan kesilapan dan kesalahan. (9) Anak diajarkan ilmu syariat ketika memasuki alam
remaja. (10) Anak perlu pelajari ilmu aqliah di peringkat dewasa.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

1. Guru memberi kesan yang besar dalam perkembangan, personaliti, mental, fizikal dan spiritual
setiap manusia.
2. Guru memaikan peranan penting sebagai pengajar, pengurus, pembimbing, penggalak,
penyelaras dan juga inovator iaitu orang yang membawa pembaharuan. Ini adalah kerana guru
menjalankan tugas untuk membina kemurnian jiwa, pemikiran dan tingkah laku murid.
3. Guru merupakan model dalam keperibadian sebagai pendidik kepada murid-murid. Sebab
utama kemerosotan moral, disiplin dan akhlak adalah kerana pendidikan yang terlalu
menekankan aspek kognitif dan psikomotor untuk pencapaian cemerlang dalam peperiksaan
sahaja.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Sebagai rujukan dan panduan dalam memperbaiki dan menambahkan pengetahuan sedia ada.
Perkongsian ilmu ini boleh dijadikan sandaran dalam membina pendidikan berkesan membentuk
cara kehidupan pembelajaran yang dianjurkan oleh imam Al-Ghazali.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( ) ( )

Anda mungkin juga menyukai