Anda di halaman 1dari 5

Projek 1:

1.1 Konsep Bimbingan dan Kaunseling


Bimbingan merupakan suatu proses pertolongan yang disediakan
kepada individu yang memerlukan panduan ke arah pemahaman, pengetahuan
dan kemahiran dengan menentukan matlamat jangka pendek atau jangka
panjang, merancang cara-cara bertindak dan mengubah tingkah laku ke arah
yang positif.
Kaunseling merupakan suatu satu proses perhubungan atau pertemuan
secara bersemuka antara seorang kaunselor yang terlatih dengan seorang
individu atau kelompok kecil yang mengalami kekeliruan dan bersama-sama
memikirkan beberapa alternatif yang sesuai bagi mengatasi kekeliruan tersebut
seterusnya melaksanakan alternatif yang dipilih.
1.2 Matlamat Bimbingan dan Kaunseling
Antara tujuan Bimbingan dan Kaunseling adalah membentuk tingkah
laku positif. Kaunselor dijangka dapat mengenalpasti tingkahlaku pelajar yang
negatif

dan

kaunselor

bertanggungjawab

untuk

mencari

alternatif

penyelesaiannya.
Seterusnya, pelajar diharap menguasai kemahiran berkomunikasi dengan
baik untuk membina hubungan yang positif dengan persekitaran. Halangan
komunikasi akan dikurangkan untuk mengelakkan timbulnya masalah kepada
pelajar apabila berinteraksi dengan orang lain.
Telah didapati bahawa dengan menjana konsep kendiri efektif akan
menjadikan individu lebih berfungsi positif di dalam masyarakat. Pelajar
berupaya menyelesaikan masalah peribadi dan menyesuaikan diri dengan
keperluan persekitaran sebagai ahli masyarakat yang positif.
Melalui proses bimbingan dan kaunseling, pelajar juga akan mendapat
menyedari

kekuatan,

kebolehan,

bakat

dan

minat

diri

yang

boleh

diperkembangkan untuk membina potensi diri ke tahap optima. Kesedaran ini


dijangkakan akan diperolehi oleh pelajar hasil daripada temubual dan
perkongsian maklumat oleh pelajar bersama kaunselor.
1.3 Keperluan Bimbingan dan Kaunseling
Antara keperluan bimbingan dan kaunseling adalah memberi khidmat
penyuburan dan pengayaan yang meliputi semua aspek perkembangan
pelajar. Hal ini dapat dilakukan dengan menyediakan peluang kemudahan dan
pengalaman yang sejajar dengan kemampuan dan potensi pelajar.
Selain itu, bimbingan dan kaunseling diperlukan untuk menyediakan
khidmat pencegahan seperti menghindarkan pelajar dari terlibat dalam masalah
disiplin tingkah laku yang tidak sopan, penyalahgunaan dadah dan sebagainya.
Bimbingan

dan

kaunseling

juga

diperlukan

untuk

menyediakan

perkhidmatan pemulihan seperti membantu pelajar mengatasi masalah dari


segi akademik, sosioemosi dan kerjaya.
1.4 Kepentingan Bimbingan dan Kaunseling
Antara kepentingan bimbingan dan kaunseling adalah membimbing
murid menghadapi masalah pembelajaran. Dengan memberi tunjuk ajar,
pelajar dapat mengatasi masalah akademik, dan seterusnya meningkatkan
prestasinya dalam bidang pelajaran yang dahulu dinilai lemah.
Tambahan pula, perkhidmatan ini juga penting untuk memotivasikan
murid. Pelajar didorong menghadapi masalah dengan tabah hati dan berusaha
menyelesaikannya dengan penuh keyakinan.
Bimbingan dan kaunseling juga mampu membantu murid membuat
pilihan & persediaan kerjaya. Dengan memberikan nasihat dan ujian, pelajar
dapat mengenalpasti kecenderungan diri dan berupaya memilih mata pelajaran
elektif atau jurusan yang sesuai mengikut potensi dan minatnya.

1.5 Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling yang boleh dirancangkan oleh


guru
Antara jenis perkhidmatan bimbingan yang boleh disediakan di sekolah
adalah inventori, taksiran dan rekod, bimbingan, kaunseling, penempatan dan
tindakan susulan, konsultasi dan rujukan serta penilaian.
Antara jenis kaunseling adalah kaunseling krisis / pemulihan, kaunseling
penyediaan

kemudahan,

kaunseling

pencegahan

dan

kaunseling

perkembangan.
1.6 Peranan guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah
Kaunselor

berperanan

untuk

menggunakan

kemahiran

kaunseling

membantu pelajar menjaga kesejahteraan keseluruhan individu dari aspek


kesihatan fizikal, sosial, mental, emosi dan rohani.
Selain itu, sebagai kaunselor profesional, dia seharusnya senantiasa
menjaga harga diri pelajar. Kaunselor perlu mempercayai bahawa klien
berupaya untuk berubah dan mengetahui bagaimana individu yang efekttif
berfungsi.
Kaunselor juga bertanggungjawab untuk menguasai pengetahuan dan
kemahiran

yang

diperlukan

untuk

membantu

individu

yang

terbatas

kefungsiannya dan seterusnya menyumbang kepada proses bimbingan dan


kaunseling.
1.7 Langkah-langkah yang perlu dijalankan untuk memulakan perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling di sekolah
Dalam usaha merancang perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di
sekolah, terdapat beberapa langkah yang harus diambil perhatian. Antaranya
adalah mengumpul maklumat. Seseorang guru bimbingan yang hendak
menyediakan rancangan perkhidmatan memerlukan maklumat penting seperti

maklumat tentang pelajar, guru-guru dan sekolah serta maklumat tentang


rancangan daripada Kementerian Pendidikan berhubung dengan perkhidmatan
ini dan dasar pelajaran terkini.
Seterusnya, guru seharuslah menganalisis maklumat yang dikumpul untuk
memerhatikan keperluan-keperluan utama pelajar. Keperluan-keperluan ini
mestilah dirasai oleh pelajar sendiri sebelum dapat dijadikan faktor pendorong
yang mampu menghasilkan sesuatu perubahan.
Guru perlulah menyatakan objektif perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling yang sempurna dan khusus supaya boleh diukur, dinilai, dicapai
realistik dan mempunyai jangka masa yang ditentukan. Tanpa objektif yang jelas
agak sukar untuk membina aktiviti yang dapat membawa tercapai objektif yang
dikehendaki.
Selain itu, guru juga perlu memilih aktiviti perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling yang bersesuaian agar dapat menarik minat pelajar dan melibatkan
diri secara aktif. Faktor objektif serta latar belakang sekolah, guru dan pelajar
haruslah dipertimbangkan semasa memilih aktiviti tersebut.
Pembentukan Jadual kerja juga merupakan salah satu langkah yang
penting dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Dengan berpandukan
jadual kerja, masyarakat sekolah dapat mengetahui dengan jelas tentang masa,
tarikh, dan pihak yang terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang tertentu.

1.8 Perincian perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang ditawarkan


Sebagai guru bimbingan dan kaunseling yang baru, saya akan
menawarkan program Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) untuk dijalankan di
sekolah.
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling telah lama bertapak dalam
sistem pendidikan kita. Walaupun perkhidmatan ini masih mempunyai ruang
yang luas untuk diperbaiki, khidmat "murid membantu murid" (PRS) merupakan

satu khidmat sokongan yang penting untuk mengisi ruang tersebut. Oleh sebab
murid adalah lebih ditemui dan dijangka lebih memahami curahan perasaan
rakan, maka mereka lebih mudah dirapati. Golongan murid yang terlatih dalam
kemahiran-kemahiran asas menolong sangat penting untuk meningkatkan lagi
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.
Untuk melengkapkan pengetahuan dari sumbangan murid membantu
rakan, maka mereka perlu diberi latihan supaya khidmat mereka lebih berkesan.
Maka satu modul latihan perlu dibentuk oleh beberapa orang Guru Bimbingan
dan Kaunseling untuk dijadikan panduan dalam melatih pelajar sebagai
Pembimbing Rakan Sebaya. Sebagai bukti, program ini juga merangkumi bidang
yang luas termasuk membantu mempelajari Teknologi Maklumat, Pembelajaran
Bestari, Cara Belajar, malah digunakan dalam kempen anti dadah.
Pada pendapat saya, pihak pentadbir sekolah, guru, staf lain dan
masyarakat haruslah sedar bahawa PRS ini adalah remaja atau murid biasa
yang masih mempunyai kekurangan diri dan perlukan bimbingan berterusan
daripada orang dewasa. Mereka juga tidak akan berupaya menjadi murid serba
sempurna tanpa membuat kesilapan. Apa yang boleh mereka lakukan melalui
bimbingan dan galakan daipada pentadbir, guru dan orang dewasa lain ialah
dengan menggunakan pengaruh positif serta contoh teladan untuk menarik
perhatian rakan-rakan ke arah perlakuan yang diterima.

Anda mungkin juga menyukai