Anda di halaman 1dari 9

FORMAT PERSEDIAAN MENGAJAR PENDIDIKAN SENI VISUAL JABATAN PENDIDIKAN SENI VISUAL INSTITUT PERGURUAN ILMU KHAS, KUALA

LUMPUR.

Matapelajaran : Pendidikan Seni Visual Kelas/ Tahap : 3 Gemilang / Tahap 1 Tarikh : 4 September 2012 (Selasa) Masa : 11.50 12.50 pagi (1 jam) Bil. Murid : / 37 Orang Bidang Kegiatan : Membuat corak dan rekaan Tajuk : Corak-corak cantik (Penanda buku)
Hasil Pembelajaran : ( Rujuk HSP Tahun 3 PSV) Aras 1 1. Menggunakan motif organik dan geometri untuk menghasilkan corak Aras 2 1. Menyusun motif untuk menghasilkan corak 2. Menghasilkan kesan corak dengan menggunakan pelbagai alat, bahan dan teknik. Aras 3 1. Menyatakan secara lisan tentang hasil kerja sendiri dan rakan.

Objektif : Pada akhir pengajaran murid dapat:


1. Memahami tentang konsep stensilan. 2. Mewarna dan menggosok dengan betul menggunakan teknik stensilan bagi menghasilkan corak geometri. 3. Menghias penanda buku dengan corak-corak geometri mengikut kreativiti masingmasing dengan kemas dan teliti. Pengetahuan sedia ada murid: 1. Murid pernah melihat contoh-contoh penanda buku yang pelbagai di buku, di sekolah, di televisyen atau di persekitaran. 2. Murid pernah melukis dan mewarna.

Nilai Murni : Ketekunan, ketelitian dan kekemasan

Alat

: Tiada

Bahan : Krayon,kertas lukisan, reben Kemahiran Berfikir : Kemahiran belajar, pemudahcara Strategi Pembelajaran : Direktif, Pemerhatian, Kontekstual, Kecerdasan Pelbagai Bahan Bantu Mengajar (BBM) : Contoh rupa serta bentuk organik dan geometri, Kad gambar rupa dan bentuk organik serta geometri, Gambar contoh-contoh stensilan, Carta alir proses membuat penanda buku stensilan rupa geometri, Contoh penanda buku hasil kerja guru.

Peringkat Penyampaian Langkah Pengajaran/ Masa Set Induksi (10 minit) Perkembangan Isi pelajaran Guru mengadakan permainan susun semula huruf kepada murid-murid. Aktiviti P&P Strategi/ Gambarajah/ Nilai/ Catatan Nilai Kerjasama Kontekstual

Murid cuba menyelesaikan susunan huruf tersebut dengan bersungguh-sungguh.

KOPKO LPAE LGHNAE TIGNABN AOLB

Konstruktivisme

Guru mengaitkan rupa dan bentuk yang terdapat pada gambar-gambar tersebut. Guru memberikan sedikit penerangan tentang perbezaan rupa dan bentuk kepada murid-murid. Definisi: Rupa - hasil dari pertemuan

Murid mendengar penerangan guru dengan teliti dan bersungguhsungguh.

Rupa

hujung satu garisan. Bentuk Bentuk mempunyai struktur jisim dan isi padu. Ia mempunyai lebih daripada satu permukaan dan bersifat tiga dimensi. Seterusnya guru memberikan penerangan tentang perbezaan rupa organik dan geometri. Definisi: Rupa geometri - rupa yang dapat diukur dan mempunyai sudut Rupa geometri

Rupa organik rupa bebas yang tidak dapat diukur sudutnya.

Rupa organik

Langkah 1 (5 minit)

Guru mengaitkan permainan tersebut dengan tajuk pelajaran pada hari ini. Guru memperkenalkan tajuk pelajaran iaitu membuat aktiviti stensilan menggunakan rupa-rupa organik. Guru menerangkan definisi stensilan kepada muridmurid. Definisi: - Rupa bentuk gambar dikeluarkan supaya meninggalkan ruang kosong di atas sesuatu alat stensil. - Apabila bahan warna disapu di atas stensil bahan warna akan melalui ruang yang kosong atau lubang di

Murid mendengar dengan penuh minat.

Strategi: Kontektual

Murid mendengar dengan teliti segala penerangan guru.

atas stensil dan diserap oleh kertas. - Garis luar pada lubang itu memberi kesan kepada sifat garis luar rupa bentuk yang dihasilkan. Langkah 2 ( 5 minit) Guru menunjukkan pelbagai jenis contoh stensilan kepada murid-murid. Murid melihat contohcontoh gambar dengan teliti.

Konstruktivisme ABM Maujud gambar contoh stensilan KBKK Soal Jawab

Langkah 3 (10 minit)

Guru bertanya tentang contoh-contoh stensilan lain yang pernah dilihat atau diketahui murid. . Guru menunjukkan pula contoh karya penanda buku stensilan hasil kerja guru.(maujud)

Murid menjawab soalan guru dengan pelbagai jawapan yang mereka tahu Murid melihat contoh karya guru yang telah siap dihasilkan dengan penuh minat

Belajar cara belajar Direktif

Guru menerangkan jenis alat dan bahan yang hendak digunakan.

Murid mendengar penerangan guru dengan teliti.

Krayon 1) Crayon 2) Blok acuan geometri

Blok acuan rupa geometri

Guru menerangkan proses untuk menghasilkan penanda buku menggunakan teknik stensilan. Langkah-langkah:

Murid melihat carta alir aktiviti seperti yang ditunjukkan oleh guru

1) Potong kertas
menjadi bentukbentuk geometri.

2) Warnakan sekeliling
kertas menggunakan krayon dan gosokkan bahagian tersebut ke arah luar. Tanggalkan kertas yang telah diwarnakan.

3) Penuhkan penanda
buku tersebut dengan pelbagai rupa corak geometri yang berwarna-warni.

4) Ikat penanda buku


yang telah siap menggunakan reben. Hias mengikut kreativiti. Langkah 4 (25 minit) Guru mengarahkan murid melakukan aktiviti gerak kerja seperti yang telah ditunjukkan. Guru membimbing dan memantau murid-murid di dalam kelas semasa aktiviti gerak kerja dijalankan. Murid melakukan aktiviti gerak kerja yang diarahkan. Pembelajaran Akses Kendiri Bertanggung jawab ke atas pembelajaran sendiri untuk menghasilkan tugasan Direktif

Murid mula membuat corak rupa geometri menggunakan teknik stensilan seperti yang diarahkan oleh guru. Murid menghias penanda buku mengikut kreativiti masing-masing.

Penutup (5 minit) Penilaian Hasil Pembelajaran : Apresiasi dan refleksi :

Guru mengambil beberapa hasil karya murid untuk dipamerkan.

Murid memberikan kerjasama kepada guru dengan memberikan hasil kerja mereka untuk dijadikan contoh dalam sesi apresiasi. Murid memberikan komen terhadap penanda buku yang telah dihasilkan oleh rakanrakan mereka.

Kemahiran interpersonal dan intrapersonal Linguistik

KBKK Pendapat Soal Jawab

Guru meminta beberapa orang murid untuk membuat sesi apresiasi dengan memberikan komen terhadap hasil karya rakanrakan yang lain. Guru bertanyakan beberapa soalan kepada murid untuk menguji kefahaman mereka. 1.Berikan contoh bentuk organik dan geometri yang terdapat di persekitaran. 2. Apakah maksud stensilan? Guru memberikan pujian kerana murid dapat memahami tajuk pada hari ini. Guru membuat sesi refleksi dan penilaian objektif pengajaran pada hari tersebut.

Murid menjawab soalan guru dengan pelbagai jenis jawapan.

Refleksi Guru Pelatih : Kekuatan/Kelemahan/Cadangan/Penambahbaikan:

Catatan Pensyarah/ Guru Pembimbing :

Anda mungkin juga menyukai