Anda di halaman 1dari 6

Mata pelajaran Hari Masa Tarikh Tingkatan Bilangan pelajar Topik Subtopik

: Matematik : Isnin : 9.50 pagi 11.00 pagi ( 70 minit) : 23 September 2012 : 1 Maimunah : 36 orang : Bab 10 : Poligon : 10.1 : Poligon 10.1.1 : Mengenal poligon 10.1.2 : Menamakan poligon 10.1.3 : Menentukan ciri poligon

Objektif pembelajaran : i. Hasil pembelajaran Memahami konsep poligon

: Pada akhir pembelajaran, pelajar akan dapat : i. ii. iii. Mengenal dua bentuk sama ada poligon atau bukan poligon Menamakan dua poligon Menentukan bilangan sisi, bucu dan pepenjuru poligon yang diberi

Kaedah pengajaran Strategi pengajaran

: Membuat refleksi dan pembelajaran koperatif : Pembentangan

Pengetahuan sedia ada : Pelajar mengetahui terdapat benda-benda yang berbentuk seperti poligon dalam kehidupan seharian mereka. Bahan bantu mengajar KBKK Nilai murni : Pen marker berlainan warna, papan putih, slide powerpoint, pepejal geometri, lembaran kerja dan kertas mahjung : Mengenal pasti, membuat perbandingan, menjana idea, membuat analisis dan mensintesis serta membuat keputusan. : Bersungguh-sungguh, berdikari, menghargai masa, berani, yakin, memberi tumpuan, bekerjasama dan tolong- menolong

Aktiviti Langkah Isi pelajaran

Peranan guru

Peranan pelajar

Strategi/Kaeda h/ Bahan Bantu Mengajar/KB KK/Nilai murni Kaedah: Menjana idea BBM: papan putih, video, pepejal geometri KBKK: Menjana idea dan membuat analisis. Nilai murni: Memberi tumpuan dan tolongmenolong.

Langkah 1 Set induksi (10 minit)

Menunjukkan gambar sarang lebah dan bentuk-bentuk geometri. Mengaitkan bentuk benda-benda yang terdapat dalam kehidupan seharian dengan poligon

Guru menunjukkan gambar sarang lebah kepada pelajar dan menyoal pelajar bentuk benda-benda yang terdapat di sekeliling Guru menyoal pelajar apa yang akan dipelajari pada hari ini. Guru menunjukkan pula bentuk-bentuk geometri kepada pelajar.

Pelajar melihat gambar tersebut dan memberi bentuk benda-benda di sekeliling.

Pelajar memberi respons terhadap soalan guru Pelajar melihat bentuk-bentuk geometri yang guru tayangkan di hadapan kelas. Pelajar memberi tumpuan dan mendengar penerangan guru.

Guru menerangkan kepada pelajar apa yang akan dipelajari pada hari ini iaitu poligon

Langkah 2 Perkemba ngan pengajara n (50 minit)

10.1 Poligon 10.1.1 Mengenal poligon (10 minit) - Poligon ialah bentuk dua dimensi tertutup yang terdiri daripada hanya garis lurus. - Sisi adalah setiap garis lurus yang membentukkan poligon Guru menyoal pelajar bagaimana bentuk sarang lebah. Guru menayangkan bentuk- bentuk dua dimensi dan meminta pelajar untuk menyatakan samaada bentuk tersebut adalah poligon atau bukan poligon. Guru menerangkan maksud poligon kepada Pelajar menjawab pertanyaan guru

BBM : papan putih, slide powerpoint, kertas mahjung KBKK: Mengenal pasti dan membuat perbandingan. Nilai murni: Yakin, memberi tumpuan, tolongmenolong,

Pelajar memberi jawapan mereka kepada guru.

Pelajar mendengar penerangan guru

pelajar. - Bucu adalah titik di mana dua sisi bertemu. - Pepenjuru adalah garis yang menyambungkan dua bucu yang bukan bersebelahan. Guru menunjukkan contoh bucu, pepenjuru dan sisi untuk sebuah poligon.
bucu

dan mencatat nota penting.

kerjasama,

Guru menerangkan maksud sisi, bucu dan pepenjuru dalam poligon kepada pelajar.

Pelajar mendengar penerangan guru dan mencatat notanota penting Pelajar memberi perhatian terhadap guru.

Pepenjuru

Sisi

10.1.2 Menamakan poligon (10 minit) - Poligon dinamakan mengikut bilangan sisinya.

Guru menerangkan cara menamakan poligon kepada pelajar.

Pelajar mendengar penerangan guru dan mencatat nota penting Pelajar menjawab soalan yang diberi guru.

Guru memberi dua bentuk kepada pelajar dan meminta mereka menyatakan nama bagi poligon tersebut = Pentagon

= Segitiga Guru memanggil pelajar secara rawak untuk menyatakan nama bagi poligon tersebut. 10.1.3 Menentukan ciri poligon (30 minit) Guru mengedarkan sebuah balang kepada pelajar yang berisi kertas dengan warna yang Pelajar memberi jawapan mereka kepada guru.

Pelajar mengambil kertas yang terdapat di dalam balang tersebut.

berbeza Bilangan sisi = Bilangan bucu Guru mengarahkan pelajar bergerak membentuk kumpulan yang mempunyai warna kertas yang sama. Guru meminta setiap wakil kumpulan bergerak ke hadapan dan memecahkan sebiji belon. Pelajar bergerak membentuk kumpulan mengikut warna kertas yang mereka ambil Wakil kumpulan bergerak ke hadapan kelas dan memecahkan sebiji belon. Wakil kumpulan masuk semula ke dalam kumpulan masing-masing dan melihat poligon yang mereka terima Pelajar mendengar penerangan guru.

Setiap kumpulan akan mendapat satu poligon yang terdapat di dalam belon yang wakil kumpulan mereka pecahkan. Guru mengarahkan mereka mengkaji poligon itu dan menyatakan bilangan sisi, bilangan bucu dan bilangan pepenjuru bagi poligon tersebut. Guru mengedarkan kertas mahjung dan pen marker untuk pelajar sediakan bahan pembentangan

Pelajar mengambil kertas mahjung dan menyediakan bahan pembentangan.

Guru memberi masa 15 Pelajar minit kepada pelajar untuk menyediakan bahan mereka menyediakan pembentangan bahan pembentangan Setelah masa tamat, guru memanggil setiap kumpulan untuk membentang di hadapan kelas. Guru menyoal pelajar Pelajar membentang di hadapan kelas.

Pelajar menjawab

apakah kaitan antara bilangan sisi dengan bilangan bucu Guru menerangkan kaitan antara bilangan sisi dengan bilangan bucu dalam poligon.

pertanyan guru.

Pelajar mendengar penerangan guru dan mencatat nota penting

Langkah 3 Mengaplikasikan Penilaian pengetahuan tentang (10 minit) konsep

Guru memberi soalan latihan kepada pelajar (Rujuk lampiran 1) Guru memberi masa 5 minit kepada pelajar untuk menjawab soalan. Guru membincangkan jawapan dengan pelajar.

Pelajar menjawab soalan latihan yang diberi guru.

KBKK: Membuat analisis dan mensintesis Nilai murni: Berdikari dan menghargai masa

Pelajar membincangkan jawapan dengan guru.

Langkah 4 Ringkasan Penutup pengajaran (5 minit)

Guru meminta pelajar membuat refleksi tentang apa yang telah dipelajari pada hari ini. Guru memilih pelajar secara rawak untuk memberi pandangan dan refleksi. Guru memberi penegasan terhadap apa yang telah dipelajari hari ini. Guru memberi kerja rumah kepada pelajar, latihan 10.1 soalan 1 dan 2. (Rujuk buku teks Matematik Tingkatan satu mukasurat 201)

Pelajar memberi pendapat masingmasing tentang apa yang telah dipelajari.

KBKK: Membuat analisis dan mensintesis Nilai murni: Bersungguhsungguh

Pelajar memberi perhatian terhadap penerangan guru. Pelajar membuat kerja rumah yang diberi oleh guru di rumah

Lampiran 1 1. Namakan setiap poligon berikut : a)

c)

b)

d)

2. Kenalpasti yang mana adalah poligon

3. Namakan poligon dibawah

4. Namakan poligon berdasarkan bilangan bucu yang diberi Bilangan bucu 3 4 5 Nama Bilangan bucu 6 7 8 Nama

Anda mungkin juga menyukai