Anda di halaman 1dari 7

Harum baunya kuntum cempaka

penghias batas di sawah padi


apakah makna hidup merdeka
kalau semuanya disalut subsidi ?

apa guna memasang pagar
kalau padi berbuah hampa
tidakkah malu mengaku saudagar
semua projek dialibaba?

Anak teratai di tepi kali
Anak ikan di makan haruan
Kalau tuan arif bijaksana
AFTA dirangka apa tujuan?


Pergi ke belukar memasang pikat,
Pulangnya lewat di hujung petang,
Jikalau sentiasa berjimat cermat,
Rezeki secupak terasa segantang.

Amalan jimat cermat menyebabkan rezeki yang sedikit dirasakan
banyak, atau rezeki yang berkat.

Indah nian pemandangan dunia,
Dari timur hingga ke selatan,
Sikap berjimat amalan mulia,
Orang boros sahabat syaitan.

Sikap berjimat tergolong dalam amalan mulia, sedangkan sikap boros
ialah pekerjaan syaitan.

Masak meranum buah ara,
Jatuh sebiji di atas papan,
Jika berjimat setiap perkara,
Pasti terjamin masa hadapan.

Amalan berjimat menjamin masa hadapan jika dilaksanakan secara
menyeluruh.

Sungguh pahit buah peria,
Dimakan juga dibuat sayuran,
Membesar belanja sikap sesia,
Hanya menambah beban kewangan.

Sikap boros dalam berbelanja akan hanya menambah beban kewangan
seseorang.

Singgah berehat di kota lama,
Kuih dijamah air dihirup,
Berjimat cermat suruhan agama,
Jika diamal sejahteralah hidup.

Sikap jimat cermat ialah anjuran agama yang menjamin kesejahteraan
hidup.

Inderagiri pasirnya umat,
Tempat berkelah putera raja,
Baik sedikit tetapi berjimat,
Daripada banyak membazir sahaja.

Nikmat yang sedikit tetapi berjimat adalah lebih baik daripada nikmat
yang banyak, tetapi dibazirkan.

Turun ke ladang memetik kacang,
Hendak dibuat masak lemak,
Segala urusan jika terancang,
Sikap membazir pasti terelak.

Berhias elok di dalam puan
Jatuh berserak bersulam gundah
Mengapa dijolok sarang tebuan
Inflasi mengorak sesal tak sudah

Ke pentas sunda berkolek teruna,
Mencari genahak joran di sisi,
Inflasi berada di jurang becana,
Di mana hak pengguna bervisis?

Gelora mengimbas beralun gelodak
Dirempuh armada kecundang laksamana
Pengguna bebas memilh kehendak
Inflasi berganda sadar di mana?

Indah tenunan si pantai remis,
Saying terhampar dihinggap kelkatu,
Mana peranan rakyat dinamis,
Inflais sifar masih membuntu?







Situasi: Membeli - belah di complex

Terjumpa di shopping complex.
Saling menegur.
Bermula berpantun.

Jimat : Cik KOK!

Minum jamu campur acar
hei kamu apa kabar?

Banyaknya yang kamu beli.
Boros : Mestilah, ini kan semua cantik, saya suka aaa sangat.

Ada jamu di minum si Upin
Eh kamu kenapa di sini??

Jimat : Saya pun sedang membeli belah.
*Selak barang barang*
Eh, kan banyak sudah kasut kamu. Kenapa kamu beli
lagi?

Indah nian pemandangan dunia,
Dari timur hingga ke selatan,
Sikap berjimat amalan mulia,
Orang boros sahabat syaitan.

Boros : Eh biarlah saya,
Anak teratai di tepi kuala
Anak ikan di makan buaya
Barang cantik harga murah
Kenapa tidak dibeli sahaja

Jimat : Macam ni, cik kok
Inderagiri pasirnya umat,
Tempat berkelah putera raja,
Baik sedikit tetapi berjimat,
Daripada banyak membazir sahaja.

Cuba tengok yang kita ni, makannya sederhana,
hidupnya sederhana, tapi hati, banyaaak senang.

Boros : Tidak rasa senang hati saya,
Tidak syoklah saya rasa bila tengok kawan kawan
saya berpakaian macam model, barang barang pun
cantik dan berjenama. Cemburu saya!

Ikan batu di atas bara
Pohon selasih di tepi kota
Fikiran buntu badan sengsara
Bila keinginan membuat derita

Bagi saya kan.. Melebih lebih itu baik daripada
kehidupan yang sederhana..Saya tidak suka normal!
Jimat : Sungguh pahit buah peria
Dimakan juga dibuat sayuran
Membesar belanja sikap sesia
Hanya menambah beban kewangan

Jangan terpengaruh dengan rakan wahai cik kok, nanti
bila elaun habis menangis kamu.
Boros : Aiih jangan kamu cakap pasal kewangan. Saya
datanng sini untuk enjoy, tidak perlu fikir banyak
banyak.

Bangun pagi burung menyanyi,
Bangun siang burung berkicau,
Susah apa di dalam hati,
Elaun habis masih jauh.
Jimat : Cik kok perlu sedar, sediakan payung sebeum hujan.

Masak meranum buah ara,
Jatuh sebiji di atas papan,
Jika berjimat setiap perkara,
Pasti terjamin masa hadapan.
Boros : Iyalah, tahulah saya, tapi kan saya masih muda.

Apa guna memasang sauh
kalau kapal berlayar tenang
Masa hadapan masih jauh
Usah pening berfikir sekarang.
Jimat : Jangan kamu asyik fikirkan sekarang sahaja, kamu
juga harus fikir panjang sikit.
Kamu tau tak sekarang harga barang semua naik
Tahukah harga minyak sudah naik kepada RM 2.30 1
liter (cari harga minyak masa dulu)

Gelora mengimbas beralun gelodak
Dirempuh armada kecundang laksamana
Pengguna bebas memilh kehendak
Inflasi berganda sedar di mana?
Boros : Iya betul? Tidak pulak saya perasan

Anak kecil berlari - lari
Tersandung kaki pohon bakau
Aduh ini ekonomi
Makin hari makin kacau

Saya rasa haruslah saya menjadi lebih peka terhadap
ekonomi kita.
Jimat : AaAaa betul cik kok.

Singgah berehat di kota lama,
Kuih dijamah air dihirup,
Berjimat cermat suruhan agama,
Jika diamal sejahteralah hidup.

Amalkanlah amalan berjimat cermat, elakkan
daripada sikap boros.
Boros : Terima kasih atas nasihat itu, bari saya faham bahawa
kita tidak patut mengikutkan nafsu berbelanja.

Puteri berdendang tertanya tanya,
Mencari permata di bukit lelah,
Kata saudari ada benarnya
Berjimat cermat banyak faedah.
Jimat : Anna Abadi pergi ke Rasah
Pulang semula sebelah pagi,
Kita bertemu akhirnya berpisah
Diizin tuhan bersua lagi

Jagalah diri baik baik. Jangan sekali kali kamu
lupakan nasihat saya hari ini.
Boros : Hari ini menanam jagung
Malam esok menugal jelai
Hari ini kita bertembung
Ada umur ketemu lagi

Baiklah, jumpa lagi!

Anda mungkin juga menyukai