Anda di halaman 1dari 2

Kebaikan Penggunaan Robot dalam Kehidupan Manusia

Pengunaan robot memudahkan setiap urusan seharian menusia.

Bincangkan kebaikan penggunaan robot dalam kehidupan manusia.

Robot ialah alat ciptaan manusia yang mengikut arahan menusia tanpa
membuat keputusan sendiri. Penggunaannya banyak di negara- negara maju
seperti Jepun, Sweden, Korea dan lain-lain. Penciptaannya membantu dalam
kerja-kerja seharian menusia seperti dalam bidang perubatan, domestik,
perindustrian dan ketenteraan.

Antarannya, robot dapat membantu manusia menjalankan kerja sehairan.

Sebagai contoh, robot humanoid yang merupakan peralatan elektik dan
elektronik di rumah membantu tugas suri rumahtangga untuk melaksanakan
kerja harian. Selain itu, sebahagian peralatan robotik juga diubahsuai khasnya
untuk membantu Orang Kurang Upaya dalam kehidupan sehairan mereka
seperti robot Asimo. Robot binatang seperti Aibo adalah dicipta sebagai teman
untuk bermain dengan manusia.

Kebaikan yang seterusnyanya ialah dalam bidang perubatan. Doktor

menggunakan robot untuk melakukan pembedahan mikro seperti insisi lubang
kunci berukuran yang bersaiz 8-12mm bagi membuangkan sel kanser. Robot
sitem da vinci juga dicipta bagi membuang batu karang yang terdapat dalam
buah pinggang pesakit. Endoskeleton dilitupi prostetik dan dikawal oleh peranti
peneumatik bagi kudung tangan ataupun kaki yang sudah patah.

Selain itu, kebaikan ketiga ialah sumbangan dalam perindustrian. Tenaga

manusia yang semakin berkurangan menyebabkan skop pekerjaan digantikan
dengan robot terutamanya dalam sektor perindustrian yang banyak melibatkan
kerja-kerja yang berat. Robot mampu bertugas dengan cepat dan tepat. Hal ini
disebabkan dengan faktor kecekapan dan kepantasan yang tidak bergantung
kepada faktor dan stamina seperti manusia. Robot juga tidak dapat melakukan
sebarang kesilapan kerana telah diprogramkan. Ia tidak berasa kepenatan
walaupun tiada waktu untuk berehat. Produktiviti sesebuah kilang juga
meningkat kerana kualiti baranganya dapat dikekalkan dan banyak dihasilkan.

Kebaikan keempat ialah sumbangan dalam bidang ketenteraan. Robot dapat

digunakan untuk kerja-kerja yang berisiko tinggi. Robot dapat mengesan bom
dan pengintip di bawah tanah dengan tepat. Robot juga dapat bertugas dalam
situasi yang panas atau keadaan yang meliputi bahan kimia yang berbahaya.
Ini dapat mengurangkan risiko kehilangan nyawa manusia.

Kesimpulannya, Penggunaan robot memudahkan urusan sehairian manusia

dalam pelbagai bidang. Robot membantu manusia melakukan kerja-kerja yang
hambar, kotor dan berbahaya.

Anda mungkin juga menyukai