Anda di halaman 1dari 6

BAHAYA MEROKOK

 
 

Merokok Mengakibatkan Strok


 Bahan kimia yang dibebaskan oleh asap rokok akan
menjejaskan organ-organ dalam badan.  Merokok
menambahkan risiko penyakit berbahaya dan
menyebabkan 10–12% dari kematian di Malaysia.  Strok
(Angin Ahmar) amat berkait rapat dengan tabiat
merokok.
 Kesan nikotin yang disebabkan oleh merokok merosakkan
saluran darah.
 Dinding salur darah akan menjadi tebal dan sempit, dan
dengan itu aliran darah akan menjadi sukar.
 Strok disebabkan oleh salur darah tersumbat di dalam
otak.
 Sebahagian badan anda mungkin akan lumpuh dan anda
mungkin maut.

Rokok Mengakibatkan Serangan Sakit Jantung

Merokok sememangnya satu tabiat buruk.  Malangnya 50%


dari golongan lelaki di Malaysia merokok.  Merokok merupakan
faktor risiko utama bagi penyakit bahaya dan menyebabkan
10–12% kematian di Malaysia.  Serangan sakit jantung adalah
berkait rapat dengan merokok.

Rokok Mengakibatkan Kanser Paru-Paru


 
Asap rokok mengeluarkan hampir  4,000 bahan kimia beracun
dan 53 dari bahan kimia ini boleh mengakibatkan kanser.
Merokok menambahkan risiko penyakit merbahaya seperti
kanser paru-paru.  Ia merupakan kanser paling kerap  dialami
golongan lelaki dan amat berkait rapat dengan tabiat
merokok. Jika anda mengalaminya, peluang untuk sembuh
amat kecil sekali. 

STRESS
KESAN STRES KE ATAS INDIVIDU
 Perasaan risau, bimbang, gelisah dan cepat marah
 Sakit kepala dan sukar tidur
 Mudah berpeluh pada bahagian badan dan tangan
 Hilang selera makan
 Berasa loya dan muntah-muntah
 Degupan jantung meningkat

PENGURUSAN STRES

 Melakukan aktiviti sukan dan riadah

 Berehat dengan secukupnya

 Melakukan hobi yang mendatangkan ketenangan

 Mengendalikan masa secara berkesan dan bijaksana


 Merujuk masalah kepada ibu bapa, guru, kaunselor
atau orang yang dipercayai
 Mendapatkan rawatan pakar
MAKANAN SEIMBANG

Makanan seimbang merupakan makanan yang harus dimakan


untuk memastikan tubuh badan seseorang berfungsi dengan
normal. Makanan seimbang seharusnya memberikan kita
tenaga. makanan yang mencukupi, karbohidrat, protein dan
lemak secara optimum, kandungan fiber yang mencukupi dan
kandungan bahan galian, vitamin dan asid lemak. Makanan
seimbang seharusnya memberi :

i. Tenaga makanan yang mencukupi


ii. Karbohidrat, protein dan lemak secara optimum.
iii. Kandungan fiber yang mencukupi.
iv. Kandungan bahan galian, vitamin dan asid lemak.

KUMPULAN MAKANAN :

A. Makanan yang memberi tenaga


Di Malaysia tenaga 50-60% penduduk didapati daripada nasi.
Namun begitu makanan lain yang menghasilkan tenaga
termasuk semua jenis bijirin seperti jagung, gandum, beras,
bali, ubi keledek, keladi, ubi kayu, kentang dan lain-lain.
Makanan lain yang menghasilkan tenaga �dalah makanan
yang mengandungi gula seperti gula pasir, sirap, jem dan
madu.

B. Makanan membina badan 

Protein ah�la makanan membina badan. Protein membina


sel-sel atau jeringan tisu dalam badan kita. Punca protein
adalah daripada ikan, ketam, kepah, sotong, ayam, itik, dan
lembu. Kekurangan sumber protein boleh membantutkan
pertumbuhan seseorang termasuk pembentukan otot.
Kekurangan protein juga mempengaruhi pembentukan darah
dan ini menyebabkan badan menjadi lesu.

C. Makanan menjauhi penyakit


Makanan jenis ini merupakan makanan yang membekalkan
tubuh dengan bahan-bahan yang mengekalkan semua
perjalanan organ di dalamnya. Ia mencegah tubuh daripada
menghidap penyakit. Makanan jenis ini meliputi sayur-sayuran
dan buah-buahan.
JENIS-JENIS KANSER
(1) Kanser pangkal rahim - sebarang lelehan atau pendarahan
yg luarbiasa, sakit selepas bersenggama dan turun berat
badan.
(2) Kanser payudara - bengkak atau gumpalan di buah dada,
keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di
ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.
(3) Kanser usus besar - perubahan tabiat membuang air, hilang
berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku
pendarahan semasa membuang air.
(4) Kanser paru-paru - batuk kuat berterusan, batuk
berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang
berat badan.
(5) Kanser perut - hilang berat badan, muntah berdarah,
sistem pencernaan yg tidak teratur, cepat kenyang
walaupun makan sedikit.
(6) Kanser limpa - sakit di bahagian abdomen, hilang selera
makan, turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning
dan bahagian abdomen membengkak.
(7) Kanser ovari - haid tidak teratur, tumbuhan keras di
bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan
bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam.
(8) Kanser otak - sakit kepala, muntah-muntah, gangguan
penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa,
perubahan personaliti.
(9) Kanser prostat - sukar dan sakit semasa kencing yang
berpanjangan.
(10) Kanser darah (leukimia) -letih, pucat, mudah lebam dan
mudah mendapat jangkitan (infection).

Anda mungkin juga menyukai