Anda di halaman 1dari 3

Cerpen Sekeping Tanah : Sinopsis

Cerpen ini dimulakan dengan tindakan Hisyam yang pergi menemui abangnya,
Harun untuk berbincang mengenai sebidang tanah pusaka peninggalan arwah ayah
mereka di bandar. Menurut Hisyam, dia bercadang untuk membangunkan tanah
pusaka peninggalan arwah ayahnya di bandar itu kerana kakaknya, Halimah juga
bersetuju dengan cadangannya. Hal ini demikian kerana Halimah sudah berasa tidak
selesa menetap di rumah pusaka itu dengan keluarganya kerana bimbang akan
menimbulkan masalah apabila dia meninggal dunia.Hisyam menyatakan cadangan
kepada abangnya tentang hasratnya untuk menubuhkan sebuah syarikat keluarga
yang boleh membangunkan tanah pusaka itu dengan membina kondo. Harun
mempersoalkan cadangan adiknya itu atas faktor kewangan dan faktor tahap
pendidikan yang dicapai oleh adiknya itu. Hisyam menegaskan bahawa mereka
boleh membuat pinjaman bank dan urusan pinjaman wang tersebut boleh diuruskan
oleh kakaknya, Halimah yang merupakan seorang pengurus bank.Selepas Hisyam
gagal memujuk abangnya untuk mengekalkan tanah pusaka itu, pada malamnya, dia
telah ke rumah pusaka untuk menemui kakaknya, Halimah. Hisyam memberitahu
tentang kedegilan abangnya yang mendesaknya supaya menjualkan tanah pusaka
peninggalan arwah ayah mereka itu. Selepas perbincangan diadakan, Hisyam dan
Halimah bersepakat untuk membangunkan tanah yang terletak di bandar itu tetapi
mereka merahsiakan hal itu daripada pengetahuan abangnya, Harun. Bagi
melicinkan proses untuk membangunkan tanah pusaka itu, mereka telah
menubuhkan sebuah syarikat atas nama Binajaya Sdn. Bhd. dan melantik seorang
peguam untuk membeli tanah pusaka mereka yang telah dijual itu sebelum
dibangunkan semula. Sebulan kemudian, Harun, Hisyam dan Halimah menurunkan
tandatangan menjual tanah pusaka dengan harga RM6 625 000.00 kepada Binajaya
Sdn. Bhd. di hadapan pegawai pentadbiran tanah dan seorang peguam. Harun
gembira menerima cek bernilai RM 2 650 000.00. Begitu juga dengan Hisyam yang
menerima jumlah yang sama dan Halimah pula menerima RM 1 325 000.00. Rumah
pusaka bapa mereka telah didermakan kepada sebuah keluarga di Sungai Pencala.

Pada minggu itu juga tertegak papan tanda bahawa di atas tapak tanah itu akan
dibina sebuah kondo mewah setinggi 25 tingkat. Hati Harun terdetik apabila melihat
nama adiknya, Hisyam bin Sulaiman tertera pada papan kenyataan tapak kondo itu
sebagai pengurus Binajaya Sdn. Bhd. Namun begitu, dia tidak membuat apa-apa
tindakan kerana ingin melihat dahulu perkembangannya dan berfikir mungkin nama
itu bukan adiknya.

Setelah tiga tahun setengah projek kondo mewah itu dibina, sebahagian besar
pembeli kondo mewah itu mengambil kunci rumah masing-masing. Harun tergamam
apabila melihat adiknya, Hisyam dan Halimah yang sebenarnya menguruskan projek
pembinaan Kondo Jaya itu. Mereka menyerahkan kunci rumah kediaman mewah itu
kepada para pembeli. Harun berasa dirinya ditipu dan dipermainkan oleh adik-
adiknya. 
Pada malamnya, Harun telah menelefon Hisyam untuk meluahkan rasa kecewanya
kerana ditipu dan dipermainkan oleh adik-adiknya. Hisyam menjelaskan perkara
yang sebenar kepada abangnya, berhubung pembinaan Kondo Jaya di atas tapak
tanah pusaka peninggalan arwah ayah mereka itu. Harun berasa terpukul dengan
tindakannya tiga tahun setengah yang lalu.

Anda mungkin juga menyukai