Anda di halaman 1dari 3

Baca petikan di bawah dengan teliti.

Berdasarkan petikan tersebut, tulis

sebuah ringkasan tentang faedah-faedah menyertai kegiatan
kokurikulum. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80
patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan perkataan anda sendiri
tanpa mengubah maksud asal petikan.

Banyak faedah yang diperoleh apabila seseorang pelajar itu melibatkan

diri dalam kegiatan kokurikulum, namun begitu begitu ramai pelajar yang
memberikan pelbagai alasan untuk tidak melibatkan diri dalam kegiatan
kokurikulum. Mereka menganggap menyertai kegiatan kokurikulum
hanyalah membuang masa dan mereka mahu masa tersebut hanya
untuk memenuhi keperluan mereka sendiri,  seperti untuk berpelesiran di
kafe siber dan melepak di pusat beli-belah.

Persoalannya sedarkah mereka tentang faedah-faedah yang diperoleh

daripada kegiatan kokurikulum. Seseorang pelajar dapat menggunakan
masanya dengan berfaedah apabila melibatkan diri dalam aktiviti
kokurikulum. Dalam pada itu, sikap berdisiplin dapat ditanam dalam
sanubari pelajar-pelajar sekolah. Kegiatan kokurikulum juga dapat
mengeratkan hubungan antara pelajar dengan guru atau pelajar dengan
pelajar. Hal ini akan mewujudkan sikap kerjasama dan toleransi di
samping itu, perpaduan kaum juga dapat dipupuk. Perpaduan kaum
adalah tulang belakang dalam membentuk sebuah negara yang aman
damai, supaya rusuhan kaum 13 Mei 1969 tidak berulang lagi. Yang
lebih penting para pelajar dapat meluaskan ilmu pengetahuan melalui
penglibatan dalam aktiviti kokurikulum.

Dengan menyertai aktiviti kokurikulum, pelajar-pelajar dapat mengenali

dan memahami budaya dan adat resam kaum-kaum lain di Malaysia dan
seterusnya  dapat mewujudkan rasa bangga terhadap budaya dan cara
hidup masyarakat di negara ini. Dengan menyertai aktiviti-aktiviti
kokurikulum, seseorang pelajar dapat menyihatkan badan dan
mencerdaskan minda selain dapat membina keyakinan diri dalam
mengharungi kehidupan. Hal ini juga secara tidak langsung akan
mengurangkan bilangan kes-kes juvana dalam kalangan remaja kerana
pelajar tidak akan ada masa untuk melibatkan diri dengan masalah-
masalah sosial.

Kita akui bahawa sesetengah pelajar menganggap kegiatan kokurikulum

ini boleh menjejaskan tumpuan mereka terhadap pelajaran, malahan
boleh mengeruhkan hubungan antara pelajar berbilang kaum jika tidak
dikawal, namun begitu golongan yang berfikiran negatif ini haruslah ingat
akan faedahnya lebih banyak berbanding kesan buruknya.
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis

Anda mungkin juga menyukai