Anda di halaman 1dari 1

RUMUSAN

Daripada kajian ini, saya mendapati amalan kitar semula di sekitar Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor agak menggalakkan. Sebilangan kecil penduduk Taman Putra Perdana menjadikan kitar semula sebagai amalan setiap hari. Saya mendapati faktor kemudahan banyak mempengaruhi amalan kitar semula di kawasan ini. Terdapat beberapa tong sampah kitar semula yang telah disediakan namun belum mencukupi dan tidak berada di lokasi yang sesuai dan strategik. Perkembangan amalan ini juga dapat dikaitkan dengan faktor kesedaran penduduk. Tidak ramai penduduk yang menyedari bahawa amalan kitar semula dapat menyelamatkan ruang untuk manusia di bumi selain dapat mengurangkan pencemaran alam. Hal ini seharunya diambil berat oleh kerajaan dan langkah baru yang berkesan perlu dilaksanakan supaya dapat memupuk kesedaran penduduk agar mengamalkan kitar semula.

Anda mungkin juga menyukai