Anda di halaman 1dari 1

Setelah bertungkus-lumus, akhirnya kajian ini dapat disiapkan dalam

tempoh masa yang ditetapkan. Banyak yang dapat dipelajari daripada


kajian yang telah dilaksanakan.

Melalui kajian ini, saya berasa sungguh bertuah kerana dapat


bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Putra Perdana kerana
sekolah ini mempunyai tenaga pengajar yang mencukupi dan berwibawa.
Peranan guru sangat penting bagi memastikan kejayaan sekolah sebagai
pemangkin budaya ilmu dalam kalangan pelajar.

Sebagai warga SMK Putra Perdana, saya akan sentiasa berusaha


meningkatkan pencapaian diri dari aspek akademik, kokurikulum dan
sebagainya untuk meningkatkan imej sekolah di mata masyarakat.

Sekolah ini adalah sekolah yang terdiri daripada pelbagai kaum


seperti Melayu, Cina, India dan sebagainya. Ini memberi peluang kepada
semua pelajar bersama-sama menjalinkan hubungan erat dan mesra ke
arah mencapai tujuan dan matlamat perpaduan nasional.

Anda mungkin juga menyukai