Anda di halaman 1dari 14

Bil

Perkara

Muka Surat
1. Tajuk projek 1
2. Kedudukan sebelum inovasi 2
3. Masalah yang dihadapi 2
4. Laporan projek dan inovasi
1- Pengenalan
2- Rasional projek
3 - Objektif
4- Sasaran
5- Pelaksanaan
6- Anggaran perbelanjaan
7-Jawatankuasa Projek
3 - 7
5. Penutup 8
6. Refleksi 9 - 10
7. Lampiran 11-13

1


TAJUK INOVASI
Pemuliharaan Flora dan Inovasi Kitar Semula
BUTIRAN
Nama Guru Pelatih : Siti hamizah Binti Tamin
Nama Sekolah : SK. LKTP Bukit Batu Kulaijaya

KEDUDUKAN SEBELUM INOVASI DILAKSANAKAN
Sebelum projek inovasi ini dilaksanakan , keadaan Sk Lktp Bukit ini kuarang
ceria dan tidak menarik pada beberapa sudut. Terutamanya kawasan taman 1
Malaysia dan pondok ilmu.
Keadaan persekitaran juga perlu diceriakan supaya kelihatan menarik dan
menyedapkan mata yang memandangnya. Tambahan daripada itu juga, keadaan
kawasan yang kering dan ersang serta tidak mempuyai banyak tumbuhan juga
meningkatkan tahap kepanasan dikawasan sekitarnya. Ini menyebabkan pengaliran
udara panas ke sekitar kawasan sekolah mahupun bilik darjah kerana kekurangan
tumbuhan hijau yang membantu menghasilkan pengaliran udara yang bersih dan
baik untuk pernafasan.
Struktur tanah yang kering perlu di gembur semula sehingga kawasan
tersebut sesuai untuk penaman pokok dan penanaman tanaman yang menghijau.
Dan untuk menjadikan tanah lebih subur baja dapat membantu pertumbuhan akar
tumbuhan supaya pokok yang baru ditanam dapat terus hidup dengan segar.
2


MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI

Keadaan suhu dunia dan pemanasan global pada akhir-akhir ini sangat
meningkat dan mencapai tahap kepanasan yang maksimum. Hakikatnya, isu
peningkatan suhu atau pemanasan terjadi disebabkan pelbagai faktor. Selain
daripada penipisan ozon, kejadian kemarau dan jerebu, kejadian pulau haba, hujan
asid dan kesan rumah hijau juga memberi galakan kepada isu pemanasan global.
Pemanasan global ialah keadaan alam sekitar yang mengalami peningkatan
suhu yang tinggi berbanding dengan suhu normal. Hal ini menyebabkan kita terasa
panas walaupun pada waktu malam. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh aktiviti
yang dilakukan oleh manusia seperti penebangan hutan, aktiviti perindustrian,
pembakaran terbuka, pelepasan asap kenderaan, penerokaan hutan untuk aktiviti
pembangunan dan lain-lain.
Kegiatan manusia menebang hutan secara berleluasa akan mengurangkan
kawasan tumbuh-tumbuhan. Kesannya, semakin kurang kelembapan dilepaskan
oleh tumbuh-tumbuhan ke udara. Udara yang kurang lembap tidak akan membawa
hujan dan kemarau pun berlaku.
Situasi ini dapat saya kaitkan dengan keadaan sekolah yang mempunyai
keadaan tanah yang kering dan gersang serta menyebabkan aktiviti penaman tidak
dapat berkembang dengan subur dan baik seterusnya menyebabkan pengaliran
udara lembab di sekitarnya.
Selain daripada itu, kita sebagai individu yang cintakan alam sekitar perlulah
menanamkan perasaan mencintai alam ini agar kita dapat memelihara alam ini
daripada sebarang masalah yang boleh menjejaskan persekitaran dan hidupan yang
tinggal di dalamnya. Daripada pemerhatian ini saya merasakan bahawa pentingnya
melakukan inovasi dan mempelbagaikan cara penanaman pokok dalam usaha
mengurangkan tahap kepanasan udara serta menceriakan lagi keadaan sekolah .


3


INOVASI YANG TELAH DILAKSANAKAN

1.0 Pengenalan
Sekolah Kebangsaan LKTP Bukit Batu merupakan sebuah sekolah yang
terletak di di sebuah felda di Bukit Batu Kulai Johor Baharu. Usia sekolah ini
menjangkau usia 50 Tahun pada tahun 2014.Keadaan sekolah kelihatan tidak ceria
dan banyak kekurangan yang perlu ditambahbaik supaya keadaan sekolah menjadi
kembali ceria seperti mula dibangunkan.
Tambahan daripada itu juga keadaan persekitaran yang kekurangan tanaman
dan tumbuhan juga menyebabkan kurangnya pengaliran udara lembap ke kawasan
sekitarnya dan cuaca yang panas menjadi bertambah panas. Berdanding dengan
kawsan sekolah yang disekitarnya terdapat tumbuhan yang hidup menghijau.
Selain itu juga, tujuan projek ini dilancarkan adalah bagi memupuk amalan
cintakan flora di sekitar sekolah
Hakikatnya, walaupun keadaan ini tidak menjadi masalah yang besar kepada
sekolah, namun sekiranya dilaksanakan inisiatif dengan menanam pokok yang
menghijau dan bunga-bungaan yang mewarnai suasana ia amat memberi kesan
kepada pelajar bahkan menjadikan suasana sekolah lebih kondusif serta mampu
menghasilkan udara yang segar.
Sehubungan itu pihak sekolah telah mengorak langkah seterusnya membuat
projek inovasi berkaitan dengan kitar semula dan menceriakan persekitaran sekolah
dengan projek pemeliharaan dan pemuliharaan tumbuh-tumbuhan serta bungaan.
Pihak sekolah akan sentiasa memastikan bahawa sekolah dalam kedaan baik dan
seiring dengan sekolah-sekolah lain.




4


2.0 Rasional
Menggalakkan warga sekolah mencintai tumbuhan disamping dalam kehidupan
adalah amalan yang mulia. Melalui amalan ini secara tidak langsung murid-murid
telah mempelajari banyak perkara yang berkaitan dengan mencintai alam sekitar.

3.0 0bjektif
Memelihara dan memulihara tumbuhan dan bungaan disekitar sekolah.
Membudayakan amalan kitar semula bahan yang telah digunakan
Mewujudkan suasana sekolah yang ceria dan harmoni.
Memupuk amalan kreatif dan inovatif dalam kalangan murid dan guru.
Menyemai rasa cintakan keindahan dan alam sekitar yang menghijau dan
udara yang menyegarkan.

4.0 Sasaran Projek
Pihak ini telah berkerjasama bagi menjayakan projek ini Kelab seni visual dan
persatuan puteri islam serta semua warga SK LKTP Bukit Batu. Sasaran projek ini
ialah bagi mewujudkan suasana sekolah yang ceria dan mencipta inovasi baru
menggunakan bahan terpakai dan mampu dimanfaatkan. Tambahan itu juga projek
ini juga telah dilaksnakan bagi membantu meminimumkan cuaca yang panas dan
mendapat udara yang segar daripada tumbuhan yang menghijau dan bunga-
bungaan yang pelbagai.

5.0 Pelaksanaan Projek
Projek gotong- royong menceriakan sekolah dan menanam pokok bunga
dalam botol yang telah terpakai telah dilaksnakan. Projek ini merupakan projek
kerjasama persatuan dan unit beruniform sekolah. Pihak tersebut telah menjalinkan
kerjasama untuk melaksanakan projek tersebut.

5


Projek ini telah dilaksnakan pada waktu kokurikulum sebagaimana yang telah
di peruntukan.
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 Pagi 12.00 tengahari
Tarikh : 8hb Mac 2014
Pihak yang terlibat : semua murid dan guru SK. LKTP Bukit Batu.

Gotong royong dilksanakan pada hari Sabtu 8hb. Mac 2014.Manakala projek
inovasi dan menceriakan sekolah dilaksanakan secara berterusan sehingga Mei
2014. Projek ini merupakan gabungan kerjasama Persatuan Seni Visual dan kelab
uniform Pergerakan Puteri Islam Malaysia SK. LKTP Bukit Batu.












6


6.0 Projek yang dilaksanakan
1) Mengecat botol yang telah digunakan
2) Menanam dan menggantung pokok bunga didalam botol
3) Menceriakan pondok ilmu.
4) Gotong royong menceriakan sekolah
5) Menanam bunga dan pokok yang menghijau.

7.0 Anggaran perbelanjaan
1.Cat (3 tong) = RM 150
2. Berus cat ( 3 Batang x RM 10) = RM 30.00
3.Pokok Bunga Rm 100
Jumlah : RM 280 ( a)
Makanan : 150 ( guru dan pelajar) x RM3.00 : RM 450.00(b)

Jumlah : a + b = RM 280.00 + RM 450.00 = RM 730.00








7



8.0 Jawatankuasa Projek
Penasihat : Encik Azman Bin Abd Rahman (GPK Kokurikulum)
Pengerusi : Puan Rohana Binti Bakar
(Ketua Panatia Pendidikan Seni Visual )
Timbalan Pengerusi ; Puan Rozita Binti Embong ( Ketua Persatuan
Puteri Islam)
Naib Pengerusi : Puan Shamsinah binti Jamil
GPK Kokurikulum SKAG 1
Setiausaha Projek : Encik Awlul Azmi Bin Jelani
Penolong Setiausaha : Pn.Nor Atikah Lausin
AJK Guru : Puan Azlinah Binti Hassan
Puan Siti Hamizah Tamin
AJK Murid : Aida Amalia Alfizan
Siti Nur Najwa Asram








8


9.0 Penutup

Aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan fauna ini bukan terhenti setakat
program gotong- royong ini sahaja, bahkan aktiviti ini perlu dilakukan secara
berterusan dan konsisten dengan menyediakan jadual penjagaan pokok yang telah
ditanam . Contohnya seperti tugas menyiram, membaja dan lain-lain yang berkaitan.
Langkah ini adalah amat supaya dapat memastikan projek yang dilaksanakan
mampu memberi kesan dan mengasilkan suasana sekolah yang menghijau serta
mewujudkan udara yang segar di sekitar sekolah.
Namun begitu, untuk memastikan projek yang dilaksanakan ini berhasil, kerjasama
yang padu daripada semua guru dan kakitangan sekolah adalah penting. Disamping
mengadakan kempen pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar, sikap cintakan
alam sekitar amat perlu dalam proses pengajaran dan pembelajaran bilik darjah
yang dinamakan sebagai Pendidikan alam sekitar melalui kurikulum.












9

REFLEKSI PROJEK INOVASI

NAMA : SITI HAMIZAH BINTI TAMIN
NO IC : 890713-08-6156
Alhamdulillah, syukur saya ke hadrat Yang Maha Esa, kerana dengan limpah
dan kurnianya saya telah dapat menyiapkan tugasan ini walaupun dibatasi masa
yang terhad lantaran kesibukan tugas berpraktikum di sekolah .
Pada mulanya apabila menerima tugasan bagi subjek ini ASK2202W
Pendidikan Alam Sekitar, kami agak kelirua akan kehendak soalan. Akan tetapi
selepas diberi contoh dan penjelasan daripada pensyarah kami Puan Ramlah Ghani
kami dapat memahami kehendak soalan dengan baik.Kami berasa bimbang dan
tercabar untuk menyiapkan tugasan ini. Namun begitu cabaran dan halangan yang
saya hadapi tidak mematahkan semangat saya untuk menyiapkan tugasan ini.
Tugasan ini telah di berikan oleh pensyarah pada interaksi bulan Disember dan perlu
dihantar pada 24 Mac 2014.
Dalam tugasan ini terdapat tiga perkara yang perlu disediakan, penulisan
akademik mengenai isu alam sekitar , penghsilan bahan projek dan inovasi serta
membuat penulisan refleksi. Sepanjang menyiapkan tugasan ini pelbagai perkara
telah saya alami. Antaranya sukar mencari rujukan yang bersesuaian dan sukar
untuk mendapat idea bagi mencipta inovasi baru yang boleh saya kaitkan dengan
isu yang berlaku di sekolah tempat saya mengajar. Setelah membuat pemerhatian
dan bertanyakan pandangan idea daripada beberapa orang guru di sekolah saya
telah mendapat idea mengenai keperluan di sekolah saya.
Tidak dapat dinafikan bahawa kursus ini amat memberi pengetahuan dan
membuka minda saya mengenai penerapan amalan cintakan alam sekitar dan
memelihara keindahan nikmat pemberian Allah. Menjaga dan memelihara keindahan
alam sekitar amat penting dan sangat perlu ditekankan kerana amalan ini amat
digalakkan dalam islam.
Tambahan daripada itu juga , sebagai seorang pendidik di sekolah, setiap
guru mempunyai peranan dalam menerapkan amalan supaya cintakan alam sekitar
tidak kira mata pelajaran apa sekalipun. Ini kerana pada kebelakanagan ini terlalu
10

banyak isu alam sekitar yang berlaku disebabkan tindakan manusia sendiri.Lebih-
lebih lagi pelajar sekolah rendah mereka sangat mudah terkesan untuk meniru
amalan yang dilakukan oleh orang disekeliling kerna belum pandai membezakan
mana baik dan buruk.
Inovasi yang diketengahkan ini telah memberi pendedahan kepada pelajar
mengenai mengenai menggunakan bahan terpakai yang boleh dimafaatkan
bersama.Manakala amalan gotong royong yang dilaksanakan menunjukkan
kesungguhan dan sikap berkerjasama guru dan murid menceriakan sekolah.
Amalan- amalan ini amat penting untuk diterapkan supaya bertambahnya kesedaran
pelajar untuk saling menjaga dan memelihara keindahan sekolah serta tidak
sewenagnya membuang sampah di merata tempat disekitar sekolah.
Dengan mengikuti kursus Pendidikan Alam Sekitar ini banyak pengalaman
baru yang saya peroleh lebih-lebih lagi dalam tempoh menjadi guru pelatih ini.
Kursus ini Menyediakan peluang kepada semua bakal guru untuk memperoleh
pengetahuan, nilai, sikap, komitmen dan kemahiran untuk melindungi dan
memperbaiki alam sekitar khususnya .Selain itu juga, kursus ini dapat menghasilkan
corak tingkah laku baru terhadap alam sekitar dalam kalangan individu, kumpulan,
dan masyarakat seluruhnya.
Pendidikan Alam Sekitar merupakan satu proses pendidikan sama ada
secara formal atau tidak formal untuk mengubahsuai kefahaman dan sikap manusia
agar lebih prihatin terhadap alam yang telah banyak berjasa kepadanya. Rentetan
daripada perkara yang ditekankan saya sebagai bakal guru perlu menggunakan
pendekatan merentas kurikulum dengan menerapkan nilai-nilai alam sekitar kepada
mata pelajaran khusus setiap disiplin dalam bentuk perspektif yang holistik dan
seimbang bukan sahaja terhenti setelah setelah selesai kerja kursus ini, malah
amalan tersebut perlu dilakukan berterusan dan berpanjangan.
Secara kesimpulannya, Pendidikan Alam Sekitar perlu perlu diintegrasikan
dalam setiap mata pelajaran di sekolah sama ada matapelajaran pendidikan islam.
Mahupun bahasa arab dan lain-lain lagi. Guru harus menggunakan pembelajaran
alam sekitar secara pelbagai dan pendekatan pendidikan yang meluas bagi
mengajar, belajar tentang dan dari alam sekitar dengan menekankan kepada aktiviti
praktikal dan pengalaman sebenar.

11

LAMPIRAN
Aktiviti gotong royong peringkat sekolah



12


13


PROJEK INOVASI KITAR SEMULA

Anda mungkin juga menyukai