Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

PROGRAM
”MENGHIJAUKAN BUMI”

1.0 PENGENALAN

Program ”Menghijaukan Bumi” merupakan program pembangunan pendidikan alam sekitar yang
dilaksanakan di peringkat sekolah atas saranan Jabatan Alam Sekitar dengan kerjasama Kementerian
Pelajaran Malaysia di bawah pelaksanaan program Sekolah Lestari-Anugerah Alam Sekitar 2009/2010.

Program ini dilaksanakan ke arah menerapkan kesedaran terhadap alam sekitar dalam kalangan
generasi muda pada masa kini khususnya murid-murid di peringkat sekolah rendah. Integrasi
pengetahuan, kemahiran dan nilai murni dalam program ini dapat menyediakan murid dan guru dengan
suasana dan budaya pengajaran dan pembelajaran yang berteraskan alam sekitar.

Program ini juga dapat mempraktikkan konsep sekolah dalam taman yang mana proses
penghijauan sekolah dijalankan secara menyeluruh dengan mewujudkan dan memanfaatkan
sepenuhnya sudut-sudut dan lokasi-lokasi tertentu dalam kawasan sekolah. Terdapat beberapa sudut
yang menjadi platform penting ke arah melestarikan Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Utara seperti
kolam ikan yang menjadi habitat ikan air tawar, taman herba, taman Sains, taman sayuran dan rumah
kitar semula.

Program ”Menghijaukan Bumi ” dapat memberi nilai tambah kepada program pendidikan alam
sekitar yang telah dilaksanakan di sekolah sebelum ini sama ada secara rasmi mahupun tidak rasmi.
Pelaksanaan program ini mampu memberi impak yang positif dalam membentuk masyarakat yang
cintakan alam sekitar fizikal di samping telus dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam semulajadi.

2.0 RASIONAL

2.1 Program ini dilaksanakan untuk meningkatkan daya kesedaran dan sensitiviti semua lapisan warga
Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Utara terhadap kepentingan memelihara dan memulihara alam.

2.3 Program ini juga mampu memberikan pendedahan terhadap isu-isu semasa alam sekitar secara
global.

2.4 Program ini dapat membantu golongan pendidik dalam membimbing murid akan tanggungjawab
dan peranan mereka terhadap alam sekitar.

3.0 MATLAMAT
Memberi pendidikan alam sekitar secara berterusan melalui pembangunan dan pemantapan
program yang berteraskan alam sekitar berlandaskan Menghijaukan Bumi.

4.0 OBJEKTIF

Program ini bertujuan:

4.1 Membudayakan pendidikan alam sekitar dengan penerapan nilai murni alam sekitar dari aspek
pengurusan, kurikulum, ko-kurikulum dan penghijauan berterusan untuk mewujudkan amalan hidup
yang sejajar dengan konsep pembangunan lestari.

4.2 Menggalakkan jalinan pemuafakatan antara semua lapisan warga Sekolah Menengah Kebangsaan
Tasek Utara bersama Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG), agensi kerajaan, agensi swasta, badan
berkanun, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta komuniti setempat.

4.3 Menyediakan suasana yang kondusif bagi melahirkan warga sekolah yang berkeperibadian diri
yang unggul.

4.4 Memberi guru ruang untuk menggunakan stesen-stesen alam sekitar secara maksimum sebagai
proses pengajaran dan pembelajaran.

4.5 Memberi galakan kepada warga sekolah untuk melaksanakan aktiviti mesra alam dan aktiviti
penjimatan sumber.

5.0 SASARAN

Seluruh warga Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Utara

6.0

ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PENDAPATAN RM PERBELANJAAN RM


1 PIBG 500 Beli pokok 1000
2 Bantuan Kokurikulum 800 Pelbagai 500
3 Sumbangan / Tajaan 200
4 JUMLAH 1500 JUMLAH 1500

7.0 AHLI JAWATANKUASA INDUK


Pengerusi : En.Mohd Khir Bin Muda

Timbalan

Pengerusi : En.Hj.Mahpuz Bin Teh

Penyelaras : Pn.Zaini Binti Md Rais

Penolong

Penyelaras : Pn.Hjh Halimah Binti Sulaiman

Setiausaha : Fadhilawati Binti Ismail

Penolong

Setiausaha : Pn.Umi Hani Binti Ah San

7.1 Jawatankuasa Kecil/ Pelaksana

Taman Sains

Kelab /Persatuan Sains

Panitia Sains

Kolam Ikan Pn. Hjh Hanani Binti Abd Ghani

Kelab/ Persatuan Kemahiran Hidup

Taman Sayuran (Taman Agro)

Panitia Kemahiran Hidup

Taman Herba

En. Mohd Suhaimi Bin Nor

Pn.Edina Zayani Binti Yusof

En.Mohamad Khairul Nizam Bin Mat Zalami

Pn.Norasyikin Binti Bahtiyar

8.0 PENUTUP
Melalui program ini, konsep “Menghijaukan Bumi” menjadi satu platform kepada warga sekolah untuk
meningkatkan kesedaran alam sekitar di samping dapat memperoleh input dan output yang berguna
khususnya kepada murid ke arah mencapai persekitaran yang cantic dan bersih.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

_____________________ _____________________

(Fadhilawati Binti Ismail) ( En.Mohd Khir Bin Muda)

Setiausaha Pengetua

Program ”Menghijaukan Bumi” SMK Tasek Utara

SMK Tasek Utara

Anda mungkin juga menyukai