Anda di halaman 1dari 8

SMK PUTERI WILAYAH JALAN DEWAN SULTAN SULAIMAN 50300 KUALA LUMPUR

REKOD PELAKSANAAN DAN PENILAIAN PROGRAM SPM

PANITIA SAINS TULEN TAHUN 2013

REKOD PELAKSANAAN DAN PENILAIAN PROGRAM

Nama Program : Program Skor A ( PROSA)

Tempoh Pelaksanaan : Mei hingga September 2013

Tarikh Pemantauan :

Penilaian Keberkesanan Program : Objektif program ini adalah untuk meningkatkan jumlah murid cemerlang dalam mata pelajaran Sains Tulen dan mendapat Gred A. Guru-guru mata pelajaran yang terlibat mengenalpasti kumpulan murid ini di peringkat awal melalui sasaran yang ditetapkan dalam Headcount. Murid murid ini dipantau oleh guru matapelajaran masing-masing melalui latih tubi tambahan pada setiap hujung minggu. Selain itu, panitia juga turut memberikan hadiah insentif kepada murid yang menunjukkan peningkatan dalam setiap ujian atau peperiksaan dan mempamerkan namanama murid yang mendapat Gred A di papan kenyataan. Keputusan peperiksaan subjek Sains Tulen SPM 2013 tidak mencapai sasaran dari segi kualiti pelajar yang mendapat Gred A.

Cadangan Penambahbaikan : Guru-guru perlu mengenalpasti murid masing-masing yang berpotensi untuk cemerlang dalam setiap matapelajaran Sains Tulen dan sentiasa memantau pencapaian mereka dalam setiap ujian dan peperiksaan.

Catatan : -

Tandatangan Penilai Nama Penilai Jawatan Penilai

: : :

. PN. NORHALMA BT OMAR Guru Kanan Bindang Sains dan Matematik

REKOD PELAKSANAAN DAN PENILAIAN PROGRAM

Nama Program : Program Sayang di Sayang

Tempoh Pelaksanaan : Februari hingga Julai 2013

Tarikh Pemantauan :

Penilaian Keberkesanan Program : Program ini dijalankan untuk memberikan bimbingan intensif kepada kumpulan murid yang lemah dalam mata pelajaran Sains Tulen. Pelajar-pelajar ini telah dikenalpasti melalui pencapaian mereka dalam Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4. Melalui program ini, pelajar di beri bimbingan dan latih tubi soalan-soalan merangkumi topik-topik tingkatan 4 supaya pelajar dapat menguasai konsep asas dengan mudah. Peratus lulus dalam peperiksaan dalaman pelajar Tingkatan 5 telah menunjukkan peningkatan berbanding tahun-tahun lepas dan berbanding dengan peperiksaan sebelumnya.

Cadangan Penambahbaikan : Program ini perlu penambahbaikan kerana masa perlaksanaan sering digantikan dengan program - program sekolah dan aktiviti aktiviti lain. Oleh sebab itu murid tidak dapat bimbingan yang konsisten setiap kali program dijalankan.

Catatan :

Tandatangan Penilai Nama Penilai Jawatan Penilai

: : :

. PN. NORHALMA BT OMAR Guru Kanan Bidang Sains dan Matematik

REKOD PELAKSANAAN DAN PENILAIAN PROGRAM

Nama Program : Bengkel Sediakan Payung Sebelum Hujan

Tempoh Pelaksanaan : Februari, Mei dan Ogos 2013

Tarikh Pemantauan : Mengikut Jadual

Penilaian Keberkesanan Program : Program ini dijalankan menjelang setiap kali ujian atau peperiksaan oleh guru-guru mata pelajaran. Seminar dan teknik menjawab ini membantu murid supaya lebih fokus kepada topiktopik sukar. Secara tidak langsung, program ini merupakan sesi ulangkaji murid yang dibantu oleh guru-guru supaya mereka lebih menguasai konsep asas yang sukar terutamanya bagi murid - murid yang lemah sebelum menjelang ujian dan peperiksaan. Program ini memberi kesan positif untuk pelajar mengulangkaji topik topik tertentu dan sedikit sebanyak dapat membantu meningkatkan markah ujian dan peperiksaan murid.

Cadangan Penambahbaikan : Program ini lebih berkesan sekiranya dapat dijalankan dalam kumpulan yang lebih kecil mengikut pencapaian murid. Ini kerana, murid sukar memberikan tumpuan dalam kumpulan yang terlalu ramai. Guru-guru juga sukar menyampaikan pengajaran dalam kumpulan murid yang mempunyai pelbagai aras pencapaian dan seterusnya menyebabkan murid - murid lemah akan ketinggalan.

Catatan :

Tandatangan Penilai Nama Penilai Jawatan Penilai

: : :

. PN. NORHALMA BT OMAR Guru Kanan Bidang Sains dan Matematik

REKOD PELAKSANAAN DAN PENILAIAN PROGRAM

Nama Program : Program Pecutan Akhir SPM

Tempoh Pelaksanaan : September - Oktober 2013

Tarikh Pemantauan : Berdasarkan Jadual

Penilaian Keberkesanan Program : Program ini dijalankan sebagai persediaan akhir murid setelah selesai sukatan pelajaran sebelum menghadapi peperiksaan SPM. Melalui program ini, murid lebih fokus kepada sesi ulangkaji dan latih tubi soalan peperiksaan tahun tahun lepas, soalan percubaan negeri dan SBP. Murid dibahagikan kepada kumpulan mengikut pencapaian selepas Peperiksaan Percubaan SPM. Guru-guru lebih memberikan penekanan kepada teknik-teknik menjawab soalan mengikut tahap pencapaian murid. Objektif didapati tercapai kerana keputusan peperiksaan Fizik dan Kimia SPM 2013 menunjukkan peningkatan dari segi kualiti dengan gred purata meningkat berbanding pencapaian SPM 2012 dan peratus lulus 100%.

Cadangan Penambahbaikan : Pihak sekolah dan panitia boleh menjemput penceramah luar yang mempunyai teknik penyampaian yang berlainan agar dapat menarik minat pelajar. Bengkel dan Teknik Menjawab ini boleh dijalankan di awal program supaya murid diberi pendedahan awal tentang teknik menjawab soalan. Seterusnya, guru-guru akan memantau murid melalui latih tubi dalam program ini.

Catatan :

Tandatangan Penilai Nama Penilai Jawatan Penilai

: : :

. PN. NORHALMA BT OMAR Guru Kanan Bidang Sains dan Matematik

REKOD PELAKSANAAN DAN PENILAIAN PROGRAM

Nama Program : Kelas Tambahan Luar Jadual

Tempoh Pelaksanaan : Januari hingga Julai 2013

Tarikh Pemantauan :

Penilaian Keberkesanan Program : Program ini dijalankan selepas sesi persekolahan pada setiap hari Selasa dan Khamis mengikut minggu yang telah ditetapkan dalam jadual. Program ini bertujuan untuk menghabiskan sukatan pelajaran lebih awal. Oleh itu, guru mempunyai masa yang panjang untuk sesi ulangkaji dan latih tubi bersama murid sebelum peperiksaan percubaan SPM. Pembahagian kelas ini tidak sama rata untuk semua kelas menyebabkan sukatan pelajaran berbeza dalam setiap kelas mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Cadangan Penambahbaikan : Semua kelas perlu diberikan kelas Luar jadual yang sama rata bagi setiap mata pelajaran.

Catatan :

Tandatangan Penilai Nama Penilai Jawatan Penilai

: : :

. PN. NORHALMA BT OMAR Guru Kanan Bidang Sains dan Matematik

REKOD PELAKSANAAN DAN PENILAIAN PROGRAM

Nama Program : Latihan Ulangkaji Cuti Terancang

Tempoh Pelaksanaan : Mac, Mei & Jun, Ogos dan November 2013 ( Cuti Persekolahan )

Tarikh Pemantauan :

Penilaian Keberkesanan Program : Latihan Ulangkaji Terancang dijalankan pada setiap kali cuti persekolahan sebagai pengisian dan latihan sepanjang bercuti di rumah. Program ini memastikan murid sentiasa belajar walaupun dalam musim cuti persekolahan. Soalan latihan dirancang dan disediakan oleh guru mata pelajaran bagi setiap tingkatan. Program ini dapat dilaksanakan dengan baik oleh murid. Walaubagaimanapun, masalah dihadapi oleh murid - murid lemah yang tidak dapat menyiapkan soalan latihan yang diberikan atas alasan tidak memahami soalan.

Cadangan Penambahbaikan : Guru harus membezakan soalan yang diberikan kepada murid lemah yang menghadapi kesukaran untuk menjawab soalan tanpa bimbingan di rumah.

Catatan :

Tandatangan Penilai Nama Penilai Jawatan Penilai

: : :

. PN. NORHALMA BT OMAR Guru Kanan Bidang Sains dan Matematik

REKOD PELAKSANAAN DAN PENILAIAN PROGRAM

Nama Program : Bengkel Teknik Menjawab SPM

Tempoh Pelaksanaan : April dan Julai 2013

Tarikh Pemantauan :

Penilaian Keberkesanan Program : Program ini dijalankan sebelum murid menghadapi ujian atau peperiksaan dan disampaikan oleh penceramah luar yang juga muerupakan guru cemerlang dari sekolah lain. Seminar dan teknik menjawab ini membantu murid supaya lebih fokus kepada topik- topik sukar. Secara tidak langsung, program ini merupakan sesi ulangkaji murid yang dibantu oleh guru-guru supaya murid lebih menguasai konsep asas yang sukar terutamanya bagi murid - murid yang lemah. Program ini perlu disampaikan oleh penceramah luar yang berpengalaman dan kesan memberi kesan positif terutama dari segi penerimaan murid terhadap teknik yang disampaikan.

Cadangan Penambahbaikan : Program ini lebih berkesan sekiranya dapat dijalankan dalam kumpulan kecil kerana ada sebilangan murid yang ketinggalan terutama murid yang lemah. Kekangan utama yang dihadapi ialah masa yang tidak sesuai dengan penceramah menyebabkan bengkel terpaksa ditangguhkan sehingga ke suatu masa yang diberitahu oleh penceramah.

Catatan :

Tandatangan Penilai Nama Penilai Jawatan Penilai

: : :

. PN. NORHALMA BT OMAR Guru Kanan Bidang Sains dan Matematik

Anda mungkin juga menyukai