Anda di halaman 1dari 54

EDUP3033

Murid dan Pembelajaran


https://padlet.com/drtehchiewlan/EDUP3033

Teh Chiew Lan, Ph.D


Jabatan Ilmu Pendidikan
Bilik 65, Blok Akademik Baharu
tehchiewlan@yahoo.com
016-484 9559
Pengenalan
O RMK
O Rancangan Semester
O Kuliah dan Tutorial (2 Kuliah dan 1 tutorial)
O Penilaian
O Tugasan Projek (100%)
O Peperiksaan (100%)
O PBS – Pengalaman Berasaskan Sekolah
O Soalan Perbincangan Tutorial
O Pengurusan
O Ketua kelas / Coordinator
O F2F (Corak “Flipped Classroom”)
O ISL (Pembelajaran kendiri bahan rujukan yang dikongsi melalui Media rangkaian
sosial)
O Senarai Buku Rujukan

Teh Chiew Lan-IPGKPP 06/03/2020


Teh Chiew Lan-IPGKPP 06/03/2020
Topik 1:
Konsep Pengajaran dan Pembelajaran
Konsep Pengajaran
dan Pembelajaran

Jenis-jenis
Pembelajaran
Pengajaran dan
Pembelajaran
Prinsip-prinsip
Pembelajaran

Proses Pembelajaran

Teh Chiew Lan-IPGKPP 06/03/2020


Aktiviti
O Pernah dengar origami Paper Helicopter?
O Let’s try to make one
O Langkah2 membuat paper helicopter
O Demonstrasi “cara membuat paper
helicopter”

Teh Chiew Lan-IPGKPP 06/03/2020


Refleksi
O Kongsi perasaan anda semasa aktiviti “Paper
Helicopter”
O Jelaskan proses pengalaman yg dilalui
O Pengajaran dan pembelajaran berlaku?

Teh Chiew Lan-IPGKPP 06/03/2020


Konsep Pengajaran
Pengajaran
• Menyampaikan ilmu pengetahuan, kemahiran
atau maklumat kepada orang lain dengan
menggunakan strategi dan kaedah yang sesuai
bertujuan untuk mengubah tingkah lakunya
• Satu cara untuk menyediakan pelajar dengan
pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan
berdasarkan objektif yang ingin dicapai.

Teh Chiew Lan-IPGKPP 06/03/2020


Konsep Pengajaran
Pengajaran melibatkan kegiatan tertentu:
O Merancang
O Menentukan objektif pengajaran dan pembelajaran
O Memilih strategi pengajaran
O Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
O Menilai dalam satu-satu pengajaran

Teh Chiew Lan-IPGKPP 06/03/2020


Ciri-ciri Pengajaran
O memerlukan perancangan dan persediaan yang
sistematik
O satu proses penyampaian ilmu pengetahuan
O satu tindakan yang bertujuan untuk membawa
perubahan dari segi tingkah laku, kepercayaan,
nilai dan amalan hidup.
O Satu aktiviti intelek yang melibatkan pemikiran,
perasaan, dan penilaian.

Teh Chiew Lan-IPGKPP 06/03/2020


Konsep Pembelajaran
Definisi Pembelajaran
(Hill, 2002)
O Pembelajaran berlaku apabila pengalaman
menyebabkan suatu perubahan yang agak
kekal dalam pengetahuan atau tingkah laku
seseorang.
O Perubahan ini mungkin secara sengaja atau
tidak sengaja, untuk lebih baik atau lebih
buruk, betul atau salah dan sedar atau tidak
sedar,

Teh Chiew Lan-IPGKPP 06/03/2020


Pembelajaran
(Slavin, 2005)

O Perubahan tingkah laku manusia yang agak


kekal akibat interaksi dengan persekitaran
O Perubahan dalam seseorang individu akibat
daripada pengalaman.
O Manusia mula belajar sejak ia dilahirkan
dan semua pembelajaran ini berkait dengan
pengalaman

Teh Chiew Lan-IPGKPP 06/03/2020


Ciri-ciri Pembelajaran
O Melalui aktiviti membuat, membaca, menanya,
meneroka, menyiasat, menaakul dan meniru.
O Melibatkan perubahan tingkah laku
O Melibatkan diri secara langsung – pengalaman
langsung
O Berlaku dalam situasi formal, tidak formal atau
non-formal
O Perlu berulang, berlatih tingkah laku yang sama
untuk pengukuhan dan meningkatkan kecekapan

Teh Chiew Lan-IPGKPP 06/03/2020


Teh Chiew Lan-IPGKPP 06/03/2020
Teh Chiew Lan-IPGKPP 06/03/2020
Jenis-jenis Pembelajaran
O Pembelajaran secara formal
O Pembelajaran secara tak formal
O Pembelajaran non-formal

Apakah perbezaan antara tiga jenis pembelajaran


ini?
Berikan contoh untuk setiap jenis pembelajaran
di atas.

Teh Chiew Lan-IPGKPP 06/03/2020


Teh Chiew Lan-IPGKPP 06/03/2020
Teh Chiew Lan-IPGKPP 06/03/2020
Types of Learning in New Generation

O E-learning
O Web-based learning
O Digital Game-based learning
O Online Learning
O Multimedia Learning
O Social Media Learning
O Mobile Learning
O Virtual Learning

Teh Chiew Lan-IPGKPP 06/03/2020


Pengajaran dan Pembelajaran
• Pengajaran merupakan penyampaian ilmu, kemahiran,
nilai yang menwujudkan pembelajaran secara
berkesan.
• Pembelajaran merupakan perubahan tingkah laku
seseorang individu yang berkekalan.
• Gagne menerangkan bahawa minda manusia
memproses maklumat seperti komputer dan mengenal
pasti lapan peringkat dalam proses mengubah
maklumat kepada pengetahuan yg dipelajari

Teh Chiew Lan-IPGKPP 06/03/2020


Konsep Pembelajaran
Gagné (1985)
Pembelajaran dipengaruhi oleh
keupayaan belajar
Gagné (1985)

O Kemahiran Intelek
O Maklumat Verbal
O Strategi Kognitif
O Kemahiran Psikomotor
O Sikap

Teh Chiew Lan-IPGKPP 06/03/2020


Gagné’s Learned Capabilities

Teh Chiew Lan-IPGKPP 06/03/2020


Jenis-jenis Pembelajaran
Mengikut Gagne (1985), 5 jenis
pembelajarn 1. Kemahiran
intelek

2. Maklumat
verbal
Jenis 3. Strategi
Pembelajaran kognitif

4. Kemahiran
psikomotor

5. Sikap

Teh Chiew Lan-IPGKPP 06/03/2020


Kemahiran intelek

Merujuk kepada pengetahuan procedural atau “tahu


bagaimana”
Belajar berinteraksi dengan persekitaran dengan
menggunakan simbol
Peringkat permulaan, membaca, menulis dan
menggunakan nombor ialah jenis simbol asas yg
dipelajari, seterusnya simbol digunakan secara
kompleks untuk membeza, mengabung,
mengklasifikasi, menganalisis dan mengelompokkan
objek, peristiwa dan simbol-simbol lain

Teh Chiew Lan-IPGKPP 06/03/2020


Maklumat Verbal
Kebolehan individu menyatakan sesuatu fakta atau satu set
peristiwa secara lisan atau bertulis
Guru perlu menarik perhatian pelajar kepda ciri-ciri penting
sesuatu yang ingin diajar
Pelajar digalakkan untuk mengelompokkan maklumat dan
mengekod pembelajaran secara bermakna
Bimbingan dan galakan sedemikian membantu pelajar untuk
menyebut atau menyatakan sesuatu fakta atau idea secara
verbal
Cth : mendeklamasikan sebuah sajak yg telah dipelajari

Teh Chiew Lan-IPGKPP 06/03/2020


Strategi Kognitif
• Menurut Gagne, kemahiran-kemahiran pelajar dpt mengawal
dengan sendiri proses-proses dalaman, iaitu memberi perhatian,
belajar, mengingat dan memikir sesuatu
• Dalam proses memperoleh kemahiran intelek, pelajar perlu
menguasai strategi untuk mengaktifkan serta menguruskan
pembelajaran, ingatan dan menggunakan kemahiran sendiri.
• Jika pelajar menguasai kemahiran dalam memberikan perhatian
(salah satu strategi kognitif), pelajar dpt mengaplikasikan
kemahiran ini dalam semua mata pelajaran tanpa mengira
kandungan
• Contoh : strategi kognitif boleh dibuat dengan kata kunci,
pemetaan konsep

Teh Chiew Lan-IPGKPP 06/03/2020


Kemahiran psikomotor
Kebolehan melakukan sesuatu perlakuan dengan
menggunakan otot-otot manusia
Jenis pembelajaran ini memerlukan individu
berkebolehan melakukan perlakuan atau aktiviti
secara tepat dan betul dengan pergerakan otot.
Contoh : aktiviti permainan, melompat atau berlari
Kemahiran psikomotor akan bertambah baik dari segi
ketepatan masa dan kelancaran melalui latihan
berterusan dalam satu jangka masa panjang

Teh Chiew Lan-IPGKPP 06/03/2020


Sikap
• Mengikut Gagne, sikap merujuk kepada keadaan dalaman yang
mempengaruhi pilihan tindakan peribadi terhadap objek, orang
perseorangan atau peristiwa
• Hasil daripada perlakuan atau tingkah laku seseorang individu
merupakan tanda rujukan tentang sikap individu
• Demi memupuk sikap yg diingini, guru perlu kaitkan kejayaan
dengan sikap dan model yg disanjungi ramai
• Tindakan setiap individu amat dipengaruhi oleh sikap
• Sikap boleh dipelajari daripada pelbagai cara dan dapat dikuasai
melalui pengalaman yg berjaya dan orang dihormati

Teh Chiew Lan-IPGKPP 06/03/2020


Nine Instructional Events by Gagné
Teori Gagné (1985) menerangkan bahawa minda
manusia memproses maklumat seperti komputer.
Beliau mengenal pasti 9 peringkat dalam proses
mengubah maklumat kepada pengetahuan yang
diperolehi.

Teh Chiew Lan-IPGKPP 06/03/2020


Aktiviti
O Berdasarkan bacaan dan fahaman anda (pengalaman
sedia ada), susunkan peringkat-peringkat pengajaran dan
pembelajaran munasabah yang mungkin berlaku di bilik
darjah semasa sesi PdP.
O Dalam kumpulan, susunkan sembilan
serpihan“instructional events” yang diberikan dan
tampalkannya dalam kertas yang dibekalkan.
O Bentangkan rasional susunan peringkat pemprosesan
maklumat yang dipersetujui oleh kumpulan anda.
O Catatkan contoh aktiviti PdP yang mungkin berlaku pada
setiap event yang disenaraikan

Teh Chiew Lan-IPGKPP 06/03/2020


Teh Chiew Lan-IPGKPP 06/03/2020
Proses Pengajaran dan Pembelajaran oleh Gagné
Peringkat I : Menarik Perhatian

Peringkat II : Objektif pembelajaran

Peringkat III & IV : Merangsang ingatan dan Kemukakan kandungan

Peringkat V : Membimbing

Peringkat VI : Melaksanakan Perlakuan

Peringkat VII : Menilai Perlakuan dan Prestasi

Peringkat VIII : Pemindahan pembelajaran

Teh Chiew Lan-IPGKPP 06/03/2020


9 Peringkat Pengajaran dan Pembelajaran
(mengikut Gagne)
• 9 langkah pengajaran pembelajaran yang digariskan
Gagné :
1. Menarik Perhatian
• Merangsang naluri ingin belajar pelajar, memotivasi
pelajar, memberi cabaran kepada pelajar
• Contoh : guru boleh memulakan pengajaran dengan
program multimedia
• Contoh : mengemukakan soalan yang
merangsangkan pemikiran pelajar , naluri ingin tahu
memotivasikan pelajar untuk belajar

Teh Chiew Lan-IPGKPP 06/03/2020


2. Memaklumkan pelajar tentang objektif pelajaran

• Pelajar sedar tentang matlamat pengajaran


• Lebih bersedia dan mempunyai pemikiran
yang perlu pelajaran yang akan dilalui
• Senarai objektif pelajaran yang dikemukakan
pada awal pelajaran akan menggalakkan
proses dalaman yang memotivasi pelajar
untuk menyempurnakan pelajaran

Teh Chiew Lan-IPGKPP 06/03/2020


3. Merangsang Ingatan kembali terhadap
Pengetahuan Sedia Ada
• Sebelum memulakan pelajaran, guru harus
menggunakan pelbagai cara untuk memperoleh
maklumat tentang pengetahuan sedia ada pelajar
• Contoh : beberapa soalan yang mencungkil
pengetahuan mereka
• Peringkat ini amat penting untuk mewujudkan satu asas
yang kukuh bagi membina pengetahuan baru
• Hubungkait antara maklumat baru dengan pengetahuan
sedia ada akan memudahkan proses pembelajaran.
• Memudahakan pelajar mengekod & menyimpan
maklumat dalam ingatan jangka panjang

Teh Chiew Lan-IPGKPP 06/03/2020


4. Kemukakan kandungan
• Kandungan perlu dikelompokkan
dan diorganisasikan secara
sistematik & bermakna sebelum
diterang & didemonstrasikan
• Guru menggunakan pelbagai cara
atau media
• Gambar atau grafik mudah diingati
berbanding perkataan

Teh Chiew Lan-IPGKPP 06/03/2020


5. Membimbing pembelajaran

• Bimbingan tambahan perlu diberikan


kepada pelajar semasa penyampaian
kandungan
• Bahan pengajaran perlu jelas dan tepat
• Guna contoh, kes-kes kajian dsb
• Galakkan pelajar guna carta aliran atau
membuat perbandingan

Teh Chiew Lan-IPGKPP 06/03/2020


6. Melaksanakan Perlakuan

• Pelajar dikehendaki untuk melatih


kemahiran atau tingkah laku baru.
• untuk mengesahkan bahawa pelajar
menguasai pengetahuan yang betul dan
ulangan latihan ini memanjangkan jangka
masa penyimpanan pengetahuan
• Latihan, soalan-soalan dan ujian

Teh Chiew Lan-IPGKPP 06/03/2020


7. Memberikan maklum balas
• Maklum balas positif amat berguna
untuk pelajar kerana dapat memberikan
kepastian kepada pelajar
• Maklum balas perlu spesifik dan serta-
merta tentang pembelajaran
• Latihan dapat mengesan kefahaman
pelajar tentang pembelajaran
• Bimbingan dalam bentuk soalan dan
jawapan merupakan maklum balas
formatif
Teh Chiew Lan-IPGKPP 06/03/2020
8. Menilai Perlakuan & Prestasi

• Pembelajaran akan diakhiri dengan


memberi ujian pos atau pentaksiran
akhir untuk menilai penguasaan
pengetahuan & kemahiran yang diajar

Teh Chiew Lan-IPGKPP 06/03/2020


9. Pengukuhan dalam ingatan/Pemindahan
Pembelajaran

• Guru perlu memberikan contoh tambahan dan


latihan-latihan untuk menambah baik pemahaman
pelajar terhadap pembelajaran yang telah dikuasai
• Proses ini akan memastikan pelajar dapat
memindahkan pengetahuan yang dipelajari ke
dalam situasi-situasi baharu.
• Mengaplikasikan pengetahuan yang dipelajari ke
dalam situasi sebenar serta berupaya menyelesaikan
masalah harian dengan pengetahuan yang baru
dikuasai

Teh Chiew Lan-IPGKPP 06/03/2020


Prinsip Pembelajaran
(mengikut Peter T. Ewell (1997)
8 Prinsip Pembelajaran (Ewell, 1997)
1. Penglibatan aktif

2. Perkaitan & corak/ Konstruktivisme

3. Pembelajaran informal

4. Pengalaman langsung

5. Situasi mendesak

6. Maklum balas berterusan

7. Suasana yang menyeronokkan

8 . Refleksi

Teh Chiew Lan-IPGKPP 06/03/2020


1. Penglibatan aktif

Pembelajaran aktif merupakan keadaan di mana


pelajar berinteraksi secara aktif dengan bahan
pembelajaran serta dapat mengingat kembali
maklumat dengan berkesan
Contoh :
perbincangan secara kelas atau secara online
Pembelajaran koperatif seperti think-pair-share
Latihan bertulis – membuat review

Teh Chiew Lan-IPGKPP 06/03/2020


2. Perkaitan & corak/ Konstruktivisme

• Adaptasi terhadap konteks pembelajaran


baru dan tugasan dengan mengait,
mengorganisasi dan menggunakan
pengetahuan serta kemahiran yang telah
dipelajari ke dalam struktur-struktur
baharu.

Teh Chiew Lan-IPGKPP 06/03/2020


3. Pembelajaran informal

Pembelajaran tidak hanya berlaku di dalam


bilik darjah ataupun dalam waktu pengajaran
Pembelajaran merupakan sesuatu yang tidak
formal dan boleh dipelajari di mana-mana
sahaja serta pada bila-bila masa
Contoh : lawatan sambil belajar, pelajar
diselia oleh mentor seperti program sistem
buddy

Teh Chiew Lan-IPGKPP 06/03/2020


4. Pengalaman langsung

Pembelajaran langsung bergantung kepada


proses pelajar membina makna berdasarkan
pengalamannya

Teh Chiew Lan-IPGKPP 06/03/2020


5. Situasi mendesak

Situasi yang kompleks dan mendesak


dapat memotivasikan pelajar untuk
mencari penyelesaian

Teh Chiew Lan-IPGKPP 06/03/2020


6. Maklum balas berterusan

Maklum balas dalam proses pembelajaran


berperanan bukan semata-mata pemprosesan
maklumat tetapi seharusnya mempengaruhi
proses-proses afektif dan motivasi pelajar
Maklum balas yang kerap sama ada sebagai
pembetulan atau insentif perlu untuk
sepanjang proses pembelajaran supaya
pembelajaran akan berkekalan

Teh Chiew Lan-IPGKPP 06/03/2020


7. Suasana yang menyeronokkan

Persekitaran emosi bilik darjah dipengaruhi


suara guru, gaya kepimpinan guru, sikap,
kemesraan, kawalan kelas dan penggunaan
ganjaran di dalam bilik darjah

Teh Chiew Lan-IPGKPP 06/03/2020


8 . Refleksi

Rekleksi ialah proses memikirkan atau


merenung kembali pengalaman dan
implikasinya terhadap diri

Teh Chiew Lan-IPGKPP 06/03/2020

Anda mungkin juga menyukai