Anda di halaman 1dari 13

MODERATOR (MUHAMMAD MUNIF BIN SIRRUL QALBI)

(1)

Bismillah Hirrahmanirrahim

....

Alhamdulillahhirabbilalamin

...

Wassolatuwassalamuala alihi wasohbihi ajmain.

Melati kuntum tumbuh melata,

Sayang merbah di pohon cemara;

Assalammualaikum mulanya kata,

Saya sembah pembuka bicara.

Melayang serindit di atas permatang,

Merbah berkicau di hujung muara,

Pemanis kata selamat datang,

Awal BismilLah pembuka bicara.

Yang Berusaha PUAN FARIDAH BT SURATMAN, pensyarah subjek _______, serta rakan-
rakan yang dikasihi,

Topik forum kita pada hari ini ialah ”keperluan stratergi pedagogi abad ke-21 dalam
pembelajaran sekolah rendah”. Sebelum saya memulakan perbincangan pada hari ini, saya
ingin memperkenalkan ahli-ahli panel kita kepada anda. Bersama saya adalah 3 orang ahli
panel yang tidak asinglagi.Baiklah di sebelah kiri saya, ahli panel kita yang pertama

Seterusnya ahli panel kita yang kedua lagi bergaya

Dan di hujung sana, nampak pemalu tetapi petah berkata

(2)

Assalamualaikum w.b.t.

Sarung ketupat berisi inti,

Dibawa budak sambil berlari,

Kehadiran semua sangat dihargai,

Moga Majlis bertambah seri.

.***Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian,tujuan kita berhimpun di dewan ini pada pagi yang
indah ini adalah untuk mendengar sebuah forum

yang bertajuk “keperluan strategi pedagogi abad ke-21 dalam pembelajaran sekolah rendah.”

yang akan disampaikan oleh guru-guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru Kampus
Temenggong Ibrahim.

Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya

Tak berkat ilmu tanpa amalnya

Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara.

Baiklah. Soalan saya kepada panel pertama, seperti mana yang kita ketahui, proses pengajaran
dan pembelajaran pada hari ini bergantung kepada seorang guru yang mempunyai ilmu
pengetahuan tentang strategi pedagogi abad ke-21 dalam pembelajaran sekolah rendah.
Bolehkah saudara menerangkan definisi bagi tajuk yang sedang kita bincangkan ini iaitu
strategi pedagogi abad ke-21 dalam pembelajaran sekolah rendah. Dipersilakan

(3)

Terima kasih kepada saudara ______ atas perkongsian beliau sebentar tadi berkenaan definisi
strategi pedagogi tersebut. Saya tertarik dengan pandangan beliau bahawa keberkesanan
Pendidikan Abad Ke-21 ini bukan sekadar tertumpu pada prasarana dan susun atur bilik darjah
tetapi penentu utama kejayaan adalah aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan
murid bukan berpusatkan guru. Seterusnya saya ingin beralih kepada panel yang
kedua.Memang kita tidak dapat menafikan bahawa pembangunan modal insan yang berkualiti
adalah bergantung kepada seorang guru dan salah satunya caranya adalah dengan
menggunakan kaedah pembelajaran abad ke-21 .Bolehkah saudara Muhammad Rabbani
mengemukakan pandangan saudara tentang keperluan Pendidikan abad ke-21.

(4)

Terima kasih atas pendapat panel kita yang kedua mengenai keperluan Pendidikan abad ke-
21.Kita sendiri dapat keperluan penggunaan komputer dalam pembelajaran. Hal ini kerana
pelbagai kemudahan dapat diperlehi untuk menjadikan roses pengajaran dan pembelajaran itu
lebih efektif. Namun kita tidak boleh mengabaikan keerluan lainnya kerana ianya haruslah
sentiasa seimbang dan mengikut keperluan pelajar. Jadi ingin saya menjemput saudara untuk
menyimpulkan tajuk yang kita bincang ini? Dipersilakan.

Terima kasih kepada panel saudara ____, sekarang sudah terang lagi bersuluh bahawa pak 21
ini adalah satu perkara yang sangat baik untuk diperkembangkan lagi dalam bidang Pendidikan
dan para guru hari ini juga haruslah menguasai ilmu pedagogi ini demi melahirkan lebih lagi
individu yang hebat pada masa akan datang

Terima kasih saya ucapkan kepada ketiga-tiga ahli panel kita kerana sudi hadir dan
sudimenyuakan pendapat masing-masing pada hari ini. Moga apa yang kita dapat hari ini tidak

sekadar ” masuk telinga kanan, keluar telinga kiri”. Nampaknya masa amat mencemburui kita.

. ”pengayuh sudah ditangan , perahu sudah di air ” fikir

-fikirkan dan jangan sekali berhenti berfikir!Saya sudahi dengan Wabillahi Taufik Walhidayah
Wasalamualaikum WarahmatullahiWabarakatuh dan sekian terima kasih.
PANEL PERTAMA (SYAWAL ABDULRAHIM BIN INSAB)

(1)

Nama diberi Syawal Abdulrahim Bin Insab. Berumur 21 tahun. Saya adalah guru pelatih di
institut pendidikan guru kampus temenggong Ibrahim johor.

(2)

Terima kasih kepada saudara moderator,

Pembelajaran Abad 21 atau ringkasnya PAK21 merupakan pendekatan yang semakin


ditekankan di Malaysia sejak kebelakangan ini. Apatah lagi dengan keperluan guru untuk
bergerak seiring dengan kehendak pelajar masa kini, maka pembelajaran abad 21 wajar diberi
perhatian serius bagi meningkatkan lagi kualiti pendidikan negara.

Keberkesanan Pendidikan Abad Ke-21 ini bukan sekadar tertumpu pada prasarana dan susun
atur bilik darjah tetapi penentu utama kejayaan adalah aktiviti pengajaran dan pembelajaran
yang berpusatkan murid bukan berpusatkan guru. Guru perlu menjadi pemudahcara kepada
murid dalam sesuatu aktiviti di dalam kelas.

10 ciri pembelajaran abd ke 21 :

1. Berpusatkan pelajar

2. Penggunaan komputer

3. Pembelajaran aktif

4. Pembelajaran kendiri

5. Persekitaran yang kondusif

6. Pelajar faham dan mematuhi arahan

7. Saling hormat menghormati

8. Pelajar bertanggungjawab terhadap pelajaran mereka

9. Penilaian berasaskan pencapaian


10. Pembelajaran kolaboratif

PAK21 ini sebenarnya mestilah berasaskan kepada konsep 4C. Paling penting proses
pembelajaran adalah mesti berpusatkan pelajar.

1. Creativity

Dalam pdp cikgu mesti masukkan unsur kreatif pada aktiviti,

C - Critical Thinking

Pdp perlu ada unsur yang menggalakkan pelajar berfikir secara kritis.

Penggunaan tools seperti I Think, peta minda, soalan KBAT juga mmpu menggalakkan pelajar
berfikir secara kreatif

C - Collaboration

Pembelajaran pelajar berlangsung dengan cara berkolaborasi dengan rakan2 mereka yang lain.

C - Communication

Pelajar digalakkan untuk berkomunikasi,

PAK21 ini sebenarnya mestilah berasaskan kepada konsep 4C. Paling penting proses
pembelajaran adalah mesti berpusatkan pelajar.
(3)

Kelas abad ke-21 ini amat sesuai dilaksanakan kerana ia banyak memberi impak-impak yang
positif dalam diri murid. Dengan wujudnya kelas abad ke-21 ini, murid-murid akan dilatih untuk
memiliki kemahiran yang boleh digunakan pada masa akan datang, seperti kemahiran
komunikasi yang baik, mampu berkolaborasi dan menyelesaikan masalah berdasarkan realiti
kehidupan. Selain itu, murid juga bersedia untuk menghadapi peperiksaan, di mana
peperiksaan kini diterapkan dengan unsur-unsur kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).

Ia tidak menjadi masalah bagi murid itu sendiri kerana pemikiran mereka sentiasa dicabar
semasa sesi PDP di dalam kelas. Kelas abad ke-21 juga membantu murid untuk bersedia ke
alam pekerjaan. Majikan kini amat mementingkan beberapa aspek, seperti kemahiran
komunikasi, mampu menyelesaikan masalah serta berfikiran kritis dan kreatif bagi
membolehkan individu yang ditemuduga diterima bekerja di syarikat mereka. Impak-impak ini
dilihat dapat memberi kesan positif terhadap diri murid itu sendiri, sekolah dan juga negara,
seiring dengan hasrat untuk menjadikan pendidikan di Malaysia sebagai pendidikan yang
bertaraf dunia.
PANEL KEDUA (MUHAMMAD ZAFRAN BIN HALIM SHAH)

 Terima kasih saudara moderator. Assalamuaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan
kepada penonton-penonton semua.

 Seperti yang dimaklumkan oleh saudara syawal sebantar tadi. Terdapat 10 ciri stratergi
pendidikan abad ke 21.

 Adakah kesemua 10 ciri ini dilaksanakan oleh guru di sekolah?

 Adakah pelaksanaan pendidikan abad ke 21 merupakan sekadar untuk mengikut trend


global?

 Pada hari ini saya akan mengupas secara lebih mendalam perihal keperluan perlaksanaan
stratergi pendidikan abad ke 21

 Hadirin dan hadirat

 Salah satu daripada ciri abad ke 21 ialah pembelajaran yang berpusatkan pelajar dan
pembelajaran aktif

 Apa itu pembelajaran yang berpusatkan pelajar?

 Definisi mudah pembelajaran berpusatkan pelajar ialah pelajar terlibat secara aktif dalam
proses pembelajaran

 Guru pula hanya memainkan peranan sebagai fasilitator atau pun pemudahcara dalam
proses pelajar membina pengetahuan mereka

 Murid bersama-sama guru akan meroka, menganalisis, dan mencuba untuk mencari
penyelesaian secara kritis, kreatif, dan inovatif

 Apabila dilaksanakan ciri pembelajaran ini disekolah, murid akan

 Tidak terlalu bergantung terhadap arahan guru semata-mata. Murid akan bergerak
berdasarkan daya inkuiri mereka sambil guru membimbing proses pembinaan pengetahuan

 Sekolah rendah mempunyai ramai pelajar-pelajar yang pasif. Kebanyakan mereka


terutamanya murid perempuan
 sering memencilkan diri daripada terlibat dengan aktiviti pembelajaran. Namun begitu,
apabila pelajar belajar menggunakan kaedah ini, kerjasama antara murid akan terbentuk
apabila mereka mula berusaha untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Hal ini akan
menjadikan pelajar sekolah rendah untuk keluar dari kepompong masing-masing

 hadirin dan hadirat

 Ciri pendidikan abad ke 21 yang seterusnya ialah penggunaan komputer dalam aktiviti
pembelajaran

 Komputer ialah alat elektronik yang berupaya untuk menerima data, memproses data,
menghasilkan maklumat, serta menyimpan data dan maklumat menjadi transformasi

 Penggunaan komputer adalah sangat penting si sekolah kerana ianya merupakan suatu
bentuk trend global

 Pada hari ini, kebanyakan urusan sudah mula dilaksanakan secara atas talian. Sebagai
contoh, aktiviti pembelajaran bagi kebanyakan institusi pengajian tinggi pada musim
Perintah Kawalan Pergerakan ini, dilaksanakan secara atas talian.

 Oleh itu, sekiranya pelajar tidak didedahkan dengan kemahiran menggunakan komputer
mereka sudah pasti akan ketinggalan

 Tujuan penggunaan komputer yang utama di sekolah adalah untuk memastikan pelajar-
pelajar yang tidak berkemampuan untuk memiliki komputer di rumah didedahkan dengan
kemahiran menggunakan komputer. Hal ini untuk memastikan mereka tidak ketinggalan
jauh di belakang yang lain

 Seterusnya, ciri lain pendidikan abad ke 21 ialah pembelajaran kendiri

 Pembelajaran kendiri ialah usaha yang datang daripada pelajar itu sendiri untuk belajar.

 Pelajar yang diterapkan dengan ciri pembelajaran ini akan mempunyai jati diri dalam diri
yang kuat.

 Mereka akan belajar untuk berdikari dalam usaha mereka untuk menimba pengetahuan.

 Hal ini akan mendorong mereka kepada minat dalam bidang pembelajaran masing-masing.

 Sebagai contoh, pelajar yang meminati haiwan, mereka akan belajar secara kendiri secara
lebih mendalam perihal dunia haiwan.
 Hal ini secara tidak langsung berupaya untuk menambah pengetahuan pelajar

 Ciri PAK 21 yang seterusnya ialah penilaian berasaskan pencapaian

 Penilaian berasaskan pencapaian berkait rapat dengan penilaian guru tehadap


pembelajaran pelajar. Penilaian ini bukan sahaja boleh dilakukan secara formatif seperti
peperiksaan tahunan.

 Tetapi penilain ini boleh dilakukan secara berterusan menerusi pemerhatian prestasi pelajar
di dalam kelas

 Penilaian berterusan membolehkan guru untuk melihat perkembangan pelajar mereka.

 Bukan itu sahaja, murid juga perlu belajar untuk menilai terhadap tahap pembelajaran
mereka sendiri

 Penilaian kendiri oleh murid terhadap pembelajaran sendiri dapat membantu mereka untuk
mengenalpasti kelamahan dan kekuatan mereka.

 Apabila mereka telah mengenalpasti kelemahan diri masing-masing, mereka akan


terdorong untuk memperbaiki kelemahan mereka.

Pada proses ini, guru yang berperanan sebagai pemudahcara perlu mencadangkan langkah-
langkah yang perlu diambil oleh murid untuk memperbaiki kelemahan tersebut
PANEL 3 (SYAHMI RIFQI)

Kegagalan kunci kemenangan, kegagalan juga kunci kejayaan. Assalammualaikum dan salam
sejahtera. Yang saya hormati Puan Faridah Binti Suratman, Pensyarah IPG Kampus
Temenggong Ibrahim Johor dan hadiran hadirat yang saya kasihi sekalian.

PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG KONDUSIF

DEFINISI PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG KONDUSIF

Kamus Dewan Edisi Baru (1989): persekitaran merujuk kepada keadaan di sekeliling (sesuatu)
atau keadaan yang menjadi seperti latar belakang (seseorang atau sesuatu).

Robert M. Gagne (1970) di dalam buku Mok Soon Sang (2008): pembelajaran bermaksud
perubahan tingkah laku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk
perubahan yang disebabkan oleh proses pertumbuhan.

Menurut Noriati A. Rashid et. al ( 2009): kondusif membawa maksud sesuai.

Tuntasnya, persekitaran pembelajaran yang kondusif ialah tempat murid dapat melibatkan diri,
mengambil bahagian dan menumpukan perhatian dalam pembelajaran. Persekitaran ini
mempunyai keupayaan untuk merangsang minat dan semangat murid untuk terus belajar.

1. PERSEKITARAN FIZIKAL

Suasana fizikal bilik darjah yang kondusif adalah penting untuki meningkatkan keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

Menurut Marland (1975), suasana fizikal bilik darjah mungkin merupakan ‘kawan’ atau ‘musuh’
dalam proses P&P.

Persekitaran fizikal di dalam bilik darjah merangkumi aspek-aspek seperti susunan dan reka
bentuk fizikal di dalam bilik darjah, sumber bahan pembelajaran, ruang atau sudut
pembelajaran, ruang pada dinding, pencahayaan, pengudaraan dan perabot serta kebersihan.

Persekitaran fizikal kawasan sekolah turut mempengaruhi keberkesanan P&P secara tidak
langsung.
Aspek ini merangkumi bentuk bangunan, pokok dan bungaan serta kemudahan seperti tempat
bermain dan perpustakaan.

Bangunan sekolah yang indah, kawasan sekolah yang bersih dan ditanam dengan pelbagai
jenis pokok memberikan keselesaan dan ketenangan kepada murid.

2. PERSEKITARAN PSIKOSOSIAL

Psikososial merujuk kepada hubungan antara keperluan emosi individu dengan persekitaran
sosialnya.

Persekitaran psikososial yang sihat di dalam bilik darjah mempunyai ciri-ciri seperti suasana
selesa dan mesra, bebas daripada ancaman dan bahaya fizikal, suasana yang merangsang
pembelajaran, menggalakkan pembelajaran koperatif dan memberi peluang yang sama untuk
semua murid.

Faktor yang memberi kesan kepada persekitaran psikososial yang sihat ialah pendekatan
pengajaran, gaya kepimpinan guru, bentuk komunikasi dan corak interaksi yang guru wujudkan
di dalam bilik darjah

3. PERATURAN DAN DISIPLIN BILIK DARJAH

Peraturan merupakan pernyataan yang menentukan perkara-perkara yang boleh dan tidak
boleh dilakukan oleh murid.

Contoh peraturan yang biasa ditemui ialah setiap murid perlulah mempunyai rasa hormat,
mesra dan bersifat membantu rakan-rakan mereka, murid perlu menyiapkan tugasan diberikan
serta murid dilarang makan atau minum di dalam kelas ketika guru mengajar di dalam kelas.

Mengikut Model Pengurusan Kounin, asas kepada keberkesanan pengurusan disiplin bilik
darjah bergantung kepada pengawasan dan penyeliaan yang teliti guru terhadap bilik darjah.

Faktor utama dalam mengurus tingkah laku di dalam bilik darjah menurut Kounin adalah
berkaitan dengan kebolehan guru untuk mengawasi semua perkara yang berlaku di dalam bilik
darjah.
4. RUTIN BILIK DARJAH

Rutin ialah prosedur atau langkah-langkah yang mesti diikuti oleh murid dalam aktiviti spesifik
mereka.

Rutin bertujuan melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran.

Contoh amalan rutin ialah guru mengambil kehadiran setiap hari, cara mengedar dan
menyimpan bahan pengajaran, membentuk kumpulan dalam kelas, menghantar buku latihan
atau kerja rumah dan lain-lain.

Setiap rutin yang dibentuk hendaklah sentiasa dipantau dan diberi peneguhan sehingga
prosedur-prosedur ini menjadi satu budaya dalam kalangan murid dan seterusnya menjadi
suatu budaya di sekolah tersebut.

KEPERLUAN PELAJAR SALING HORMAT MENGHORMATI.

- Isi seterusnya adalah saling hormat menghormati.


- Pelajar perlu menjaga hubungan bukan sahaja dengan guru malah hubungan baik
sesama pelajar.
- Guru membentuk satu rutin yang positif dalam bilik darjah.
- Ini dapat dijadikan sebagai budaya.
- Boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian dan semasa bergaul dengan masyarakat.

KEPERLUAN PELAJAR BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP PEMBELAJARAN.

- Melibatkan pembelajaran kendiri.


- Ini mementingkan aspek motivasi intrinsik
- Peneguhan guru perlu bersesuaian dengan pencapaian pelajar.
- Guru tidak loket pujian.
- Konsep seperti seseorang itu minat kepada sesebuah mata pelajar, namun pelajar masa
kini tidak boleh minat terhadap sesuatu subjek kerana perlu mengaplikasikan dalam
kehidupan.
KEPERLUAN PELAJAR DALAM PEMBELEJARAN KOPERATIF

- Mengaitkan dengan Falsafah pendidikan Malaysia.


- Elemen komunikasi abad-21 iaitu komunikasi.
- Pembelajaran koperatif meupakan pembelajaran secara berkumpulan.
- Terhadap 6 ciri-ciri (K.I.S.S.E.S) dan lima prinsip
- Pelajar berpeluang dalam mengasah bakal dalam kemahiran berkomunikasi.
- Seterusnya memastikan keberhasilan negara dalam melahirkan model insan yang
holistik.
- Guru perlu peka dengan pembahagian kumpulan.
- Perlu sama rata dan tidak bias.

KESIMPULAN

- Guru perlu bersedia dan peka terhadap keperluan pelajar dalam merealisasikan
pembelajaran abad-21.
- Ini bagi memastikan model insan dan tenaga kmahir dalam negara dapat dihasilkan.
- Kembali semula bersama pengacara majlis.

Anda mungkin juga menyukai