Anda di halaman 1dari 5

1.

Apakah system tubuh badan yang melibatkan organ-organ seperti farinks, larinks, trakea dan
bronkus?

A. Kardiovaskular
B. Limfatik
C. Respiratori
D. Pencernaan

2. Semua Sistem yang ada di dalam tubuh manusia ini berhubung kait antara satu sama lain dalam
aktiviti fizikal kecuali,

A. Sistem otot
B. Sistem kardiovaskular
C. Sistem saraf
D. Sistem pembiakan

Tisu berfiber yang menyambungkan dua atau lebih tulang atau rawan boleh bergerak.

3. Pilih pernyataan yang tepat tentang definisi di atas.

A. Sendi
B. Tendon
C. Rawan
D. Ligamen

4. Namakan otot utama yang menyebabkan fleksi kaki seorang pemain bola sepak ketika hendak
menendang bola.

A. Hamstring
B. Gastroknemius
C. Kuadriseps
D. Sartorius

5. Saraf pusat berfungsi sebagai :

A. Mengintegrasi semua rangsangan yang diterima


B. Mencetuskan pergerakan daripada rangsangan
C. Menerima rangsangan daripada persekitaran
D. Menterjemahkan rangsangan kepada bentuk impuls saraf
6. Yang manakah bukan ciri hormon ?

A. Hormon tidak dapat dihasilkan melalui proses makmal


B. Wujud dalam kuantiti yang sedikit
C. Aktiviti hormon adalah spesifik kepada sel-sel sasaran
D. Bahan kimia yang disintesiskan oleh sel hidup

7. Sebab utama seseorang pesakit diabetes adalah kegagalan hormon X mengawal aras glukosa
dalam darah pada paras normal. Apakah hormon X ?

A. Adrenalina
B. Glikogen
C. Glukagon
D. Insulin

8. Apakah kesan yang boleh didapati kepada struktur jantung hasil aktiviti sukan seperti berbasikal
lebuh raya dan marathon ?

A. Saiz ventrikel akan mengalami hipertrofi


B. Isipadu strok akan menjadi lebih tinggi
C. Otot jantung akan mengecil
D. Sistem salur darah akan memanjang

9. Jika berlaku hipertrofi jantung terhadap seseorang individu, apakah ciri yang mungkin akan
dikesan?

A. Penambahan saiz kaviti ventrikel


B. Saiz otot jantung akan bertambah besar
C. Isipadu strok akan menjadi lebih tinggi
D. Keluaran jantung akan menjadi rendah

10. Apakah unsur yang akan terbentuk apabila gas oksigen yang diangkut di dalam darah melalui
pelarutan dengan hemoglobin?

A. Oksida hemoglobin
B. Oksihemoglobin
C. Oksida karbahemoglobin
D. Karbaminohemoglobin
11. Antara berikut, yang manakah adalah ciri-ciri sistem anaerobic alaktik (ATP-PC)?

A. Sumber makanan glikogen, lemak dan protein


B. Kelajuan sangat perlahan
C. Penghasilan ATP sedikit dan terhad
D. Jangka masa sehingga 60 saat

12. Apakah acara sukan lain yang menggunakan sistem tenaga yang sama dengan acara lontar
peluru?

A. Lumba jalan kaki 10 kilometer


B. Lari berpagar 400 meter
C. Lari pecut 100 meter
D. Larian 1500 meter

13. Adaptasi fisiologi akan berlaku jika perancangan program latihan kecergasan fizikal mengambil
kira beberapa factor, senaraikan tiga (3) factor tersebut.

A. Umur atlet, intensity latihan dan kekerapan latihan


B. Frekuensi latihan, faktor genetic dan faktor pemakanan
C. Acara sukan yang diceburi, umur atlet dan faktor pengalaman atlet
D. Umur atlet, frekuensi latihan dan kadar denyutan jantung atlet

14. Latihan kecergasan fizikal yang progresif akan menyebabkan berlaku adaptasi terhadap struktur
sistem kardiovaskular. Apakah yang berlaku kepada jantung ?

A. Kaviti ventrikel kanan bertambah besar


B. Pertambahan saiz jantung
C. Kadar keluaran jantung menurun
D. Penebalan pada kedua-dua dinding ventrikel

15. Apakah fungsi akson pada struktur neuron ?

A. Menerima impuls dari sinaps


B. Menerima impuls dari badan sel neuron
C. Mengalirkan impuls ke neuron penerima
D. Mengalirkan impuls ke neuron penghantar
16. Apakah fungsi sistem rangka dalam menghasilkan pergerakan tubuh ?

A. Menyokong berat badan dalam membentuk kerangka tegar bagi pelekatan tisu-tisu lembut
dab organ-organ tubuh
B. Menterjemahkan rangsangan yang diterima daripada input sensori, diproses dan
diterjemahkan
C. Membekalkan oksigen ke seluruh badan sebagai bahan pembakaran bagi menghasilkan
tenaga untuk kegunaan melakukan aktiviti fizikal
D. Sistem peredaran untuk mengangkut oksigen dari paru-paru ke sel-sel tisu badan dan
mengeluarkan karbon dioksida dari sel-sel tisu ke paru-paru

17. Pilih pernyataan yang tepat tentang fungsi otot sinergis dalam membantu pergerakan manusia.

i. Kumpulan otot-otot yang berhampiran dengan lokasi pergerakan utama yang bertindak
sebagai otot sokongan
ii. Otot-otot yang membantu otot penggerak utama
iii. Otot sinergis akan menghilangkan daya pada pelekatan otot bagi penghasilan
pergerakan
iv. Otot sinergis berperanan untuk menstabilkan pergerakan sendi

A. I, ii dan iii
B. I, ii dan iv
C. I, iii dan iv
D. Semua di atas

Terdapat tiga lapisan dinding jantung iaitu epikardium, miorkardium dan endocardium. Struktur
ini disaluti oleh membrane yang dikenali sebagai pericardium.

18. Penyataan di atas adalah lapisan otot jantung manusia. Lapisan yang manakah berada di tengah-
tengah ?

A. Perikardium
B. Miorkardium
C. Epikardium
D. Endocardium
19. Yang manakah ciri sistem anaerobic laktik ?

A. Menghasilkan asid laktik yang boleh menyebabkan kelesuan


B. Menghasilkan ATP-PC dengan cara yang cepat dan banyak
C. Perlu menggunakan oksigen bagi menjana tenaga
D. Glukosa diperoleh daripada karbohidrat yang dicerna

20. Berikut adalah ciri-ciri sistem anaerobic laktik (glikosis anaerobik). Pilih pernyataan yang tepat.

i. Melibatkan aktiviti masa yang singkat dan berintensiti tinggi


ii. Apabila aktiviti tinggi berterusan melebihi 10 saat, sumber tenaga adalah datang
daripada glikogen yang disimpan dalam hati
iii. Apabila aktiviti tinggi berterusan melebihi 2 minit sumber tenaga adalah datang
daripada sumber karbohidrat dan lemak sebagai menghasilkan bekalan tenaga
iv. Tenaga hanya boleh dibekalkan dalam tempoh dari 1 – 2 minit

A. I, ii dan iii
B. I, ii dan iv
C. I, iii dan iv
D. Semua di atas

Anda mungkin juga menyukai