Anda di halaman 1dari 5

TAJUK CERITA : TAK APA, NANTI DULU

Selamat pagi dan salam 1 Malaysia, saya ucapkan kepada yang dihormati, Tuan Pengerusi

Majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru, dan rakan-rakan sekalian. Pada pagi yang ceria ini, saya akan

menyampaikan sebuah cerita yang menarik untuk dikongsikan dengan kawan-kawan semua. Tajuk cerita saya ialah, Tak apa, nanti dulu Kawan-kawan, ada seorang budak lelaki

bernama Sufi. Dia baharu berumur enam tahun. Sebenarnya, Sufi seorang budak yang baik. Akan tetapi, dia suka berlengah-lengah apabila disuruh

membuat sesuatu kerja. Dia akan berdalih. Katanya, Tak apa, nanti Sufi buatlah. Ibu bapa serta rakan-rakannya mulai bosan dengan perangai Sufi. Bapa Sufi selalu

menasihatinya

agar tidak berlengah-lengah. Sufi

hanya mengangguk sahaja. Apabila hari sudah malam, barulah dia tergopoh-gopoh menyiapkan kerja sekolahnya. Dia tidak pernah serik walaupun dimarah oleh gurunya. Pada suatu hari, ketika berjalan seorang diri pulang dari sekolah, Sufi berjumpa dengan seorang tua di bawah pokok jambu berhampiran

rumahnya.Orang tua itu, meminta Sufi memetikkan buah jambu untuknya. Sufi berkata, Saya penat, tuk.

Nanti saya panjat, Dia terus masuk ke dalam rumah.Orang tua itu memanggil Sufi lagi. Taka pa, nanti dulu! Balas Sufi. Orang tua itu berkata bahawa mulai detik itu, hanya kata-kata itu sahaja yang boleh Sufi sebut. Sufi terhidu bau makanan yang sedap. Dia pun memberitahu ibunya bahawa dia mahu makan. Ibu Sufi memintanya segera makan. Tak apalah, nanti dulu!jawab Sufi. Dia terkejut. Bukan itu yang mahu dikatakannya. Dia sangat lapar. Ibu Sufi memanggilnya lagi kerana bimbang jika hidangan tengah hari itu akan dihabiskan oleh adik-adiknya. Sufi mahu menjawab ya.

Tak

apa,

nanti

dulu!

katanya

lagi.

Sufi

mengeluh. Dia termenung di atas tangga. Apakah yang telah terjadi kepada dirinya? Tiba-tiba, Sufi teringat akan orang tua itu. Agaknya, dia telah menyumpah Sufi. Sufi segera berlari ke arah pokok jambu tadi. Sufi meminta maaf daripada orang tua itu. Dia segera memanjat pokok jambu itu dan memetik buahnya untuk orang tersebut. Lain kali, apabila disuruh membuat kerja, kamu hendak berdalih lagi? Tidak, tuk. Sekarang, boleh saya berkata apa yang saya mahu?Orang tua itu mengangguk.

Saya

hendak

makan nasi!

Sufi bersalam

dengan orang tua itu lalu pulang ke rumah. Dia berjanji tidak akan berlengah lagi. Wahai kawan-kawan, begitulah kisah tadi.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai