Anda di halaman 1dari 9

Contoh Kertas Kerja Gimrama

1.0 RASIONAL

Gimnastik berirama atau gimrama merupakan suatu sukan yang sangat istemewa dan menarik perhatian. Sukan ini telah menjadi semakin popular di kalangan peserta dan penonton. Sukan gimrama memerlukan kemahiran yang tinggi serta kelembutan dan koordinasi tubuh badan yang baik juga daya kreativiti mencipta gerakan. Sukan gimrama juga merupakan suatu program kecergasan fizikal khususnya bagi murid-murid perempuan serta kaum wanita di semua peringkat umur. Keunikan sukan gimrama sebagai salah satu sukan yang istimewa khasnya untuk kaum wanita merupakan asas kepada penganjuran sukan ini di peringkiat Daerah Kota Marudu. Kejohanan Sukan Gimrama bukan sahaja akan memberi ruang kepada gimnas-gimnas untuk bertanding malah bakal melahirkan atlitatlit sukan gimrama yang berbakat seterusnya boleh diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi. Penganjuran kejohanan sukan gimrama khususnya di Daerah Kota Marudu merupakan titik permulaan pengembangan sukan tersebut kepada generasi muda di daerah ini memandangkan kejohanan sukan gimrama belum pernah dianjurkan oleh badan-badan sukan sama ada melalui belia atau pun menerusi aktiviti-aktiviti di sekolah. Dalam kejohanan gimrama ini kemahiran menggunakan peralatan (gelang, reben dan belantan) merupakan aspek yang akan dinilai. Begitu juga dengan kemahiran menggabungkan beberapa pergerakan dengan diiringi muzik turut diberi perhatian. Peserta yang berjaya mempamerkan persembahan yang menarik, kemas dan teratur akan mendapat kemenangan. 2.0 MATLAMAT DAN OBJEKTIF

Kejohanan Gimrama peringkat Daerah Kota Marudu diadakan untuk memberi ruang kepada gimnas-gimnas dalam daerah ini terutamanya dari sekolah-sekolah menengah dan rendah untuk mengembangkan bakat yang sedia ada. Di samping itu kejohanan ini juga bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat tentang faedah menyertai sukan gimrama. 2.1 Objektif Kejohanan Gimrama peringkat daerah Kota Marudu mempunyai beberapa objektif seperti berikut, Selepas penganjuran kejohanan sukan gimrama adalah diharap agar lebih ramai gimnas-gimnas akan menyertai kejohanan ini bukan sahaja dari sekolah-sekolah menengah malah penglibatan atlit-atlit dari sekolah rendah juga akan bertambah.

Penganjuran sukan gimrama ini diharap memberi kesedaran kepada masyarakat khasnya di Kota Marudu tentang keunikan dan kelebihan gimrama. Dalam masa yang sama diharap ibubapa akan menggalakkan anak-anak mereka bergiat aktif dalam sukan gimrama. Penganjuran sukan gimrama ini juga diharap dapat memupuk budaya bersukan di kalangan generasi muda seterusnya meningkatkan perpaduan di antara kaum yang pelbagai di Kota Marudu, Sabah. Dengan menyertai kejohanan sukan gimrama ini, para atlit akan bertambah yakin dengan kemahiran sedia ada dan akan berusaha meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam gimrama. Selain dari itu, atlit terlibat akan lebih berusaha lagi untuk menyertai kejohanan-kejohanan yang lebih tinggi seperti kejohanan gimrama di peringkat kebangsaan. Selepas kejohanan gimrama ini diharap lebih ramai jurulatih akan tampil untuk menyumbangkan tenaga untuk meningkatkan mutu gimrama daerah Kota Marudu. 3.0 ORGANISASI

3.1 Ahli Jawatankuasa Induk Kejohanan Sukan Gimrama Daerah Kota Marudu Penaung : Pengarah Pelajaran Sabah Penasihat : Pegawai Pelajaran Gabungan Kota Marudu Pengerusi : Pegawai Pelajaran Daerah Kota Marudu Tim. Pengerusi : Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kota Marudu Naib Pengerusi : Pengetua-Pengetua Sekolah Daerah Kota Marudu Guru-guru Besar Daerah Kota Marudu Setiausaha Agung : Ketua Unit SPPK Daerah Kota Marudu Penolong Setiausaha : Penyelia Sukan Daerah Kota Marudu. Bendahari : Unit Akaun Jabatan Pendidikan Gabungan Kota Marudu, AJK : Setiausaha-setiausaha sukan sekolah menengah Setiausaha-setiausaha sukan sekolah rendah Juruaudit : Unit akaun SMK Kota Marudu. 3.2 Ahli Jawatankuasa Kerja Kejohanan Sukan Gimrama Daerah Kota Marudu Penaung : Pengarah Pelajaran Sabah Penasihat : Pegawai Pelajaran Gabungan Kota Marudu Pengerusi : Pengetua SMK Kota Marudu Timbalan Pengerusi . : Penolong Kanan SMK Kota Marudu Naib Pengerusi : Pengetua-Pengetua Sekolah Daerah Kota Marudu Guru-guru Besar Daerah Kota Marudu Setiausaha : Penolong Kanan Kokum SMK Kota Marudu Penolong Setiausaha : Setiausaha Sukan SMK Kota Marudu. Bendahari : Pengerusi Teknik Pegawai Meja Unit Akaun SMK Kota Marudu, : Puna Hamina Binti John @ Nornaini Ismail : Penyelia Sukan Daerah Kota Marudu

Urustia kejohanan : Setiausaha Sukan SMK Kota Marudu. Dan AJK Perasmian Pembukaan/ : Pengetua SMK Marudu 2 dan AJK Penutupan Sambutan dan Protokol : Pengetua SMK Bandau dan AJK Buku Aturcara dan Buletin : Pengetua SMK Langkon dan AJK Hadiah dan Cenderahati/ : Pengetua SMK Bengakongan dan AJK Bunga Rozet Publisiti dan dokumentasi : Pengetua SMK Tandek dan AJK Jawatankuasa Tajaan : Pengetua SMK Kota Marudu dan AJK Pemeriksaan Dokumen : Pengetua SMK Marudu 2 dan AJK Peserta Pengangkutan : Guru Besar SK Marudu 2 dan AJK Kebajikan : Guru Besar SRJK Khoi Ming dan AJK Keselamatan : Guru Besar SK Pekan Kota Marudu dan AJK Kebersihan : Guru Besar SK Langkon dan AJK Penyimpanan & : Setiausaha Sukan SMK Kota Marudu dan AJK Keselamatan Peralatan Penyediaan Arena : Setiausaha Sukan SMK Marudu 2 dan AJK Pertandingan Hakim pertandingan : Penyelaras Teknik dan AJK Juri rayuan : PPD Kota Marudu dan AJK Meja Kerusi : PK Kokum SMk Kota Marudu Penghias Astaka : PK Kokum SMK Bandau dan AJK Makan dan minum : Pengetua SMK Kota Marudu dan AJK Perasmian pembukaan Penutupan Persembahan : PK Kokum SMK Bengkongan dan AJK Pembukaan/penutupan Perangkaan : Setiausaha Sukan SMK langkon dan AJK P.A System : Setiausaha Sukan SMK Bandau dan AJK Tag Nama Pegawai : Guru Besar SRA Goshen dan AJK Tugas-tugas khas : PK Kokum SMK Tandek dan AJK 4.0 ATURCARA TENTATIF

Aturcara tentatif kejohanan sukan gimrama peringkat daerah Kota Marudu meliputi aturcara Majlis Perasmian Pembukaan/penutupan Kejohanan dan aturcara kejohanan gimrama. 4.1 Aturcara Majlis Perasmian Pembukaan kejohanan sukan Gimrama Daerah Kota Marudu Tarikh Tempat Masa : : Dewan Serba 10 Guna SMK Jun Kota Marudu 2008 2 Acara

Ketibaan Ketibaan Lagu Bacaan Ucapan Pegawai Ucapan

Pegawai Perasmi Negaraku Ahli

Pelajaran parlimen dan

Gabungan P168 sabah kota

Kota Marudu, tanah

Marudu Sabah. Airku doa

alu-aluan Pelajaran Pegawai

pengerusi Daerah Gabungan

Pengelola Kota Kota

kejohanan Marudu Marudu

Ucapan Dan seterusnya merasmikan Kejohanan Sukan Gimrama Oleh Perasmi Ahli parlimen P168 kota Marudu, Sabah. Pembacaan Persembahan Penyampaian Jamuan Bersurai. 4.2 Aturcara Majlis Perasmian Penutupan kejohanan sukan Gimrama Daerah Kota Marudu Tarikh Tempat Masa Ketibaan Semua Lagu Bacaan Ucapan Pegawai alu-aluan Pelajaran pengerusi Daerah Pengelola Kota Pegawai kontinjen Negaraku dan Pelajaran Pegawai dan Gabungan kejohanan sabah Kota mengambil tanah : : Dewan Serba 12 Guna SMK Jun Kota 2008 Marudu 2 Acara Marudu tempat Airku doa kejohanan Marudu Cenderahati Ikrar

Ucapan Dan seterusnya merasmikan Penutupan Kejohanan Sukan Gimrama Oleh pegawai pelajaran

Gabungan Penyampaian Jamuan Bersurai. hadiah,

Kota piala

Marudu, kemenangan dan

Sabah. cenderahati

4.3 Susunan Acara Kejohanan Sukan Gimrama Daerah Kota Marudu Hari 10 Hari 11 Hari 12 5.0 Jun Jun Jun Pertama 2008 Kedua 2008 Ketiga 2008 PERALATAN

Peralatan yang diguna seperti radio (sumber muzik), tali, bola, gelung, reben dan belantan dalam kejohanan ini disediakan oleh pengelola. Berikut adalah senarai peralatan yang diguna dalam kejohanan sukan gimrama. 5.1 Gelung

Gelung merupakan suatu peralatan gimrama yang memerlukan ruang semasa melakukan pergerakan. Kemahiran pergerakan gelung sambil mengikut rentak muzik sangat penting dalam kejohanan ini. 5.2 Reben

Reben merupakan gerakan alatan dalam gimrama yang agak menarik. Ini adalah kerana reben kelihatan cantik dan menarik serta menyeronokkan. Oleh itu reben boleh digunakan dengan berkesan dalam semua pertunjukkan. Persembahan reben memerlukan ruang yang besar dan koreografi yang baik terumatanya apabila pergerakan dibuat mengikut rentak muzik 5.3 belantan

Dalam mengendalikan belantan gimnas perlu menunjukkan kemahiran keduadua belah tangan. Gimnas memerlukan kemahiran dan koordinasi yang baik untuik menyeleraskan pergerakan badan dengan pergerakan belantan di tangannya..

Semua peralatan yang dinyatakan di atas perlu disahkan oleh pengelola terlebih dahulu sebelum digunakan untuk pertandingan. 5.4 Sumber Muzik

Radio yang menghasilkan audio/muzik akan disediakan oleh pengelola. Radio akan diletakan di atas tempat yang sesuai dan dapat didengar dengan jelas oleh gimnas. Pita kaset atau CD untuk tujuan pertandingan disediakan oleh pasukan terlibat. Setiap pita kaset/CD perlu dilabelkan dengan nama Gimnas, kumpulan Umur, Giliran, alatan/symbol dan tempoh muzik. Tempoh muzik ditetapkan bagi individu ialah selama satu minit tiga puluh saat. 5.5 Arena Pertandingan

Pertandingan akan diadakan di Dewan SMK Kota Marudu 2 kerana ruangnya luas dan strategi untuk sukan tersebut. Setiap peserta perlu berada dalam kawasan arena pertandingan 10 minit lebih awal bagi mengelak dari dikenakan pemotongan mata. Para peserta juga wajar mengikuti peraturan pertandingan seperti dalam lampiran 1. 6.0 BELANJAWAN

Perbelanjaan mengelolakan kejohanan sukan gimrama termasuklah perbelanjaan semasa Majlis perasmian pembukaan, Majlis Perasmian Penutupan dan perbelajaan sepanjang kejohanan tersebut. JUMLAH 6.2.. JUMLAH RM4510.00 SUMBER RM4510.00 KEWANGAN

Untuk tujuan mendapatkan sumbangan pengerusi pengelola akan memohon sumbangan dari Ahli Parlimen P168 Kota Marudu, sabah. BAHAGIAN 1.0 LANGKAH B KESELAMATAN

Dalam melaksanakan Kejohanan Sukan Gimrama yang julung kalinya diadakan di Daerah Kota Marudu,langkah-langkah keselamatan perlu diberi perhatian supaya perkara-perkara yang tidak diingini tidak berlaku. Antaranya termasuklah Keselamatan di arena pertandingan Keselamatan alatan yang digunakan

Keselamatan Keselamatan 1.1

peserta Keselamatan

penyimpanan dan di

peralatan arena

alatan peserta. pertandingan

Arena pertandingan hendaklah dalam keadaan selamat dan sesuai untuk pertandingan gimrama. Berikut adalah langkah-langkah keselamatan di arena pertandingan. Lantai kawasan pertandingan hendaklah bersih, selamat dan tidak terdapat sebarang benda yang boleh menjejaskan pergerakan para peserta. AJK kebersihan dan keselamatan arena hendaklah sentiasa memastikan arena pertandingan dalam keadaan selamat. AJK Pertolongan cemas hendakalah sentiasa bersedia untuk memberi bantuan terutamanya ketika peserta sedang melakukan disiplin. Petugas-petugas Pertolongan cemas hendaklah cekap, pentas dan berwaspada, sepanjang kejohanan berlangsung. Kedudukan hakim garisan, pembantu hakim, dan penjaga masa hendaklah pada kedudukan yang betul seperti dalam lampiran bagi keselamatan sepanjang pertandingan. Para penonton adalah di larang untuk memasuki arena pertandingan. Kedudukan jurulatih dan gimnas simpanan dengan gelanggang persembahan ialah pada jarak lebih kurang 8 m. 1.2 Keselamatan alatan yang digunakan

Setiap alatan yang digunakan hendaklah disahkan terlebih dahulu oleh penganjur bagi mempastikan alatan tersebut selamat digunakan. Alatan yang diragui keselamatannya akan dibatalkan. Ciri-ciiri alatan yang selamat adalah seperti berikut, tidak terdapat tanda-tanda kerosakan atau kecacatan pada alat tersebut. setiap peralatan hendaklah bersih Setiap alatan mematuhi spesifikasi alatan seperti yang terkandung dalam Peraturan teknikal FIG terbitan 2005. Radio yang diguna dalam pertandingan hendaklah berfungsi dengan baik. Justeru itu radio hendaklah diuji terlebih dahulu sebelum digunakan. Setiap kaset/CD yang diguna oleh para peserta hendaklah diuji terlebih dahulu supaya tidak berlaku pemotongan markah disebabkan oleh masalah teknikal. Setiap alatan yang diguna seperti jam randik dan sebagainya dalam keadaan baik dan berfungsi dengan sempurna. 1.3 Keselamatan penyimpanan alatan

Pihak penganjur perlu menyediakan satu tempat khas untuk penyimpanan peralatan yang diguna sepanjag kejohanan tersebut. Tempat penyimpanan alatan tersebut hendaklah berkunci dan sentiasa selamat sepanjang kejohanan tersebut.

Dalam hal ini setiap pengurus pasukan hendaklah mempastikan peralatan yang mereka gunakan disimpan di tempat yang telah ditentukan oleh penganjur dan menyimpan kunci dengan selamat.. Ciri-ciri bilik penyimpanan alat Sentiasa berkunci di mana kunci disimpan oleh pengurus setiap kontinjen yang mengambil bahagian. Bilik penyimpanan hendaklah bersih, selamat dan tidak mudah dimasuki oleh pelajar luar. terdapat kunci pendua yang hanya boleh diambil sekiranya berlaku kehilangan kunci bilik penyimpanan. Setiap pengurus kontinjen hendaklah menjaga keselamatan bilik penyimpanan peralatan masing-masing. 1.4 Keselamatan peserta dan peralatan yang diguna oleh peserta.

Pihak penganjur hendaklah mempastikan keselamatan setiap peserta terjamin terutamanya semasa berada dalam arena pertandingan. Antara langkah-langkah yang boleh diambil ialah Memberi penjelasan/taklimat tentang langkah-langkah keselamatan sepanjang kejohanan berlangsung. Mempastik setiap peserta memperolehi manual peraturan dan disiplin yang perlu dipatuhi sepanjang kejohanan. Melarang tindakan agresif oleh jurulatih terutamanya semasa pertandingan sedang berjalan. Meningkatkan kawalan kesalamatan di arena pertandingan. 2.0 Nama Alat SPESIFIKASI Bahan Panjang Berat ALAT Diameter

Gelung Kayu/plastik 300 Belantan Kayu sintatik 40 Reben Satin/bukan satin 6 5 m P12 Tali Bola Getah/sintatik/plastik

gram 80 90 cm 50 cm 150 gram/satu 18 20 cm 50 6cm 46 cm lebar m P18 & P15 Ham/sintatik 400 gram 18 20 cm

Setiap pasukan yang menyertai kejohanan Gimrama peringkat Daerah Kota Marudu hendaklah mendapatkan pengesahan spesifikasi alatan dan sticker pengesahannya. Pemeriksaan alatan akan dilakukan sebelum disiplin latihan dipertandingkan. Pemeriksaan lanjutan bagi alatan boleh dilakukan selepas sesuatu disiplin latihan yang dipertandingkan tamat atas permintaan juri. Alatan yang tidak disahkan akan dibatalkan penggunaannya walaupun alatan itu telah disahkan pada pertandingan yang lain.

_______________________________________________________ _______________ BIBLIOGRAFI Modul HBPE2103 Pergerakan dan Pendidikan Pergerakan OUM

Kementerian Pendidikan Malaysia (2000). Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani Kuala Lumpur Pusat Perkembangan Kurikulum. Lo Joo Sim (19930, Siri rukan Popular Fajar Bakti Gimrama, Fajar Bakti Kuala Lumpur. Buschner, C.A (1994) Teaching Children Movement Concepts and Skills Champaign II, : Human Kinetics.

Anda mungkin juga menyukai