Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KERJA PERTANDINGAN E-SPORT MOBILE LEGEND TERTUTUP

SAYAP PEMUDA AMANAH SELAYANG

1. PENDAHULUAN

1..1 Kertas Kerja ini bertujuaan untuk menerangkan pertandingan E-Sport Mobile
Legend peringkat kawasan bagi memilih wakil ke pertandingan E-Sport
peringkat Negeri Selangor. Kertas cadangan ini juga disediakan untuk
menerangkan hala tuju penganjuran program tersebut dan menjelaskan
peruntukan yang diperlukan.

2. LATAR BELAKANG
2..1 Mobile Legends: Bang Bang adalah permainan arena pertempuran dalam
talian berbilang pemain (MOBA) yang direka untuk telefon bimbit. Dua
pasukan lawan bertempur untuk mencapai dan menghancurkan pangkalan
musuh sambil mempertahankan pangkalan mereka sendiri untuk mengawal
jalan, tiga "lorong" yang dikenali sebagai "atas", "tengah" dan "bawah", yang
menghubungkan pangkalan

2..2 Pertandingan Mobile Legend tertutup ini merupakan anjuran Sayap Pemuda
Amanah Selayang. Pertandingan ini dibuka kepada para belia Selayang.
Aturcara Pertandingan adalah seperti di Lampiran A dan Syarat-Syarat
Pertandingan adalah seperti di Lampiran B. Implikasi Kewangan adalah seperti
di Lampiran C dan Peraturan Pertandingan adalah seperti di Lampiran D.

1
3. OBJEKTIF
1. Memilih wakil pasukan pemuda ke pertandingan E-Sport Mobile Legend
peringkat negeri Selangor.
2. Mempromosi sukan e-Sport selaras dengan matlamat Kementerian Belia dan
Sukan (KBS)
3. Memberi peluang kepada Pemuda Selayang untuk mengenali dan menimba lebih
banyak pengalaman di dalam bidang sukan ini.
4. Memberi ruang kepada Pemuda Selayang menggunakan kebolehan bermain
permainan mobile dalam persaingan sihat
5. Mengeratkan lagi hubungan antara ahli-ahli kumpulan yang sedia ada bagi
membina semangat kerja berpasukan.
6. Melahirkan Pemuda Selayang yang mempunyai kemahiran dalam mengatur
strategi.
7. Membina “critical-thinking” di kalangan Pemuda Selayang.
8. Menjadikan seorang yang intelektual dengan strategi semasa mengalahkan
pemain lain.
9. Memberi peluang kepada pemuda untuk menggunakan pengetahuan yang
dibelajar dari permainan.

4. TARIKH DAN TEMPAT


Tarikh : 31 Ogos 2020
Tempat : Dewan Masyarakat Jalan 27, Selayang Baru

5. IMPLIKASI KEWANGAN
5.1 Jumlah perbelanjaan bagi penganjuran pertandingan Mobile Legend tertutup
Sayap Pemuda Amanah Selayang ini adalah sebanyak RM Dua Ratus Dua
puluh Ringgit Malaysia sahaja. Berikut disertakan implikasi kewangan seperti
di Lampiran C.

2
LAMPIRAN A

ATURCARA PERTANDINGAN MOBILE LEGEND TERTUTUP 2021

JADUAL PERTANDINGAN

PUSINGAN TARIKH MASA

1-2 31/8/2021 10.00 AM


3-4 31/8/2021 12.00 PM
5-6 31/8/2021 3.00 PM
Semifinals - Finals 31/8/2021 5.00 PM
LAMPIRAN B

SYARAT PENYERTAAN PERTANDINGAN MOBILE LEGEND TERTUTUP SAYAP PEMUDA


AMANAH SELAYANG 2021

1. Kejohanan ini berasaskan undang-undang biasa permainan Mobile Legend dan


pusingan permainan akan dijalankan berasaskan system ”Double Elimination pool”
dalam ”Best-of-One mode” yang membahagikan 16 kumpulan ke dalam dua braket,
iaitu ”upper bracket” dan ”lower bracket”.
2. Jawatankuasa pengelola pertandingan berhak mengubah dan menambah sebarang
peraturan sebelum dan semasa kejohanan berlangsung tanpa sebarang notis.
Keputusan uruscara semasa pertandingan adalah muktamad.
3. Kejohanan pertandingan Mobile Legend ini akan dimain secara online sehingga akhir
di Dewan Masyarkat Jalan 27 Selayang Baru.
4. Pemain-pemain kejohanan ini adalah terdiri daripada Pemuda Amanah Selayang dan
Belia Tempatan.
5. Pendaftaran rasmi dan penentuan pemain-pemain dalam kumpulan perlu dibuat
sebelum tarikh tutup penyertaan 20 Ogos 2021 . Pertukaran aturan tetap pemain-
pemain tidak dibenarkan selepas pendaftaran rasmi dilakukan apabila pusingan
pertama dimulakan.
6. Butiran tentang kejohanan ini adalah seperti berikut:
A) Tempat : Dewan Masyarakat Jalan 27, Selayang Baru

B) Tarikh : 31 Ogos 2021

7. Sebarang pendaftaraan atau pertanyaan sila hubungi:


En Arash : 010-875 1772
LAMPIRAN C
IMPLIKASI KEWANGAN PERTANDINGAN ESPORT MOBILE LEGEND SMKPC
BUTIRAN KUANTITI HARGA SEUNIT JUMLAH ANGGARAN
JUARA:
1 MEDAL 6
WANG TUNAI 1 RM 1500.00 RM 1500.00
NAIB JUARA:
2 MEDAL 6
WANG TUNAI 1 RM 1000.00 RM 1000.00
TEMPAT KETIGA :
3 MEDAL 6
WANG TUNAI 1 RM 500.00 RM 500.00
TEMPAT KEEMPAT :
4 MEDAL 6
WANG TUNAI 1 RM 300.00 RM 300.00
JUMLAH RM 3,300.00

PUNCA PENDAPATAN : BSS


Lampiran D

PERATURAN-PERATURAN PERTANDINGAN

a) Setiap permain perlu mendaftar di FORM SHEET


b) Dengan menyertai pertandingan ini, permain bersetuju untuk mematuhi segala
peraturan-peraturan dan undang-undang serta keputusan yang dibuat oleh pihak
pengelola pertandingan. Para permain perlu mematuhi arahan yang dibuat oleh pengelola
pertandingan pada setiap masa.
c) Setiap permain perlu bersedia dan boleh didapati semasa tempoh Kejohanan atau
sehingga disingkirkan dari pertandingan. Permain-permain harus 15 minit awal daftar
masuk lobi sebelum permainan bermula.
d) Jika salah satu pasukan tidak menunjukkan tanda-tanda aktiviti (termasuk : Tiada ahli
pasukan menulis komen perlawanan, tiada anggota pasukan telah menyertai lobi, semua
percubaan lain untuk menghubungi pasukan gagal) sehingga 15 minit selepas masa
perlawanan, kemenangan akan terus dibagi kepada pihak lawan sebagai menang tanpa
bertanding oleh pengelola pertandingan.
e) Masa yang diperuntukan untuk setiap permainan adalah tanpa had masa bagi setiap
pusingan. Sekiranya salah seorang pemain daripada mana-mana kumpulan tidak hadir,
permainan masih akan terus berjalan dengan pengantian permain AI.
f) Jika seorang pemain ”disconnect” , permainan itu hendaklah ”pause” serta-merta.
g) Setiap peserta diminta untuk mengekalkan sikap ramah mesra dan hormat dengan para
peserta lain dan pengelola. Penghinaan dan tingkah laku yang tidak adil atau tidak sopan
ke arah pengelola dan peserta lain tidak akan diterima dan akan dihukum dengan
kekalahan serta-merta.
6. Penutup

Dengan penganjuran pertandingan E-Sport ini adalah di harapkan dapat memberi


peluang pemuda bergiat aktif walaupun kegiatan luar telah di tangguhkan kerana SOP Covid-
19. Di samping memberikan mereka platform yang betul menggunakan kemahiran bermain
permainan telefon pintar.

Disediakan oleh, Disokong oleh,

En Ahmad Raj Bin Abdullah Mohd Raimi Bin Abdul Rahim


Setiausaha Pemuda Amanah Selayang Ketua Pemuda Amanah Selayang
Penyelaras pertandingan E-sport

Diluluskan oleh,

Wan Anwar Wan Ibrahim


Ketua Amanah Kawasan Selayang

Anda mungkin juga menyukai