Anda di halaman 1dari 10

MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN MENJAWAB SOALAN TOLAK

DENGAN MENGUMPUL SEMULA DARI RATUS KE PULUH DAN PULUH KE SA

Oleh

Julaila Selamat
Rosnah Embok Tang
Rashidah Punawan

SK Laksamana,
Kota Tinggi, Johor.

ABSTRAK

Peratusan kelulusan Matematik dalam UPSR di sekolah kami semakin merosot.


Pemahaman murid dalam kemahiran asas mengira terutamanya tolak dengan
mengumpul semula masih lemah, sedangkan aspek ini adalah penting untuk
menentukan tahap penguasaan celik angka. Justeru, kajian ini dijalankan untuk
mengatasi masalah penguasaan kemahiran tolak dengan mengumpul semula
dari rumah ratus ke puluh dan puluh ke sa. Murid-murid yang terlibat dalam
kajian ini terdiri daripada murid-murid Tahun 3 Jaya dan Maju di SK. Laksamana,
Kota Tinggi. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui semakan kerja rumah,
ujian bulanan dan ujian pra berhubung dengan kemahiran itu. Soal selidik muridmurid juga digunakan sebagai instrumen untuk meninjau pandangan murid-murid
terhadap pengajaran guru. Rawatan klinikal dengan pendekatan latih tubi
ditambah penggunaan pembilang EQ (Easy Quantifiers / Emotion Quation
(ukuran emosi)) dapat membantu murid meningkatkan pencapaian dan
mengubah persepsi dalaman murid. Pembilang EQ ini dapat membantu murid
lemah mendapatkan jawapan hasil tolak dengan tepat. Guru Matematik Tahun 3
berpendapat bahawa rawatan klinikal selama dua minggu ini memuaskan dan
berjaya mengubah sikap bosan dan takut kepada sikap seronok, minat dan suka
belajar Matematik. Dapatan kajian ini diharap dapat menyorot sedikit
pengalaman, mengintai teladan dan berkongsi keilmuan tentang keinginan
meningkatkan penguasaan kemahiran berkenaan.

1.0

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu


Sewaktu saya menyemak buku latihan Matematik murid-murid kelas 3 Jaya dan 3
Maju, kami rasa sungguh terkejut kerana kami dapati murid-murid ini tidak dapat
menguasai kemahiran tolak dengan mengumpul semula (konsep pinjam sebelah)
walaupun kami rasa kemahiran ini sungguh mudah. Ditambah lagi apabila
merujuk keputusan Ujian Bulanan 1 kami berasa kecewa dan sedih atas
kegagalan ini. Rasanya kami telah berusaha semampu yang boleh untuk
memudahkan pemahaman murid.

Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------Sekolah Rendah

Berdasarkan pemerhatian kami, didapati murid-murid ini tidak faham konsep


pinjam sebelah dan kemudian kumpul semula. Murid-murid ini tidak faham nilai
yang dipinjam dan kemudian bagaimana hendnak kumpul semula nilai yang
dipinjam dengan nilai yang sedia ada. Murid-murid ini juga tidak mahu mengira,
tiada keyakinan dan kesungguhan. Mereka mudah putus asa dan tiada motivasi
dalaman.
Kami berasa tidak puas hati dan rasa terpanggil untuk mengubah keadaan ini.
Kami membuat ujian pra untuk mengenal pasti kumpulan sasaran. Kami perlu
membuat sesuatu pembaharuan untuk mengubah tanggapan negatif murid
terhadap matapelajaran Matematik ini. Kami perlu mencari perkara yang disukai
oleh mereka. Kami mendekati mereka. Kami dapati mereka terlalu sukakan
kartun. Jadi, kami mengambil inisiatif mencipta pembilang yang lain sikit ditambah
pula diselitkan dengan kartun agar menarik minat murid-murid sasaran ini untuk
terus meminati matapelajaran Matematik.
Jika masalah ini awal-awal lagi tidak dibendung, ia akan berlarutan menjadi
permasalahan yang besar dan sukar untuk murid-murid berkenaan menjawab
soalan-soalan UPSR dengan cemerlang.
2.0

Isu Keperihatinan / Fokus Kajian


Kajian ini meninjau permasalahan murid-murid Tahun 3 dalam menjawab soalansoalan tolak dengan mengumpul semula dari ratus ke puluh dan puluh ke sa.
Permasalahan ini dipilih berdasarkan pemerhatian guru-guru Matematik kelaskelas berkenaan. Murid-murid sukar untuk memahami konsep pinjam sebelah
dan kemudian kumpul semula. Kebanyakan murid tidak mengumpul semula.
Mereka hanya tahu pinjam dan pinjam pula hanya bilangan 10 sahaja, walaupun
pada rumah tersebut ada nombor. Kesilapan yang sering dilakukan oleh murid
ialah:
a)
tidak faham konsep pinjam sebelah
b)
pinjam sebelah dengan nilai 10 tanpa mencampur atau mengumpul
semula nombor yang sedia ada.
Dengan membantu murid-murid menguasai kemahiran tolak dengan mengumpul
semula dari ratus ke puluh dan puluh ke sa, kami yakin murid-murid sasaran ini
boleh menguasai kemahiran tolak sepenuhnya. Hal ini seterusnya diharapkan
akan dapat membantu mereka lulus dengan baik dalam Kertas Matematik UPSR.
Kami yakin jika kami dapat mempelbagai dan meningkatkan kaedah P&P, sikap
negatif dan pencapaian murid Tahun 3 yang rendah ini akan dapat diperbaiki.

3.0

Objektif Kajian
3.1

Objektif Am
Secara amnya, objektif kajian tindakan ini adalah untuk meningkatkan
penguasaan kemahiran asas Matematik menjawab soalan tolak dengan
mengumpul semula dari ratus ke puluh dan puluh ke sa.

3.2

Objektif Khusus
Secara khususnya, melalui kajian ini murid dapat :
3.2.1

Menguasai kemahiran tolak dengan mengumpul semula dari ratus


ke puluh dan puluh ke sa melibatkan tiga digit dengan tepat
menggunakan pembilang EQ (Easy Quantifiers).

Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------Sekolah Rendah

3.2.2
3.2.3
3.2.4

Menguasai konsep pinjam sebelah dengan lebih pantas.


Menambahkan keyakinan diri yang tinggi.
Mengubah amalan pengajaran dan pembelajaran guru dengan
mempelbagaikan kaedah.

4.0

Kumpulan Sasaran
Sasaran kami terdiri daripada 11 orang murid Tahun 3 (Jaya dan Maju). Sembilan
orang murid lelaki dan dua orang murid perempuan. Realitinya, kelas ini
dibezakan mengikut tahap pencapaiannya. Murid-murid ini dalam kalangan
murid-murid sederhana dan lemah.

5.0

Pelaksanaan Tindakan
5.1

Tinjauan Masalah
Kami telah menggunakan beberapa kaedah untuk mengumpulkan
maklumat. Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah dibuat
berdasarkan pemerhatian, ujian pra, dan soal selidik.
5.1.1

5.1.2

5.1.3

5.2

Pemerhatian
Kami telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku muridmurid semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
Sebelum kajian dijalankan murid-murid kurang memberi respon
kepada soalan yang diajukan dan berasa tidak yakin untuk
memberikan jawapan, serta takut untuk mencuba.
Ujian Pra
Ujian pra diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan
sejauhmana kefahaman dan tahap penguasaan mereka
mengenai kemahiran yang dikaji. Ujian pra ini mengandungi 10
soalan perlu dijawab dalam masa 30 minit.
Soal Selidik
Kami juga telah mengedarkan borang soal selidik untuk
mengetahui punca kelemahan murid-murid ini tidak menguasai
kemahiran tersebut. Borang soal selidik diberikan kepada murid
sasaran dengan membuat pilihan mengapa mereka tidak dapat
menjawab soalan ujian pra dengan betul.

Analisa Tinjauan Masalah


5.2.1

Analisa Pemerhatian
Berdasarkan pemerhatian guru, murid-murid yang lemah ini tidak
berminat untuk belajar, tidak kira sama ada subjek Matematik dan
sebagainya. Malah ada yang tidak mahu masuk ke kelas
langsung. Sikap malas mereka ini yang menyebabkan mereka
tidak dapat menguasai asas Matematik.

5.2.2

Analisa Ujian Pra


Hasil dapatan daripada ujian pra, kekerapan menjawab dengan
betul soalan-soalan yang diberikan dapat dikelaskan seperti
berikut:

Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------Sekolah Rendah

Jadual 1: Keputusan Pencapaian Ujian Pra


UJIAN PRA
SKALA KEKERAPAN
BIL
Betul semua
0
Betul 7 9
0
Betul 3 6
0
Betul 1 3
7
Salah semua
4
Jumlah
11

%
0
0
0
64
36
100

Jadual 1 menunjukkan 7 orang murid masih tidak menguasai


kemahiran dengan mendapat skor betul 1-3 dan 4 orang murid
salah semua dalam ujian pra yang dijalankan.
5.2.3

Analisa Soal Selidik


Borang soal selidik diberikan kepada murid sasaran dengan
membuat pilihan mengapa mereka tidak dapat menjawab soalan
ujian pra dengan betul. Analisa dapatan soal selidik dapat dilihat
menerusi jadual di bawah.
Jadual 2 : Analisa Soal selidik Berdasarkan
Bilangan dan Peratus
PILIHAN
BILANGAN PERATUS
Tidak suka mata pelajaran Matematik
4
37
Masa yang diberikan tidak cukup
1
9
Tidak tahu / tidak faham
3
27
Malas hendak kira
3
27
11
100
Berdasarkan Jadual 2 di atas, 37% murid sasaran tidak suka
mata pelajaran Matematik, 9% menyatakan masa yang diberikan
tidak cukup, 27% menyatakan tidak faham dan 27% lagi
menyatakan malas hendak kira.

5.3

Tindakan yang dijalankan


5.3.1

Sesi rawatan klinikal


Sesi rawatan telah dijalankan selama 2 minggu kepada 11
orang murid sasaran di Bilik Muzik.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah:
a) Aktiviti Suluh
b) Aktiviti Litar EQ
c) Latihtubi berterusan

5.3.2

Bahan-bahan yang digunakan:


a. LCD dan laptop untuk paparan powerpoint
b. Soalan-soalan Ujian Pos
c. Set soalan latihan rawatan klinikal
d. Set pembilang EQ
d. Alat tulis sebagai ganjaran

Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------Sekolah Rendah

5.3.3

5.4

Instrumen dan langkah-langkah pemerhatian


a. Senarai semak pencapaian individu murid sasaran dalam
rawatan klinikal
b. Senarai semak perubahan tingkah laku murid
c. Graf pencapaian individu murid sasaran
d. Borang soal selidik
c. Set Soalan-soalan latihan rawatan klinikal

Pelaksanaan Tindakan dan Pemerhatian / Penilaian


5.4.1

Pelaksanaan Aktiviti 1- Suluh


Dalam aktiviti Suluh ini, murid-murid diberi penerangan konsep
tolak dengan pinjam sebelah dan kumpul semula melalui
tayangan slaid powerpoint cara operasi pinjam sebelah dan
kumpul semula. Kemudian, murid diberi dua soalan tolak dengan
mengumpul semula melibatkan 3 digit. Murid ini hanya membuat
operasi pinjam sebelah dan kumpul semula sahaja tanpa
mendapatkan hasil tolak.

5.4.2

ra
6
7
3

pu
13
4
8

sa
13
3
6

i.

Pemerhatian
Murid-murid sasaran ini berasa terpegun pada mulanya
apabila ditunjukkan slaid penerangan ini. Mereka terdiam
seketika sehingga kami selesaikan penerangan ini.

ii.

Refleksi
Aktiviti ini memang berkesan. Murid-murid boleh menguasai
langkah pinjam sebelah dan kumpul semula secara perlahan
dan berperingkat. Ini dapat dilihat apabila murid-murid secara
aktif ingin mencuba dan tampil ke hadapan untuk membuat
langkah / cara pinjam sebelah dan kumpul semula.

Pelaksanaan Aktiviti 2 Litar EQ


Murid-murid diberikan 10 soalan tolak dengan mengumpul
semula melibatkan 3 digit.
652 374 =

754 276 =

660 279 =

626 397 =

548 379 =

409 229 =

607 429 =

803 665 =

621 493 =

631 289 =

Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------Sekolah Rendah

Murid-murid mengaplikasikan cara pinjam sebelah dan


kumpul semula terlebih dahulu tanpa mendapatkan hasil
tolak.

5 14 12
6 5 2
3 7 4

Dalam permasalahan di atas, pada rumah sa, 2 tolak 4.


Rumah sa perlu pinjam nilai 10 dari rumah puluh dan kumpul
semula menjadi 12. Pada rumah puluh pula, digit 5 telah
berkurangan menjadi 4 dan 4 tidak boleh tolak 7. Rumah
puluh perlu pinjam sebelah nilai 10 dari rumah ratus dan
kumpul semula menjadi 14. Pada rumah ratus, 6 telah
berkurangan menjadi 5 setelah dipinjam oleh rumah puluh
tadi.

Seterusnya, murid menggunakan Pembilang EQ (Rujuk


Rajah 1) untuk mencari hasil tolak. Setiap murid diberikan
salinan Pembilang EQ. Murid mencari hasil tolak dengan
menolak atau mengundur pada pembilang EQ.
Rajah 1: Pembilang EQ

Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------Sekolah Rendah

Berdasarkan permasalahan tadi, pada rumah sa 12 tolak 4. Murid


akan mencari nombor 12 pada Pembilang EQ dan tolak dengan
cara mengundur sebanyak 4 kali. Murid akan mendapat jawapan
hasil tolak 8. Murid akan terus menulis jawapan pada petak
jawapan dalam ruang rumah sa. Begitu juga seterusnya pada
rumah puluh, 14 tolak 7. Murid akan mencari nombor 14 pada
Pembilang EQ dan tolak secara mengundur sebanyak 7 kali.
Murid akan dapat jawapan 7. Murid akan terus menulis jawapan 7
pada petak jawapan dalam ruang rumah puluh. Seterusnya, pada
rumah ratus, 5 tolak 2. Murid akan mencari nombor 5 pada
Pembilang EQ dan tolak secara mengundur sebanyak 2 kali.
Murid akan mendapat jawapan 3. Murid akan terus menulis
jawapan 3 pada petak jawapan dalam ruang rumah ratus.
i.

Pemerhatian
Pada awalnya, murid-murid sukar untuk mencari hasil tolak
dengan menggunakan Pembilang EQ. Kami cuba
menerangkan kepada murid berkenaan secara pendekatan
mesra murid. Akhirnya, murid-murid ini boleh mendapatkan
hasil tolak dengan menggunakan pembilang EQ. Di luar
jangkaan kami apabila ada seorang murid menanyakan
mengapakah kartun itu gelak dan seorang lagi masam. Dan
ada yang menanyakan mengapakah pembilang ini sehingga
nombor 18 sahaja. Ternyata murid-murid ini berminat untuk
tahu.

ii. Refleksi
Aktiviti ini berkesan untuk murid-murid sasaran ini. Murid
berjaya mendapatkan hasil tolak dengan menggunakan
pembilang EQ dan berasa seronok.
5.5

Refleksi Kajian
Semasa rawatan klinikal dilakukan, kami membuat senarai semak
pencapaian setiap murid sasaran untuk melihat perubahan peningkatan
mereka dari semasa ke semasa.
Jadual 3 : Pencapaian murid sasaran dalam rawatan klinikal
BIL

NAMA
MURID
(bukan nama
sebenar)

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11

AINI
RASUL
ARIF
AMIR
VASHAN
SIVA
HAFIZ
BILA
AFIQ
ZARITH
ASHRAF

25
MAC
0
50
0
70
50
50
40
70
70
70
50

26
MAC
10
40
10
50
50
50
40
70
70
70
50

PENCAPAIAN (markah dalam %)


27
29
01
02
MAC
MAC
APR
APR
20
20
10
20
60
50
50
50
20
20
0
20
70
60
60
60
50
60
50
60
60
60
50
40
50
60
40
40
70
70
70
70
80
100
70
80
60
70
60
80
60
70
50
60

03
APR
10
60
10
70
70
60
50
80
100
80
60

Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------Sekolah Rendah

04
APR
10
70
20
60
60
60
50
90
100
100
60

Jadual 3 di atas menunjukkan peratusan pencapaian murid sasaran


dalam masa rawatan klinikal dijalankan dari semasa ke semasa.
Kami berasa puas hati kerana terdapat perubahan dalam kalangan murid
sasaran ini, bukan sahaja perubahan dari segi pencapaian dan
penguasaan asas Matematik, malah perubahan dari segi tingkah laku
murid berkenaan. Tindakan yang dilaksanakan sungguh berkesan dalam
mengatasi masalah kajian. Hasil kajian menunjukkan perubahan kepada
murid-murid amat tinggi nilainya jika dibandingkan dengan kos
perbelanjaan yang digunakan dalam menyelesaikan kajian ini.
Perbandingan pencapaian murid dalam ujian Pra dan Pos adalah seperti
berikut:
Jadual 4 : Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pos
UJIAN PRA
UJIAN POS
SKALA
BIL
%
SKALA
BIL
Betul semua
0
0
Betul semua
4
Betul 7 9
0
0
Betul 7 9
4
Betul 3 6
0
0
Betul 3 6
1
Betul 1 3
7
64
Betul 1 3
2
Salah semua
4
36
Salah semua
0
Jumlah
11
100
Jumlah
11

%
37
37
9
17
0
100

Berdasarkan jadual di atas, kami dapati murid sasaran pada


awalnya tidak menguasai kemahiran ini akhirnya telah menguasainya. Ini
dapat dilihat dalam Ujian Pos, 11 orang murid tersebut telah dapat
menjawab dengan betul pada tahap maksima, kecuali dua orang masih
kekal pada tahap minima. Walau bagaimanapun, keseluruhan pencapaian
murid sasaran meningkat.
Pencapaian murid dalam Ujian Pra, rawatan klinikal (latihtubi),
dan Ujian Pos menunjukkan peningkatan. Ini dapat dilihat menerusi graf
pencapaian individu murid sasaran.
Graf 1 : Graf Pencapaian Individu
GRAF PENCAPAIAN MURID SASARAN
KAJIAN TINDAKAN MATEMATIK 2002

GRAF PENCAPAIAN MURID SASARAN


KAJIAN TINDAKAN MATEMATIK 2002
NAMA: AFIQ (bukan nama sebenar)

Markah di perolehi

100
90
80
70
60
50
40
30
20
10
0
PRA 25/3 26/3 27/3 29/3
0

50

50

60

60

01- 02- 03- 04POS


Apr Apr Apr Apr
50

40

60

60

100

100
90
80
70
60
50
40
30
20
10
0

Markah di perolehi

NAMA: SIVA (bukan nama se benar)

PRA 25/3 26/3 27/3 29/3


29

70

70

80

100

01- 02- 03- 04POS


Apr Apr Apr Apr
70

80

100 100 100

Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------Sekolah Rendah

Berdasarkan Graf 1 di atas, Siva (bukan nama sebenar), dalam Ujian Pra
murid ini langsung tidak menguasai kemahiran yang dikaji. Ianya bergerak
menunjukkan peningkatan sedikit dalam sesi rawatan seterusnya
menunjukkan peningkatan kemuncak pada ujian pos. Begitu juga graf
pencapaian individu Afiq (bukan nama sebenar).Pada Ujian Pra, murid ini
berjaya menjawab hanya 30%. Pencapaian ini meningkat dalam sesi
rawatan klinikal dan seterusnya pada Ujian Pos murid ini berjaya
mendapat 100%.
Daripada kajian yang dijalankan dapat dirumuskan bahawa ianya telah
menunjukkan keberkesanan. Kaedah ini menjadi suatu wacana kepada
murid-murid yang bermasalah dalam menguasai kemahiran ini.

6.0

Cadangan Kajian Seterusnya


Beberapa cadangan untuk kajian seterusnya adalah seperti berikut:
a)
mengguna pakai pembilang EQ sebaik sahaja guru mengajar kemahiran
yang sama ini pada murid-murid yang berbeza pada tahun hadapan.
b)
Memperbanyakkan lagi unsur-unsur warna dan kartun dalam kaedah atau
teknik pengajaran dan pembelajaran agar dapat menarik minat murid,
terutamanya murid-murid lemah sekaligus dapat menanam konsep
learning is fun dan mathematic is fun.
Hasil dari kajian yang dijalankan, kami dapati terdapat perubahan yang positif dari
segi amalan pengajaran dan pembelajaran guru dan amalan pembelajaran murid.
Semoga hasil kajian kami ini dapat dimanfaatkan dan menjadikan proses
pengajaran dan pembelajaran lebih menarik, berkesan dan menyeronokkan.
Akhir kata; adalah lebih baik jika EQ menguasai IQ daripada IQ mengatasi EQ.

BIBLIOGRAFI
Jamaliah Kamal (1994). Kesukaran Dalam Menyelesaikan Operasi Darab Di Kalangan
Murid-Murid Tahun III Di Sekolah Rendah. Johor Bahru : Jabatan Matematik Maktab
Perguruan Temenggong Ibrahim.
Jamaliah Tubah ( ). Guru Reflektif : Dimensi Baru Dalam Penyelidikan Tindakan. Kuala
Lumpur : Fakulti Pendidikan Universiti Malaya.
Kementerian Pendidikan Malaysia (1998). Huraian Sukatan Pelajaran Matematik (KBSR)
Tahun 3. Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia (1984). Kajian Pencapaian Matematik KBSR Tahap 1.
Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia.
Lakarani Lamadiangi (2002). Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan Matematik 1999
: Matematik Itu Mudah Satu Kajian Projek Klinik Matematik SMART. Kuala Lumpur :Pusat
Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------Sekolah Rendah

Mok Soon Sang (1986). Pengajian Matematik untuk Diploma Perguruan. Kuala Lumpur :
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Pusat Perkembangan Kurikulum (2002). Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan
Matematik 1999 mengharungi gelombang ketiga. Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan
Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------Sekolah Rendah

10

Anda mungkin juga menyukai