Anda di halaman 1dari 9

Penggunaan Teknologi Informasi dan Komunikasi (TIK) dalam

Kaunseling
Assalamualaikum, selamat sejahtera dan salam satu Malaysia…

Mungkin anda menantikan apa topik menarik hari ini..dalam era globalisasi ini, satu
perkataan yang tidak dapat dipisahkan adalah Teknologi Informasi dan Komunikasi (TIK)
atau perkataan sinonimnya iaitu ICT. Ya, hari ini kita akan bincang mengenai penggunaan
TIK dalam kaunseling. Selamat membaca

                        Kesan penggunaan TIK dalam perkhidmatan kaunseling


Apa maksud TIK sebenarnya?? Hmm..TIK merupakan perluasan daripada TI dengan
menggabungkan konsep Teknologi Komunikasi dalam Teknologi Informasi. Di sini, terdapat
beberapa contoh TIK, antaranya adalah seperti internet, emel, skype, chat danlive streaming
video.  Penggunaan TIK sememangnya semakin meluas dalam semua bidang termasuk juga
Kaunseling. TIK dapat membantu seseorang kaunselor untuk menjalankan sesi kaunseling
dengan lebih efektif.

Sumber: Google Image


Namun begitu, tidak dapat dinafikan juga bahawa terdapat isu-isu yang timbul. Antaranya
adalah seperti:

i) Isu Kerahsiaan dan Maklumat Klien tidak terjamin


Penggunaan teknologi maklumat seperti e-mel dan forum membantu kaunselor dan
memudahkan urusan klien membuat temu janji sesi kaunseling. Persetujuan termaklum dan
borang maklumat klien juga dapat dilakukan secara online terlebih dahulu sebelum kaunselor
menjalankan sesi kaunseling. Namun, kerahsiaan dan maklumat peribadi klien tidak terjamin
apabila terdapat segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab mengodam laman web ataupun
sistem komputer kaunselor tersebut. Keadaan ini akan menyebabkan rahsia dan  identiti
seseorang klien tersebut terbongkar.

ii) Isu Keberkesanan E-Kaunseling


Isu keberkesanan E-kaunseling ini akan berlaku apabila kaunselor menjalankan sesi
kaunseling secara online dengan klien. Hal ini kerana seseorang kaunselor tersebut tidak
dapat mengenalpasti dan mentaksirkan bahasa badan klien dalam E-kaunseling. Tambahan
itu, kaunselor tidak dapat menggunakan kemahiran kaunseling dengan sepenuhnya dalam
membantu klien kerana terdapat batasan dalam E-Kaunseling. Kaunselor hanya mendengar
permasalahan klien secara online. Jika klien tersebut menangis, kaunselor hanya mampu
memujuk dan tidak dapat berbuat apa-apa. Selain itu, perkhidmatan E-Kaunseling ini juga
kurang keberkesanannya berbanding dengan sesi kaunseling yang melibatkan kaunselor dan
klien secara bersemuka.

iii) Isu jaringan Internet


Isu jaringan internet biasa akan berlaku kepada klien yang berada di kawasan pendalaman.
Hal ini adalah disebabkan tiada lansung kemudahan Internet di kawasan tersebut ataupun
kurang maju. Keadaan ini menyebabkan klien tersebut tidak dapat menggunakan kemudahan
internet untuk membuat temu janji, penilaian psikologi dan sesi kaunseling dengan kaunselor
secara online. Jadi, bagi mereka yang memerlukan perkhidmatan kaunseling terpaksa datang
jauh ke kawasan bandar untuk berjumpa dengan kaunselor. Di sini, kita dapat lihat bahawa
penggunaan kemajuan teknologi dan maklumat dalam kaunseling ini terbatas kepada klien
yang tidak mempunyai kemudahan internet.

iv) Isu profesionalism


Perkembangan TIK ini membolehkan kaunselor mengendalikan sesi dengan klien
menggunakan tele-conference ataupun video call. Ramai kaunselor yang menawarkan
perkhidmatan kaunseling secara online kepada klien melalui laman web tertentu. Namun,
profesionalism kaunselor akan terjejas apabila ramai kaunselor yang tidak bertauliah dan
kurang kompetensi turut menggunakan perkhidmatan ini. Mereka tidak pernah menjalani
sebarang latihan kursus untuk menjadi seorang kaunselor yang bertauliah dalam menjalankan
kaunseling secara online. Tambahan pula, tiada pertubuhan khas yang bertanggungjawab
dalam memantau dan memastikan kualiti perkhidmatan kaunseling secara online ini. Justeru,
mereka berkemungkinan melanggar etika kaunselor dan melakukan kemudaratan kepada
klien melalui penggunaan teknologi maklumat tersebut.

v) Isu Perbezaan Budaya Klien

Sumber: Google Image

Kemajuan dalam teknologi maklumat ini memudahkan seseorang klien untuk mendapatkan
perkhidmatan kaunseling secara online dengan mana-mana kaunselor yang menjadi
pilihannya. Kaunselor juga berkemungkinan akan mengendalikan kaunseling dengan
pelbagai jenis populasi klien termasuklah klien antarabangsa dengan kemudahan forum, e-
mel, video call dan tele-conference. Keadaan ini boleh menimbulkan isu budaya dalam
kaunseling apabila melibatkan seorang kaunselor dengan klien yang berbeza latar belakang
dan budaya. Kaunselor yang tidak memahami dan mempelajari budaya seseorang klien akan
melakukan kemudaratan dan menimbulkan ketidakpuasan klien secara tidak lansung dalam
perkhidmatan kaunseling ini.

Sememangnya tidak dinafikan bahawa penggunaan TIK dalam kaunseling mengakibatkan


isu-isu tertentu. TETAPI penggunaan TIK memang sangat meluas dalam pelbagai karier.
Sebagai seorang kaunselor, kita juga seharusnya mengambil tahu berkenaan implikasi TIK
dalam prestasi kerja. Implikasi TIK boleh jadi positif mahupun negatif..Apa lagi? Jom kita
baca implikasi TIK dalam prestasi kerja..Hmm, yang mana satu??Positif la dulu..

Sumber: Google Image

Di sini, kita dapat melihat bahawa perkhidmatan kaunseling juga bergerak seiring dengan
kecanggihan TIK. Sejajar dengan kecanggihan tersebut terdapat beberapa perkhidmatan
kaunseling yang lebih moden telah diperkenalkan dan mula diaplikasikan oleh kaunselor-
kauselor di luar sana. Antara yang kita dapat lihat, perkhidmatan kaunseling yang semakin
dikenali bersesuaian dengan arus pemodenan pada masa  kini adalah seperti  khidmat
kaunseling menggunakan telefon, emel dan sidang video (videoconferencing).

Jika dilihat dari sudut positif terhadap khidmat kaunseling menerusi telefon misalnya,
seseorang kaunselor itu dapat bekerja dengan klien yang pelbagai latar belakang geografi dan
budaya. Bukan itu sahaja, kaunselor juga dapat mempertingkatkan kemahiran mendengar,
lebih peka terhadap perubahan nada suara dan sebarang perkara yang mungkin berlaku
kepada klien tersebut (Rosenfield, 1997, p. 101). Di samping itu, penggunaan TIK seperti
laman sesawang, CD-ROMs dan siaran langsung (live streaming) juga dapat membantu para
kaunselor yang mempraktikkan kaunseling silang budaya terutamanya, untuk lebih peka serta
memahami sensitiviti dan kepelbagaian budaya berdasarkan kajian yang dijalankan oleh
Jencius (dipetik daripada Harper dan Mcfadden, 2003, p. 360).
Menurut Sharar, Popovits dan Donohue (2010) telah menyenaraikan kelebihan bagi
mereka yang memilih perkhidmatan kaunseling ini. Antara kelebihannya adalah
perkhidmatan kaunseling dengan menggunakan TIK seperti telefon dapat mengurangkan
stigma ataupun rasa malu klien berbanding pergi ke ruang menunggu. Kelebihan kedua pula
adalah bagi pekerja yang mempunyai kesukaran untuk pergi ke pejabat kaunselor. Hal ini
terutamanya bagi mereka yang agak sibuk atau banyak komitmen di mana sukar untuk
meninggalkan pejabat kerana akan bergegas untuk kembali ke pejabat apabila terdapat
kesesakan lalu lintas misalnya jika melibatkan sesi kaunseling di luar organisasi. Selain itu,
sesetengah klien lebih gemar atau lebih terbuka untuk berkongsi jika tidak dikenali. Akhir
sekali, perkhidmatan kaunseling menggunakan TIK juga lebih fleksibel dalam penjadualan
atau penetapan temujanji sesi kaunseling.

Sumber: Google Image

 Walaupun aplikasi teknologi ini telah membuatkan kita melakukan kerja dengan mudah dan
lebih cepat, ia tidak bermakna kita akan menggunakan teknologi ini sepenuhnya. Semakin
kita menggunakan teknologi semakin banyak cabaran yang kita akan hadapi kerana kita tidak
boleh untuk mengawal perkembangan teknologi yang kian pesat membangun ini. Disini
terdapat beberapa implikasi negatif terhadap persembahan kerja.

Kerahsiaan dan keselamatan


Seperti yang kita tahu, kerahsiaan adalah sangat penting di dalam sesi kaunseling. Hal ini
untuk memastikan maklumat klien selamat dan dijaga dengan baik. Kadang-kadang
kerahsiaan dan keselamatan tersebut diluar kawalan seorang kaunselor. ramai orang
beranggapan bahawa apabila email telah dipadamkan, ia tidak akan muncul lagi dan tidak
boleh dapatkannya semula. Tetapi dengan kecanggihan teknologi masa kini, pihak lain boleh
menceroboh dan boleh mengakses segala aktiviti yang telah kita lakukan (Tyler & Sabela,
2003). Jadi, maklumat tersebut boleh disalahgunakan oleh pihak yang lain sebagai contoh
pengurus, programmer ataupun rakan sekerja. Kaunselor perlu sedar akan risiko ini apabila
menjalankan sesi menggunakan teknologi yang ada ini.
Tiada isyarat lisan dan bukan lisan
Apabila menggunakan teknologi ini, ia agak menyukarkan kaunselor untuk melihat dan
menilai isyarat secara lisan dan bukan lisan dari klien. Daripada isyarat ini kita akan dapat
tahu bagaimana emosi klien ketika itu dan dapat mengenalpasti perbezaan dan keselarasan
antara lisan dan bukan lisan yang disampaikan oleh klien. Isyarat seperti ini tidak akan dapat
dikesan kerana kebiasaannya kaunselor tidak dapat melihat keseluruhan badan dan
pergerakan klien tersebut. Teknologi tidak dapat menafsirkan isyarat yang diberikan oleh
klien. Contohnya ton suara, riak wajah, bahasa tubuh dan isyarat mata. Kaunselor tidak dapat
memberikan sepenuh perhatian  dan komitmen kepada klien dalam membantu klien
menyelesaikan isu yang klien hadapi. Kaunselor tidak dapat menjalan sesi dengan berkesan
dan emosi klien mungkin terganggu dan secara tidak langsung akan mengganggu prestasi
kerja klien.

Kesukaran dalam teknologi


Sekiranya kaunselor dan klien kurang pengetahuan tentang teknologi, ia akan menyebabkan
kesukaran bagi mereka untuk berinteraksi antara satu sama lain. Kedua-duanya harus tahu
cara penggunaan teknologi yang betul dan perlulah mahir.  Contoh, sekiranya komunikasi ini
melibatkan untuk memasang  dan belajar tentang Software danhardware, dan klien tidak
mahir dalam mengendalikannya ia mungkin akan menyebabkan sesi tersebut terganggu dan
akan menambahkan tekanan kepada klien. Biasanya perkara sebegini terjadi kepada pekrja
bawahan yang tidak didedahkan dengan pengetahuan IT. Kaunselor seharusnya juga
mempunyai pengetahuan tentang mengendalikan teknologi dengan cepat dan berkesan. Jadi
klien tidak akan memandang rendah kepada kemampuan atau kredibiliti seseorang kaunselor
tersebut.

Sebagai seorang kaunselor, apa kita perlu buat untuk mengatasinya???Apa peranan
kita ye??Hmm..Mari kita baca ini

Kaunselor merupakan individu yang memainkan peranan yang penting dalam


mengaplikasikan teknologi dalam kaunseling. Kaunselor bertanggungjawab untuk
memastikan hubungan dengan klien sentiasa terjaga berdasarkan etika-etika kaunseling.
Hubungan diantara kaunselor dan klien adalah perkara yang perlu dititikberatkan walaupun
dalam TIK.

Peranan utama kaunselor adalah memastikan diri kaunselor dan klien sentiasa berada
dalam undang-undang dan peraturan semasa dengan membuat semakan dengan
lembaga perlesenan. Ini adalah bagi memudahkan kaunselor dan klien untuk sentiasa berada
di bawah perlindungan undang-undang yang telah ditetapkan. Kaunselor perlu memaklumkan
kepada klien tentang kod etika yang berkaitan bagi membimbing klien dalam penggunaan
internet kaunseling.
Kaunselor juga perlu membantu klien dalam memilih, menilai, dan menggunakan
aplikasi TIK. Kaunselor perlu memainkan peranan sebagai pembuka jalan kepada klien
untuk mendapatkan faedah daripada TIK. Misalnya, dengan memberi pengetahuan kepada
klien tentang kebaikan dan keburukan TIK. Dengan cara itu, klien akan sedar tentang
kepentingan teknologi dalam kaunseling. 

Selain itu, kaunselor juga perlu mengenalpasti keperluan klien. Kaunselor seharusnya


menentukan sama ada klien adalah daripada golongan minor, dengan itu kaunselor perlu
memaklumkan kepada waris atau penjaga klien. Kaunselor juga perlu memastikan klien
faham terhadap sesi yang dijalankan. Contohnya dengan membuat penilaian tentang perkara
yang diperlukan oleh klien. Dengan cara tersebut klien akan menyedari perkara yang perlu
dan tidak perlu untuk beliau lakukan.

Selain memberi pengetahuan kepada klien, kaunselor bertanggungjawab untukmemberi


motivasi dan bantuan kepada klien dalam memproses data. Kaunselor boleh mengawal
penggunaan sosial media bagi klien juga. Contohnya, kaunselor meminta klien untuk
membaca artikel yang berkaitan dengan tentang isu klien yang telah dihantar oleh kaunselor
ke laman sosial klien. Kaunselor seharusnya memberikan galakan dan semangat kepada klien
untuk menunjukkan prestasi yang lebih baik dalam sesebuah penilaian.

Kaunselor juga perlu menyediakan panduan bertulis untuk sosial media dan borang
persetujuan yang perlu ditandatangan oleh klien. Sebagai salah satu daripada proses
dalam kaunseling, kaunselor perlu memaklumkan kepada klien risiko yang bakal timbul
dalam sesi kaunseling dan memerlukan persetujuan daripada klien sebelum sesi dijalankan.
Klien juga perlu mengetahui akan batas-batas hubungan dengan kaunselor serta memahami
tanggungjawab klien sepanjang sesi. 

Sebagai seorang kaunselor, memiliki akaun media sosial merupakan satu kelebihan untuk
kaunselor lebih aktif bagi mempromosikan kaunseling. Namun, kaunselor
perlulahmengasingkan di antara akaun media sosial peribadi dan profesional. Hal ini
adalah bertujuan untuk menjaga hubungan dengan klien. Kaunselor perlu menyediakan akaun
profesional sebagai menjaga hubungan dengan klien dan mengekalkan hubungan profesional
tersebut. 

Di samping itu, kaunselor juga perlu memahami budaya laman sosial klien. Ini kerana
terdapat klien yang tidak pernah tahu tentang TIK atau laman sosial. Kaunselor juga perlu
peka dan sedar bahawa ada di antara klien merupakan golongan minoriti, perbezaan bahasa,
dan perbezaan budaya.  
Mungkin kita tertanya-tanya bagaimana nak gunakan TIK dalam
kaunseling..Bagaimana proses kaunseling..dan adakah berbeza proses kaunseling
individu dengan TIK dalam kaunseling??
Kita boleh lihat perbezaan melalui jadual ini:
Kaunseling Individu TIK dalam Kaunseling
a)      Membina hubungan a)      Membina hubungan
b)      Memerlukan penilaian b)      Memerlukan penilaian
c)      Menentukan Objektif c)      Intervensi
d)     Intervensi
e)     Memindahkan dan mengamalkan kemahiran
baru
f)       Penamatan dengan penilaian

Sumber: Google Image


a)      Membina hubungan
Membina hubungan merupakan tahap yang penting dalam sesi kaunseling kerana hubungan
yang baik akan membawa sesi kaunseling yang lebih efektif. Ada juga kaunselor
menggunakan TIK untuk membina hubungan dalam sesi kaunseling. Sebagai contoh, mereka
menggunakan Nintendo video games untuk membina hubungan dalam sesi kaunseling
melalui beberapa cara.

b)     Memerlukan penilaian

Sumber: Google Image


Penerokaan yang baik akan menentukan kesungguhan klien untuk menghadiri sesi
kaunseling. Jika kaunselor tidak meneroka dengan baik, kemungkinan klien tidak akan
meneruskan sesi kaunseling. Bagaimana TIK dapat membantu kaunselor untuk meneroka sesi
kaunseling? Kaunselor menggunakan perisian kumputer untuk mengetahui keperluan klien.
Contohnya, di Stratford, kaunselor menggunakan perisian ini untuk mengetahui pergantungan
klien terhadap kaunselor, ketakutan, halangan dan sebagainya.

c)      Intervensi

Sumber: Google Image


Intervensi yang betul dapat menyelesaikan isu klien dengan lebih efektif. Misalnya, jika klien
keliru dengan pekerjaan yang dilakukan, kaunselor dapat membantu klien untuk melakukan
penilaian dan menggunakan perisian yang ada untuk menunjukkan klien mengenai pekerjaan
yang sesuai dengan diri mereka. Dengan menggunakan internet juga, kaunselor dapat
memberi maklumat yang diperlukan oleh klien yang tidak dapat melakukan sesi kaunseling
secara bersemuka.

Selepas memahami TIK dalam kaunseling mesti anda ingin ketahui berkenaan contoh-
contoh TIK dalam kaunseling kan? Apa lagi?Mari kita baca…

Bila bercakap pasal perkambangan teknologi dalam kaunseling, Hummm.. mungkin


dah ada yang tahu dan mungkin ada yang belum tahu..Jadi, di sini tertariklah untuk kami buat
perkongsian mengenai teknologi bagaimana nak kembangkan IT dalam kaunseling ni..seperti
yang kita ketahui pada masa kini dunia penuh dengan plbagai jenis teknologi. Sebenarnya,
semuanya boleh untuk kita gunakan dalam kaunseling…hah!!! yang paling terdekat iaitu
telefon juga sudah dikira sebagai teknologi untuk menghubungkan kaunselor dan klien…
walaupun kita belajar mengenai kaunseling yang penuh dengan etika kerahsiaan dan limitasi
hubungan kaunselor dan klien, namun dalam hal-hal yang dikira kecemasan yang menganggu
masalah klien, maka kaunselor bolehlah membuat sesi melalui telefon..dan juga kita boleh
kaitkan dengan email, wassap, mesej biasa, serta  facebook..yup!! semua itu adalah satu
perkembangan IT dalam kaunseling…seperti pengalaman kami sebagai klien,kami pernah
buat sesi dengan kaunselor berdaftar di alam maya(chat facebook) untuk berkongsi masalah
kami disebabkan pada waktu itu kami tidak dapat hendak menjalankan sesi secara
bersemuka…memang tidak dinafikan pada awalnya itu macam tidak percaya hendak kongsi-
kongsi ni walaupun kami daripada pelajar kaunseling..tetapi yang menarik itu bila kaunselor
terangkan mengenai etika yang meyakinkan kami untuk berkongsi dengan beliau…

Jadi…..untuk kami tidak salah menggunakan sistem teknologi sebagai penghubung antara
kaunselor klien..malah kadang-kadang tidak payah buat temujanji untuk buat sesi pun kita
sudah boleh kongsi masalah dengan kaunselor..hah!!!nak menarik lagi..nak?? Nampakeye
contact, tingkah laku  antara kaunselor-klien, boleh juga gunakan
sistem webcammacam skype ke, video call ke..kan sekarang dah canggih..dalam we chat pon
dah adevideo call…Jadi, bolehlah kan hubungi klien macam dalam sesi sebab nampak apa
yang klien buat…seronok juga guna aplikasi teknologi ni dalam kaunseling..Cuma tidak
boleh melampaui batas lah..kalau boleh biarlah untuk keperluan yang tidak melanggar
limitasi kaunselor klien…berbalik kepada klien yang malu hendak perkenalkan diri pada
permulaannya, mungkin boleh turut serta penilaian (assessment) dan inventori-inventori
secara online yang berkaitan dengan personaliti kerjaya, mengenai kemurungan
misalnya..semuanya boleh kita buat dalam online internet dan akan buat sesi seterusnya
melalui email untuk mengetahui lebih lanjut masalah klien tu..so..bes jugakkan cara yang
mudah macam ni..tapi semua ni berbalik kepada tanggungjawab dan kebajikan kaunselor
untuk menjaga rahsia klien..ingat!!!etika tetap perlu jaga juga…jangan hilangkan
kepercayaan klien..letakkan prinsip mahu bantu orang..bukan jaja cerita orang…hihihi…ok…
bye!!

Anda mungkin juga menyukai