Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL

LADANG SUNGAI CHOH

KERTAS KERJA
PROGRAM
RISE & SHINE

ANJURAN

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING


&
UNIT KURIKULUM

1.0 LATAR BELAKANG

Tahap pencapaian UPSR SJK T Ladang Sungai Choh dalam jangka masa 5
tahun ini masih tidak dapat mencecah 60%. Oleh itu, suatu insentif perlu
dilakukan dengan segera. Usaha tersebut harus menjadikan sebagai satu
proses yang berterusan bagi membantu meningkatkan peratus kelulusan UPSR.
Budaya membaca membolehkan pemikiran seseorang itu berkembang dan
mempunyai imiginasi yang lebih tinggi untuk bercakap dan mengeluarkan pendapat
berbanding dengan orang yang kurang membaca atau buta huruf. Namun begitu, di
Negara kita,pada masa kini masih bergelut dengan kelembapan budaya membaca
dalam kalangan masyarakat . Seharusnya,amalan ini perlu dipupuk sejak kecil lagi
bagi melahirkan masyarakat yang suka membaca. Untuk membudayakan amalan
membaca, semua pihak termasuk kerajaan,swasta,pertubuhan bukan kerajaan, dan
orang ramai perlu memainkan peranan masing-masing.
Program Rise & Shine adalah dirancang bagi menanam tabiat membaca
dalam kalangan murid cemerlang mahupun membantu murid-murid yang
mempunyai masalah pembelajaran. Bagi memastikan semua murid yang mengikuti
Program Rise & Shine dapat menguasai asas literasi dengan baik dan dapat
mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam situasi pembelajaran. Selain itu,
program ini juga akan menyumbang untuk meningkatkan peratus lulus UPSR SJK T
Ladang Sungai Choh.

2.0 OBJEKTIF
Antara objektif Program Rise & Shine yang dicadangkan ini adalah berdasarkan
kepada objektif berikut :
i. Murid bertambah minat untuk membaca buku
ii. Membentuk keyakinan diri murid menggunakan Bahasa Tamil, Bahasa
Malaysia dan Bahasa Inggeris dalam kehidupan harian .
iii. Menambah penguasaan kemahiran membaca murid.
iv. Kadar kehadiran murid ke sekolah akan bertambah.
v. Penglibatan aktif PIBG, alumni SJKT Ladang Sungai Choh dan Pertubuhan
bukan kerajaa dalam Program Rise & Shine anjuran pihak sekolah.
vi. Menjadikan amalan membaca sebagai satu budaya.

3.0 KUMPULAN SASARAN

Program ini adalah mensasarkan kepada semua murid SJKT Ladang Sungai
Choh termasuk murid yang menghadapi masalah pembelajaran dari pra sekolah
hingga tahun 6.

2
4.0 ANGGARAN PENERIMAAN DAN PERBELANJAAN

PERKARA KUANTITI JUMLAH CATATAN


Sijil Pencapaian Murid 1 Rim X RM 48.00 RM 48.00 Peruntukan TS25
Hadiah Murid Rm 252.00 Peruntukan TS25
JUMLAH RM 300.00

5.0 STRATEGI PELAKSANAAN

Murid-murid akan membaca buku/ modul ditetapkan kepada guru ataupun


alumni sepanjang waktu persekolahan.

Guru dan Alumni akan merekod pencapaian mereka dalam borang yang
disediakan
.
Selepas seseorang murid menghabiskan modul yang dibekalkan mereka akan
dihantar untuk proses penyemakan semula oleh Kaunselor dan PK1.

Panel Penyemakan akan melorekkan bahagian Hijau ataupun Merah yang


terdapat dalam borang tersebut. Lorekkan Hijau bagi murid yang sudah
mencapai sasaran manakala Lorekkan Merah pula adalah bagi murid yang
tidak mencapai sasaran dan perlu mengulagi pembacaan sehingga mencapai
target.

Guru-guru perlu membuat lorekkan dalam graf yang disediakan mengikut


Keputusan Pencapaian oleh panel penilaian. Graf ini disediakan bagi tujuan
pemantauan pihak pentadbir dan PPD
Guru-guru yang telah mencapai sasaran 75% dan keatas akan mendapat
hadiah keberhasilan dan sijil penghargaan daripada pihak pentadbir

.
Murid-murid yang telah mencapai sasaran akan mendapat hadiah dan sijil
pencapaian bagi setiap bahasa.

3
Rekod analisa pembacaan seterusnya akan diberikan kepada guru kelas
tahun 2020.

Berikut merupakan jawatankuasa bagi Program Rise & Shine 2019

PENGERUSI
Pn. Jeyanthy
Guru Besar

NAIB PENGERUSI
Pn.Santhi
(Guru Pen. Kanan 1)

KETUA PROJEK
Cik.Megalaa
(Guru Bimbingan dan Kaunseling)

AJK
Guru Bahasa Malaysia
En. Manivannan
Pn. Mallamah
Pn. Yasotha
En. Kirubananthan
Pn.Kalaivani
Guru Bahasa Inggeris
En. Siva
Pn. Ronekiam
Pn. Selvarani

Guru Bahasa Tamil


Pn. Selvamani
Pn. AmuthaSuriya
Pn. Maykala
Pn.Papathy
Pn.Santhi

4
Pn. Magaswary
Pn. Kanagam
Pn. Vanaja
Pn.Thilaka
Pn. Allyamalar
Pn. Yasotha
Pn.Devi

Alumi SJKTLSC
Cik. Shalini
Cik. Raashini

6.0 PENUTUP

Adalah diharapkan melalui program yang dirancang ini bakal melahirkan murid yang
mempunyai dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi.Selain itu diharapkan
penguasaan kosa kata murid dapat ditingkatkan dan dapat mengaplikasikan
pengetahuan tersebut dalam situasi pembelajaran. Pihak jawatankuasa dengan
seberapa daya merancang dan berusaha untuk merealisasikannya.
.
DISEDIAKAN OLEH;

...............................................
Cik. S.Megalaa
Guru Bimbingan dan Kaunseling

DISAHKAN OLEH;

……………………………………..
Pn. Jeyanthy
Guru Besar,
SJKT Ladang Sungai Chohi

Anda mungkin juga menyukai