Anda di halaman 1dari 3

Dalam percakapan, kita harus :

Bercakap tentang perkara yang penting dahulu. Hal ini kerana perkara
yang penting itu mungkin mendatangkan kesan yang mendalam kepada
seseorang.

Menilai perkara yang hendak dikomunikasikan sebelum bercakap.


Walaupun kita mempunyai banyak pandangan dan perasaan yang hendak
diluahkan, tetapi kita perlu sedar bahawa bukan semua yang ingin kita
cakapkan itu adalah penting. Hai ini kerana keterpaksaan dia mendengar
sebaliknya akan menjana kebenciannya kepada kita, padahal tujuan
percakapan kita adalah untuk membina perhubungan yang baik.

Tidak mencelah percakapan orang lain. Hal ini demikian kerana sekali kita
mencelah, panjang pula kita menyambung huraiannya, sehingga tuan asal
pemilik percakapan tersekat dan ternganga serta tidak dapat
menyempurnakan percakapannya. Biarlah mencelah kita itu mencelah yang
pendek sekadar untuk menyatakan sokongan atau persetujuan, bukannya
untuk merampas giliran pemilik percakapan itu untuk bercakap.

Tidak mengulang perkara yang sama berulang kali. Kita mungkin


mempunyai tujuan yang baik supaya pendengar tersebut mengambil serius
perkara itu, namun bagi sesetengah orang, dia mungkin boleh mentafsirkan
secara silap bahawa orang yang mengulang itu memandangnya sebagai
berkemampuan minda yang rendah sehingga terpaksa diulang-ulang supaya
faham. Demikian juga dengan pujian. Pujian yang berlebihan akan
menimbulkan salah tafsiran pada pihak penerima sehingga mewujudkan
kebencian dan melunturkan kemesraan.

KULIAH 6
KESANTUNAN VERBAL DAN NON-VERBAL

Kesantunan verbal ialah komunikasi seharian dengan menggunakan bahasa


secara sopan dan beradab
Aspek-aspek kesantunan verbal
1. Cara sapaan lisan/bertulis dengan bahasa Melayu dengan sopan santun
dan tidak biadap
2. Kehalusan budi bahasa dalam menggunakan bahasa
3. Sistem sapaan dan panggilan tersendiri
4. Mempunyai ciri-ciri tertentu.Penggunaan kosa kata diberi perhatian khusus
agar sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur dan keakraban hubungan
5. Termasuk juga bahasa istana seperti berangkat, bersiram dan bercemar
duli.
6. Sistem panggilan kekeluargaan
7. Gelaran Pergaulan Tak bersahaja ( formal )
8. Gelaran warisan
9. Gelaran kurniaan
Kesantunan non verbal ialah kumunikasi bahasa tanpa kata-kata atau
menggunakan bahasa tubuh secara sopan dan tidak biadap.
Bahasa tubuh dirujuk kepada proses menyampaikan mesej melalui isyarat,
ekspresi wajah, pandangan mata, sentuhan dan gerakan tubuh.
Aspek-aspek kesantunan non-verbal
1. Gerakan anggota badan seperti isyarat gerakan tangan, isyawat air muka
dan bahasa tubuh
2. Gerakan mata
3. Gerakan tangan
4. Mimik Muka
TUTORIAL 6
SIMULASI YANG MENUNJUKKAN AMALAN KESANTUNAN VERBAL DAN NON
VERBAL
Contoh kesantunan Verbal
i. bertanya khabar atau memberi salam apabila bertemu dengan kawan.
Sebagai contoh " apa khabar", "assalamualaikum", "Sila duduk"
ii. panggilan kekeluargaan atau panggilan berdasarkan usia:
"pakcik--untuk lelaki yang agak sebaya dengan ayah sendiri"
"makcik--untuk wanita yang sebaya dengan emak sendiri"
" kakak--untuk wanita yang tidak setua emak sendiri dan tidak semuda

sendiri"
"pak long, pak ngah, Mak su, kak long, mak mentua"
iii. Gelaran formal seperti " tuan", "encik". "saudara"
Contoh kesantunan nonverbal
i. gerakan mata

mata yang bergerak sana sini menunjukkan tidak berminat

mata berkelip lebih laju daripada biasa menunjukkan dia berdusta

ii. gerakan tangan

jari telunjuk diletakkan di depan mulut yang bermakna tolong diam

huruf "v" dengan jari yang menunjukkan keamanan

iii. mimik muka

berkedut dahi menunjukkan dia tidak kesabaran dengan orang lain

Anda mungkin juga menyukai