Anda di halaman 1dari 4

No rujukan : ………………

Sekolah Kebangsaan Telok Bakong


32900 Lambor Kanan
Perak Darul Ridzuan

Yang Berusaha,
Encik Ibrahim bin Pardi

KERTAS KERJA SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 2021

1.0 PENGENALAN
Hari Kebangsaan disambut di seluruh negara pada setiap 31 Ogos setiap tahun sebagai tanda
negara bebas daripada belenggu penjajahan sejak 1511. Hari Kebangsaan disambut secara besar-
besaran bertujuan untuk memperingati detik bersejarah negara kita mencapai kemerdekaan. Pada 31
Ogos ini, negara kita akan menyambut ulangtahun hari kemerdekaan yang ke-65. Manakala pada 16
September pula adalah Hari Malaysia bersempena simbolik dan peringatan bagi penubuhan
Persekutan Malaysia. Oleh itu, meskipun negara masih dalam pandemik Covid-19, namun ia tidak
menghalang agar sambutan bulan kebangsaan yang diadakan di peringkat sekolah ini adalah satu
usaha untuk memupuk semangat patriotik dalam jiwa pelajar agar sentiasa sayang dan cinta akan
negara serta berusaha untuk mengekalkan kemerdekaan yang telah kita capai pada hari ini.

2.0 OBJEKTIF
 Memupuk dan menyemarakkan semangat patriotisme di dalam jiwa murid-murid sekolah
supaya terus kekal sehingga remaja dan dewasa.
 Mencetuskan dan menyemarakkan perasaan, suasana dan semangat kemerdekaan.
 Menyediakan ruang agar murid-murid menggunakan kreativiti mereka semasa menjalankan
kempen ini.
 Mengeratkan lagi kasih sayang dalam keluarga semasa melakukan aktiviti yang
dipertandingkan.

3.0 ANJURAN
Unit Kokurikulum dengan kerjasama Panitia Sejarah SK Telok Bakong

4.0  KUMPULAN SASARAN

Semua murid Sk Telok Bakong


4.0 BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM.
4.1 – Tarikh pelaksanaan program 13 hingga 31 Ogos 2021.
4.2 – Bertempat di rumah masing-masing.
4.3 – Aktiviti diadili melalui penilaian rakaman video dan gambar.
4.4 – Jadual pelaksanaan aktiviti:

13/8/2021 - Penyelaras program membuat penerangan dan penjelasan


kepada semua ibu bapa dan penjaga secara maya dengan
menggunakan medium whatssap.
14/8/2021- 31/0/2021 - Pertandingan bermula secara online.Antara pertandingan yang
berakhir 31/8/2021
22/9/2021 - Majlis Penutup
- Pengumuman pemenang bagi setiap acara melalui medium
aplikasi Whatapps

5.0  JAWATANKUASA  KERJA

JAWATANKUASA INDUK

 Penasihat : En. Ibrahim B. Pardi ( GB )


 Pengerusi : En. Dzulkifli B. Abd Jalil ( PK1 )
 N.Pengerusi I : En. Radzuan B.Abd Hamid ( PK HEM )
 N.Pengerusi II : En. Syamizar B.Abd Hamid ( PK KOKU )

 Penyelaras / Setiausaha Program : Pn Ummi Atikah Hanum Bt Arshad


 Siaraya /promosi : Pn Ummi Atikah Hanum Bt Arshad
 Hadiah Murid : Pn Noorazlina Bt Youb Din
 Dokumentasi : Pn Ummi Atikah Hanum Bt Arshad
 Pengadil pertandingan :
: Pn Maimunah Megat
: Pentadbir
: Pn Noorazlina
6.0 IMPLIKASI KEWANGAN

6.1 Sumber Kewangan

BIL PERKARA JUMLAH


1. Bantuan Kewangan Panatia Sejarah RM 420.00

6.2 Anggaran Kewangan

BIL PERKARA KUANTITI HARGA JUMLAH


SEUNIT
1. 6 kategori pertandingan ;
1.1 – Nyanyian Patriotik Individu
1.2 – Potret Busana Kreatif
1.3 – Wajah Kreatif Merdeka
1.4 – Tarian Kebudayaan Intan Payung
1.5 – Poster Merdeka 2021
1.6 – Syair/ Sajak Anak Merdeka

Hadiah Alat Tulis


I. A4 Document Case 24 Set RM5.00 RM120.00
II. Stabilo 2B Pencil Set 18 Set RM 8.00 RM144.00
III. Pencil Box 18 Set RM 5.00 RM90.00
IV. Ruler 12’’ 24 Set RM 2.00 RM48.00
V. Nikki 2B Pencil 6 Set RM 3.00 RM18.00

Jumlah Keseluruhan RM 420.00


12.0  PENUTUP

Diharap Majlis Sambutan Bulan Kebangsaan Tahun 2021 di peringkat sekolah yang diadakan secara
ringkas walaupun secara luar talian ini dapat menyemarakkan semangat cintakan negara dan menghargai
erti kemerdekaan meskipun negara masih dalam pandemik Covid-19. Murid-murid akan lebih bersyukur
dan menghargai pengorbanan pejuang tanah air tercinta di samping bersyukur berada di negara Malaysia
yang aman makmur. Semoga aktiviti–aktiviti yang dijalankan dapat memupuk murid-murid supaya berjiwa
patriotik yang sayang serta cinta akan negara, bangsa, sekolah dan diri sendiri..

13.0 PENGESAHAN

Disediakan oleh:         Disemak oleh:

………………............................................ ……………...........................…….....
( UMMI ATIKAH HANUM BT ARSHAD ) ( DZULKIFLI B. ABD JALIL )
Penyelaras Program Ketua Panitia Sejarah
SK Telok Bakong SK Telok Bakong
Tarikh: Tarikh:

Anda mungkin juga menyukai