Anda di halaman 1dari 13

Forum Bicara Ad Din 2019 JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRA…

1.0 MUQADDIMAH

Sabda Rasulullah s.a.w “ buat baiklah kepada kedua ibu bapamu, nescaya
anak-anakmu akan berbuat baik kepadamu”. Ajaran yang cukup indah bagi mengukuhkan
institusi keluarga. Namun timbul pula ukuran baik yang dituntut oleh Islam yang patut
menjadi amalan anak-anak kepada kedua ibubapa. Apakah sekadar mengucap salam,
bercakap dengan lemah lembut sudah dianggap baik ?. Atau menghulurkan bantuan wang
ringgit kepada ibubapa dianggap baik dan sesuai dengan tuntutan nabi.

Memang berbuat baik adalah sesuatu yang realitif bagi generasi moden hari ini yang
lebih banyak terdedah kepada adab dan tatasusila global, mengenepikan tatasusila
‘tradisional’ yang menjadi amalan masyarakat dahulu. Apabila kedaan berubah , anak-anak
muda yang kurang akhlak dan adabnya menjadi keluarga muda , suasana peradaban
kekeluargaan akan turut berubah.

Inilah hakikatnya yang kita sedang lalui kini. Pahala dan dosa dipermainkan. Anak-
anak ‘terbiasa’ biadap dengan kedua ibubapa, tanpa segan silu mengingkari arahan mereka.
Bijak mencari alasan untuk lari dari kepungan ibubapa di rumah. Akhirnya mereka menjadi
liar, sampah masyarakat seterusnya terlibat dengan pelbagai gejala tidak sihat yang
meruntuhkan tamadun sebuah bangsa yang berdaulat. Lebih menyayat hati, dek kerana
kerakusan nafsu buas muda mudi lahirlah anak-anak yang tidak berdosa. Natijahnya anak-
anak ini dibuang di dalam tong sampah, sungai dan jika tidak bernasib baik mereka akan
menjadi ‘habuan’ anjing yang kelaparan.

Untuk mengembalikan anak-anak yang terbiasa melanggar perintah ibubapa ,


terbiasa melanggar perintah Allah, terkepung dalam dosa bukanlah kerja yang mudah.
Bukan mudah untuk mengembalikan “mat rempit’ ke laluan yang sepatutnya. Bukan mudah
menyedarkan anak-anak melepak kepada menggunakan masa dengan baik. Bukan mudah
untuk merasionalkan anak-anak yang ponteng ke sekolah. Bukan mudah untuk
menyedarkan anak-anak mengenai bahaya merokok dan dadah. Ini semua adalah cabaran
berat dan besar kepada umat Islam yang rasional dan hidup jiwanya. Tidak mudah
menyedarkan mereka. Ini semua adalah bahana kepada kebiasaan ‘mempermainkan’ dosa-
dosa kecil dan besar dalam kehidupan harian anak-anak.

Jesteru, Panitia Pendidikan Islam SMK Darulaman Heights 1 berganding bahu


bersama sama Lembaga Zakat Negeri Kedah serta Persatuan Ibubapa dan Guru ( PIBG )
untuk menganjurkan Program Bicara Ad Din bagi merealisasikan usaha murni ini. Mudah-
mudahan program ini akan menjadi pemangkin untuk melahirkan generasi yang beriman
dan bertaqwa selaras dengan hasrat kerajaan.

Nama Program : Karnival Ad- Din

Forum Bicara Ad Din 2019 JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRA…


Penganjur : Panitia Pendidikan Islam & PIBG SMK Darulaman Heights 1

Tarikh Perlaksanaan : Khamis 2 Mei 2019


Masa : 8.00 pagi hingga 11.30 malam

Tempat : Dataran Ilmu SMK Darulaman Heights 1


Sasaran : Pelajar pelajar SMKDH1, waris dan komuniti setempat.

2.0: MATLAMAT
2.1: Memberi kesedaran tentang peranan dan cabaran yang perlu dihadapi
sebagai anggota masyarakat Islam.

3.0: OBJEKTIF
3.1: Memupuk semangat kerjasama antara warga Lembaga Zakat Negeri Kedah
SMKDH1 dan masyarakat setempat.
3.2 Memberi kesedaran terhadap tanggungjawab menunaikan zakat
3.2: Memberi kesedaran terhadap tanggungjawab menjadi manusia berilmu dan
peranan yang harus dimainkan.
3.4: Melahirkan remaja Islam yang sihat dan cerdas akal fikiran
3.5: Memberi kesedaran untuk bersama-sama memainkan peranan dalam
menghadapi gejala sosial di dalam masyarakat yang semakin parah.

4.0: PERSONALIA
4.1 Lembaga Zakat Negeri Kedah
4.2 Panitia Pendidikan Islam SMK Darulaman Heights 1
4.3 Persatuan Ibubapa dan Guru ( PIBG )
5.0 TEMA
Kearah Melahirkan Generasi Ulul Albab
6.0 PENGISIAN
Sila rujuk lampiran A
7.0 : AHLI JAWATAN KUASA / ANGGARAN BELANJAWAN
Sila rujuk lampiran B dan C

8.0 PENUTUP

Forum Bicara Ad Din 2019 JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRA…


Pernahkah kita terlintas bahawa kitalah pelakon yang sedang beraksi di pentas
dunia. Kita menangis, ketawa, gembira, berduka dan gelisah sehingga tiba saatnya , kita
menjadi kaku tanpa apa-apa aksi. Selagi kita bernafas, kita terus berlari dan merencahi
perjalanan dengan watak yang kita sendiri menjadi penulis skrip, pengarah, penerbit serta
pelakonnya.
Perkampungan dunia hanya sebuah persinggahan sebelum kembali ke daerah
akhirat yang kekal abadi. Kita bercucuk tanam dengan bekal amalan untuk perjalanan jauh
yang bakal diredahi liku ranjaunya. Dalam perjalanan itu, kita ditujah ujian dari yang Yang
Maha Pencipta sebagai tiket menginap di syurganya yang kekal abadi. Ujiannya bersifat
pelbagai. Ada susah , ada senang, ada derita dan ada kebahagiaan. Pelbagai rencah yang
mengharungi kita setiap masa. Tuhan memberi kita dua panduan untuk dirujuki iaitu Al-
Qur’an dan Sunnah. Hanya keduanya yang dapat memimpin kita menjadi pelakon yang
mengutip skrip dari Allah Yang Maha Berkuasa.
Dan bagi insan yang alpa dan leka, kehidupan akhirat ibarat sandiwara dan dunia
menjadi syurga. Kehidupan diterkam dengan rakus dan bebas tiada batasan. Mereka
merompak anugerah Allah dengan perbuatan maksiat dan perlakuan yang zalim. Malah
mereka tidak malu lagi mengaku diri lebih hebat dari Tuhan Pencipta. Nah !. Selamat
bertemu dengan Malik Zabaniah yang bakal merungkai segala kesombongan dan kejahatan
yang dilakonkan semasa hidup.
Renungilah masa depan kita yang belum pasti jalan penghujungnya. Keraplah
mengalirkan air mata kerana selalu berbuat dosa sebelum terlambat. Setitik air mata di
dunia kerana takut pada kemurkaan tuhan lebih berharga daripada sekawah air mata di
akhirat yang tidak memberi sebarang erti lagi. Hari esok kita yang masih ada , semaikanlah
anak anak kita dengan baja iman dan taqwa agar terjamin kehidupan di dunia dan akhirat.

Semoga program ini berjalan lancar dengan restu darinya. Jazakumullah kepada semua
yang terlibat .........Amin.

Lampiran A

Forum Bicara Ad Din 2019 JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRA…


JAWATANKUASA INDUK PROGRAM KARNIVAL AD-DIN

Penasihat : Tuan Sheikh Zakaria bin Othman


Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri K edah

En Azizi bin Ahmad


YDP PIBG SMK Darulaman Heights 1

Pengerusi : Pn Hjh Zaiton Bt Hashim


Pengetua SMK Darulaman Heights 1

Naib Pengerusi : Pn Nor Zamzila bt Ahmad


Penolong Kanan Pentadbiran SMK Darulaman Heights 1

Pn Nafishah bt Ali
Penolong Kanan HEM SMK Darulaman Heights 1

En Samsun bin Abd Rani


Penolong Kanan KoKurikulum SMK Darulaman Heights 1

En Redzan bin Ahmad


Penolong Kanan Pendidikan Khas

Penyelaras : En Samsun bin Abd Rani

Setiausaha : Mohd Zamree bin Razak

Penolong Setiausaha : Pn Nor Hasimah bt Ismail

Bendahari : Pn Nik Mu`minah bt Nik Shafii

Penolong Bendahari : Pn Salehah bt Abu Bakar

Ahli Jawatankuasa : Pn Rodzoh bt Hashim


Pn Noraida bt Abd Rahim
Pn Asni Isyanti bt Md Ismail
Pn Faezaratul Faeizah bt Isa

JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM FORUM BICARA AD DIN

Forum Bicara Ad Din 2019 JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRA…


Bil Jawatankuasa Spesifikasi Tugas

PENYELARAS : EN MOHAMAD HAFIZIN BIN HJ. SHAFIE

1 Urusetia  Perancangan, taklimat pembahagian tugas


 Pengurusan sekolah  Pemantauan dan penyelarasan
 Panitia Pendidikan Islam  Menubuhkan jawatankuasa kecil
 PIBG  Membuat anggaran perbelanjaan
 Lembaga Zakat Negeri Kedah  Bertindak sebagai tempat rujukan atau
mendapatkan maklumat menyeluruh
mengenai program yang dianjurkan
 Menguasai semua maklumat berkaitan
program

2 Sambutan dan Protokol  Mengurus aturan tempat duduk VVIP dan VIP
 Pengetua semasa program
 Penolong Penolong Kanan  Menunggu dan menyambut ketibaan VVIP dan
 Guru Guru Kanan VIP
 PIBG dan LZNK  Mengiringi VVIP dan VIP ke tempat program
 Bekerjasama dengan AJK yang terlibat.

3 Buku program  Mendapatkan maklumat tentang program


daripada pihak urusetia
 Cik Nasriyah bt Abu Bakar ( K )  Merancang,menyusun atur mengikut
 Cik Razilla bt Mohamed Hanifa keutamaan
 Pn Norizah bt Ahmad  Menyiapkan buku program seminggu sebelum
 Pn Nuha bt Ammeram majlis berlangsung.

4 Pengerusi majlis & Bacaan doa  Menyediakan teks pengacara majlis dan teks
 En Samsun bin Abd Rani doa yang berseuaian
 En Mohd Zamree bin Razak  Melatih pelajar membaca doa

5 Perhubungan dan Buku Pelawat  Menghantar surat kepada PDRM, TNB untuk
bantuan kawalan lalulintas dan tenaga
 Pn Rosliza bt Mohammad Amin elektrik simpanan.
 Pn Raqman bt Rais Ahmad  Menghubungi pihak Kedah FM dan Akhbar
untuk liputan dan hebahan
 Menghantar surat kepada Pejabat Daerah
Kubang Pasu dan JKR untuk pinjaman
khemah.
 Menghantar surat jemputan kepada VVIP,VIP
dan waris .
 Menguruskan Buku Pelawat untuk
ditandatangani oleh tetamu jemputan.

Bil Jawatankuasa Spesifikasi Tugas

Forum Bicara Ad Din 2019 JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRA…


PENYELARAS : EN KAMARUDDIN BIN AHMAD

6 Hadiah dan Cenderamata  Mengurus hadiah/cenderamata kepada tetamu


jemputan
 Pn Nik Mukminah bt Nik Shafii ( K )  Menyelaras susunan bersama pengacara majlis
 Pn Normazliza bt Zainon
 Pn Ku Aishah bt Ku Othman
 Pn Nur Fitriah bt Saaid

7 Jamuan Guru
 Melantik Jawatankuasa kecil
 Pn Salehah bt Abu Bakar ( K )  Membuat anggaran perbelanjaan
 Pn Norra bt Mohamad  Menguruskan tempat jamuan
 Pn Norhamiza bt Mat Isa  Membuat tempahan jamuan
 Pn Siti Aminah bt Zainul  Mengedarkan jamuan kepada waris
 Pn Ku Hasniza bt Ku Musa
 Pelajar

8 Jamuan VIP  Membuat anggaran kos dan menu


 Membuat tempahan makanan
 Pn Rusnah bt Zakaria ( K )  Menyediakan dan memastikan keperluan dan
 Pn Sharozat bt Abdul hiasan meja jamuan VVIP
 Pn Siti Aida bt Abd Rahim  Mengurusan perjalanan acara majlis sehingga
 Pelajar ERT selesai

9 Teknikal dan Siaraya  Mengurus PA System sebelum dan semasa


program Bicara Ad Din
 En Zulkifli bin Zainol ( K )  Memastikan PA System yang disewa
 En Hairul Nizam bin Omar mencukupi dan berada di dalam keadaan baik
 En Redzuan bin Mat untuk kelancaran majlis
 LZNK/BTPN  Menyediakan skrin untuk siaran langsung di
dewan terbuka

10 Program Motivasi / Global Game dan  Menyelaras Program bersama LZNK


Dokumentasi  Menyerahkan 5 set dokumentasi untuk pihak
urusetia.
 Pn Norhasimah bt Ismail ( K )
 Pn Rokiah bt Mat Jusoh
 Pn Nur Haslihah Husainah
 Guru-guru matapelajaran

Bil Jawatankuasa Spesifikasi Tugas

Forum Bicara Ad Din 2019 JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRA…


PENYELARAS : EN AMIR MOHD ADAM BIN ABDUL RAHMAN

11 Persiapan pentas

 Mohd Zamree bin Razak ( K )  Membuat anggaran kos


 Pn Rosida bt Rasib  Menyediakan cadangan hiasan pentas
 Pn Mashanim bt Mokhtarudin  Menyediakan hiasan pentas
 Pn Nor Bashanariah
 Pn Humaira Syadia bt Harun
 Pn Norizah bt Ahmad
 Pn Masyitah bt Md Desa

12 Persiapan tempat ( Dataran )


 Membuat perbelanjaan mengurus
 En Ridzuan bin Ibrahim (K )  Meminjam dan menyediakan khemah dan
 En Mohd Nizam bin Aziz kerusi untuk waris dan tetamu jemputan.
 En Azizi bin Abdul Halim  Menyusun atur kerusi waris dan tetamu
 JKR Kubang Pasu jemputan
 Pengawas sekolah  Menyimpan dan mengemas kembali semua
peralatan yang digunakan.

13 Kebersihan dan Keceriaan  Memastikan kebersihan tempat


 Mohd Zamree bin Razak ( K ) sebelum,semasa dan selepas program
 En Bestari bin Hashim  Memastikan tempat dalam suasana ceria,
 Pekerja Kebersihan bersih dan kemas sepanjang program
 Pelajar berlangsung.

14 Tempahan Tiket MAS / Hotel TH  Menguruskan Tiket Penerbangan dan Hotel


Penginapan
 Pn Isyarah bt Isa  Menguruskan pembayaran tiket dan hotel
 Pn Asni Isyanti bt Md Ismail

15 Fotografi  Mengambil gambar sebelum, semasa dan


 En Mohamad Nassir Bin Md Desa selepas program berlangsung.
 BTPN JPN Kedah  Menyerahkan gambar kepada JK
 Pelajar Dokumentasi untuk didokumentasikan.

16 Keselamatan , Disiplin dan Lalulintas  Memastikan keadaan disiplin pelajar


 En Juraidi bin Mohd Nor ( K ) terkawal.
 Pn Nazarita bt Samsudin  Memastikan keselamatan lalulintas
 Pengawal Keselamatn  Memastikan kenderaan diletakkan ditempat
 PDRM yang disediakan dan tidak menghalang
 RELA lalulintas
 KRS dan Pengakap

Forum Bicara Ad Din 2019 JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRA…


17 Tempahan Khemah Gerai Jualan  Menguruskan tempahan khemah daripada
 Pn Rodzoh bt Hashim ( K ) peniaga
 Pn Mazlifah bt Ahmad  Menetapkan gerai jualan ( basah/kering )
 Pn Faeizaratul Faezah bt Isa  Membuat kutipan sewa untuk setiap khemah
 Cik Emily Yong Ai Nee  Menyediakan tapak sewaan yang bersesuian
 Pn Sharon A/P Sathanatham  Menyediakan pendawaian elektrik
 Pelajar

18 Kutipan Derma Surau  Menyediakan Tabung Kutipan Derma


 Pn Siti Nadzirah bt Azizan ( K )  Meletakan Tabung Kutipan Derma di Lobi
 Pn Masyitah bt Aziz dan Pintu Masuk Utama
 Pn Norhafisah bt Ismail  Mengedarkan Tabung Surau Kepada Orang
 Pn Noor Syafiqa bt Azmi Ramai di Khemah
 Mengira dan Menyerahkan hasil kutipan
kepada Bendahari Surau

Lampiran C
ANGGARAN BELANJAWAN PROGRAM KARNIVAL AD- DIN

Forum Bicara Ad Din 2019 JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRA…


Bil Perkara Kos Jumlah

1 Saguhati Ustaz Don Daniyal RM 3000.00 RM 3800.00


Saguhati Tn. Sheikh Zakaria bin Othman RM 500.00
Saguhati Ustaz Mohd Isa bin Abd Rahman RM 300.00

2 Tiket Penerbangan Pergi RM 250 x 2 orang RM 500.00


KUL - AOR ( MAS )

3 1) Khemah 20 x 20 ( 10 unit ) RM 1500 RM 4000.00


2)Khemah 20 x 40 ( 5 unit ) RM 2500

4 Penginapan Penceramah RM 200.00 x 2 bilik RM 400.00

5 Jamuan Hi-tea RM 15 x 20 orang RM 300.00


Gemilang Kitchen

6 Jamuan VVIP /Guru/Staf RM 5.00 x 100 orang RM 500.00

7 Jamuan Petugas Pemasangan Khemah RM 2 x 50 0rang RM 100.00

8 Siaraya RM 700.00 RM 700.00

9 Banner dan Backdrop RM 500.00 RM 500.00

10 Cenderahati Global Game / Program RM 5.00 x 50 Unit RM 150.00


Motivasi

11 Hiasan Pentas RM 200.00 RM 200.00

12 Lampu dan Pendawaian RM 300.00 RM 300.00

13 Lain-lain RM 100 RM 100.00

JUMLAH RM 11650.00
Punca Kewangan :
1) Lembaga Zakat Negeri Kedah

Forum Bicara Ad Din 2019 JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRA…


2) Sumbangan Luar ( Individu & Korporat )
3) Sumbangan PIBG
4) Sumbangan Guru
5) Sumbangan Waris

Lampiran D

TENTATIF PROGRAM KARNIVAL AD- DIN

Forum Bicara Ad Din 2019 JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRA…


Tarikh : Khamis 2 Mei 2019/ 26 Syaaban 1440

Sesi 1

8.00 pagi – 10.00 pagi : Program Motivasi Tingkatan 3 dan 5


Team Pendidikan LZNK

Sesi 2

2.30 petang – 4.30 petang : Global Game Tingkatan 1&2


( Team Zakat Kedah )

Sesi 3 Forum Bicara Ad-Din

8.00 malam : Ketibaan waris

: Ketibaan tetamu jemputan

: Solat Isya berjamaah

: Ketibaan Pegawai LZNK JPN / PPD

: Ketibaan Para Penceramah

: Ketibaan YB Timbalan Menteri Kewangan Malaysia


Merangkap Ahli Parlimen Kubang Pasu
Dato` Ir. Amiruddin bin Hamzah

: Ucapan Aluan Tuan Pengetua

: Program Forum Bicara Ad- Din

: Penyampaian cenderahati

: Jamuan ringan

11.30 malam : Bersurai

Forum Bicara Ad Din 2019 JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRA…


Disediakan oleh : Disemak oleh :

…………………………………….. ……………………………………
Mohd Zamree bin Razak Pn Nik Mukminah bt Nik Shafii
Setiausaha Ketua Panitia Pend. Islam
Unit Pembangunan Rohani dan Sahsiah SMK Darulaman Heights 1
SMK Darulaman Heights 1

Disahkan oleh :

…………………………………………
En Samsun bin Abd Rani
Guru Kanan Kemanusiaan
SMK Darulaman Heights 1

Diluluskan oleh :

…………………………………
Hjh Zaiton Bt Hashim
Pengetua
SMK Darulaman Heights 1
Jitra Kedah

Forum Bicara Ad Din 2019 JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRA…

Anda mungkin juga menyukai