Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

SK LUMBA KUDA

Program RPI (Intervensi Terapi Buih)

ANJURAN
GURU-GURU PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN

TARIKH DAN HARI


25 Jun 2022 (Sabtu)

TEMPAT
Majlis Bandaraya Kuching Selatan

KERTAS KERJA PROGRAM PENDIDIKAN KHAS ‘PPKI’s FAMILY VISIT DINOSOUR’


1.0 PENGENALAN :

Lawatan sambil belajar ini adalah merupakan kolaborasi antara Guru PPKI bersama ibu bapa
MBPK. Program lawatan sambil belajar ini merupakan aktiviti pembelajaran luar bilik
darjah bagi murid-murid sebagai satu pendedahan dan pengalaman sebenar tentang hidupan
yang telah pupus. Dengan itu, murid-murid lebih memahami pembelajaran yang telah diajarkan
dalam bilik darjah. Program ini juga sebagai landasan untuk memberi pendedahan dan
pengalaman secara langsung kepada murid-murid istimewa. Melalui program ini juga,
diharapkan guru-guru dan ibu bapa dapat mengambil inisiatif untuk berkongsi pengalaman dan
pengetahuan dalam menghasilkan corak didikan, pengajaran dan pembelajaran yang lebih
memberangsangkan minat murid. Adalah besar harapan agar program ini akan berjalan dengan
jayanya. Sesungguhnya penyatuan idea dan tenaga dari pelbagai pihak mampu memberikan
impak yang positif bagi menjayakan niat murni ini.

2.0 NAMA PROGRAM : Program Pendidikan Khas ‘PPKI Family visit Dinosour’

3.0 MATLAMAT

Memberi pendedahan kepada murid mengenai pelbagai fakta menarik tentang aspek kehidupan
alam semula jadi yang telah pupus dan menimbulkan minat murid terhadap bidang sains
dengan lebih mendalam. Ia juga memberi pengalaman sebenar kepada murid malah dapat
menambahkan ilmu pengetahuan murid yang sedia ada. Di samping itu,memberi peluang
kepada murid kita untuk meneroka perkara baru.

Matlamat program ini juga memberi peluang kepada ibu bapa untuk terlibat secara
langsung dengan aktiviti berkaitan pendidikan anak-anak mereka. Selain itu program ini juga
salah satu media kolaborasi antara ibu bapa, pihak sekolah dan Pihak penganjur ‘Dinosour in
Borneo’. Ia juga memenuhi keperluan tanggungjawab sosial. Bahkan melalui program seperti
ini, memberi peluang kepada orang awam untuk memahami keperluan dan potensi kanak-
kanak bekeperluan pendidikan khas. Penyertaan pihak luar dapat mewujudkan masyarakat
yang penyayang dan prihatin terhadap keperluan pendidikan murid bekerpeluan pendidikan
khas, seterusnya dapat mengurangkan stigma masyarakat terhadap anak-anak istimewa.

4.0 OBJEKTIF :
3.1 Menambah pengetahuan dalam mengenali kehidupan dinosaur.

3.2 Mendedahkan murid pendidikan khas mengenai dunia sebenar kehidupan yang telah
pupus.

3.3 Sebagai aktiviti pembelajaran luar bilik darjah.

3.4 Memupuk minat belajar dan semangat ingin tahu mengenai kitaran hidup dinosour.

3.5 Memberikan inspirasi kepada pelajar dan guru dalam merancang pengajaran dan
pembelajaran untuk pendidikan khas.

3.6 Meningkatkan kolaborasi dan komunikasi pelbagai pihak.

5.0 ANJURAN : Program Pendidikan Khas Integrasi SK Lumba Kuda.

6.0 TARIKH : 25 Jun 2022 – Sabtu

7.0 MASA : Sesi Persekolahan (7.00am-12.30pm)

7.0 KUMPULAN SASARAN :

1. 30 Murid Program Pendidikan Khas Integrasi SK Lumba Kuda.

2. 8 orang guru Pendidikan Khas Integrasi SK Lumba Kuda.

3. 3 orang Pembantu Pengurusan Murid.

4. 38 orang ahli keluarga/ibu bapa / penjaga murid MBPK.

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN:

Bil Murid Harga (RM) Kuantiti Jumlah (RM)


1 Tiket masuk ke Dinosour in Borneo 5 30 150
2 Makanan dan minuman 3 30 90
3 Hadiah dan saguhati - 3 83.05
JUMLAH RM 323.05

9.0 TENTATIF PROGRAM : (rujuk lampiran A)

10.0 SUMBER KEWANGAN: Duit sumbangan aktiviti PPKI.

11.0 JAWATANKUASA PROGRAM


Penasihat : En. Richard Kawi

Ketua Program : Encik Dasyiman Bin Bujang

Bendahari Program : Pn. Roza Binti Sakuan

Setiausaha Program : Pn Noredatul Binti Gabo

AJK PERLAKSANA PROGRAM

 Ajk Pengangkutan : Ibu Bapa Murid


 Ajk Keselamatan : Semua Guru Dan Ibu Bapa
 Ajk Makanan : Pn. Rozita Che Nen
 Ajk Aktiviti : Pn Ngieng Lee Hung, Pn Lui Yie Kiaw
 Ajk Dokumentasi : Cik Suhartika Binti Kasimun
 Ajk Mengurus Pelajar :

i. Pn. Rohana Sapiee


ii. Pn. Chubi Majarol
iii. Encik Mohamad Azlan Bin Bujang

12.0 PENUTUP

Diharap program yang dirancang ini mendapat sokongan dan kerjasama daripada pihak
sekolah dan pihak-pihak lain untuk merealisasikan objektif program ini ke tahap cemerlang.
Pendedahan dan pengalaman yang bakal diberi, mudah-mudahan dapat dimanfaatkan oleh
setiap pelajar, ibu bapa dan guru yang berpeluang mengikuti program ini. Selain itu, semoga
program ini juga dapat meningkatkan hubungan kerjasama dan mewujudkan peluang interaksi
antara pihak sekolah terutamanya PPKI SK Lumba Kuda dan ibu bapa murid BPK.

Disediakan oleh,

(NOREDATUL BINTI GABO)


Setiausaha Program Pendidikan Khas
PPKI’s Family Visit Dinosour
SK Lumba Kuda

Disemak oleh,
(DASYIMAN BIN BUJANG)
Penolong Kanan PPKI,
SK Lumba Kuda

Disahkan oleh,

(RICHARD KAWI)
Guru Besar,
SK Lumba Kuda

Anda mungkin juga menyukai