Anda di halaman 1dari 2

Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan

Pengerusi Majlis , barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana , guru-guru
yang dihormati, rakan-rakan dan hadirin sekalian.Berdirinya saya pada
pagi yang indah ini adalah untuk menyampaikan sebuah syarahan yang
bertajuk "Faedah Membaca".
Membaca adalah merupakan satu amalan yang mulia. Dengan membaca
,kita dapat menambah ilmu pengetahuan. Amalan membaca juga
memberikan banyak faedah kepada seseorang itu sepanjang hidupnya sama
ada disedari atau tidak.
Hadirin sekalian,
Selain mendapat maklumat, membaca juga boleh mengisi masa lapang
kita.Sekiranya kita menjadikan membaca itu sebagai satu amalan, sudah
tentu masa kita tidak akan terbuang begitu sahaja. Membaca juga boleh
dijadikan satu cara untuk menghiburkan diri ketika kita keseorangan. Ada
banyak bahan bacaan seperti novel, cerpen dan puisi yang boleh dibaca.
Tambahan pula, sikap membaca boleh menjadi satu cara yang paling
mudah dan murah untuk menghabiskan masa lapang. Seseorang itu hanya
perlu membeli majalah, akhbar atau buku dan duduk membaca di manamana yang sesuai buat mereka berjam-jam lamanya tanpa sebarang
gangguan.
Malah, membaca juga boleh membantu seseorang itu menambah
perbendaharaan kata dan membantu membaiki penguasaan bahasa kita.
Dengan membaca juga kita boleh memperoleh maklumat tentang peristiwa
atau perkara yang berlaku. Dengan itu kita tidak akan ketinggalan
maklumat berbanding orang lain.
Kesimpulannya, tabiat suka membaca perlu dipupuk sejak kecil dan
dijadikan amalan hidup.Oleh itu , kita perlu menyemai tabiat suka
membaca di dalam diri kita kerana ini akan menambahkan lagi ilmu
pengetahuan kita. Manusia yang suka membaca adalah manusia yang
mempunyai banyak ilmu
Sekian , terima kasih.

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang arif lagi
bijaksana, guru-guru yang dihormati, rakan-rakan dan hadirin sekalian.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan. Berdirinya saya di sini adalah
untuk menyampaikan syarahan saya yang bertajuk Kepentingan Membaca.
Seperti yang kita sedia maklum amalam membaca adalah satu amalan yang
mulia. Melalui amalan membaca, kita dapat menambah ilmu pengetahuan. Dengan
adanya ilmu pengetahuan, kita akan menjadi orang yang berilmu dan sentiasa
menjadi rujukan rakan-rakan.
Hadirin sekalian,
Selain mendapat maklumat, membaca juga boleh mengisi masa lapang kita.
Jika kita menjadikan sifat membaca sebagai amalan, sudah tentu masa kita tidak
terbuang begitu sahaja. Jadi, kita boleh mengelakkan diri daripada melakukan
perkara yang tidak berfaedah seperti bermain-main dan merayau-rayau di kedaikedai dan sebagainya.
Di samping itu, membaca juga boleh membaiki penguasaan bahasa kita. Melalui
membaca kita boleh menambah perbendaharaan kata. Contoh bahan-bahan bacaan
yang boleh meningkatkan perbendaharaan kita ialah majalah, surat khabar dan
buku-buku ilmiah.
Hadirin Sekalian,
Amalan membaca juga membolehkan kita mengikuti perkembangan semasa.
Contohnya melalui surat khabar kita dapat mengetahui banyak maklumat dan
peristiwa yang berlaku di dalam negara dan di seluruh dunia. Dengan ini, kita tidak
ketinggalan maklumat berbanding orang lain.
Oleh itu, kita mestilah menjadikan tabiat suka membaca sebagai amalan
hidup. Manusia yang suka membaca adalah manusia yang mempunyai banyak
ilmu. Oleh kerana masa amat mencemburi, saya sudahi syarahan saya dengan ucapan
terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai