Anda di halaman 1dari 36

Faedah-faedah Membaca

Amalan membaca merupakan salah satu tabiat yang amat bermanfaat.Semua lapisan masyarakat
haruslah berusaha mengamalkan budaya membaca kerana Membaca Jambatan Ilmu.

Antara kebaikan membaca termasuklah dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Kita dapat
mengetahui tentang perkara-perkara baru yang tidak kita ketahui sebelum ini. Pengetahuan am kita
akan bertambah luas dan kita akan menjadi lebih bijak.

Selain itu, kita dapat mengetahui tentang isu-isu atau perkembangan semasa yang berlaku di dalam
negeri dan di luar negara. Contohnya isu kegawatan ekonomi, bencana dan peperangan, krisis air dan
pelbagai peristiwa yang berlaku di seluruh dunia. Justeru, kita tidak lagi ketinggalan zaman atau
dianggap "seperti katak di bawah tempurung".

Membaca dapat mematangkan fikiran kita juga. Dengan membaca, kita dapat mengetahui tentang
kebaikan dan keburukan sesuatu perkara. Oleh itu, kita didorong untuk berfikir secara lebih baik dalam
membuat penilaian terhadap sesuatu perkara itu.

Masa adalah emas dan perlu digunakan dengan bijak.Membaca buku-buku seperti ini amat
bermanfaat.Kita haruslah tanamkan sikap suka membaca buku.Jadikanlah amalan membaca buku
amalan harian.

Sesungguhnya banyak kebaikan atau faedah yang dapat diperoleh dengan membaca. Justeru,
tabiat membaca harus dijadikan amalan seharian. Kita perlu mencontohi sikap masyarakat di negara
maju seperti Jepun yang menjadikan membaca sebagai budaya hidup mereka.

AKTIVITI SEMASA CUTI SEKOLAH-DIALOG


Sambil menunggu ibu bapa di tempat perhentian bas di hadapan sekolah, Zubaidah bersembang
bersama rakan baiknya Adlina. Mereka menceritakan tentang pengalaman masing-masing semasa cuti
akhir tahun persekolahan yang lalu. Ikutilah perbualan meraka.

Zubaidah :

Cuti sekolah baru-baru ini awak pergi bercuti ke mana?

Adlina : Oh, saya pergi bercuti di Sabah selama 6 hari 5 malam bersama keluarga. Awak pula
bagaimana?

Zubaidah: Saya banyak menghabiskan masa di rumah tambahan pula, nenek saya menziarahi kami
sekeluarga. Apakah aktiviti yang paling menarik ketika awak berada di Sabah?

Adlina : Aktiviti yang paling menarik ketika saya berada di Sabah ialah saya berpeluang memberi
minuman kepada seekor kambing yang tanduknya baru sahaja hendak tumbuh. Saya juga dapat
menikmati susu segar yang baru diperah. Bagaimana dengan awak pula, Zubaidah? Apakah aktiviti yang
kamu lakukan semasa berada di rumah?

Zubaidah: Saya membantu ibu saya memasak, menguruskan dapur serta rumah. Dengan itu, saya dapat
meningkatkan lagi kemahiran saya dalam bidang Ekonomi Rumah Tangga(ERT).

Adlina : Baguslah kalau begitu, awak dan ibu awak bagai aur dengan tebing kerana selalu tolongmenolong antara satu sama lain.

Zubaidah: Oh, terima kasih.

Adlina

: Eh, itu kelihatannya seperti kereta ibu saya!

Zubaidah: Baiklah, kita jumpa esok. Kirimkan salam saya buat ibu awak. Assalamualaikum.

Adlina

: Baiklah. Waalaikummussalam.

01. Kem Motivasi


Kem Motivasi sememangnya antara program cuti sekolah yang paling banyak diadakan. Kem Motivasi
yang diadakan ini terdapat dalam banyak kategori. Ada yang menumpukan kepada pembinaan sahsiah
diri, kepimpinan, akademik dan pelbagai lagi. Pilihlah Kem Motivasi daripada penganjur yang dikenali
dan dijamin keberkesanan programnya supaya anda juga berpuas hati dengan hasilnya nanti.

02. Kem Ibadah


Ini juga merupakan kem yang baik untuk adik-adik. Kem Ibadah selalunya akan dipenuhi dengan aktiviti
dan program yang berkaitan dengan hal-hal ibadat seperti teknik solat yang betul, memperbaiki bacaan
Al-Quraan dan aktiviti pemantapan iman. Malahan kini juga ada kursus pendek cuti sekolah bagi melatih
adik-adik untuk mempelajari teknik menghafal Al-Quraan. Mudah-mudahan perkara asas agama ini
dapat membimbing adik-adik melayari kehidupan ini ke jalan yang benar.

03. Klinik Sukan


Bagi adik-adik yang meminati sukan pula serta berhajat untuk meneruskan ke peringkat yang lebih
tinggi, saya cadangkan adik-adik mengikuti Klinik Sukan. Klinik sukan memang banyak diadakan pada
musim cuti sekolah, terutamanya bagi sukan-sukan popular seperti bola sepak, futsal, tenis, badminton,
renang dan golf. Bagi yang berkemampuan, bolehlah melantik jurulatih peribadi bagi sukan kegemaran
anak masing-masing.

04. Belajar ICT


Penggunaan komputer pada masa sekarang adalah amat meluas dalam kalangan anak-anak. Sekiranya
itu adalah minat mereka, maka cubalah didik mereka untuk menggunakannya dengan cara yang
berfaedah. Kelas seperti Grafik, Suntingan Video, bina laman web, Coding dan Membina Apps adalah
perkara baru yang boleh memberi kelebihan kepada adik-adik. Mungkin dengan mengikuti kelas-kelas
berikut membolehkan adik-adik mahir dalam menghasilkan bahan kreatif multimedia suatu hari nanti.

Kelas seperti Grafik, Suntingan Video, bina laman web, Coding dan Membina Apps

05. Kursus Pendek Bahasa


Ini juga merupakan kursus yang bagus untuk adik-adik. Mempelajari bahasa tambahan dapat memberi
kelebihan buat adik-adik. Bagi yang lemah menggunakan Bahasa Inggeris, boleh ambil kursus Bahasa
Inggeris yang banyak diadakan. Antara bahasa asing lain yang dicadangkan adalah Bahasa Mandarin,
Bahasa Arab, Bahasa Jepun dan lain-lain bahasa utama dunia.

06. Kemahiran Bertukang


Kemahiran bertukang juga merupakan aktiviti yang menyeronokkan. Adik-adik boleh mulakan dengan
menghasilkan bahan-bahan mudah yang berguna seperti rak buku dan alat tulis. Kemudiannya dengan
pengawasan daripada ibu bapa, adik-adik boleh mula menghasilkan bahan yang lebih besar, seperti
bangku, reban ayam dan sangkar burung.

07. Kraf dan Anyaman


Bagi adik-adik yang suka dengan kerja tangan, adik-adik bolehlah mencuba menghasilkan kraf atau pun
menganyam. Kraf yang dihasilkan boleh terdiri daripada bahan kertas, plastik, besi dan juga bahan
buangan. Boleh rujuk di dalam internet dan bahan bacaan bagaimana menghasilkan bahan kraf yang
kreatif dan cantik.

08. Belajar Alat Muzik


Mempelajari penggunaan alat muzik juga merupakan aktiviti yang menyeronokkan. Tambahan pula jika
adik-adik merupakan penggemar muzik. Mula lah belajar dengan menggunakan teknik asas terlebih
dahulu. Jika berminat, adik-adik boleh teruskan ke tahap yang lebih tinggi. Alat muzik yang dicadangkan
adalah gitar, piano, biola dan seruling.

Mempelajari penggunaan alat muzik


09. Belajar Berenang
Bagi adik-adik yang masih belum boleh berenang, aktiviti ini adalah amat digalakkan. Tempoh sebulan
sudah cukup untuk menjadikan adik-adik seorang perenang yang baik. Tak rugi jika sekiranya adik
mempelajari kemahiran berenang. Malah jika berminat selepas ini, adik-adik boleh menjadikannya
aktiviti riadah yang rutin.

10. Belajar Memasak


Bagi adik-adik perempuan, ini lah masa untuk belajar memasak terutamanya jika anda tinggal di asrama.
Bermula lah dengan menolong ibu di dapur dengan masakan yang biasa dimasak oleh ibu. Jika berminat,
teruskan lagi dengan mempelajari masakan dari buku resepi atau dari internet. Cuba juga belajar
memasak jenis-jenis kek seperti kek keju, kek cawan dan sebagainya. Tentu lebih menarik kan?
11. Belajar Menari
Ini juga adalah satu aktiviti yang menarik. Adik-adik boleh peruntukkan masa cuti sekolah ini dengan
belajar menari. Terpulang kepada adik-adik untuk mempelajari sama ada tarian moden, atau tarian
tradisional. Sekurang-kurangnya, adik-adik telah menambah satu lagi kelebihan kepada diri adik-adik.
Selain daripada tarian yang disebutkan tadi, mungkin adik-adik juga boleh cuba Zumba, aerobik atau
tarian kecergasan lain.

12. Berkebun
Berkebun memang menyeronokkan. Adik-adik boleh memilih sama ada untuk menanam pokok hiasan di
sekitar rumah atau menanam sayur. Sekurang-kurangnya dapat juga sayur tadi digunakan untuk makan
sendiri atau pun boleh dijual. Jika berkebun bagi tujuan untuk makan atau dijual, pilihlah daripada jenis
yang cepat membesar dan memerlukan tempoh yang singkat untuk mengeluarkan hasil. Sempat juga
adik-adik merasa hasilnya sebelum kembali ke sekolah.
13. Melancong
Bagi adik-adik dari keluarga yang berkemampuan, keluarlah pergi bercuti dengan keluarga. Aktiviti ini
memang sangat menyeronokkan dan juga dapat membuka minda adik-adik. Selain daripada
mengeratkan hubungan kekeluargaan, aktiviti ini juga dapat menambah ilmu pengetahuan dan
pengalaman adik. Antara pilihan yang baik untuk melancong adalah tempat-tempat bersejarah, tempat
menarik, taman tema, pusat pelancongan dan tempat yang belum dilawati.
14. Sukan Ekstrem
Ada juga dalam kalangan adik-adik yang meminati sukan ekstrem. Jadi apakata gunakan masa cuti
sekolah ini untuk mengasah lagi bakat adik-adik dalam sukan ini. Adik-adik boleh dapatkan nasihat dan
tunjuk ajar daripada mereka yang lebih berpengalaman dalam bidang ini. Tapi ingat! Utamakan
keselamatan anda sepanjang menyertai aktiviti lasak ini dengan memakai peralatan dan pakaian yang
sesuai.
15. Bekerja Sambilan
Ini juga merupakan aktiviti yang menarik dilakukan semasa cuti sekolah. Bagi adik-adik yang berminat
mencari duit poket, ini lah masa yang paling sesuai. Pastikan kerja yang dilakukan adalah selamat dan
tidak menyalahi undang-undang. Ada kerja sambilan yang boleh dijalankan dari rumah dan ada juga
yang di luar. Dapatkan kebenaran ibubapa terlebih dahulu. Jika niat dan tujuan adik-adik betul,
inshaAllah ibubapa tak akan keberatan untuk membenarkan adik-adik bekerja sambilan semasa cuti
sekolah ini.

16. Membantu Datuk dan Nenek di Kampung


Aktiviti menyeronokkan ini lebih bersifat kekeluargaan, namun ada banyak kebaikan dan manfaatnya.
Bagi yang masih mempunyai datuk dan nenek di kampung, ini adalah masa terbaik bagi membolehkan
adik-adik mempunyai pengalaman hidup yang berbeza. Cara hidup dan didikan di kampung dah tentu
jauh beza dengan kehidupan bersama ibubapa di bandar. Banyak yang akan diperolehi, terutamanya
hal-hal dalam melayani orang tua.
17. Menolong Ibu Bapa di Rumah
Adik-adik yang hanya berada di rumah, boleh juga membantu ibubapa ketika mereka keluar bekerja.
Banyak kerja rumah yang boleh dilakukan seperti mencuci pakaian, menyapu sampah, memasak,
melipat pakaian dan lain-lain lagi. Sekurang-kurangnya kehadiran adik-adik di rumah sepanjang cuti
dapatlah juga membantu meringankan beban dan tanggungjawab ibubapa. Masa untuk berbakti.
18. Melakukan Kerja Amal
Selain daripada membantu ibu bapa, adik-adik juga boleh melakukan kerja amal. Tak perlu memikirkan
dan menggerakkan satu kerja amal yang baru. Cukup lah sekadar mencurahkan bakti kepada badan
amal kebajikan yang adik tahu. Ajak juga rakan-rakan bagi memeriahkan lagi aktiviti. Banyak kerja amal
yang boleh dilakukan seperti membersihkan kawasan masjid dan kawasan perkuburan. Sertai juga
badan kebajikan yang membantu memberi makanan kepada gelandangan. Rumah orang tua juga
menarik untuk dijadikan tempat untuk kerja amal.
19. Baca Novel / Buku Ilmiah
Bagi adik-adik yang berminat dengan membaca buku, boleh juga meneruskan minat dengan membaca
novel atau pun buku ilmiah. Pilih lah daripada senarai novel-novel berkualiti tinggi, supaya adik-adik
dapat juga mempelajari teknik menulis yang baik. Buku ilmiah seperti ensiklopedia juga sangat
bermanfaat untuk dihabiskan sepanjang cuti ini. Sekurang-kurangnya adik-adik akan dapat memperolehi
ilmu pengetahuan baru yang berguna.
20. Ulangkaji dan Persediaan Tahun Depan
Mungkin ini adalah aktiviti cadangan musim cuti sekolah yang paling akhir saya utarakan, namun ada
manfaat dan juga kelebihannya. Sekalipun mungkin agak membosankan kepada adik-adik, namun
persediaan untuk tahun depan adalah amat penting. Apatah lagi jika pada tahun depan, adik-adik bakal
berhadapan dengan PBSMR atau pun SPM. Maka sebaiknya, ambil sedikit masa untuk merancang apa
yang akan adik-adik lakukan untuk tahun hadapan.

SURAT KIRIMAN RASMI

Pengenalan

1. Surat kiriman rasmi ditulis untuk urusan rasmi seperti berikut:


(a) surat permohanan
(b) surat bantahan/aduan
(c) surat pesan
(d)surat peniagaan
2.Format surat kiriman rasmi adalah seperti berikut:
(a) alamat pengirim dan jawatan (jika ada),di tulis pada bahagian atas sudut kiri surat tersebut.
(b) Buat garisan melintang selepas alamat pengirim
(c) baris akhir alamat penerima hendaklah digariskan.
(d) Tarikh ditulis di sebelah kanan surat. Nama bulan ditulis dengan huruf besar
(e) Panggilan hormat atau gelaran penerima seperti Tuan/Puan ditulis di bawah alamat pengirim.
(f) Tulis tajuk surat.Huruf pertama setiap perkataan ditulis dengan huruf besar.
(g) Gariskan tajuk tersebut.
(h) Mula menulis dari tepi surat tanpa peranggan dan tidak bernombor.
(i) Perenggan berikutnya bernombor 2,3,4 dan seterusnya.
(j) Perenggan penutup dimulakan dari tepi surat tanpa nombor
(k) Tandatangan pengirim ditulis di sudut kiri bahagian bawah surat.
(l) Nama pengirim ditulis dengan huruf besar di dalam kurungan kemudian diikuti jawatan pengirim
3. Gaya bahasa yang digunakan mestilah gaya bahasa yang formal,ringkas,dan padat.

Contoh soalan:

Persatuan Bahasa malaysia sekolah kamu akan mengadakan pertandingan syarahan sempena Bulan
Kemerdekaan .
Selaku setiausaha persatuan,kamu diminta menulis surat kebenaran untuk menggunakan dewan
kepada guru besar.
Tulis surat itu selengkapnya.

Jawapan:

Persatuan Bahasa Malaysia,


Sekolah Kebangsaan Subang Jaya,
47600 Subang Jaya,
Selangor.
______________________________________________________

Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Subang Jaya,
47600 Subang Jaya,
Selangor.

17 MAC 2011

Tuan,
Kebenaran Menggunakan Dewan Sekolah

Dengan segala hormatnya,saya merujuk perkara di atas.

2. Persatuan Bahasa Malaysia sekolah ini akan menganjurkan pertandingan syarahan sempena Bulan
Kemerdekaan pada bulan hadapan. Sehubungan itu, saya selaku setiausaha persatuan memohon
kebenaran pihak tuan untuk menggunakan dewan sekolah ini bagi tujuan tersebut.

3. Tujuan pertandingan ini diadakan untuk mencungkil bakat bersyarah dalam kalangan murid-murid
sekolah ini serta mencari peserta terbaik bagi mewakili sekolah ke pertandingan syarahan di peringkat
daerah.

4. Untuk makluman tuan,pertandingan tersebut akan diadakan seperti berikut:

Hari dan Tarikh

: Sabtu (17 April 2011)

Tempat dan Masa : Dewan Sekolah Kebangsaan Subang Jaya


(8.00 pagi)

Besarlah harapan kami sekiranya pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan ini. Segala
kerjasama yang tuan berikan dalam menjayakan program ini amatlah dihargai.

Sekian,terima kasih.

Yang benar,
____faiz najmie__
(FAIZ NAJMIE B HASAN)
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Malaysia,
Sekolah Kebangsaan Subang Jaya.

FORMAT SURAT KIRIMAN RASMI

________________________
________________________ 1 Alamat pengirim
________________________
________________________

____________________________________2 Garisan pemisah _______

________________________
________________________3 Nama/Alamat penerima
________________________

4 Tarikh

________________________5 Kata hormat

____________________________ 6 Tajuk surat

_____________________________7Pendahuluan_____________________
_____________________________________________________________
2___________________________________________________________
____________________________________________________________
3____________________________8 Isi -isi surat ____________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
______________

4___________________________________________________________

_____________________9 Penutup surat___________________________


____________________________________________________________

____________10 Tandatangan__________
(11 Nama pengirim (huruf besar)

KARANGAN UPSR - SURAT RASMI


Surat Kiriman Rasmi (Permohonan)
Soalan : Persatuan Sejarah sekolah kamu merancang untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke
Langkawi. Sebagai setiausaha, tulis surat kepada Guru Besar sekolah kamu untuk memohon
mengadakan lawatan tersebut.
Tulis surat tersebut selengkap.

Persatuan Sejarah,
Sekolah Kebangsaan Bukit Tambun,
14000 Simpang Empat,
Pulau Pinang.
_______________________________________________________________

Tuan Guru Besar,


Sekolah Kebangsaan Bukit Tambun,
14000 Simpang Empat,
Pulau Pinang.

20 MAC 2014

Tuan,

Memohon Mengadakan Lawatan sambil Belajar ke Langkawi

Berhubung perkara di atas, Saya Nor Firzana binti Mohd Arif, setiausaha Persatuan Sejarah Sekolah
Kebangsaan Bukit Tambun ingin memohon untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Langkawi.

2. Untuk makluman pihak tuan, Ahli Jawatankuasa Persatuan Sejarah sekolah telah merancang untuk
mengadakan lawatan ke Langkawi pada 20 hingga 23 April 2014. Seramai 40 orang murid Tahun 6 akan
menyertai lawatan ini dengan diiringi oleh 4 orang guru pengiring iaitu Cikgu Faizul, Cikgu Nazariah,
Cikgu Azhari dan Cikgu Mazlina. Antara tempat-tempat menarik yang akan dikunjungi semasa di
Langkawi nanti ialah Taman Marin Pulau Payar, Taman Agrotek Mardi, Tasik Dayang Bunting dan
Dataran Helang.

3. Tujuan lawatan sambil belajar ini diadakan adalah untuk menambah ilmu pengetahuan serta
pengalaman peserta. Selain itu, lawatan ini bertujuan untuk mengurangkan tekanan para pelajar
sebelum menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada bulan September nanti. Lawatan ini
juga diharap dapat membantu para pelajar mengetahui dengan lebih jelas tentang tempat-tempat
menarik yang ada di negara kita. Semoga mereka akan lebih bangga dan bersyukur dilahirkan di negara
tercinta ini.

5. Kami berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan ini. Kami juga berharap pihak
tuan dapat memberi maklum balas secepat mungkin agar kami dapat membuat persediaan awal.
Sekiranya tarikh yang kami cadangkan itu tidak bersesuaian, maka pihak tuan bolehlah mencadangkan
tarikh yang lain.

Kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai dan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

_________norfirzana_______
(NOR FIRZANA BINTI MOHD ARIF)
Setiausaha Persatuan Sejarah
Sekolah Kebangsaan Bukit Tambun.

TEMASYA SUKAN
Pada hari Ahad yang lepas,sekolah saya telah mengadakan temasya sukan tahunan.Sukan tahunan
tersebut diadakan di padang sekolah saya yang luas itu.
Sebelum sukan diadakan,semua guru dan murid sibuk membuat persiapan.Padang dihiasi dengan
panji-panji dan belon-belon yang berwarna-warni.Beberapa buah khemah didirikan di tepi padang.Para
peserta sukan berlatih dengan bersungguh -sungguh pada setiap hari.
Pada hari sukan,semua murid dan guru hadir awal ke sekolah.Para peserta sukan berkumpul di
padang.Pengerusi PIBG sekolah merasmikan sukan tersebut.Pelbagai persembahan diadakan seperti

pancaragam,yoyo cina,tarian dan sebagainya.Persembahan murid sungguh menarik.Para penonton


memberikan tepukan yang gemuruh.Perbarisan peserta sukan juga diadakan.
Tujuan diadakan sukan adalah untuk mencungkil bakat dan menyihatkan badan.Pelbagai acara
sukan diadakan seperti lompat tinggi,lompat jauh,lumba lari,tarik tali dan sebagainya.Acara lari bergantiganti menjadi acara kemuncak hari sukan.Para peserta berlari dengan pantas menuju ke garisan
penamat.Para penonton bersorak untuk memberi sokongan kepada peserta pasukan masingmasing.Suasana di padang riuh-rendah dan meriah.
Acara sukan berakhir pada pukul 12.00 tengah hari.Rumah Merah telah muncul sebagai juara.Kit
Seng telah terpilih sebagai olahragawan manakala Siti Fatimah dipilih sebagai olahragawati.Guru Besar
menyampaikan piala kepada para pemenang.Beliau mengucapkan tahniah kepada murid yang berjaya
dan menasihati murid yang tidak berjaya supaya tidak berputus asa.
Selepas majlis penyampaian hadiah tamat,murid-murid pulang ke rumah dengan gembiranya
Anda dikehendaki menyediakan laporan tentang temasya sukan tahunan yang dijalankan di sekolah
kamu. Sediakan laporan itu selengkapnya.

Contoh Rangka Karangan :

Pendahuluan
- temasya sukan kali yang ke-10
- diadakan di padang sekolah

Perenggan ke-2
- sehari sebelum; gotong-royong untuk kerja-kerja persiapan terakhir
- khemah didirikan dan dihias
- papan markah dipasang
- bendera-bendera dikibarkan

Perenggan ke-3
- cuaca pagi temasya sangat baik
- penonton memenuhi ruang tempat duduk
- tuan pegawai daerah tiba dan disambut oleh Guru Besar
- dimulakan dengan perbarisan lintas hormat

- merasmikan temasya

Perenggan ke-4
- acara sukan dilangsungkan
- berjalan lancar dan teratur
- rehat pada pukul 10.00 pagi sebelum disambung semula
- larian 400 meter menjadi acara kemuncak
- acara selesai; penyampaian hadiah dilakukan oleh pegawai pendidikan daerah
Penutup
- rumah kuning johan keseluruhan
- temasya tamat
- hadirin menghadiri jamuan di kantin sebelum bersurai

** ** ** ** ** **

Laporan Temasya Sukan Ke-10 Sekolah Kebangsaan Seri Tualang

Pada 14 Mac 2010, Sekolah Kebangsaan Seri Tualang telah mengadakan termasya sukan yang ke-10.
Termasya sukan ini diadakan di padang sekolah bermula pada pukul 8.30 pagi.

Sehari sebelum temasya itu dimulakan, kerja-kerja membuat persiapan terakhir telah dilaksanakan.
Khemah-khemah didirikan dan dihias dengan cantik. Beberapa orang pekerja sekolah, guru dan murid
berganding bahu meyiapkan kerja-kerja tersebut. Papan mencatat markah rumah-rumah sukan
diletakkan di tengah-tengah padang. Manakala, bendera rumah sukan, bendera Negeri Pahang dan Jalur
Gemilang dikibarkan di bahagian depan astaka.

Keadaan cuaca pada pagi temasya sukan itu sangat baik. Pada pukul 8.00 pagi, semua hadirin termasuk
ibu bapa mula memenuhi ruang tempat duduk yang disediakan di sebelah astaka. Tuan Pegawai
Pendidikan Daerah Temerloh yang tiba kira-kira pukul 8.10 pagi disambut oleh Guru Besar sekolah iaitu
Encik Awang Satip bin Mat Salleh serta Pengerusi PIBG. Acara dimulakan dengan perbarisan lintas

hormat para peserta yang mengambil bahagian. Pegawai Pendidikan Daerah menerima tabik hormat
dan seterusnya merasmikan sukan tersebut.

Selepas upacara perasmian dilakukan, acara sukan pun dilangsungkan. Acara-acara yang dijalankan
berjalan lancar dan teratur. Acara sukan berhenti untuk rehat pada pukul 10.00 pagi dan disambung
semula setengah jam kemudian. Acara lari 4 X 100 meter menjadi acara kemuncak sukan pada hari itu.
Kira-kira pukul 11.30 pagi, semua acara tamat. Seterusnya, acara penyampaian hadiah kepada para
pemenang pula dijalankan. Hadiah disampaikan oleh Tuan Pegawai Pendidikan Daerah dengan diiringi
oleh Tuan Guru Besar.

Pasukan yang menjadi juara pada kejohanan sukan ke-10 ini ialah pasukan Rumah Kuning. Temasya
sukan ini tamat kira-kira pada pukul 12.30 tengah hari. Sebelum bersurai, semua hadirin dijemput untuk
menikmati jamuan yang disediakan di kantin.

Laporan disediakan oleh,

..............................................................
(Nur Rafhanah Izzah binti Ahmad Zaidee)

16 Mac 2010

PERHIMPUNAN SEKOLAH
Perhimpunan sekolah saya diadakan pada setiap hari Isnin.Selepas loceng berbunyi,murid-murid beratur
dan berkumpul di dewan mengikut kelas masing-masing.

Pada mulanya,murid-murid berdiri tegak menyanyikan lagu Negaraku dan lagu Negeri
Johor.Serentak itu, Jalur Gemilang dinaikkan oleh pengawas.Kemudian,ketua pengawas mengetuai
semua murid melafazkan ikrar.Murid-murid membaca ikrar dengan penuh semangat.
Selepas itu,guru penolong kanan membuat beberapa pengumuman.Beliau selalu menasihati
murid-murid agar mematuhi peraturan dan menjaga kebersihan sekolah.Murid-murid pasang telinga
dan mendengar dengan teliti semasa guru berucap.
Kemudian,Guru Besar dijemput untuk memberikan ucapannya.Beliau menasihati murid supaya
rajin belajar untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.Guru Besar juga
menyampaikan hadiah kepada murid yang mencapai kejayaan.Beliau mengucapkan tahniah kepada
murid yang telah mengharumkan nama sekolah.
Semasa perhimpunan diadakan,guru bertugas mengawal disiplin murid di dewan.Murid-murid
senyap dan berdisiplin semasa perhimpunan dijalankan.Perhimpunan mengambil masa lebih kurang
setengah jam. Perhimpunan diakhiri dengan nyanyian lagu sekolah dan lagu 1 Malaysia.
Selepas bersurai,murid-murid beratur dengan tertib untuk pulang ke bilik darjah masing-masing.

Kamu telah menghadiri satu Kem Motivasi UPSR di sekolah. Tuliskan catatan tentang kem motivasi
tersebut.
KEM MOTIVASI
Rangka Karangan
Rangka 1

Rangka 2

Format Catatan Tarikh, masa

Pendahuluan

Isi 1: - mendaftar
- ucapan perasmian

Isi 2: - pengisian ceramah nasihat - teknik menjawab soalan

Isi 3: - rehat
- menyanyi dan bermain

Isi 4: - ucapan penutup


- penyampaian cenderamata.

Penutup: perasaan

Karangan Contoh

20 April 2007
7.30 pagi : Kami mendaftar diri. Kemudian, murid berkumpul di dewan.
8.00 pagi : Guru Besar memberi ucapan.Guru besar menasihati kami agar belajar
bersungguh-sungguh.
8.30 pagi : Penceramah menyampaikan ceramah.Beliau memberi pelbagai
nasihat kepada murid. Kami juga diajar cara menjawab soalan Bahasa
Malaysia.
10.00 pagi : Rehat dan makan di kantin.
10.30 pagi : Menyanyi dan bermain
11.30 pagi : Guru Besar menyampaikan cenderamata.
12.00 tengah hari : Kami balik dengan perasaan yang gembira.

Sekolah kamu telah mengadakan Hari Sukan. Tuliskan sebuah karangan mengenai hari sukan tersebut.

Rangka Karangan:

Pen

- tarikh /tempat / masa diadakan

Isi 1

- Persedian sebelum sukan


- agihan kumpulan - latihan - dirikan khemah - hias padang

Isi 2

- Semasa Sukan

- Perarakan /perasmian / ikrar

Isi 3

- Acara dipertandingkan - Ibu-bapa -Pegawai

Isi 4

- Pasukan pemenang

suasana

- olahragawan/olahragawati -hadiah - guru besar- jamuan

Penutup Perasaan / letih / gembira

Karangan Contoh:

Pada _________Ahad yang lalu, sekolah saya mengadakan hari sukan. Sukan itu diadakan di
_____________ sekolah.
Sukan itu dirasmikan oleh _____________ PIBG. Mula-mula murid-murid berjalan
______________ padang.
Selepas itu, acara __________ pun dimulakan. Acara __________ ialah lumba lari 100 meter.
Murid-murid ____________ semasa kawan mereka berlari. Pasukan Merah telah menjadi
__________. Guru besar menyampaikan ___________ kepada pemenang.

Sukan itu __________ pada pukul 2.00 petang.

keliling
hari
Pengerusi
sukan
johan
bersorak
padang
pertama
tamat
hadiah

KEBAIKAN SAHABAT
Antara kebaikan sahabat-sahabat saya ini ialah mereka suka membantu saya dalam pelajaran.
Misalnya, jikalau saya menghadapi masalah dalam menyelesaikan soalan Matematik, mereka akan
membantu saya mencari penyelesaiannya. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan penguasaan
saya dalam mata pelajaran Matematik.

Selain itu, sahabat saya juga suka mengajak saya bermain bersama-sama mereka. Contohnya saya
suka bermain bola sepak bersama-sama mereka di padang permainan berhampiran dengan rumah saya.
Ini dapat mengeratkan hubungan persahabatan di samping dapat menyihatkan tubuh badan kami.
Seterusnya sahabat saya ini juga memberikan bantuan jika saya berada dalam kesusahan.
Misalnya, saya pernah kehilangan wang di kantin sekolah. Sahabat saya telah bermurah hati
memberikan sedikit wang kepada saya untuk dibuat belanja membeli makanan.

Akhir sekali, sahabat saya sering meminjamkan buku cerita kepada saya. Contohnya, kami sering
bertukar-tukar buku cerita atau komik yang kami beli di kedai buku. Ini secara tidak langsung dapat
menanbahkan pengetahuan kami bersama.

Kesimpulannya, saya bersyukur kerana mempunyai sahabat-sahabat yang baik hati.Bagai isi
dengan kuku begitulah perumpamaan yang sesuai untuk menggambarkan hubungan persahabatan saya
ini. Harapan saya semoga persahabatan saya ini akan berkekalan.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PENERBITAN MAJALAH

Persatuan Bahasa Malaysia,


Sekolah Kebangsaan Taman Kim Soon,
70400 Seremban,
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.
_______________________________________________________________________________
Tuan Pengarah Urusan,
Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd.,
50-54, Lorong Rahim Kajai 14,
Taman Tun Dr.Ismail,
60000 KUALA LUMPUR.

6 OGOS 2011

Tuan,
Lawatan Sambil Belajar Ke Penerbitan Karangkraf
Merujuk perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa ahli-ahli Persatuan Bahasa Malaysia sekolah
kami bercadang untuk ke penerbitan tuan. Lawatan tersebut sebagai satu cara untuk mendedahkan ahli
dengan pengalaman penerbitan. Ini selaras dengan hasrat kami untuk menerbitkan buletin persatuan.

2.
Ini merupakan lawatan pertama dari sekolah kami ke penerbitan tuan. Ahli-ahli memang
berharap sangat untuk mengetahui cara-cara penerbitan majalah Dewan Pelajar. Untuk pengetahuan
tuan, majalah tersebut kami langgani sebanyak 200 naskah sebulan.

3.
Sehubungan dengan itu , bersama-sama ini disertakan butir-butir lengkap untuk maklumat pihak
tuan.
3.1. Tarikh : Sabtu, 24 OGOS 2001
3.2. Waktu : 9:30 pagi 11:30 tengahhari
3.3. Peserta : 40 orang murid dan empat orang guru

4.
Bagaimanapun, jika tarikh tersebut tidak sesuai, pihak tuan boleh mengubah tarikh lain. Kami
sedia menanti waktu yang sesuai ke tempat tuan. Namun, sama ada kunjungan kami diterima atau tidak,
diharapkan berilah jawapan segera untuk memudahkan kami membuat persiapan.
5. Kerjasama dan perhatian tuan memang kami harapkan. Kami yakin pihak tuan tidak akan
mengecewakan harapan kami. Sesungguhnya ada jalan untuk kami ke penerbitan tuan.
Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

Farizah Dakir
(FARIZAH BINTI DAKIR)
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Malaysia,
Sekolah Kebangsaan Taman Kim Soon.

,
Soalan :
Sekolah kamu telah menganjurkan bulan kemerdekaan. Tuliskan berita tentang bulan kemerdekaan
tersebut.

RAWANG, Jumaat- Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Puteri telah menganjurkan Bulan Kemerdekaan
pada bulan Ogos baru-baru ini. Banyak aktiviti menarik telah diadakan sepanjang bulan tersebut.

Tujuan Bulan Kemerdekaan ini diadakan adalah untuk menyemai sikap patriotik dalam kalangan
murid-murid. Di samping itu, aktiviti ini dapat memberi pendedahan kepada murid-murid tentang
sejarah kemerdekaan negara. Murid-murid juga dapat mengenal tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan.

Pada 15 Ogos, upacara perasmian dan pelancaran telah dilakukan oleh puan Guru Besar. Beliau
mengingatkan murid-murid supaya bersyukur dapat tinggal di negara yang aman. Keamanan ini perlu
dipertahankan oleh generasi muda.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah pertandingan pidato, pertandingan menulis esei,
pertandingan melukis poster dan pameran tentang sejarah kemerdekaan. Pertandingan terbuka untuk
murid-murid Tahap 1 dan Tahap 2. Pertandingan Kibar Jalur Gemilang antara kelas juga turut diadakan.

Pada acara penutup,Guru Besar telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang
pertandingan. Para pemenang telah menerima hadiah berupa trofi dan hamper. Sebelum bersurai,
semua murid diminta melaungkan kalimah Merdeka dengan penuh semangat.

Pihak sekolah berharap semangat sayang akan negara tetap terus berkekalan di jiwa setiap murid
di sekolah ini.

Soalan :
Tuliskan syarahan yang bertajuk Pentingnya Menjaga Kebersihan di Sekolah

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, para hakim yang adil lagi
bijaksana, guru-guru dan rakan sekalian. Selamat sejahtera saya ucapkan. Pada pagi ini saya ingin
menyampaikan syarahan yang bertajuk Pentingnya Menjaga Kebersihan Sekolah.

Hadirin yang dihormati,


Kebersihan penting dalam hidup seseorang insan. Hidup yang bersih menerajui hidup yang sihat. Selain
kebersihan diri, pakaian dan tempat tinggal, kebersihan sekolah juga perlu dititikberatkan.

Sekolah ialah tempat untuk menimba ilmu pengetahuan dan membentuk sahsiah murid.
Persekitaran yang bersih memudahkan penerimaan pelajaran yang diajar. Kesannya, suasana kelas yang
kondusif merangsang murid untuk mengikuti pembelajaran.

Hadirin yang dikasihi,


Sekolah
yang bersih menimbulkan suasana yang ceria dan selesa. Suasana ini merangsang murid untuk berfikiran
positif dan mempunyai minda yang tenang. Oleh itu, murid-murid dapat menjauhkan diri daripada gejala
negatif.

Selain itu, sekolah yang bersih dapat meningkatkan imej sekolah di mata masyarakat. Hal ini
kerana masyarakat menilai sekolah bukan sahaja dari segi kelakuan dan pencapaian murid, tetapi juga
persekitaran sekolah yang bersih. Dengan itu ibu bapa dan anggota masyarakat akan berasa seronok
untuk berkunjung ke sekolah yang sentiasa bersih.

Akhir sekali, menjaga kebersihan sekolah itu penting adalah untuk memupuk rasa kecintaan murid
terhadap sekolah. Contohnya, murid-murid sentiasa bekerjasama menjaga kebersihan kelas dan
persekitaran sekolah dan tidak membuang sampah merata-rata. Hal ini akan membentuk murid-murid
yang sayang akan sekolahnya.
Hadirin yang dimuliakan,
Jelaslah kebersihan sekolah patut dijaga. Oleh itu sama-samalah kita menjaga kebersihan sekolah
demi kebaikan bersama.

Sekian, terima kasih.

Soalan.
Kamu menyertai perkhemahan pada cuti sekolah yang lalu. Tulis catatan tentang aktiviti
perkhemahan tersebut.
Jawapan Contoh:
Sabtu, 12 Mac 2011
7.00 pagi
Aku bangun awal pagi. Aku bersiap-siap untuk menyertai perkhemahan yang dianjurkan oleh Persatuan
Pengakap. Ayah menghantar aku ke sekolah.
7.30 pagi
Kami berkumpul di sekolah. Cikgu Rashid meneliti senarai nama para peserta. Setelah itu kami pun
bertolak ke Hutan Reakreasi Ulu Yam. Kami ke sana dengan bas. Pemandangan sepanjang jalan ke sana
memang indah. Keadaan jalan agak bengkang-bengkok.
10.30 pagi
Kami tiba di tempat perkhemahan itu. Kami segera mencari tapak yang sesuai untuk mendirikan
khemah. Kami bersama-sama mendirikan khemah. Cikgu Rashid membahagi-bahagikan tugas. Aku dan
Fuad diminta mengambil air. Beberapa orang membantu Cikgu Rashid untuk menyediakan makanan.
Selepas makan, kami rehat seketika.

2.30 petang
Kami mengadakan sukaneka, pertandingan membuat ikatan, dan mencari harta karun. Aku telah
memenangi acara membuat ikatan. Kemudian, kami berehat sambil minum petang. Aku dan beberapa
orang rakan bermandi-manda di air terjun yang terdapat di situ. Airnya memang sejuk. Tiba-tiba Suresh
menjerit. Kami segera mendapatkannya. Rupa-rupanya seekor pacat di kakinya. Borhan segera
membuang pacat itu. Kami ketawa apabila melihat wajah Suresh.
8.30 malam
Selepas makan malam, kami membuat unggun api dan duduk mengelilinginya. Kami bernyanyi sambil
bertepuk tangan. Ada pelbagai persembahan turut diadakan. Antaranya tarian, nyanyian, lakonan dan
sebagainya. Sebelum masuk tidur, kami berbual-bual seketika. Suasana alam itu sungguh nyaman.
Kedengaran deruan air terjun.
Ahad, 13 Mac 2011
7.40 pagi
Kami bangun awal pagi. Kami membuat senam robik. Setelah itu, kami masak nasi goreng untuk
sarapan. Cikgu Rashid membenarkan kami mandi-manda di air terjun. Kemudian, kami mengemaskan
barang untuk pulang. Kami membersihkan kawasan perkhemahan itu. Aku berasa gembira kerana
berpeluang menyertai perkhemahan seperti ini.

Soalan:
Baru-baru ini rakan kamu telah terpilih sebagai Tokoh Nilam. Kamu telah menemu ramahnya untuk
mengetahui tentang faedah-faedah membaca buku. Tulis temu ramah kamu itu selengkapnya.

Jawapan Contoh

Anita

: Apa khabar Zambri? Tahniah kerana tepilih sebagai Tokoh Nilam.

Zambri

: Khabar baik. Terima Kasih atas penghargaan kamu itu.

Anita

: Kamu memang rajin membaca. Saya ingin mengetahui apakah kelebihannya apabila
kita banyak membaca buku cerita?

Zambri

: Sebenarnya Anita, dengan membaca kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan.


Sebagai contoh, apabila saya membaca buku-buku sejarah negara kita. Kesannya, saya
lebih menghormati dan menyanjung tinggi pengorbanan para pemimpin negara yang
telah banyak berjasa.

Anita

: Bagaimana dengan kemahiran kita berbahasa kamu?

Zambri

: Membaca dapat meningkatkan penguasaan saya dalam berbahasa. Sebagai contoh,


sekiranya saya menemui kosa kata yang tidak saya fahami, saya akan terus merujuki
kamus. Penguasaan bahasa saya bertambah baik dan saya mampu mengarang dalam
Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

Anita

: Adakah tabiat itu tidak membuang masa?

Zambri : Sebenarnya dengan membaca, kita telah mengguna masa terluang kita dengan baik.
Hal ini dapat mengelakkan kita daripada bergaul dengan budak-budak nakal. Dengan
demikian tidaklah kita terjebak ke dalam kancah gejala sosial.
Anita

: Bagaimanakah perasaan kamu setelah selesai membaca sesuatu buku?

Zambri : Membaca buku ibarat hiburan kepada saya. Setelah selesai membaca sesuatu buku,
saya akan berasa seronok dan puas. Fikiran saya akan menjadi tenang dan selepas itu mudahlah
untuk saya mengulang kaji pelajaran.
Anita

: Terima kasih kerana sudi ditemu ramah. Tahniah sekali lagi saya ucapkan.

Zambri : Terima kasih. Mari saya tunjukkan koleksi buku saya.

Pengalaman menghadiri majlis perkahwinan .

Pada cuti persekolahan yang lalu, saya sekeluarga telah menghadiri suatu majlis perkahwinan
saudara saya yang diadakan di kampung ayah saya di Jelapang. Kami pergi ke sana dengan menaiki
kereta yang dipandu oleh ayah.

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Jelapang mengambil masa kira-kira tiga jam. Ayah menggunakan
Lebuh Raya PLUS kerana ingin cepat sampai. Pemandangan semasa perjalanan ke sana sungguh menarik
serta mengasyikkan.

Kami tiba di rumah saudara kami kira-kira pada pukul 10.00 pagi. Ketibaan kami disambut oleh
datuk dan nenek. Suasa di sana riuh-rendah dan keadaan menjadi sibuk dengan kehadiran saudara mara
yang turut sama membantu. Saya dan ayah turut sama membantu menyusun kerusi dan meja untuk
tetamu, manakala kakak dan ibu pula membantu menghias pelamin.

Pada pukul 11.30 pagi, segala persiapan telah selesai. Banyak jemputan, saudara mara dan
sahabat handai yang hadir untuk memeriahkan majlis perkahwinan tersebut. Saya dan jiran tetangga
yang lain membantu mengangkat hidangan dan melayan tetamu yang hadir.

Tepat pada pukul 2.00 petang, kehadiran pengantin lelaki telah disambut dengan paluan
kompang. Selepas itu, kedua-dua mempelai bersanding di atas pelamin. Mereka kelihatan sama cantik
seperti pinang dibelah dua. Banyak hadiah yang diterima oleh pengantin tersebut.

Pada pukul 5.00 petang, majlis perkahwinan tersebut telah selesai. Pada keesokan harinya, kami
sekeluarga pulang semula ke Kuala Lumpur. Saya berasa amat gembira dan pengalaman ini tidak dapat
saya lupakan.

Kebaikan dan Keburukan Menggunakan Internet

Internet merupakan sistem komunikasi yang direka cipta untuk menyampaikan maklumat dari
serata dunia. Sistem ini boleh dicapai melalui komputer dan televisyen. Dengan kecanggihan teknologi
masa kini, internet boleh juga dilayari melalui telefon bimbit.

Melalui internet, kita akan dapat mengetahui sesuatu maklumat dari serata dunia dengan lebih
cepat terutamanya tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan hal ehwal semasa. Oleh itu, minda
kita akan lebih terbuka dan sentiasa terkini dengan berita-berita dari seluruh pelosok dunia.

Kita juga boleh menambahkan pengetahuan dengan menjadikan internet sebagai tempat untuk
mencari maklumat yang ingin kita ketahui. Contohnya kita dapat mengetahui perkembangan dalam
bidang sains dan teknologi melalui laman sesawang tertentu. Ini boleh menjadi satu sumber rujukan dan
membantu proses pembelajaran di dalam kelas.

Namun begitu, keburukan internet tidak dapat disangkal terutama tentang budaya kuning. Bagi
mereka yang mudah terpengaruh, mereka akan meniru bulat-bulat perkara negatif yang dipaparkan. Hal
demikian akan menyebabkan perkara-perkara negatif meresap masuk dalam budaya masyarakat kita
hari ini.
Bagi sesetengah golongan murid pula, internet akan menyebabkan mereka membuang masa
dengan sia-sia . Kerana terlalu asyik dengan internet, mereka malas untuk mengulang kaji pelajaran.
Akibatnya, pelajaran mereka merosot dan keputusan peperiksaan mereka terjejas.

Sistem komunikasi internet ini sememangnya ada kebaikan dan keburukannya. Teknologi ini perlu
dipelajari dan digunakan dengan sebaik-baiknya. Oleh itu, kita perlu pandai memilih dan menilai untuk
mendapat manfaat daripadanya.

Suasana pada malam itu agak dingin kerana hujan turun renyai-renyai. Jam pada dinding menunjukkan
pukul 10.00 malam. Ibu dan ayahku masih belum pulang. Tiba-tiba

Tiba-tiba aku terdengar satu bunyi dentuman yang kuat dari luar rumahku. Aku meluru ke
tingkap. Aku mengintai keluar, namun objek yang aku lihat tidak jelas kerana suasana agak kelam. Aku
mengambil keputusan untuk keluar menyiasat. Aku mencapai payung yang terletak di tepi pintu.

Setelah aku menghampiri tempat tersebut, barulah aku dapat melihat rupa-rupanya satu
kemalangan telah berlaku. Kemalangan tersebut melibatkan sebuah kereta dengan sebuah motosikal.
Kedua-dua kenderaan tersebut datang dari arah yang bertentangan.

Aku agak terkejut apabila ternampak penunggang motosikal tu terperosok di bawah kereta.
Pemandu kereta itu pula kelihatan cedera parah dan pengsan di tempat duduknya. Aku segera masuk
semula ke dalam rumah lalu menghubungi talian kecemasan bagi mendapatkan bantuan ambulans dan
polis.

Setelah itu, aku keluar dan memanggil jiran-jiran untuk memaklumkan kejadian tersebut. Ada
juga yang sudah menjengah-jengah di muka pintu kerana mereka turut mendengar bunyi dentuman
tadi. Mereka segera datang memberi bantuan. Kami cuba mengeluarkan pemandu dan penunggang
yang cedera itu dengan berhati-hati.

Sejurus kami dapat mengeluarkan penunggang motosikal itu dari bawah kereta, ambulans pun
tiba. Rawatan lanjut diberikan kepadanya. Kedua-dua mereka segera dikejarkan ke hospital.

Tidak lama kemudian ibu bapaku pulang. Aku menceritakan apa yang telah berlaku kepada
mereka. Aku bersyukur kerana dapat menghulurkan bantuan kepada mangsa kemalangan itu. Kejadian
itu memberi peringatan kepadaku agar lebih berhati-hati ketika di jalan raya.

Akhiri karangan anda dengan.kejadian itu tetap dalam ingatanku hingga ke hari ini.

Aku mengimbas kembali kejadian yang berlaku beberapa tahun lalu. Ketika itu aku dan rakanrakanku gemar berbasikal bersama-sama. Kami juga suka menunggang basikal dengan laju sambil
bersaing-saing.

Petang itu seperti biasa kami berbasikal ketika pulang dari latihan sukan di sekolah. Azmi telah
mengajak kami berlumba hingga ke hujung simpang. Tanpa berlengah, kamipun menyahut cabarannya.

Sedang asyik berlumba, malang tidak berbau. Azmi tidak dapat mengawal basikalnya lalu
terhumban ke dalam sebuah longkang besar. Badannya berlumuran dengan darah. Basikalnya remuk
kerana terlanggar tembok longkang.

Kami berasa amat cemas dan panik melihat kejadian yang berlaku dalam sekelip mata itu. Namun
apabila melihat Azmi meraung kesakitan, kami segera menghulurkan bantuan. Kami memapahkan Azmi
keluar dari longkang lalu membaringkannya di atas rumput.

Aku segera mengeluarkan sapu tangan lalu mengelap darah pada bahagian kepala dan kaki Azmi.
Azmi berkerut menahan kesakitan, sementara itu nasib kami baik apabila ada seorang pemuda
memberhentikan kereta lalu memberikan pertolongan. Azmi segera dikejarkan ke hospital.

Akibat kecederaan yang agak parah, Azmi telah diberikan sepuluh jahitan pada lukanya. Kakinya
pula berbalut dengan simen kerana tulangnya patah. Kami benar-benar insaf melihat tragedi yang
menimpa Azmi. Wlaupun telah lama berlalu, namun demikian kejadian itu tetap dalam ingatanku hingga
ke hari ini.

Kepentingan Perpustakaan

Setiap sekolah pasti dilengkapi dengan perpustakaan. Di perpustakaan terdapat pelbagai jenis
bahan bacaan, antaranya buku cerita, novel, majalah dan akhbar. Buku-buku cerita yang terdapat di
perpustakaan boleh dipinjam dengan menggunakan kad pinjaman.

Antara kepentingan perpustakaan adalah dapat memupuk amalan membaca serta mampu
meningkatkan pengetahuan seseorang. Sebagai contoh jika kita membaca buku tentang sejarah tokoh
negara, kita akan menambahkan pengetahuan tentang sejarah negarawan. Pengetahuan yang ditimba
itu dapat menyemai semangat patriotik terhadap negara.

Jika kita sering mengunjungi perpustakaan, kita dapat memanfaatkan masa lapang. Hal yang
demikian menjadikan kita tidak membazirkan masa yang terluang. Kita juga tidak terjebak dengan
perkara-perkara yang tidak berfaedah seperti bergaul dengan budak-budak nakal.

Membaca buku-buku yang terdapat di perpustakaan dapat memberi hiburan kepada kita.
Contohnya kita akan terhibur dengan cerita-cerita lucu yang dibaca atau mendapat pengajaran dan
iktibar daripada cerita tersebut. Hati kita akan menjadi tenang dan gembira dengan bacaan tersebut.

Melalui buku-buku yang dipinjam dan dibaca dari perpustakaan juga akan dapat meningkatkan
penguasaan bahasa seseorang murid. Contohnya kita dapat mempelajari kosa kata baru yang boleh
digunakan semula dalam penulisan karangan. Jika kita tidak tahu makna sesuatu perkataan pula, boleh
dirujuk di dalam kamus. Secara tidak langsung kita dapat menambahkan perbendaharaan kata yang baik
dan berguna untuk kita.

Sesungguhnya, perpustakaan merupakan gedung ilmu yang perlu dikunjungi oleh setiap murid.
Kemudahan yang ada di perpustakaan jangan dipersia-siakan. Sama-samalah kita menjaga buku-buku
yang ada di dalam perpustakaan kerana buku-buku itu akan digunakan oleh orang lain pula.

Pengalaman Menyertai Kem Motivasi UPSR

Pada minggu yang lepas, sekolah saya telah mengadakan Kem Motivasi UPSR. Kem motivasi
sehari ini telah diadakan bertempat di dewan sekolah saya. Saya dan rakan-rakan turut tidak ketinggalan
menyertai program yang amat bermanfaat kepada murid-murid tahun enam ini.

Pagi itu, saya dan rakan-rakan telah mendaftarkan diri dengan guru kelas masing-masing. Kami
telah mendapat fail yang berisi bahan-bahan pembelajaran. Kemudian kami telah diarahkan beratur
untuk masuk ke dalam dewan.

Setelah masuk ke dalam dewan, Cikgu Azlina selaku penyelaras kem motivasi telah memberikan
taklimat. Kami telah diberitahu tentang atur cara dan peraturan kem motivasi ini. Kemudian Guru Besar
telah dijemput untuk menyampaikan ucapan dan merasmikan kem motivasi ini.

Seterusnya bermulalah ceramah teknik menjawab soalan UPSR. Ceramah yang diadakan selama
dua jam bagi setiap mata pelajaran meliputi subjek Bahasa Malaysia, Matematik, Sains dan Bahasa
Inggeris. Penceramah yang dijemput merupakan guru-guru pakar dan berpengalaman dalam bidang
masing-masing.

Saya dan rakan-rakan berasa sungguh berkeyakinan dan teruja setelah mendengar ceramah
motivasi tersebut. Banyak pengetahuan dan ilmu yang bermanfaat dapat ditimba melalui penceramahpenceramah. Ini menjadikan saya lebih bersemangat untuk menghadapi peperiksaan UPSR.

Setelah seharian berada di dalam dewan untuk mendengar ceramah, kami pun dibenarkan pulang
kira-kira pada pukul 6.30 petang. Walaupun agak kepenatan namun saya dan rakan-rakan menyimpan
azam untuk belajar bersungguh-sungguh bagi mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR kelak.

Tuliskan suatu cerita berdasarkan peribahasa Air Dicencang Tidak Akan Putus

Abang Farid dengan Kak Mazni perang dingin. Beberapa bulan mereka tidak bertegur sapa.
Puncanya ialah kebun getah yang ditinggalkan oleh ayah. Sebelum ayah meninggal dunia, ayah telah
mewasiatkan kebun getah itu kepada aku, Abang Farid dan Kak Mazni. Arwah ayah berharap agar kami
mengusahakan kebun itu bersama-sama. Aku tahu bahawa niat arwah ayah baik. Beliau mahu kami
adik-beradik bersatu hati. Namun begitu, niat arwah ayah tidak tercapai gara-gara sikap Abang Farid dan
Kak Mazni.
Kak Mazni mahu menjual kebun getah itu. Alasannya tiada sesiapa ingin mengusahakannya.
Lagipun, tidak ada sesiapa antara kami tinggal di kampung. Masing-masing ada kerjaya sendiri.
Abang Farid tetap tidak bersetuju akan cadangan kakak Mazni. Lagipun, arwah ayah sudah
berpesan agar jangan sekali-kali menjual tanah itu. Kak Mazni menyatakan bahawa ada ejen hartanah
yang sanggup membeli tanah itu dengan harga yang tinggi. Kak Mazni menuduh abang Farid ingin
membolot harta itu. Akibatnya, abang Farid dengan Kak Mazni bermasam muka.
Hari ini Abang Farid mengadakan kenduri arwah di rumah pusaka kami. Banyak saudara- mara
dan jiran yang hadir ke majlis itu. Aku memberitahu Kak Mazni tentang kenduri itu. Aku mengajaknya
pulang ke kampung. Aku tertunggu-tunggu kedatangan Kak Mazni tetapi hingga majlis itu selesai, Kak
Mazni tidak juga muncul.
Ketika aku dan Abang Farid mengemas di halaman rumah, sebuah kereta masuk. Sebaik sahaja
kereta itu berhenti, Kak Mazni terus keluar dari kereta itu. Dia terus menerpa ke arah aku dan Abang
Farid. Dia terus bersalam dengan Abang Farid. Dia memohon maaf atas sikapnya. Air mata kegembiraan
berlinang di kelopak mataku. Inilah saat-saat yang aku nanti-nantikan. Aku ingin melihat adik-beradikku
berbaik semula seperti dahulu. Begitulah kata orang, air dicencang tidak akan putus.

Ucapan Sempena Hari Guru.

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, guru-guru yang dikasihi,
dan rakan-rakan yang budiman. Selamat pagi dan selamat sejahtera saya ucapkan. Saya mewakili muridmurid sekolah ini untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada guru-guru yang kami kasihi.
Hadirin yang saya hormati,

Hari guru disambut bagi mengenang jasa-jasa dan pengorbanan guru, Sesungguhnya, jasa dan
pengorbanan para guru terhadap kami amat bernilai dan rasanya tidak terbalas dengan wang ringgit.
Tanpa guru kami umpama orang buta yang kehilangan tongkat. Guru umpama lilin, membakar dirinya
semata-mata untuk kesejahteraan orang lain.

Tugas sebagai guru memang mencabar dan memerlukan kesabaran. Guru memberikan bimbingan
dan pendidikan kepada kami. Tiada lain harapan mereka selain ingin melihat kami berjaya demi masa
depan. Guru bukan sahaja mengajar malah terpaksa menghadapi pelbagai karenah kami.

Selain itu, guru turut berusaha untuk membantu serta memberi galakan kepada kami untuk
berusaha demi kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Segala tunjuka ajar dan nasihat gurun amat
kami hargai. Guru berbuat demikian demi kebaikan kami juga.

Hadirin yang dikasihi,


Pada hari yang bersejarah ini, saya serta rakan-rakan yang lain ingin mengucapkan terima kasih
kepada guru-guru yang telah mendidik kami. Sebagai tanda ingatan kami terhadap jasa dan
pengorbanan guru, saya serta murid-murid yang lain ingin menyampaikan cenderamata kepada Tuan
guru Besar. Akhir kata, sekali lagi saya ucapkan selamat hari guru. Semoga guru-guru yang kami kasihi
dilimpahi kesejahteraan dan terus mendidik kami tanpa berasa jemu.

Sekian, terima kasih.

Kerangka Karangan - Cara-cara Mengatasi Masalah Ponteng Sekolah dalam kalangan Pelajar

Pendahuluan:
Masalah ini bukan masalah baru - tabiat buruk ini mengundang banyak gejala negatif - tidak boleh
dipandang enteng - perlu ambil inisiatif untuk mengatasinya

Isi-isi:
Sentiasa mengingatkan dan beri kesedaran kepada para pelajar agar tidak ponteng - sarankan setiap
pelajar mainkan peranan yang baik sebagai pelajar - elak penggantungan sekolah
Unit kaunseling di sekolah/ Pembimbing Rakan Sebaya - kumpul pelajar-pelajar yang ada rekod ponteng
- beri motivasi atau kaunseling - ubah sikap
Tindakan disiplin atau hukuman yang keras (contoh: gantung sekolah, buang sekolah) - memberi
pengajaran kepada pelajar yang ponteng - peringatan kepada pelajar lain
Minta kerjasama PIBG - ibu bapa dan guru sama-sama gembleng tenaga - ambil peranan mengawasi
anak-anak
Minta pihak berkuasa tempatan membuat rondaan di kawasan yang menjadi tempat melepak seperti
pusat beli belah dan kafe siber - beri amaran/tangkap mereka

Penutuip:
Kerjasama semua pihak amat penting bagi menangani masalah ini - 'bagai aur dengan tebing' - jangan
bersikap tuding jari sebaliknya semua pihak harus berusaha membanteras masalah ini hingga ke akar
umbi

Anda mungkin juga menyukai