Anda di halaman 1dari 52

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL,

KEMENTERIAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,


PENDIDIKAN ARAS 5&6, BLOK E14, PARCEL E,
MALAYSIA PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA.

NOTA KURSUS
SEMESTER SEMESTER 1 SVM SESI 2018/2021

JABATAN JABATAN TEKNOLOGI ELEKTRIK & ELEKTRONIK

PROGRAM TEKNOLOGI ELEKTRONIK

KOD / KURSUS ETN1033 –INDUSTRIAL ELECTRONIC EQUIPMENT INSTALLATION


K1- MENGENALPASTI KEPERLUAN PEMASANGAN PERALATAN
ELEKTRONIK INDUSTRI
KOMPETENSI K2- MEMASANG PERALATAN ELEKTRONIK INDUSTRI
K3- MENGESAHKAN PENERIMAAN PELANGGAN
K4- LAPORAN AKTIVITI PEMASANGAN ALAT ELEKTRONIK INDUSTRI

KOMPETENSI UNIT

Pemasangan peralatan elektronik Industri adalah untuk memasang


peralatan elektronik mengikut manual dan spesifikasi pengeluar.
HASIL Pelajar boleh mengenalpasti kaedah pemasangan peralatan
PEMBELAJARAN elektronik, menjalankan aktiviti pemasangan peralatan elektronik,
memeriksa pemasangan peralatan elektronik perindustrian mengikut
spesifikasi dan mencadangkan prosedur pemasangan.

TARIKH

NO KOD ETN1033 KOD JPK EE-201-2:2012-C03


MAKLUMAT CALON

NAMA KUMPULAN
NO. KAD ANGKA
PENGENALAN GILIRAN
DISEDIAKAN OLEH: DISAHKAN OLEH:

………………………………… ………………………………… TN
NURLIANA BINTI MATAM HJ GHAZALI BIN YAACOB
(PENYELARAS) (KETUA PROGRAM)
TARIKH:
TARIKH:
NO. KOD ETN1033 INDUSTRIAL ELECTRONIC EQUIPMENT INSTALLATION Muka : 2 drp : 52

LANGKAH LANGKAH KESELAMATAN KEATAS PERALATAN

Langkah-langkah keselamatan dan keadaan peralatan mesti diambilkira sebelum peralatan itu di

pasang (install). Arahan-arahan pemasangan biasanya diberi oleh pembuat (manufacturer).

Arahan-arahan ini mesti dipatuhi sebelum kita mula membuat proses pemasangan. Contoh-

contoh arahan adalah seperti berikut :-

Langkah Keselamatan :-

i. Baca arahan yang diberi dalam installation Manual.

ii. Simpan alatan-alatan ini dengan selamat

iii. Patuhi semua amaran (warning).

iv. Ikut arahan yang diberi.

v. Bersihkan peralatan dengan kain yang bersih dan kering.

vi. Jangan tutup lubang pengudaraan di peralatan.

vii. Jangan pasang peralatan berhampiran dengan sumber haba seperti berhampiran

dengan radiator, stores dan sebagainya.

viii. Jangan pasang peralatan dalam ruang yang terhad. Sentiasa tinggalkan ruang

sekurang-kurangnya 4 inci di sekeliling peralatan untuk pengalihudaraan. Pastikan

langsir atau objek lain tidak menutup slot pengalihudaraan pada peralatan

tersebut.

ix. Jangan sekali-kali letakkan peralatan, kawalan jauh atau bateri berhampiran

dengan api terbuka atau sumber haba yang lain, termasuk cahaya matahari

langsung.

x. Elakkan suhu tinggi, kelembapan, air dan habuk.

xi. Peralatan tidak boleh didedahkan pada titisan atau percikan air.

2
NO. KOD ETN1033 INDUSTRIAL ELECTRONIC EQUIPMENT INSTALLATION Muka : 3 drp : 52

1. JENIS-JENIS PERALATAN ELEKTRONIK

Pelbagai jenis peralatan elektronik yang terdapat pada zaman sekarang. Peralatan elektronik
ini bagi memudahkan lagi kehidupan seharian manusia. Contoh-contoh peralatan yang biasa
terdapat di kilang, rumah dan pejabat adalah antaranya :-

i. Komputer
ii. Sistem Siaraya
iii. Persidangan Audio
iv. CCTV

2. SPESIFIKASI PERALATAN ELEKTRONIK

2.1 Komputer
Sebuah sistem komputer secara asasnya terdiri dari penerima input dan pemberi
output. Peranti input dan output adalah peralatan atau perkakasan yang digunakan
di dalam sebuah sistem computer

i. PERANTI INPUT
Peranti input adalah bahagian yang menerima kemasukan maklumat dari pengguna
komputer dan menghantar maklumat tersebut ke dalam komputer untuk diproses.
Antaranya :

PERANTI INPUT KETERANGAN


a. Mouse (tetikus)  Mouse menerima input pengguna berasaskan
sentuhan pada dua butang yang terdapat di atasnya.

 Butang tersebut biasanya digunakan untuk interaksi


pengguna di atas skrin seperti mengklik butang
tindakan, tutup/buka program dan yang
seumpamanya.

b. Keyboard (papan  Mempunyai struktur yang hampir sama seperti apa


kekunci) yang terdapat pada mesin taip.

 Digunakan untuk memasukkan teks ke dalam


komputer.

 Menaip surat, karangan, dan kertas kerja

3
NO. KOD ETN1033 INDUSTRIAL ELECTRONIC EQUIPMENT INSTALLATION Muka : 4 drp : 52

ii. PERANTI OUTPUT


Peranti output adalah bahagian yang memaparkan maklumat yang telah diproses oleh
komputer untuk dilihat atau digunakan oleh pengguna.

PERANTI OUTPUT KETERANGAN

Monitor  Memaparkan maklumat yang kelihatan


di atas skrin
 Maklumat yang biasa dipaparkan di atas
skrin adalah: gambar, permainan
komputer, tayangan filem

Projektor LCD  Fungsi yang sama seperti monitor tetapi


lebih digunakan untuk ditayangkan
disebuah bilik atau kawasan yang luas.

Pencetak
 Mengeluarkan maklumat dalam bentuk
salinan kertas.
 Juga dikenali sebagai pengeluar hard
copy.
 Salinan dalam disket dikenali sebagai
soft copy.

Speaker audio  Mengeluarkan maklumat dalam bentuk


bunyi/audio.

 Contohnya bunyi muzik, untuk menarik


perhatian pengguna

iii. KOMPONEN DI DALAM SEBUAH KOMPUTER Komponen

utama dalam sebuah sistem komputer adalah :-


 CPU (Unit Pemproses Pusat): memproses data
 Ingatan Sementara:
i. RAM (Ingatan Capaian Rawak)
ii. Cache (membantu pemprosesan oleh CPU)

 Ingatan Kekal:
i. Hard Disk (Cakera Keras)
ii. Disket
iii. ROM (Ingatan Baca Sahaja)
iv. Perkakasan atau Peranti Input/Output

4
NO. KOD ETN1033 INDUSTRIAL ELECTRONIC EQUIPMENT INSTALLATION Muka : 5 drp : 52

2.2 Siaraya
Sistem siaraya (sistem PA) adalah penguatan dan pengedaran sistem elektronik dengan
penguatkuasa audio (amplifier), pembesar suara, mikrofon. Antara perkakasan yang
berkaitan adalah pemain cakera video digital (DVD), televisyen dan wayar
penyambung.Digunakan untuk membolehkan seseorang untuk menangani awam yang besar

BIL PERKAKASAN NAMA FUNGSI

Menguatkan isyarat bunyi dan


menghantar isyarat bunyi ke
a pembesar suara.
AUDIO AMPLIFIER

Menukarkan gelombang elektrik


kepada gelombang bunyi.
b
PEMBESAR
SUARA

Mengesan gelombang bunyi dan


menukar kepada gelombang
c elektrik.
MIKROFON

Memainkan audio/video

CD/DVD
d
PEMAIN CAKERA Memainkan pelbagai jenis format
VIDEO DIGITAL data yang disimpan dalam disk
(DVD)

Memancarkan bunyi dengan imej


yang bergerak didalam monokrom
(hitam putih), berwarna dan dalam
e 2/3 dimensi.
TELEVISYEN
Example: CRT,LCD,
PLASMA,OLED TV

Menghubungkan semua
peralatan. Example:
f WAYAR
PENYAMBUNG  Male/female
 Mono/stereo
Kemampuan sistem untuk
menghasilkan semula kualiti
g bunyi dengan erutan yang
minima
SET HIFI 5
NO. KOD ETN1033 INDUSTRIAL ELECTRONIC EQUIPMENT INSTALLATION Muka : 6 drp : 52

PEMASANGAN CCTV

Televisyen Litar Tertutup atau nama bahasa inggerisnya Closed Circuit Television (CCTV) adalah
satu sistem litar tertutup dan kesemua elemen-elemennya adalah disambung secara
terus di antara satu sama lain . CCTV tidak seperti televisyen siaran yang memerlukan
penerima (receiver) tertentu yang perlu dilaras dengan betul untuk mendapatkan isyarat daripada
gelombang udara.

Aplikasi CCTV

CCTV digunakan secara meluas dalam sistem keselamatan seperti di kedai runcit, bank, bangunan
kerajaan dan lain-lain. Walau bagaimanapun, sebenarnya skop penggunanya adalah tidak terhad.
Antara contoh-contoh penggunaan yang lain adalah seperti berikut.

 Memerhatikan lalulintas atas jambatan.


 Merakam keadaan di dalam oven untuk mengenalpasti masalah.
 Sebagai satu sistem sementara untuk menjalankan penyelidikan di sesuatu pusat bandar.
 Penggunaan di stadium bola sepak.
 Tersembunyi di dalam bus untuk mengawal vandalisme.
 Merakamkan proses kelahiran anak gorilla di zoo.
 Menghasilkan satu program hidupan liar menggunakan model helikopter besar.
 Untuk tujuan fotografi aerial dari belon udara panas.
 Kawalan produktiviti di kilang.

 Di loji industri, peralatan CCTV digunakan untuk memerhatikan sebahagian proses


daripada bilik kawalan seperti contoh,apabila persekitaran tersebut tidak sesuai untuk
manusia.
 Sistem CCTV boleh beroperasi secara berterusan atau hanya beroperasi untuk
mengawasi sesuatu keadaan atau situasi.
 Bentuk sistem yang lebih maju berbanding CCTV,dengan memanfaatkan DVR (digital
video recorder),menawarkan rakaman yang lebih lama malahan sehingga
bertahun,dengan pilihan variasi kualiti dan prestasi serta ciri-ciri tambahan (seperti
pengesan gerakan,makluman melalui emel),Terkini,kamera IP berpusat
(decentralize IP camera),dilengkapi dengan pengesan megapiksel,menyokong
rakaman secara terus ke peranti simpanan yang disambungkan kepada
rangkaian (network-attached storage) atau flash dalaman untuk operasi
berasingan.
 Pengawasan di tempat awam oleh CCTV adalah amalan kebiasaan di kebanyakan kawasan di
seluruh dunia.Pada tahun kebelakangan ini,penggunaan body worn video (sistem rakaman
video yang biasa digunakan penguatkuasa undang-undang untuk merekod interaksi dengan
orang awam atau untuk mengumpul bahan bukti di tempat kejadian) telah diperkenalkan
sebagai satu bentuk pengawasan.

6
NO. KOD ETN1033 INDUSTRIAL ELECTRONIC EQUIPMENT INSTALLATION Muka : 7 drp : 52

Komponen/Aksesori CCTV

Sesuatu set CCTV terdiri daripada beberapa komponen atau aksesori seperti senarai berikut:

Rupa bentuk Alatan Nama Alatan Fungsi Alatan

Dipasang di siling atau bahagian


bumbung.
Doom Camera (
Sesuai untuk bahagian dalam
Siling CCTV bangunan.

Camera ) Fokus dan kawalan jarak telah


ditetapkan.

Boleh dipasang disemua bahagian


luar bangunan atau dalam bangunan.

Berupaya mengambil gambar di


Infrared Outdoor dalam gelap.
Camera
Fokus dan kawalan jarak telah
ditetapkan.

Boleh dipasang disemua bahagian


bangunan.
PTZ Camera
Disambungkan ke alat kawalan.

Fokus dan jarak boleh dilaraskan.

Peranti perantara yang boleh


menguatkan lagi isyarat video.
Signal Balun
Dipasang secara berpasangan di
antara kamera ke perakam atau alat
kawalan.

Penyambungan menggunakan
kabel ethernet.

AC / DC Adaptor Kabel bekalan kuasa bagi kamera


dan juga alat perakam digital.
240V / 12V 500mA
Ianya sesuai hanya untuk satu alat
sahaja.

7
NO. KOD ETN1033 INDUSTRIAL ELECTRONIC EQUIPMENT INSTALLATION Muka : 8 drp : 52

AC / DC multi output. Mempunyai banyak keluaran AT


12V.
240V / 12V 500mA
Sesuai digunakan bagi bilangan
kamera yang banyak.

Kos lebih jimat.

Mempunyai masukan yang


berbilang.
Perakam Video Digital
Keupayaan rakaman bergantung
kepada besar hard disc nya.

Terdapat model yang menggunakan


rakaman pada DVD.

Disertakan kawalan jauh dan


tetikus sebagai tambahan.

RG Coaxial Cabel Menggunakan kabel RG59 dan


RG68 jenis sepaksi.
&
Nilai galangan 75 ohm.
BNC to BNC connector

RCA male to RCA


female connector

Sebarang monitor sama ada tiub


atau LCD.
Monitor
Fungsi untuk memaparkan hasil
( CCTV Screen ) video dari kamera.

Menggunakan kabel RCA ke


perakam video digital.

Kekunci Kawalan Disambungkan ke kamera jenis PTZ


Camera PTZ. yang boleh mengawal fokus, jarak
dan putarannya.
Menggunakan kabel isyarat
sebagai penyambungnya.

8
NO. KOD ETN1033 INDUSTRIAL ELECTRONIC EQUIPMENT INSTALLATION Muka : 9 drp : 52

JENIS KABEL

BNC TO BNC CONNECTOR

BNC TO RCA VIDEO CABLE AC/DC

9
NO. KOD ETN1033 INDUSTRIAL ELECTRONIC EQUIPMENT INSTALLATION Muka : 10 drp : 52

PEMASANGAN AUDIO CONFERENCE SYSTEM

Audio Conference System digunakan untuk berkomunikasi dengan lebih daripada satu
pihak atau sekelompok orang bagi menyampaikan pesanan serta maklumat pada
masa yang sama. Dalam erti kata yang lain, sistem ini adalah satu cara bersidang antara
pihak-pihak yang mengambil bahagian secara serentak .

Audio conferencing boleh digunakan bagi menjimatkan masa perjalanan atau pertemuan
secara langsung terutamanya bagi mereka yang sibuk dengan tugas-tugas harian. Namun, dalam
audio conferencing tiada visual dipaparkan seperti video conferencing.

Audio conferencing jarak jauh memerlukan alatan seperti komputer dan telefon manakala audio
conferencing yang diadakan di dalam satu bilik mesyuarat memerlukan pemasangan sistem sidang
audio yang terdiri daripada alatan seperti microphone, central unit, amplifier, loudspeaker dan
lain-lain. Kebiasaanya audio conference satu bilik mesyuarat mampu menampung seramai 5 -10
orang peserta

Antara ciri-ciri sistem Main Unit persidangan audio ialah:

1. Dilengkapi dengan paparan LCD pada panel kawalan pengguna


2. Sistem Auto Off dimana jika mikrofon dibiarkan on tanpa bercakap ia akan off
secara automatik dalam masa beberapa saat mengikut jenis dan model sistem.
3. Menyokong beberapa bilangan mikrofon untuk setiap saluran input mikrofon mengikut jenis
dan model sistem.
4. Mengikut model-model yang tertentu, kedudukan mikrofon chairman boleh
dipasang secara rawak.
5. Menggunakan butang kawalan pengguna digital.

Antara Kelebihan Sistem Persidangan Audio

fungsi

- persidangan audio adalah cara yang praktikal untuk profesional, perunding individu atau organisasi
untuk berkomunikasi untuk mesyuarat, kelas atau persembahan tanpa menghadiri secara peribadi.

faedah

- Ini alat komunikasi membantu untuk mengurangkan perbelanjaan dengan mengurangkan perjalanan
untuk mesyuarat, dan juga membantu pekerja untuk terus berhubung dengan pejabat.

10
NO. KOD ETN1033 INDUSTRIAL ELECTRONIC EQUIPMENT INSTALLATION Muka : 11 drp : 52

Berikut adalah salah satu contoh unit audio conference bilik mesyuarat yang biasa digunakan

9 10
Fungsi-fungsi bahagian audio

A: Central Unit

Label Fungsi

1- POWER Lampu penunjuk bekalan kuasa masukan.

2- MIC Kawalan bahana mikrofon

3- AUX Kawalan bahada isyarat audio masukan dari luar/alat tambahan

4- LINE Kawalan bahana pembesar suara conference unit

5- MIC Menetapkan bilangan mikrofon delegate unit yang beroperasi


LIMITER dalam satu masa.

11
NO. KOD ETN1033 INDUSTRIAL ELECTRONIC EQUIPMENT INSTALLATION Muka : 12 drp : 52

0- Tiada had
1- 1 sahaja mickrofon delegate unit yang berfungsi
3- 3 mickrofon delegate unit yang berfungsi

6- 6 mickrofon delegate unit yang berfungsi


6- TIME OUT Suis pelarasan mic-off secara automatik.

OFF: Tiada kawalan

20s: Mic off secara automatik selepas 20saat

40s: Mic off secara automatik selepas 40saat

7 Input Jack bagi mikrofon

8 Input Jack bagi alat tambah seperti pemain CD atau kaset.

9- TEST/MIC ON Untuk menguji sambungan setiap delegate unit

10 Lampu penunjuk operasi ‘Test Mic”

11-POWER Suis bekalan masukan


ON/OFF

12 Expansion- Suis kawalan apabila lebih daripada satu central unit


diperlukan

13 Punca sambungan untuk mod expansion

14- LINE 1 Soket sambungan ke Chairman Unit

15- LINE 2 Soket sambungan ke Chairman Unit

16 Punca sambungan ke unit rakaman (Phone jack- TRS)

17 Punca sambungan ke unit rakaman (RCA jack)

18 Punca masukan 240Vac

19 Punca sambungan ke equalizer (IN)

20 Punca sambungan ke equalizer (OUT)

21 Suis Kawalan equalizer, ON apabila equalizer digunakan.

12
NO. KOD ETN1033 INDUSTRIAL ELECTRONIC EQUIPMENT INSTALLATION Muka : 13 drp : 52

B: Chairman Unit & Delegate Unit

Label Fungsi

1 Plug sambungan ke soket Line 1/ Line

2 Punca sambungan mikrofon

3 Pembesar Suara

4 Lampu penunjuk operasi mikrofon chairman unit/delegate unit

5- PRIORITY Butang ditekan untuk OFF semua mikrofon delegate unit

6-TALK Butang ditekan untuk bercakap

7 Kawalan bahana audio yang keluar dari punca “8”

8 Punca sambungan ke headphone/unit rakaman

9 Soket keluaran untuk disambung ke delegate unit yang


seterusnya

10 Plug untuk disambung ke delegate unit sebelumnya

PNEUMATIK
 Semua sistem yang menggunakan tenaga yang disimpan dalam bentuk udara yang
dimampatkan untuk menghasilkan suatu kerja disebut dengan sistem pneumatik dan banyak
digunakan dalam pembangunan teknologi automasi.
Kelebihan sistem pneumatik adalah:
 Murah kerana udara sumber tenaga yang tidak terhad
 Bersih
 Udara yang termampat boleh dihantar dalam jarak yang jauh dan boleh disimpan
 Tahan lebihan beban
Kelemahan sistem pneumatik adalah:
 Tekanan udara terhad bergantung kepada kapasiti pemampat
 Udara ekzos yang bising
 Udara akan menyerap kelembapan yang akan mempengaruhi sistem.

13
NO. KOD ETN1033 INDUSTRIAL ELECTRONIC EQUIPMENT INSTALLATION Muka : 14 drp : 52

Antara elemen dalam sistem pneumatik adalah:


 Compressor (pemampat udara)

 Penggerak pneumatik contohnya: silinder double acting

 Solenoid valve (tunggal)

 Regulators control pressure

14
NO. KOD ETN1033 INDUSTRIAL ELECTRONIC EQUIPMENT INSTALLATION Muka : 15 drp : 52

3. PEMILIHAN LOKASI PEMASANGAN

Pemilihan tempat lokasi pemasangan peralatan adalah sangat penting kerana kebanyakan peralatan
elektrik/electronik mudah pecah dan kekadang sangat sensitif pada faktor luaran seperti air,
kelembapan, kepanasan dan lain-lain.

Antara perkara penting yang perlu diambil kira dalam pemilihan lokasi pemasangan ialah:

i. Jangan memasang peralatan di tempat yang tidak stabil atau tempat yang terkena
getaran berlebihan.
ii. Jangan memasang peralatan di tempat yang sangat lembab atau berdebu, terkena sinar
matahari langsung, di luar bilik atau di dekat sumber panas.
iii. Untuk mengelakkan bahaya kebakaran atau kejutan elektrik, gunakan peralatan sesuai
dengan persekitaran operasi yang ditentukan di "Spesifikasi" dalam installation
Manual.
iv. Jangan meletakkan peralatan di atas permaidani tebal atau karpet.
v. Jangan meletakkan peralatan dengan bahagian belakangnya melekat di tembok

CONTOH : PEMILIHAN LOKASI PEMASANGAN CCTV

 Terdapat beberapa kriteria penting yang perlu difikirkan apabila pemasangan CCTV ingin
dilakukan.Ini adalah untuk memaksimumkan kefungsian CCTV tersebut serta dapat
memenuhi kriteria pemasangan yang dikehendaki oleh pelanggan.

 Faktor pertama adalah spesifikasi CCTV yang akan digunakan di dalam proses
pemasangan tersebut.Spesifikasi CCTV memainkan peranan penting kerana ia mampu
memberi impak kepada kawasan dan kaedah pemasangan yang akan dilakukan.Ciri-ciri
spesifikasi yang dimaksudkan adalah jarak capaian pandangan CCTV,sudut
kamera CCTV dan serta keupayaan untuk zoom.

 Faktor seterusnya adalah keadaan permukaan lokasi pemasangan CCTV.Seperti


yang diketahui,CCTV adalah peranti yang sensitif.Oleh itu,permukaan yang dipasang
CCTV hendaklah sesuai.Seperti contoh,keadaan permukaan yang lembap tidak
sesuai untuk dipasang CCTV kecuali spesifikasi CCTV tersebut mengatakan
sebaliknya.

 Faktor yang berikutnya adalah daripada bilangan CCTV yang ingin dipasang.Ini berkait rapat
dengan tujuan sesebuah CCTV dipasang.Jika tujuan pemasangan CCTV adalah untuk
pemantauan,sudut pandangan CCTV tersebut hendaklah dapat merakam
keseluruhan kawasan

15
NO. KOD ETN1033 INDUSTRIAL ELECTRONIC EQUIPMENT INSTALLATION Muka : 16 drp : 52

4. MANUAL PEMASANGAN
Langkah pemasangan/keselamatan diperlukan untuk menghindari masalah atau
penyambungan yang salah ketika pemasangan peralatan. Ini akan menyebabkan berlaku
kerosakan kepada peralatan dan meyebabkan kerugian yang besar. Untuk itu, kebanyakan
manufacturer menyediakan “Buku Manual” atau manual pemasangan bagi setiap
peralatan.

Gambarah 1: Contoh Buku Manual Pemasangan

Gambarajah 2: Bahagian dan fungsi wireless portable PA system dalam buku manual

16
NO. KOD ETN1033 INDUSTRIAL ELECTRONIC EQUIPMENT INSTALLATION Muka : 17 drp : 52

5. SENARAI SEMAK PEMASANGAN


Senarai semak pemasangan ialah suatu dokumen yang selalu digunakan oleh Juruteknik
Pemasangan bagi memastikan mereka telah memasang peralatan dengan betul. Selain itu,
ianya juga dapat membantu proses pemasangan menjadi cepat dan mengelakkan berlaku
kerosakan keatas peralatan kerana salah pemasangan. Berikut adalah contoh senarai semak
pemasangan yang biasa digunakan.

Gambarajah 2: Contoh senarai semak pemasangan

17
NO. KOD ETN1033 INDUSTRIAL ELECTRONIC EQUIPMENT INSTALLATION Muka : 18 drp : 52

6. PERISIAN PEMASANGAN

Antara perisian pemasangan yang digunakan adalah MPLab, Proteus, PCB Wizard dan lain- lain.

Contohnya: Perisian Proteus ini berfungsi untuk mereka (PCB) dan membuat simulasi litar elektronik.
Perisian MPLab pula lebih digunakan untuk coding, bahasa yang boleh digunakan adalah Assembly
language dan C language.

7. PEMASANGAN SUSUN ATUR LOKASI

18
NO. KOD ETN1033 INDUSTRIAL ELECTRONIC EQUIPMENT INSTALLATION Muka : 19 drp : 52

PELAN /SUSUN ATUR PEMASANGAN CCTV

SUSUN ATUR PEMASANGAN CCTV DI KLINIK/HOSPITAL

SUSUN ATUR PEMASANGAN CCTV DI SEKOLAH

19
NO. KOD ETN1033 INDUSTRIAL ELECTRONIC EQUIPMENT INSTALLATION Muka : 20 drp : 52

10. GAMBARAJAH PENYAMBUNGAN

20
NO. KOD ETN1033 INDUSTRIAL ELECTRONIC EQUIPMENT INSTALLATION Muka : 21 drp : 52

KAEDAH MENGUJI PEMASANGAN CCTV

Setelah melakukan pemasangan,hendaklah dilakukan pengujian terlebih dahulu.Ini adalah untuk


memastikan bahawa pemasangan yang dilakukan adalah betul serta selamat.Namun sebelum melakukan
pengujian,peralatan pengujian hendaklah disedaikan terlebih dahulu.Selepas dipastikan peralatan pengujian
dalam keadaan yang baik,maka pengujian pemasangan CCTV bolehlah dilakukan.

Untuk menguji pemasangan CCTV,hidupkan sistem kawalan CCTV tersebut dan lihat imej yang
terhasil oleh CCTV tersebut.Sekiranya tiada imej yang muncul dan error code muncul,rujuk error code
tersebut dan kenalpasti punca masalah tersebut.Setelah pengujian dilakukan,commisioning hendaklah
dilakukan bagi memastikan bahawa pemasangan tersebut diakui oleh pelanggan demi mengelakkan
pertikaian pada masa hadapan

21
NO. KOD ETN1033 INDUSTRIAL ELECTRONIC EQUIPMENT INSTALLATION Muka : 22 drp : 52

PENYAMBUNGAN CCTV

22
NO. KOD ETN1033 INDUSTRIAL ELECTRONIC EQUIPMENT INSTALLATION Muka : 23 drp : 52

PENYAMBUNGAN PA SISTEM

23
NO. KOD ETN1033 INDUSTRIAL ELECTRONIC EQUIPMENT INSTALLATION Muka : 24 drp : 52

24
NO. KOD ETN1033 INDUSTRIAL ELECTRONIC EQUIPMENT INSTALLATION Muka : 25 drp : 52

1. JENIS DAN KEGUNAAN PERALATAN PEMASANGAN


Terdapat pelbagai peralatan elektronik yang terdapat dipasaran bagi membantu kerja pemasangan
perkakasan elektronik. Kita perlu memilih alatan yang betul dan sesuai dengan keperluan supaya
pemasangan perkakasan elektronik dapat dilakukan dengan sempurna dan menepati prosedur
pemasangan. Contoh alat pemasangan yang perlu disediakan ketika hendak melakukan kerja-
kerja pemasangan perkakasan elektronik adalah seperti berikut:

1.1 Gergaji (HackSaw)

Gambarajah 1 : Gergaji (HackSaw)

 Alat yang digunakan untuk memotong kepingan logam (metalsheet), Angle


Iron,PVC atau pun kayu.
 Mata Pemotongan boleh ditukar mengikut keperluan material yang hendak
dipotong.
 Permotongan dibuat secara manual.

5 Langkah Keselamatan Semasa Menggunakan Gergaji Tangan.

 Beri tekanan ringan pada awal terbentuknya alur supaya gergaji tidak meleset dan
melukai tangan.
 Memastikan ketegangan daun gergaji pada sekangnya cukup kuat supaya daun
gergaji tidak mudah patah saat dipakai dan melukai pemakai.
 Jangan menggunakan daun gergaji yang sudah tumpul dan tidak tajam.
 Menggunakan gergaji yang betul untuk satu kerja yang betul memerlukan
gergaji tersebut.
 Menggunakan gergaji dengan cara yang betul dan jangan menghalakan mata gergaji
kepada orang lain yang boleh membawa kepada kecelakaan

25
NO. KOD ETN1033 INDUSTRIAL ELECTRONIC EQUIPMENT INSTALLATION Muka : 26 drp : 52

BAHAGIAN DAN FUNGSI (HACKSAW)

Gambarajah 1.1 : Bahagian-bahagian Hacksaw

 Frame berfungsi sebagai tempat mata gergaji.


 Handle berfungsi sebagai Pegangan untuk menggerakkan gergaji.
 Butterfly nut berfungsi sebagai pengunci dan pengatur tegangan mata gergaji (blade).
 Mata gergaji (blade) berfungsi sebagai pisau pemotong benda kerja

Penggunaan Gergaji Besi

1. Pasangkan mata gergaji dengan betul. Arah gigi mestilah menuju ke arah pemotongan.

Gambarajah 1.2: Cara memasang mata gergaji

2. Pegang logam yang hendak dipotong dengan cara yang betul.Alaskan pengapit ragum dengan
kepingan logam yang lembut dan nipis ataupun dengan kayu apabila
hendak memotong logam yang nipis.

Gambarajah 1.3: Alas pengapit ragum

26
NO. KOD ETN1033 INDUSTRIAL ELECTRONIC EQUIPMENT INSTALLATION Muka : 27 drp : 52

3. Mula-mula potong dengan perlahan.


– gunakan ibu jari sebagai panduan dan memulakan memotong.
– apabila sudah kelihatan tanda, lakukan sorongan yang lebih panjang dan tetap.
– kelajuan pemotongan untuk gergaji biasa ialah lebih kurang 40 sorongan seminit.

Gambarajah 1.4: Cara melakukan tanda dengan gergaji

4. Apabila pemotongan hampir selesai, sokong hujung yang tergantung dengan sebelah
tangan.

5. Semasa memotong, tekan dan tolak pada bingkai. Apabila berundur , angkat gergaji sedikit
tetapi jangan ditarik kerana ini akan menumpulkan mata gergaji.

Gambarajah 1.5 : Cara penggunaan Hacksaw semasa memotong bahan kerja

Penyelenggaran semasa Penggunaan Hacksaw

Berikut adalah cara penggunaan gergaji besi (hacksaw)yang baik dan benar agar tidak menimbulkan
kerosakan pada gergaji itu sendiri:

1. Sebelum memulai pemotongan, membuat alur dengan kikir segitiga pada garis yang akan
digergaji. Meletakkan gergaji di alur tersebut dan memiringkan ke muka kira-kira 10°. Tekanan
yang tidak cukup pada permulaan pemotongan akan mengakibatkan gigi- gigi gergaji menggosok
benda kerja, sehingga akan menjadi tumpul.
2. Sebelum proses gergaji,bilah gergaji harus ditegangkan di bingkainya dengan gigi gergaji
mengarah kearah pemotongan dan harus kuat menahan tekanan akibat penggergajian, jika tidak,
pemotongan akan menyimpang.

27
NO. KOD ETN1033 INDUSTRIAL ELECTRONIC EQUIPMENT INSTALLATION Muka : 28 drp : 52

3. Agar tidak cepat lelah pada saat menggergaji dan lebih cepat, pada saat menggergaji bingkai
gergaji harus dipegang dengan kuat dan mantap, posisi tubuh agak dicondongkan ke depan
dengan kuda-kuda bertumpu di kaki kiri. Gerakan gergaji harus kuat dan mantap, menaikkan
sedikit pada waktu gergaji bergerak ke belakang.
4. Selain hal di atas adapula hal-hal yang perlu diperhatikan dalam penggunaan gergaji besi
(hacksaw), yaitu:

 Minimal 2 atau 3 gigi yang mengenai permukaan benda yang digergaji.


 Menggergaji sisi yang tajam akan menyebabkan patahnya gigi-gigi gergaji.
 Benda kerja yang tipis harus dipotong dengan posisi mendatar, tidak dimiringkan.
 Mengkikir bilah gergaji sekiranya tumpul.
 Melakukan penggantian bilah gergaji sekiranya bilah tersebut telah mengalami kehausan.
 Digunakan pelinciran pada bahagian penyambungan rangka (Adjustable frame) dan pada
bahagian nat penyelaras agar tidak mudah tumpul

1.2 Power Saw


Antara jenis-jenis power saw adalah circular saw, jigsaw dan reciprocating saw.

Gambarajah 2: Jenis-Jenis Power Saw

Gambarajah 2.1: Power Saw (jigsaw)

28
NO. KOD ETN1033 INDUSTRIAL ELECTRONIC EQUIPMENT INSTALLATION Muka : 29 drp : 52

 Alat yang digunakan untuk memotong kepingan logam (metalsheet), angle


iron,PVC atau pun kayu.
 Mata pemotongan boleh ditukar mengikut keperluan material yang hendak
dipotong.
 Dihidupkan dengan menggunakan bekalan kuasa 240Volt AC.

Keselamatan menggunakan power saw


 Sentiasa fokus semasa mengendalikan gergaji kuasa
 Apabila bermula, pastikan power saw ini mencapai kelajuan penuh sebelum memotong dan
kerja-kerja hendaklah disokong dengan kukuh supaya tidak beralih.
 Jangan sekali-kali menggunakan tangan anda untuk membersihkan sisa-sisa dari tempat
menggergaji. Sebaliknya, gunakan kayu panjang.
 Apabila bekerja dengan logam, pastikan bahan logam itu tidak bergerak dengan
menggunakan pengapit atau ketatkan dalam ragum.
 Sekiranya power saw berhenti/ tidak bergerak, tutupkan bekalan kuasa dan cabut alat sebelum
memcuba untuk memulakannya semula.

Gambarajah 2.3: Jenis Mata


Gambarajah 2.2 : Bahagian Pada Jigsaw Pemotong

29
NO. KOD ETN1033 INDUSTRIAL ELECTRONIC EQUIPMENT INSTALLATION Muka : 30 drp : 52

Penggunaan Jigsaw

Gambarajah 2.4 :Langkah-langkah Penggunaan Jigsaw

1. Pilih jigsaw yang bersesuaian dengan projek/kerja yang hendak dilakukan kerana jigsaw berbeza
dari segi kawalan/fungsi bergantung pada model yang digunakan. Oleh itu, pastikan rujuk terlebih
dahulu buku panduan yang disediakan.
2. Pilih mata pemotong yang bersesuaian berdasarkan bahan yang hendak dipotong sama ada bahan
tersebut kayu, seramik, logam.
3. Sediakan bahan yang hendak dipotong, ukur dan tanda garis potong.

4. Letakkan bahan yang hendak dipotong di meja kerja/ kepit dengan Apit G dan sebagainya supaya
senang untuk melakukan proses menggergaji. Pastikan tempat kerja anda mempunyai cahaya
yang mencukupi.

30
NO. KOD ETN1033 INDUSTRIAL ELECTRONIC EQUIPMENT INSTALLATION Muka : 30 drp : 52

5. Potong bahan kerja yang telah ditanda. Lakukan dengan cermat dan tidak tergesa-gesa.

6. Hentikan menggergaji sekiranya habuk kayu menghalang padangan anda pada tanda garis
potong tersebut. Hidupkan kembali gergaji selepas membersihkan habuk kayu tersebut.

7. Pastikan untuk menyokong mana-mana bahagian bahan untuk mengelakkan bahan itu jatuh
sebelum proses menggergaji selesai. Alas bahagian tepi bahan yang sudah selesai dari proses
pemotongan

31
NO. KOD ETN1033 INDUSTRIAL ELECTRONIC EQUIPMENT INSTALLATION Muka : 30 drp : 52

Penyelenggaraan dan Penjagaan Jigsaw

1. Sekiranya jigsaw ini menggunakan elektrik , pastikan keadaan kabel baik sebelum
digunakan

2. Berhati-hati agar tidak jatuhkan jigsaw kerana ia boleh mempengaruhi penjajaran tapak jigsaw
tersebut dan boleh menyebabkan pemotongan yang tidak tepat.

3. Pastikan slot pengalihudaraan jigsaw bebas dari habuk dan serpihan untuk
mengurangkan kemungkinan alat anda terlalu panas semasa digunakan.

4. Pastikan pemegang yang bersih, kering dan bebas daripada minyak atau gris sebelum dan selepas
digunakan. Gunakan kain lembap untuk menghilangkan kotoran dari permukaan alatan anda.

5. Pastikan kawasan sekitar mata pemotong perlu sentiasa bersih dan bebas daripada habuk
pembetukan kerana boleh menjejaskan ketepatan gergaji tersebut. Simpan jigsaw di tempat yang
selamat dan jauh dari kelembapan

6. Sebahagian besar jigsaw mempunyai dua berus kabon yang menyalurkan tenaga elektrik kepada
motor. Berus ini akan haus disebabkan geseran yang berlaku dan perlu diganti. Pastikan rujuk
pada buku manual cara-cara penggantian ini dilakukan.

32
NO. KOD ETN1033 INDUSTRIAL ELECTRONIC EQUIPMENT INSTALLATION Muka : 30 drp : 52

1.3 Gerudi Tangan (Hand Drill)

Gambarajah 3 : Hand Drill

 Alat yang digunakan untuk menebuk lubang sama ada pada dinding simen, besi,
kayu atau PVC.
 Mata drill boleh ditukar kan mengikut kesesuian lubang yang hendak ditebuk.
 Mata drill mempunyai pelbagai saiz mengikut keperluan.
 Mesin dapat dihidupkan dengan bekalan kuasa 240 Volt AC atau bateri cas semula
bernilai 9v atau 10 v.

Bahagian-bahagian pada hand drill

Gambarajah 3.1 : Bahagian penting hand drill

Keselamatan Menggunakan Gerudi Tangan (Hand Drill)


i. Mesin hendaklah diletakkan di tempat yang sesuai, selamat dan mudah dilihat supaya tidak
terpijak atau terjatuh semasa menggunakannya.
ii. “Off” kan suis dan cabutkan plug dari soket sebelum memasang dan mengeluarkan mata
gerudi tersebut.
iii. Pastikan mata gerudi telah dipasang dengan betul dan diapit dengan ketat pada rahang.
iv. Gunakan penebuk pusat (Center Punch) untuk membuat sedikit kesan lubang supaya pusat
mata (Drill Point) dapat diletakkan agar tidak tergelincir dari tumpuan di mana tekanan
kepada mata gerudi dibuat.

33
NO. KOD ETN1033 INDUSTRIAL ELECTRONIC EQUIPMENT INSTALLATION Muka : 34 drp : 52

v. Jangan tekan / paksa mesin terlalu kuat semasa menggerudi kerana motor terlalu dibebankan,
dan motor menjadi terlalu panas sehingga membolehkan kerosakan pada motor tersebut.
vi. Jauhkan jari anda dari mata gerudi semasa operasi sedang dijalankan.
vii. Untuk memudahkan kerja menebuk logam dan kayu keras, titiskan beberapa titis minyak
selinder atau minyak tanah.kepada mata gerudi.
viii. Jangan menukar kelajuan semasa kerja – kerja menebuk sedang dijalankan, tukarkan
semasa kelajuan pada mesin tersebut telah berhenti berpusing.
ix. “Off” kan suis dan cabutkan plug daripada soket apabila telah selesai
menggunakannya dan bersihkan pada bahagian mesin yang perlu.
x. Keluarkan mata gerudi daripada Rahang dan simpan mesin di tempat yang betul dan selamat.

Cara-Cara Penggunaan Hand Drill

1. Pakai pakaian yang selamat dan menggunakan ’safety goggles’ dan ’ear protection’
sekiranya selalu menggunakan hand drill.

2. Pilih mata gerudi yang bersesuaian (saiz) dengan jenis bahan yang hendak ditebuk.

34
NO. KOD ETN1033 INDUSTRIAL ELECTRONIC EQUIPMENT INSTALLATION Muka : 35 drp : 52

3. Ketatkan /kemaskan mata gerudi dalam chuck menggunakan chuck key

4. Gerudi dengan tekanan yang stabil

5. Laraskan klac. Lebih tinggi nilai , lebih laju kadar pusingan dan sebaliknya.

6. Elakkan mata gerudi dari ’overheating’ (terlalu panas)

7. Sekiranya mata gerudi terlekat di bahan yang sedang dipotong, hentikan proses
mengerudi, pisahkan mata gerudi dengan chuck dan tanggalkan mata gerudi
menggunakan alatan tangan yang lain.

35
NO. KOD ETN1033 INDUSTRIAL ELECTRONIC EQUIPMENT INSTALLATION Muka : 35 drp : 52

1.4 Peralatan Kerja Tangan (Hand Tool)


Terdapat pelbagai jenis peralatan tangan yang di gunakan dalam proses pemasangan
perkakasan atau barangan elektronik, diantarannya adalah seperti di bawah.

a. Flexible Steel Tape

 Digunakan untuk mengukur panjang dan lebar


b. Pemutar Skru (Screw Driver)

 Memutarkan bagi mengetatkan atau melonggarkan skru atau nat.


c. Playar Muncung Tirus (Longnose Pliers)

 Digunakan bagi mengapit nat atau skru pada tempat yang sempit.
 Playar ini juga boleh digunakan untuk memotong dawai
d. Playar Gabung

 Digunakan dalam kerja-kerja pendawaian elektrik, iaitu bagi memotong kabel atau
dawai elektrik.
 Bahagian pemegangnya disaluti dengan getah sebagai penebat bagi
keselamatan untuk tukang talian.

36
NO. KOD ETN1033 INDUSTRIAL ELECTRONIC EQUIPMENT INSTALLATION Muka : 35 drp : 52

e. Sepana (Spanner)

 Sepana adalah perkakas tangan (hand tools) yang digunakan untuk mengetat atau
melonggarkan nat .
 Sepana juga terdapat dalam pelbagai jenis dan bentuk yang biasa digunakan dalam
bengkel

f. Allen Key

 Digunakan untuk mengetatkan nat-nat yang mempunyai lengkuk (lubang) di


bahagian kepala. Juga dipanggi lperangkuh soket heksagon.

g. Pemateri (Soldering Iron)

 Memanaskan atau mematri timah supaya melekat pada PCB.


 Mencabut atau mencantumkan sesuatu komponen pada PCB

h. Penyedut Timah(Soldering Sucker)

37
NO. KOD ETN1033 INDUSTRIAL ELECTRONIC EQUIPMENT INSTALLATION Muka : 35 drp : 52

 Digunakan untuk menyedut timah dan membersihka npermukaan litar


bercetak (PCB) kembali kepada keadaan asal.
i. Pena Uji (Test Pen)

 Digunakan mengesan kehadiran arus elektrik.


 Melakukan kerja-kerja ringan, mengetat dan melonggarkan skru.

j. Crimping Tool

 Memotong wire dan membuang penebat pada wire mengikut saiz wire yang tertulis
pada badan wire stripper (salah )

k. Multimeter (meter pelbagai)

 Digunakan untuk mengukur rintangan, menguji keterusan, menguji komponen


elektronik, mengukur arus terus, mengukur voltan arus terus dan mengukur voltan
arus ulangalik.

38
NO. KOD ETN1033 INDUSTRIAL ELECTRONIC EQUIPMENT INSTALLATION Muka : 39 drp : 52

2. PENJAGAAN ALATAN TANGAN


i. Pastikan alatan tangan berkeadaan baik dan selamat sebelum digunakan .
ii. Pastikan alatan tangan yang hendak digunakan adalah bersesuaian dengan kerja-
kerja yang akan dilakukan .
iii. Jangan gunakan alatan tangan sekiranya anda tidak berpengetahuan mengenai teknik-
teknik pengunaannya.
iv. Pastikan alatan tangan dikendalikan mengikut tatacara yang ditentukan dan selamat.
v. Letakan alatan tangan ditempat yang sesuai dan selamat disepanjang penggunaanya.
vi. Bersihkan alatan tangan daripada sebarang kotoran serta habuk selepas digunakan.
vii. Simpan alatan tangan yang telah digunakan di tempat yang telah disediakan dengan
teratur dan kemas.
viii. Sapukan minyak (lubricantoil/grease) di bahagian yang mudah berkarat dan bergear pada
alatan tangan sekiranya ianya disimpan untuk jangka masa yang lama.
ix. Lakukan kerja-kerja pemeriksaan (servicing), pengujian dan baik-pulih mengikut
hadmasa yang telah ditetapkan atau pun dari masa ke semasa.

JENIS BAHAN PEMASANGAN DAN KEGUNAAN

1. Angle Iron

Gambarajah : Angle iron (Besi bersudut)


 Bersudut 90 darjah
 Daripada besi keluli tergalvani, yang merupakan bentuk besi yang mempunyai kekuatan yang
lebih fleksibel dan rintangan yang lebih tinggi pengoksidaan daripada besi tradisional
 Digunakan sebagai bingkai bangunan, bingkai katil, kerusi/perabot dan dirak.
 Menyokong bebanan supaya lebih tahan.

39
NO. KOD ETN1033 INDUSTRIAL ELECTRONIC EQUIPMENT INSTALLATION Muka : 40 drp : 52

2. Metal Sheet

Gambarajah: Metal Sheet (lembaran logam)

 Lembaran logam adalah logam dibentuk melalui proses perindustrian ke dalam nipis,
kepingan rata.
 Ia adalah salah satu bentuk asas yang digunakan dalam kerja logam dan ia boleh dipotong
dan bengkok ke dalam pelbagai bentuk
 Terdiri daripada pelbagai jenis antaranya ialah aluminum, tembaga, besi, timah, nikel dan
titanium

3. Wood (kayu)

Gambarajah: Wood (kayu)

 Sebagai bahan binaan - kayu digunakan untuk membuat tiang,lantai, dinding, rasuk,
jambatan, landasan keretapi, cerucuk dan sebagainya.
 Sebagai bahan perabot.
 Untuk membuat alatan dan pemegang.
 Dijadikan papan lapis dan papan gantian.
 Kemasan kayu dilakukan untuk mendapat permukaan kayu yang bersesuaian
samaada menggunakan wax, syelek,lekar dan cat

4. PVC

Gambarajah : PVC (Poly Vinyl Chloride)

 Sejenis plastik yang keras dan kukuh.

40
NO. KOD ETN1033 INDUSTRIAL ELECTRONIC EQUIPMENT INSTALLATION Muka : 41 drp : 52

 Ringan, keras, kukuh, tahan lama, mudah dipotong dan dibentuk tetapi tidak tahan haba.
 Saiz yang biasa didapati di pasaran berdiameter 13mm, 20mm dan 25 mm.
 Kegunaan PVC jenis keras : Membuat paip air, penyambung paip dan sesalur
pendawaian elektrik.
 Kegunaan PVC jenis lembut : Barang permainan, botol dan penebat wayar elektrik.
TEKNIK PEMASANGAN

 Penyambungan logam boleh dilakukan dengan pelbagai cara samada kekal ataupun semantara.
Sambungan sementara ialah sambungan yang menggunakan pengikat berulir skru kerana ia
boleh dipidahkan dengan mudah.

 Sambungan separa kekal pula ialah sambungan dengan menggunakan kaedah pengaloian logam
penambah dengan logam yang hendak disambung. Contoh bagi sambungan ini ialah sambungan
pateri lembut dan pateri keras. Sambungan ini boleh dipisahkan dengan meleburkan semula
bahan penambah.

 Sambungan kekal pula dilakukan dengan menggunakan haba yang tinggi untuk meleburkan
logam yang hendak disambung. Contoh sambungan dengan kaedah ini ialah sambungan
kimpalan gas dan sambungan kimpalan arka. Kaedah ini merupakan kaedah sambungan kekal.

a) BOL DAN NAT

BOL

NAT

Gambarajah : Bol dan Nat

41
NO. KOD ETN1033 INDUSTRIAL ELECTRONIC EQUIPMENT INSTALLATION Muka : 42 drp : 52

b) WELDING (KIMPALAN)

Gambarajah : Kimpalan Dan Jenis Penyambungan Kimpalan

c) STRAPPING

 menggabungkan, memegang, mengukuhkan, atau mengikat

Gambarajah: Penggunaan Teknik “Strapping”

SENARAI SEMAK (CHECKLIST)

Senarai semak (checklist) : merupakan sejenis bantuan maklumat pekerjaan yang digunakan
untuk mengurangkan kegagalan/ kerosakan dengan mengimbangi had potensi memori dan perhatian
manusia dalam memastikan keselarasan dan kesempurnaan ketika menjalankan tugas.

Jenis-jenis Senarai Semak :

1. Task list ( Standard Operating Procedure) : senarai tugas adalah contoh senarai semak
yang biasa digunakan. Senarai ini digunakan untuk menyatakan secara jelas langkah-langkah yang
diperlukan untuk mencapai hasilnya. Secara umumnya, senarai tugas ini tidak digunakan ketika
situasi kritikal.

42
NO. KOD ETN1033 INDUSTRIAL ELECTRONIC EQUIPMENT INSTALLATION Muka : 43 drp : 52

2. Troubleshooting list : digunakan untuk membantu mendiagnosis dan menyelesaikan sesuatu


isu. Senarai ini menyediakan arahan yang jelas ketika keadaan sensitif semasa. Contohnya, digunakan
dalam penerbangan untuk bertindak balas terhadap situasi kecemasan.

3. To do list : selalu berubah, senarai kerja yang perlu dilakukan segera.

43
NO. KOD ETN1033 INDUSTRIAL ELECTRONIC EQUIPMENT INSTALLATION Muka : 44 drp : 52

4
NO. KOD ETN1033 INDUSTRIAL ELECTRONIC EQUIPMENT INSTALLATION Muka : 45 drp : 52

1. CONTOH MASALAH KEROSAKAN PADA PERALATAN ELEKTRONIK


KOMPUTER
Aduan kerosakan yang sering berlaku pada komputer sama ada hardware ataupun software adalah
seperti dibawah :-

a) Hardware
- Screen : Screen tidak mempunyai paparan
- Keybord : Butang keyboard tidak berfungsi dengan baik
- Mouse : Arrow bergerak tidak lancer
- Power Supply : Kipas tidak berfungsi. Kipas berbunyi atau berlaku letupan
kecil,/percikan api.
b) Software
- Virus : Komputer mengalami kekejangan
- Microsoft : Microsoft tidak boleh digunakan.
- Window : “Not Responding”
CCTV

a) Output pada skrin monitor mengeluarkan warna pelangi

b) Tiada gambar atau video pada skrin monitor

45
NO. KOD ETN1033 INDUSTRIAL ELECTRONIC EQUIPMENT INSTALLATION Muka : 46 drp : 52

Pelanggan dikenali sebagai pembeli atau penerima yang menerima perkhidmatan, produk atau
idea daripada penjual atau pembekal dengan membuat pertukaran wang, cek atau beberapa
balasan berharga lain. Pembekal adalah pihak yang cenderung untuk menjalankan perniagaan,
manakala pembeli pula cendurung untuk memperoleh barang atau perkhidmatan.

Terdapat beberapa cara untuk mengumpul maklumat daripada pelanggan (customer feedback)
antaranya adalah:

1. Temu ramah dengan pelanggan : Pelanggan dapat memaklumkan maklumat tentang


kekuatan dan kelemahan produk semasa yang akan dapat membantu meningkatkan kualiti
produk.
2. Kumpulan tumpuan : Perbincangan yang diaturkan dengan 6 hingga 12 pelanggan /
pelanggan yang berpotensi bagi sesuatu produk. Perbincangan ini menumpukan kepada
kecemerlangan dan kekurangan produk.
3. Tinjauan pelanggan: soal selidik bertulis paling baik digunakan untuk mencungkil
pendapat tentang reka bentuk semula produk sedia ada atau produk baru yang dikenali
oleh orang awam. Tinjauan ini untuk mengenal pasti atau mengutamakan masalah dan
menilai sama ada penyelesaian yang dilaksanakan terhadap masalah Berjaya atau Tidak.
Tinjauan boleh dilakuan melalui surat, telefon atau temu ramah terbuka.

Maklumbalas pelanggan penting untuk perniaggan anda kerana boleh membantu meningkatkan
kualiti produk atau perkhidmatan, menawarkan cara yang terbaik untuk mengukur kepuasan
pelanggan, membantu meningkatkan pengekalan pelanggan, menyampaikan data ketara yang
boleh digunakan untuk membuat keputusan perniagaan yang lebih baik dan lain-lain.

46
NO. KOD ETN1033 INDUSTRIAL ELECTRONIC EQUIPMENT INSTALLATION Muka : 47 drp : 52

Gambarajah 1 : Customer Feedback form

2. CONTOH BORANG ADUAN PELANGGAN


BORANG ADUAN PELANGGAN
Nama :
Tarikh :
No Tel :

Bil Aduan Lokasi Tindakan

Tandatangan Pelanggan Tandatangan Penerima

................................................. .........................................

( ) ( )

47
NO. KOD ETN1033 INDUSTRIAL ELECTRONIC EQUIPMENT INSTALLATION Muka : 48 drp : 52

KOMUNIKASI BERKESAN

 Perhubungan wujud diantara manusia


 Perhubungan mengandungi penghantaraan maklumat
 Perhubungan memerlukan maklumbalas
 Perhubungan mewujudkan kefahaman bersama

KAEDAH KOMUNIKASI BERKESAN

1. Atur dan nyatakan isi kandungan


a. Nyatakan objektif
b. Senaraikan apa yang hendak disampaikan
c. Apakah matlamat sebenar
2. Nilaikan kefahaman serta persetujuan sebenar

a. Timbangkan keadaan , perasaan, lokasi, masa serta suasana penerima

3. Tentukan kaedah yang sesuai

a. Gunakan Bahasa yang sesuai


b. Pilih kaedah seperti mesyuarat, memo, atau pekeliling
c. Gunakan alat lain seperti carta dan rajah

4. Hantar maklumat

a. Gunakan nada/tone atau mimic muka yang bersesuaian

5. Pastikan maklumat diterima

Laporan

Laporan merupakan suatu dokumen bertulis yang mengandungi maklumat di dalam bentuk
penceritaan (teks) ataupun grafik.Laporan biasanya disediakan samada secara berkala ataupun apabila
diminta.Ia selalunya digunakan untuk menunjukkan keputusan sesuatu ujikaji, penyiasatan ataupun
untuk memberi jawapan kepada sesuatu pertanyaan

Melalui laporan, kita boleh membuat penilaian tentang pencapaian sesuatu organisasi atau badan dan
juga boleh membuat perancangan dan penambahbaikan. Selain itu juga, ia adalah dokumen untuk
menyampaikan maklumat yang khusus kepada pembaca tertentu secara sistematik dan objektif dan
menitikberatkan dan ketepatan isi kandungan.

48
NO. KOD ETN1033 INDUSTRIAL ELECTRONIC EQUIPMENT INSTALLATION Muka : 49 drp : 52

Objektif laporan:

 Merakam dan merekod sesuatu


 Memaklumkan pelaksaan dan perkembangan sesuatu
 Menyalurkan pandangan
 Mempertahankan pandangan
 Membentang perancangan’

Jenis-jenis laporan

Laporan Teknikal

Laporan teknikal mempersembahkan fakta dan kesimpulan mengenai teknikal, rekabentuk dan lain-
lain projek.Ianya merangkumi kajian tentang konsep teknikal termasuklah gambar- gambar dengan
rekabentuk projek serta data-data berkaitan. Laporan ini biasanya disediakan dan digunakan untuk
kegunaan Jurutera lain yang mempunyai latarbelakang yang sama dengan penulis.

Laporan Tahunan
Laporan Tahunan merupakan laporan yang disediakan oleh sesuatu persatuan,institusi,syarikat atau
organisasi yang bertujuan untuk menyediakan satu perancangan yang lebih baik atau mencapai
prestasi yang lebih tinggi pada tahun yang akan datang.Laporan ini hanya disediakan setahun sekali
dan antara contoh maklumat yang terdapat di dalam laporan ini adalah maklumat kewangan dan juga
belanjawan.Selain itu, menyatakan perjalanan persatuan dari segi kemajuan, keahlian, aktiviti dan
sebagainya.Ianya berbentuk deskripsi yang mengikut kronologi yang memerlukan huraian yang jelas
dan lengkap bagi setiap aspek.

Laporan Prestasi
Laporan Prestasi merupakan suatu laporan yang mengandungi penjelasan tentang tugas- tugas dan
kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh sesebuah syarikat atau organisasi.Ia diterbitkan untuk
makluman pihak tertentu atau masyarakat umum bagi memperlihatkan keupayaan syarikat atau
organisasi tersebut, yang bertujuan untuk menilai pegawai untuk pemberian insentif atau kenaikan
pangkat.

Laporan Penilaian
Laporan penilaian digunakan untuk menyatakan nilai, mutu, keadaan atau sifat sesuatu yang
menjadi fokus penilaian.Ia bertujuan memberi maklumat kepada pihak tertentu yang akan membuat
keputusan atau hanya sebagai makluman sahaja. Laporan jenis ini mempunyai format yang tertentu
yang perlu ditulis dengan jelas dan dapat menggambarkan secara objektif dan realistik perkara yang
dinilaikan itu.Ia juga menyediakan asas dalam membuat sesuatu keputusan dengan teratur, lengkap
dan sempurna.

49
NO. KOD ETN1033 INDUSTRIAL ELECTRONIC EQUIPMENT INSTALLATION Muka : 50 drp : 52

BORANG KEROSAKAN PERALATAN & PENGESAHAN BAIKPULIH

BAHAGIAN A : BUTIRAN BAIKPULIH PERALATAN

JABATAN : NO. RUJUKAN

LOKASI :

BUTIRAN KEROSAKAN PERALATAN

Nama Peralatan : Model :

No PT : Siri No. :

Jenis Kerosakan : .

Tindakan Pegawai Yang Bertanggungjawab

Bil Status Peralatan Tandakan (√ )

1 Masih dalam jaminan

2 Kerosakan yang boleh dibaiki terus

3 Kerosakan yang boleh dibaiki tetapi memerlukan perolehan alat ganti

4 Kerosakan yang perlu dibaiki oleh syarikat luar

(sila penuhkan BAHAGIAN B )

5 Kerosakan yang tidak ekonomik untuk dibaiki

50
NO. KOD ETN1033 INDUSTRIAL ELECTRONIC EQUIPMENT INSTALLATION Muka : 51 drp : 52

Catatan butiran baikpulih :

Tandatangan

Ulasan baikpulih Nama


:

Tarikh

Pengesahan baikpulih oleh Pegawai Tadbir

Ulasan & pengesahan proses baikpulih:

Dicadangkan dihantar kepada pihak syarikat untuk melihat kerosakkan


sebenar.

Tandatangan

Nama & cop

Tarikh

BAHAGIAN B : BUTIRAN BAIKPULIH

TUJUAN DI BAWA KELUAR

Nama Wakil Syarikat Nama Pegawai Yang Bertanggungjawab

Tarikh Tarikh

51
NO. KOD ETN1033 INDUSTRIAL ELECTRONIC EQUIPMENT INSTALLATION Muka : 52 drp : 52

Dikeluarkan Dikeluarkan

Tandatangan, Cop Syarikat & No. tel Tandatangan,


Cop

PENERIMAAN PERALATAN SETELAH DIBAIKPULIH:

Wakil Syarikat Baikpulih

Nama & Cop. Nama & Cop.

Tarikh & Tarikh &


Tandatangan Tandatangan

Catatan butir baikpulih: Ulasan keadaan peralatan:

52

Anda mungkin juga menyukai