Anda di halaman 1dari 15

“KESELAMATAN DAN

KESIHATAN PEKERJAAN”

TOPIK 10
Isi Kandungan
• Kenal pasti penggunaan Akta Kilang dan Jentera 1967 dan Akta
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.
• Tanggungjawab majikan berhubung keselamatan dan kesihatan
pekerja.
• Tanggungjawab pengilang, pembekal dan pihak lain berhubung
keselamatan dan kesihatan pekerja
• Peranan dan tanggungjawab pekerja berhubung isu kesihatan
Pengenalan
• Topik ini membincangkan tentang undang-undang yang berhubung
dengan keselamatan dan kesihatan dalam pekerjaan.
AKTA KILANG DAN JENTERA 1967 (FMA 1967) & AKTA
KESELAMATAN DAN KESIHATAN 1994 (OSHA 1994)

• Tujuan :- disebabkan kemalangan industri yg banyak melibatkan pekerja akta khusus


digubal utk mengurangkan kes kemalangan.
• KEDUA-DUA akta dipakai Bersama dengan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969
• Penguatkuasa :- Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
• FMA 1967 terpakai kepada kilang dan jentera.
• S.2 – kilang adalah tempat yg pekerja diambil bekerja sebagai pekerja manual dalam
sebarang proses yg berkaitan dgn sebarang pembuatan, bagi tujuan perniagaan dan
termasuk beberapa jenis perniagaan lain yg dinyatakan secara jelas.

• Dibaca bersama dengan OSHA 1994 supaya lebih meliputi isu keselamatan dan
kesihatan pekerjaaan. (pekerja dan pengusaha industri).
AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN 1994 (OSHA 1994)
• Siapakah yg menjalankan peranan dan fungsi? Ketua Pengarah Jabatan
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

• Ketua pengarah melantik badan penyiasatan bebas bg menasihati dan


membantunya utk melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya.

• Akta ini ada menyatakan penubuhan Majlis Negara bagi keselamatan dan
kesihatan pekerjaan bagi melakukan sebarang perkara yg dirasakan
munasabah dengan perjalanan tujuan OSHA 1994.

• OSHA terpakai bagi Industri (pengilangan, perlombongan dan kuari,


pembinaan, pertanian, perhutanan dan perikanan…dan lain-lain)
Objektif OSHA 1994
(a) Memastikan keselamatan,
• S.4 ? kesihatan dan kebajikan pekerja
(b) Melindungi orang awam
selain dari tempat kerja
terhadap risiko kepada
terhadap risiko keselamatan
keselamatan atau kesihatan yang
atau kesihatan yg berbangkit
berbangkit daripada aktiviti
daripada aktiviti mereka sendiri
orang yang sedang bekerja

(c) Galakkan persekitaran yg


sesuai dengan keperluan fisiologi
dan psikologi pekerja.
KEWAJIPAN MAJIKAN DAN INDIVIDU YG BEKERJA
SENDIRI

KEWAJIPAN (bahagian IV OSHA 1994)

A. Terhadap Pekerja B. Bentuk Dasar Keselamatan C. Memaklumkan tentang


dan Kesihatan Kemalangan, Kejadian Berbahaya,
Keracunan Pekerja dan Penyakit
Pekerjaan
A. Kewajipan Majikan Terhadap
Pekerja
• Majikan :- merujuk kepada sesiapa yg telah mengambil orang lain bekerja
dengannya di bawah kontrak perkhidmatan

• 2 Jenis majikan (majikan langsung dan majikan utama)

• Individu bekerja sendiri :- seseorang yg bekerja selain daripada kontrak


pekerjaan utk dapatkan keuntungan atau ganjaran tidak kira sama ada dia
sendiri mengambil orang lain bekerja atau tidak.

• S.15 :- menjadi tanggungjawab majikan dan individu yg bekerja sendiri utk


memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan semua pekerjanya, setakat
yang praktik.

• Maksud setakat yang praktik :- rujuk kes Mohamed Fami Hassan


B. Bentuk Dasar Keselamatan dan Kesihatan

• Tanggungjawab majikan dan individu yg bekerja sendiri.

• S.15, 16 dan 17 (Individu-individu yg melanggar peruntukan Seksyen2


tersebut dikatakan melakukan suatu kesalahan, dan boleh dedenda
tak lebih RM 50k atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi
dua tahun atau kedua-duanya sekali.
C. Memaklumkan tentang Kemalangan, Kejadian Berbahaya, Keracunan Pekerja dan Penyakit
Pekerjaan

• Memaklumkan kpd Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan


terdekat berhubung dengan sebarang kemalangan yg berlaku, kejadian
berbahaya, keracunan pekerja ataupun penyakit pekerjaan yg terjadi
atau mungkin akan terjadi di tempat kerja.
KEWAJIPAN AM PEREKA BENTUK, PENGILANG DAN PEMBEKAL
• S.20 OSHA 1994 :- mana-mana pereka bentuk, pengilang, pengimport
ataupun pembekal loji bagi kegunaan semasa bekerja mestilah
menjalankan langkah berikut.

(a) Reka bentuk loji (b) Jalankan ujian atau


(c) Ambil langkah yg
adalah setakat yg praktik, pemeriksaan setakat yg
perlu dari aspek
selamat dan tanpa risiko perlu bagi tujuan
maklumat berhubung
kepada kesihatan apabila mengenal pasti
dgn penggunaan loji.
digunakan keselamatan loji
• S. 21 OSHA 1994 :- Mewajibkan pihak yg terlibat dgn pembuatan, penghasilan atau
pembekalan sebarang bahan yg digunakan semasa bekerja.
• (b) Melakukan apa-apa
(a) Memastikan bahawa
tindakan atau mengatur
bahan tersebut adalah
langkah sewajarnya bagi
selamat dan tidak
memastikan bahawa bahan
mendatangkan risiko
tersebut tidak berisiko
terhadap kesihatan
kepada kesihatan

(c) Ambil apa-apa langkah


yg perlu bagi memastikan
adanya penyediaan
maklumat berhubung dgn
penggunaan bahan
tersebut.
• Penalti bagi perlanggaran S.20 dan S.21 jika didapati bersalah ialah
denda tak lebih RM 20k atau penjara selama tempoh tak lebih dua
tahun atau kedua-duanya sekali.

• S. 21 dan S.35 :- Ketua Pengarah boleh memerintahkan pihak majikan


dan melarang penggunaan sebarang loji atau bahan yg boleh
menjejaskan keselamatan dan kesihatan pekerja.
KEWAJIPAN AM PEKERJA
• S.24 :- adalah menjadi tanggungjawab pekerja yg sedang bekerja utk
(a) Berikan perhatian yg munasabah terhadap keselamatan dan kesihatan dirinya
sendiri dan orang lain sewaktu bekerja.

(b) Berikan kerjasama dengan majikan atau pihak lain dalam menunaikan
kewajipan berhubung dengan perlaksanaan keselamatan dan kesihatan
pekerjaan.

(c) Menggunakan atau memakai peralatan perlindungan yg disediakan oleh


majikan bagi tujuan mengelakkan terdedah kepada sebarang risiko kepada
keselamatan dan kesihatannya.

(d) Mematuhi arahan yg dikeluarkan oleh majikan atau orang lain yg dibenarkan
atau dikehendaki oleh Akta.
KESIMPULAN
• Objektif penggubalan dan penguatkuasaan Akta Kilang dan Jentera 1967 adalah sebagai
cara pihak kerajaan utk memastikan keselamatan dan kesihatan dalam pekerjaan. (Kilang
dan jentera).

• Akta Keselamatan dan Kesihatan 1994

• S.15 OSHA 1994 :- menjadi tanggungjawab majikan dan individu yg bekerja sendiri utk
memastikan setakat yg bolehh dipraktikkan, keselamatan, kesihatan dan kebajikan semua
pekerjanya.

• S.20 :- mana-mana pereka bentuk, pengilang, pengimport ataupun pembekal loji bagi
kegunaan semasa bekerja mestilah menjalankan langkah-langkah yg telah disenaraikan.

• S.24 :- Tanggungjawab pekerja yang bekerja.

Anda mungkin juga menyukai