Anda di halaman 1dari 1

Cekodok Kelapa Udang Geragau

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1 cawan kelapa parut yang muda
2 labu bawang besar - didadu/racik halus
1/2 cawan udang geragau kering - cuci dan toskan
6-7 batang cili api - dihiris halus
garam secukupnya
air secukupnya untuk membancuh cekodok - jgn terlalu cair atau pekat
minyak untuk mengoreng
Cara:
1. Masukkan tepung, kelapa parut, bawang, cili api, udang geragau dan garam
dalam mangkuk masukkan air sedikit demi sedikit dan bancuh/gaul rata adunan
cekodok pastikan tak terlalu pekat atau terlalu cair.
2. Panaskan minyak dalam kuali, apabila minyak dah panas sudukan adunan
masukkan 8-10 keping sahaja setiap kali mengoreng supaya cekodok elok
masaknya. Balik-balikan cekodok sehingga warnanya kuning keemasan cantik.
3. Angkat dan tapis serta diletakkan atas paper towel supaya minyak lebihan
diserap. Hidangkan panas bersama sos cili atau apa2 juga sos pilihan anda. makan
dengan sambal tumis semalam pun sedap..Selamat mencuba.

Anda mungkin juga menyukai