Anda di halaman 1dari 2

Resepi magelek 1

BAHAN-BAHANNYA :-) 250 gram kacang dhal, cuci dan rendam 4 jam 1 biji bawang besar, dadu kecil 1 camca teh jintan manis 2 tangkai cili kering, gunting kecil2 1 tangkai daun kari, dilurut Garam secukup rasa CARA MEMBUATNYA :-) 1. Toskan kacang dhal tadi, kemudian kisar hingga hancur, kalau masih ada sedikit biji2 kacang dhal pun tak mengapa. Kisar tanpa air. (mat guna food processor). Tuang ke dalam bekas. 2. Masukkan jintan manis, cili kering, bawang besar dan daun kari (kalau daun kari anda besar, hiris sedikit). Gaul rata dan tambah garam secukup rasa. Biar sekejap. 3. Ambil sehelai plastik bersih, sapu dengan sedikit minyak makan, dan ambik anggaran 1 camca besar penuh adunan vadai, bulat2 dan leperkan sedikit. Susun atas loyang yang telah dialas plastik dan juga disapu sedikit minyak. Buat hingga siap. 4. Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan, angkat dan toskan. Jika suka, boleh juga masukkan beberapa helai daun kari dalam minyak gorengan tadi bagi menambah aroma. Boleh hidangkan untuk minum petang... Selamat mencuba!!..

Resepi magelek 2

Bahan-bahan ( Dalam 6-8 biji )


2 genggam kacang dal - direndam semalaman 1/2 bii bawang besar-didadu Cili padi/cili kering/cili merah/cili hijau-dihiris Daun kari -dihiris 1/2 kiub pati ikan bilis 1/2 sudu kecil jintan manis-ditumbuk kasar 1/2 biji telur>>yg ni tak masukkan

secubit tepung ubi -untuk melekatkan adunan, jangan banyak sangat, nanti liat, tp kalau adunan dh agak boleh dibentuk, tak payah letak tepung ubi pun takpe..>>yg ni pun tak masukkan

Kacang dal ditumbuk atau kisar -jangan letak air.Kalau tak hancur sume pun takpe. Dalam satu bekas, campurkan kacang dal, bawang, daun kari,cili serbuk ikan bilis, jintan manis, telur, tepung. Perasakan dengan sedikit garam dan aji. Jangan risau kalau rasa adunan tu pahit sikit, nanti goreng ok lah dia.(garam jangan banyak sbb serbuk pati ikan bilis dh masin) Gaul rata bancuhan dan kepal2 kan. Bahagi kepada 6 atau 8 biji Ambik satu biji, kepal2 biar padat dan goreng dalam minyak panas. Semasa menggoreng biar bahagian bawah garing dulu baru terbalikkan, kalau tidak kuih ni cepat berderai. Goreng hingga garing/masak. Selamat mencuba.

Anda mungkin juga menyukai