Anda di halaman 1dari 9

MARLIANA BINTI SARUNI 251434

UNIT PENDIDIKAN LUAR KAMPUS


PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

GMGA 3073 STRATEGIC PUBLIC MANAGEMENT

TUGASAN INDIVIDU

PACE UUM JB GROUP G

DISEDIAKAN UNTUK

DISEDIAKAN OLEH:

MARLIANA BINTI SARUNI 251434

1
MARLIANA BINTI SARUNI 251434

1.0 PENGENALAN

Mengurus sesebuah organisasi bukanlah satu perkara yang mudah untuk dilaksanakan.

tanpa ilmu, tanpa kemahiran, sesebuah organisasi itu tidak mungkin akan dapat beroperasi

atau berjalan seperti mana yang dikehendakkan. Banyak perkara yang perlu dilihat dalam

usaha untuk menguruskan sesebuah organisasi baik organisasi kecil mahupun organisasi

yang besar. Salah satu perkara yang perlu diambil perhatian dalam menguruskan sesebuah

organisasi ialah kemahiran dan ilmu dalam membuat keputusan strategik.

Setiap perkara yang dilakukan baik dalam amalan seharian mahupun ketika menguruskan

sesebuah organisasi, merancang dan membuat keputusan untuk tindakan yang akan kita

lakukan akan memberikan kesan atau impak kepada kita. Contohnya, jika hari ini kita

mengambil keputusan untuk menonton televisyen sedangkan dalam masa yang sama

banyak perkara tertangguh yang perlu kita laksanakan dengan kadar yang segera. Jadi

kesannya, tugasan yang sepatutnya kita laksanakan tersebut tidak dapat dilaksanakan

seperti mana yang diinginkan. Begitu juga dalam konteks pengurusan sesebuah organisasi

yang mana kemahiran membuat keputusan strategik adalah sangat penting dalam

memberikan hasil yang terbaik kepada organisasi itu sendiri baik organisasi yang besar

mahupun organisasi kecil-kecilan, baik sektor kerajaan mahupun sektor swasta,

perniagaan besar-besaran mahupun perniagaan kecil-kecilan. Semuanya memerlukan

kemahiran dalam membuat keputusan. Tambahan lagi, proses membuat keputusan juga

bukan hanya bergantung kepada organisasi sahaja bahkan juga perlu dikuasai oleh

individu itu sendiri samada untuk membuat sesuatu keputusan untuk menyelesaikan

masalah yang dihadapi samada untuk diri sendiri, di tempat kerja mahupun di rumah.

Penulisan ini akan membincangkan dengan lebih lanjut tentang kemahiran membuat

keputusan strategik dalam pengurusan strategik sesebuah organisasi.

2.0 KONSEP MEMBUAT KEPUTUSAN

2
MARLIANA BINTI SARUNI 251434

Keputusan boleh ditakrifkan sebagai tindakan atau proses untuk menentukan sesuatu

samada mengenai soalan atau kekeliruan dengan mengambil kira beberapa pertimbangan

yang sesuai sebelum melakukan tindakan atau keperluan. Selain itu juga, keputusan juga

merangkumi penyelesaian, pertimbangan mengenai sesuatu perkara yang telah difikirkan

perlu untuk diambil tindakan berikutnya.

Membuat keputusan ialah proses memilih apa yang akan dilakukan dengan

mempertimbangkan kesan-kesan dan akibat yang mungkin timbul melalui pilihan-pilihan

yang telah disenaraikan. Harris (2009) menyatakan bahawa membuat keputusan adalah

proses mengurangkan sebarang kemungkinan yang tidak diperlukan untuk membolehkan

keputusan yang dibuat adalah berdasarkan alternatif yang terbaik yang telah dipilih untuk

menyelesikan sesuatu perkara atau masalah yang dialami.

Dalam usaha untuk membuat keputusan, pilihan yang terbaik daripada senarai-senarai

alternatif yang ada untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Langkah penilaian

diambil setelah alternatif yang telah dipilih dilaksanakan bagi menilai sejauh mana

keberkesanan tindakan yang telah dilaksanakan.

Berdasarkan kepada definisi dan tafsiran yang diberikan berkaitan dengan keputusan dan

pembuatan keputusan, dapat disimpulkan di sini bahawa dalam proses membuat

keputusan, beberapa perkara perlu diambil kira antaranyanya alternatif atau cadangan-

cadangan kepada penyelesaian masalah yang harus dinilai terlebih dahulu sebelum

memilih cadangan yang terbaik untuk dilaksanakan bagi menyelesaikan sesuatu masalah

yang dihadapi. Keputusan yang dipilih kemudian dilaksanakan dan dinilai sejauh mana

keberkesanan terhadap keputusan yang telah diambil.

3.0 STRATEGI MEMBUAT KEPUTUSAN

3
MARLIANA BINTI SARUNI 251434

Sesuatu keputusan yang akan dibuat hendaklah melalui beberapa fasa pemikiran terlebih

dahulu sebelum dimuktamadkan. Masalah yang hadir dalam sesebuah organisasi perlu

dikenal pasti terlebih dahulu supaya perancangan dapat dilakukan. Masalah boleh timbul

dalam pelbagai kemungkinan samada masalah dalaman atau masalah luaran.

Langkah seterusnya dalam membuat keputusan ialah penetapan kriteria keputusan.

Beberapa kriteria diambil berpandukan kepada masalah yang dihadapi sebelum

diteruskan dengan langkah seterusnya iaitu membuat pertimbangan terhadap kriteria yang

telah disenaraikan. Kriteria-kriteria tersebut perlulah dipilih antara yang terbaik untuk

menyelesaikan sesuatu masalah bagi mencapai matlamat penyelesaian masalah yang

dihadapi.

Seterusnya, alternatif kepada keputusan yang akan dibuat disenaraikan dan dibincangkan

dengan cara menilai segala alternatif yang ada. Penilaian dibuat melihat kepada kesan dan

akibat terhadap alternatif-alternatif yang ada sebelum membuat pemilihan alternatif yang

terbaik yang boleh dilaksanakan. Setelah itu, alternatif terbaik yang telah dipilih akan

dilaksanakan sebelum dinilai sejauh mana keberkesanan terhadap alternatif tersebut. Jika

sekiranya pelaksanaan yang dilaksanakan memberikan hasil yang positif, maka alternatif

yang dipilih itu boleh dianggap berkesan namun jika sebaliknya, putaran proses dalam

membuat keputusan sekali lagi dibuat sehingga pelaksanaan yang dibuat dapat

memberikan impak yang positif.

Gambar rajah di bawah menunjukkan carta proses-proses dalam modul membuat

keputusan strategik yang harus dibuat untuk menguruskan sesebuah organisasi.

4
MARLIANA BINTI SARUNI 251434

8.Menilai 1.Mengenal
keberkesanan pasti masalah

7.Melaksanaka 2.Menetapkan
n alternatif kriteria
yang dipilih keputusan

6.Memilih
3.Pertimbangka
alternatif
n kriteria
penyelesaian keputusan
terbaik

5.Menilai
4.Menyenaraik
alternatif an alternatif
yang ada

Rajah 1 : Model Kemahiran Membuat Keputusan

Proses dalam membuat keputusan merupakan proses kitaran yang mana setelah menilai

sejauh mana keputusan yang dilaksanakan, jika pelaksanaan itu tidak menjadi, maka ianya

akan berbalik semula kepada masalah yang dihadapi manakala jika keputusannya ialah positif

maka sesuatu keputusan yang dibuat itu boleh dianggap sebagai keputusan yang berjaya.

Memilih satu alternatif penyelesaian untuk dilaksanakan bukan sesuatu tindakan yang mudah

namun perlu melalui proses-proses penilaian awal dan ramalan akan kesan yang mungkin

akan berlaku jika sesuatu alternatif itu diambil.

5
MARLIANA BINTI SARUNI 251434

4.0 KEKANGAN DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN

Dalam usaha untuk membuat keputusan yang terbaik tentang sesuatu masalah yang

dihadapi, beberapa kekangan perlu dielakkan bagi mengelakkan daripada masalah timbul

dalam proses membuat keputusan yang berkesan. Berikut merupakan kekangan yang ada

dalam membuat keputusan yang berkesan:

4.1 Pemikiran Selari

Pemikiran selari merujuk kepada pemikiran yang tidak bercambah. Dalam proses

membuat keputusan, pemikiran yang kreatif diperlukan supaya alternatif-alternatif

kepada keputusan yang akan dipilih dapat diperbanyakkan dengan cadangan-cadangan

yang lebih kreatif.

Beberapa idea adalah lebih baik daripada satu idea. Pemikiran yang pelbagai adalah

lebih baik daripada satu pemikiran. Oleh yang demikian, cadangan-cadangan kepada

alternatif dalam proses membuat keputusan adalah perlu untuk mendapatkan idea

yang lebih bernas dalam proses membuat keputusan yang lebih berkesan. Contohnya,

dalam konteks organisasi pendidikan, seorang pentadbir perlu menyelesaikan masalah

yang dihadapi oleh organisasi dalam menentukan jadual kelas contohnya. Keputusan

yang diambil untuk membuat jadual mungkin boleh mengelirukan atau mendatangkan

masalah kepada guru-guru jika tidak dibincangkan dengan penjadualan yang sesuai

berdasarkan keupayaan guru-guru.

4.2 Berat Sebelah

Dalam sesebuah organisasi, terdapat pelbagai ragam staf yang terlibat dalam

menguruskan organisasi tersebut. Selain itu, dari segi pengalaman juga mungkin ada

yang berbeza. Ada yang mempunyai pengalaman yang lebih lama dan mungkin ada

yang baru sahaja mendapat pengalaman dalam pekerjaan mereka atau lebih jelas lagi

disebut sebagai tahap senioriti pekerja.

6
MARLIANA BINTI SARUNI 251434

Ada majikan yang lebih suka mendengar buah fikiran daripada pekerja lama tanpa

menghiraukan idea daripada pekerja atau staf baru walaupun jelas menunjukkan idea

yang diberikan oleh staf baru itu lebih baik daripada staf berpengalaman tetapi

disebabkan oleh pengalaman yang ada pada pekerja tersebut tidak standing dengan

pengalaman kerja yang ada oleh pekerja yang lama itu, maka majikan tidak mahu

menerima idea yang disampaikan. Ini menunjukkan sikap pilih kasih yang tidak perlu

ada pada diri seorang pengurus organisasi demi kepentingan organisasi dan demi

untuk melihat organisasi tersebut melangkah lebih jauh.

4.3 Komitmen Terlalu Tinggi

Komitmen terlalu tinggi merujuk kepada bebanan kerja yang dialami oleh baik

pekerja mahupun majikan dalam sesebuah organisasi. Mendapatkan sesuatu idea yang

bernas dalam usaha untuk menyelesaikan sesuatu masalah memerlukan pemikiran

yang teliti supaya idea yang diberikan itu dapat diterima. Jika dibebani dengan kerja-

kerja atau pemikiran lain atau bercampur aduk, maka idea yang diberikan juga akan

berkurang dan berkemungkinan idea yang diberikan tidak bernas.

4.4 Pengaruh Rakan Atau Orang Lain

Apabila sesuatu masalah dicampuri oleh orang lain yang tiada kaitan, nescaya

keputusan yang akan dibuat akan mempengaruhi organisasi itu sendiri. Dalam konteks

ini lebih merujuk kepada desakan yang diterima daripada orang lain untuk

menyelesaikan masalah yang sendiri alami.

Sebagai contoh, seorang pengurus mendapatkan khidmat nasihat rakannya yang tidak

terlibat dalam organisasi. Jika idea diberikan digunakan sebagai pertambahan kepada

alternatif yang ada, akan berlaku bertambahan idea namun jika diambil secara terus

mungkin akan mendatangkan masalah bila hasil yang diperoleh tidak seperti yang

dijangka oleh seluruh organisasi.

7
MARLIANA BINTI SARUNI 251434

5.0 KESIMPULAN

Membuat keputusan untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang berlaku dalam sesebuah

organisasi bukanlah satu perkara yang mudah. Proses membuat keputusan untuk sesuatu

permasalahan yang berlaku memerlukan penelitian jika mahukan kesan yang terbaik

untuk organisasi itu sendiri. Membuat keputusan merupakan tindakan yang diambil

dengan cara melilih alternatif atau cadangan yang ada untuk menyelesaikan sesuatu

masalah yang berlaku dalam konteks organisasi itu sendiri.

Setiap alternatif yang diberikan disenaraikan dan kemudian dipilih sebagai solusi yang

terbaik untuk digunakan dan kemudiannya dinilai sejauh mana keberkesanannya dalam

menyelesaikan masalah tersebut. Jika sekiranya masalah dapat diselesaikan, bermakna

keputusan yang diambil untuk menyelesaikan masalah yang berlaku adalah positif

manakala jika sebaliknya, putaran kepada proses untuk membuat keputusan berlaku

sekali lagi sehingga pelaksanaan terhadap penyelesaian masalah tersebut dapat

diselesaikan dengan baik dan memenuhi matlamat yang diinginkan. Oleh yang demikian,

sebagai orang yang berkuasa dalam mengendalikan organisasi memerlukan sikap yang

bertanggungjawab dan lebih bersikap terbuka untuk menerima pandangan dan idea

daripada orang lain terutama dalam organisasi yang sama supaya perjalanan organisasi

dapat dijalankan dan dilaksanakan dalam keadaan yang baik dan berkesan.

8
MARLIANA BINTI SARUNI 251434

6.0 RUJUKAN

Aina M. Roose, Siti M. Said, Edris Aden (2013). Model Pembuatan Keputusan Dalam
Pemilihan Teori Kaunseling. International Counseling Convention. (1-18).

Fred W. Nickols (2015). Strategy Decision Making : Commitment To Strategic Action. 91-
14).

James Redmond (2017). Strategy Decision-Making:An Introduction To Bound Rationally


And The Influence Of Cognitive Errors. (1-17).

Marcel Planellas (2019). The 3-Stage Process For Making Strategic Decisions.
https://dobetter.esade.edu/en/making-strategic-decisions?_wrapper_format=html
diakses pada 20 Jun 2021.

Michael A. Roberto (2004). Strategic Decision-Making Process:Beyond The Efficiency-


Consencus Tradeoff. Bryant university. (1-50).

VM. Papadakis, Spyros Lioukas, David Chambers (1998). Strategic Decision-Making


Processes:The Role Of Management And Context. Vol 19, (115-147).

Anda mungkin juga menyukai