Anda di halaman 1dari 8

SKP3122-10: PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN (INTERNALIZATION OF

ETHICS AND CIVILIZATION)

SCL BERKUMPULAN - KAJIAN KES ISU SEMASA

‘BUDAYA PORNOGRAFI DALAM KALANGAN RAKYAT MALAYSIA’

NAMA PENSYARAH
DR AHMAD FAATHIN MOHD FADZIL

NAMA PELAJAR NOMBOR MATRIK

FEZRA QISTINA BINTI SYAHRUL FARIZAL 215213

SUZANA BINTI OMAR 214645

WAFIN WARDAH BINTI AZMI 217153

FAKULTI EKOLOGI MANUSIA


SEMESTER 2 SESI 2022/2023
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
KANDUNGAN

1.0 Pengenalan……………………………. ……………………………………………. 1

2.0 Perbincangan – Punca………………… ……………………………………………. 2


2.1 Pendedahan Awal………………… ……………………………………………. 2
2.2 Perkembangan Teknologi………… ……………………………………………. 2

3.0 Langkah Mengatasi…………………. …………………………………………… 3


3.1 Penglibatan Ibu Bapa…………… …………………………………………… 3
3.2 Literasi Digital dan Pendidikan…. ……………………………………………. 3

4.0 Nilai Etika…………………………… ……………………………………………. 4

5.0 Kesimpulan…………………………. ……………………………………………. 4

6.0 Rumusan Individu…………………... …………………………………………… 5


6.1 Wafin Wardah…………………… …………………………………………… 5
6.2 Fezra Qistina……………………. …………………………………………… 5
6.3 Suzana…………………………... ……………………………………………. 5

7.0 Rujukan……………………………… …………………………………………… 6

i
1.0 Pengenalan

Pornografi adalah penggambaran atau pengisahan sesuatu perlakuan (perbuatan, kejadian,


dan lain-lain) dengan cara yang mengghairahkan atau yang bertujuan untuk
membangkitkan nafsu seks (menerusi filem, bahan bacaan, dan sebagainya) - Kamus
Dewan Edisi Keempat. Ketagihan pornografi yang berlaku dalam kalangan rakyat
Malaysia telah menjadi suatu perkara yang sering kita dengar dan tidak hanya melibatkan
golongan dewasa tetapi turut melibatkan golongan bawah umur seperti remaja dan kanak-
kanak. Berdasarkan laporan statistik negara, rakyat Malaysia dikategorikan sebagai
penonton pornografi terbanyak semenjak Perintah Kawalan Pergerakan pada tahun 2020
lalu (Che Alias Hamid, PAS-Kemaman). “Menonton bahan lucah akan ubah kimia dalam
otak hingga menyebabkan ketagihan”, kata Prof Madya Dr Nur Izura Udzir, Naib Presiden
WADAH dalam temubual bersama wartawan Harian Metro. Tindakan menonton bahan
lucah ini akan memberikan kesan yang buruk terhadap seseorang individu seperti masalah
ketagihan yang berpanjangan, kesihatan yang semakin memburuk, serta kes-kes amang
seksual. Pornografi dapat ditafsirkan sebagai perkara yang tidak dapat diterima dalam
kehidupan seharian serta melanggar etika moral dan agama. Laporan ini bertujuan untuk
membincangkan punca-punca yang menyebabkan ketagihan pornografi dalam kalangan
rakyat Malaysia, langkah penyelesaian bagi permasalahan ini serta nilai etika yang
bersesuaian.

1
2.0 Perbincangan – Punca

2.1 Pendedahan Awal


Pendedahan sejak usia muda terhadap konten-konten berunsurkan pornografi
merupakan antara penyumbang terbesar terhadap permasalahan sosial ini. Hal ini
berlaku melalui pengaruh masyarakat sekeliling seperti rakan sebaya mahupun ahli
keluarga sendiri yang memperlihatkan seks secara terbuka mencetuskan perasaan ingin
tahu dalam diri golongan muda yang akhirnya memerangkap diri mereka sendiri ke
dalam lembah kepuasan yang berbeza dari yang pernah dirasakan sebelum ini. Cubaan
untuk menonton video berunsurkan pornografi ini akhirnya memakan diri sendiri
apabila mengalami ketagihan dan menjadi norma hidup.

2.2 Perkembangan Teknologi


Dunia di hujung jari pada masa ini membolehkan akses tanpa sempadan kepada konten
pornografi oleh sesiapa sahaja tanpa mengira tempat dan masa. Hanya dengan satu klik
sahaja segala video menggairahkan terpampang di hadapan mata. Hal ini ditambah lagi
apabila identiti pengguna Internet kekal rahsia yang membolehkan mereka mengakses
konten pornografi tanpa had daripada pelbagai laman web yang tersedia. Kepelbagaian
inovasi gadget seperti telefon pintar, tablet, dan komputer yang ada pada hari ini juga
merupakan pengaruh terbesar terhadap kepincangan masalah ini apabila kerja
penyebaran dan pengaksesan pornografi dapat dilakukan dengan sangat mudah.
Sebagaimana dinyatakan dalam akhbar Berita Harian yang bertajuk ‘Ketagihan
pornografi cetuskan pemangsa seksual’, ada remaja yang mendapat akses menonton
pornografi secara tidak langsung menerusi pautan laman sesawang yang muncul secara
tiba-tiba ketika menggunakan internet, dan ada yang menontonnya menerusi
perkongsian rakan sebaya.

2
3.0 Langkah Mengatasi

3.1 Penglibatan Ibu Bapa


Peranan ibu bapa adalah penting dalam mencegah isu berkaitan pornografi dan
menggalakkan penggunaan media yang sihat di kalangan kanak-kanak dan remaja.
Cara-cara utama ibu bapa boleh menyumbang kepada usaha pencegahan adalah ibu
bapa boleh menghalang akses kepada pornografi dengan melibatkan diri mereka dalam
aktiviti anak-anak. Mereka boleh menggunakan perisian kawalan ibu bapa untuk
menyekat akses kepada tapak web yang tidak sesuai dan memantau tingkah laku dalam
talian anak-anak mereka. Mereka juga boleh mengadakan perbualan terbuka tentang
bahaya mengakses kandungan lucah dan kesan negatifnya terhadap kesihatan mental
dan perhubungan mereka.

3.2 Literasi Digital dan Pendidikan


Literasi digital merujuk kepada keupayaan untuk menggunakan alat dan teknologi
secara berkesan. Mempromosikan literasi digital boleh memperkasakan individu untuk
mengemudi dunia digital dengan selamat. Literasi digital dan pendidikan boleh
mencegah pornografi di Internet dan mempromosikan persekitaran dalam talian yang
sihat dengan mengajar individu cara menggunakan teknologi secara bertanggungjawab.
Ini termasuk memahami risiko dan akibat mengakses kandungan lucah, serta cara
mengelakkannya. Pendidikan juga boleh mengajar individu cara mengenali dan
melaporkan kandungan yang tidak sesuai, dan cara menggunakan ciri privasi dan
keselamatan untuk melindungi diri mereka dalam talian.

3
4.0 Nilai Etika

Tindakan menonton bahan pornografi ini bukan sahaja mampu membahayakan diri dari
segi kesihatan fizikal dan mental seperti fungsi otak yang semakin memburuk, badan akan
menjadi lemah, organ dalaman tidak dapat berfungsi dengan baik, hilang motivasi dalam
hidup, malah melanggar hak asasi manusia seperti mangsa-mangsa pornografi secara
paksaan. Selain itu, ia juga mampu mencalarkan maruah diri seseorang individu kerana
melakukan perbuatan yang keji tersebut, serta melanggar batas agama yang menghalang
tindakan ini. Kita sebagai individu yang bertanggungjawab perlu sedaya upaya menjaga
diri dengan baik agar tidak terjebak dengan perbuatan tidak bermoral ini.

5.0 Kesimpulan
Konklusinya, ketagihan pornografi berkait rapat dengan gaya hidup yang wujud pada hari
ini. Masalah ini berpanjangan hasil daripada kemajuan teknikal yang wujud pada hari ini,
yang membolehkan sesiapa sahaja dengan mudah dan cepat mendapatkan bahan lucah,
khususnya dalam bentuk digital. Remaja hari ini dianggap lebih bijak dari segi teknologi
berbanding ibu bapa mereka, yang menyebabkan sesetengah daripada mereka bertindak
tidak bertanggungjawab dengan sengaja mengakses pornografi dalam talian dan mengatasi
sebarang sekatan siber yang mungkin dikenakan untuk mendapatkan bahan lucah. Ini juga
disebabkan pendedahan dan perkembangan pendidikan yang ada. Pihak yang
bertanggungjawab seperti ibu bapa dan kerajaan perlulah melakukan tindakan awal bagi
mencegah daripada permasalahan ini berlarutan.

4
6.0 Rumusan Individu
6.1 Wafin Wardah
Pada pandangan saya, pornografi telah dibuktikan tidak mempunyai sebarang kesan
baik terhadap diri seseorang individu. Bukan sahaja perbuatan ini mampu merosakkan
diri seseorang individu, malah bertentangan dengan etika moral kehidupan manusia.
Melalui kemajuan teknologi yang wujud pada hari ini, sebagai individu yang
bertanggungjawab, saya perlulah bertindak segera terhadap sebarang penyalahgunaan
Internet dengan melaporkan kepada pihak yang bertanggungjawab berkenaan konten-
konten yang tidak sewajarnya agar dihapuskan daripada dunia digital demi keselamatan
dan kesejahteraan generasi akan datang.

6.2 Fezra Qistina


Rumusannya, budaya lucah hanya membawa kesan buruk. Bukan sahaja anda akan
membuang banyak masa tetapi anda juga akan menjadi bodoh kerana pornografi boleh
merosakkan striatum anda, bahagian otak anda yang memproses 'ganjaran dan
motivasi'. Kita semua harus menjauhi pornografi dan melakukan aktiviti yang lebih
sihat seperti membaca buku, menari, berbasikal, dan berkebun, malah tidur adalah lebih
baik daripada melayari pornografi. Oleh itu, kedua-dua ibu bapa dan kerajaan harus
bekerja keras untuk menghapuskan kewujudan pornografi dari dunia ini. Kita juga perlu
menjaga etika sebagai rakyat yang prihatin dengan menerapkan nilai-nilai murni seperti
menjaga akhlak dan bertanggungjawab dalam menggunakan teknologi yang sedia ada.

6.3 Suzana
Tuntasnya, punca terbesar kepada ketagihan pornografi adalah pendedahan awal serta
perkembangan teknologi maklumat yang bergerak begitu pantas. Kesannya, ketagihan
ini mampu merosakkan fungsi saraf otak yang mampu mengakibatkan hilangnya nilai
moral seperti rasa malu yang sudah tiada, perubahan tingkah laku yang drastik, serta
menjadikan emosi seseorang individu tidak dapat dikawal dengan baik. Teknologi yang
wujud perlulah dikawal oleh pihak yang bertanggungjawab seperti kerajaan agar
menyekat secara terus segala laman-laman web yang berunsurkan pornografi daripada
terus berleluasa di dunia digital negara ini dan seterusnya mengekalkan etika moral
dalam diri masyarakat.

5
7.0 Rujukan
Kamus Dewan Edisi Keempat. (n.d.). Pornografi. In prpm.dbp.gov.my. Retrieved 27
May, 2023, from https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=pornografi

Malik, M. A. (2018, July 29). Menononton Bahan Lucah Akan Ubah Kimia Dalam Otak
Hingga Menyebabkan Ketagihan. Harian Metro.
https://pkpp.upm.edu.my/akhbar/pornografi_menonton_bahan_lucah_akan_ubah_kim
ia_otak_hingga_menyebabkan_ketagihan-5057

M, F. H. (2018, April 1). Ketagihan pornografi rosakkan otak. Berita


Harian. https://www.bharian.com.my/wanita/keluarga/2018/04/406081/ketagihan-
pornografi-rosakkan-otak

Nor, A. A. A., Che, Z. S. (2011). Menangani Permasalahan Laman Web Pornografi:


Antara Perisian Penapis, Penguatkuasaan Undang-Undang dan Amalan Spiritual.
Universiti Kebangsaan Malaysia, Journal of Islamic and Arabic Education 3(1), 2011
29-46. http://journalarticle.ukm.my/2205/1/23.pdf

Norman, A., Othman, N. (2020). Ketagihan Pornografi Dalam Kalangan Remaja: Faktor
Dan Implikasi Terhadap Sahsiah Diri Remaja. Universiti Teknologi Malaysia, 19(2),
205-215. http://journalarticle.ukm.my/15529/1/43488-139741-1-SM.pdf

Sazili, S. (2017, October 22). Ketagihan pornografi cetuskan pemangsa seksual. Berita
Harian. https://www.bharian.com.my/wanita/lain-lain/2017/10/340543/ketagihan-
pornografi-cetuskan-pemangsa-seksual

Anda mungkin juga menyukai