Anda di halaman 1dari 22

GMGF 1013 EKONOMI DALAM PENGURUSAN AWAM 1

ISI KANDUNGAN
Muka surat

Pengenalan 2

Hasil Kerajaan Di Malaysia 3

Pertumbuhan Ekonomi Di Malaysia 5

Peranan Hasil Kerajaan Terhadap 8


Pertumbuhan Ekonomi

Analisa KDNK Bermula Tahun 2000 Sehingga 11


2010.

Sumbangan Pelaburan Sektor Swast 16


Terhadap Pertumbuhan KDNK
Negara.

Kesimpulan 18

1 197396
GMGF 1013 EKONOMI DALAM PENGURUSAN AWAM 1

1.0 PENGENALAN

Malaysia mengamalkan sistem ekonomi campuran di mana kerajaan dan pasaran secara
bersama memainkan peranan masing-masing dalam perlaksanaan asas ekonomi seperti apa,
berapa banyak perlu dikeluarkan, bagaimana ia dikeluarkan dan untuk siapa ia dikeluarkan.
Campur tangan kerajaan dalam urusan ekonomi boleh digolongkan kepada dua kumpulan iaitu
Mengadakan peraturan-peraturan untuk memperbaiki mekanisme pasaran. Di dalam keadaan ini,
pemerintah menyediakan dasar sosio-ekonomi tertentu agar mekanisme pasaran berjalan dengan
cekap. Pada asasnya ia bertujuan untuk menghindarkan gejala pertandingan yang tidak sempurna
daripada wujud dalam pasaran misalnya peraturan menghadkan monopoli dan menyekat
pengeluaran barangan tertentu yang tidak baik kepada masyarakat umum dan campurtangan
secara langsung dalam urusan menyediakan barangan awam, keluaran barangan strategik dan
mengawal kestabilan ekonomi (Darrat 1998). Dalam konteks ini kita boleh melihat penglibatan
pemerintah dalam aspek-aspek mendapatkan hasil untuk negara dan menjalankan dasar
belanjawan serta jalankan perusahaan-perusahaan awan untuk keluarkan sebahagian daripada
barang yang disebutkan. Pengurusan ekonomi yang cekap bertujuan untuk mencapai matlamat
pembangunan. Ia memainkan peranan penting dalam menjamin kedudukan kewangan dan
imbangan pembayaran yang kukuh (Jones 1991).

Oleh itu, bagi mencapai pertumbuhan ekonomi yang baik, pihak swasta dan persendirian
perlu memainkan peranannya sebagai jentera pertumbuhan manakala pihak kerajaan adalah
penyokongnya. Sebagai contoh, untuk menggalakkan perkembangan ekonomi, keperluan
infrastruktur yang baik diperlukan. Oleh yang demikian pada pembentangan belanjawan
peruntukan tertentu diberikan untuk pembangunan infrastruktur seperti pembinaan jalanraya,
landasan keretapi dan pelabuhan. Begitu juga dasar pencukaian misalnya boleh digunakan
untuk mengarah kegiatan ekonomi, contohnya untuk mengelakkan penggunaan barangan yang
boleh menjejaskan kesihatan seperti rokok dan minuman keras, cukai ke atas barangan
tersebut dinaikkan. Sebaliknya pengeluaran barangan makanan adalah penting untuk
menjamin kestabilan ekonomi negara, dengan demikian banyak insentif cukai dan pemberian
subsidi diberikan kepada pengeluaran padi, ikan, sayur-sayuran dan hasil ternakan. Sebenarnya
konsep pembangunan ekonomi Islam bertolak dari pengembangan sumber daya manusia (human
capital) dan penguasaan teknologi sebagai penggerak utama (driving force) pembangunan
2 197396
GMGF 1013 EKONOMI DALAM PENGURUSAN AWAM 1

ekonomi. Pengembangan sumber daya manusia merangkum seluruh potensi dan keberdayaan
dan kualiti kemanusiaan dari sudut rohani dan moral. Pembangunan ekonomi
merangkum pembangunan sistem kewangan dan dasar perniagaan global yang adil. Ia juga
merangkum pemerataan kebebasan sosial, keadilan ekonomi, pengembangan teknologi, usaha
mempelbagaikan sumber dan sebagainya. Sebuah negara dikira sebagai negara membangun
berasaskan kadar piawaian atau kategori tertentu. Kategori diukur berdasarkan Keluaran Negara
Kasar per kapita bagi sesebuah negara. Sesebuah negara dikatakan membangun apabila telah
melalui pertumbuhan ekonomi dan perubahan struktur ekonomi (Zulfetly karim 2005).
Pertumbuhan ekonomi ialah peningkatan pendapatan (keluaran negara per kapita) manakala
perubahan struktur ekonomi ialah perubahan kepentingan sektor kepada perindustrian, peratus
penduduk bandar yang tinggi, jangka hayat semasa lahir yang panjang dan kadar buta huruf
yang rendah, serta pendedahan kepada arena antarabangsa dan sebagainya.

2.0 HASIL KERAJAAN DIMALAYSIA

Bagi menampung kos perbelanjaan, sektor awam mengutip hasilnya melalui hasil cukai,
hasil bukan cukai, serta pinjaman dan penggunaan harta kerajaan. Sepintas lalu, hasil Kerajaan
terus meningkat dari tahun ke tahun. Ini bersesuaian dengan pertumbuhan ekonomi negara yang
meningkat dengan kadar lapan peratus setahun pada masa kini. Skop hasil kerajaan yang
dinyatakan dalam undang-undang Perlembagaan dapat dibahagikan kepada hasil cukai, hasil
bukan cukai, geran Kerajaan Persekutuan serta lain-lain hasil termasuk denda dan saman. Hasil
cukai ialah hasil yang dibayar oleh rakyat kepada kerajaan untuk perbelanjaan Negara dikutip
atas harta atau pendapatan individu, perbadanan, perkongsian dan syarikat. berasaskan
perundangan yang diluluskan oleh Parlimen (Andrew 1996). Contohnya cukai tanah, cukai
taksiran atau cukai pintu, premium, cukai setem, cukai pendapatan dan sebagainya. Hasil cukai
diklasifikasikan kepada cukai langsung dan cukai tidak langsung. Cukai langsung ialah cukai
yang dikenakan terus terhadap pendapatan dan kekayaan mengikut akta yang diluluskan, seperti
Akta Cukai Pendapatan 1967. Contoh cukai tersebut ialah cukai pendapatan, cukai sewa filem,
duti harta pusaka, duti setem dan cukai atas keuntungan hartanah. Cukai ini ditadbir dan dikutip
oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). Selain cukai pendapatan, cukai
langsung yang dikutip ialah duti setem dan cukai keuntungan harta tanah.

3 197396
GMGF 1013 EKONOMI DALAM PENGURUSAN AWAM 1

Contohnya, sebanyak RM3,404 juta duti setem dan RM278 juta cukai terhadap
keuntungan hartanah telah dikutip pada tahun 2007 (Norasiah Mohamad 2013). Cukai tidak
langsung pula ialah cukai yang dikenakan secara tidak langsung kepada individu dan cukai
ini hanya dikenakan apabila
seseorang individu membeli atau menggunakan sesuatu barangan atau perkhidmatan. Contoh
cukai tidak langsung ialah duti eksport, duti import, duti eksais, cukai jualan, cukai jalan dan
cukai perkhidmatan. Duti eksport, duti import, duti eksais dan cukai perkhidmatan ditadbir dan
dikutip oleh Jabatan Kastam Dan Eksais Diraja, manakala cukai jalan dikutip oleh Jabatan
Pengangkutan Jalan. Hasil cukai merupakan penyumbang terbesar kepada jumlah hasil Kerajaan
Persekutuan, iaitu 68 peratus (RM95,168 juta) berbanding dengan jumlah hasil keseluruhan
sebanyak RM139,885 juta pada tahun 2007. Hasil bukan cukai ialah hasil yang dikutip daripada
perkhidmatan yang disediakan oleh Kerajaan kepada rakyat. Hasil bukan cukai termasuklah
kenaan bayaran daripada kelulusan permit, yuran perkhidmatan, jualan perkhidmatan, jualan
barang dan harta, sewa dan hasil daripada pelaburan lesen, sewa dan bayaran perkhidmatan.
Hasil lain ialah geran, hadiah, denda serta saman, ataupun pendapatan daripada pelupusan tanah
kepada Kerajaan Persekutuan di bawah Artikel 83.

Kadar bayaran yang dikenakan berasaskan akta tertentu yang diluluskan di Parlimen.
Sumber pendapatan kerajaan yang lain ialah terimaan bukan hasil terdiri daripada semua
pulangan balik perbelanjaan. Contohnya terimaan daripada kumpulan wang amanah yang
berlebihan, kredit antara jabatan, pulangan balik bayaran yang lebih dan bayaran pelarasan
dalam tahun-tahun kewangan yang lalu. Hasil kerajaan merupakan salah satu alat penting yang
menyumbang kapada pertumbuhan ekonomi sesebuah negara termasuklah kepada negara
Malaysia. Hasil kerajaan merangkumi hasil yand diterima oleh kerajaan bagi menerima pelbagai
hasil daripada kerajaan tempatan ataupun negeri mahupun hasil Negara amnya dengan hasrat
dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara. Hasil kerajaan banyak diperolehi oleh hasil
cukai yang dikutip oleh kerajaan. Bagi menambah hasil kerajaan mesti menyusung strategi
melalui Perbelanjaan pembangunan sebagai pelaburan atau modal bagi menjalankan projek-
projek pembangunan ekonomi oleh pihak kerajaan yang dapat meningkatkan taraf sosioekonomi
dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi (Rohaiza Taha 2011).

4 197396
GMGF 1013 EKONOMI DALAM PENGURUSAN AWAM 1

Perbelanjaan pembangunan ini adalah lebih rendah daripada perbelanjaan pengurusan


kerana perbelanjaan pembangunan ini adalah bersifat pelaburan jangka panjang. Perbelanjaan ini
meliputi perbelanjaan modal untuk sektor-sektor ekonomi seperti sektor perkhidmatan sosial,
sektor ekonomi, sektor keselamatan dan sektor pentadbiran awam. Cukai di Malaysia merupakan
sumber penting pendapatan kerajaan dan sumber yang paling boleh dipercayai pembiayaan
kerajaan. Di kebanyakan negara, pelepasan cukai telah menjadi alat yang penting untuk
merangsang pertumbuhan ekonomi. Malah, dasar cukai itu sendiri adalah elemen asas bagi polisi
ekonomi, memastikan negara dapat mengekalkan dan meningkatkan daya saing global dan
berkembang. Ini boleh digunakan untuk maju, membangun dan negara-negara dalam peralihan.
Daya tarikan struktur sistem cukai adalah penting untuk memastikan bahawa ia mampu untuk
menarik pelabur tempatan dan asing.

3.0 PERTUMBUHAN EKONOMI DIMALAYSIA

Dasar dan strategi ke arah mewujudkan pembangunan ekonomi seimbang di Malaysia


telah lama diberi penekanan. Setelah lebih 50 tahun mencapai kemerdekaan , kesan penjajahan
British ke atas Tanah Melayu yang mewujudkan keadaan dualisme ekonomi dari segi wilayah
dan kelompok etnik masih tetap dirasai. Sejak beberapa dekad yang lalu ekonomi Malaysia
mengalami perkembangan yang pesat. Kadar pertumbuhan ekonomi tinggi yang dicapai
menjadikan Malaysia antara negara yang terbaik prestasinya di rantau ASEAN. Namun,
pertumbuhan ekonomi semata-mata belum tentu boleh menjamin faedahnya dapat disebarkan
secara adil dan saksama di kalangan masyarakat. Dalam pendekatan pembangunan bersama
pertumbuhan ekonomi, proses pembangunan ekonomi bukan hanya terhad kepada pertumbuhan
di dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) atau KDNK per kapita, tetapi perlu mengambil
kira aspek penyebaran faedah dari pertumbuhan tersebut kepada semua golongan. Di Malaysia,
isu agihan sebenarnya memerlukan masa yang lama untuk diselesaikan. Matlamat pengurangan
kemiskinan mutlak dapat dicapai dalam tempoh hampir 35 tahun.

5 197396
GMGF 1013 EKONOMI DALAM PENGURUSAN AWAM 1

Kerajaan terpaksa bekerja keras untuk mewujudkan agihan pendapatan yang seimbang
di kalangan etnik. Kejayaan yang dicapai tidak mampu bertahan apabila berlaku perubahan
radikal di peringkat ekonomi global sedangkan idea globalisasi yang berpaksikan Barat menolak
sama sekali campur tangan kerajaan. Dalam konteks ini, cabaran utama yang harus dihadapi
ialah untuk memastikan tuntutan globalisasi tidak menjejaskan matlamat negara untuk mencapai
pembangunan seimbang secara lebih menyeluruh. Matlamat pembangunan ekonomi seimbang
ini hanya boleh dicapai melalui campur tangan dan sokongan padu dari pihak kerajaan.
Justeru pelaksanaan dasar dan strategi pembangunan ekonomi yang cekap dan berkesan
adalah perlu. Perbincangan bab-bab dalam buku ini adalah fokus kepada aspek tersebut.
Kewujudan keseimbangan di antara pertumbuhan dengan kesejahteraan ekonomi yang
merangkumi aspek keadilan sosial, isu kemiskinan dan agihan seimbang, persekitaran hidup
harmoni dan alam sekitar serta pembentukan modal insan berkualiti perlu dibari perhatian
yang serius kerana ianya akan menentukan kejayaan pembangunan negara pada masa
hadapan. Pertumbuhan ekonomi boleh menghasilkan kemakmuran hanya sekiranya ia dapat
meningkatkan tahap kesejahteraan rakyat.

Pengalaman kebanyakan negara di dunia menyokong dakwaan bahawa pertumbuhan


ekonomi tidak semestinya mempunyai hubung kait secara langsung dengan peningkatan
kesejahteraan. Terdapat negara yang mencatat tahap kesejahteraan yang rendah walaupun
berstatus negara berpendapatan tinggi. Manakala, terdapat juga negara yang menikmati kedua-
dua tahap pendapatan dan kesejahteraan yang tinggi.Faedah pertumbuhan ekonomi yang
optimum hanya boleh dicapai apabila setiap rakyat dapat menikmati faedah tersebut. Oleh itu,
penelitian terhadap arah dan magnitud penjanaan kesejahteraan daripada pertumbuhan ekonomi
adalah perlu dalam membuat pengubahsuaian dasar. Pertumbuhan ekonomi didefinisikan sebagai
peningkatan keluaran negara benar berikutan daripada peningkatan dalam nilai keluaran
barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh sesebuah ekonomi. Pertumbuhan ekonomi
bersifat kuantitatif yang diukur menggunakan pendapatan (KDNK) atau pendapatan negara.
Pembangunan ekonomi. Kerajaan perlu menggalakkan pertumbuhan ekonomi. Pertumbuhan
ekonomi yang dicapai melalui aktiviti- aktiviti dalam sektor pertama, kedua dan ketiga akan
memberikan pendapatan dan pekerjaan kepada penduduk.

6 197396
GMGF 1013 EKONOMI DALAM PENGURUSAN AWAM 1

Untuk membiayai pelaburan dalam ekonomi, tabungan diperlukan. Oleh yang demikian
usaha menggalakkan tabungan persendirian dikalangan penduduk perlu diberi perhatian. Dari
segi dasar belanjawan pula, dibuat perbelanjaan ke atas kemudahan awam, perdagangan dan
perindustrian, pengangkutan, perhubungan komunikasi dan pentadbiran awam. Bagi
menggalakkan kemasukan pelabur asing ke Malaysia, insentif pengecualian cukai boleh
diberikan kepada pelabur baru. Begitu juga bagi pengusaha sektor perindustrian dan pertanian,
pembelian jentera dan lain-lain kelengkapan untuk meningkatkan produktiviti pengeluaran boleh
diberi insentif cukai. Pertumbuhan ekonomi yang kukuh adalah sangat penting bagi sesebuah
negara bagi meningkatkan taraf hidup rakyat dalam negara serta memastikan kestabilan dalam
negara dapat dicapai. Pertumbuhan ekonomi juga boleh dijadikan sebagai alat pengukur bagi
menilai prestasi pembangunan ekonomi sesebuah negara. Pertumbuhan ekonomi sesebuah
negara tidak dapat lari daripada menghadapi keadaan meningkat atau meleset dalam keadaan
ekonomi semasa.

Kadangkala pertumbuhan ekonomi meningkat dengan pesat sehingga menyebabkan


berlakunya peningkatan dalam harga dan pada masa yang lain pula ianya mengalami
pertumbuhan yang lambat serta merosot dan berada di bawah tahap yang rendah daripada
sebelumnya. Untuk menentukan kadar pertumbuhan ekonomi yang dicapai oleh sesebuah
negara perlulah mengambilkira pendapatan negara benar, iaitu Keluaran Dalam Negara Kasar
(KDNK) benar atau Keluaran Negara Kasar (KNK) benar. Dalam pengiraan ini, pendapatan
negara dan komponen-komponennya dinyatakan pada harga tetap iaitu harga barang yang wujud
pada tahun asas yang dipilih.Pertumbuhan ekonomi berkait rapat dengan keadaan ekonomi
dalam jangka masa panjang dan ianya menggambarkan berlakunya pengembangan dalam
ekonomi yang disebabkan oleh perbelanjaan kerajaan. Pertumbuhan ekonomi yang pesat adalah
penting untuk menambahkan pendapatan dan meningkatkan peluang pekerjaan bagi rakyat. Bagi
membolehkan pertumbuhan ekonomi dikekalkan pada tahap yang tinggi, salah satu faktor
penting yang perlu ditingkatkan ialah perbelanjaan kerajaan. Oleh itu, perbelanjaan kerajaan
adalah sangat penting bagi pertumbuhan ekonomi sesebuah negara dan menjadi salah satu
komponen penting dalam memulihkan semula ekonomi.

7 197396
GMGF 1013 EKONOMI DALAM PENGURUSAN AWAM 1

4.0 PERANAN HASIL KERAJAAN TERHADAP PERTUMBUHAN EKONOMI

Secara umumnya, ekonomi Malaysia dijana daripada pelbagai sumber seperti


perdagangan, pertanian perikanan, perlombongan dan lain-lain lagi untuk meningkatkan
pendapatan negara. Selain itu, faktor penentu pertumbuhan ekonomi sesebuah negara juga
dilihat dari segi penggunaan, pelaburan, perbelanjaan kerajaan, eksport bersih dan hasil cukai.
Cukai merupakan satu instrumen ekonomi yang amat penting bagi sesebuah negara memperoleh
hasil atau pendapatan (Suhailah 2014). Hasil daripada cukai ini digunakan oleh kerajaan untuk
mentadbir dan mengurus sesebuah negara dan perbelanjaan pembangunan. Semasa
pembentangan bajet 2014 pada 25 Oktober 2013, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun
Abdul Razak memaklumkan bahawa sistem percukaian yang menyeluruh dan saksama perlu
segera dilaksanakan untuk manfaat seluruh rakyat Malaysia. Sehubungan itu, kerajaan telah
membuat persediaan dalam melaksanakan pelan transformasi terhadap sistem percukaian negara
dengan memansuhkan cukai jualan dan cukai perkhidmatan (SST) dan digantikan dengan cukai
barang dan perkhidmatan atau Goods and Services Tax (GST). Usaha kerajaan didalam
melonjakan kerancakan ekonomi yang berdaya saing melalui peranan hasil yang didapati oleh
kerajaan berada ditahap pertumbuhan yang mampan yang bakal menyaksikan
Malaysiaperlaksanaan Cukai GST akan berkuat kuasa pada 1 April 2015 pada kadar 6
peratus.

Mekanisme GST menggambarkan bahawa kerajaan serius mahu memastikan


pertumbuhan negara yang stabil untuk jangka panjang dengan menambah hasil Negara
sekaligus meningkatkan taraf pertumbuhan ekonomi negara (Hussin Abdullah, 2013). Melalui
pelaksanaan ini, maka kerajaan berharap dapat menangani banyak kelemahan dalam sistem
percukaian sedia ada. Selain itu, kerajaan juga turut prihatin terhadap kesukaran yang dihadapi
oleh rakyat dalam menangani isu kos sara hidup yang semakin tinggi dengan menyediakan
peruntukkan dan penyediaan insentif yang dapat membantu rakyat. Menurut Wan Suhaimie
Saidie (2013), untuk meningkatkan hasil Negara GST perlu disegerakan pelaksanaannya
untuk mengekalkan daya saing Malaysia dalam menarik lebih banyak pelaburan, mengekalkan
kemapanan pertumbuhan ekonomi serta mewujudkan pekerjaan berpendapatan tinggi. Menurut
beliau lagi, negara seperti Australia dan Singapura boleh dijadikan perbandingan dalam

8 197396
GMGF 1013 EKONOMI DALAM PENGURUSAN AWAM 1

pelaksanaan GST kerana mempunyai geografi, demografi, budaya dan sistem perundangan yang
hampir menyamai Malaysia. Sesebuah negara perlu mempunyai sistem hasilnya yang tersendiri.
Kepentingan sistem hasil untuk negara bukan sekadar untuk membiayai keperluan perbelanjaan
negara tetapi juga untuk mencapai matlamat pengendalian ekonomi negara. Sistem hasil boleh
diguna untuk mempengaruhi peruntukan sumber dalam negara. Ia juga dapat mempengaruhi
arah aliran peruntukan penggunaan sumber ekonomi. Pada akhirnya ia juga boleh
mempengaruhi kestabilan ekonomi. Matlamat-matlamat ekonomi ini penting dalam pengurusan
ekonomi sesebuah negara semoga ekonomi negara sentiasa berada dalam keadaan baik dan
mampu menghala kepada ekonomi mampan (Abdul Ghafar Ismail 1987).

Dalam usaha kerajaan mengubal dasar berkaitan sistem hasil negara, semangat keadilan
ekonomi dan kemantapan muafakat dikalangan rakyat perlu menjadi prinsip-prinsip asas
utama. Tanpa prinsip-prinsip tersebut mempengaruhi sistem hasil negara keutuhan dan
keharmonian masyarakat akan tercabar. Semangat tersebut adalah inti kepada kekukuhan dan
kecapaian kemajuan ekonomi negara secara berterusan kerana agenda ekonomi berkait rapat
dengan keunggulan keadaan sesebuah masyarakat. Sesebuah negara pada lazimnya mempunyai
kekayaannya yang mampu menghasil pendapatan seperti tanah, hutan, bahan galian dan
sebagainya. Jika pendapatan dari sumber-sumber tersebut menyumbang secara besar-besaran
kepada keperluan negara maka jumlah cukai yang perlu dipunggut mungkin kecil dan ia juga
berkemungkinan cukai dikecualikan secara mutlak. Suasana tersebut berbeza dari sesebuah
negara dengan yang lain. Dasar fiskal yang berhemat adalah perlu untuk merangsang
keseimbangan ekonomi dalaman seperti kestabilan paras harga, pertumbuhan ekonomi dan guna
tenaga. Justeru, pemahaman hubungan antara perbelanjaan kerajaan dengan kutipan hasil cukai
adalah penting untuk menilai ketidakseimbangan fiskal. Realitinya, kerajaan persekutuan,
kerajaan negeri dan kerajaan tempatan akan berhadapan dengan tiga situasi fiskal iaitu sama ada
mengalami belanjawan lebihan, belanjawan defisit atau belanjawan berimbang. Ketiga-tiga
situasi fiskal tersebut mempunyai hubungan yang rapat dengan proses belanjawan yang
melibatkan perancangan perbelanjaan dan hasil (Anderson 1986). Maka, pemahaman hubungan
antara perbelanjaan kerajaan dengan hasil merupakan perkara penting yang perlu
dipertimbangkan oleh penggubal dasar belanjawan.

9 197396
GMGF 1013 EKONOMI DALAM PENGURUSAN AWAM 1

5.0 ANALISIS HASIL KERAJAAN TEHADAP PERTUMBUHAN EKONOMI

Pertumbuhan ekonomi bagi sesebuah negara itu dilihat dari beberapa faktor penentu
seperti penggunaan, pelaburan, perbelanjaan kerajaan dan eksport bersih. Hasil cukai adalah
merupakan penyumbang utama kepada jumlah hasil kerajaan. Perbelanjaan kerajaan juga banyak
bergantung kepada hasil cukai yang berjaya dikutip dari pelbagai sektor yang menjalankan
aktiviti ekonomi di dalam negara ini. Kerajaan dapat melaksanakan pelbagai projek yang
dapat menggerakkan pertumbuhan ekonomi melalui peningkatan dalam jumlah hasil cukai
yang ada. Namun begitu, pada tahun 2010, Malaysia masih mencatatkan nisbah hasil cukai
kepada KDNK yang paling rendah berbanding 34 buah negara maju yang lain, nisbah yang
di catat oleh Malaysia adalah sebanyak 19.5% dan nilai ini secara relatifnya terlalu rendah.
Oleh yang demikian, akibat dari nisbah hasil cukai kepada KDNK yang terlalu rendah,
Malaysia mengalami kekurangan hasil cukai, akhirnya memberi kesan kepada kerajaan untuk
membiayai perbelanjaan pembangunan (BNM, 2010). Akibat dari hasil kerajaan yang tidak
mencukupi itu, kesan terbesar yang terpaksa dihadapi oleh kerajaan adalah kedudukan kewangan
kerajaan yang cenderung defisit. Di Malaysia, sistem percukaian yang diamalkan dilihat
mempunyai asas yang sempit kerana terlalu bergantung kepada cukai pendapatan. Dalam
keadaan ini, jika sekiranya keuntungan syarikat berkurangan, maka jumlah kutipan cukai
pendapatan juga berkurangan dan ini sedikit sebanyak mempengaruhi hasil kerajaan (Laporan
Tahunan 2011)

Bagi menganalisis hasil kerajaan terhadap pertumbuhan ekonomi ianya boleh diukur
melalui Keluaran Dalam Negara Kasar atau KDNK yang merupakan salah satu cara untuk
mengukur ekonomi sesebuah negara. Apa yang boleh dilihat secara terus melalui KDNK ini
adalah nilai keseluruhan pasaran, barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh negara
untuk satu-satu tempoh tertentu yang telah ditetapkan. KDNK ditafsirkan mengikut nilai-nilai
wang yang terhasil dalam pergerakkan ekonomi sesebuah negara (Suhaida 2010). Biasanya
KDNK akan dikelaskan mengikut beberapa pecahan tertentu yang harus mempunyai penilaian
yang sama terhadap tiga aspek utama, Pendekatan Produk (atau keluaran), Pendekatan
Pendapatan (income approach) dan Pendekatan Perbelanjaan (expenditure approach). Di mana
penggunaan adalah merangkumi perbelanjaan isi rumah tangga; pelaburan kasar oleh sektor

10 197396
GMGF 1013 EKONOMI DALAM PENGURUSAN AWAM 1

industri; perbelanjaan awam oleh kerajaan; dan eksport dan import melibatkan sektor luar
negeri serta , sewa yang merupakan pendapatan pemilik untuk faktor pengeluaran tetap seperti
tanah; upah untuk tenaga kerja; bunga untuk pemilik modal; dan keuntungan untuk pengusaha
(wong Hock Tsen 2005). KDNK dihitung dengan menjumlahkan semua nilai keluaran yang
dikeluarkan oleh semua faktor pengeluaran yang terdapat di dalam negara tetapi tidak
mengambil kira nilai keluaran yang dihasilkan oleh faktor rakyat tempatan di luar negara
(KNK). KDNK menghitung nilai output yang dihasilkan oleh faktor pengeluaran dalam negara
bagi jangka masa setahun, tanpa mengira samada faktor tersebut adalah milikan negara atau
milik negara asing (Suhaida 2010). KDNK mengambil kira nilai sumbangan keluaran faktor
tempatan dan faktor asing di dalam negara.

6.0 ANALISA KDNK BERMULA TAHUN 2000 SEHINGGA 2010.

Bermula tahun 2000 , sektor Perkhidmatan merupakan sektor yang paling banyak
menyumbang dalam KDNK, ia menyumbang sebanyak 53.9% (RM113,408 juta) kepada
KDNK pada tahun 2000, dan terus mengukuh 58.1% (RM152,205 juta) pada tahun 2005 dan
sumbangannya diunjurkan meningkat kepada 59.2% (RM208,086 juta) pada tahun 2010.
Dalam pergerakkan ekonomi sekitar tahun 2000 hingga ke tahun 2005 kita dapat menyaksikan
perbezaan peratusan KDNK yang sangat baik dengan perbezaan lebih kurang 5% untuk tempoh
5 tahun dengan nisbah peningkatan setiap 1% setahun memberikan satu impak positif
terhadap sektor perkhidmatan di dalam negara. Namun pada sekitar 2008 dan 2009 sektor
perkhidmatan telah mencatatkan sedikit kemerosotan pada suku pertama terutama pada bidang
berkaitan perkilangan dan perdagangan namun menjadi bertambah baik pada suku kedua
disumbangkan oleh sektor perkhidmatan yang melibatkan aktiviti ekonomi dalam negeri, sektor
kewangan serta pasaran modal. Sektor pembuatan, yang merupakan jentera pertumbuhan kedua,
menyumbang sebanyak 31.9% (RM67,250 juta) pada tahun 2000, dan menyusut kepada
31.4% (RM82,394 juta) pada tahun 2005 dan diunjurkan kembali mengukuh 32.4%
(RM113,717 juta) pada tahun 2010. Disini terdapat beberapa faktor ketidakstabilan pasaran
dalam sektor pembuatan yang menyaksikan penurunan 0.5% .

11 197396
GMGF 1013 EKONOMI DALAM PENGURUSAN AWAM 1

Ianya mula pulih semula apabila permintaan dan penawaran dalam pasaran meningkat
semula pada tahun 2008 sehingga 2009, dimana sektor pembuatan pulih dan mencatatkan
keputusan positif pada suku keempat berikutan pemulihan dalam permintaan luar. Sektor
pembinaan pula kekal positif disebabkan oleh projek berkaitan pembinaan dibawah Rancangan
Malaysia Ke–9(RMK9). Sektor pertanian, jentera ketiga KDNK, hanya menyumbang 8.9%
(RM18,662 juta) pada tahun 2000, menyusut 8.2% (RM21,585 juta) pada tahun 2005 dan
disasarkan menguncup 7.8% (RM27,518 juta) pada tahun 2010. Namun pada sekitar 2008
dan 2009 , sektor pertanian telah disokong oleh pengeluaran minyak sawit serta pengeluaran
bahan perikanan dan penternakan yang lebih tinggi. Namun pada separuh tahun kedua, semua
sektor ekonomi terjejas akibat kemerosotan global dan pembetulan harga terhadap pasaran
komoditi. Walau bagaimanapun, dari segi nilai tambah, ketiga-tiga sektor mencatatkan
peningkatan bagi tempoh 2000 – 2010. Adalah jelas peratus sumbangan sektor
perkhidmatan dan pembuatan meningkat pada tahun 2010 sedangkan peratus sumbangan sektor
pertanian kepada KDNK bukan sahaja menyusut pada tahun yang sama malah nilainya jauh
lebih kecil. Berikut disertakan beberapa gambarajah mengenai KDNK di dalam semua sektor
yang terlibat mengikut laporan yang telah di keluarkan oleh Bank Negara :

GRAF BERMULA TAHUN 2006 - 2010

12 197396
GMGF 1013 EKONOMI DALAM PENGURUSAN AWAM 1

GRAF BERMULA 2002 - 2004

Awal tahun 2002 sehingga 2004 menyaksikan turun naik ekonomi negara akibat
ketidaktentuan pasaran semasa. Awal tahun 2003 menyaksikan pertumbuhan ekonomi telah
melebihi unjuran awal yang dijangka. Namun pada ketika itu, berlaku sedikit naik turun
dalam pasaran akibat dunia dikejutkan dengan kehadiran wabak SARS. Namun ia tidak sedikit
pun menjejaskan kedudukan Graf KDNK Benar pada awal 2003. Ekonomi mula pesat pada
separuh tahun kedua dengan memberi impak yang agak baik pada KDNK kerana wabak SARS
sudah mula berkurangan pada pertengahan 2003. Kebimbangan terhadap SARS juga berjaya
dibendung pada peringkat global. Pakej Rangsangan yang dirancang dilihat tepat dengan
didorong oleh harga komoditi yang lebih tinggi, khususnya pada pengeluaran minyak sawit dan
getah.

13 197396
GMGF 1013 EKONOMI DALAM PENGURUSAN AWAM 1

Sektor perlombongan mengembang sewaktu keadaan dalam dan luar negeri terus
kukuh. Ini adalah kerana ketika itu berlaku peningkatan kapasiti terhadap pengeluara serta
permintaan terhadap minyak dan gas. Sektor pembinaan pula dilihat mengembang dengan
sederhana sahaja kerana pertumbuhan subsektor kejuruteraan awam yang perlahan berikutan
siapnya beberapa projek yang telah di swastakan. Sepanjang 2003 sehingga 2004 pertumbuhan
KDNK banyak dipengaruhi sumbangan oleh swasta yang telah menyumbang sebanyak 5.2%.
Sektor isi rumah dan korporat pula mendapat faedah daripada peningkatan pendapatan boleh guna
dan permintaan luar negeri yang semakin mengukuh.

Rajah KDNK 2002 sehingga 2004

14 197396
GMGF 1013 EKONOMI DALAM PENGURUSAN AWAM 1

Sekitar 2006 ekonomi Malaysia dilihat terus meningkat dan lebih berdaya tahan kerana
kedudukan KDNK benar telah meningkat 5.9% lebih tinggi dari pertumbuhan 5.2% tahun lalu
(2005) . Swasta sekali lagi menjadi penyumbang terbesar dalam perkembangan ekonomi semasa
dengan meningkatnya permintaan terhadap eksport untuk bahan elektronik dan komoditi. Tahun
2006 telah menyaksikan permintaan dalam negeri agregat terus bertambah kukuh sebanyak
7.4%. Pelaburan swasta juga terus bertambah kukuh akibat didorong oleh perbelanjaan modal
yang ketara dalam semua subsektor utama.

Tahun 2007 pula menyaksikan persekitaran ekonomi negara terus mengukuh dalam setiap
bidang kecuali persekitaran ekonomi yang dilaporkan agak lemah dan perlahan. Namun dalam
masa yang sama KDNK benar meningkat dengan lebih banyak iaitu sebanyak 6.3% dan
terus di perteguh dengan peningkatan perbelanjaan sektor awam. Sektor awam telah menerima
pelarasan gaji yang menaik dari semua peringkat sekaligus memperkukuh penggunaan pada
separuh tahun kedua. Permintaan dalam negeri agregat juga terus meningkat dengan kukuh
sebanyak 10.5% pada 2007 dan sekali lagi sektor swasta masih memainkan peranan utama.
KDNK pada 2008 pula dilihat agak merosot disebabkan kemerosotan pasaran kewangan dunia dan
krisis ekonomi antarabangsa telah menyebabkan KDNK menguncup kepada 4.6 % sahaja.
Walaupun permintaan luar negeri kukuh pada separuh tahun pertama, keadaan ekonomi global
yang merosot dengan mendadak dan pembetulan dalam harga komoditi telah mendorong kepada
kemerosotan yang ketara dalam permintaan luar negeri pada separuh kedua tahun 2008,
permintaan dalam negeri agregat berkembang 6.9%, disokong oleh penggunaan swasta dan
perbelanjaan awam yang kukuh. Harga komoditi yang tinggi, guna tenaga yang stabil dan
persekitaran pembiayaan yang kondusif telah mengekalkan pertumbuhan yang kukuh dalam
15 197396
GMGF 1013 EKONOMI DALAM PENGURUSAN AWAM 1

penggunaan swasta pada separuh tahun pertama.

Pertumbuhan turut disokong oleh pembayaran bonus untuk kakitangan awam dan rebat
tunai bagi subsidi bahan api pada separuh tahun kedua. Untuk tahun 2009 dan 2010 menyaksikan
naik turun graf yang agak tidak stabil dipengaruhi ketidak tentuan harga komoditi dan kejatuhan
ekonomi Amerika. Kemerosotan yang berlaku telah menyebabkan penguncupan yang ketara
pada ekonomi Malaysia dan ianya telah merosot sebanyak 1.7% pada separuh tahun pertama.
Kerajaan lantas memulakan perlaksanaan langkah rangsangan fiskal yang pantas dan
pelonggaran dasar monetari . Hasilnya momentum pertumbuhan ekonomi Malaysia telah
meningkat pada suku keempat dengan peningkatan 4.5% akibat dari peningkatan semula hasil
sokongan permintaan dalam dan luar negeri. Bagi tahun 2010 , kerajaan terus mengorak langkah
dengan pemulihan semula sejajar dengan beberapa pemulihan ekonomi global. Pertumbuhan
ekonomi dilihat berlaku dengan pantas namun menghadapi saat sukar kerana cabaran berlaku
terhadap aliran turun naik modal dan tekanan inflasi yang semakin meningkat. Peningkatan
sebanyak 7.2% , dipacu oleh sektor swasta serta sektor awam yang juga turut menyumbang
kerana perlaksanaan program penambahbaikan infrastuktur negara dan sistem penyampaian sektor
awam yang berterusan. Sebaris dengan peningkatan itu juga, Negara menyaksikan permintaan
luar negeri meningkat semula dengan lebih kukuh yang mana ia turut disokong oleh permintaan
luar negeri yang kukuh walaupun masih bersifat sederhana.

7.0 SUMBANGAN PELABURAN SEKTOR SWASTA TERHADAP PERTUMBUHAN


KDNK NEGARA.

Sumbangan sektor swasta telah banyak membantu dalam meningkatkan ekonomi negara.
Peranan swasta dilihat sebagai penyumbang terbesar terhadap pembangunan ekonomi negara.
Penggunaan Swasta telah meningkat dan memberi impak besar dan menjadi komponen utama
apabila ia meningkat pada purata tahunan 7.4% utk tempoh antara tahun 2000 sehingga 2009.
Ianya sekaligus melepasi pertumbuhan purata KDNK sebanyak 48% , sekaligus menjadikan
bahagian penggunaan swasta benar dalam KDNK meningkat stabil sebanyak 43.8% bagi tahun
2000 dan 53.5% pada 2009 dan terus meningkat pada suku pertama 2010. Secara
keseluruhannya, Malaysia telah mengalami kadar pertumbuhan ekonomi yang berterusan dalam

16 197396
GMGF 1013 EKONOMI DALAM PENGURUSAN AWAM 1

lingkungan 5 - 6% dan hasilnya, pendapatan isi rumah terus meningkat pada kadar purata 5%
setiap tahun dalam keadaan pasaran kerja yang baik, dengan kadar pengangguran yang rendah.
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita dan telah bertambah dari RM15,169 pada
tahun 2000 kepada RM27,113 pada tahun 2010. Peningkatan paras pendapatan ini telah
meningkatkan taraf hidup serta menaiktaraf kapasiti para pengguna terhadap permintaan untuk
barangan dan perkhidmatan yang lebih tinggi.

Peningkatan taraf kehidupan pengguna juga telah mendorong ke arah penggunaan


swasta (private consumption), yang pada waktu ini menjadi salah satu faktor utama kepada
pertumbuhan ekonomi negara kita. Sebagai contoh, pada tahun 2003, pertumbuhan KDNK
diterajui oleh sektor swasta. Perbelanjaan swasta menyumbang 2.5 mata peratusan daripada
kadar pertumbuhan sebanyak 5.2%. Sektor isi rumah dan korporat mendapat faedah daripada
peningkatan pendapatan boleh guna, terma perdagangan yang bertambah baik dan permintaan
luar negeri yang semakin kukuh. Hasil daripada pendapatan boleh guna yang lebih tinggi,
terutamanya isi rumah, penggunaan sektor swasta meningkat 5.1%. Di samping itu, kadar faedah
yang rendah berserta kadar tabungan yang tinggi mendorong sektor isi rumah meningkatkan
pinjaman mereka bagi perbelanjaan penggunaan. Langkah-langkah yang dilaksanakan di bawah
Pakej Ekonomi pada bulan Mei meningkatkan keyakinan pengguna, seterusnya menyokong
perbelanjaan penggunaan. Rumusan serta kesimpulan yang dapat dibuat melalui analisa ini ialah
tentang pertumbuhan KDNK semasa yang kekal stabil walaupun Negara berdepan dengan
pelbagai krisis dan ekonomi dari dalam dan luar negara. Sumbangan swasta yang berterusan
serta pengurusan ekonomi yang baik serta pengawalan oleh Bank Negara menerusi kerajaan
sedikit sebanyak menyumbang kepada faktor kestabilan ekonomi semasa. Cabaran global yang
kelak perlu di hadapi kerajaan ialah apabila kita berdepan dengan krisis bakal kehabisan
sumber utama seperti minyak. Ekonomi dilihat harus terus dijana oleh sektor lain selain dari
sumber minyak. Kenaikkan harga komoditi seperti getah sekitar tahun 2009 – 2010 sedikit
sebanyak dapat memberi impak yang lebih positif kepada pertumbuhan ekonomi semasa.
Dengan pengumaman kerajaan terhadap KDNK semasa bagi tahun 2011, sebanyak 5.2%, ia
sekaligus membuktikan kestabilan graf politik negara terus kekal baik meskipun berhadapan
dengan cabaran global Krisis Ekonomi Amerika dan Krisis Hutang di Eropah.

17 197396
GMGF 1013 EKONOMI DALAM PENGURUSAN AWAM 1

8.0 KESIMPULAN

Ekonomi berasaskan hasil negara adalah penting untuk negara terus mencapai
pertumbuhan ekonomi yang mapan dan kekal berdaya saing di peringkat global. Pengalaman
negara-negara maju telah membuktikan bahawa pembangunan dan kekayaan didorong oleh hasil
Negara. Walaupun pelbagai langkah telah dan terus diambil untuk maju ke arah ekonomi, usaha
bersepadu untuk mempercepatkan peralihan ini perlu dilaksanakan, terutamanya dalam
pembangunan sumber manusia, S&T, R&D, infrastruktur, infostruktur serta pengurangan jurang
digital dalam menganjak ke arah ekonomi yang lebih maju. Strategi merancang kutipan hasil dan
kemudiannya membuat keputusan perbelanjaan memudahkan pihak kerajaan membuat
perancangan belanjawan dengan sumber hasil fiskal yang sedia ada. Sebaliknya, jika kerajaan
memilih strategi merancang perbelanjaan terlebih dahulu dan kemudiannya barulah memungut
hasil, kemungkinan besar kerajaan akan terlebih belanja (over spend) dan mengalami defisit. Ini
kerana, hasil fiskal akan mengalami turun naik mengikut suasana kitaran ekonomi. Misalnya,
semasa ekonomi melambung hasil fiskal akan meningkat sebaliknya semasa kemelesetan
ekonomi kutipan cukai akan berkurangan. Maka, dalam hal ini sudah pasti kerajaan terpaksa
meminjam sama ada dari dalam atau luar negeri untuk menampung kekurangan hasil cukai
tersebut. Maka, jelaslah berdasarkan pengalaman negara Malaysia (sama ada kerajaan
persekutuan atau kerajaan negeri), deficit belanjawan yang berlaku adalah disebabkan oleh
strategi belanjawan yang lebih menekankan kepada perbelanjaan dan bukannya jumlah hasil.

18 197396
GMGF 1013 EKONOMI DALAM PENGURUSAN AWAM 1

RUJUKAN

1. Abdul Ghafar Ismail. (1987). Pertumbuhan Perbelanjaan Awam di Malaysia, 1960-1986.


Kertas kerja kursus Pembiayaan Awam, Fakulti Ekonomi, UKM. Tidak diterbitkan.
2. Anderson, W., Wallace, M. S., & Warner, J. T. (1986). Government spending and taxation:
what causes what? Sourthern Economic Journal, 630-639.
3. Barro, R. J. (1979). On the determination of public debt. Journal of Political Economy, 81,
940-971.
4. Bhat, K. S., Nirmala, V., & Kamaiah, B. (1993). Causality between tax revenues and
expenditure of Indian states. The Indian Economic Journal, 40(4), 108-117.
5. Blackley, P. (1986). Causality between revenues and expenditure and the size of the federal
budget. Public Finance Quarterly, 14, 139-156.
6. Bohn, H. (1991). Budget balance through revenue or spending adjustment? Some historical
evidence for the United States. Journal of Monetary Economics, 14, 139-156.
7. Buchanan, J., & Wagner, R. W. (1977). Democracy in deficit. New York: Academic Press.

8. Buchanan, J., & Wagner, R. W. (1978). Dialogues concerning fiscal religion. Journal of
Monetary Economics, 4, 627-636.
9. Darrat, A. F. (1998). Tax and spend, or spend and tax? An inquiry into the Turkish budgetary
process. Southern Economic Journal, 64, 940- 956.
10.Enders, W. (1995). Applied Econometric Time Series. John Wiley & Sons, Inc. : New York.
11.Engle, R. F., & Granger, C. W. J. (1987). Co-integration and error correction: representation,
estimation and testing. Econometrica, 55, 251-276.
12.Fasano, U., & Wang, Q. (2002). Testing the relationship between government spending and
revenue: evidence from GCC countries. (Working Paper). IMF WP/02/201.
13.Fuller, W. A. (1976). Introduction to statistical time series. New York: John Wiley and Sons.
14.Ghura, D. (1998). Tax revenue in sub-saharan africa: effects of economics policies and
corruption. (Working Paper). IMF WP/98/135.
15.Gonzalo, J. (1994). Five alternative methods of estimating long-run equilibrium
relationships. Journal of Econometrics, 60, 203-233.

19 197396
GMGF 1013 EKONOMI DALAM PENGURUSAN AWAM 1

16.Granger, C. W. J. (1969). Investigating causal relations by econometric models and cross-


spectral methods. Econometrica, July, 424-438.
17.Holtz-Eakin, D., Newey, W., & Rosen, H. (1987). The revenue-expenditure nexus:evidence
from local government data. (Working Paper). No. 2180, National Bureau of Economic
Research, Cambridge, MA.
18.Johansen, S., & Juselius, K. (1990). Maximum likelihood estimation and inferences on
cointegration with application to the demand for money. Oxford Bulletin of Economics and
Statistics, 52, 169-210.
19.Johansen, S. (1988). Statistical analysis of cointegration vectors. Journal of Economic
Dynamic Control, 12, 231-254.
20.Jones, J. D., & Joulfaian, D. (1991). Federal goverment expenditure and revenue in the
early years of the American Republic: evidence from 1792 to 1860. Journal of
Macroeconomics, 13(1), 133-155.
21.Joulfaian, D., & Mookerjee, R. (1990a). Dynamics of government revenue and expenditures
in industrial economics. Applied Economics, 23, 1839-1844.
22.Joulfaian, D., & Mookerjee, R. (1990b). The government revenue expenditure nexus:
evidence from a state. Public Finance Quarterly, 18, 92-103.
23.Keynes, J. M. (1936). The General Theory of Employment, Interest and Money. London:
Macmillan.
24.Koren, S., & Stiassny, A. (1998). Tax and spend, or spend and tax? An International
Study. Journal of Policy Modelling, 20 (2), 163-191.
25.Manage, N., & Marlow, M. L. (1986). The causal relation between federal expenditure
and receipts. Southern Economic Journal, 52 (January), 617-629.
26.Manage, N., & Marlow. M. L. (1987). Expenditures and receipt: Testing for causality in state
and local goverment finance. Public Choices, 53, 243-255.
27. Meltzer, A. H., & Richard, S. F. (1981). A rational theory of the size of the goverment.

Journal of Political Economy, 89, 914-927.

28.Mohd Azlan Shah Zaidi, & Zulkefly Abdul Karim. (1999). Pertumbuhan ekonomi dan
perbelanjaan awam dan swasta: analisis teori dan realiti di malaysia. Dalam Pasca sidang
Seminar Fakulti Ekonomi, Pengeluaran Awam dan Swasta: Justifikasi dan Realiti di
Malaysia, (m/s 36-52).
20 197396
GMGF 1013 EKONOMI DALAM PENGURUSAN AWAM 1

29.Wong Hock Tsen & Lim Kian Ping (2005) The Relationship Between Government Revenue
And Expenditure In Malaysia IJMS 12 (2), 53-72
30.Roshaiza Taha, Loganathan, Nanthakumar and Sisira R.N. Colombage (2011). The Effect of
Economic Growth on Taxation Revenue: The Case of a Newly Industrialized Country.
International Review of Business Research Papers Vol. 7. No. 1. January 2011. Pp. 319 – 329
31.Suhailah Binti Za’afar, Zulkefly Abdul Karim & Mohd Azlan Shah Zaidi (2014). Hubungan
Di Antara Pertumbuhan Ekonomi, Perbelanjaan Dan Hasil Kerajaan: Kajian Kes Di Negeri
Sarawak. PROSIDING PERKEM ke-9 (2014) 71 - 80 ISSN: 2231-962X.
32.Zulfefly Abdul Karim, Aminudin Mokhtar, Norain Mod Asri (2006) Hubungan antara hasil
dengan perbelanjaan kerajaan Negeri Dimalaysia. Jurnal Ekonomi Malaysia (40) 59-93.
33.Zulfefly Abdul Karim & Aminudin Mokhtar (2005). Hubungan antara hasil dengan
perbelanjaan: Bukti Empirikal Kerajaan Persekutuan dan kerajaan Negei Dimalaysia. IJMS
12 (2) 145-170
34. http://www.bnm.gov.my/?ch=bm_press&pg=bm_press_all&ac=634&lang=bm

35.Hussin Abdullah, Aeefi Alghazali Mohd Idrus & Normala Mehat (2013) Kefahaman Dan
Kesediaan Pengguna Terhadap Pelaksanaan Cukai Barang Dan Perkhidmatan (Gst): Satu
Tinjauan Awal. Prosiding PERKEM VIII, Jilid 2 (2013) 688 - 702 ISSN: 2231-962X
Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VIII (PERKEM VIII) “Dasar Awam Dalam
Era Transformasi Ekonomi: Cabaran Dan Halatuju” Johor Bahru, 7 – 9 JUN 2013.

36. Chin Yoong Kheong, 1997. Malaysian Taxation. 4th Edn., Asia: Butterworths

37. Laporan Tahunan (2011) Bank Negara Malaysia

38. Laporan Tahunan (2010) Bank Negara Malaysia

39. Laporan Tahunan (2006) Bank Negara Malaysia

40. Laporan Tahunan (2002) Bank Negara Malaysia

41.Tan Song Wee (2012) Pembangunan Sektor Kewangan dan Pertumbuhan Ekonomi di
Malaysia: Suatu Kajian Semula. PROSIDING PERKEM VII, JILID 1(2012) 137-149ISSN:
2231-962X Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VII (PERKEM VII)Transformasi
Ekonomi dan Sosial Ke Arah Negara MajuIpoh, Perak, 4–6 Jun 2012
21 197396
GMGF 1013 EKONOMI DALAM PENGURUSAN AWAM 1

22
197396

Anda mungkin juga menyukai